Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI INDIVIDU/BMM3142

Semasa menyiapkan tugasan ini banyak pengalaman baru yang telah saya temui
dan pelajari terutama sekali dalam kebudayaan ini saya dapat mengetahui dengan lebih
jelas lagi mengenai asal usul budaya Melayu dan pengaruh yang diterima dalam
memperbaiki lagi budaya masyarakat Malaysia pada hari ini. Kebudayaan ini merupakan
satu khazanah yang perlu dipelihara dan diamalkan dengan baik oleh generasi ke generasi
agar ia tidak lapuk di hujan, tak lekang dek panassebagai simbol dan identiti masyarakat
Melayu.
Oleh itu, dalam menjadikan sesuatu budaya

bernilai dan terpelihara sebagai

seorang guru langkah proaktif perlu dilakukan dengan segera supaya budaya Melayu ini
diamalkan dan dijaga dengan baik oleh murid. Budaya dapat dipelajari oleh murid melalui
subjek bahasa Melayu dan juga Kajian Tempatan. Sebagai seorang guru, maka timbulah
dalam diri bagaimana untuk memastikan murid berasa berminat dan cinta kepada budaya
yang dipelajari.
Melalui tugasan ini juga, saya berpendapat guru itu perlu mempelajari dan
mengamalkan sesuatu budaya itu terlebih dahulu. Guru juga perlu menunjukkan contoh
yang baik kepada murid dan menunjukkan rasa kecintaan terhadap budaya yang diamalkan.
Melalui budaya ini juga, guru dapat mengeratkan ukwah dan perpaduan antara murid dan
menimbulkan rasa hormat terhadap budaya masyarakat lain. Guru juga perlu menjadikan
sesuatu budaya itu sebagai keunikan untuk dipelajari dan diamalkan.
Kebudayaan yang dipelajari ini terutama dalam aspek pantang larang dan adat- adat
Melayu dapat diamalkan. Apabila guru mengetahui adat dan pantang larang dalam sesuatu
masyarakat sudah tentu guru akan menghormati akan budaya murid yang berbeza semasa
dalam kelas mahupun di luar bilik darjah. Melalui ini juga, guru dapat menerangkan kepada
murid tentang pentingnya menghormati budaya sesuatu masyarakat. Guru juga akan
menghormati hak dan sensitiviti murid yang berbeza latar belakang dan juga budaya.
Melalui tugasan ini juga, ia turut memberi impak yang besar dalam profesion
keguruan terutama sekali membantu guru bersedia untuk menghadapi dan berhadapan
dengan murid yang berbeza budaya. Guru juga akan menunjukkan rasa hormat dan
tingginya nilai budaya yang perlu diamalkan dan dipelajari oleh murid. Sebagai seorang
guru, saya merasakan kecintaan terhadap budaya itu perlu dipupuk sejak dari awal
persekolahan lagi kerana budaya dan kehidupan murid- murid adalah seiring dan sangat
berkait rapat dengan mereka. Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih bermakna dengan menyelitkan unsur kebudayaan ini.

MADLANE AK. ASSING/BMM3142

Page 1

REFLEKSI INDIVIDU/BMM3142
Pengaruh luar dalam kebudayaan Melayu telah menghasilkan impak yang besar
dalam kalangan masyarakat Melayu. Pengaruh yang hadir daripada Hindu, Barat, Cina dan
Islam telah memberi kesan yang besar dalam kehidupan masayarakat Malaysia pada hari
ini. Namun tidak semua pengaruh luar yang mendatangkan impak yang positif. Jika dilihat
pada hari ini di Malaysia, kebanyakkan kanak-kanak terjebak dalam meniru budaya barat
seperti aksi-aksi di dalam filem iaitu memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks
bebas, arak, dadah, samseng, pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan memuja
harta dan mendengar lagu yang tidak memberi akhlak kepada remaja.
Oleh itu, terdapat beberapa kesan-kesan kepada remaja pada masa kini
terutamanya kanak-kanak. Kesan yang pertama melalui isu budaya barat dari segi pakaian
adalah kanak-kanak yang meniru pakaian budaya barat akan dipandang rendah terhadap
orang disekelilingnya dan tidak akan dihormati oleh orang lain. Sebaliknya, dalam Islam bagi
perempuan wajib menutup aurat dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak
tangan manakala, bagi lelaki wajib menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut.
Justeru, ibu bapa mereka lah yang sepatutnya menunjukkan contoh pemakaian yang sesuai
dan menutup aurat kepada anak-anak mereka dari peringkat awal lagi supaya isu mengenai
budaya barat dalam peniruan pakaian yang menjolok mata kepada masyarakat disekeliling
dapat dikurangkan dan diatasi dengan segera.
Selain itu, kesan kepada kanak-kanak yang terjebak daripada isu-isu budaya barat
adalah apabila kanak-kanak menyanyikan lagu budaya barat yang tidak memberi moral dan
faedah kepada mereka. Kesan yang akan diundangkan kepada diri mereka adalah apabila
kanak-kanak lebih mahir menyanyikan lagu budaya barat daripada mengaji Al-Quran. Di sini,
kesan yang dihadapi kepada kanak-kanak akan meruntuhkan keimanan mereka dan
menghadapi masalah dalam menghafal dan membaca ayat-ayat suci di sekolah mahupun di
rumah. Justeru, sebagai ibu bapa yang sayang akan Islam mereka haruslah memimpin
anak-anak mereka mengajar mengaji sewaktu mereka kecil lagi dan mengurangkan
memasang lagu dari budaya-budaya barat yang tidak memberi keuntungan mereka untuk
menambah ilmu.
Dalam hal ini, isu-isu budaya barat semakin bertambah dan bukannya semakin
berkurang jika tiada bimbingan daripada ibu bapa mahupun masyarakat yang tidak
mengambil berat tentang hal isu budaya barat ini. Isu budaya barat ini banyak memberi
kesan yang negatif kepada remaja terutamnya kanak-kanak pada masa kini. Isu budaya
barat ini juga boleh merosakkan nilai diri seseorang individu dan menjatuhkan akhlak dalam
Islam dan seperti yang kita sedia maklum, negara Barat telah menguasai pelbagai aspek

MADLANE AK. ASSING/BMM3142

Page 2

REFLEKSI INDIVIDU/BMM3142
kehidupan masyarakat dunia kini seperti dari segi ekonomi, politik, sosial, budaya, media
serta pemikiran.
Namun pengaruh barat yang memberi kesan positif seperti kecanggihan teknologi
yang boleh diguna pakai untuk membantu masyarakat Melayu terus maju dan selaras
dengan perkembangan teknologi pada zaman sekarang. Kelahiran pelbagai disiplin ilmu
dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu cabaran dalam era
globalisasi. Cabaran yang dibawa bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing
daripada budaya tempatan.
Walau bagaimanapun, budaya asing yang dibawa masuk kedalam masyarakat, tidak
semuanya negatif. Kita harus bijak memilih dan mengasingkan budaya yang negatif dengan
budaya yang positif. Kepelbagaian budaya sememengnya memberi banyak sumbangan
kepada kemajuan dan perkembangan budaya sesuatu bangsa. Oleh itu, Islam membuka
ruang kepada umatnya menerima budaya asing asalkan tiada tentangan dengan al-Quran
dan Hadis.
Dalam hal ini, walau bagaimana hebatnya gelombang cabaran yang datang, kita
boleh menangkisnya dengan kekuatan akidah dan keimanan dalam diri. Akidah yang kukuh,
iman yang mantap dan amalan yang sempurna boleh dijadikan perisai dalam menghadapi
semua badai tersebut.
Kita sewajarnya menjadi insan yang bijak dalam menilai sesuatu perkara. Berfikir
sebelum bertindak dan menjauhkan perkara keji serta maksiat memang menjadi tuntutan
rohani. Oleh itu, gunakan kebijaksanaan akal yang di anugerahkan oleh Tuhan sebagai jalan
untuk menjauhkan diri daripada perkara keji dan perbuatan yang tidak elok.
Snouck Hurgronje, seorang orientalis dan pensihat Belanda di Indonesia
menerangkan semakin kuat rakyat sesebuah Negara yang dijajah menganut peradaban
Barat, semakin bebas mereka daripada ajaran Islam. Mereka berhasrat untuk menjadikan
Negara dan umat Islam yang dijajah menganut pemikiran dan menjaga kepentingan
mereka.oleh itu, mereka berusaha menyempitkan ajaran agama Islam yang sebenar dengan
membataskan kepada hal-hal kerohanian sahaja.
Umat Islam dahulu berjaya mempertahahankan kesucian Islam daripada pengaruh
luar yang merosakkan disebabkan kekukuhan akidah Islamiah mereka. Perkara ini
ditegaskan oleh As Syahid Qutb. Menurutnya,sekalipun kaum penjajah melakukan
penjajahan pemikiran, kejiwaan, kemasyarakatan dan politik mereka belum pernah mampu
membunuh akidah Islamiah umat Islam. Hal inilah yang menjadikan mereka umat yang
MADLANE AK. ASSING/BMM3142

Page 3

REFLEKSI INDIVIDU/BMM3142
berkedudukan tinggi, tidak mudah menyerah dan tunduk kepada mana-mana kuasa
manusia. Selagi umat Islam berpegang teguh kepada akidah Islam, selagi itulah pengaruhpengaruh luar yang mahu merosakkan Islam tidak akan berjaya.
Tuntasnya, tugasan ini telah memberikan kesedaran kepada saya dalam menjadi
seorang guru yang penyayang dan perihatin terhadap latar belakang dan budaya muridmurid. InsyaAlllah saya akan sentiasa mengingati apa yang telah saya pelajari dan akan
sentisa mengaplikasikannya dalam kehidupan saya. Setelah selesai melakukan tugasan ini
akhirnya saya berpuas hati dengan tugasan yang dilakukan dan berharap apa yang
dipelajari oleh saya ketika membuat tugasan ini dapat diteruskan. Saya juga berharap apa
yang dipelajari dapat membantu saya pada masa akan datang agar menjadi seorang guru
yang mencintai dan menghargai sesuatu budaya itu. Saya berharap tugasan ini dapat
menambahkan keyakinan diri saya untuk menjadi seorang guru yang terbaik untuk anak
didik saya.Saya juga telah bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dalam membentuk
sahsiah diri.

MADLANE AK. ASSING/BMM3142

Page 4

Anda mungkin juga menyukai