Anda di halaman 1dari 8

Contoh Format E-Pembelajaran

Kursus : Pembelajaran Secara Kolaboratif

Pengenalan Kursus : -

Modul ini akan  menumpukan kepada pengenalan, konsep, strategi dan


pelaksanaan pembelajaran secara kolaboratif. Penekanan kepada  aspek pembelajaran secara
kolaboratif yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Kursus : -

Pada akhir kursus ini, peserta dapat:


1. Menterjemahkan konsep dan strategi pembelajaran secara kolaboratif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
2. Membangunkan kemahiran pembelajaran secara kolaboratif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
3. Membina kemahiran pembelajaran secara kolaboratif. 

Pengenalan

Salah satu kaedah pembelajaran yang memenuhi kriteria tersebut ialah kaedah penyelesaian
masalah secara kolaboratif (Gokhale,1995). Penyelesaian masalah dalam mata pelajaran
ekonomi boleh dilaksanakan secara pembelajaran kolaboratif. Prasyarat pelaksanaan
pembelajaran kolaboratif ialah kemahiran pelajar berkomunikasi secara berkesan dalam
melaksanakan aktiviti pembelajaran berkumpulan. Kaedah penyelesaian masalah memerlukan
teknik pemikiran tahap tinggi. Lester (1985) menyatakan bahawa penyelesaian masalah
mewakili satu aktiviti minda yang kompleks dan mempunyai banyak kemahiran kognitif seperti
analisis, sintesis, pemahaman dan manipulasi. Setiap kemahiran ini memerlukan pengurusan
dan koordinasi mental yang teratur. Aktiviti pembelajaran ekonomi berkumpulan ini penting
untuk menambahkan kemahiran pembelajaran pelajar dari segi pemahaman konsep ekonomi.
Kekuatan pembelajaran kolaboratif adalah memberi peluang kepada pelajar untuk berbincang,
bertukar fikiran dan menghasilkan idea baru. Proses perubahan struktur kognitif ini dikenali
sebagai akomodasi. Menurut Johnson dan Johnson (1994), prestasi pelajar ekonomi yang
mengamalkan kaedah pembelajaran penyelesaian masalah secara kolaboratif (KPM).

Konsep dan Strategi

Dalam sebuah artikelnya Ted Panitz (1996) menjelaskan bahwa pembelajaran kolaboratif
adalah suatu filsafat personal, bukan sekadar teknik pembelajaran di kelas. Menurutnya,
kolaborasi adalah filsafat interaksi dan gaya hidup yang menjadikan kerjasama sebagai suatu
struktur interaksi yang dirancang sedemikian rupa guna memudahkan usaha kolektif untuk
mencapai tujuan bersama. 
Pelaksanaan (Aplikasi dalam bilik darjah)

Kolaborasi menjadi elemen penting kepada model Komuniti Pembelajaran Profesional.


Komuniti Pembelajaran Profesional dikenalpasti oleh para sarjana masakini sebagai elemen
yang mampu mengubah tradisi pendidikan kepada meningkatkan kualiti pengajaran guru dan
prestasi pencapaian murid.
Aplikasi ICT Membantu Pelaksanaan Pembelajaran Secara Kolaboratif

Terdapat pelbagai aplikasi ICT yang dapat membantu pelaksanaan Pembelajaran Secara


Kolaboratif. E-pembelajaran adalah merupakan kaedah terbaru menggunakan teknologi yang
terkini bagi meningkatkan tahap pembelajaran. Persekitaran pembelajaran ini menggunakan
perkakasan fizikal seperti komputer peribadi, modem dan juga talian telefon. E-pembelajaran
merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik
(LAN, WAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi
melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita audio-video, interaktif TV dan CD-rom merupakan
sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan e-pembelajaran
(Kaplan-Leiserson, 2000). Kaedah ini membolehkan pelajar menggunakan e-pembelajaran
untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki (Rader dan Wilhelm, 2001). Penggunaan e-
learning memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi
penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan pembelajaran seumur hidup.
Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi penggunaan e- pembelajaran tidak
dibatasi oleh empat dinding kelas sematamata; malah penggunaannya mampu menambah nilai
pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai. Nilai-nilai
tersebut sebagaimana diberikan oleh (Oblinger, Barone dan Hawkins, 2001) iaitu “Exploration,
Experience Engagement, Empowerment, Effectiveness, Expanded dan Ease of Use.”

Rujukan :
Kaplan-Leiserson, E. (2000). E-learning glossary. Retrieved June 17, 2004 from
http://www.learningcircuits.org/glossary.html.
Rader, M., & Wilhelm,W. (2001). Needed research in business education (6th ed.). Little Rock,
AR: Deltha Pi Epsilon.
Oblinger, D. G., & Oblinger, J. L. (Eds.). (2005). Educating the Net generation. Washington, DC:
Educause. Available: http://www.educause.edu/educatingthenetgen.
Hasilkan Kuiz (Minimum 10 Soalan) dan jawapan (MCQ)
Tugasan 4

6. Rujukan

Anda mungkin juga menyukai