Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENDAHULUAN
Pergaulan dalam konteks Islam di mana di dalam dunia ini, Allah s.w.t. telah menciptakan
dua kaum yang berbeza jantina iaitu lelaki dan perempuan. Dia juga telah mencipta syariat
untuk mereka. Dalam syariat Islam ada sesetengah hukum atau syariat yang berbeza di
antara lelaki dan perempuan dan ada juga yang tidak berbeza. D dalam kehidupan ini dalam
melaksanakan sesuatu tugasan pastinya akan berlakunya pergaulan di antara lelaki dan
perempuan. Pergaulan di dalam bahasa Arab disebut Ikhtilat yang berasal dari kalimah
khalata yakhlutu khaltan yang bereti bercampur. Melalui konteks ini, pergaulan bermaksud
bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang dah berkahwin), di suatu
tempat yang berlaku interaksi dalam bentuk pandang memandang atau perbuatan di antara
seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bermakna berlaku antara tiga orang atau
lebih.(Dr. Sayyid Muhammah Nuh, 208 : 213).
Keadaan manusia sentiasa berubah-ubah dan cabaran-cabaran zaman pula semakin hebat
dengan perubahan waktu dan suasana kehidupan masyarakat. Cabaran zaman moden dan
global serta proses modenisasi dan urbanisasi melahirkanmasalah dan cabaran baru yang
tidak pernah dihadapi oleh masyarakat lampau. Pelbagai perkara telah berlaku menimbulkan
antara berlaku kesan negatif tertentu. dan salah satunya ialah pergaulan bebas (Azrina
Sobian, 2007 : 276). Pergaulan bebas bermaksud pergaulan tanpa batasan antara lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim. Ia merupakan satu bentuk perilaku yang menyimpang, di
mana bebas yang dimaksudkan adalah melampaui batas-batas norma ketimuran (Mohd Isa
Selamat, 1994 : 105).
Zaman beredar terlalu cepat, kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang
telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan di negara-negara maju.

Di Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah banyak memberi impak positif dari
segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan,pertanian, dan sebagainya.
Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara, di mana kebelakangan ini
terlalu banyak diperkatakan isu berkaitan dengan gejala sosial yang berlaku dengan
mendadak (Azrina Sobian, 2007 : 187).

Ini sangat menyedihkan kerana fenomena ini

didapati semakin menjadi-jadi dalam masyarakat terutamanya remaja melayu masa kini.
Mereka sedang melalui fasa yang genting di mana persoalan moral dan akhlak bukan lagi
pertimbangan utama dalam setiap keputusan mereka, sebaliknya keseronokan duniawi
merupakan buruan jiwa semata-mata dan mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa
batasan agama (Han Xiao, 2011 : 132).
Apabila berbincang tentang perubahan sosial, aspek perubahan memang tidak dapat
dielakkan. Satu perkara penting di bawah aspek ini adalah dengan melihat kepada perubahan
manusia. Manusia tidak boleh lari daripada perubahan kerana ini merupakan sunnah Allah
s.w.t. (sunnatullah). Ibnu Khaldun di dalam bukunya Mukaddimah telah membawa satu teori
bahawa dari satu generasi ke satu generasi, manusia sentiasa mengalami perubahan, sama ada
bersifat evolusi atau revolusi dalam kehidupan mereka.

Walaupun manusia mengalami

perubahan tetapi Islam telah menetapkan bahawa perhubungan dengan Allah s.w.t. Tetap
tidak berubah.

Meskipun perubahan sosial berlaku melalui pengalaman, pemikiran,

pengetahuan, dan teknologi amnusia, namun hubungan dengan Allah s.w.t. tetap kekal. Oleh
itu, manusia boleh menngunakan akal fikiran dalam memajukan kehidupan mereka bagi
menyahut perubahan zaman tetapi mestilah berpandukan syarit Islam yang telah ditetapkan.
Walaupun manusia memutuskan hubungan dengan Allah s.w.t. kerana terlalu alpa dengan
perubahan soaial, namun sebenarnya dia tetap dianggap mundur. Prubahan yang dilakukan
2

dengan membelakangkan nilai Rabbani yang telah ditetapkan Allah s.w.t. dianggap mundur
di sisi Allah s.w.t. Walaupun dari segi fizikalnya, manusia menganggap perubahan itu maju.
(Azrina Sobian, 2007 : 278).
Secara tidak langsung isu pergaulan bebas ini berkaitan dengan tamadun, di mana
menurut Arnold Toynbee yang dipetik dari karya (Afifah Abu Yazid, Mohd Niho, Ismail
Ishak, Kamarudi Ahmad. Shukri Ahmad, & Ohamad Jhadafi ,2012 : 13), menegaskan
bahawa bangun dan jatuhnya sesebuah tamadun bergantung kepada reaksi manusia di dalam
sesebuah masyarakat terhadap cabaran persekitarnnya. Jika masyarakat berupaya mengatasi
cabaran alam persekitran maka mereka akan menjadi maju dan mencapai tamadun.
Pergaulan bebas ini berkaitan dengan penyakit Ittibaul-hawa yang membawa maksud dari
segi bahasa adalah kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang disukai, keinginan jiwa terhadap
apa-apa yang disenangi, rasa cinta seseorang kepada sesuatu yang menguasai hatinya,
kecintaan yang sangat mendalam terhadap sesuatu, dan melekatnya perasaan itu di dalam
hati. Manakala dari segi istilah Ittibaaul-Hawa ialah sikap mengikuti terhadap apa-apa yang
diinginkan dan disukai hati atau sikap cenderung untuk mengikuti penilaian hati tanpa
pertimbangkan kebenaran, atau tanpa merujuk pada tuntutan syariat dan mempertimbangkan
akibatnya. (Dr, Sayyid Muhammad Nuh, 2008 : 191-193).
2.0 PUNCA PERGAULAN BEBAS

2.1 Kurang Didikan Agama dan Moral


Kurangnya didikan agama dan moral yang mantap akan menjadikan daya pertimbangan
golongan remaja tidak waras lalu gagal dalam membezakan anatara intan dan kaca serta
hitam putih sesuatu yang ada di dalam dunia ini. Pada zaman ini, terdapat ramai ibu bapa
yang kurang menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anak-anak mereka. Terdapat
3

segelintir ibu bapa yang menerapkan masa kini lebih mementingkan ilmu duniawi
berbanding ilmu ukhrawi. Mereka sanggup menghabiskan wang beratus ringgit dalam masa
sebulan bagi memastikan anak mereka mengikuti tuisyen yang terbaik. Namun begitu,
terdapat juga ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah aliran agama tetapi
penekanan yang kurang daripada ibu bapa menyebabkan mereka rapuh dalam soal
membabitkan pergaulan dengan jantina yang lain. Hal ini juga berlaku kerana, para remaja
ini tidak menerapkan nilai-nilai agama yang telah dipelajari dalam diri masing-masing
seterusnya menyebabkan mereka mudah sahaja terlbat dengan pergaulan bebas.
2.2 Kurang Perhatian Ibu Bapa
Acapkali kita terdengar tentang permasalahan ini. Apabila ditanya kepada para remaja
bagaimana mereka boleh terjebak dalam pergaulan bebas dan jawapan yang sering diberi
adalah kurangnya perhatian dan juga didikan agama daripada kedua ibu bapa mereka.
Masalah ini makin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa di era
globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa terhadap
tanggungjawab mereka dalam mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka.
Apabila sesebuah keluarga telah terlepas pandang tentang perkembangan hidup anak
mereka, maka bermulalah dari saat itu, seorang anak mencari perhatian dengan bergaul
bersama-sama rakan yang dapat memahami masalah dan kehendak mereka. Sebagai
contohnya, sekiranya seseorang remaja perempuan berasakan bahawa rakan lelaki mereka
lebih memahami hidupnya dan memenuhi kehendaknya maka dari situlah bermulanya
pergaulan secara bebas antara remaja perempuan dan lelaki tersebut tanpa memikirkan soal
batasan dalam pergaulan mereka.
Temubual yang dijalankan bersama Nur Shazni Izyan telah membuktikan bahawa
perhatian daripada ibu bapa yang kurang itu menyebabkan beliau bebas berkawan dengan

pelbagai jenis rakan. Beliau juga mengaku bahawa dia sering bertukar-tukar lelaki dari
bangku sekolah sehingga kini. Sikap ibu bapanya yang kurang memberi perhatian
kepadanya dan kurang mengambil tahu mengenai aktiviti hariannya membolehkan gadis ini
bergaul secara bebas.
2.3 Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan. Para
remaja yang lemah imannya dan kurang cerdik akalnya akan mudah dipengaruhi oleh
rakannya yang mempunyai akhlak yang buruk. Apabila mereka mendapat rakan yang
mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibu bapa yang gagal
menjalankan tanggungjawab mereka. Apabila remaja tersebut mempunyai sifat di atas,
memang tidak mustahil akan berlakunya pergaulan bebas dan mempunyai akhlak yang
buruk disebabkan tiadanya pegangan iman yang kukuh dan juga tidak mahu dianggap kolot
oleh rakan yang lain.
Menurut temubual bersama Zulfi Amizar, beliau terjebak dengan pergaulan bebas
seperti merempit dan menghisap rokok adalah berpunca daripada pengaruh rakan
sebayanya. Hal ini kerana, beliau akan diejek oleh rakan-rakannya yang lain sekiranya
beliau tidak berkelakuan seperti rakannya yang lain. Bagi menjaga imejnya apabila
berhadapan dengan rakan sebaya, beliau menjadi terikut-ikut akan kelakuan seperti
rakannya yang lain selain mempunyai perasaan ingin mencuba.
Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hibban yang berbunyi :
Manusia itu (diukur) atas kelakuan temannya, sebab itu hendaklah seseorang kamu
meneliti siapa orangnya yang diambil menjadi teman.
Dan sabdanya yang lain :
Awas anda berkawan dengan kawan yang jahat, nanti anda jadi sama seperti dia.

2.4 Pengaruh Media Massa dan Kemajuan Teknologi


Media massa memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan para remaja. Media
massa seperti televisyen yang menayangkan adegan pergaulan secara bebas menjadi faktor
pendorong para remaja dalam gejala pergaulan bebas. Kelakuan yang tidak senonoh yang
mereka saksikan telah menimbulkan rasa ingin mencuba dalam hati mereka. Kemajuan
teknologi pada zaman ini telah memudahkan masyarakat umumnya menonton pelbagai
genrecerita yang ditayangkan di pawagam, televisyen mahu pun internet. Kebanyakan
filem dan drama yang ditayangkan memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang tiada batasnya terutamanya filem-filem dari negara barat malah turut
memaparkan pelakon yang tidak mematuhi etika pakaian. Filem-filem dan drama seperti
ini turut diterbitkan oleh pengarah-pengarah Malaysia. Filem-filem yang memaparkan
kisah seperti mat rempit, bohsia dan sebagainya banyak mempengaruhi remaja masa kini
untuk terlibat dalam pergaulan bebas. Sayangnya, remaja yang merupakan pelopor yang
bakal memegang pucuk kepimpinan negara dan diharapkan akan menerajui negara kita ke
ambang kemajuan masih mundur dan terkebelakang. Sedangkan, dunia kini seharusnya
lebih maju kehadapan dan bertamadun dari sebelum ini. Namun begitu, tingkah laku
remaja kini amat membimbangkan dan dunia mungkin semakin kebelakang akbat daripada
perbuatan mereka yang tidak bertamadun ini.
3.0 KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak
kesan buruk.

Contoh jelas yang dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata

mengamalkan pergaulan bebas.

Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka agak

terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka ketinggalan di belakang.
Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ialah :
6

3.1 Berlakunya hubungan sejenis


Pergaulan bebas tanpa batasan yang berlaku menyebabkan manusia alpa dengan kemaksiatan
dan boleh berlakunya juga hubungan sejenis iaitu antara lelaki dengan lelaki, dan perempuan
dengan perempuan. Namun akhir-akhir ini, masyarakat Islam turut sama mengamalkan
budaya Barat yang sememangnya terpesong akidahnya. Selain daripada penzinaan antara
lelaki dan perempuan, kita dihimpitkan pula dengan masalah homoseksual dan musahaqah
(lesbian).

Daripada Jabir r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ertinya:

Sesungguhnya yang paling aku takuti (menimpa) umatku adalah perbuatan kaum Luth. (HR.
At Tamizi)
Budaya homoseksual yang berlaku sekarang ini amat mengaibkan umat Islam sejagat.
Ramainya umat Islam yang terjebak dengan masalah homoseksual membimbangkan kita
akan berulangnya peristiwa masyarakat Sadum semasa zaman Nabi Luth a.s. Masyarakat
Sadum adalah masyarakat yang rendah akhlaknya, tidak mempunyai nilai agama dan
peradaban. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela. Maksiat yang paling menonjol dalam
kehidupan masyarakat Sadum ialah perbuatan homoseksual dalam kalangan lelaki dan
lesbian dalam kalangan perempuan. Maka Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Luth a.s.
membawa umatnya kembali ke pangkal jalan. Ketahuilah, bahawa Rasulullah s.a.w. melaknat
pelaku homoseks sebanyak tiga kali, sedangkan pezina hanya sekali. Islam amat menentang
keras hubungan sejenis ini kerana perbuatan itu akan memberi kesan yang buruk kepada
pelakunya dari aspek kesihatan. Homoseksual akan menyebabkan individu tersebut
menghidap pelbagai penyakit kelamin yang lain. (Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Butiy,
1997 : 197)

3.2 Berlakunya zina


Apabila pergaulan bebas ini tidak dijaga iaitu perhubungan antara lelaki dan wanita, maka
maksiat akan berlaku di antara mereka. Perkara ini kerana nafsu yang terdapat di dalam diri
lelaki dan waita tidak dapat dibendung apabila batasan pergaulan mereka tidak dijaga dan
seterusnya boleh membawa kepada berlakuya zina.(Noraini Ahmad, 2000 : 133). Penzinaan
lelaki dan perempuan akhirnya membawa kepada gejala buruk yang akan merosakkan
masyarakat. Semua bentuk hubungan kelamin yang menyimpang dari ajaran agama Islam
dianggap zina. Perbuatan zina ini amat menyedihkan dan sekaligus menggambarkan tahap
moral masyarakat telah merosot kepada tahap yang rendah dan membimbangkan. Bahaya
dan akibat perbuatan zina amat besar sekali dan memberi kesan bukan sahaja kepada
individu yang terlibat tetapi juga kepada masyarakat. Antaranya ialah perbuatan zina akan
membunuh rasa malu walhal rasa malu amat penting dan merupakan perhiasan yang sangat
indah bagi seseorang perempuan. Dalam perbuatan zina terkumpul bermacam-macam dosa
dan keburukan yakni agama si penzina akan berkurang dan hilangnya sikap warak. Maka,
akan hilang kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah s.w.t. dan
sesama manusia.(Azria Sobian, 2007 : 207).
Selain itu, Menurut (Mohd Isa Selamat, 1994 : 85) menerangkan bahawa wajah seseorang
yang telah melakukan zina akan menjadi muram dan gelap. Di samping itu, perbuatan zina
juga mematikan sinar seri pelakunya dan menjadikan hati mereka degil ke arah kebaikan.
Kesan perbuatan zina terhadap masyarakat ialah menyebabkan hancurnya masyarakat itu,
yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah s.w.t. akibat dosa yang berleluasa dan
dilakukan secara terang-terangan. Demikianlah besarnya bahaya dosa zina sehingga Ibnu
Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina berkata, Allah telah
8

mengkhususkan had (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga perkara iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi penzina kemudian diringankan (bagi yang
belum bernikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan
hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah s.w.t. secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina.
Umumnya, sifat kasihan diharuskan, bahkan, Allah maha pengasih namun rasa kasihan ini
tidak sewajarnya menghalang daripada menjalankan syariah Allah. Hal ini ditekankan kerana
lazimnya orang lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan
sebagainya. Di samping itu, perbuatan zina boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk
orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang
menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar perlaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang
mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan
umat
3.3 Tersebarnya anak luar nikah dan pembuangan bayi
Pergaulan bebas akan menjerumuskan manusia ke arah kemaksiatan dan zina dan apabila
Allah s.w.t ingin menguji pezina itu dengan menghidupkan benih lelaki dalam rahim
perempuan itu maka mengandunglah penzina perempuan itu. Apabila ujian yang sangat
berat ini tidak dapat ditanggung oleh pasangan penzina itu dimana dalam situasi ini remaja
yang hilang pengangan agama akan menjadi tidak berperikemanusiaan, maka akan terjadilah
pembuangan bayi di tempat-tempat seperti tandas awam, tong sampah, longkang, dan

sebagainya yang kini seperti menjadi perkara biasa yang tersebar di dada-dada akhbar dalam
kehidupan manusia hari ini.(Noraini Ahmad, 2007 : 91).

3.4 Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin


Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk
melempiaskan nafsu syahwat. Justeru para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada
berkahwin. Statistik yang dilakukan oleh Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk
di situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun1982. Ini merupakan kali
pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu. Selain itu, pergaulan bebas yang tidak
terkawal akan mewujudkan satu corak hidup yang baru dimana para pemuda pemudi tidak
mahu berkahwin. Perkara ini ada rasionalnya kerana apabila cara hidup mereka telah biasa
mendapat apa yang mereka inginkan tanpa mempunyai ikatan yang sah, persoalan yang
timbul pada segelintir pemuda pemudi ini ialah kenapa harus mereka memikirkan untuk
jinjang pelamin. Bersentuh-sentuhan, hidup bersama dalam satu rumah tanpa satu ikatan
yang sah dan melakukan hubungan seks bersama individu yang berlainan telah dapat mereka
nikmati tanpa ada ikatan yang sah. Perkara ini terjadi disebabkan kolotnya para remaja
sekarang yang tidak tahu akan bahana pergaulan bebas yang melampau. Di sini dapat
disimpulkan bahawa pergaulan bebas memberi impak yang terlalu besar kepada sesebuah
masyarakat dan negara. (Azrina Sobian, 2007 : 328).

3.5 Berlakunya penceraian dan keruntuhan rumah tangga

10

Akibat pergaulan bebas ramai pemuda pemudi yang terlanjur dan menyebabkan Kebanyakan
pemuda-pemudi yang berkahwin akibat daripada mengandung disebabkan desakan ibubapa.
Pembinaan rumahtangga adalah tidak stabil kerana mereka masih kerana tidak matang lagi.
Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat
pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama.

Institusi

kekeluargaan akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil.(Noraini
Ahmad, 2000 :68). Selain itu, pergaulan bebas ini juga berlaku dalam kalangan mereka yang
sudah berkahwin, ini berpunca daripada segelintir pasangan yang berumah tangga yang suka
bergaul dengan orang kenalan mereka sehingga menimbulkan bibit-bibit perasaan suka
antara mereka. Ada juga pasangan yang berkahwin sudah bosan dengan isteri mahupun
suami masing-masing menyebabkan mereka cenderung untuk mencari pasangan lain.
Impaknya, berlaku pergolakan rumah tangga sehinggakan ada juga yang bertindak untuk
bercerai antara satu sama lain.

Ini dapat pertambahan kes penceraian yang berlaku di

Malaysia. (Azrina Sobian, 2007 : 273).

3.6 Tersebarnya penyakit yang membawa maut


Pergaulan bebas boleh menyebabkan tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut.
Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan hubungan bebas di antara lelaki dan
perempuan, tidak kiralah mental taupun fizikal.

Telah diketahui apabila melakukan

perhubungan seks tanpa ikatan yang sah dan bertukar-tukar pasangan, maka akan terjadinya
penyakit yang amat berat untuk ditanggung, antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit
ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini. Kanser
rahim dan servik juga akan menyerang kaum wanita di saat mereka telah melakukan
11

perhubungan seks sejak di awal usia.

Tanpa disedari, pergaulan bebas adalah punca

terjadinya permasalahan yang amat besar dalam kehidupan kita.(Noraini Ahmad, 2000 : 201).
Kesimpulannya, kesan pergaulan bebas banyak memberi impak negatif kepada manusia.
Impak-impak negatif ini seterusnya mempengaruhi perjalanan sesuatu tamadun dimana
perjalanan sesebuah tamadun itu terganggu dan akhirnya boleh membawa kepada
kemusnahan sesebuah tamadun itu juga. Hal ini kerana apabila masyarakatnya terlalu bebas
dalam pergaulan dan tidak berpegang teguh terhadap agama maka pemerintahan sesebuah
tamadun itu akan musnah dek kerana masyarakatnya terlalu alpa dengan keseronokan
duniawi.(Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainudin, 2000 :45) Keseimbangan adalah asas penting
dalam melahirkan tamadun yang unggul.

Atas dasar inilah yang dibahaskan tentang

masyarakat madani, iaitu suatu masyarakat yang terkandung nilai rohani dan jasmani.
Keadaan ini mungkin berbeza dengan pemikiran masyarakat Barat yang menekankan
kebendaan dan menolak kehidupan rohani dalam kehidupan.(Afifah Abu Yazid, Mohamad
Nizho Abdul Rahman, Ismail Ishak, Kamarudin Ahmad, Shukri Ahmad, Mohamad Khadafi
Rofie, 2012 : 21)
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGTASI MASALAH PERGAULAN BEBAS
Bagi mengatasi masalah pergaulan bebas, langkah-langkah yang proaktif dan efisyen
perlulah diambil dengan kadar yang segera supaya wabak ini tidak menular dalam kalangan
masyarakat negara ini dengan serius. Dalam konteks ini, semua pihak perlu memberi
kerjasama yang padu antara satu sama lain bagi mengatasi masalah ini. Antara pihak-pihak
yang terlibat ialah seperti berikut:
4.1 Diri sendiri
12

Remaja itu sendiri perlu ada kesedaran dalam menghadapi dunia yang penuh
mencabar.Dalam soal ini, pemilihan rakan sebaya turut memainkan peranan dalam
membentuk sahsiah diri remaja.Remaja perlu memikirkan baik atau buruk serta akibat
sebelum melakukan sesuatu perbuatan dengan mendapatkan pandangan daripada ibu
bapa & guru.Untuk mengelak dari terjebak dalam masalah sosial ini, remaja boleh
melibatkan diri secara aktif dalam sukan & kem motivasi yang dianjurkan oleh jabatan
kerajaan & pertubuhan bukan kerajaan.

4.2 Institusi kekeluargaan


Dalam isu ini pihak perlu bertanggungjawab ialah pihak keluarga. Menurut Zawawi
Ahmad (2007), menyatakan bahawa keluarga merupakan wadah yang penting dalam
membantu keluarga menghadapi berbagai pancaroba dalam kehidupan. Keluarga perlu
menjadi satu unit yang sepadu dan kuat untuk menjayakan sebuah keluarga yang
bahagia.Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa penting bagi menentukan keberkesanan
sesebuah keluarga.Ini jelas sebagaimana sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud
tanggungjawab dan mendapat bimbingan serta pandangan membuat pemilihan dalam
pelbagai hal sejak kecil lagi.
Dalam aspek ini, ibu bapa perlu berupaya menyelami permasalahan anak-anak
mereka dan tidak lagi menganggap anak remaja mereka masih kecil.Ibu bapa sering perlu
melihat perubahan anak mereka dari seorang yang taat dan patuh kepada remaja yang
bersifat berlawanan.Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu meletakkan peraturan-peraturan
yang lebih ketat dalam usaha supaya anak remaja patuh kepada peraturan-peraturan yang
13

ditentukan oleh mereka.Sesebuah keluarga memerlukan disiplin yang kukuh.Apa yang


dimaksudkan dengan disiplin ialah satu panduan serta peraturan kepada sesuatu tingkah
laku. Apabila wujudnya kasih sayang kepada anak-anak, maka anak-anak dapat
mengelakkan diri daripada melakukan perkara sebegini.
Ibu

bapa

juga

harus

menitikberatkan

disiplin

dan

peraturan

di

rumah.Menghormati disiplin di rumah adalah penting supaya peraturan-peraturan dapat


diikuti apabila mereka sudah dewasa.Zawawi Ahmad (2007) berpendapat disiplin yang
digunakan harus bersifat positif.Contohnya ibu bapa harus menggunakan perkataanperkataan yang sesuai seperti buat macam ini daripada jangan buat begitu.Ganjaran
perlu diberikan apabila anak-anak melakukan sesuatu perkara dengan baik.Disiplin harus
semerta, tekal dan tegas.Anak-anak mereka elok diterangkan dengan jelas peraturan dan
disiplin yang dikenakan di rumah.Hasil usaha ini, para remaja dapat mengelakkan diri
daripada terjebak dalam masalah pergaulan bebas.
4.3 Masyarakat
Menurut Zawawi Ahmad (2007), masyarakat merupakan badan tidak formal yang
bertanggungjawab secara langsung membinasuasana persekitaran dan menyediakan
keperluan masyarakat. Masyarakat bertanggungjawab melakukan amar makruf dan
juga menyelesaikan kemungkaran yang membabitkan kesalahan-kesalahan kecil.
Masyarakat dilihat sebagai ikon dan ikutan kepada masyarakat yang lain. Tidak kira
sama ada jiran tetangga, ibu bapa, peniaga-peniaga atau ahli korporat, mereka semua
tergolong dalam kelompok masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan
contoh teladan yang baik kepada orang lain. Namun masyarakat hari ini yang

14

kononnya 'tidak mahu menjaga tepi kain orang' telah menyebabkan salah laku seks
bebas meningkat. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri masyarakat
sekeliling berkelakuan tidak sopan, namun tiada sebarang tindakan diambil sama
adamenegur atau memberi nasihat. Situasi ini mendorong seseorang melakukan apa
sahaja sekalipun dikhalayak ramai kerana tiada siapa akan ambil peduli. Lebih-lebih
lagi jika kurangnya semangat dan budaya kejiranan, salah laku seks semakin sukar
untuk dibendung.Dalil-dalil yang membahas tentang hidup bertetangga diantaranya
adalah:
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan
sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu-bapak, karibkerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan
tetangga

yang

jauh,

teman

sejawat,

ibnu

sabil

dan

hamba

sahayamu.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong


dan membangga-banggakan diri. (An-Nisa: 36)

4.4 Media massa


Selain masyarakat, media massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk
keperibadian masyarakat. Walau bagaimanapun, media massa hari ini memberi ruang
yang terlalu luas kepada unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan
contoh negatif yang boleh meruntuhkan peribadi masyarakat. antara langkah
pencegahan yang boleh diambil adalah termasuk menghapuskan lambakan imej dan
mesej yang merangsang nafsu seks dalam masyarakat.Menghentikan eksploitasi
wanita dan tema seks dalam amalan pengiklanan dan hiburan.Mengurangkan paparan
imej keganasan ditengah masyarakat.Namun demikian, ada segelintir program15

program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan


remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat
hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik.
Umpamanya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara
berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat
juga unsur-unsur lucah dan menghairahkan terdapat dengan mudah di pasaran sama
ada dalam bentuk bercetak, cakera padat atau dalam bentuk lain-lain serta bahan
media ini juga mudah diperolehi.

4.5 Kerajaan
Kerajaan merupakan sebuah organisasi terbesar dalam sesebuah negara.Oleh itu,
kerajaan perlulah memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk
keperibadian

masyarakat

menjadi

insan

yang

berakhlak

dan

bersahsiah

tinggi.Kerajaan berperanan membangun dan menstabilkan ekonomi negara,


mewujudkan persekitaran yang selamat serta melahirkan masyarakat yang berilmu
dan bertakwa dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, khususnya melalui sistem
pendidikan terutamanya di peringkat sekolah.Hal ini kerana sekolah merupakan
institusi yang penting dalam membentuk pelajar yang menjauhi daripada amalanamalan yang negatif terutamanya pergaulan bebas. Di sekolah antara usaha yang
boleh dilaksanakan ialah, komitmen guru-guru sentiasa mengambil tahu keperibadian
pelajar mereka dengan lebih terperinci. Dengan ini, ia dapat membantu untuk

16

memberi kesedaran yang positif kepada pelajar-pelajar dan dapat menjauhi diri
mereka daripada masalah ini.

4.6 Rakan sebaya


Dalam diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup
kuat.Kelompok rakan sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan
keputusan seorang remaja tentang perilakunya.Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai
tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara.Mereka dapat mempengaruhi
disiplin seseorang remaja. Jika rakan sebaya mempunyai sifat-sifat positif seperti
berdisiplin dan cenderung melakukan perkara yang membawa kebaikan, secara
automatik seseorang remaja tersebut akan menjadi positif. Diumpamakan rakan yang
soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi
dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada
anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh
menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.(Hadis
al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari).Oleh itu pemilihan rakan sebaya sangat penting
kepada remaja kerana, rakan sebaya merupakan individu yang sangat mempengaruhi
tingkah laku dan kelakuan remaja.Lantaran itu, pemilihan rakan perlu dilakukan
dengan baik.

5.0 TEMUBUAL
5.1 Responden Pertama
17

Azira: Assalamualaikum, saya Nur Azira dari pelajar dari Universii Utara Malaysia,
saya sedang menjalankan sedikit kajian mengenai isu pergaulan bebas. boleh encik
bantu saya dengan menjawab beberapa soalan saya?
Zulfi: Waalaikumsalam, boleh. Saya jawab sekadar yang saya mampu.
Azira: Terima kasih, boleh saya tahu nama encik?
Zulfi: Nama saya Zulfi Amizar. Boleh pangil Zulfi sahaja.
Azira: Ceritakan serba sedikit mengapa awak boleh terlibat dengan gejala pergaulan
bebas seperti ini?
Zulfi: Semua berlaku sejak saya di sekolah menengah lagi. Saya terikut-ikut dengan
perlakuan rakan-rakan saya.
Azira: Adakah Zulfi mengetahui keburukan melakukan kegiatan seperti ini?
Zulfi: Ya saya tahu dan sedar akan keburukannya.
Azira: Jadi mengapa Zulfi masih melakukan perkara berkenaan?
Zulfi: Begini, jika saya tidak lakukan apa yang mereka buat, saya akan diejek oleh
mereka. Untuk mengelakkan dari diejek oleh rakan sebaya, saya ikut sahaja apa yang
mereka lakukan dan kesannya saya menjadi ketagih.
Azira: Terima kasih kerana Zulfi sudi membantu saya. Kerjasama awak amat saya
hargai.
Zulfi: Sama-sama. Baiklah, kawan saya sudah menuggu. Jumpa lagi.
5.2 Responden Kedua
Azira: Assalamualaikum, Shazni. Lama saya tidak berjumpa awak. Awak telah
banyak berubah sekarang. Sebenarnya sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran di
Universiti Utara Malaysia, saya sedang menjalankan sedikit kajian mengenai isu
pergaulan bebas. Jika awak tidak kesah, boleh awak bantu saya dengan menjawab
beberapa soalan saya?
Shazni: Eh Azira. Boleh sahaja. Lagi pula awak telah banyak menolong saya sebelum
ini.
Azira: Oh terima kasih. Jangan ambil hati dengan soalan saya. Mengapa awak boleh
terlibat dengan pergaulan bebas?
18

Shazni: Tidak mengapa. Saya tidak ambil hati. Saya terlibat dengan gejala pergaulan
bebas ini sudah lama. Dari bangku sekolah lagi dan ketika itu kita belum lagi
berkenalan antara satu sama lain.
Azira: Mengapa awak boleh terlibat dengan perkara sebegitu?
Shazni: Untuk pengetahuan Azira, saya kurang mendapat perhatian dari ibubapa saya.
Mereka tidak pernah mengambil tahu kegiatan harian saya. Kemana saya pergi atau
apa saya lakukan tidak pernah diambil tahu. Saya mula ke kelab malam pada umur 15
tahun. Ibu dan bapa saya hanya memberi wang tanpa bertanya kemana saya habiskan
wang berkenaan.
Azira: Dalam tempoh berkenaan, adakah awak terlibat dengan aktiviti berkenaan
bersama dengan rakan awak?
Shazni: Pada mulanya, saya hanya mengikut perlakuan abang da kakak-kakak saya.
Namun begitu, selepasa sering ke kelab malam. Saya telh berkawan dengan ramai
orang. Saya telah bertukar-tukar lelaki. hampir setiap malam saya bertukar lelaki.
Saya mencari kepuasan di dunia muda saya.
Azira: Adakah awak sedar dengan apa yang awak telah lakukan? Hukuman yang
bakal awak dapat sekiranya awak terus berbuat demikian?
Shazni: Ya. Saya sedar dan sekarang saya dalam proses untuk berubah.
Azira: Apa yang membuatkan awak terbuka hati untuk berubah?
Shazni: Pada suatu malam, semasa tidur saya telah mendapat mimpi mengenai
kiamat. Mimpi berkenaan merupakan mimpi paling ngeri pernah saya alami. Bangun
sahaja pada keesokannya, saya terfikir mengenai perkara berkenaan lalu saya
membuat keputusan untuk berubah kearah kebaikan. Alhamdulillah Allah bagi saya
kesempatan untuk berubah sebelum saya menemui ajal.
Azira: Alhamdulillah. Saya mendoakan awak agar terus mendapat barakah. Terima
kasih kerana sudi berkongsi pengalaman awak dengan saya. Jumpa lagi.
Assalamualaikum.
Shazni: Sama-sama. Waalaikumsalam.

6.0 Kesimpulan

19

Secara konklusinya, dapat disimpulkan bahawa masalah pergaulan bebas merupakan isu yang
serius yang kian melanda dalam kalangan remaja kita pada hari ini.Berlakunya isu ini
disebabkan oleh beberapa faktor yang telah dinyatakan secara jelas. Dalam isu ini kita tidak
boleh menuding jari antara satu sama lain menyalahkan pihak lain.Masalah ini merupakan
masalah rakyat bersama.Oleh itu, masyarakat sendiri perlu sedar bahawa tanggungjawab
mereka juga sangat penting dalam membendung isu.
Walaupun sesetengah pihak mengatakan isu tidak boleh mencapai solusi, tetapi kerjasama
dan keprihatinan daripada masyarakat dapat memberi titik noktah kepada masalah pergaulan
bebas ini.Masalah ini, telah meruntuhkan ketamadunan manusia yang tercipta, seolah-olah
kita telah kembali kepada zaman Jahilliah.Masalah ini menimbulkan pelbagai implikasi yang
negatif kepada masyarakat dan juga kepada negara.Kesan-kesan ini menyumbang kepada
keruntuhan sesebuah ketamadunan.
Menyedari hakikat ini, semua pihak perlulah berganding bahu Antara satu sama lain bagi
membendung masalah pergaulan bebas dalam masyarakat kita pada hari ini. Ibu bapa
merupakan individu yang paling penting dalam isu ini.Hal ini kerana, institusi kekeluargaan
merupakan individu yang berada paling hampir dengan remaja.Oleh itu kesedaran
tanggungjawab adalah sangat penting bagi memastikan para remaja dan anak-anak mendapat
tumpuan dan perhatian yang secukupnya daripada institusi kekeluargaan.

7.0 Rujukan

20

Afifah Abu Yazid, Mohd Nizho Abdul Rahman, Ismail Ishak, Kamrudin Ahmad, Shukri
Ahmad, & mohamad Khadafi Rofie. (2012). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia.
Petaling Jaya, Selangor : Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Ahmad

Zawawi

(2007).

Jurnal

peranan

psikologi

dalam

masyarakat

Malaysia

sesama:peranan masyarakat dan keluarga dalam menangani masalah sosial remaja . 65-79
Azrina Sobian. (2007). Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan Dan Cabaran Semasa.
Petaling Jaya, Selangor : MPH Group Publishing Sdn Bhd.
Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Butiy. (1997). Menangani Pergolakan Jiwa Remaja.
Batu Caves, Selangor : Pustaka Ilmi.
Dr. Sayyid Muhammad Nuh. (2008). Rintangan Sepanjang Jalan. Puchong, Selangor :
Berlian Publications Sdn Bhd.
Fauziah Shaffie dan Ruslan Zainudin. (2000). Siri Sejarah Fajar Bakti Sejarah Malaysia.
Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mohd Isa Selamat. (1994). Suci Dalam Debu. Johor Bharu, Johor Darul Takzim :
Penerbitan Al-Masyhur Sdn Bhd.
Noraini Ahmad. (2000). Kaunseling Remaja. Cheras, Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

21

Anda mungkin juga menyukai