Anda di halaman 1dari 18

BHEA.

BPA/01-100

DIPLOMA IN SPORTS MANAGEMENT


(BS101)

MPU 2183
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK:
CABARAN MEMBENTUK MASYARAKAT BERETIKA

SEKSYEN
BS1.65
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR NO. ID PELAJAR

Nur Anisah Binti Awang Azman BGJ222410445


Nur Ainin Sofiya Binti Zainudin BGJ222410440
Nur Natasya Binti Ismail BGJ222410407
Nur Thaqifah Binti Mohd Ali BGJ222410460
Nur Hanis Nadhirah Binti Nor Rasul BGJ222410451
DISEMAK OLEH:
PUAN NAJIHAH BINTI NAZARUDIN

1
ISI KANDUNGAN
Muka
No. Perkara
Surat
1.0 Pengenalan 4-5
Isi-isi Utama
2.1 Cabaran Dalam Isu Politik dan Islam 6-7
2.0
2.3 Cabaran Dalam Isu Sosial 8-9
2.3 Cabaran Dalam Isu Alam Sekitar 10-11
3.0 Kesimpulan 12-14
4.0 Penutup 15
5.0 Rujukan 16
6.0 Rubrik 17

2
PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat ilahi serta selawat keatas junjungan besar iaitu Nabi Muhammad SAW
kerana dapat kami menyiapkan laporan tugasan bertulis secara berkumpulan bagi kod
subjek MPU 2183 penghayatan etika dan peradaban dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Dengan kesempata ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Najiha Binti
Nazarudin selaku pensyarah subjek penghayatan etika dan peradaban kerana telah banyak
membantu dan memberikan tunjuk ajar kepada kami dalam menyelesaikan tugasan ini.
Selain itu, saya juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana
telah pertukus luus dan bekerjasama dalam usaha menyiapkan tugasan ini dengan
cemerlang.

Justeru itu, harapan kami semoga laporan ini dapat dijadikan contoh, panduan dan
pengajaran kepada semua pada masa hadapan.

3
1.0 PENGENALAN
Sejak negara menikmati arus kemodenan ini , etika sering diperdengarkan di corong
corong radio dan terpampang di dada dada akhbar . Perkataan etika kini bukan lagi asing
menjadi buah mulut oleh organisasi dan masyarakat . Apakah yang dimaksudkan dengan
etika ?

Etika berasal dari perkataan ‘ethos’ (Greek) yang membawa maksud perangai atau
keperibadian . Etika adalah satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau kesusilaan .
Perkataan Etika kadangkala sinonim dengan perkataan moral . Menurut Tuanku Syed
Faizuddin Putra Jamalullail masyarakat yang beretika akan membentuk persekitaran lebih
sihat dan dapat menghindari perlakuan negatif serta masalah-masalah sosial seperti
penagihan najis dadah , rompakan , penyeludupan, pembuangan bayi dan sebagainya .

Pada zaman dahulu , masyarakat memandang enteng dengan isu etika kerana tidak dapat
pendedahan oleh orang luar . Namun pada masa kini , sikap etika perlu diutamakan dalam
setiap tingkahlaku harian kita . Kelakuan bermoral dikatakan kelakuan beretika . Kehidupan
yang beretika akan memastikan manusia melaksanakan kewajipan hidup yang memberi
faedah kepada diri sendiri dan juga masyarakat .

Contoh beretika adalah apabila kita menunjukkan sikap belas kasihan dan bersikap jujur
serta sentiasa memberikan pertolongan kepada yang memerlukan seperti memberikan
tunjuk ajar kepada rakan dalam subjek yang lemah dengan penuh keikhlasan dan lemah
lembut . Seseorang itu masih dianggap beretika selagi perbuatannya tidak mencemarkan air
muka sendiri dan disenangi masyarakat .

Contoh perbuatan tidak beretika yang akan menyebabkan masyarakat kurang senang
adalah seseorang menghembuskan asap rokok di dalam pengangkutan awam . Hal ini akan
menyebabkan penumpang di dalam akan berasa sesak nafas dan bimbang kepada
kesihatan terutamanya yang membawa anak kecil dan wargaemas serta ibu mengandung .

4
Oleh itu , dalam gagasan ini kita perlu bekerjasama untuk mewujudkan sebuah masyarakat
yang mempunyai nilai etika yang tinggi agar dapat melahirkan generasi yang berkualiti .
Namun persoalannya, apakah cabaran-cabaran untuk membentuk masyarakat beretika? Isu
ini akan dikupas dalam perenggan yang seterusnya.

5
2.1 CABARAN DALAM ISU POLITIK DAN ISLAM

Cabaran yang pertama ialah cabaran politik. Politik bukan sahaja boleh menjatuhkan
kerajaan yang kuat tetapi mampu melemahkan keseluruhan struktur dan pentadbiran.
Pemimpin yang beretika dalam aspek politik penting bagi mengelak berlakunya perselisihan
faham di kalangan rakyat dan pakar parti dan seterusnya mampu menyelesaikan isu dan
masalah yang timbul akibat perselisihan faham antara rakyat dan pakar parti secara kreatif
dan profesional.

Menurut Hairol Anuar Hj Mak Din dan Zakaria Stapa (2012), sebarang konflik politik yang
berkisarkan perselisihan faham dan peraturan perlu dilihat dari sudut positif dan sihat.
Pertikaian politik yang timbul mesti ditangani dengan baik untuk kebaikan dan ia mesti
berdasarkan tuntutan agama. Ini menunjukkan pemimpin yang beretika dan banyak ilmu dari
pelbagai bidang amat disignifikan dalam tuntutan politik Islam. Pemimpin yang beretika juga
penting dalam mewujudkan budaya politik yang sihat dan matang. Konteks hamba politik
yang sihat di sini merujuk kepada pemimpin bersaing secara adil dan jujur tanpa sebarang
bentuk gharar.

Menurut Gharar dalam Islam, Gharar bermaksud ketidakpastian, dan ketidakpastian


bermaksud satu pihak ingin menyembunyikan sesuatu dan boleh membawa ketidakadilan
dan penganiayaan. Budaya politik matang juga merujuk kepada pemimpin yang berazam
memperjuangkan isu dan hak rakyat dengan tegas berdasarkan fakta dan data yang sesuai
serta mempunyai pemikiran yang rasional dalam membuat penilaian. Ini boleh diambil
sebagai contoh, seperti aktiviti penipuan dan penyelewengan kewangan, memanipulasi atau
menyalahgunakan tenaga kerja. Bagaimanapun, sistem kerajaan yang adil juga menjadi
faktor kejayaan sistem politik sesebuah negara.

Selain itu, politik menjelaskan bagaimana pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara
dijalankan oleh seorang pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat. Kewujudan kerajaan dan
pemimpin amat diperlukan dalam kehidupan manusia. Ini kerana sekiranya sesebuah
negara tidak mempunyai kerajaan dan pemimpin, maka rakyat tidak akan patuh dan peka
terhadap segala asas institusi dan perundangan yang telah ditetapkan. Sesebuah kerajaan
jauh dari nilai etika, sudah pasti negara akan mengalami kemusnahan, tidak mampu
menjaga kedaulatan rakyat, akhirnya rakyat menjadi sasaran. Mereka bersikap apatis
terhadap rakyat dan tidak dapat mengekalkan perpaduan dan integriti. Mencintai rakyat dan

6
berbuat baik kepada rakyat adalah satu etika atau akhlak yang terpuji dalam Islam dan
menjadi ketua negara sebagai orang yang terbaik untuk dibanggakan. Tetapi sebaliknya,
sifat membenci rakyat dan menjauhi rakyat serta mengekalkan kefahaman yang ego dan
sifat sombong akan menjadi tanda akhlak yang hina yang menyebabkan orang jahat tidak
disenangi oleh rakyat.

Selain kerajaan, rakyat juga perlu beretika dan berakhlak mulia. Ali bin Abi Talib dalam
ucapannya kepada orang-orang yang mengikutinya; Demi Allah, sesungguhnya aku
beranggapan bahawa musuh-musuh itu akan memenangkan kamu kerana akhlak mereka
yang baik, iaitu mereka bersatu walaupun dalam kesesatan, sedangkan kamu berpecah-
belah dalam kebenaran. Penguasa yang adil ialah pemerintah yang berlaku adil di antara
manusia dan menjauhi perbuatan mungkar dan tamak. Penguasa yang tidak adil adalah
pemerintah yang kejam dan kuasanya tidak akan kekal.

Penggalakan etika hanya akan berlaku jika tingkah laku terhadap rakyat diutamakan demi
menjaga urusan bersama. Perlu diketahui juga bahawa kemakmuran dan keruntuhan dunia
bergantung kepada pemerintah, jika pemerintah itu adil maka makmurlah dunia dan rakyat
merasa aman. Salah satu punca kepada kebejatan akhlak dan akhlak sesebuah bangsa
ialah kerana penganutnya tidak mengamalkan agamanya dengan sempurna. Kerana pada
dasarnya setiap agama mengajar kebenaran.

Justeru, etika sesuatu bangsa tidak seharusnya menyalahkan agama kerana agama
merupakan faktor yang sangat penting berhubung akhlak bangsa. Tetapi yang
dipersalahkan ialah penganut agama berkenaan. Dari agama itulah lahir nilai-nilai keimanan,
dan dengan keimanan yang tertanam dalam diri setiap pemeluk agama, maka dengan
sendirinya akan lahir etika dan akhlak yang tinggi. Hanya dengan asas keperibadian seperti
ini, masyarakat dapat dipupuk lagi bagi membina komitmen moral yang lebih khusus untuk
mematuhi nilai-nilai etika.

7
2.2 CABARAN DALAM ISU SOSIAL

Cabaran yang kedua ialah masalah pembentukan etika yang datang dari isu sosial.
Berikut merupakan isu isu yang berlaku contohnya , Vandalisme ialah perbuatan
merosakkan atau memusnahkan harta benda awam atau harta orang lain. Perbuatan
merosakkan kemudahan awam ini dilakukan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab
dan mementingkan diri sendiri. Vandalisme yang biasa dilakukan ke atas harta awam
ialah merosakkan telefon awam, merosakkan lampu di taman awam, menyembur cat ke
atas papan tanda nama jalan dan nama taman, memecahkan papan tanda jalan, melukis
grafik di dinding bangunan dan lain-lain.

Selain itu isu fenomena membuang bayi telah menjadi isu sosial yang sangat
menyayat hati sejak kebelakangan ini. Membuang bayi adalah perbuatan membiarkan
atau meninggalkan bayi di mana-mana kawasan secara sengaja dengan niat membunuh
atau tidak. Ia merupakan perkara yang tidak beretika dan tiada nilai kasih dalam diri.
Membuang bayi boleh diklasifikasikan dengan jenayah membunuh atau percubaan
pembunuhan. Ia adalah berpunca dari desakan hawa nafsu manusia akibat daripada
seks rambang dan aktiviti penzinaan yang berlaku secara berleluasa. Akibat daripada
aktiviti tidak bermoral dan terlanjur mengandung anak luar nikah, bayi yang tidak berdosa
dibuang bagi menutup perbuatan malu yang telah dilakukan. Kini kita dapat melihat
beberapa kes gadis bawah umur ditangkap kerana membuang bayi yang baru lahir dan
menyebabkan kematian. Ia berpunca daripada aktiviti seks rambang bersama rakan-rakan
lelaki yang tidak dikenali.

Di samping itu, isu kes bunuh diri ialah satu perbuatan yang dilakukan dengan
kesedaran dan sengaja oleh seseorang dengan tujuan memusnahkan diri sendiri untuk
mengakhiri kehidupan sehingga menemui kematian. Kebanyakan kes bunuh diri berlaku
disebabkan individu itu tidak dapat menghadapi tekanan dalam hidup, sakit jiwa,
mengalami kemurungan, atau mengalami masalah kewangan. Ia merupakan suatu
keadaan sementara yang boleh diatasi namun individu memutuskan untuk tidak
meneruskan hidup kerana kesengsaraan yang di alami. Walaupun pelbagai alasan boleh
diberi terhadap tindakan bunuh diri, ia merupakan suatu perbuatan yang tidak bermoral dan
tidak beretika. Bunuh diri atau percubaan bunuh diri telah menjadi masla kesihatan yang
meruncing di Negara ini. Merujuk kepada Pusat Daftar Bunuh Diri Kebangsaan, sekurang-
kurangnya dua orang bunuh diri sehari dengan purata 60 orang sebulan.

8
Oleh itu, Ibubapa juga perlu mengetahui siapakah rakan-rakan anak mereka. Ini
kerana pengaruh negatif rakan boleh menghancurkan etika anak-anak. Pemantauan
terhadap rakan-rakan akan memastikan anak-anak tidak berbuat sesuatu sewenang-
wenangnya apabila bersama rakan sebaya. Jika seseorang remaja mengetahui bahawa
ibu bapanya sentiasa memantau pergaulan bersama rakan maka ia boleh mengelakkan
mereka terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif seperti dadah, rempit, menyamun dan
mencuri. Sehubungan itu, segala keputusan yang di ambil haruslah difikirkan secara
mendalam supaya ia tidak melanggar nilai-nilai asas etika dalam masyarakat walaupun ia
melibatkan situasi paksaan.

9
2.3 CABARAN DALAM ISU ALAM SEKITAR

Etika dan peradaban juga berkait secara langsung dengan alam sekitar. Manusia yang
beradab dan beretika akan sentiasa menjaga persekitaran dan lingkungannya untuk
generasi yang akan datang. Tanpa etika dan integriti,alam sekitar tidak dapat dipertahankan.
Antara isu dan cabaran dalam konteks alam sekitar adalah kehidupan flora dan fauna yang
terancam akibat pembalakan. Contohnya melakukan aktiviti pembalakan secara haram
tanpa ada lesen. Disebabkan populasi manusia yang semakin bertambah dari tahun ke
tahun,pembangunan penempatan juga bertambah rancak. Kita tidak boleh nafikan bahawa
pembangunan adalah penting demi mencapai kemajuan tetapi elemen penjagaan alam
sekitar seharusnya menjadi agenda utama. Hal ini demikian kerana kita masih lagi
bergantung kepada sumber flora dan fauna dalam aspek kehidupan terutamanya bekalan
makanan. Jika masyarakat ingkar untuk kita boleh mengenakan denda atau menjatuhkan
hukuman penjara terhadapnya.

Selain itu,masyarakat sering melakukan pembuangan sisa pepejal di dalam sungai atau di
lautan. Kesannya akan menyebabkan berlakunya tumpahan minyak sehingga hidupan di
akuatik musnah. Di samping itu juga berlakunya pembakaran terbuka terhadap alam sekitar.
Kejadian ini berlaku kerana masyarakat tersebut tidak menanamkan sifat cinta akan alam
sekitar terhadap dirinya dan tidak bertanggungjawab atas kejadian yang menimpa. Hal ini
menyebabkan berlakunya penipisan ozon dan kesan rumah hijau kerana kekurangan jumlah
pokok untuk mengembalikan kadar karbon kepada jumlah asal.

Pencemaran alam yang berlaku telah menyebabkan penyakit-penyakit baharu yang


mengancam nyawa manusia. Tambahan pula,penyakit tersebut mudah dijangkiti kepada
manusia yang antibodinya lemah seperti kanak-kanak dan warga emas kerana ianya
mengambil masa yang lama untuk sembuh. Bagi mengurangkan kejadian tersebut pihak
kerajaan perlu memainkan peranan untuk menghadkan aktiviti yang boleh mencemarkan
alam sekitar supaya perkara tersebut tidak berulang lagi dan masyarakat yang konvensional
perlu mencari jalan supaya ekosistem kembali stabil. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya
kepupusan flora dan fauna,pencemaran udara dan pencemaran sungai kerana alam sekitar
adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan manusia.

Oleh itu, bagi memupuk masyarakat beretika terhadap alam sekitar kita boleh mengadakan
aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap alam sekitar. Hal ini demikian

10
kerana,aktiviti tersebut akan meningkatkan pengetahuan,kesedaran dan penyertaan orang
ramai bagi memulihara dan memelihara alam sekitar kerana ianya adalah tanggungjawab
bersama. Jika dapat dilihat pada sudut yang berbeza, alam sekitar yang terjaga dapat
menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita
akan meningkatkan nilai tukaran wang asing,dan ini akan dapat memajukan perkembangan
ekonomi negara kita.

Akhir sekali,pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber
makanan,sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan ia turut berperanan sebagai
sumber kecantikan,keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru,semua
lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam
sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita. Seterusnya
melahirkan generasi yang menghargai alam sekitar serta bersifat progesif dalam
mengembangkan potensi diri,masyarakat,negara dan juga seluruh dunia dan mengekalkan
etika kepada generasi yang akan datang.

11
3.0 KESIMPULAN

Natijah daripada cabaran dalam membentuk masyarakat beretika membuktikan bahawa


pentingnya ia untuk dipertahankan sehingga generasi hadapan . Hal ini kerana , etika yang
telah dibentuk banyak bergantung kepada akar dan tradisi yang sudah terbina sejak ratusan
tahun yang lalu . Di samping itu , ia dapat menyedarkan masyarakat untuk memartabat dan
menghayati bahawa etika dan peradaban itu dapat membangun sebuah negara yang
progresif dan berkemajuan .

Etika politik Islam sentiasa merujuk pada ketentuan dalam Al-Quran dan hadis. Dalam Al-
Quran, banyak perisitwa dan pengajaran untuk menyeru umat Islam bagi berlaku adil dan
berbuat baik serta berlaku amanah dalam apa jua keadaan. Di samping itu, prinsip dasar
dalam etika politik dan islam adalah menjunjung tinggi nilai-nilai keadilan dan menghormati
hak asasi manusia, sehingga tercipta suatu kedamaian yang berlanjutan dibawah norma-
norma agama. Oleh itu, apabila segala kegiatan politik yang dijalankan sentiasa dituntut oleh
nilai yang berlandaskan dari Al-Quran, maka aktiviti dan proses membangunkan negara
akan mendapat keberkatan yang berlipat ganda, sekaligus terhindar dari malapetaka yang
datang dari kemungkaran yang dilakukan oleh manusia sendiri.

Pembentukkan etika dalam isu sosial oleh seseorang individu atau remaja adalah berkait
rapat dengan faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya dan situasi. Ini kerana mereka
mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang kurang matang. Ibu bapalah insan penting
yang boleh membimbing dan memberi tunjuk ajar berkaitan kelakuan yang baik dan nilai-
nilai asas yang disanjung oleh masyarakat. Ibu bapa perlu sentiasa bersedia mendengar
permasalahan anak-anak remaja dan meluangkan masa bersama supaya mereka tidak
berasa keseorangan. Ia akan membantu membentuk etika yang baik dan remaja
tersebut boleh melangkah ke alam dewasa dengan pemikiran yang matang. Ia bukan
sahaja menjadi tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat malah kerajaan juga telah
mewujudkan pelbagai program bagi membentuk remaja dan belia yang berkelakuan baik
demi masa depan negara. Antaranya ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
memberi fokus kepada perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, mempunyai daya
ketahanan diri dan memupuk perpaduan kaum supaya bersedia menempuh cabaran masa
depan yang mencabar.

12
Bukan itu sahaja, kepentingan penerapan nilai-nilai etika alam sekitar sememangnya juga
perlu diambil kira dalam konteks masyarakat di Malaysia hari ini. Banyak kerosakan telah
berlaku terhadap alam sekitar, habitat flora dan fauna. Manusia sendiri yang akan
menanggung sama ada masyarakat yang melakukan kerosakan tersebut ataupun
masyarakat lain yang menanggung kesan buruk ini. Natijahnya pasti akan kembali kepada
manusia itu sendiri. Oleh sebab itu, penerapan nilai etika ini dilihat mampu untuk menjadi
benteng dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan supaya lebih menghargai
alam sekitar sekaligus menitikberatkan alam sekitar dalam proses pembangunan yang ingin
dijalankan. Pelbagai usaha boleh dilakukan supaya pembangunan mapan dapat
dilaksanakan. Media massa pula dilihat sebagai wadah untuk menyebarkan maklumat
kepada seluruh masyarakat supaya kesedaran dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.
Hal ini disokong Jamilah Ahmad et al (2011) dengan menyatakan masalah alam sekitar
makin berleluasa dan keperluan untuk melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab
turut mendesak. Salurannya boleh disesuaikan mengikut sasaran masyarakat iaitu golongan
muda dan tua. Golongan muda mungkin boleh menggunakan media elektronik atau media
baharu. Manakala bagi sasaran golongan tua, boleh menggunakan media konvensional
atau media cetak. Namun, matlamatnya adalah satu iaitu untuk mengembalikan
keseimbangan ekologi sekaligus memelihara dan memulihara alam sekitar demi membentuk
etika dalam diri manusia.

Jika diperhatikan, sewaktu zaman Malaysia menjadi negara sedang membangun atau
negara dunia ketiga, banyak perubahan yang berlaku tidak kira sama ada dari segi
pembangunan, kemajuan teknologi, sikap manusia pada ada era globalisasi kini juga turut
berubah. Kebanyakan manusia pada zaman kini lebih bersifat materialistik iaitu lebih
mementingkan duit atau kebendaan semata-mata daripada sifat kemanusian. Nilai etika
semakin lama semakin lenyap mengikut peredaran masa semakin maju negara semakin,
semakin kurang nilai etika dalam diri masyarakat Malaysia. Hal ini kerana pada masa kini
masih meningkat kes jenayah seperti rasuah dalam politik, rompak, pembakaran hutan
secara haram dan sebagainya berlaku tanpa ada sifat kemanusiaan.

Bukan mudah untuk membina dan membangunkan Etika dan Peradaban kerana ia
merupakan suatu proses yang panjang . Pembangunan akan terus maju selaras dengan
sikap masyarakat beretika dan bermoral tinggi. Dengan menghadapi semua cabaran
tersebut , Malaysia akan dikenali dan disegani sebagai negara yang melahirkan generasi

13
yang beretika dan berkelakuan baik . Bak kata pepatah , bulat air kerana pembentung , bulat
manusia kerana muafakat .

14
4.0 PENUTUP

Sebagai menggulung segala isu yang telah dibicarakan dalam kalangan masyarakat dan
peringkat global, pelbagai pihak perlu mengambil serius tentang nilai etika dalam kehidupan
seharian . Cara yang dilakukan untuk membentuk masyarakat yang beretika perlulah lebih
efisien bagi memastikan nilai etika di negara kita semakin kukuh dan diamalkan oleh
generasi yang akan datang . Oleh sebab itu , sebagai rakyat Malaysia kita perlulah
berganding bahu dan bekerjasama untuk meningkatkan tahap etika dan peradaban dalam
diri di arus kemodenan ini . Dengan cara itu , masyarakat di Malaysia akan dipandang tinggi
dan dijadikan contoh oleh orang luar kerana mengamalkan dan mengutamakan moral serta
sikap yang mulia .

Walaubagaimanapun, nilai etika ini adalah berbeza-beza mengikut budaya, amalan dan
kepercayaan agama yang berlainan yang diamalkan dalam sesbuah masyarakat. Dengan
adanya etika, masyarakat dapat saling hormat-menghormati antara satu sama lain supaya
dapat mengeratkan hubungan dan semangat perpaduan dalam masyarakat yang berbilang
kaum, agama dan budaya. Ia juga penting dalam membentuk keperibadian individu dalam
sesbuah masyarakat dengan nilai-nilai murni seperti keadilan, bertanggungjawab dan
prihatin terhadap kebajikan masyarakat setempat.

15
5.0 RUJUKAN

M. Thahir Maloko , (Dosen Fakultas) Syariah dan Hukum UIN Alauddin Makassar

file:///C:/Users/User/Downloads/1423-Article%20Text-2943-1-10-20160928%20(1).pdf

Megat Ayop Megat Arifin1, Abd. Halim Ahmad11 (Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan
Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia), 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman

https://core.ac.uk/download/pdf/86409032.pdf

https://www.coursehero.com/file/74310975/Kepentingan-Etika-Kepimpinan-Politikdocx/

Abby Yusof, etika dan peradaban (MPU) 2021 Universiti Utara Malaysia Tentang
Kepentingan dan Cabaran Wawasan 2020

https://www.studocu.com/my/document/universiti-utara-malaysia/etika-dan-peradaban/
kepentingan-dan-cabaran-etika/21679977

Ahmad Iqbal Bin Rosli, Etika & Peradaban Mempengaruhi Peradaban dan Kesedaran
Tanggungjawab Sosial Dalam Diri Individu & Masyarakat

https://online.anyflip.com/fenni/xdau/mobile/

https://www.slideshare.net/AhmadFarouqAmir/bab-6-hubungan-etnik-integrasi-hubungan-
etnik

https://www.slideshare.net/ZAZA132/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu

https://solidaritas.my/media-sosial-wasilah-penyebaran-budaya/

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menjaga-alam-sekitar.html

Nur Nazlina Nadzari 24 November 2021, Kangar

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/individu-beretika-dapat-bina-sahsiah-yang-baik/

16
6.0 RUBRIK

17
18

Anda mungkin juga menyukai