Anda di halaman 1dari 10

FALASI TIDAK FORMAL

Istilah ‘falasi’ merujuk kepada kelemahan dalam berhujah.


Falasi Formal ialah kelemahan atau kesalahan yang berada dalam sebuah hujah dari segi
struktur hujah itu. Kalau hujah itu tidak sah, maka ia mengandungi atau melakukan falasi
formal. Kata dasar ‘form’ itu merujuk kepada bentuk atau struktur hujah. Contoh:
P1: Semua peniaga besi ialah orang asing.
P2: Beberapa orang yang tinggal di Pahang ialah orang
asing.
K : Jadi, beberapa orang yang tinggal di Pahang ialah
peniaga besi.
Bentuk (form): Sem B => A
Bbp P => A
Jadi brp P => B

A
B
bbp P bbp P

Hujah ini tidak sah; jadi, ia mengadungi Falasi Formal.

Perhatikan hujah ini pula:


P1: Semua benda yang anda makan akan memasuki perut anda.
P2: Salmah sedang makan angin.
K : Jadi, angin akan memasuki perut Salmah.
Walaupun hujah ini tiada masalah kesahan, namun ia masih bermasalah dari segi kegunaan
simpulan bahasa – ‘makan angin’. Hujah ini melakukan atau mengandungi falasi tidak formal
Ekuivokasi (lihat di bawah)

Falasi Tidak Formal merujuk kepada kelemahan atau kesalahan yang berada dalam suatu
hujah dari segi kandungan hujah itu, dan bukan bentuk atau strukturnya. Ringkasan hujah ke
corak simbolik tidak akan mengemukakan falasi tidak formal. Kita perlu memahami maksud
kandungan hujah untuk mengesan falasi tidak formal. Pakar logik telah mengenalpasti
sekurang-kurangnya 100 jenis falasi tidak formal. Berikut ialah 19 jenis falasi tidak formal:

Falasi Tidak Formal – Sebab Yang Salah(False Cause)


Kelemahan berhujah dari segi penyampaian alasan atau sebab yang salah sebagai pembawa
kepada sesuatu peristiwa.

Contoh:
‘Sejak saya mendapat tatu itu pada lengan saya, sering saya ditimpa nasib buruk. Saya
sebenarnya tidak patut menerima lukisan tatu itu pada lengan saya.’
Hujah ini boleh disusun kepada bentuk modus ponens, iaitu bentuk hujah yang sah:
P1: Kalau sejak saya mendapat tatu itu pada lengan saya, sering saya ditimpa nasib
buruk, maka saya tidak patut menerima lukisan tatu itu pada lengan saya.
P2: Sejak saya mendapat tatu itu pada lengan saya, sering saya ditimpa nasib buruk.
K : Jadi, saya tidak patut menerima lukisan tatu itu pada lengan saya.
2

Satu lagi jenis falasi tidak formal jenis sebab yang salah digelar ‘Sebab yang Terlalu
Dipermudahkan’. (Oversimplified Cause)
Contoh: ‘Mutu pendidikan dalam negara kita semakin menurun. Adalah jelas bahawa
pendidik kita langsung tidak berdedikasi.’
P1: Kalau mutu pendidikan di negara kita semakin menurun, maka adalah jelas bahawa
pendidik kita langsung tidak berdedikasi.
P2: Mutu pendidikan di negara kita semakin menurun.
K : Jadi, adalah jelas bahawa pendidik kita langsung tidak berdedikasi.
Hujah ini, dalam bentuk modus ponens, adalah sah, tiada falasi formal. Tetapi, ia
mengandungi falasi tidak formal jenis Sebab yang Terlalu Dipermudahkan (Sebab yang
Salah). Sebenarnya ada beberapa sebab yang membawa kepada sesuatu akibat, tetapi
penghujah mendakwa bahawa hanya ada satu sebab sahaja.

Falasi Tidak Formal – Divisi (Division)


Kelemahan berhujah dari keseluruhan ke bahagian. Premis hujah merupakan keseluruhan
sesuatu perkara; manakala kesimpulannya ialah sebahagian ataupun setiap bahagian perkara
yang dirujuk itu.

Contoh:
‘Syarikat yang mengeluarkan mikro-cip memang kaya kerana keuntungan daripada jualan
hasil mereka. Oleh itu, sudah tentu setiap pekerja mereka adalah kaya.’
P1: Kalau syarikat yang mengeluarkan mikro-cip memang kaya kerana keuntungan daripada
jualan hasil mereka, maka sudah tentu setiap pekerja mereka adalah kaya.
P2: Syarikat yang mengeluarkan mikro-cip memang kaya kerana keuntungan daripada jualan
hasil mereka.
K : Jadi, sudah tentu setiap pekerja mereka adalah kaya.

‘Laporan trafik menunjukkan bahawa negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang
mempunyai peratusan pelanggaran undang-undang jalanraya yang paling tinggi di Malaysia.
Lincoln ialah seorang dari Pulau Pinang. Lebih baik jangan duduk di dalam keretanya apabila
dia memandu.’
Secara tidak langsung, penghujah menyimpul bahawa Lincoln, iaitu ‘sebahagian’ daripada
‘keseluruhan’ (Pulau Pinang), juga berpotensi untuk melanggar undang-undang jalanraya bila
beliau memandu.

Falasi Tidak Formal – Komposisi (Composition)


Kelemahan berhujah dari bahagian ke keseluruhan. Premis hujah merupakan sebahagian
ataupun setiap bahagian sesuatu perkara; manakala kesimpulan ialah keseluruhan
perkara yang dirujuk itu.

Contoh:
‘Muru seorang pelajar yang berkebolehan tinggi dalam bidang bahasa. Sudah pasti dia
seorang pelajar, secara keseluruhan, berkebolehan tinggi.’
P1: Kalau Muru seorang pelajar yang berkebolehan tinggi dalam bidang bahasa, maka sudah
pasti dia seorang pelajar, secara keseluruhan, berkebolehan tinggi.
P2: Muru seorang pelajar yang berkebolehan tinggi dalam bidang bahasa.
K : Jadi, sudah pasti dia seorang pelajar, secara keseluruhan, berkebolehan tinggi.
3

Walaupun hujah di atas tiada falasi formal, namun ia mengandungi falasi tidak formal
Komposisi.

‘Setiap sel badan kita hanya boleh dilihat di bawah mikroskop yang kuat. Jadi, boleh
dikatakan bahawa badan kita hanya boleh dilihat di bawah mikroskop yang kuat.’
P1: Kalau setiap sel badan kita hanya boleh dilihat di bawah mikroskop yang kuat, maka
boleh dikatakan bahawa badan kita hanya boleh dilihat di bawah mikroskop yang kuat.
P2: Setiap sel badan kita hanya boleh dilihat di bawah mikroskop yang kuat.
K : Jadi, boleh dikatakan bahawa badan kita hanya boleh dilihat di bawah mikroskop yang
kuat.

Falasi Tidak Formal – Generalisasi Tergesa-gesa (Hasty Generalization)


Kelemahan berhujah dari kes khusus ke kesimpulan, iaitu kes umum.

Contoh:
‘Saya pernah berdagang dengan dua orang dari negara Madagaskar dan mereka tidak
boleh dipercayai. Saya rasa bahawa semua orang Madagaskar tidak boleh dipercayai.’
P1: Kalau saya telah berdagang dengan dua orang dari negara Madagaskar dan mereka tidak
boleh dipercayai, maka saya rasa bahawa semua orang Madagaskar tidak boleh
dipercayai.
P2: Saya telah berdagang dengan dua orang dari negara Madagaskar dan mereka tidak boleh
dipercayai.
K : Jadi, saya rasa bahawa semua orang Madagaskar tidak boleh dipercayai.

Perbezaan antara Komposisi dan Generalisasi Tergesa-gesa:


Komposisi Generalisasi Tergesa-gesa
1. bahagian  keseluruhan. kes khusus  kes umum.
2. premis dan kesimpulan premis dan kesimpulan berbeza secara kuantitatif
berbeza secara qualitatif bilangan
3. kesimpulan adalah pernyataan kesimpulan adalah pernyataan umum
golongan atau keseluruhan di mana cirinya di prediketkan secara taburan.
di mana cirinya diprediketkan
secara kelompok.

‘Semut banyak’ ‘Semut kecil’


(Secara kelompok, semut banyak, (Setiap semut kecil, dan bukan
dan bukan setiap semut banyak) secara kelompok, semut kecil)

Falasi Tidak Formal – Aksiden (Accident) atau Sweeping Generalization


Kesilapan mengaplikasikan satu hukum umum kepada suatu situasi spesifik yang patut
dikecualikan daripada aplikasi hukum tersebut.

Contoh:
‘Setiap orang ada hak untuk menggunakan telefon bimbit mereka untuk berkomunikasi
dengan orang lain. Oleh itu, seseorang itu ada hak untuk berbual dengan kawannya melalui
telefon bimbit beliau waktu berada di dalam pawagam di mana filem sedang ditayangkan.’
4

P1: Kalau setiap orang ada hak untuk menggunakan telefon bimbit mereka untuk
berkomunikasi dengan orang lain, maka seseorang itu ada hak untuk berbual dengan
kawannya melalui telefon bimbit beliau waktu berada di dalam pawagam di mana filem
sedang ditayangkan.
P2: Setiap orang ada hak untuk menggunakan telefon bimbit mereka untuk berkomunikasi
dengan orang lain.
K : Jadi, seseorang itu ada hak untuk berbual dengan kawannya melalui telefon bimbit beliau
waktu berada di dalam pawagam di mana filem sedang ditayangkan.
Tiada falasi formal, tetapi mengandungi falasi tidak formal Aksiden.

Falasi Tidak Formal – Permohonan Khas (Special Pleading)


Mengaplikasikan prinsip atau peraturan kepada orang atau situasi lain, manakala menjadikan
diri sendiri atau situasi tertentu dikecualikan daripada peraturan tersebut tanpa memberi
alasan yang kukuh. Biasanya, falasi ini mudah dikesan jika orang lain melakukannya, tetapi
susah untuk dikesan jika kita sendiri melakukannya.

Contoh:
“Memang meniru di dalam dewan peperiksaan adalah satu kesalahan akademik yang sangat
serius. Tetapi pelajar yang ditangkap meniru itu ialah adik saya, dan tindakan dia hanya
adalah satu kesilapan kecil sahaja.”

P1: Jika memang meniru di dalam dewan peperiksaan adalah satu kesalahan akademik yang
sangat serius, dan pelajar yang ditangkap meniru itu ialah adik saya, maka tindakan pelajar
tersebut hanya adalah kesilapan kecil sahaja.

Falasi Tidak Formal – Perbandingan yang Salah/Lemah (False or Weak Analogy)


Kelemahan berhujah dari segi membuat perbandingan di mana elemen yang dianggap sebagai
elemen persamaan, sebenarnya berbeza dalam dua pihak yang dibandingkan.

Contoh:
‘Pengaliran letrik melalui dawai adalah sama dengan pengaliran air melalui paip. Bila air
mengalir ke hilir bukit tekanan dihilir bukit lebih tinggi daripada tekanan di hulu bukit. Oleh
itu, jika letrik mengalir ke hilir bukit, voltannya lebih tinggi di hilir bukit daripada di hulu.’
P1: Kalau pengaliran letrik melalui dawai adalah sama dengan pengaliran air
melalui paip dan bila air mengalir ke hilir bukit tekanan di hilir bukit lebih tinggi
daripada tekanan di hulu bukit, maka bila letrik mengalir ke hilir bukit, voltannya lebih
tinggi di hilir bukit daripada di hulu.
P2: Pengaliran letrik melalui dawai adalah sama dengan pengaliran air melalui paip dan bila
air mengalir ke hilir bukit tekanan di hilir bukit lebih tinggi daripada tekanan di hulu
bukit.
K : Jadi, bila letrik mengalir ke hilir bukit, voltannya lebih tinggi di hilir bukit daripada di
hulu.

Falasi Tidak Formal – Soalan Dirayu (Begging the Question)


Kelemahan berhujah di mana sekurang-kurangnya satu premis yang penting tetapi sukar
untuk dibuktikan telah sengaja ditinggalkan, atau hujah berbelit-belit di mana kesimpulan
5

hujah mengulangi premis hujah, ataupun premis hujah bersandar pada kesimpulannya dan
bukan sebaliknya.

Contoh:
‘Membunuh adalah tindakan yang tidak moral. Oleh itu, pengguguran janin adalah tidak
moral’
Premis penting yang menunjukkan bahawa pengguguran janin merupakan satu pembunuhan
telah ditinggalkan kerana ia sukar untuk disokong.

‘Orang miskin patut menerima bantuan daripada kerajaan kerana mereka yang tidak
mempunyai wang yang cukup patut dibantu oleh kerajaan.’
Memang, orang miskin tidak mempunyai wang yang cukup. Premis ini tidak memberi
maklumat yang berlainan daripada kesimpulan hujah.
‘Syarikat Ford Motors mengeluarkan kereta yang paling baik di Amerika Syarikat kerana
mereka mempunyai jurutera yang paling baik dan mereka berupaya untuk membayar gaji
tinggi jurutera-jurutera tersebut kerana mereka mengeluarkan kereta yang paling baik di
Amerika Syarikat.’
Masalah hujah ini ialah kesimpulan hujah dianggap sebagai premis untuk menyokong siri
penghujahan yang akhirnya patut menyokong kesimpulan – ‘Syarikat Ford Motors
mengeluarkan kereta yang paling baik di Amerika Syarikat’

Falasi Tidak Formal – Dilema Palsu (False Dilemma)


Kelemahan berhujah di mana sebuah hujah disampaikan sebagai suatu dilema (situasi di mana
pendengar perlu memilih hanya satu alternatif antara dua alternatif yang diberi) tetapi
sebenarnya situasi yang dinyatakan dalam hujah tersebut bukannya suatu dilema.

Contoh:
‘Sesiapa yang membeli barang yang bukan buatan Malaysia adalah seorang yang bukan
warganegara Malaysia yang setia. Kelmarin anda beli kereta Toyota. Jadi, adalah jelas
bahawa anda bukan warganegara Malaysia yang setia.’
Modus Ponens:
P1: Kalau sesiapa yang membeli barang yang bukan buatan Malaysia adalah seorang yang
bukan warganegara Malaysia yang setia, dan kelmarin anda telah membeli kereta Toyota,
maka adalah jelas bahawa anda bukan warganegara Malaysia yang setia.
P1: Sesiapa yang membeli barang yang bukan buatan Malaysia adalah seorang yang bukan
warganegara Malaysia yang setia, dan kelmarin anda telah membeli kereta Toyota.
K: Jadi, adalah jelas bahawa anda bukan warganegara Malaysia yang setia.

Kalau p maka q
p
q

Silogisme Disjungtif:
P1: Sama ada anda tidak membeli barang yang bukan buatan Malaysia atau anda bukan
warganegara Malaysia yang setia.
P2: Anda telah membeli barang yang bukan buatan Malaysia.
K: Jadi, anda bukan warganegara Malaysia yang setia.
p V q (Sama ada p atau q)
~p (bukan p) bentuk hujah yang sah
6

q (Jadi, q)

[Secara lalai (by default), disjungsi ialah disjungsi inklusif – “sama ada p atau q” bermaksud
sama ada satu disjung atau kedua-dua disjung adalah benar, dan bukan disjungsi eksklusif –
yang bermaksud hanya satu dan bukan dua disjung yang benar.]
Jadi, p V q (Sama ada p atau q)
p (p)
~q (Jadi, bukan q)
Hujah yang tidak sah kerana dalam disjungsi inklusif, ada kemungkinan q juga benar.

Falasi Tidak Formal – Falasi Cerun Licin (Slippery Slope Fallacy)


Penghujah mengatakan bahawa peristiwa A akan membawa kepada peristiwa B dan kemudian
ke peristiwa C dan seterusnya. Akhirnya sesuatu peristiwa yang biasanya buruk akan berlaku
berdasarkan susulan peristiwa tersebut. Oleh itu, penghujah menganggap bahawa kita mesti
membantah kes yang akan membawa kepada peristiwa A. Hujah ini berfalasi kerana ada
kebarangkalian yang tinggi bahawa rantai sebab-akibat itu tidak akan berlaku.

Contoh:
‘Seorang pelajar tidak patut dibenarkan untuk mengambil cuti daripada menghadiri kelas. Jika
pelajar tersebut dibenarkan untuk mengambil cuti, ini akan membawa kepada situasi di mana
semua pelajar akan ponteng kelas dan pencapaian akademik semua pelajar akan menjadi
buruk sehingga semua pelajar akan gagal dalam peperiksaan mereka.’

Ada kalanya falasi cerun licin didapati dalam hujah di mana siri penyebaban dianggap akan
membawa kepada sesuatu yang baik. Jadi, dihujahkan bahawa kita patut menyokong
pembuatan atau peristiwa pertama dalam siri tersebut. Sekali lagi, hujah corak ini berfalasi
kerana ada kebarangkalian yang tinggi bahawa rantai sebab-akibat itu tidak akan berlaku.
Contoh:
‘Jika seseorang meminum dua cawan kopi yang kuat setiap pagi, dia akan berasa segar, dan
dengan begitu beliau boleh bekerja dengan kuat. Seorang yang bekerja kuat akan menjana
banyak wang dan akhirnya akan berjaya dalam kerjayanya. Oleh itu, adalah baik jika anda
minum dua cawan kopi yang kuat setiap pagi.’

Falasi Tidak Formal – falasi patung jerami (Straw Man Fallacy)


Penghujah memutarbelitkan hujah lawannya dan kemudian dia menyerang hujah yang
diputarbelit itu lalu menganggap bahawa dia telah berjaya merobohkan hujah lawannya.

Contoh:
‘Di sebuah kilang adanya suatu cadangan supaya pekerja kilang dibayar gaji yang lebih adil.
Cadangan ini merupakan suatu perjuangan untuk mempertahankan hak individu pekerja, dan
sikap individualis ini tidak sesuai dengan aspirasi negara kita iaitu sebuah negara berbudaya
kolektivis yang sedang membangun. Oleh itu, kita mesti membantah cadangan tersebut.’
Permintaan pekerja kilang itu adalah adil. Tetapi, penghujah telah memutarbelitkan hujah asal
ini untuk menjadi sesuatu yang disampaikan oleh penghujah sebagai perkara yang buruk dan
patut ditentang.
7

Falasi Tidak Formal – falasi tipu muslihat (Red Herring Fallacy)


Penghujah menarik perhatian pendengar/pembacanya daripada hal yang pertamanya
dibangkitkan. Kemudian penghujah berbincang mengenai perkara yang berlainan.

Contoh:
‘Pakar pertanian organik sentiasa memperingatkan kita tentang bahayanya racun perosak
dalam buah-buahan dan sayur sayuran. Walau bagaimanapun, buah-buahan dan sayur-sayuran
adalah penting untuk kesihatan kita kerana bahan makanan ini dapat meningkatkan sistem
imun badan kita.’

Perbezaan asas antara Patung Jerami dan Tipu Muslihat:


Patung Jerami – memutarbelit, kemudian meruntuhkan (distort, then demolish)
Tipu Muslihat – tidak menghiraukan, kemudian alihkan kepada perkara yang berlainan
(disregard, then divert or change the subject)

Falasi Tidak Formal – Merayu Kepada Pihak Berkuasa atau Autoriti (Appeal to
Authority)
Kelemahan berhujah di mana penghujah hanya merayu kepada kepakaran seseorang dan
bukan alasan-alasan kukuh yang berdasarkan penemuan saintifik atau penghujahan yang utuh.

Contoh:
‘Pada pendapat saya meminum Pepsi tidak akan menjejaskan kesihatan anda kerana Christina
Aguilera telah mempromosikan minuman ini.’
Jelas bahawa ini bukan hujah yang boleh diterima kerana penghujah merayu kepada
kepakaran yang tidak relevan. Bidang Christina ialah menyanyi dan bukan sains pemakanan.

‘Kita hendaklah bersetuju dengan Dr. Linus Pauling bahawa Vitamin C dapat mengubati
penyakit selsema kerana Dr. Pauling ialah seorang pakar biokimia yang terkenal di Amerika
Syarikat.’
P1: Kalau Dr. Pauling ialah seorang pakar yang terkenal di America Syarikat, maka kita
hendaklah bersetuju dengan beliau bahawa Vitamin C dapat mengubati penyakit selsema.
P2: Dr. Pauling ialah seorang pakar yang terkenal di America Syarikat.
K : Jadi, kita hendaklah bersetuju dengan beliau bahawa Vitamin C dapat mengubati penyakit
selsema.

Ada sesetengah pakar logik tidak formal menganggap bahawa merayu kepada pihak berkuasa
yang relevan sebenarnya tidak merupakan suatu kelemahan berhujah, ia bukan suatu falasi
tidak formal. Ada pula yang berpendapat berlainan. Bagi mereka, hujah yang hanya
bergantung kepada kepakaran seseorang, walaupun kepakaran beliau adalah berkaitan dengan
perkara yang ingin dihujahkan tersebut (pihak berkuasa yang relevan), tetapi kelemahan
berhujah masih wujud kerana sebab berikut:
• Kemungkinan pakar tersebut tersilap dalam membuat kesimpulan.
• Bagaimana pula kalau adanya dua orang yang mempunyai kepakaran setaraf tetapi
kesimpulan mereka bertentangan?
• Hujah yang baik hanya bergantung kepada alasan yang kukuh dan bukan kepakaran
seseorang.

Falasi Tidak Formal Menahan Bukti Daripada Diketahui (Suppressed Evidence)


8

Kesalahan berhujah di mana penghujah dengan sengaja tidak mengemukakan bukti yang
penting yang akan mengubah kesimpulan hujah beliau.

Contoh:
‘Negara-negara Asia hanya mempunyai semangat kolektivisme. Oleh sebab itu, hak asasi
individu jarang diberi perhatian yang serius’.
Kewujudan liberalisme yang termasuk advokasi hak individu, pasaran bebas, dan kebebasan
bersuara di kalangan komuniti Asia, telah sengaja diketepikan, kerana kenyataan ini akan
menjejaskan kekuatan hujah yang beliau sampaikan.

Falasi Tidak Formal – Ekuivokasi (Equivocation)


Kelemahan berhujah di mana penghujah menggunakan satu perkataan atau satu rangkai kata
yang mempunyai dua maksud yang berbeza dan kedua-dua maksud yang berbeza ini
digunakan dalam penyampaian hujah tersebut.

Contoh:
‘Semua lipas ialah sejenis serangga yang patut dikeji. Ramli itu lipas kudung. Jadi, dia
memang sejenis serangga yang patut dikeji.’

‘Kalau gajah ialah seekor binatang, maka gajah yang kecil ialah seekor binatang yang kecil.’
[Ekuivokasi dari segi kegunaan sesuatu istilah yang berdasarkan ciri yang relatif]

Falasi Tidak Formal – Mengkritik Penghujah (Argument Against the Person)


Kelemahan berhujah kerana penghujah mengkritik personaliti, kebolehan, atau keikhlasan
penghujah yang lain dan bukan alasan atau hujah yang dibentangkan oleh penghujah yang
dikritik tersebut.

Contoh:
‘Kita tidak patut menerima saranan anggota jawatankuasa organisasi itu kerana beliau seorang
yang pernah terlibat dalam suatu kes rasuah.’
P1: Kalau anggota jawatankuasa organisasi itu seorang yang pernah terlibat dalam suatu kes
rasuah, maka kita tidak patut menerima saranan beliau.
P2: Anggota jawatankuasa organisasi itu seorang yang pernah terlibat dalam suatu kes
Rasuah.
K : Jadi, kita tidak patut menerima saranan beliau.

‘Kita harus mengetepikan teori ahli sains itu kerana dia hanya ingin menjual buku ilmiah
barunya.’
P1: Kalau ahli sains itu hanya ingin menjual buku ilmiah barunya, maka kita harus
mengetepikan teori beliau.
P2: Ahli sains itu hanya ingin menjual buku ilmiah barunya.
K : Jadi, kita harus mengetepikan teori beliau.

Falasi Tidak Formal – Merayu Kepada Paksaan (Appeal to Force Fallacy)


9

Kelemahan berhujah kerana kuasa paksaan digunakan untuk menyakinkan seseorang untuk
menerima kesimpulan atau dakwaan penghujah.

Contoh:
‘Adalah wajar untuk negara yang bersifat autokrat itu mengubah dasar dan cara
pentadbirannya. Kalau negara itu enggan berbuat demikian, kita sebagai negara yang maju
akan melaksanakan sekatan ekonomi terhadapnya.’

Kesimpulan penghujah: ‘Negara yang bersifat autokrat mesti mengubah dasar dan cara
pentadbirannya.’ Alasan kenapa sistem pemerintahan bercorak autokratik dianggap tidak adil
tidak dibentangkan. Sebaliknya, penghujah hanya menggunakan kaedah paksaan.

Falasi Tidak Formal – Merayu Kepada Kejahilan (Appeal to Ignorance)


Kelemahan berhujah di mana premis hujah mendakwa bahawa tidak ada bukti yang kukuh
untuk menyokong sesuatu tesis, dan oleh itu kita berhak menyimpul bahawa tesis yang
bertentangan adalah benar.

Contoh:
(a) ‘Ramai sarjana teologi tidak dapat membuktikan dengan sepenuhnya kewujudan
Tuhan. Jadi, Tuhan tidak wujud.
P1: Kalau ramai sarjana teologi tidak dapat membuktikan dengan sepenuhnya kewujudan
Tuhan, maka Tuhan tidak wujud.
P2: Ramai sarjana teologi tidak dapat membuktikan dengan sepenuhnya kewujudan
Tuhan.
K : Jadi, Tuhan tidak wujud.

(b) ‘Ramai ateis tidak dapat membuktikan dengan sepenuhnya ketidak-wujudan Tuhan.
Jadi, Tuhan wujud.
P1: Kalau ramai ateis tidak dapat membuktikan dengan sepenuhnya ketidak-wujudan
Tuhan, maka Tuhan wujud.
P2: Ramai ateis tidak dapat membuktikan dengan sepenuhnya ketidak-wujudan
Tuhan.
K : Jadi, Tuhan wujud.

Kedua-dua hujah di atas mengandungi atau melakukan falasi tidak formal Merayu Kepada
Kejahilan.

Falasi Merayu Kepada Kejahilan tidak boleh diaplikasikan di sini:


‘Ahli-ahli juri, anda telah mendengar pihak pendakwa membentangkan kesnya menentang
tertuduh. Tidak ada yang dapat membuktikan melampaui kesangsian munasabah (beyond
reasonable doubt) bahawa tertuduh itu memang bersalah. Jadi, dari segi undang-undang,
tertuduh tidak bersalah.’
Seorang yang dituduh bersalah dianggap tidak bersalah sehingga mahkamah berjaya untuk
membuktikan sebaliknya.

Falasi Tidak Formal – Merayu Kepada Belas Kasihan (Appeal to Pity)


10

Kelemahan berhujah di mana penghujah tidak memberi alasan yang kukuh untuk menyokong
pendapat atau kesimpulannya. Beliau hanya merayu kepada emosi kasihan bagi menyakinkan
pendengar untuk menerima hujah yang dikemukakan.

Contoh:
‘Anggota staf syarikat itu yang telah kerap kali mengakibatkan kerugian yang besar kepada
syarikatnya kerana kecuaian sendiri, tidak patut dipecat. Ini adalah kerana beliau ada lima
anak yang masih kecil.’
P1: Kalau anggota staf syarikat itu kerap kali telah mengakibatkan kerugian yang besar
kepada syarikatnya kerana kecuaian sendiri, maka oleh kerana dia mempunyai lima anak
yang masih kecil, dia tidak patut dipecat.
P2: Anggota staf syarikat itu kerap kali telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada
syarikatnya kerana kecuaian sendiri.
K : Jadi, oleh kerana dia mempunyai lima anak yang masih kecil, dia tidak patut dipecat.

Falasi Penyalahgunaan Jargon (Misuse of Jargon Fallacy)


Kelemahan berhujah kerana suatu jargon atau perkataan/istilah yang maknanya tidak tertentu,
atau tidak diterima secara rasmi, atau hanya difahami oleh segolongan kecil sahaja dan tiada
penjelasan mengenai makna istilah tersebut, dan juga tiada justifikasi kukuh untuk
menggunakannya dalam hujah yang dikaji, tetapi ia masih digunakan dalam hujah tersebut.

Contoh:
‘Mengapakah kamu ingin buat kerja macam itu? Kerja seperti itu bukan ‘cool’ dan bukan
‘phat’.

Disediakan oleh Peter Gan

Anda mungkin juga menyukai