Anda di halaman 1dari 22

KERTAS CADANGAN

PANDUAN CARA HIDUP ISLAM DI NEGARA-NEGARA BUKAN ISLAM(1)

Mukaddimah : Penjelasan topik

Setiap tahun ribuan pelajar-pelajar muslim dari negara-negara Islam menyambung pengajian mereka ke negara-negara bukan Islam bagi mencapai visi dan misi kecemerlangan akademik dalam pelbagai bidang terutamanya ekonomi,sains dan teknologi(2). Pemilihan pelajar-pelajar ke negara-negara seperti Amerika Syarikat ,United Kingdom ,Jepun ,Korea adalah kerana negara-negara tersebut adalah paling maju dalam bidang ekonomi ,sains ,dan teknologi ,namun demikian negara-negara berkenaan masih mundur dalam perkembangan keagamaan dan moral .

(1) Kertas cadangan ini dibentangkan pada Bengkel Pemantapan Pendidikan Islam ,anjuran Unit Pendidikan Islam ,PPP/ITM pada 18-20 Mei 1995 di Lumut ,Perak. (2) 16 ribu pelajar Malaysia di UK & Eire ,BH 18/5/95.22 ribu pelajar Malaysia di Amerika Syarikat.

Ketika umat Islam di Sepanyol menempa kejayaan yang cemerlang dalam sains dan teknologi pada abad pertengahan ramai pelajar-pelajar dari Eropah tertumpu ke negara-negara Islam terutama ke Sepanyol untuk menimba ilmu dari para ilmuan muslim kerana lari dari tekanan dan kezaliman dari fahaman kefanatikan agama.Kesan yang nyata dari hubungan mereka ini ialah pengaliran ilmu dan tamadun ke Eropah yang kemudiannya mencetuskan zaman Renaissance dan Revolusi Industri di Eropah .

Sejarah perkembangan tamadun di Barat berlaku secara konflik antara sains dan agama.Sarjana-sarjana Barat terlalu memuja aliran rasional ,sementara itu para pendukung agama telah memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi dan golongan Kapitalis.Akibatnya masyarakat Barat hilang kepercayaan terhadap peranan agama mereka.Keadaan seperti ini sebenarnya tidak pernah berlaku terhadap sejarah perkembangan tamadun Islam yang berkembang seiring dengan perkembangan agama Islam dan ia sentiasa pula dinaungi oleh para ulama dan pemerintahannya.

Pertembungan masyarakat muslim dengan masyarakat Barat hari ini berada dalam keadaan yang tidak seimbang .Barat lebih maju dan berkuasa dari Timur.Kebanyakan negara Barat masih menganggap negara-negara Islam sebagai negara-negara bekas jajahan mereka.Sungguhpun seluruh negara Islam telah merdeka dari penjajahan politik ,namun mereka masih terjajah dengan bentuk baru seperti pakatan blok Kapitalis dari sudut ekonomi ,sains ,dan teknologi.Malah negaranegara maju berusaha melabelkan Islam dengan aktiviti-aktiviti keganasan ,reaksioner ,fanatik ,ekstrem dan fundamentalism .

Kebanyakan negara muslim kini bertindak sebagai peminta sedekah ,terlalu bergantung dengan kuasa-kuasa besar ,berjiwa hamba dengan mereka ,pengagung Barat yang naif dan bercakaran sesama mereka .Sesungguhya pertembungan dengan peradaban Barat telah menimbulkan sikap yang kontradik antara kalangan negara-negara muslim.Sebagai buktinya pada pertengahan abad ke-19 ,Arab Saudi telah mengambil sikap tertutup dengan menolak sebarang peradaban Barat.Sebaliknya Turki pula telah mengambil sikap terbuka dengan menerima secara total pembaratan kerana begitu kagum dengan kemodenan Barat.

Kedua-dua sikap tersebut telah menimbulkan implikasi yang negatif terhadap kemajuan pemikiran umat Islam dimana lahirnya golongan modernis Muslim sekular yang mengambil sikap meniru Barat secara total .Sebaliknya sikap menutup pintu dari aliran pengaruh kemodenan Barat ternyata tidak dapat bertahan lama dan masyarakat muslim terpaksa paasrah terhadap kemodenan Barat tanpa ada penyaringan lagi.

Pada awal abad ke-20 ,barulah sebilangan masyarakat muslim sedar terntang keburukkan kedua-dua sikap tersebut apabila lahir gerakan Islah dan Tajdid di Mesir yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dengan slogan Pan Islam.Maka sejak itu ,lahir pula golongan modernis muslim yang mengambil pendekatan Islam ketika berhadapan dengan pengaruh peradaban Barat.

Perkembangan mutakhir menampakkan sudah ada kesedaran dari kalangan negaranegara muslim untuk bebas sepenuhnya dari kongkongan Barat seperti yang ditunjukkan oleh Malaysia .Kelantangan Malaysia mengkritik Barat sedikit sebanyak mendapat perhatian dan mengubah pendirian Britain terhadap Malaysia .Oleh itu ,negara-negara muslim lain sepatutnya mengambil pendirian bersama dan lebih tegas terhadap Barat .

(3) Lihat lebih lanjut ,ulasan yang menarik oleh Abu al-Hasan Ali al-Husni an-Nadawi ,Pertarungan Alam Pikiran Islam dengan Alam Pikiran Barat (terj.),P.T. Almaarif ,Bandung .t.t.,hlm. 9-18 ,33-57.

Malaysia memperkenalkan wawasan 2020 dimana agenda utamanya ialah melahirkan masyarakat maju menurut acuan sendiri.Pertembungan dengan tamadun Barat kali ini mungkin berbeza dari sebelumnya sekiranya rakyat Malaysia khususnya para pelajar yang akan ke seberang laut betul-betul memahami dan menghayati cita-cita Negara,yakni menjadi duta kecil Malaysia yang mampu menyaring tamadun Barat dari pengaruh kebudayaan yang boleh merosakkan dan menimba sebanyak mungkin maklumat sains dan teknologi dari Barat.Strategi begini dikatakan pernah dilakukan oleh Jepun dan Korea .

Pada ketika ini ,sekurang-kurang terdapat tiga sikap di kalangan para pelajar muslim di luar negara terhadap budaya Barat ; Pertama : sikap meniru membuta tuli dan menerima secara total .Kedua : sikap berhati-hati menolak mentah-mentah dan anti-Barat.Ketiga: sikap berhati-hati menerima dan meniru Barat .

Dalam konteks ini ,kita perlu menyediakan persiapan yang rapi dan kompeten dari berbagai aspek bagi mewujudkan pelajar-pelajar yang dipersiapkan mindanya mewujudkan pelajarpelajar yang diepersiapkan mindanya dengan visi dan misi yang jelas agar pemergian mereka ke seberang laut tidak sia-sia dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya bebas lepas Barat itu.Sebagai muslim sudah tentu kita yakin bahawa kekuatan iman ,ilmu dan amal soleh atau akhlak mampu menjadi benteng yang kukuh melawan pengaruh Barat tersebut.Menurut Bannabi ,peranan kita bukan setakat membebaskan diri kita sahaja tetapi juga membebaskan orang lain dari belenggu penjajahan fikiran dan kebudayaan Barat .

Dalam rangka merealisasikan maksud diatas ,maka topik ini diperkenalkan .Sebenarnya topik begini jarang sekali ditulis oleh penulis-penulis muslim dalam bentuk buku .Tetapi ia banyak ditulis dalam bentuk cerita atau pengalaman oleh wartawan-wartawan akhbar tempatan yang dimuatkan dalam ruangan hal ehwal luar negara.

RASIONAL

Oleh kerana usia pelajar-pelajar masih muda remaja dan mereka kurang terdedah dengan pelbagai masalah dan mungkin akan mudah terpengaruh ,maka sewajarnya kita memikirkan secara serius memandu dan membimbing mereka cara-cara menghadapinya.

Kita harapkan tulisan ini menjadi sebagai panduan yang lebih terperinci mengenai cabaran ,tuntutan ,persiapan fizikal ,mental ,rohani ,motivasi ,etika ,budaya ,dan Agama lain ,ciri-ciri masyarakat Barat atau Timur ,dan pofil mareka ,realiti dan ciri-ciri keramajaan .Moga-moga dengan panduan ini terhindar dari berlakunya kejutan budaya yang mengakibatkan perubahan yang drastik dalam cara hidup mereka.

Tulisan ini akan mendedahkan pengalaman-pengalaman bekas-bekas pelajar seberang laut yang terdiri dari pensyarah-pensyarah atau pelajar-pelajar yang baru tamat pengajian atau pelajar-pelajar yang balik bercuti melalui siri ceramah pengukuhan ,dialog ,email ,pertukaran risalah atau buletin.Di samping itu ,tulisan ini menjadi pelengkap kepada silibus IES yang sedia ada kerana topik-topik yang dibincangkan tidak disentuh secara langsung mengenainya .

Disamping itu ,tulisan ini juga menekankan aspek perubahan sikap ke arah yang lebih positif ,pro aktif ,rasional dan beradab ,becita-cita besar ,berusaha menggilap potensi diri ,yakin boleh ,dinamik ,dan progresif .Dalam hubungan ini ,unsur motivasi sama ada dalaman atau luaran adalah penting untuk menggerakkan mereka ke arah nnilai-nilai yang positif .Dalam hubungan ini ,kita yakin nilai-nilai Islam harus diterapkan secara berterusan dan secara sistematik untuk memberi kesan yang berpanjangan dan mendalam . Keperluan kepada perubahan sikap tersebut amat mendesak sekali apabila kita mendapati bahawa kebanyakkan pelajar-pelajar yang bermasalah yang dihadapkan ke Lembaga Tatatertib pada 1994 adalah berpunca dari tekanan perasaan akibat dari masalah keluarga ,teman ,penyesuaian diri ,tidak mempunyai matlamat yang jelas ,belajar kerana kehendak ibu bapa ,tidak mahir menguruskan masa ,tidak boleh tidur malam ,masalah rakan sebilik ,sindrom sekolah berasrama penuh dan sebagainya.(4)

TOPIK-TOPIK PENTING 1.PENGENALAN Bahagian ini akan menjelaskan tentang sejarah penubuhan Pusat Pendidikan Persediaan . Pusat Pendidikan Persediaan (PPP) ,ITM was established in 1982 as a centre which provides preparatory education to students who have received their Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) or Malaysian certificate of Education before pursuing studies abroad.

(4) Lihat dapatan dari kertas kerja ,Salimah Md. Sah dan Ismail Abdullah Keberkesanan kaedah Kaunseling Dalam Membantu Permasalahan Pelajar .dalam Bengkel Pemantapan Pengurusan Pelajar ,PPP/ITM ,17-19 September 1993 di Hotel Sri Morib.

Falsafah ITM

The concept for establishment of ITM is based on four beliefs or truths which directly combine the educational philosophy of this Institute .A summary of this principles are as follows.

1. That every person possesses a natural capacity to learn . 2. That education has a close relationship with the needs and wants of the community. 3. That education can play an important role iin changing the socio-economic status of the society. 4. That development and success of the highest level can only be echieved through education.

Misi PPP

To be an institution of higher learning known for its Academic Quality and committed to developong the holistic individual prepared to take on the challenges of living in a different academic .emotional ,and social environment .with an emphasis on continuity and constant readaptation to realise the sicio-economis aspirations of the nations.

Objektif PPP

To develop sound education programme sensitive to the multiplicity of cultures and disciplines of receiving institutions through s high degree of languages proficiency and a strong foundation in content knowledge ,to render our youth capable of competing at an international level and consistent with the nurturing of independent ,critical thinkers actively seeking knowledge and guided by a firm belief in their own value system wihtin the framework of an Islamic perspective.

Visi baru INTEC dan UiTM

Visi UiTM

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Misi UiTM Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

Visi INTEC Untuk menjadi pusat terkemuka untuk pendidikan antarabangsa melalui keunggulan akademik dan rangkaian antarabangsa yang intensif untuk menghasilkan moral, etika dan global lulusan yang kompeten.

Misi INTEC Untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi pelajar melalui kepelbagaian program dan menutup hubungan antarabangsa.

2.TUNTUTAN MENUNTUT ILMU KE SEBERANG LAUT

2.1 Memenuhi tuntutan agama

Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memeberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.

Menyempurnakan kewajiban fardhu kifayah adalah satu cara untuk memperdalamkan pengetahuan agama dan dapat memenuhi tuntutan jihad sekiranya menuntut ilmu kerana ingin mempertahan Islam dan kedaulatan umat Islam.

2.2

Mencontohi Sunnah Rasul dan para sahabat terutama dalam konsep berhijrah .Para sahabat dan para ulama silam begitu haloba mendapatkan ilmu dengan bersusah payah berhijrah untuk mendapatkan ilmu.

2.3

Memenuhi cita-cita peribadi ,hasrat keluarga ,orang kampung dan masyarakat PPP.

2.4

Memenuhi aspirasi Negara ,yakni wawasan 2020 dan anda adalah orang yang amat diperlukan bagi menjayakannya.

2.5

Memenuhi aspirasi umat Islam sejagat untuk membangun semula tamadun Islam dan kita memerlukan komitmen dari para saintis dan teknokrat bagi menjayakannnya.

2.6

Peluang yang baik untuk menyampaikan Islam dan salah satu cara yang berkesan mengalahkan musuh Islam ialah mengenali dan menguasai segalanya tentang musuh-musuh Islam .Ini telah berjaya dilakukan oleh tokoh-tokoh besar seperti Profesor Ismail Faruqi ,Sayyid Qutub ,Muhammad Qutub ,Profesor Syed Naquib al-Attas ,Profesor Syed Husein Nasr ,Profesor Fadzul Rahman ,Profesor Kamal Hassan ,Bapak Hamka ,Profesor Rusydi ,Muhammad Natsir ,Malek Bennabi ,dan lainnya.

3. MENGENALI POTENSI DIRI DAN MENGHAYATINYA KE ARAH KECEMERLANGAN

3.1

Siapakah anda ?Apakah keistimewaan anda?Adakah anda memiliki ciri remaja muslim yang positif?

3.2

Setiap orang berpotensi menuju kepada kecemerlangan .Untuk itu ia harus mengetahui kelebihan dan kelemahan dirinya sendiri.Potensi diri adalah nikmat kurniaan Allah yang tidak harus diabaikan.Kelebihan perlu diasah dan kelemahan mesti dihakis.

3.3

Menentukan dengan jelas dan terperinci matlamat dan objektif cita-cita hidup dan objektif pembelajaran sama ada jangka panjang dan jangka pendek.

3.4

Menyediakan plan tindakan yang rasional dan realistik bagi merealisasikan matlamat kehidupan di dunia dan akhirat dan belajar merancang ,menyusun dan menguruskan masa secara teratur dan sistematik berpandukan ayat-ayat dalam surah al-`Asr.

3.5

Saling bantu membantu ke arah kecemerlangan .Oleh itu ,perlu wujud sikap toleransi dan bekerjasama dalam perkara kebaikan.Kerjasama boleh dibentuk melalui semangat ukkhuwah yang mendalam melalui proses taaruf ,tafahum ,takaful dan tawazun .

3.6

Faktor-faktor yang menghalang ke arah kecemerlangan .Antaranya ialah hasad dengki ,buruk sangka ,niat jahat ,tamak haloba ,ego ,individualistik ,materialistik ,hedonistik dan seumpamanya.

PERSEDIAAN YANG MANTAP DAN SEPADU

4.0

Mengapa harus bersedia ?

4.1

Kenapa perlunya persediaan mantap dari aspek mental ,fizikal ,emosi ,rohani ,yang seimbang dan sepadu ?

4.2

Mampu menguasai konsep-konsep asasi dalam Islam dan mampu pula membandingkan dengan Kristian ,Yahudi ,dan Confucious seperti Islam ,ibadat ,iman ,akhirat ,kerasulan ,syariat ,akhlak ,dan lainnya.

4.3

Memahami profil dan konsep hidup orang Barat atau Timur.Misalnya orang Barat mengutamakan fikiran rasional,suka sikap yang berterus terang ,mengutamakan kebendaan dari aspek kerohanian ,menjadikan urusan agama adalah urusan peribadi ,hidup bebas lepas tanpa ikatan Agama dan adat.(lihat lampiran kertas kerja Animah ferrer).

4.4

Mengetahui kedudukan dan pengaruh agama di Barat atau di Timur .Misalnya ,perlu menjawab persoalan kenapa wujudnya masyarakat agnostik ,atheis ,materialistik ,dan skeptik ?Bagaimana kedudukan dan pengaruh mazhab-mazhab protesten dan Katolik di Barat ?Keyakinan masyarakat Barat terhadap trinity ,zionisme dan confuciousnisma di Timur ?

4.5

Pelajar-pelajar harus mengambil tahu kedudukan umat Islam yang bermastautin di negaranegara bukan Islam dan bagaimana imej mereka dari perspektif Barat (lihat lampiran ,seperti masyarakat Islam di AmerikaUM 1/8/94 , Dakwah di Australia 13/5.95) .Bagaimana pula kedudukan pelajar-pelajar kita di seberang laut (lihat lampiran , 2 melayu jadi kader Kristian BH 20/11/92).Bagaimana pula aliran pemikiran dakwah pelajar-pelajar muslim di seberang laut ?Apakah pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan yang bergerak dan aktif di sana ?Bagaimana sikap mereka terhadap kerajaan ?

4.6

Memahami etika dan budaya positif masyarakat setempat.Misalnya sopan santun dalam pergaulan ,cara percakapan dan cara panggilan dengan orang yang lebih tua .Bagaimana mereka menguruskan masa dengan baik dan teratur .Mengetahui adat menziarahi dan menghadiri majlis-majlis rasmi (lihat lampiran ,Animah Ferrar)

PROMOSI CARA HIDUP ISLAM DI NEGARA BUKAN ISLAM

Pendahuluan :Sebenarnya cara hidup Islam addalah mudah ,sederhana ,praktikal ,dan indah .Ia boleh dilaksanakan di mana-mana.Faktor tempat dan masyarakat yang asing dengan Islam tidak menjadi penghalang ,malah itu sepatutnya menjadi peluang .Kebangkitan Islam pada zaman Nabi kita bermula dengan dagang.Nabi kita berpesan ,maksudnya jangan suka terikut-ikut dengan keadaan kebanyakan manusia yang tidak berpendirian .Hendaklah kita tetap pendirian dengan sikap yang jelas ,yakni sekiranya mereka melakukan kebaikan ,hendaklah kamu lakukannya.Tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan maka hendaklah kamu jauhi mereka.

Penghayatan cara hidup Islam adalah suatu kemestian dan keperluan untuk menjamin kehidupan bahagia ,aman dan sentosa di dunia dan akhirat nanti .Sesungguhnya cara hidup yang diterima di sisi Allah ialah al-Islam(2:19) Kita sewajarnya berbangga dengan cara hidup Islam dan ketimuran kerana Islam itu maha tinggi dan maha mulia kerana ciri keimanan para mukmininnya.

5.1

Tabah Menghadapi Risiko dan Cabaran

Menghayati cara hidup Islam menuntut kita memahami cabaran dan ujian .Seorang Mukmin akan diuji dari pelbagai sudut ,lebih-lebih lagi berada di negara yang memusuhi Islam .Dalam konteks ersebut kita dituntut menekuni cabaran-cabaran yang bakal ditempuh dan mesti tabah menghadapinya.

Antara cabaran itu ialah cabaran perjalanan yang memenatkan ,cabaran keadaan fizikal dan cuaca yang berbeza ,cabaran budaya bebas ,cabaran keruntuhan moral ,cabaran dalam menghayati amalan Islam seperti menutup aurat ,solat dan puasa .

5.2 Membentuk sikap yang membina dan positif:

Sikap yang sepatutnya diambil oleh pelajar-pelajar kita ialahmenyaring dan memilih budaya masyarakat setempat .Berwaspada dalam mempertahankan pandangan sehingga tidak timbul semangat fanatisme dan rigid dengan satu mazhab dan perlu mengambil sikap fleksibel atau anjal dalam amalan-amalan khilaf .Hendaklah pandai menguruskan masa dan wang.Bersikap tegas dalam perlaksanaan solat dan puasa. Bijaksana dalam memilih kawan dan mampu mengawal nafsu dan mampu menyelesai masalah perjodohan mengikut kaedah Syarak bila diperlukan .Pandai menyesuaikan diri dengan aktiviti yang bermanfaat dan membentuk jaringan atau jemaah bagi membantu menyelesaikan masalah-masalah kebajikan dan masalah terdesak seperti kematian ,sakit ,imam solat ,berlhutbah ,dan sebagainya.

5.3 Mengambil Peluang Menyampaikan Ajaran Islam.

Sungguhpun tugas utama seorang pelajar adalah menimba ilmu pengetahuan dan mencapai kecemerlangan dalam akedemik.Namun tugas itu tidaklah mengahalang seorang pelajar dari bergiat aktif menyampaikan Islam. Penyampaian Islam hendaklah dilakukan secara kolektif dan penuh bijaksana .Jangan sekali-kali beranggapan bahawa penguasaan akedemik tidak penting kerana menumpukan perhatian yang lebih kepada urusan dakwah . Penglibatan dengan aktiviti dakwah hendaklah diseimbangkan dengan aktiviti pembelajaran .Para pendakwah sewajarnya membentuk peribadi contoh dan dakwah bil-hal ,yakni mengutamakan aspek pengahayatan dari aspek penghayatan dari aspek teori dan slogan . Para pelajar juga seharusnya mengambil kesempatan berinteraksi dengan maasyarakat setempat dengan mewujudkan program-program memperkenalkan Malaysia melalui program-program budaya Islam ,wacana intelektual seperti menjemput tokoh-tokoh terkenal ,seminar ,bengkel ,summer camp,dialog dan sebagainya .Di samping mewujudkan program-program sesama pelajar Muslim yang bertujuan mengeratkan persaudaraan sesama mereka. Para pelajar harus sentiasa mendapat bimbingan dan nasihat dari pegawai-pegawai Agama Malaysian Studies Department(MSD) atau dari Persatua-persatuan Islam atau dari para senior dan mentor yang bertanggungjawab .Hubungan yang rapat sesama mereka dapat menghindarkan

dari tercebur dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat yang boleh mencemarkan imej Islam dan boleh merosakkan sahsiah mereka.

OBJEKTIF TULISAN INI (1) Pelajar yakin bahawa menuntut ilmu ke seberang laut adalah amalan terpuji dan suatu tuntutan agama jika dapat memenuhi kehendak dan tuntutan agama Islam ketika menuntut di sana. (2) Pelajar dapat mengenali potensi dirinya sendiri dan menggunakannya ke arah pembentukan sikap yang positif ,pro aktif ,kreatif ,dan konstruktif . (3) Pelajar dapat memahami kepentingan persediaan yang mantap dari sudut rohani ,jasmani ,emosi dan akhlak sebelum mereka berangkat ke luar negara . (4) Pelajar mendapat pendedahan yang secukupnya mengenai cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi ddan bagaimana menghadapinya dan bagaimana pula mengahayati Islam sebagai cara hidup di negara-negara bukan Islam.

Untuk mencapai objektif tersebut beberapa aktiviti dicadangkan; *Dialog /forum/ceramah mengenai cabaran ,persiapan ,etika dan budaya masyarakat luar negara.Di samping itu ,perlunya pendedahan etika dan budaya masyarakat Melayu Muslim. *Tugasan mengenai kajian tokoh-tokoh ulama sains muslim dengan melihat bagaimana etika mereka di tempat orang.Mendapatkan maklumat mengenai negara yang berkenaan melalui aktiviti keratan akhbar. *Aktivit-aktiviti membentuk sikap dan potensi diri seperti membuat carta aliran ,kefahaman potensi diri ,meneroka kelemahan dan kelebihan diri ,menyenaraikan ciri-ciri perwatakan diri ,permainan dan role-play yang dapat mendekatkan diri dengan wataknya. *Perbincangan dua hala mengenai remaja dan permasalahannya ,membuat kaji selidik mengenai masalah remaja dan membuat analisa SWOT dalam penyelesaiannya. Kaedah Perlaksanaan *Aktiviti bimbingan kuliah dan simulasi . *Pembentangan laporan kajian atau tugasan . *Ceramah pengukuhan dari tokoh-tokoh tempatan dan luar negara khususnya mengenai konsep dan cara hidup masyarakat Barat atau Timur .

*Buku panduan ini boleh dikemukakan sebagai satu kursus yang tersendiri misalnya di program A level dan bagi program lain ia boleh merentasi silibus dengan memasuki pada mana-mana bahagian yang sesuai.

Sumber-sumber Rujukan Al-Qurandan terjemahannya ,Komplek Percetakan al-Quran Raja Fahd ,Medinah Munwwarah ,1992. Animah Ferrer ,Cabaran dan Persiapan ke U.K .kertas kerja Bina Insan ,HEP ,PPP/ITM ,1994. Abul Hasan Ali al-Husni an-Nadwi ,Pertarungan Alam Pikiran Islam dengan Alam Pikiran Barat di Negara-negara Islam ,(terj. Mahjudin Sjaf),cet. 1 ,P.T. al-Maarif ,Bandung.t.t. Azizan Baharuddin ,Pengenalan Tamadun Islam di Andalus ,Dewan Bahasa & Pustaka ,KL ,1986 . Prospectus 1994/95 ,Pusat Pendidikan Persediaan ,Institut Teknologi Mara . Tomas Gerholm and Yngve Georg Litman,(ed.),The New Islamic Presence in Western Europe ,Mansell Publishing Limited ,New York ,1990 . Noraini Ahmad ,Kaunseling Remaja ,Budaya ilmu sdn.bhd, ,Petaling Jaya ,1994 . Malik Bennabi ,The Problem of Ideas in the Muslim World ,Budaya ilmu ,cet. 1 ,1994. Peter Bromhead ,Life in Modern Amerika ,Longman Group UK Limited ,1988. Belinda Hollyer (ed.) ,The Jewish World ,Macdonald Childrens Bools ,1989. Syed Othman al-Habshi ,Nik Mustapha Nik Hassan ,Islam and Tolerance ,Institut Kefahaman Islam Malaysia ,KL ,1994.

PANDUAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR KE LUAR NEGARA

1. Pelajar-pelajar perlu bersedia dan mempelajari agama Kristian kerana kemungkinan perdebatan mengenai agama adalah benar.

2. Pelajar-pelajar mungkin juga akan berhadapan dengan mereka yang mempunyai fahaman atheis dan agnostik.Agnostik ialah fahaman mereka percayakan tuhan tetapi tidak mengetahui siapa tuhan.Mereka juga percaya bahawa manusia menentukan segala-galanya.

3. Pelajar-pelajar perlu mempunyai pendirian dari semua aspek.Dengan pendirian yang teguh pelajar-pelajar tidak mudah dipengaruhi oleh elemen-elemen yang tidak baik.

4. Pelajar-pelajar perlu bergaul dengan semua peringkat dari pelbagai bangsa dan negara tetapi lupa bergaul dengan kawan seagama lebih-lebih lagi pelajar yang lebih tua(postgraduate) untuk mendapat bimbingan dan nasihat.

5. Perlu mempelajari agama dan budaya kawan-kawan yang lain .Mempelajari budaya dan agama penduduk tempatan memudahkan pergaulan.Ia juga merupakan satu persediaan untuk mengelak diri daripada terlibat dengan budaya kurang sihat.

6. Gunakan peluang mempelajari berbagai-bagai perkara sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.Banyak pengajaran yang boleh dipelajari melalui pengamatan ,kajian pembacaan dan sebagainya.

7. Peluang yang ada perlu digunakan untuk melancong untuk menambah ilmu .

8. Jangan lupa solat berjemaah dan mengikuti aktiviti-aktiviti keagamaan yang dianjurkan.

9. Perlu berfikir secara positif dan kreatif.Elakkan diri dari dipengaruhi dengan fikiran-fikiran negatif.

10. Jangan membazir wang dengan membeli keperluan-keperluan yang tidak dirancang.

11. Peruntukkan masa untuk membaca dan menyertai pelbagai aktiviti yang sihat.

SIKAP-SIKAP YANG PERLU ADA PADA PELAJAR SEBELUM MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGERI

1. Pengetahuan agama Islam yang kukuh.

a) Tahu hukum halal/haram dari segi pemakanan ,pergaulan dan lain-lain. b) Sembahyang 5 kali sehari agar ada keinsafan&rendah diri kepada Allah. c) Puasa dapat menyesuaikan diri dengan berpuasa pada berlainan waktu jika dibandingkan di tempat sendiri.

2. Sokongan moral dari keluarga ,saudara &kawan untuk kekuatan &keyakinan diri.

3. Pengetahuan untuk mempertahankan agama Islam apabila berdepan dengan masyarakat Kristian yang memperkecilkan agama Islam.

4. Tatasusila ketimuran/kemelayuan perlu dipertahankan apabila berdepan dengan pelbagai bangsa & budaya Barat.

5. Sikap berdikari/berdisiplin/toleransi dalam menghadapi dunia sebagai seorang pelajar di negeri asing.

6. Perlu diingatkan tujuan asal ke luar negara adalah untuk mendapat ilmu pengetahuan &kemahiran &bukannya untuk mendapat kebebasan atau keseronokan .

7. Perlu diingatkan akan tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti mendoa kesejahteraan mereka/bertanya khabar & sebagainya .

8. Pengurusan wang-pandai berjimat cermat iaitu berbelanja apabila perlu.

9. Pengurusan masa-pembahagian masa yang sesuai untuk belajar, berehat& beriadah & sebagainya.

10. Tahu menyesuaikan diri dengan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan faedah &jauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Disusun oleh:Mariah Jaafar Program A Level

CABARAN DAN PERSIAPAN KE UK

Tidak lama lagi ,Insya-Allah, saudara-saudari akan menuju UK untuk melanjutkan pelajaran di sana .Ini merupakan satu peluang yang besar ,untuk mendapatkan bukan sahaja pendidikan formal dalam bentuk kuliah dan tutorial ,tetapi juga pendidikan bukan formal ,iaitu dengan mengalami suasana dan cara hidup yang berbeza dengan Malaysia.

Hal ini sepatutnya tidak menakutkan ,bagaimanapun saudara-saudari harus menyedari bahawa is memerlukan sikap yang positif dan juga kesungguhan dalam menyesuaikan diri dengan keadaan baru itu ,iaitu supaya dapat menikmati manfaat yang sebanyak mungkin.

Oleh kerana saudara-saudari kemungkinan besar belum pernah ke sana ,maka di sini dibentangkan sedikit keterangan dan panduan mengenai keadaan di sana ,serta cadangan untuk mengenai beberapa masalah yang mungkin dihadapi ,dengan harapan ini akan sedikit sebanyak memudahkan serta menaikkan semangat saudara-saudari. Keterangan ini dibahagikan kepada lima perkara ,iaitu : 1. Keadaan fizikal 2. Profil orang Britain 3. Etika dan adab 4. Mengikuti cara hidup islam di negara bukan islam 5. Berdakwah kepada orang bukan islam.

1.KEADAAN FIZIKAL Iklim di UK memanglah berlainan sekali dengan Malaysia ,di mana ia jauh lebih sejuk ,dan juga mempunyai empat musim dalam setahun,yang jelas berbeza diantara satu sama lain.Musim Luruh(Autumn:September-November) :-suhu sudah mula menurun;daun-daun setengah jenis pokok menjadi kuning dan merah sebelum gugur dari pokok;bulan oktober/november ,banyak hujan .Musim sejuk (winter:Disember-Februari):- suhu paling sejuk;hujan dan kadangkala salji(JanuariFebruari),turun;kalau suhu di bawah paras beku ,air hujan atau salji di permukaan jalan raya menjadi berais dan sangat licin berhati-hati semasa berjalan ! Kalau matahari dapat dilihat ,tidak pun rasa panas langsung,setengah pokok tinggal rangka sahaja(tiada daun) ,dan bunga kurang dilihat .Musim bunga (spring;Mac-Mei):-suhu mula naik;daun-daun pokok,pokok dan bunga-bunga mula tumbuh semula :binatang ternakan (lembu ,biri-biri ,dan sebagainya) membiak ,pokok-pokok buah mula berbunga (Mei) .Musim Panas (summer; Jun-Ogos) biasanya lebih panas tetapi tidak menentu ,khususnya kalau hujan ,pokok buah berbuah.

b) Kot-dari coat.Di sana ,coat itu dipakai atas pakaian lain dan ianya memanjang hingga ke lutut.Apa yang orang Melayu gelar kot ,di sana dikenali sebagai jacket. c) Selipar-dari slippers .Slippers di England diperbuat daripada kain yang lembut untuk dipakai dalam rumah sahaja.Apa yang orang Melayu gelarkan selipar ,di sana digelarkan sandals. Harga makan di restoran di UK sangat mahal ,bagaimanapun ,di kawasan-kawasan terdapat ramai orang pelajar ,biasanya ada restoran yang harganya lebih sederhana .Telitilah senarai harga makanan sebelum buat tempahan.

Kalau terpaksa mendapatkan rawatan di klinik doktor ,carilah klinik pelajar di kolej atau universiti masing-masing.Biasanya ubat tidak dibekalkan oleh pihak klinik ,tetapi perlu dibeli di kedai farmasi(dengan menunjukkan surat doktor). Sekiranya saudara-saudari menyewa rumah di sana sebagai tempat tinggal ,kamu mungkin akan menemui bilik air yang berbeza dengan bilik air di Malaysia.Dalam setengah rumah ,bilik mandi dengan tandas diasingkan.Tandas itu tidak mempunyai paip untuk menyucikan diri .Bilik mandi pula dibekalkan dengan long bath sahaja,tiada shower biasanya dalam bilik mandi seperti ini ,lantainya tidak boleh kena basah. Semasa di UK ,jangan abaikan peluang untuk melawat ke muzium,pameran ,galeri seni ,persembahan pentas ,ceramah dan lain-lain.Ini semuanya sebahagian penting dari pendidikan informal di sana. Jangan ketinggalan juga mencong ke kawasan desa di UK yang sungguh menarik ,dan juga melawat ke istana ,rumah mewah dan kota(castle) yang bersejarah. Bagi tambang pengangkutan awam dan juga bayaran masuk muzium ,ceramah dan lain-lain ,biasanya potongan harga diberikan kepada pelajar. Di sana perlu juga memberi perhatian kepada keselamatan diri .Kalau sudah malam ,jangan pergi seorang diri ke tempat yang sunyi ,khususnya dibandar-bandar besar. Kalau saudara-saudari ingin masak masakan Malaysia di sana ,ketahuilah bahawa kebanyakan keperluan boleh didapati di sana ,khususnya di bandar-bandar besar .

2.PROFIL ORANG BRITAIN. Orang Barat ,termasuk orang Britain ,menekankan kegunaan fikiran rasional dalam setiap keadaan ,dan mereka berasa malu dan memalukan sekiranya menunjukkan perasaan atau emosi.Mereka jarang-jarang menangis di khalayak ramai ,khususnya lelaki.Mereka juga kurang naik marah sebaliknya sabar dan bertoleransi. 3.ETIKA DAN ADAB. Kalau kita ke negeri orang ,kita harus menyesuaikan diri dengan adab dan cara hidup di sana ,sebagai satu penghormatan ,iaitu selagi ia tidak jelas bertentangan dengan Islam. Apabila kita cuba menyesuaikan diri ,mereka pula akan senang berkawan dan bekerjasama dengan kita. Kita sudah menyebut mengenai keperluan bercakap terus terang .Kita harus sama-sama berani dan tegas.Jangan malu bertanya ,meminta ,memberi pendapat atau mengkritik ,tapi gunakanlah bahasa yang sopan dan penyampaian yang rasional (janganlah emosional sangat!).Gunakan selali istilah Excuse me! , Please dan Thank you. Orang Barat mengamalkan tabiat tepat pada waktu ,dan mereka harapkan orang lain pun turut sama ,walaupun untuk temujanji sosial sahaja .

Sekiranya saudar-saudari ingin ke rumah orang British ,ada beberapa adab perlu dipatuhi:-jangan pergi tanpa dijemput atau sudah berjanji terlebih dahulu. -sampai pada waktu yang tepat ,seperti dijemput/dijanji. -kalau takut dihidangkan dengan makanan yang tidak halal ,cakaplah dengan tuan rumah semasa menerima jemputan atau temujanji ,supaya dia sempat menyediakan sesuatu yang sesuai. -tuan rumah akan bertanya sama ada kamu ingin minum air ,kopi ,makan biskut ,dan sebagainya jawablah dengan terus terang ,kerana beliau tidak akan memujuk dua tiga kali seperti di Malaysia. -habiskan apa yang dihidangkan. -jangan makan secara bising(membuka mulut semasa makan). -elakkan daripada sendawa seboleh-bolehnya.Kalau tidak boleh kawal ,jangan bising sangat ,dan diikuti lafaz Excuse me. -jangan bawa kawan lain tanpa mendapat izin tuan rumah terlebih dahulu. -kalau dijemput untuk makan tengahari atau malam ,elok bawa buah tangan kecil-sejambak bunga ,kotak kecil coklat,misalnya. Kalau kita terpaksa sembahyang di tempat yang susah hendak memastikan qiblat ,kita cuba sedaya upaya sahaja ,kemudian tawakal .(Kalau di Malaysia ,qiblat menuju ke arah matahari turun,di UK pula qiblat menuju ke arah matahari naik ,lebih kurang). Yang penting ,jangan jadikan masalah atau kesulitan kecil sebagai alasan untuk tinggalkan sembahyang .Sembahyang itu merupakan rukun Islam yang paling penting ,dan perlu ditunaikan mengikut kemampuan ,dalam apa jua keadaan. Sampai ke sana ,baik cari orang Islam yang sudah biasa duduk sana ,sam ada orang Malaysia atau orang lain ,sama ada pelajar atau penduduk tempatan.Dengan cara ini kita senang mendapat keterangan mengenai waktu sembahyang,tarikh puasa ,tempat-tempat membeli makanan halal ,dan lain-lain.Elok juga sekiranya kita menyertai kumpulan orang-orang Islam ,untuk sembahyang berjemaah serta sama-sama memberi dorongan.Sekiranya ada kesempatan ,bergaullah dengan orang Islam selain dari orang Melayu ini satu pengalaman yang sungguh menarik dan berfaedah .Dikebanyakan bandar di UK masjid boleh ditemui ,tetapi biasanya menumpang dalam bangunan atau rumah biasa. Jangan lupa juga bahawa sebagai orang Islam ,di mana-mana sahaja kita digalakkan :-berbuat baik kepada orang lain ,sama ada Islam atau bukan Islam . -menjadi teladan dari segi perangai dan kelakuan . -mencari ilmu pengetahuan di mana-mana sahaja serta dalam berbagai bidang-jangan lepaskan peluang.

5.BERDAKWAH KEPADA ORANG BUKAN ISLAM. Saya berharap saudara-saudari sidah maklum bahawa berdakwah itu merupakan tanggungjawab setiap orang Islam.Dengan itu ,kita semua mesti bersedia berdakwah kepada sesiapa sahaja,termasuk orang bukan Islam. Bagaimanapun ,harus diketahui bahawa strategi dan pendekatan dakwah untuk orang bukan Islam tidak sama seperti untuk orang Islam .Kita mesti pandai menyusun satu strategi dan pendekatan yang sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka yang sebenar .Misalnya ,ramai orang Barat tidak tentu arah dalam kehidupan mereka ,kerana belum menemui pegangan/agama yang meyakinkan .Ramai juga yang berasa amat gelisah dengan keruntuhan akhlak dan perpecahan keluarga yang berleluasa ,tetapi tidak tahu di mana hendak mencari penyelesaiannya .Dengan ini ,dakwah kita elok tertumpu kepada isu yang mendesak seprti ini . Seperti sudah diterangkan di atas ,orang Barat menganggap agama sebagai hal peribadi ,maka kita perlu peka dan hati-hati ,dan sabar menunggu peluang .Misalnya ,apabila mereka bertanya :Kenapa awak pakai tudung ?atau bagaimana boleh tahan puasa sebulan ?-soalan seperti ini merupakan peluang keemasan untuk memulakan dakwah kita ,kita bermula dengan memberi jawapan tepat dan ringkas(pastikan ia memuaskan) kepada

Profile islam di negara-negara destinasi pelajar Islam di Jerman kini menjadi sebuah agama yang ketara. Sehingga 2006, terdapat kira-kira 3.5 juta Muslim (4% penduduknya).[1] Selepas Gereja Roman Katolik dan Protestan, Islam merupakan agama ketiga terbesar di negara ini. Majoriti Muslim di Jerman berasal dari Turki (lebih daripada 90%), diikuti oleh kumpulan-kumpulan kecil dari negara-negara bekas Yugoslavia, Albania, negara-negara Arab, Iran dan Afghanistan. Kebanyakan Muslim tinggal di Berlin dan bandar-bandar besar bekas Jerman Barat. Walau bagaimanapun, tidak seperti kebanyakan negara-negara Eropah lain, kecuali Austria dan sebahagian daripada Switzerland, komuniti yang agak besar wujud di sesetengah kawasan perkampungan Jerman, terutamanya Baden-Wrttemberg, Hesse, Bavaria dan NordrheinWestfalen. Disebabkan jarangnya kemasukan sebelum 1989, bilangan Muslim di wilayah bekas Jerman Timur adalah sangat sedikit. Kebanyakan Muslim di Jerman adalah Sunnah Waljamaah. Terdapat juga penganut Syiah, kebanyakannya dari Lubnan. Selain itu, ramai di kalangan pendatang Turki adalah golongan Alawi. Islam merupakan agama kedua terbesar di United Kingdom dengan 1,591,000, (atau 2.8% jumlah penduduk) Muslim. Islam merupakan agama yang minoriti dan juga agama yang ketiga selepas agama Kristian dan Yahudi di Amerika Syarikat, dengan kira-kiranya 0.5% sahaja penduduknya yang mengamalkan ajaran Islam. Bagaimanapun jumlah ini meningkat dengan banyak akhir-akhir ini. Islam ialah agama yang ketiga terbesar di Australia setelah agama Kristian dan agama Buddha. Menurut banci tahun 2001, kira-kiranya 281,600 atau 1.5% penduduk negara ini mengakui diri mereka sebagai Muslim. Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 21-28 juta penduduk Islam di Rusia, mewakili sekurang-kurangnya 15-20 peratus daripada jumlah penduduk negara Rusia dan membentuk agama minoriti yang terbesar. Kelompak masyarakat terbesar Islam tertumpu di antara warganegara minoriti yang tinggal di antara Laut Hitam dan Laut Caspian: Adyghe, Balkar, Nogai, Chechen, Circassian, Ingush, Kabardin, Karachay dan banyak bilangan warga negara Dagestan. Di Volga Basin tengah ada penduduk besar Tatar dan Bashkir, kebanyakan mereka Muslim. Banyak penduduk Islam juga tinggal di Perm Krai dan Ulyanovsk, Samara, Nizhny Novgorod, Moscow, Tyumen dan Leningrad Oblast (kebanyakannya kaum Tatar).

Perkiraan jumlah orang Islam di Perancis sangat berbeza. Satu pungutan suara pada 2007 [1] meletakkanya pada 3% penduduk, sementara pada 2006 Jabatan Negeri A.S. meletakkannya pada lebih kurang 10% [2]. Pada 2000, Menteri Dalam Perancis mengirakan jumlah penduduk jiwa yang dilahirkan ke dalam Islam sebanyak 4.1 juta, dan mualaf kira-kira 40,000. Perkiraan bilangan Muslim, kononnya bahaya pada projek perumahan kawasan persekitaran bandar oleh Renseignements Gnraux, agensi risikan, telah sering dikutuk. Kutukan adalah terutamanya pada Monde diplomatique dan Canard Enchan. Sebuah kajian dilakuakan oleh Michle Tribalat, sebuah pengkaji di INED, dan berdasarkan banci pada 1999, menujukkan bahawa dakwaan 5 ke 6 juta Muslim di Perancis telah diperbesar-besarkan. Mengikut banci tersebut, terdapat hanya 3.7 juta "kemungkinan Muslim" di Perancis (6.3% daripada jumlah penduduk Perancis Metropolitan pada 1999) [3]. Jutaan

Muslim ini ramai yang datang dari negara yang penduduknya majoriti Muslim tidak semestinya mematuhi Islam keseluruhannya. Dianggarkan terdapat seramai 45,000 orang penganut agama Islam di Korea,[1] tidak termasuk pekerja-pekerja hijrahan tetap. Islam juga merupakan agama yang berkembang dengan pantas di Korea Selatan.[2] Termasuk juga pekerja-pekerja Korea yang memeluk agama Islam yang pulang dari negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu. Di Korea Selatan, populasi orang Islam semakin meningkat sejak pengenalan agama tersebut tidak lama selepas Perang Korea. Masyarakat Islam (kelahiran Korea dan asing) tertumpu di sekitar Seoul yang menempatkan masjid besar kurun ke-20 pertama yang dibina pada tahun 1976 dengan pembiayaan oleh Misi Dakwah Islam Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. Terdapat pertumbuhan perlahan tetapi nyata penghijrahan orang-orang Timur Tengah (Iran, Iraq, Kuwait dan Qatar) beserta Pakistan dan Malaysia ke Korea Selatan yang majoritinya beragama Islam semasa tahun 1990-an dan 2000-an, selalunya datang sebagai pekerja undangan ke negara ini. Dipercayai bahawa tiada kehadiran nyata Islam di Korea Utara yang kegiatan keagamaan berautonomi secara umumnya hampir tidak wujud. Di sebalik fakta bahawa orang Islam Korea adalah masyarakat yang kecil, mereka merupakan sebahagian daripada struktur pelbagai agama masyarakat Korea yang melibatkan penganut agama Buddha, ajaran Tao dan agama Kristian.

Anda mungkin juga menyukai