Anda di halaman 1dari 4

1.

Pengenalan
Ketangkasan bermaksud keupayaan individu itu bergerak pantas dan menukar
arah dengan cara yang betul dan pantas mengikut lajak yang betul. Ketangkasan
merupakan tunjang kepada kecergasan dan di bawah tajuk Daya Tahan
Kardiovakular. Ketangkasan merupakan salah satu tajuk pengajaran yang menarik dan
diminati oleh murid.

Menurut Strand, Scantiling dan Jonhson (1977), memberi definisi,“Ketangkasan


sebagai kebolehan untuk mengubah posisi badan dengan cepatdan tepat”
Menurut Annarino (1976), ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor
fisiomotor yang diperoleh daripada tindakan saraf ke atas sistem otot dengan reaksi
otot yang betul untuk menghasilkan pergerakan yang diingini. Maka keadaan ini
mestilah dilakukan pada darjah ketepatan dan penggunaan daya yang sesuai.

Manakala menurut Safrit (1973), Clarke (1976), Methews (1978), Baumgarther &
Jackson (1999), ketangkasan adalah kemampuan mengubah kedudukan badan dana
rah secara pantas. Barrow & McGee (1979), Philips & Hornak (1979)serta Thomas &
Nelson (1985) pula mendifinasikan ketangkasan sebagai merujuk kepada kepantasan
dan ketepatan semasa mengubah arah pergerakan sebahagian atau keseluruhan badan.
Johnson dan Nelson (1986) juga menyatakan ketangkasan merupakan kebolehan
fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badan dan arah secara tepat dan
cepat. Sifat ketangkasan bukan sahaja melibatkan kepantasan tetapi juga termasuk
kebolehan badab membuat perubahan pergerakan atau arah pergerakan secara tiba-
tiba (Hunsicker, 1974)

Barrow dan McGee (1979) menyatakan keberkesanan ketangkasan dapat


dipertingkatkan dengan gabungan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot, kepantasan,
deria kinestatik dan koordinasi. Faktor kekuatan dan daya tahan otot boleh
meningkatkan kepantasan, maka secara tidak langsung faktor tersebut boleh
mempengaruhi keberkesanan ketangkasan. Seseorang boelh bertindak lebih tangkas
dengan mengubahsuaikan darjah ketepatan dan konsistensi bagi kesusukan badan atau
bahagian badan tertentu semasa bergerak dalam ruang. Selain itu, faktor kordinasi
yang baik dapat dihubungkaitkan denagn ciri semulajadi sesuatu pergerakan. Faktor
kordinasi dapat meningkatkan lagi keberkesanan faktor ketangkasan.

Ujian kecergasan motor yang biasa digunakan bagi mengukur tahap kecergasan motor
adalah adalah ujian lari ulang alik 30 kaki, ujian ketangkasan SEMO , ujian lompat
kuadrat, ujian lari zig-zag, ujian T dan lompat menegak. Ujian ketangkasan lazimnya
mempunyai tiga komponen iaitu pertukaran dalam arah larian, perubahan dalam
kedudukan badan dan pertukaran arah sebahagian badan.
2. Latar belakang ujian

Ujian ketangkasan yang saya pilih ialah Ujian-T. ujian T adalah larian yang mudah,
yang melibatkan pergerakan ke hadapan, sisi, dan ke belakang.

3. Objektif ujian

Ujian T ialah menguji ketangkasan seseorang individu yang melibatkan lari ke


hadapan ke belakang, dan sisi.

Kesahan: Objektif ujian T adalah untuk mengukur ketangkasan. Ia menggambarkan


kesahihan bahawa individu harus berhenti dan pergi, memotong, dan bergerak dengan
cepat, yang semua ciri-ciri kesahihan. Ia adalah pergerakan yang sama setiap kali
ujian dijalankan, oleh kerana seseorang meningkatkan ketangkasan, masa harus turun.
Jenis kesahihan adalah kesahan berkaitan dengan kriteria. Ia juga serentak kerana
kriteria itu diukur pada masa yang sama dengan langkah alternatif. Masa diukur untuk
menguji kelajuan dan ketangkasan di mana individu melengkapkan ujian.

Kebolehpercayaan: Ujian T menghasilkan keputusan yang sangat boleh dipercayai.


Ia mendapat skor yang sama atau hampir dengan skor yang sama setiap masa. Ujian
ini juga mudah untuk menetapkan dan memaparkan ukuran tertentu, yang sukar untuk
menyimpang dari apa-apa cara. Orang boleh meniru ujian untuk menguji semula
individu. Satu cara untuk membuat ujian lebih dipercayai adalah dengan
menggunakan sensor yang menggunakan pengesanan gerakan untuk masa individu.
Ini akan menjadikan mereka betul-betul ketika mereka meninggalkan permulaan dan
sebaik sahaja mereka menyeberanginya. Ia juga penting untuk menggunakan jenis
permukaan yang sama untuk memastikan kebolehpercayaan. Dalam satu artikel
penyelidikan, Kebolehpercayaan dan Kesahihan Ujian T sebagai Ukur Ketangkasan,
Kekuatan Kaki dan Kelajuan Kaki di Lelaki dan Wanita Berusia Kolej, yang terdapat
dalam Journal of Strength & Conditioning, kebolehpercayaan ujian T adalah 0.98
merentasi tiga percubaan. Ini membuktikan bahawa ia adalah ujian yang sangat
dipercayai. Ia ditunjukkan untuk mengukur ketangkasan, kuasa, kelajuan, dan
kekuatan.

Faktor : Faktor yang mempengaruhi ketangkasan terdiri daripada faktor umur, tahap
kematangan, saiz badan, jenis bentuk badan, pemakanan dan persekitaran
(Clarke,1976).
4. Kepentingn
Menguji tahap kecergasan seseorang dari segi ketangkasan untuk mengubah arah
dengan betul. Ujian ini juga dapat mengukur, fleksibiliti serta kawalan badan
seseorang individu. Antara sukan yang banyak menggunakan jenis komponen
ketangkasan ialah bola sepak, ragbi, dan bola keranjang. Atlet-atlet ini perlu
mempunyai keupayaan untuk mengubah arah dan posisi dengan cepat. Ini memberi
mereka kelebihan berbanding lawan yang hanya meningkatkan prestasi dan teknik.

4. Instrument ujian
peralatan yang diperlukan: pita pengukur, kon, jam randik dan pencatat.

5. Pentadbiran ujian

 pra-ujian: Jelaskan prosedur ujian kepada subjek. Melakukan pemeriksaan risiko


kesihatan dan mendapatkan persetujuan yang dimaklumkan. Sediakan borang dan
rekod maklumat asas seperti umur, ketinggian, berat badan, jantina, keadaan ujian.
Ukur dan tandakan kawasan ujian. Lakukan pemanasan yang sesuai.

i) Satu litar berbentuk T dibentuk seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.
ii) Peserta akan bermula di Kon A dan sebaik sahaja mendapat isyarat‘mula’, peserta
perlu berlari dengan pantas ke Kon B dan menyentuhtapak kon dengan tangan
kanan.
iii) Kemudian, peserta perlu berlari secara sisi ke arah kiri (Kon C) danmenyentuh
tapak kon dengan tangan kiri pula.iv)Peserta meneruskan dengan larian sisi ke
arah kanan (Kon D) sertamenyentuh tapak kon dengan tangan kanan dan berlari
(larian sisi)kembali ke Kon B dan menyentuh tapak kon dengan tangan kiri
iv) Peserta akan berlari kembali ke Kon A secara mengundur danmenyentuh tapak
kon tersebut dengan tangan kanan. Pada masa yangsama masa akan
dihentikan.vi)Peserta diberi dua kali percubaan dan catatan masa yang terbaik
akandiambil kira
Kiraan skor

Masa akan diambil sebaik sahaja peserta menamatkan larian dan peserta diberi dua
kali percubaan di mana catatan masa yang terbaik akan diambil kira. Gambar di
bawah menunjukan kiraan skor mengikut tahap.

Males (seconds) Females (seconds)

Excellent < 9.5 < 10.5

Good 9.5 to 10.5 10.5 to 11.5

Average 10.5 to 11.5 11.5 to 12.5

Poor > 11.5 > 12.5

Rujukan

1. Agility Tests. (n.d.). fitness2unetau RSS. Retrieved April 16, 2014, from
http://fitness2u.net.au/fitness-tests/body-fitness-tests/agility-tests/

2. PAUOLE, K., MADOLE, K., GARHAMMER, J., LACOURSE, M., &


ROZENEK, R.(November, 2000). Reliability and validity of the T-Test as a
measure of agility, leg power, and leg speed in college-aged men and women
[Abstract]. Journal of Strength &Conditioning, 14(4). Retrieved from
http://journals.lww.com/nscajscr/Abstract/2000/11000/Reliability_and_Validity_o
f_the_T_Test_as_a.12.aspx.

3. https://www.scribd.com/doc/5460485/Ujian-Kecergasan-Fizikal

4. https://www.topendsports.com/testing/tests/t-test.htm

Anda mungkin juga menyukai