Anda di halaman 1dari 52

PANDUAN PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN
KELAS BERCANTUM
SEJARAH

0
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Cetakan Januari 2017


Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan
buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

i
PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK
KEGUNAAN GURU-GURU YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM.

PANDUAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS
BERCANTUM.

Cetakan Januari 2017


Kementerian Pendidikan Malaysia

ii
Isi Kandungan Muka surat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i


Notis Hak Kerajaan ii
Panduan Guru iv
1.0 Pengenalan Mata Pelajaran 1
2.0 Pemetaan Kurikulum Mata Pelajaran 3
3.0 Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum 14
3.1 Pengenalan 14
3.2 Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred 14
3.2.1 Pengajaran Secara Kelas 15
3.2.2 Pengajaran Mengikut Tahun Persekolahan 15
3.2.3 Pengajaran Secara Kumpulan 15
3.2.4 Pengajaran Individu 16
3.2.5 Pengajaran Sosial 17
3.3 Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 17
3.3.1 Ciri-ciri Pembelajaran Abad 21 18
3.3.2 Elemen-elemen Yang Terkandung Dalam
Pembelajaran Abad 21 20
3.3.3 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 21
3.4 Strategi Pelbagai Gred (Multigrade Strategy) 29
3.4.1 Pengajaran Seluruh Kelas 30
3.4.2 Pembelajaran Arah Kendiri 30
3.4.3 Peer Tutoring 31
3.4.4 Pengajaran Kumpulan 33
3.4.5 Kolaboratif dengan Pelbagai Pihak 33
4.0 Contoh Ringkasan Pengajaran Harian 35
4.1 Contoh Pengajaran Secara Kumpulan Tahun 4 dan 5 35

Glosari
Rujukan
Senarai Panel Penggubal

iii
PANDUAN GURU

PENGENALAN

Panduan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kelas bercantum ini disediakan untuk
membantu guru merancang, mengurus dan melaksanakan kelas bercantum. Panduan
ini memberi peluang kepada guru untuk mendapatkan maklumat tentang strategi dan
kaedah pengajaran pelbagai gred yang digunakan dalam kelas bercantum.

SASARAN

Guru yang melaksanakan kelas bercantum.

SUSUNAN KANDUNGAN

Panduan ini ditulis dalam susunan kandungan seperti berikut:

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan


2. Pengenalan Mata Pelajaran
3. Pemetaan Kurikulum Mata Pelajaran
4. Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum
5. Contoh Ringkasan Pengajaran Harian (RPH)

iv
1.0 Pengenalan Mata Pelajaran

Sejarah
Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II.
Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di
peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta
kemahiran sejarah.

Kurikulum Sejarah menyepadukan pengetahuan, ekmahiran, elemen


kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik
darjah. Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar
melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan
warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut dapat
membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi
nasional.

Justeru, pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat


melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan
menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang.

Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan


mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan
melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan
terutamanya dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara kronologi yang


membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan negara dan
kemakmuran Negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid
dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah menjurus


kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui
1
aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah.
Aktiviti tersebut mengaplikasikan elemen didik hibur bagi menanam minat murid
terhadap mata pelajaran Sejarah.

Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu


kesinambungan ke peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu
yang dinamik. Ini bertujuan sebagai satu usaha untuk melengkapkan murid
dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengamalan nilai
murni serta penerapan semangat jati diri sebagai warganegara Malaysia.

2
2.0 Pemetaan Kurikulum Mata Pelajaran Sejarah Tahun 4 dan 5

STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN


TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN
SEJARAH AWAL NEGARA WARISAN NEGARA
1. MARI BELAJAR 6. WARISAN NEGARA PdP
SEJARAH dilaksanakan
6.1 Institusi Raja secara
1.1 Pengertian sejarah dan 6.1.1 Menyatakan berkumpulan
kemahiran sejarah maksud raja dan
1.1.1 Menyatakan kerajaan.
pengertian sejarah dan 6.1.2 Menyatakan
sumber sejarah. konsep daulat dan
1.1.2 Mengenal pasti derhaka.
konsep masa silam 6.1.3 Menyatakan
dan ruang kedudukan raja
berdasarkan garis pada masa kini.
masa dan kronologi. 6.1.4 Menyenaraikan
1.1.3 Mengenal pasti negara-negara lain
peristiwa sejarah di Asia yang
mengikut garis masa. mengamalkan
1.1.4 Menyatakan tinggalan sistem
sejarah yang terdapat pemerintahan
di muzium dan tempat beraja pada masa
bersejarah. kini.
1.1.5 Menjelaskan sebab
dan akibat dalam K6.1.5 Menyatakan
peristiwa sejarah. kepentingan taat
1.1.6 Menyatakan setia kepada raja.
kepentingan sejarah K6.1.6 Menyatakan
dalam kehidupan. kepentingan
mempertahankan
K.1.1.7 Menyatakan institusi raja.
kepentingan K6.1.7 Menyatakan
pengurusan masa penghargaan
dalam kehidupan terhadap institusi
harian. raja.
K.1.1.8 Menyatakan
kehidupan
masyarakat masa
lalu dan
kesinambungannya
dengan masa kini.
K.1.1.9 Menjelaskan
kepentingan
menghargai warisan
bangsa bagi
melahirkan jati diri.

3
STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN
TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN
SEJARAH AWAL NEGARA WARISAN NEGARA
1. MARI BELAJAR SEJARAH 6. WARISAN NEGARA
6.2 Agama Islam
1.2 Pengertian diri dan
6.2.1 Menyatakan Islam
keluarga.
sebagai warisan
1.2.1 Menyatakan biodata
negara.
diri.
6.2.2 Menyatakan Islam
1.2.2 Mengenal pasti
sebagai agama
salasiah keluarga.
Persekutuan.
1.2.3 Menyatakan
6.2.3 Menyatakan cara
pengertian keluarga
hidup bermasyarakat
asas.
dalam Islam.
1.2.4 Mengenal pasti
6.2.4 Menyatakan kesenian
gelaran anggota
Islam di Malaysia.
keluarga.
1.2.5 Menjelaskan
perkembangan diri K6.2.5 Menyatakan peranan
dan keluarga agama Islam dalam
mengikut garis masa. membentuk
1.2.6 Menyatakan perpaduan.
peristiwa bersejarah K6.2.6 Menyatakan nilai-nilai
dalam keluarga. keagamaan yang
diamalkan bagi
membentuk
K1.2.7 Menyatakan adab masyarakat yang
yang perlu harmoni.
diamalkan dalam K6.2.7 Menyatakan kesenian
sesebuah keluarga. Islam sebagai salah
K1.2.8 Menyatakan satu warisan negara
kepentingan yang dibanggakan.
penggunaan gelaran
dalam institusi
keluarga.
K1.2.9 Menyatakan
keistimewaan
mewujudkan
keluarga asas

1. MARI BELAJAR 6. WARISAN NEGARA


SEJARAH
6.3 Bahasa Melayu
1.3 Sejarah sekolah 6.3.1 Menyatakan asal
1.3.1 Menyatakan nama usul bahasa
dan alamat sekolah Melayu.
dengan lengkap. 6.3.2 Menyatakan bahasa
1.3.2 Mengenal pasti Melayu sebagai
lokasi sekolah. lingua franca.

4
STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN
TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN
SEJARAH AWAL NEGARA WARISAN NEGARA
1.3.3 Menceritakan 6.3.3 Menyatakan
sejarah penubuhan taburan penutur
sekolah. bahasa Melayu di
1.3.4 Menyatakan cogan dunia.
kata, visi dan misi
sekolah. K6.3.4 Menyatakan
1.3.5 Menyatakan maksud bahasa Melayu
warna dan simbol sebagai warisan
pada lencana dan negara yang
bendera sekolah. dibanggakan.
1.3.6 Menyatakan struktur K6.3.5 Menyatakan
organisasi bahasa Melayu
pentadbiran sekolah. sebagai bahasa
perpaduan.
K1.3.7 Menjelaskan K6.3.6 Menyatakan
tanggungjawab diri kepentingan
sebagai warga bahasa Melayu
sekolah. sebagai bahasa
K1.3.8 Mengenal pasti ilmu.
usaha-usaha untuk
mengekalkankebersi
han dan keindahan
sekolah.
K1.3.9 Menyatakan
sekolah sebagai
sesebuah institusi
pendidikan yang
perlu dibanggakan.

1. MARI BELAJAR 7. PERJUANGAN


SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA

1.4 Kawasan tempat tinggal 7.1 Penjajahan dan Campur


murid tangan kuasa luar
1.4.1 Menyatakan alamat 7.1.1 Menyenaraikan
tempat tinggal kuasa luar yang
dengan lengkap. menjajah dan
1.4.2 Menyatakan lokasi campur tangan di
tempat tinggal. negara kita.
1.4.3 Menyatakan sejarah 7.1.2 Menyatakan negeri-
tempat tinggal. negeri yang berada
1.4.4 Menyatakan bentuk di bawah penjajahan
muka bumi kawasan dan campur tangan
tempat tinggal. British.
1.4.5 Menyatakan 7.1.3 Menyatakan
keistimewaan penjajahan dan

5
STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN
TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN
SEJARAH AWAL NEGARA WARISAN NEGARA
kawasan setempat. campur tangan
1.4.6 Menjelaskan tokoh British dalam
kebanggaan pentadbiran dan
setempat. ekonomi.
7.1.4 Menyatakan kesan
K1.4.7 Menyatakan penjajahan dan
tanggungjawab campur tangan
menjaga British terhadap
kemudahan awam di pentadbiran dan
kawasan setempat. sosioekonomi.
K1.4.8 Menyatakan
kepentingan K7.1.5 Menyatakan
mengindahkan kepentingan
persekitaran tempat memelihara
tinggal. kedaulatan dan
K1.4.9 Menyatakan sejarah kemakmuran negara
tempat tinggal kita.
sebagai perkara K7.1.6 Memanfaatkan
yang perlu dihargai. kekayaan sumber
alam untuk
kemajuan negara
kita.
K7.1.7 Menyatakan
semangat kekitaan
dan kebersamaan
dalam membentuk
negara yang aman
dan makmur

2. ZAMAN AIR BATU 7. PERJUANGAN


KEMERDEKAAN NEGARA
2.1 Zaman Air Batu
2.1.1 Menyatakan maksud 7.2 Perjuangan Tokoh
Zaman Air Batu. Tempatan Menentang
2.1.2 Menyatakan British
perubahan yang 7.2.1 Menyenaraikan
berlaku pada Zaman tokoh-tokoh tempatan
Air Batu. yang menentang
2.1.3 Menamakan benua penjajahan British.
dan lautan di dunia 7.2.2 Menyatakan peristiwa
selepas pencairan air penentangan tokoh
batu. tempatan terhadap
British.
K2.1.4 Menyatakan 7.2.3 Menyatakan sebab
keperluan penentangan tokoh
menghargai alam tempatan terhadap

6
STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN
TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN
SEJARAH AWAL NEGARA WARISAN NEGARA
sekitar. British.
K2.1.5 Menyatakan sikap
yang perlu diamalkan K7.2.4 Menyatakan iktibar
dalam menjaga alam yang diperoleh
sekitar. daripada perjuangan
K2.1.6 Menyatakan tokoh terdahulu.
kepentingan K7.2.5 Menyatakan rasa
menghargai masa bangga terhadap
yang mempengaruhi perjuangan pemimpin
kehidupan harian. terdahulu.
K7.2.6 Menyatakan
kepentingan
mempertahankan
kedaulatan negara.

7. PERJUANGAN
3. ZAMAN PRASEJARAH
KEMERDEKAAN NEGARA
3.1 Zaman Prasejarah
3.1.1 Menyatakan maksud 7.3 Sejarah Kemerdekaan
1957
prasejarah.
7.3.1 Menyatakan
3.1.2 Menyatakan lokasi
peristiwa ke arah
prasejarah.
perjuangan
3.1.3 Menyatakan
kemerdekaan.
kegiatan masyarakat
7.3.2 Menamakan tokoh-
prasejarah.
tokoh yang
3.1.4 Mengenal pasti
berjuang ke arah
alatan dan
kemerdekaan.
kegunaannya dalam
7.3.3 Menyatakan
masyarakat
rundingan bagi
prasejarah.
mendapatkan
3.1.5 Menyatakan
kemerdekaan.
kepercayaan
7.3.4 Menyatakan detik-
manusia prasejarah.
detik
pengisytiharan
K3.1.6 Menyatakan
kemerdekaan.
kepentingan
menghargai
K 7.3.5 Menyatakan
tinggalan sejarah.
pengorbanan
K3.1.7 Menyatakan
tokoh-tokoh
persediaan untuk
pejuang
menghadapi
kemerdekaan
perubahan
yang boleh
persekitaran.
dicontohi.
K3.1.8 Menyatakan sikap
K 7.3. Menyatakan
manusia prasejarah
kepentingan
yang perlu dicontohi.
permuafakatan

7
STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN
TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN
SEJARAH AWAL NEGARA WARISAN NEGARA
dalam perjuangan
menuntut
kemerdekaan.
K7. 3. Menyatakan
kepentingan
mempertahankan
kedaulatan
negara.

4. KERAJAAN-KERAJAAN 8 YANG DI-PERTUAN


MELAYU AWAL AGONG
4.1 Kedudukan kerajaan- 8.1 Institusi Yang di-Pertuan
kerajaan Melayu Awal Agong
4.1.1 Menamakan 8.1.1 Menyatakan Yang
kerajaan-kerajaan di-Pertuan Agong
Melayu awal. sebagai institusi
4.1.2 Mengenal pasti lokasi ketua negara
kerajaan-kerajaan Malaysia.
Melayu pada peta 8.1.2 Menyatakan cara
Malaysia. pelantikan Yang di-
4.1.3 Menamakan laut, Pertuan Agong.
selat, teluk dan pulau 8.1.3 Menyenaraikan
pada peta di sekitar bidang kuasa Yang
Kerajaan Melayu di-Pertuan Agong.
awal. 8.1.4 Menyatakan alat-alat
4.1.4 Menyatakan aktiviti kebesaran Yang di-
berasaskan laut Pertuan Agong dan
dalam kerajaan- Permaisuri Agong.
kerajaan Melayu.
K8.1.5 Menyatakan
K4.1.5 Menyatakan kepentingan
keistimewaan menghargai Yang
kerajaan-kerajaan di-Pertuan Agong
Melayu awal. sebagai lambang
K4.1.6 Menyatakan perpaduan.
keperluan menjaga K8.1.6 Menjelaskan
kebersihan pesisiran keunikan institusi
pantai. Yang di-Pertuan
K4.1.7 Menyatakan Agong dalam
kepentingan sistem
menghargai pemerintahan di
kemakmuran negara. Malaysia.
K8.1.7 Menyatakan
kepentingan
menghormati

8
STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN
TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN
SEJARAH AWAL NEGARA WARISAN NEGARA
pemimpin negara.

5. TOKOH TERBILANG 9 IDENTITI NEGARA KITA


KESULTANAN MELAYU
MELAKA
9.1 Jata Negara
5.1 Tokoh-tokoh terbilang 9.1.1 Menyenaraikan
Kesultanan Melayu lambang pada Jata
Melaka Negara.
5.1.1 Menyatakan 9.1.2 Menyatakan makna
maksud tokoh lambang-lambang
terbilang. pada Jata Negara.
5.1.2 Menjelaskan 9.1.3 Menyatakan cogan
kedudukan tokoh- kata yang terdapat
tokoh terbilang pada Jata Negara.
dalam masyarakat
Melayu lama. K9.1.4 Menyatakan
5.1.3 Menyatakan kepentingan
peranan jawatan menghormati Jata
tokoh terbilang Negara.
dalam K9.1.5 Menyatakan Jata
membangunkan Negara sebagai
Kesultanan Melayu lambang perpaduan.
Melaka. K9.1.6 Menyatakan
kepentingan
K5.1.4 Menyatakan menghayati dan
keistimewaan mengamalkan cogan
tokoh-tokoh kata Jata Negara.
terbilang
Kesultanan Melayu
Melaka dalam
pembentukan
sahsiah individu.
K5.1.5 Menjelaskan
tentang nilai-nilai
murni masyarakat
dahulu yang dapat
dicontohi.
K5.1.6 Menyatakan
kepentingan
menghargai tokoh-
tokoh terbilang
Kesultanan Melayu
Melaka dalam
masyarakat.

9
STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN
TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN
SEJARAH AWAL NEGARA WARISAN NEGARA
5. TOKOH TERBILANG 9 IDENTITI NEGARA KITA
KESULTANAN MELAYU
MELAKA 9.2 Bendera Kebangsaan
9.2.1 Menyatakan nama
5.2 Parameswara sebagai bendera
pengasas Kesultanan kebangsaan.
Melayu Melaka 9.2.2 Menyatakan sejarah
5.2.1 Menyatakan latar penciptaan bendera
belakang kebangsaan.
Parameswara 9.2.3 Menyatakan makna
sebagai pengasas warna dan lambang
Melaka. pada bendera
5.2.2 Menjelaskan kebangsaan.
rentetan peristiwa 9.2.4 Menyatakan etika
perjalanan menaikkan bendera
Parameswara dari kebangsaan.
Palembang ke 9.2.5 Mengenal bendera
Melaka. kebangsaan
5.2.3 Menyatakan negara-negara di
peristiwa Asia Tenggara.
pembukaan
Melaka. K9.2.6 Menyatakan tujuan
5.2.4 Menyatakan asal bendera
usul nama Melaka kebangsaan
berdasarkan dikibarkan.
pelbagai sumber. K9.2.7 Menjelaskan
kepentingan
K5.1.5 Menyatakan sifat- menghormati
sifat kepimpinan bendera
tokoh yang boleh kebangsaan.
dicontohi. K9.2.8 Menyatakan
K5.2.6 Menyatakan bendera
kepentingan kebangsaan
menghargai sebagai simbol
sumbangan perpaduan.
seseorang
pemimpin yang
dihormati dalam
masyarakat.
K5.2.7 Menjelaskan
kewujudan
Kesultanan Melayu
Melaka sebagai
warisan yang
dibanggakan.

10
STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN
TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN
SEJARAH AWAL NEGARA WARISAN NEGARA
5. TOKOH TERBILANG 9. IDENTITI NEGARA KITA
KESULTANAN MELAYU
MELAKA 9.3 Lagu Kebangsaan
9.3.1 Menyatakan nama
5.3 Tun Perak sebagai lagu kebangsaan
Bendahara Melaka Malaysia.
5.3.1 Menyatakan riwayat 9.3.2 Menyatakan sejarah
hidup Tun Perak. penciptaan lagu
5.3.2 Menyenaraikan kebangsaan
Sultan Melaka Malaysia.
semasa Tun Perak 9.3.3 Menyatakan lirik
menjadi Bendahara. dan maksud lagu
5.3.3 Menyatakan Negaraku.
kebijaksanaan Tun 9.3.4 Menyatakan etika
Perak dalam menyanyikan lagu
menangkis kebangsaan.
serangan Siam di 9.3.5 Menyatakan
Melaka. kepentingan lagu
5.3.4 Menyatakan kebangsaan.
peranan Tun Perak
dalam membina K9.3.6 Menyatakan
kegemilangan peranan lagu
Kesultanan Melayu kebangsaan dalam
Melaka. membentuk jati diri.
K9.3.7 Menjelaskan
K5.3.5 Menyatakan sifat- kepentingan
sifat kepimpinan menyanyikan lagu
tokoh yang boleh kebangsaan
dijadikan contoh. dengan
K5.3.6 bersemangat.
Menghubungkaitkan
K9.3.8 Menyatakan lagu
kebijaksanaan tokoh
kebangsaan
dalam membentuk
sahsiah individu. sebagai simbol
K5.3.7 Menyatakan perpaduan.
kepentingan nilai
ketaatan dan
kesetiaan kepada
pemimpin.

5. TOKOH TERBILANG 9. IDENTITI NEGARA KITA


KESULTANAN MELAYU
MELAKA
9.4 Bahasa Kebangsaan
5.4 Hang Tuah sebagai 9.4.1 Menyatakan
Laksamana Melaka kedudukan bahasa

11
STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN
TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN
SEJARAH AWAL NEGARA WARISAN NEGARA
5.4.1 Menyatakan riwayat Melayu dalam
hidup Hang Tuah. perlembagaan.
5.4.2 Menyatakan 9.4.2 Menyatakan
peranan Hang Tuah peranan bahasa
sebagai laksamana. kebangsaan
5.4.3 Menjelaskan 9.4.3 Menyatakan usaha
peristiwa memartabatkan
pertarungan antara bahasa Melayu
Hang Tuah dengan sebagai bahasa
Hang Jebat dalam kebangsaan.
Hikayat Hang Tuah.
K9.4.4 Menyatakan
K5.4.4 Menyenaraikan kepentingan
sifat-sifat kesetiaan memperkasa
tokoh kepada intitusi bahasa kebangsaan
beraja. sebagai alat
K5.4.5 Menyatakan perpaduan.
kebijaksanaan tokoh K9.4.5 Menyatakan rasa
dalam bangga
menyelesaikan menggunakan
sesuatu masalah. bahasa Melayu
K5.4.6 Menyatakan dalam pertuturan
tanggungjawab dan penulisan.
rakyat dalam K9.4.6 Menjelaskan nilai
mempertahankan yang diperoleh
kedaulatan negara. melalui lirik lagu
Bahasa Jiwa
Bangsa.

9. IDENTITI NEGARA KITA

9.5 Bunga Kebangsaan


9.5.1 Menyatakan nama
bunga kebangsaan
negara kita.
9.5.2 Menyatakan makna
warna merah pada
bunga kebangsaan.
9.5.3 Menjelaskan kaitan
bilangan kelopak
bunga kebangsaan
dengan prinsip-
prinsip Rukun
Negara.
9.5.4 Mengenal pasti
bunga kebangsaan

12
STANDARD KANDUNGAN/STANDARD PEMBELAJARAN
TAHUN 4 TAHUN 5 CATATAN
SEJARAH AWAL NEGARA WARISAN NEGARA
negara di Asia
Tenggara.

K9.5.5 Menyatakan
keistimewaan bunga
raya sebagai bunga
kebangsaan.
K9.5.6 Menjelaskan
kepentingan bunga
kebangsaan
sebagai lambang
perpaduan.
K9.5.7 Menyatakan
kebanggaan bunga
kebangsaan
dijadikan lambang
dalam pelbagai
urusan.

13
3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM
3.1 Pengenalan
Kelas bercantum mempunyai bilangan murid yang kecil dan terdiri
daripada murid daripada tahun persekolahan yang berbeza. Proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bercantum perlu mengambil
kira keperluan murid yang berbeza daripada aspek kebolehan, minat dan
tahap pemikiran. Sehubungan dengan itu kaedah pengajaran pelbagai
gred digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum.
Umumnya, pengajaran dan pembelajaran yang biasa dilaksanakan dalam
pengajaran pelbagai gred adalah Pengajaran Kelas, Pengajaran
Kumpulan dan Pengajaran Individu. Strategi pengajaran dan
pembelajaran seperti penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan dan
pengayaan perlu diubahsuai berdasarkan keperluan murid yang pelbagai.

Murid dalam kelas bercantum mempunyai unsur-unsur kepelbagaian


yang perlu diambilkira oleh guru ketika merancang proses pengajaran.
Unsur-unsur kepelbagaian mereka adalah seperti berikut:

i. Umur
ii. Kebolehan
iii. Tahap perkembangan
iv. Latar belakang
v. Pengalaman
vi. Motivasi
vii. Minat

3.2 Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred


Pengajaran pelbagai gred digunakan dalam kelas bercantum untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berikut
adalah lima jenis pengajaran pelbagai gred yang digunakan dalam kelas
bercantum:

14
3.2.1 Pengajaran Secara Kelas
Guru menyampaikan pelajaran kepada semua murid yang berada dalam
bilik darjah kelas bercantum pada masa yang sama. Walau
bagaimanapun, pengajaran secara kelas ini hanya sesuai dilaksanakan
untuk mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni
dan Moral kerana guru boleh menyampaikan maklumat am kepada murid.

3.2.2 Pengajaran Mengikut Tahun Persekolahan


Kaedah ini dijalankan dalam situasi guru mengajar murid dalam kumpulan
berasingan mengikut umur tertentu dalam sesuatu waktu. Guru akan
mengajar satu kumpulan murid secara kelas dan dalam waktu yang sama
murid daripada tahun persekolahan yang lain akan membuat kerja secara
individu. Kaedah ini disebut Kaedah Mengikut Tahun Persekolahan
dengan tujuan membezakannya dengan kaedah kumpulan kebolehan
yang terdapat dalam kelas biasa.

Kaedah ini boleh digunakan apabila terdapat peringkat kebolehan murid


mengikut tahun persekolahan sangat berbeza daripada aspek kemahiran
dan pengetahuan di dalam sesuatu bidang tertentu. Contohnya, bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu, kemahiran membaca bagi sebuah kelas
bercantum Tahun 2 dan Tahun 3, guru akan melaksanakan aktiviti
bacaan dengan murid Tahun 2 dan kemudian, manakala murid Tahun 3
diberi buku atau teks untuk pembacaan di ruang pembacaan senyap.
Kemudian guru akan beralih kepada Tahun 3 untuk melaksanakan aktiviti
bacaan. Semasa melaksanakan kaedah ini, guru digalakkan mengadakan
aktiviti-aktiviti kumpulan.

3.2.3 Pengajaran Secara Kumpulan


Kaedah ini bermaksud guru membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan dan menyampaikan pengajarann kepada kumpulan murid
tertentu dalam satu-satu masa. Setelah guru selesai membimbing satu
kumpulan, guru akan berpindah dan membimbing kumpulan yang lain;
dan seterusnya bergilir-gilir sehingga merangkumi semua kumpulan
murid.
15
Terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membentuk kumpulan :

(a) Kumpulan Mengikut Kebolehan Yang Sama

Murid yang lebih kurang sama tahap kebolehan diletakkan dalam satu
kumpulan . Kumpulan seperti ini sesuai untuk beberapa aktiviti dalam
kemahiran asas, aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik.


Kaedah ini amat sesuai digunakan untuk mata pelajaran seperti
Matematik, Sains dan bahasa. Guru akan memerhati dan mencatat
pencapaian murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan
kemudian secara sistematik akan membahagikan murid pada kumpulan-
kumpulan tertentu berdasarkan kebolehan mereka. Guru perlu lebih
menitikberatkan keperluan murid daripada kumpulan yang lemah.

(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Murid daripada pelbagai kebolehan dan kecenderungan akan diletakkan


dalam satu kumpulan. Contohnya, ahli kumpulan yang terdiri daripada
murid yang pandai membaca, melukis dan merekacipta. Biasanya
kumpulan seperti ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh
itu kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan
projek yang berjaya. Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan
murid.

3.2.4 Pengajaran Individu


Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan
untuk membimbing secara individu. Kaedah individu ini bermaksud
pengajaran guru adalah dikhususkan kepada seseorang murid yang
tertentu dengan bahan bantu mengajar atau lembaran kerja khas untuk
murid berkenaan sahaja. Kaedah ini bertujuan untuk mengembangkan
secara optima potensi dan kebolehan murid itu, dan dalam situasi kelas

16
bercantum dimana bilangan muridnya yang bersaiz kecil, kaedah ini
merupakan kaedah paling efektif.

3.2.5 Pengajaran Sosial


Kumpulan ini berbeza dengan kumpulan yang dibentuk berdasarkan
aktiviti dan kumpulan pelbagai kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk
berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri dimana kanak-
kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri
berdasarkan minat dan kecenderungan murid berkenaan serta dikelilingi
oleh rakan-rakan yang disenangi murid itu. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat
biasanya termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran
bercorak rekreasi; juga ata pelajaran yang menekankan kemahiran
psikomotor.

3.3 Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21


Pengajaran bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan
pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada murid. Ia merupakan satu
proses yang bermula daripada persediaan untuk mengajar, melakukan
pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan
tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu.
Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk
membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembelajaran
ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan
tingkah laku yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh
berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Proses pembelajaran
yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku.

Pelbagai kaedah pengajaran yang telah digunakan oleh guru sejak


berkurun lamanya. Ini dilakukan untuk memastikan supaya murid
mendapat pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Kaedah
pengajaran yang sering diperkatakan masa kini adalah pembelajaran
abad 21 seiring dengan arus pembangunan. Kementerian Pelajaran
Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad 21 secara rintis

17
pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan ke seluruh negara mulai
tahun 2015 selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Terdapat perbezaan
antara pembelajaran konvensional dan pembelajaran abad 21 iaitu:

Pembelajaran Konvensional Pembelajaran Abad Ke-21


Dipimpin oleh guru Berasaskan murid
Pembelajaran langsung Pembelajaran koperatif
Menekankan pengetahuan, Menekankan kemahiran,
kandungan dan kemahiran proses dan pemikiran aras
asas. tinggi
Berfokuskan teori Berfokuskan praktikal
Menekankan Kurikulum Menekankan kemahiran
Aktiviti Individu hidup
Aktiviti berkumpulan
Merangkumi dalam bilik
darjah Melibatkan komuniti
Pentaksiran sumatif Pentaksiran formatif
Belajar untuk sekolah Belajar untuk kehidupan

3.3.1 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad 21


Pengajaran dan pembelajaran abad 21 turut menekankan 4 ciri iaitu:
(a) Komunikasi (Communication)
(b) Pemikiran kritis (Critical Thinking)
(c) Kolaborasi (Collaboration)
(d) Kreativiti (Creativity)

18
(a) Komunikasi

Murid digalakkan untuk memahami, mengelola dan menghasilkan satu


komunikasi yang efektif dalam pelbagai bentuk sama ada secara lisan
atau tulisan. Murid akan diberi peluang untuk menggunakan kemahiran
komunikasi ketika mengutarakan pendapat mereka sama ada dalam
aktiviti berkumpulan atau pun ketika bersama guru.

(b) Kolaborasi
Murid akan diberi peluang untuk menunjukkan kemampuannya dalam
aktiviti berkumpulan, bakat kepimpinan, memainkan pelbagai peranan,
memikul tanggungjawab, menghormati pendapat orang lain, bertoleransi
dan berempati dengan orang lain.

(c) Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah


Murid dididik untuk berusaha menganalisa, menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan.

(d) Kreativiti dan inovasi


Murid digalakkan untuk mencuba menghasilkan sesuatu yang baharu
atau membuat inovasi.

19
Secara rumusannya, murid kini perlu didedahkan dengan pelbagai situasi
yang menuntut mereka untuk menyelesaikan pelbagai pemasalahan
supaya mereka boleh menjadi modal insan yang kritis, berdaya saing dan
mampu berhadapan dengan cabaran globalisasi. Mereka juga perlu bijak
berkomunikasi dan bekerja dengan orang lain terutama ketika mereka
berada di dalam alam pekerjaan. Oleh itu, sistem pendidikan negara
perlu menyediakan murid dengan ilmu dan kemahiran ini bersesuaian
dengan kehendak semasa.

3.3.2 Elemen-Elemen Yang Terkandung Dalam Pembelajaran Abad 21


Berikut adalah gambarajah yang menyenaraikan elemen-elemen yang
terkandung dalam pembelajaran abad 21.

Ciri-ciri murid yang diharapkan hasil daripada pembelajaran abad 21


ialah:
bijak menyoal
berupaya membuat hubung kait
yakin berkomunikasi

20
mengambil risiko
ingin tahu
menjana idea
fleksibel
mendengar dan membuat refleksi
mampu bekerja dengan orang lain
mampu berfikir sendiri
menguasai kemahiran literasi
berani mencuba

3.3.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad 21.

Strategi kolaboratif dan kooperatif


Strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan murid bekerjasama dalam
kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan
berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara beerstuktur.

Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu


murid berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau
mendapatkan satu hasil akhir (end product) yang ada kaitan dengan isi
kandungan mata pelajaran. Pendekatan berstruktur dalam pembelajaran
koperatif melibatkan proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan
struktur dan tidak terikat kepada isi kandungan pelajaran.

Ciri-ciri pembelajaran koperatif


Ganjaran kumpulan: ganjaran kumpulan menjadikan murid lebih
bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan
Tanggungjawab individu: mendorong murid membimbing rakan-rakan
sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran
Peranan ahli
Interaksi
Kemahiran berkumpulan-menguruskan sebarang konflik yang timbul di
dalam kumpulan

21
Pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu strategi yang melibatkan satu
kumpulan murid yang bekerja bersama untuk mencapai hasil pembelajaran
secara bersama. Dalam pembelajaran kolaboratif terdapat tiga cara iaitu
kolaboratif guru-murid, kolaboratif murid, dan kolaboratif melalui ICT. Dalam
Pembelajaran Abad 21, pembelajaran kolaboratif penting kerana ia merupakan
satu proses yang mencabar murid berfikir, menyelesaikan masalah, mepunyai
tujuan yang sama untuk mencapai keputusan.

Pembelajaran
kolaboratif

Kolaboratif kolaboratif
murid-murid melalui ICT

Berkongsi membuat Perkongsian


pendapat keputusan maklumat

Ciri ciri pembelajaran kolaboratif


Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan murid-
contoh maklumat hasil carian internet
Perkongsian kuasa antara guru dan murid penurunan kuasa kepada
murid menentukan objektif sesuatu tugasan, menggunakan kreativiti
mereka menyiapkan tugasan, contohnya pengurusan grafik
Guru sebagai mediator- membantu murid mengaitkan maklumat baru
yang diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan
pemindahan kepada situasi baru

22
Tambahan pula, pembelajaran ini berpotensi memenuhi gaya pembelajaran
murid, dan murid dapat mempelajari kemahiran interpersonal. Selain itu
pembelajaran ini menuju kepada perubahan dan murid bertoleransi sesama
sendiri (Watson & Battistich 2006). Dalam kelas bercantum, kaedah
pembelajaran ini boleh digunakan dalam menjalankan aktiviti kumpulan secara
bersama-sama oleh murid. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
mengikut kebolehan mereka. Elemen yang perlu di beri perhatian ialah minat,
kebolehan dan umur mereka. Bagi murid yang mempunyai aras yang lebih
tinggi, isu yang lebih kompleks boleh dikemukakan di mana ahli-ahli kumpulan
akan berusaha untuk mencari penyelesaian yang sesuai.

Contoh pembelajaran kolaboratif dan kooperatif yang boleh digunakan dalam


kelas bercantum adalah jigsaw, gallery walk, perbincangan kumpulan, projek.
Contoh: Jigsaw Model.

Murid di bahagikan kepada kumpulan. Setiap murid akan belajar satu topik atau
kemahiran. Selepas itu kumpulan itu dibahagikan kepada kumpulan baru supaya
setiap kumpulan mempunyai wakil yang boleh mengajar satu topik atau
kemahiran. Kaedah ini sangat efektif untuk pembentangan isi kandungan .
Murid dapat mengajar murid yang lain dan pada masa yang sama dapat
memupuk sifat kepimpinan. Semasa pembelajaran ini berlaku, guru berpeluang
mengajar kumpulan yang lain.

Pembelajaran kontekstual
Pengajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan
ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat
dan dunia pekerjaan. Pembelajaran kontekstual melibatkan murid sepenuhnya
dalam proses pembelajaran. Pembelajaran ini menekankan proses penglibatan
murid untuk mencari bahan-bahan yang mereka belajar dan kaitkan dengan
kehidupan sebenarnya. Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan
pengalaman guru untuk memberi kefahaman kepada murid kerana proses
pengajaran dan pembelajaran itu sendiri melibatkan murid, pengajar dan bahan
pengajaran. Pembelajaran kontekstual ini bukan sekadar mendengar dan
mengambil nota tetapi murid mengalami proses pembelajaran secara langsung,
23
iaitu menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, proses interaksi
antara murid dengan murid yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di
dalam kelas sebagai simulasi kepada kehidupan harian mereka.

Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan


kepada murid. Guru dikehendaki melibatkan murid secara aktif dan menemui
idea dan fakta. Ini akan menjadikan murid dapat melibatkan diri secara
menyeluruh dalam aktiviti dan membentangkan hasil kerja mereka.

Contohnya: Pembelajaran eksperiential, pengalaman hidup sebenar, dan


pembelajaran aktiviti. Kaedah yang boleh digunakan ialah simulasi, main
peranan, kajian kes dan problem based learning

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)


Pembelajaran Berasaskan Masalah ialah satu strategi yang berpusatkan murid.
Murid dikehendaki belajar tentang sesuatu mata pelajaran dengan
menggunakan pengalaman untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Murid akan
menguasai kemahiran berfikir dan juga pengetahuan tentang mata pelajaran
tersebut. Kaedah ini bermatlamat untuk menolong murid mengembangkan
pengetahuan mereka, menyelesaikan masalah dengan efektif, pembelajaran
kendiri, kemahiran kolaboratif dan meningkatkan motivasi intrinsik.

Dalam kumpulan, murid mengenalpasti apa yang mereka tahu, apa yang perlu
mereka tahu, bagaimana dan cara mengakses informasi baru untuk
menyelesaikan masalah. Guru berperanan sebagai fasilitator dengan memberi
sokongan, bimbingan dan memantau proses pembelajaran.

24
Masalah

Aplikasikan Apa murid


pengetahuan tidak tahu

Belajar apa
yang tidak tahu

Kitaran Pembelajaran Berasaskan Masalah

Contoh:
1) Murid di beri satu masalah untuk berbincang dalam kumpulan. Di sini
murid akan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka.
2) Dalam kumpulan, murid akan mengembangkan teori atau hipotesis
untuk menerangkan masalah. Pada masa ini murid akan mengenal
pasti isu pembelajaran. Fasilitator memberi bimbingan supaya murid
dapat membina pengetahuan semasa menyelesaikan masalah.
3) Pembelajaran kendiri akan berlaku dalam proses ini di mana murid
terus mencari isu dalam masalah yang diberi.
4) Murid akan membentuk kumpulan dan membincang dapatan mereka
berdasarkan apa yang mereka pelajari.

Dalam proses pembelajaran, maklumbalas dan refleksi akan berlaku. Murid aktif
dalam membina pengetahuan baru. Kekuatan PBL adalah proses pembelajaran
ini membina satu keyakinan dalam murid berdasarkan pengalaman dan interaksi
dengan persekitaran mereka, seterusnya menyediakan mereka untuk
menghadapi masalah dan cabaran yang sebenar berlaku dalam dunia.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)


Pembelajaran Berasaskan Projek adalah kaedah pengajaran abad 21 yang
sangat komprehensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam ciri abad
21. Ia merupakan satu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam

25
bentuk projek sebagai cara murid memeperoleh ilmu. Kaedah ini adalah
berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan
melibatkan kemahiran serta kecerdasan pelbagai. Kaedah ini memerlukan
murid untuk berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar selain
menekankan pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan oleh murid.

Proses pembelajaran menggunakan kaedah ini bermula dengan soalan-soalan


berpandu, pemahaman konsep dan prinsip terus pelajaran. Ini akan memberi
peluang kepada murid untuk memahami sesuatu perkara dengan mendalam.
Murid biasanya diberi kebebasan untuk memilih tema bagi projeknya
berdasarkan kepada senarai tema yang disediakan. Kemudian murid akan
mengumpul segala maklumat dan bahan yang berkaitan dengan projek tersebut.
Oleh itu murid perlu menjangkau bidang yang pelbagai dan luas. Dengan cara
ini projek dapat meluaskan skop pemikiran murid dan memberi mereka peluang
untuk memperoleh pengalaman yang lebih luas. Pembelajaran menggunakan
kaedah ini selalunya dicirikan dengan penghasilan satu produk pada akhir
pembelajaran. Murid juga boleh menunjukkan apa yang telah dipelajari dalam
bentuk demonstrasi dan persembahan.

Terrdapat persamaaan di antara kaedah Pengajaran Berasaskan Masalah


(PBM) dan Pengajaran Berasaskan Projek (PBP) di mana kedua-duanya
menggunakan kaedah inkuiri yang membentuk soalan dan masalah untuk
diselesaikan. Namun begitu terdapat perbezaan di antara keduanya. PBP
menilai murid melalui penghasilan produk atau pembentangan murid terhadap
pemasalahan yang dipilih. Manakala PBM melihat kepada jawapan atau
penyelesaian masalah. Dalam PBM guru akan terus memberikan masalah
kepada murid untuk diselesaikan manakala PBP memberi ruang kepada murid
untuk memilih tema atau isu yang ingin mereka selesaikan.

Flipped classroom
Flipped classroom adalah satu strategi pengajaran yang berbeza dengan
kaedah tradisional yang sering guru laksanakan. Flipped classroom
menyampaikan isi kandungan pengajaran di luar bilik darjah contoh melalui
talian, penggunaan video, audio, perisian multimedia dan apa jua jenis bahan
26
yang memanfaatkan murid. Kaedah ini adalah fleksibel dan boleh diguna dalam
pelbagai disiplin dan peringkat pendidikan. Pada peringkat sekolah , kaedah ini
tidak terhad kepada murid biasa. Siegle (2013) telah membuktikan kaedah
flipped classroom sesuai dilaksanakan terhadap murid yang istimewa dan murid
yang berbakat. Bagi murid yang pada tahap rendah kaedah flipped classroom
membantu meningkatkan motivasi dan minat murid seperti pemulihan.
Sebaliknya, bagi murid yang mempunyai kecerdasan tinggi, kaedah flipped
classroom bertindak sebagai proses pengayaan.

Dalam pembelajaran menggunakan flipped classroom, guru menyediakan


bahan-bahan bacaan seperti buku, nota, video tape pengajaran dan juga laman
web yang berkenaan dengan topik yang hendak diajar. Sebelum pengajaran
topik itu, murid akan membaca atau mengakses bahan tersebut di rumah. Ia
adalah satu persediaan yang rapi dan baik kerana murid dapat mengakses
bahan-bahan pelajaran di rumah mengikut tahap mereka. Sebagai contoh, murid
pada tahap yang rendah boleh melihat bahan-bahan pelajaran beberapa kali
dan murid pada tahap yang tinggi akan lebih bermotivasi untuk mencari lebih
maklumat tentang topik yang berkenaan. Apabila murid menghadiri kelas, guru
telah menyediakan pelbagai aktiviti kumpulan di dalam kelas. Aktiviti kumpulan
adalah berkenaan dengan bahan yang mereka telah baca.

Cadangan ialah guru boleh menyediakan stesen pembelajaran, demonstrasi,


aktiviti makmal, kerja berkumpulan dengan bimbingan.

27
Ciri-ciri flipped classroom
Pembelajaran aktif: Murid melalui satu proses pembelajaran yang aktif di
mana murid menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Pembelajaran arah-kendiri: Murid merujuk kepada bahan pengajaran
yang lalu dan kaitkan dengan pengetahuan yang baru.
Pelbagai gaya pembelajaran: Flipped classroom dapat memenuhi gaya
pembelajaran murid, iaitu pengajaran dan pembelajaran adalah dalam
berbagai bentuk dan murid melibatkan diri dalam aktiviti.
Pelbagai instruction: Murid belajar mengikut tahap kebolehan.
Interaksi sosial: Interaksi sosial dipertingkatkan melalui aktiviti kolaboratif
di dalam kalangan murid dengan murid dan murid dengan guru. Interaksi
dengan guru adalah lebih bermakna.
Penyediaan abad 21: Menggunakan teknologi untuk tujuan pendidikan,
iaitu mengembangkan kemahiran teknologi supaya murid dapat
menggunakan teknologi dan sumber untuk menambah pengetahuan
mereka.

28
3.4 Strategi Pelbagai Gred (Multigrade Strategy)
Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum, guru mesti
mengenal murid dari segi aras kebolehan murid, kematangan, umur, dan minat.
Guru yang mengajar kepelbagaian aras dalam kelas bercantum harus
mengetahui beberapa aspek supaya guru dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif. Aspek-aspek tersebut akan dibincangkan di bawah.

Kumpulan strategik
Bahagikan murid kepada kumpulan pelbagai aras. Dengan pembentukkan
kumpulan pelbagai aras, murid digalakkan bergaul dan berinteraksi dalam
tugasan mereka. Contohnya, guru boleh memberi murid yang beraras rendah
aktiviti membaca, beraras tinggi pula aktiviti menulis dan aktiviti yang lain
bersesuaian dengan tahap murid.

Penyediaan sumber/bahan pengajaran dan pembelajaran


Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai jenis dan
harus memberi cabaran kepada pembelajaran murid yang pelbagai aras.
Contohnya, lembaran kerja yang pelbagai jenis untuk digunakan dalam
kumpulan pelbagai aras. Lembaran kerja adalah berbentuk tugasan
berkumpulan, tugasan dengan bimbingan guru, tugasan individu dan tugasan
bimbingan rakan sebaya.

Pembelajaran kendiri
Dalam menjalankan aktiviti kumpulan, pada masa yang sama murid juga diberi
peluang untuk membuat pembelajaran kendiri. Pembelajaran kendiri ini akan
menolong murid dalam mencapai objektif pembelajaran.

Meluangkan masa untuk murid berkeperluan khas.


Guru harus memastikan murid yang berkeperluan khas, bermasalah
pembelajaran, boleh mencapai kejayaan seperti murid lain. Memberi tugasan
yang khas dan memberi lebih perhatian individu kepada murid yang berkenaan.
Perhatian individu ini bergantung kepada tahap keperluan murid berkenaan.

29
Terdapat beberapa strategi pelbagai gred yang boleh digunakan untuk kelas
bercantum. Antaranya adalah seperti apa yang akan dibincangkan di bawah.

3.4.1 Pengajaran Seluruh Kelas


Dalam pengajaran seluruh kelas, guru mengajar semua kumpulan secara
kelas. Untuk strategi ini, guru merancang pengajaran dengan memilih
topik yang sesuai untuk semua murid dalam kelas. Dalam strategi ini,
guru menyediakan isi kandungan, hasil pembelajaran dan kaedah
penyampaian pengajaran yang sama. Sokongan rakan sebaya boleh
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu murid yang yang
lebih tua boleh bekerjasama dengan murid yang lebih muda. Contoh
aktiviti pengajaran kelas, guru merancang untuk mengajar nombor 1-10
kepada murid yang beraras rendah. Guru tersebut menerangkan nombor
dengan teknik bercerita kepada semua kumpulan dalan bilik darjah.
Semasa becerita guru melibatkan murid yang beraras lebih tinggi
menggunakan chart nombor dan menunjukkan nombor semasa guru
menyebut nombor itu semasa becerita.

3.4.2 Pembelajaran Arah Kendiri


Pembelajaran arah kendiri merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran
untuk memenuhi keperluan pembelajaran individu. Murid diberi
tanggungjawab bagi pembelajaran mereka sendiri. Murid juga diberi
peluang untuk belajar mengikut keperluan mereka dan berinisiatif untuk
belajar. Dalam kelas bercantum, lebih daripada dua kumpulan murid
akan terlibat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
masa serentak. Oleh sebab itu, guru perlu merancang pembelajaran
arah kendiri kepada salah satu kumpulan murid supaya proses
pengajaran dan pembelajaran boleh berjalan lancar. Contohnya, guru
memberi tugasan kepada sekumpulan murid untuk pembelajaran arah
kendiri semasa mengajar murid di kumpulan lain. Selepas tamat
mengajar di kumpulan itu, guru akan membimbing murid yang
melaksanakan pembelajaran arah kendiri.

30
Pembelajaran arah kendiri boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti
berikut:

Memberikan murid tugasan. Contoh; kerja sekolah


Memberikan murid projek di mana penglibatan semua murid adalah
maksimum. Contoh; projek sejarah.

Kelebihan pembelajaran arah kendiri:


Murid akan mempunyai autonomi di atas pembelajaran mereka
Kaedah ini boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar
Ia boleh meningkatkan komitmen dan rasa tanggungjawab dalam diri
murid
Murid belajar untuk menetapkan matlamat pembelajaran dan menilai
tahap pencapaian mereka sendiri
Murid dididik untuk membuat keputusan mereka sendiri.

Kelemahan

Murid akan merasa terpinggir dan keliru kerana mereka berasa kurang
mendapat bimbingan daripada guru

3.4.3 Peer Tutoring


Peer tutoring atau bantuan rakan sebaya adalah penting dalan
pelaksanaan kelas bercantum. Bantuan rakan sebaya dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Bantuan rakan sebaya diperlukan apabila guru mengajar satu
kumpulan dan pada masa yang sama bantuan rakan sebaya diperlukan
untuk kumpulan yang lain. Murid boleh mendapatkan bantuan dan
sokongan daripada rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang
diajar oleh guru. Kaedah ini boleh dilaksanakan menggunakan 3 cara:

Murid yang lebih tua mengajar murid yang lebih muda (gred yang
berlainan)

31
Murid yang lebih pandai mengajar murid yang kurang pandai (gred
yang sama)
Dua orang rakan belajar bersama-sama dan saling berbincang untuk
memahami sesuatu tajuk atau topik yang dipelajari.
Murid yang lemah akademik akan mengajar murid yang pandai tapi
dalam subjek lain yang mereka mahir. Contohnya, Pendidikan Seni

Beberapa panduan yang perlu dipatuhi oleh guru ketika melaksanakan


peer tutoring ialah:

Guru perlu teliti dan berhati-hati ketika melantik murid yang akan
menjadi pembimbing.
Guru perlu peka dengan hubungan antara murid yang menjadi
pembimbing dengan murid yang akan dibimbing untuk mengelakkan
konflik.
Guru perlu memberi persediaan kepada murid yang akan menjadi
pembimbing.
Kaedah peer tutoring tidak boleh dilaksanakan terlalu lama
Menasihati murid yang menjadi pembimbing supaya tidak angkuh.
Memberitahu ibubapa tentang pelaksanaan peer tutoring supaya
mereka sedar apa yang berlaku di dalam bilik darjah.

Kelebihan peer tutoring:


Memberi ruang dan masa kepada guru untuk menekankan aspek-
aspek lain dalam pengajaran dan pembelajaran kepada kumpulan lain
terutama ketika menyelesaikan masalah.
Memberi peluang kepada murid yang pandai untuk mengasah bakat
sebagai pemimpin dan pembimbing
Murid akan lebih memahami konsep dengan mendalam apabila
menjadi pembimbing
Mampu meningkatkan kematangan dan hubungan interpersonal murid

32
3.4.4 Pengajaran Kumpulan
Di dalam kelas bercantum yang terdiri daripada pelbagai aras dan
kebolehan, murid boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan ketika
pengajaran dan pembelajaran. Pembahagian murid dalam kumpulan ini
bergantung kepada subjek yang diajar. Terdapat beberapa jenis
kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas bercantum iaitu:

Between class ability


Amalan membahagikan murid kepada kelas-kelas yang berbeza
berdasarkan tahap keupayaan.
Within class ability
Amalan membahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan pengajaran
kecil
Pembelajaran kooperatif

3.4.5 Kolaborasi Dengan Pelbagai Pihak

Pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru


perlu dilakukan sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru.
Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai
aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar
komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan
dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum
dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak
berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian
guru. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team
teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem
sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar
antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran
secara kolaboratif (collaborative teaching).

33
Pihak sekolah juga boleh menjalinkan kerjasama dengan ibubapa murid dalam
melaksanakan kelas bercantum ini. Antara langkah-langkah yang boleh adalah:

Mengadakan hari terbuka supaya murid boleh berbincang dengan


ibubapa dan guru tentang prestasi akademik mereka
Mengadakan Khidmat Masyarakat
Ibubapa turut membantu dalam penyediaan bahan bantu mengajar
Menganjurkan aktiviti untuk mengutip dana
Ibubapa turut terlibat dalam penilaian murid dan pemantauan kerja
sekolah
Ibubapa turut menumbang kepakaran untuk mengajar berpasangan
dengan guru

34
4.0 Contoh Ringkasan Pengajaran Harian (RPH)

4.1 Contoh Pengajaran Secara Kumpulan Tahun 4 dan 5

TEMA SEJARAH AWAL NEGARA DAN WARISAN NEGARA


TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA
TAJUK
IDENTITI NEGARA KITA
Tahun 4
KELAS
Tahun 5
MASA 60 Minit
Tahun 4
STANDARD
PEMBELAJARAN Murid boleh :

5.2 Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu


Melaka
5.2.3 Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka
5.2.4 Menyatakan asal usul nama Melaka berdasarkan
pelbagai sumber

Tahun 5

Murid boleh:

9.2 Bendera Kebangsaan


9.2.3 Menyatakan makna warna dan lambang pada
bendera kebangsaan
9.2.5 Mengenal bendera kebangsaan negara-negara di
Asia Tenggara

Objektif Pada akhir PdP, murid boleh;

Tahun 4
Menyatakan latar belakang Parameswara secara
ringkas
Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka
Menyatakan asal usul nama Melaka berdasarkan
pelbagai sumber

Tahun 5
Menyatakan nama bendera kebangsaan
Menyatakan makna warna dan lambang pada
bendera kebangsaan
Mengenal bendera kebangsaan Negara-negara di
Asia Tenggara

BAHAN BANTU Projektor, laptop, petikan maklumat, lembaran kerja,


BELAJAR gambar pohon Melaka, gambar bendera negara-negara

35
Asia Tenggara
Tahun
PENILAIAN Tahun 5
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengisian Kurikulum /
Tahun 4 Tahun 5
Catatan
Set Aktiviti Kumpulan
Induksi 1. Guru menunjukkan peta Malaysia KPS :
(10 yang lengkap mengandungi 14 Memahami Kronologi
minit) buah negeri dan gambar bendera
Jalur Gemilang EMK : TMK
2. Guru dan murid bersoal jawab
berkaitan peta Malaysia dan Jalur Elemen Kewarganegaraan &
Gemilang tadi Nilai Sivik :
3. Guru mengaitkan dengan topik Menghargai sejarah asal
pembelajaran hari ini usul negara, Menghargai
identiti negara

Langkah Aktiviti Aktiviti


1 Kumpulan Kumpulan
(15 KPS :
minit) 1. Setiap murid 1. Setiap murid Membuat Interpretasi,
diberi petikan diberi petikan Membuat Imaginasi
bergambar maklumat
tentang bergambar EMK : TMK
sejarah tentang
Melaka bendera Elemen Kewarganegaraan &
2. Secara rawak kebangsaan Nilai Sivik :
murid diminta 2. Secara Menghargai sejarah asal

36
menceritakan individu murid usul negara, Menghargai
secara ringkas diminta identiti negara
tentang merumuskan
peristiwa maksud warna Lihat lampiran di bawah
pembukaan dan lambang
Melaka pada bendera
3. Murid kebangsaan di
menyatakan buku latihan
sebab 3. Guru memberi
mengapa penerangan
Parameswara kepada murid
bersetuju
memilih
tempat
tersebut
sebagai negeri

Langkah Aktiviti Aktiviti


2 Kumpulan Kumpulan KPS : Membuat
(20 Rasionalisasi, Membuat
minit) 1. Murid diberi 1. Murid diberi Penjelasan
gambar pokok gambar-
Melaka, gambar
gambar Kancil bendera Elemen Kewarganegaraan &
dan maklumat kebangsaan Nilai Sivik :
tentang nama negara-negara Menghargai sejarah asal
Melaka Asia Tenggara usul negara, Menghargai
2. Murid diminta 2. Murid diminta identiti negara
menyatakan menyatakan
perkaitan nama-nama
gambar- negara bagi
gambar bendera-
tersebut bendera
dengan asal tersebut
usul nama 3. Murid
Melaka berbincang
3. Murid dalam
berbincang kumpulan
tentang 4. Wakil
peristiwa kumpulan
bagaimana melaporkan
Melaka hasil
mendapat perbincangan
nama
4. Wakil
kumpulan
melaporkan
hasil
perbincangan

37
Langkah Aktiviti Individu Aktiviti Individu
3 Elemen Kewarganegaraan &
(10 1. Murid 1. Murid Nilai Sivik :
minit) melengkapkan melengkapkan Menghargai sejarah asal
lembaran lembaran kerja usul negara, Menghargai
kerja yang yang identiti negara
disediakan disediakan
dan dan
melengkapkan melengkapkan
latihan di latihan di
dalam buku dalam buku
aktiviti. aktiviti.
(Mengisi (Menamakan
tempat kosong negara-negara
dengan di Asia
jawapan yang Tenggara
betul) berdasarkan
bendera
kebangsaan)

Penutup 1. Guru menjalankan aktiviti kuiz lisan dengan mengemukakan


(5 minit) beberapa soalan tentang peristiwa pembukaan Melaka dan
bendera kebangsaan negara-negara di Asia Tenggara
2. Guru dan murid merumuskan isi pelajaran hari ini.

38
Contoh Aktiviti Lembaran Kerja

1. Namakan negera-negara di Asia Tenggara berikut berdasarkan bendera


kebangsaannya.

Bendera Kebangsaan Nama Negara

2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul

a. Parameswara telah membuka Melaka pada tahun ______________

b. Namakan pokok tempat Parameswara berehat. _________________

c. Apakah haiwan yang telah menendang anjing Parameswara jatuh ke


sungai? _________________

d. Apakah nama perkampungan nelayan yang dipilih Parameswara


untuk dijadikan kerajaan Melaka? ___________________________

39
Lampiran 1 (Tahun 4) Petikan Bergambar Tentang Melaka

Pembukaan Melaka

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang


merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera.
Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan
Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan
Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal,
Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama
Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya.

Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu


dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah
memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi
Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian
dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan
pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur
rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak
melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.

Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara


melalui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah
sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam
dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.

40
Melaka Mendapat Nama

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba


seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda
hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu
lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk
dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada
zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan
suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.

Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu


dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat
baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.

41
Lampiran Gambar

Peta Malaysia Jalur Gemilang

Pokok dan Buah Melaka Kancil

Asal Usul Nama Melaka

42
Lampiran 2 (Tahun 5) Petikan Maklumat Bendera
Jalur Gemilang

Maksud lambang dan warna pada Bendera Malaysia,


Jalur Gemilang

Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan


yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang
dianuti oleh rakyat negara ini.

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan


cemerlang. Oleh itu Jalur Gemilang melambangkan
kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat
dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej
negara.

Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan,


keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi
segala cabaran.

Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan,

Warna biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun


dan damai manakala

Warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada


Raja dan Negara.

43
Lampiran Gambar

Bendera Kebangsaan Negara-Negara ASEAN

Indonesia Brunei Darussalam

Myanmar Thailand

44
Glosari

BIL ISTILAH MAKSUD / MAKNA


1 Kronologi Susunan peristiwa (kejadian) menurut masa
berlakunya peristiwa berkenaan
2 Lambang Tanda mengenal sesuatu
3 Nilai Murni Perkara yang mengandungi unsur-unsur yang baik
4 EMK Elemen Merentas Kurikulum
5 Parameswara Raja yang membuka Melaka berasal dari Palembang
6 Peristiwa Sesuatu yang berlaku yang menarik perhatian
(menimbulkan kesan)
7 Kesultanan Kerajaan yang diasaskan oleh Parameswara pada
Melayu Melaka tahun 1400 - 1511

45
RUJUKAN

A.W. Little (2006). Education for All and Multigrade Teaching: Challenges and
Opportunities, Netherlands: Springer

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah, (2006). Modul Kelas


Bercantum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malayisa.

Rief,S.F., Heimburge, J.A. (2006). How to reach and teach all children in the
inclusive classroom:Practical strategies, lessons and activities. (2nd ed.).
Canada:John Wiley &Sons.

Siegle, D. (2013). Technology: Differentiating Instruction by Flipping the


Classroom. Gifted Child Today, 37 (1), 5155.

Slavin, R.E. (1987). Ability grouping and student achievement in elementary


schools: A best-evidence synthesis. Review of Educational Research,
57(3), 293336.

Trilling, B., & Fadel, C. (2009). 21st Century Skills: Learning for life in our times.
San Francisco: Jossey-Bass.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Dokumen Standard Kurikulum Dan


Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun 4.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Dokumen Standard Kurikulum Dan


Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sejarah Tahun 5.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

46
PANEL PENGGUBAL PANDUAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM

BIL NAMA ORGANISASI


1. Pengerusi dan Penyelaras Institut Pendidikan Guru Malaysia
Dr. Mohd Nordin Abu Bakar

2 Pn Rafidah Ruhani IPGK Ilmu Khas

3. Dr. Lee Phaik Gaik IPGK Ilmu Khas

4. Dr. Boon Pong Ying IPGK Bahasa Antarabangsa

5. Pn Haliza Hamzah IPGK Pendidikan Teknik

6. Pn Joy Nesamalar Samuel IPGK Pendidikan Teknik

7. Pn Zaidah Abu Bakar IPGK Perempuan Melayu Melaka

8. Pn Che Mah Yusof IPGK Bahasa Antarabangsa

9 Dr. Mohd Anuar Abdullah IPGK Ipoh

10 Pn Wan Nor Fadzilah Wan Husin Bahagain Pembangunan


Kurikulum

11 Pn Masriyah Misni IPGK Pendidikan Teknik

12 En Roslan Yaakob Bahagain Pembangunan


Kurikulum

13 Pn Rofiah Abdul Talib Bahagain Pembangunan


Kurikulum

47

Anda mungkin juga menyukai