Anda di halaman 1dari 7

~KEBANGKITAN SEMULA~

Definasi : Allah akan membagkitkan semula orang yang telah mati daripada kubur-kubur mereka
dengan mengumpulkan seluruh bahagian tubuh mereka kepada yang asal dan mengembalikan roh
kepada mereka.

Hikmah kebangkitan semula :

1. Beriman dengan hari kebangkitan adalah kaedah yang kukuh dan asas yang teguh dalam
meneguhkan peranan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini.
2. Kehidupan di akhirat merupakan perkara ghaib yang tidak dapat diketahui dengan panca
indera manusia yang terhad, bahkan barangsiapa yang jauh dari mempercayainya akan
menjadikan mereka tidak beriman, manakala orang yang beriman dengannya pastilah telah
teguh hatinya kepada Allah SWT ,kekuasaanNya, ilmuNya dan kebijaksanaannyaNya
3. Membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah penutup segala nabi, nabi terakhir
yang diutuskan kepada manusia sejagat, dengan itu, Al-Quran yang sesuai untuk setiap
zaman , tempat dan keadaan, telah menjelaskan kebangkitan hari kiamat dengan begitu
banyak sekali , sehinggakan orang yang beriman pastinya tidak akan menggingkari hari
kebangkitan ini.

Hujjah Hari Kebangkitan.

1. Penciptaan Langit dan bumi

Allah SWT berfirman ,maksudnya ;

tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi
(yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan
mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta Yang tidak ada
bandinganNya, lagi Yang Maha mengetahui.

[YaaSin; 81]

Dalil ini menunjukkan bahawa, penciptaan manusia adalah lebih mudah berbanding penciptaan
langit dan bumi.

katakanlah: "Tulang-tulang Yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan Yang telah menciptakannya
pada awal mula wujudnya; dan ia Maha mengetahui akan Segala keadaan makhluk-makhluk (yang
diciptakanNya)

[YaaSin :79]

Permasalahan Hari Kebangkitan antara reality dan kemustahilan disisi


ulamak kalam dan falsafah.
Pendapat 1 ; Imam Al-Ijie

Terdapat 5 pandangan terhadap permasalahan ini;


1. Wujudnya hari kiamat dengan kembalinya jasad sahaja
2. Wujudnya hari kiamat dengan kembalinya roh sahaja
3. Wujudnya hari kiamat dengan kembalinya jasad dan roh
4. Kedua-duanya tidak ada
5. Tawaqquf (tidak bincang)

Pendapat 2: Ahli Falsaah (Ibnu sina)

Beliau berpendapat, terdapat tiga pandangan terhadap permasalahan ini;

1. Manusia akan dibangkitkan hanya dengan kebangkitan jasad sahaja.

Mereka mendakwa bahawa anggota badan adalah haiwan , dari jenis manusia yang mempunyai sifat
kemanusiaan dan nyawa, dan kematian adalah pemisah antara nyawa dan anggota badan.

2. Manusia akan dibangkitkan dengan jasad dan nyawa

Mereka mendakwa bahawa kehidupan itu akan muncul dengan anggota badan dan nyawa, setelah
dipisahkan dengan kematian, dan dihidupkan semula, badan yang dihidupkan akan menerima nyawa
yang dikembalikan juga.

3. Manusia akan dibangkitkan dengan nyawa sahaja.

KESIMPULAN KECENDERUNGAN

1. kecenderungan materialism (keduniaan) yang mengingkari secara total hari kebangkitan.


2. Kecenderungan Ahli Falsafah , mengingkari kembalinya anggota badan dihari akhirat nanti
3. Kecenderungan yang menyatakan kembalinya anggota badan dan ruh
4. Tawaqquf.

Kecenderungan pertama : MATERIALISME

Mereka menafikan hari kebangkitan dan meragui secara akal beberapa perkara, ini disebabkan;

1. Mereka telah bercanggah dengan ketetapan yang telah Allah SWT tetapkan.
2. Merasakan kiamat adalah perkara sukar dan mustahil berlaku
3. Kiamat adalah satu perkara yang tidak menjadi keperluan kepada manusia
4. Degil dan mendustakan dakwah setelah diberikan hujah dan dijelaskan.

Pandangan mereka:

1. Tidak ada hari kiamat secara total


2. Tiada kehidupan setelah mati
3. Mati adalah pengakhir kehidupan manusia

Golongan ini terbahagi kepada dua;

1. Golongan lama
 Mengingkari hari kiamat dan mereka ini adalah kafir
 Manusia diumpamakan sebagai sebuah rangka yang tersusun dan akan musnah, tidak ada
manusia hakiki.
2. Golongan moden
 Beriman dengan Allah SWT, tetapi mengingkari berlakunya hari kiamat kerana mereka
mengumpamakan manusia sebagai salah satu dari alam semesta yang tercipta secara
semulajadi, dimulakan dengan hidup, diakhiri dengan kematian.

Sanggahan Al-Quran;

tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi
(yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan
mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta Yang tidak ada
bandinganNya, lagi Yang Maha mengetahui.

[ YaaSin ;81]

dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami Yang jelas nyata (mengenai soal
hidup semula sesudah mati), tidaklah ada hujah mereka (untuk menolak kebenarannya) selain
daripada berkata: "Bawakanlah datuk nenek Kami (hidup semula) kalau betul Kami orang-orang
Yang benar!"

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Allah Yang menghidupkan kamu, kemudian ia akan mematikan
kamu, setelah itu ia akan menghimpunkan kamu (dalam keadaan hidup semula) pada hari kiamat -
(hari) Yang tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui (Ketetapan itu)".

[al-Jaathiah;25-26]

dan Dia lah Yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup
semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan Yang demikian amatlah mudah baginya. dan
bagiNyalah jua sifat Yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.

[ar-Rum;27]

KECELARUAN MATERIALISME

Kecelaruan 1; meragukan percampuran badan-badan manusia yang telah mati akan dibangkitkan
semula.

Sanggahan Al-Quran:

serta ia mengemukakan satu misal Perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula
lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: "Siapakah Yang dapat menghidupkan
tulang-tulang Yang telah hancur seperti debu?"

katakanlah: "Tulang-tulang Yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan Yang telah menciptakannya
pada awal mula wujudnya; dan ia Maha mengetahui akan Segala keadaan makhluk-makhluk (yang
diciptakanNya);
"Tuhan Yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon Yang hijau basah untuk
kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".

tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai Bahawa Tuhan Yang telah menciptakan langit dan bumi
(yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan
mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta Yang tidak ada
bandinganNya, lagi Yang Maha mengetahui.

[YaaSin 78-81]

Ini adalah keraguan yang ditimbulkan oleh golongan materialism yang diambil dari pandangan hujjah
golongan falsafah.

Kecenderungan Kedua: Ahli Falsafah

Pandangan ibnu sina ;

1- Wujudnya hari kiamat nanti dengan kembalinya Rohani sahaja

Sesungguhnya nyawa itu adalah zat yang terpecah, ianya adalah manusia hakiki, dan ianya akan
kekal selepas kematian.

2- Mustahil kembalinya roh

Sekiranya Kembalinya nyawa kepada badan adalah dari tiga bahagian, dan kesemuanya adalah batil.

Bahagian pertama : kembalinya manusia diakhirat nanti hanya dari segi anggota badan sahaja,
kerana manusia adalah badan , maka kehidupan semula akan berlaku dengan hadirnya anggota
badan.

Bahagian kedua : roh akan kekal dan akan kembali kepada jasad , inilah yang dinamakan kembali
sebagai hakiki untuk menguruskan jasad setelah terpisah.

Bahagian ketiga : roh itu kekal dan akan kembali kepada jasad diakhirat nanti , dan tidaklah
disyaratkan ianya seperti kehidupan pertama didunia.

Pandangan Ibnu Rusyd:

1- Persoalan kebangkitan bersama jasad adalah pegangan kuno yang diwarisi dari majority
agama.
2- Ibnu rusyd beriman dengan kehidupan akhirat mengatakan bahawa ianya hanyalah sekadar
galakkan kepada manusia untuk mengamalkan agama.

SANGGAHAN AL-QURAN TERHADAP PANDANGAN FALSAFAH- KEMBALI TANPA JASAD-

1- Sesungguhnya ruh akan diazab dan diberi nikmat

mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada
Dalam alam Barzakh); dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat):
"Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke Dalam azab seksa api neraka Yang seberat-
beratnya!"
[al-Ghafir/al-Mukmin; 46]

2- Balasan rohani diakhirat , bahagia atau siksa.

"Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu
(melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab Yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa Yang mengikuti
petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan
mereka pula tidak akan berdukacita".

[Al-Baqarah ;38]

3. Kembalinya adalah ruh dan jasad, dan kedua-duanya akan diazab dan diberi nikmat.

katakanlah: "Tulang-tulang Yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan Yang telah menciptakannya
pada awal mula wujudnya; dan ia Maha mengetahui akan Segala keadaan makhluk-makhluk (yang
diciptakanNya)

[ YaaSin ;79]

Ulasan Dr Said al-Hawari :

“sesungguhnya pandangan ahli falsafah yang diketuai oleh ibnu sina dalam mengingkari kebangkitan
semula jasad diakhirat nanti adalah terbatal kerana mereka menyisihkan ayat-ayat Al-Quran , dan
mereka menyandarkan kecelaruan mereka pada keraguan akal sedangkan ianya hanyalah keraguan
yang tidak boleh dijadikan hujah ataupun penjelasan”

AHLI FALSAFAH, ANTARA IMAN DAN KUFUR

Pemikir Islam telah berbeza pendapat dalam menghukum golongan ini.

Pandangan pertama; Kufur

Imam al-Razi : pengingkaran ini ( kebangkitan semula jasad ) telah mewajibkan kufur secara jelas.
(kitab mafatihul ghaib )

Ad-Dawani : sesungguhnya kembalinya- jasad- telah disepakati oleh ahli syarak , ianya wajib
dipegang dan mengingkarinya dengan mengingkari sepakat ahli agama yang tiga dan dengan
mengingkari penyaksian nas al-Quran yang terkandung dipelbagai tempat , ianya tidak menerima
ta`wilan. ( kitab Bainal Falasifah wal mutakallimin )

Al-Imam Al-Ghazali juga menyatakan kekufuran mereka , ( kitab at-Tahafat al-Falasifah )

Pandangan Kedua : Tidak Kufur

Ini adalah pandangan yang dicenderungi oleh Ibnu Rusyd dan Syeikh Muhammad Abduh.

Untuk pengetahuan kita semua, Ibnu Rusyd menulis kitab At-Tahafat at-Tihafat bagi menentang
pandangan Imam Al-Ghazali RH, kerana imam Al-Ghazali telah menulis kitab Tahafat al-Falasifah
yang berbeza dengan Ibnu Rusyd.

Pendapat Ibnu Rusyd :


1- Jika mengingkari hari kiamat adalah kufur zindik dan wajib dibunuh
2- Tetapi jika mengingkari keadaan hari kiamat tidak menjadi masalah kerana ianya
permasalahan kajian sahaja. (perkara ijtihad sahaja)

Ulasan Dr Said al-Hawari :

“Tidak syak lagi bahawa pandangan pertama iaitu pandangan majority orang islam adalah
pandangan yang bertepatan dengan nusus al-quran , dan al-quran menghukum orang yang
mengingkari hari kebangkitan sebagai kafir

1. Qaaf. Demi Al-Quran Yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa Sesungguhnya
Muhammad adalah Rasul Yang diutus memberi peringatan dan amaran).

2. (kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan
kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi peringatan dan
amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang Yang kafir itu berkata: "Ini
adalah satu perkara Yang menakjubkan!

3. "Adakah (kita akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? itu adalah cara kembali
Yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad Yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi)".

4. (Apa Yang mereka katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa Yang dimakan
oleh bumi sedikit Demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi Kami sebuah Kitab
Yang menyimpan (catitan Segala perkara Yang berlaku).”

Imam Ghazali berkata ;

“sesungguhnya mengingkari kembalinya jasad diakhirat nanti adalah kufur secara jelas..” (kitab Al-
iktishad fil iktiqad)

RUJUKAN UTAMA : Dr Said Abdul Hamid Al-Hawary , KITAB AN-NUBUAH WAS SAMIAT MIN
MABAHISUL ILMU KALAM, kitab tauhid kuliah syariah , tahun 2 , university Al-Azhar, Dumyat, Mesir.

Allahu Ta`la `alam

Syihabudin Ahmad,

Universiti Al-Azhar , Dumyat.6/1/2011

http://aljazary.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai