Anda di halaman 1dari 4

TEMA DAN KONSEP ARTIKEL 1 (PERFILEMAN)

Berdasarkan penulisan yang ditulis oleh saudari Wan Rashidah Hanim Wan Mohamad dan Nor
Raudah Siren, penulisan beliau adalah secara umum dan tidak spesifik terhadap sesuatu
perkara. Justeru,tema kajian dalam artikel ini adalah kajian tentang bagaimana ideologi
ketakutan yang tidak rasional terhadap Islam. Di dalam hal ini, penulis menekankan bahawa
dari perasaan ketakutan inilah muncul konsep yang amat salah bahawa setiap muslim
merupakan penganut fanatik ajaran agamanya, mempunyai tendensi untuk satu melakukan
kekerasan terhadap orang bukan Muslim dan menyakini pula bahawa Islam menolak nilai-nilai
seperti kesetaraan, toleransi dan demokrasi. Selain itu, keberkesanan pengaruh cerita Barat
yang merangkumi sentimen negatif yang terdiri daripada pandangan individu anti-Islam kepada
diskriminasi seluruh masyarakat terhadap umat Islam.
Secara umumnya, Islamofobia ini merujuk kepada rasa fobia atau kebimbangan terhadap Islam
sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan apa sahaja yang berkaitan dengan
Islam. Akibat daripada persepsi negatif terhadap Islam, diikuti dengan rasa kebimbangan atau
ketakutan yang tidak berasas, Islamofobia ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk
diskriminasi dan ketidakadilan.
Dalam penulisan ini, penulis sudah menekan bahawa dari aspek perfileman Barat dapat
memberikan impak negatif terhadap Islam.Hal ini dikuatkan dengan banyak pandangan yang
mengatakan bahawasanya identiti Islam dengan gerakan-gerakan terorisme, suka berperang,
tidak bertoleransi dan sudut pandangan media yang tidak masuk akal lainnya terhadap Islam.
Sehubungan dengan itu, persepsi yang salah ini perlu diperbetulkan segera bagi memastikan
Islam yang menjadi rahmat sekalian alam ini difahami atau tidak disalahtanggapi.
Sesungguhnya, tanggungjawab ini mestilah dipikul oleh setiap individu Muslim termasuk
institusi-institusi, badan-badan dan pertubuhan Islam.
Sehubungan dengan itu, saluran-saluran perfileman seperti yang dibangkitkan oleh penulis
perlu kita untuk menitik beratkan supaya akidah kita tidak dipesongkan dengan jalan cerita yang
telah diubah. Sepertimana, sedikit sebanyak pengisian kandungan terdiri daripada filem-filem
Hollywood yang mengalihkan perhatian daripada yang mensasarkan komunisme kepada Islam
dan Muslim yang disamakan dengan terorisme sebagai watak jahat dalam filem-
filem mereka. Ini adalah contoh maklumat-maklumat yang terpesong disebabkan
salah tafsir terhadap konsep-konsep Islam seperti Jihad ataupun mungkin sahaja ada
yang sengaja diputarbelitkan kebenaran.
Islamofobia bukanlah fenomena baru di alaf ini. Islamofobia telah lama berlaku sejak zaman
awal perkembangan Islam di mana pada waktu itu Islam dipandang sebagai sesuatu ajaran
yang asing bagi penduduk Mekah. Fakta ini disokong oleh sepotong hadis Rasullulah
Sallallahualaihiwasallam diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud:

“Islam bermula sebagai (sesuatu yang) asing dan akan kembali menjadi (sesuatu yang) asing
seperti awalnya. Maka berbahagialah orang-orang yang asing itu”. (Sahih Muslim, Hadis 145,
Bab Iman)
Hadis ini secara jelas membuktikan bahawa Islam juga akan digambarkan dengan pelbagai
perkara yang negatif sepertimana ianya terjadi ketika awal dakwah Rasulullah. Persepsi
melihat Islam sebagai ajaran yang asing dan tidak sesuai dengan budaya, hak asasi manusia
dan nilai-nilai murni adalah perkara yang telah dijangkakan oleh Rasulullah. Hadis ini
memberikan tanggungjawab kepada umat Islam untuk berusaha memperbetulkan persepsi ini
dan seterusnya meletakkan Islam itu di tempat yang sepatutnya serta difahami oleh
masyarakat.
TEMA DAN KONSEP ARTIKEL 2 (MEDIA MASSA)

Berdasarkan penulisan yang ditulis oleh Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir dan saudara
Mohammad Nurhafiz Hassim, tema kajian dalam artikel ini memperlihatkan terdapat jenis Media
Massa yang bersesuaian dan berkesan dalam membentuk sahsiah diri belia ke arah menjadi
modal insan berkualiti iaitu melalui penggunaan media sosial. Pada masa kini keperluan
penggunaan media sosial sangat penting bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Akan tetapi
garis panduan atau peraturan penggunaan media sosial perlu diwujudkan untuk memastikan
penggunaannya dengan cara yang positif.
Merujuk di atas, penulis telah menekankan penggunaan media massa dan media sosial dapat
membantu golongan belia untuk meningkatkan kualiti hidup dengan menambahkan ilmu dan
kemahiran yang pelbagai. Malahan, penggunaan teknologi komunikasi seperti internet dan
telefon bimbit dapat membantu seseorang itu untuk mendapatkan pelbagai maklumat sama ada
dalam dan luar negara serta kesannya komunikasi dua hala boleh meningkatkan kualiti hidup
seseorang yang lebih baik.
Seterusnya, Media sosial seperti Facebook, Instagram, Telegram dan Tiktok boleh membantu
golongan belia ini berkongsi maklumat yang berguna, melakukan pemikiran yang sihat dan
belia boleh berkongsi aktiviti yang dilakukan melalui rangkaian sosial yang dibina dalam talian.
Tambahan apabila nilai persahabatan telah berkembang, persahabatan tersebut akan disusuli
dengan media yang lain melalui pesanan segara di media massa.
Manakala kajian juga menunjukkan impak negatif teknologi maklumat dan komunikasi terhadap
golongan belia masa kini lebih gemar menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer,
semata-mata untuk mencari kepuasan diri dengan melayari internet.
Sehubungan dengan itu, tujuan utama media sosial diperkenalkan adalah untuk menyebarkan
maklumat dan memudahkan berkomunikasi, akan tetapi media sosial kini mengalami
transformasi bukan sekadar sebagai penyebar maklumat malah aktiviti hiburan termasuk baik
dan buruk juga berlaku.
Media sosial mempunyai potensi yang menyalurkan nilai-nilai positif kepada golongan belia
untuk mencetuskan modal insan yang berkualiti. Ini kerana belia pada masa kini menjadikan
media sosial sebagai wadah untuk mencari, memahami dan mencernakan maklumat dalam
membantu aktiviti harian mereka. Media sosial perlu memainkan peranan dalam menyebarkan
dakwah, penerapan nilai positif dan memberi maklumat yang benar. Inilah teras utama untuk
melahirkan belia yang berjaya serta diberkati Allah SWT. Media sosial seharusnya digunakan
untuk tujuan yang baik untuk memperolehi manfaat, bukan digunakan untuk tujuan jahat,
kerana ia akan memberi kemudaratan, Oleh demikian, pelbagai pihak perlu memainkan
peranan agar penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini diakses dengan cara yang
betul dan dapat meningkatkan kualiti hidup golongan belia ini. Seterusnya, belia hendaklah
lebih bijak dalam menggunakan media sosial untuk ke arah kebaikan demi menjadi modal insan
yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai