Anda di halaman 1dari 3

Islam Sebagai Cara Hidup Dari Segi Pendidikan

Secara umumnya,pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran dalam


membentuk individu dari aspek pemikiran,kelakuan,sosial dan agama.Setiap individu mengalami
fasa pendidikan sejak lahir hingga ke akhir hayatnya dengan pelbagai kaedah.Justeru,pendidikan
amat sifnifikan dalam kehidupan manusia kerana ketiadaan pendidikan menyebabkan manusia
boleh dianggap mundur.Agama islam yang disampaikan oleh Rasulullah sehingga hari ini amat
menitikberatkan pendidikan terhadap penganutnya.Hal ini kerana, pendidikan merupakan teras bagi
membentuk identiti umat Islam yang merangkumi cara hidup.Kehadiran unsur-unsur islam dalam
pendidkan dapat memberikan perbezaan yang jelas dari aspek cara hidup antara masyarakat islam
dengan bukan islam.

Manusia memerlukan pendidikan yang efisien bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang
menjadi panduan hidup.Menurut Prof Dr H Abuddin Nata dan M.A(2018, hal 1)berbagai macam ilmu
itu idealnya dapat membimbing manusia agar mampu berfikir positif,konstruktif,holistik serta dapat
mereka gunakan memecahkan berbagai masalah dalam kehidupan.Ilmu pengetahuan mempunyai
pelbagai jenis dan bidangnya tersendiri serta boleh diperolehi dengan pelbagai cara .Berbicara soal
pendidikan,ilmu pengetahuan lahir daripada pendidikan yang menjadi tunjang kehidupan
manusia.Bezanya,tujuan dan cara ilmu digunakan adalah terpulang kepada setiap individu kerana
mereka mempunyai pilihan untuk menggunakannya ke arah kebaikan atau sebaliknya.Hal ini berkait
rapat dengan cara hidup kerana pendidikan mampu mempengaruhi cara pemikiran,pertuturan dan
karakter manusia yang menjadi identiti kehidupan mereka.Oleh hal yang demikian,Islam menuntut
umatnya mengamalkan gaya hidup mengikut garis panduan islam yang ditetapkan oleh
syariah.Sehubungan dengan itu,pendidikan merupakan platform yang paling tepat bagi membentuk
masyarakat mengamalkan gaya hidup islam.Sejarah telah membuktikan kedatangan islam di tanah
melayu pada abad kelima belas merubah cara hidup masyarakat melayu.Kesan daripada kedatangan
islam,setiap golongan lapisan masyarakat melayu mula mengenali islam.Misalnya,kepercayaan
tahyul dihapuskan sepenuhnya dan rakyat tempatan mula mentauhidkan Allah.Menyingkap
lembaran sirah,umum mengetahui keadaan masyarakat arab jahiliah sebelum kelahiran Nabi
Muhammad SAW ketika itu dalam keadaan porak-peranda dan saling bermusuhan.Mereka
mengamalkan penindasan dan kezaliman sebagai cara hidup.Setelah kelahiran Nabi
Muhammad,sinar islam telah bertapak di tanah arab menyebabkan berlakunya perubahan cara
hidup masyarakat jahiliah apabila orang ramai menerima dakwah yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW.Tradisi membunuh bayi perempuan dihentikan dan martabat kaum wanita
diangkat menjadi bukti ajaran Islam berjaya mengubah cara hidup masyarakat arab jahiliyah.

Cara hidup kini telah banyak berubah jauh meninggalkan gaya hidup generasi
terdahulu.Hal ini kerana perubahan gaya hidup generasi zaman milenial dipengaruhi oleh fenomena
globalisasi yang melanda di seluruh dunia.Menurut afriantoni (2015, hal 53) globalisasi saat ini
benar-benar menjadi tanpa batas,lintas suku,bangsa,budaya dan agama.Revolusi global memberikan
tantangan besar bagi dunia pendidikan.Perkembangan ilmu pengetahuan melalui dunia tanpa
sempadan telah memberikan fasa baru dalam pembentukan generasi muda.Tidak dapat disangkal
lagi bahawa perkembangan teknologi sememangnya membantu manusia memperolehi ilmu
pengetahuan dengan hanya di hujung jari.Namun tanpa kita sedari penggunaan teknologi boleh
disalahgunakan sekali gus memberikan impak yang negatif terhadap diri sendiri.Oleh hal yang
demikian masyarakat seharusnya tidak memandang enteng kerana hal ini merupakan sisi yang tidak
enak di sebalik kemajuan teknologi.Pendidikan melalui teknologi yang canggih seperti laptop dan
telefon pintar dapat memberi manfaat kepada generasi muda dengan harapan kelak mereka dapat
memberi sumbangan kepada masyarakat sekeliling dan negara terutamanya.Namun kebanyakan
media sosial dipelopori oleh negara-negara barat.Hal ini amatlah membimbangkan kerana
pengaruh-pengaruh barat melalui media sosial mampu mempengaruhi generasi muda sama ada dari
segi cara hidup,pertuturan,pakaian dan kelakuan.Hal ini dapat ditangani sekiranya generasi muda
mengambil yang baik-baik sahaja serta meninggalkan sebaliknya.Realitinya,masih ramai anak-anak
muda yang terpengaruh membuatkan mereka menukar cara hidup berpandukan gaya hidup barat
dan mereka tidak berasa asing lagi dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah.Hal ini
wajarlah dipandang serius kerana generasi muda tidak boleh dibiarkan hanyut begitu sahaja dalam
mengamalkan budaya hedonisme.Jika tidak dibantasi dengan segera,kelak hal ini akan menjadi suatu
kebiasaan di mana masyarakat tidak lagi mengambil kisah tentang cara hidup yang telah dipengaruhi
media barat.Oleh hal yang demikian,peranan pendidikan amat signifikasi bagi membantu generasi
muda kembali ke pangkal jalan agar dapat membentuk masyarakat yang mengamalkan cara hidup
berlandaskan ajaran islam yang sebenar.

Berbicara tentang isu ini,pelbagai pihak seharusnya memainkan peranan dalam


memberikan pendidikan terhadap generasi muda.Oleh itu,pihak yang perlu memberikan pendidikan
adalah ibu bapa kerana merekalah golongan yang paling hampir dengan anak-anak
muda.Justeru,mengambil peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya,ibu bapa diharapkan
dapat memberikan tauladan yang baik buat anak-anak serta mendedahkan kepada mereka cara
hidup yang betul serta dapat menerapkan nilai-nilai murni di dalam jati diri anak-anak..Pendidikan
agama daripada ibu bapa dipercayai dapat membimbing anak-anak mengenali cara hidup yang betul
berpandukan Al-Quran dan Sunnah.Mempraktikan amalan-amalan yang diajarkan dalam islam
bersama anak-anak seperti solat,mengaji dan sebagainya dapat membina benteng dalam diri mereka
daripada perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran islam.Oleh itu,peripentingnya
pendidikan daripada ibu bapa agar generasi muda dapat mengamalkan cara hidup berlandaskan
islam serta melindungi mereka daripada budaya-budaya yang dapat merosakkan akidah.Selepas ibu
bapa,pihak yang perlu memberikan pendidikan adalah kerajaan dengan menggunakan media sosial
sebagai platform bagi membendung gejala-gejala negatif yang mempengaruhi cara hidup remaja.Hal
ini kerana,umum mengetahui bahawa golongan remaja merupakan golongan yang paling kerap
menggunakan teknologi bagi melayari internet dan mencari hiburan.Antara langkah-langkah yang
diambil oleh kerajaan untuk mendidik generasi muda di negara ini adalah dengan meyiarkan filem
pendek berunsurkan kemanusiaan,menyampaikan mesej dan pesanan melalui iklan,dan tidak
ketinggalan juga menyekat laman web lucah.Semua ini dilakukan oleh kerajaan di media sosial
dengan harapan dapat membuka mata generasi muda meninggalkan budaya
hedonisme.Justeru,jelaslah bahawa media sosial merupakan platform yang tepat bagi mendidik
generasi muda memperbaiki cara hidup mereka.

Gaya hidup menggambarkan realiti sebenar kehidupan masyarakat baik dari segi
budaya,agama,dan bahasa.Semua generasi tanpa mengira peringkat umur seharusnya
membudayakan cara hidup yang betul berlandaskan ajaran islam.Sehubungan dengan itu,setiap
peringkat umur generasi memerlukan pendidikan yang sempurna agar dapat membentuk
masyarakat yang berakhlak mulia.Akhlak Rasulullah merupakan contoh terbaik bagi mendidik
masyarakat dari segi cara hidup.Sifat penuh kasih sayang dan kebaikan budi pekerti baginda telah
menambat hati orang bukan islam ketika baginda menyampaikan dakwah.Baginda tidak hanya
menyeru umat manusia melakukan kebaikan tetapi menunjukkan teladan yang baik dengan
melaksanakannya. Justeru,masyarakat seharusnya menjadikan Rasulullah sebagai model peranan
bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu.Selain itu,keadaan persekitaran juga
menggambarkan cara hidup masyarakat misalnya tempat tinggal.Islam amat menuntut umatnya
menjaga kebersihan kerana ia merupakan tanda kasih sayang terhadap makhluk lain seperti
manusia,binatang,tumbuhan dan alam sekitar.Perbuatan membuang sampah di merata tempat tidak
menzahirkan kasih sayang terhadap manusia kerana boleh mengakibatkan pencemaran sekali gus
membahayakan kesihatan manusia.Perbuatan ini juga mengundang pencemaran alam sekitar serta
boleh membahayakan haiwan dan tumbuhan yang tinggal di kawasan tersebut.Selain itu,kebersihan
ibadat perlu diambil serius oleh masyarakat agar para Jemaah tempatan mahupun dari luar dapat
menunaikan ibadah dengan selesa.Hal ini juga dapat memberi gambaran yang baik terhadap cara
hidup masyarakat kerana mematuhi ajaran islam yang sebenar.Peringatan islam supaya umatnya
menjaga kebersihan termasuk kawasan persekitaran adalah perkara besar kerana dapat
menggambarkan imej Islam yang bersih dan suci.Apabila orang luar melawat ke suatu tempat,sudah
pasti mereka akan menilai cara hidup masyarakat dari pelbagai aspek.Oleh itu,umat islam
seharusnya mengamalkan kehidupan yang berlandaskan ajaran islam agar dapat menunjukkan imej
islam dengan baik serta menarik minat orang bukan islam untuk mengenali Islam.

Perlu diingatkan bahawa pendidikan merupakan tunjang kepada masyarakat dalam


mengamalkan cara hidup.Sekumpulan individu yang berilmu pengetahuan semestinya mampu
melahirkan masyarakat yang harmoni dalam kehidupan.Sehubungan dengan itu,pendidikan islam
sememangnya dapat mendidik masyarakat dari segi cara hidup serta melindungi daripada perkara-
perkara yang mampu merosakkan akidah.Diharapkan masyarakat yang mempraktikan cara hidup
berlandaskan ajaran islam sentiasa diberkati Allah.

Anda mungkin juga menyukai