Anda di halaman 1dari 7

Wahai para pemuda : Kita sering mendengar lima syiar yang selalu disebutkan dan dilontarkan: Allah adalah

tujuan kami, Rasulullah adalah teladan kami, Al-Quran adalah perlembagaan kami, Jihad adalah jalan kami, dan Mati di jalan Allah adalah setinggi-tinggi impian kami.

HALAQAHMAYA | 15 OKTOBER 2011

Walau begitu, syiar-syiar ini yang terpacul dari mulut orang yang beriman disini dan disana tidak mungkin berfungsi dengan kebersamaan jantung (hati), mahupun dapat meninggalkan kesan pada diri melainkan sang penyeru mempunyai prinsip asas dengan berpandukan generasi madrasah pertama, yang dibangunkan pengasas-annya oleh Nabi umat Islam SAW, para penggantinya (khulafa`), sahabat-sahabat selepas (kematian) baginda,dan orang yang mengikut kebaikan mereka sehingga hari kiamat inilah sebuah madrasah yang berjaya mengeluarkan para lelaki (perajurit) dan pahlawan-pahlawan yang sentiasa memenuhkan cahaya bagi generasi-generasi umat Islam dalam setiap zaman dan tempat.. cahaya-cahaya dalam keimanan dan keikhlasan.. cahaya-cahaya dalam jihad dan pengorbanan, cahayacahaya dalam kesabaran dan keazaman, cahaya-cahaya dalam keteguhan (constancy) dan daya tahan (endurance), cahaya-cahaya dalam menyampaikan (notifying) dan dakwah, cahaya-cahaya dalam akhlak dan komunikasi.. Apabila para pemuda kita dibentuk dalam kelima-lima syiar ini, serta kesannya nampak pada kata-kata dan perbuatan mereka, juga sebati dalam kehidupan dan kenyataan (reality) mereka... ketika itu Islam akan mendapat harapan kemuliaan dan sanjungan, serta akan membangkitkan umat Islam dalam satu kesatuan dan satu pemerintahan.... itu tidaklah susah bagi Allah. (1) Adakah kamu semua mengetahui wahai para pemuda Apakah bentuk format bagi syiar Allah adalah tujuan kami? Kamu semua mestilah mengikhlaskan diri kepada Allah dalam setiap ucapan dan amalan, juga dalam setiap ibadah dan jihad.. sehingga Allah menerima amalan hamba-hambaNya yang Ikhlas, maka jadikanlah syiar kamu itu sentiasa diulang-ulang di setiap masa dan ketika: Firman Allah:

HALAQAHMAYA | 15 OKTOBER 2011

Maksudnya:

(162)

Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidup dan matiku, hanyalah untuk Allah pemelihara alam semesta. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan akulah orang pertama yang berserah diri. [Al-An`am: 162-163] Kamu semua mestilah teguh berpegang bahawa syariat Allah adalah petunjuk, paling selamat, paling sempura, dan tanpa batasan waktu (timeless) selain dari Syariat Allah - dari sistem-sistem dunia, dan perundangan-perundangan manusia- adalah sangat susah (struggle), membawa sengsara dan jahiliah : Firman Allah: (49) Maksudnya: Dan hendaklah kamu berhukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kamu, serta berhati-hatilah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan Allah kepadamu. Kemudian sekiranya mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah tersebut) maka ketahuilah bahawa Allah mahu menimpakan musibah kepada mereka atas dosa yang mereka lakukan. Sesungguhnya, kebanyakkan manusia adalah orang fasik.

HALAQAHMAYA | 15 OKTOBER 2011

Adakah kamu mahu mahukan lagi hukuman jahiliah? Padahal tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukuman yang lebih baik daripada Allah. [Al-Maidah: 49-50] Kamu mestilah menyerah diri secara total terhadap segala apa yang disuruh oleh Allah untuk dilaksanakan, dan menjauhi segala laranganNya.. inilah keperluan-keperluan (necessary) iman dan ubudiyah kerana Allah. Demikian itu kerana Allah adalah Pencipta, Dia mempunyai hak menguruskan segala urusan bahan ciptaNya mengikut apa yang Dia kehendaki. Allah adalah Yang Paling Berilmu, Dia lebih mengetahui sistem, matodologi dan hukuman apa yang baik untuk hamba-hambaNya... Allah adalah Yang Amat Bijaksana yang meletakkan sesuatu ditempat yang paling sesuai bagi mendapatkan kebaikan, dan menghalang keburukan.. Cukuplah bagi kamu semua mencontohi Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. dalam kesetiaan dan penyerahan dirinya pada perbuatan Rasulullah saw ketika mencium batu Hajar al-Aswad tanpa mengetahui hikmah disebalik ciuman tersebut, bahkan dia tidak memanjang-manjangkan perkara tersebut, lantas berkata kepada batu itu: Aku mengetahui bahawa engkau hanyalah seketul batu yang tidak dapat memudaratkan mahupun memberi manfaat. Seandainya tidak kerana aku pernah melihat Rasulullah saw menciummu nescaya aku tidak akan menciummu [Direkod oleh al-Bukhari dan Muslim] Benarlah apa yang dikatakan Allah: Maksudnya:

HALAQAHMAYA | 15 OKTOBER 2011

Dan dan tidaklah boleh bagi orang yang beriman lelaki dan wanita, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu perintah, (tidak dibolehkan lagi) untuk mereka memilih lagi dalam urusan mereka itu. [al-Ahzaab: 36] Kamu semua mestilah sentiasa mempertahankan (preserve) sedalam-dalamnya di jantung-jantung (hati) kamu bahawa Allahlah yang menghidupkan dan juga mematikan, yang memuliakan dan mencela, yang memberi manfaat dan yang memberi kemudaratan, yang memberi kemudahan dan yang memberi kesusahan.. di tangan Allah lah segala kunci, dan Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu.. Tidaklah kamu semua diwajibkan melainkan hanya untuk menyerah diri terhadap segala ketentuan Allah yang telah ditugaskan kepada kamu. Kamu semua perlu redha dengan takdir yang ditetapkan Allah dalam setiap apa yang telah berlaku kepada kamu. Kamu semua perlu bersabar atas kebijaksanaan Allah pada setiap musibah yang menimpa diri kamu. Cukuplah bagi kamu semua untuk terus meluruskan pandangan mata kamu terhadap firman Allah: (115) (115)

Maksudnya:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, dan kekurangan harta benda dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah berita gembira kepada orang yang bersabar. Iaitu orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali.

HALAQAHMAYA | 15 OKTOBER 2011

Mereka itu adalah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka, serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang yang dapat menerima petunjuk hidayah Allah. [Al-Baqarah: 155-157] Akhirnya, kamu semua tidak mungkin akan dapat merealisasikan syiar Allah adalah tujuan kami melainkan kamu menjadikan keredhaan Allah dan ketakutan (Khassyah) kepada Allah dalam diri kamu sebagai suatu matlamat dan tujuan, sama ada manusia meredhai kamu ataupun mereka membenci kamu, sama ada mereka memuji kamu ataupun mereka mencela kamu, sama ada mereka menentang kamu ataupun mereka menerima kamu. Cukuplah bagi kamu semua untuk terus meluruskan pandangan mata kamu terhadap firman Allah:

Maksudnya:

Allah dan RasulNya lebih berhak untuk kamu mengharapkan redha seandainya benar-benar kamu beriman. [At-Taubah: 62] Rasulullah saw pula pernah berkata: Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha manusia dengan kemarahan Allah maka Allah akan menyerahkan urusannya kepada manusia, dan barangsiapa pula yang mendapat kemarahan manusia kerana mencari redha Allah maka Allah akan mencukupkan keperluannya. [Direkod oleh At-Turmizi dan Abu Nu`aim] Rasulullah saw juga berkata: Siapa yang redha kepada pemerintah terhadap perkara yang dibenci Allah, maka dia telah keuar dari agama Allah [Direkod oleh al-Hakim] HALAQAHMAYA | 15 OKTOBER 2011

Tamat terjemahan: Masa: 05:23 Petang, Tarikh: 12/10/2011, 14 Dzulkaedah. Lokasi: Hayyu Ula, Dumyat Jadidah, Mesir.

Karangan: Dr. Abdullah Nasih Ulwan [Wafat-1408H]

HALAQAHMAYA | 15 OKTOBER 2011

Anda mungkin juga menyukai