Anda di halaman 1dari 40

ISU-ISU DAN TREND DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

TAJUK 2

HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan definisi pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Membanding bezakan antara gaya hidup sedentari, gaya hidup aktif dan gaya hidup sangat aktif. Meramal kesan yang diperolehi oleh individu mengikut peringkat umur hasil daripada pendidikan jasmani dan kesihatan. Merancang program yang bertujuan memupuk minda masyarakat untuk menghargai kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan.

PENGENALAN

Senario msyarakat masa kini:


Golongan masyarakat sedantari Golongan masyarakat aktif Golongah masyarakat sangat aktif

Apakah peranan guru PJPK?

DEFINISI PJ

proses yang dilaksanakan oleh individu untuk:


mencapai tahap kemahiran dan kecergasan fizikal, mental dan sosial secara optimum melalui aktiviti fizikal yang dijalankan; meningkatkan kualiti kesihatan dan perkembangan tubuh badan yang harmoni dan seimbang; memperbaiki ciri-ciri fizikal dan kemahiran kendiri; dan membina kesempurnaan kemahiran motor bagi tujuan perlaksanaan rutin kerja harian.

Kaedah utama PJPK


dijalankan melalui latihan aktiviti fizikal yang merangkumi aktiviti pergerakan semulajadi dan siri pergerakan asas, aktiviti sukan dan aktiviti ketahanan fizikal.

DEFINISI PK
Proses yang dipelajari oleh individu mengenai kesihatan dan cara untuk meningkatkan kesihatan diri. Wujud dalam bentuk program pendidikan bagi menyalurkan maklumat mengenai literasi kesihatan bagi meningkatkan tahap kesihatan di kalangan individu dan masyarakat. Berfokus ke arah memberi motivasi dan peningkatan tahap keyakinan diri di kalangan masyarakat untuk memperbaiki status kesihatan. Promosikan kesihatan melalui kaedah pendidikan.

BINCANG DAN BENTANGKAN DALAM KELAS TUTORIAL

Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan, bolehkan anda membezakan maksud konsep berikut?
Main Latihan Permainan Aktiviti senggang Aktiviti atletik Sukan

Sambungan

Apakah perkaitan antara antara konsep yang dinyatakan dengan pendidikan jasmani dan kesihatan? Bentangkan perbincangan anda.

Definisi konsep:

Latihan
Pergerakan fizikal yang boleh meningkatkan kadar tenaga yang digunakan oleh badan

Main
Satu bentuk hiburan yang dilakukan secara bebas, spontan bagi mendapatkan keseronokan. Ia tidak semestinya melibatkan aktiviti fizikal. Tidak mempunyai kepentingan material dan tiada sebarang keuntungan diperoleh daripadanya. Kesudahan aktiviti tersebut tidak penting dan tidak diukur. Adakalanya melalui aktiviti main individu dapat menonjolkan hubungan sosial.

Permainan
Aktiviti main yang lebih terurus, mengandungi undang-undang yang eksplisit, mengandungi elemen perlawanan atau pertandingan antara dua pihak, mempunyai sekatan masa, ruang dan siri tingkah laku yang ditunjukkan oleh pemain.

Aktiviti Senggang dan rekreasi


Kebebasan masa dari tugas seharian yang boleh digunakan untuk aktiviti bersifat atau tidak bersifat fizikal.

Atletik
Aktiviti yang dilalui oleh individu yang berkemahiran tinggi dalam aktiviti fizikal, aktiviti yang dijalankan adalah terurus.

Sukan
Menekankan tentang kemahiran fizikal, keberanian, dan penggunaan tenaga, mempunya latar yang formal, aktiviti pertandingan yang mempunyai institusi dan organisasi, mempunyai ganjaran berbentuk intrinsik dan ekstrinsik, mempunyai proses sosialisasi, undang-undang aktiviti yang telah diselaraskan dan dikuatkuasa oleh oleh agensi kawalan rasmi. Aspek organisasi aktiviti dan teknikal amat penting dalam sukan. Pembelajaran kemahiran asas perlu dipelajari

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SUKAN DAN SAINS SUKAN?

Sukan banyak menerima impak daripada perlaksanaan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Sukan adalah aktiviti fizikal yang diurus melalui sistem peraturan sama ada secara formal atau tidak formal, melibatkan pertandingan, persaingan antara dua pihak atau dalaman diri individu bagi mendapatkan keseronokan, nilai rekreasi dan ganjaran (Lumpkin, 2005).

Sukan melibatkan penggunaan aktiviti dan kecergasan fizikal oleh individu yang terlibat. Kajian saintifik mengenai sukan sangat menitikberatkan elemen kecergasan fizikal, kemahiran, fisiologi, kesihatan hingga mewujudkan dimensi baru dalam dunia aktiviti fizikal iaitu sains sukan atau sains latihan.

Sains sukan atau sains latihan bermaksud analisis saintifik mengenai pergerakan tubuh badan manusia, yang merangkumi aspek fisiologi latihan, biomekanik, kinesiology, anatomi, fisiologi, tingkah laku motor dan aspek perubatan sukan. Melalui sains sukan atau sains latihan, aktiviti fizikal dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dapat ditingkatkan kualitinya bagi menjamin kualiti gaya

Ciri-ciri individu yang telah dididik fizikal dan kesihatannya:


Individu yang telah mempelajari kemahiran yang bersesuaian untuk melakukan pelbagai bentuk aktiviti fizikal. Individu yang fizikalnya cergas.

Individu yang sering melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Individu yang mengetahui kebaikan dalam penglibatan aktiviti fizikal, serta keburukan jika tidak melakukan aktiviti fizikal. Menilai aktiviti fizikal sebagai sesuatu yang bermakna dalam meningkatkan gaya hidup sihat

6 standard national untuk pendidikan jasmani yang diguna pakai hingga ke hari ini aitu (NASPE):

Menunjukkan kompetensi dalam kemahiran motor dan corak pergerakan yang diperlukan dalam pelnagai jenis aktiviti fizikal. 2. Menunjukkan kefahaman tentang konsep, prinsip, strategi dan taktik dalam pergerakan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran dan penghasilan aktiviti fizikal. 3. Melibatkan diri secara kerap dalam aktiviti fizikal.
1.

4. 5.

6.

Mencapai dan mengekalkan tahap pencapaian kecergasan fizikal. Mempamerkan rasa tanggungjawab individu dan tingkah laku sosial melalui penghargaan terhadap diri sendiri dan orang lain dalam konteks aktiviti fizikal. Memberi nilai yang bermakna kepada aktiviti fizikal untuk tujuan cabaran yang positif, ekspresi kendiri dan interaksi sosial.

KUALITI HIDUP (QUALITY OF LIFE QOL)

Matlamat individu yang sihat adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dan jangka hayat. Definisi kualiti hidup tidak sama antara seseorang individu dengan individu yang lain. Kualiti hidup bergantung kepada kebolehan seseorang menikmati kehidupannya dengan penuh sempurna

Latihan fizikal mempunyai kesan yang baik terhadap HRQL pesakit yang mengalami penyakit kemurungan (Singh, Clements &Fiatarone, 1997), koronari jantung (Lavie & Milani, 1997), dan kegagalan fungsi pelbagai organ (Wehler et al., 2003). Aktiviti fizikal dalam bentuk latihan daya tahan atau rintangan mempunyai hubungkait yang positif dengan HQRL tanpa dipengaruhi oleh faktor usia, kesihatan dan jenis aktiviti (Rajeski & Mihalko, 2001). Data daripada Behavioral Risk Factor Surveillance System (2001) menunjukkan bahawa individu yang mengikuti aktiviti fizikal yang telah disarankan mempunyai tahap HQRL yang tinggi berbanding mereka yang kurang melibatkan diri (Brown, et al., 2003).

SELF-ACCESS

Pernahkah anda berfikir tentang perasaan anda pada hari ini? Apakah perasaan yang sedang anda alami? Adakah anda rasa gembira? Adakah anda berasa sihat dan segar? Adakah anda berasa sangat bermotivasi? Atau adakah anda merasakan bahawa hari ini adalah hari paling malang dalam hidup anda? Jawapan kepada persoalan ini adalah status kualiti hidup anda. Pernahkah anda memikirkan status kualiti hidup anda pada masa sekarang? Berdasarkan skala 1 hingga 10 mengenai tahap kualiti hidup, cuba anda menilai diri anda sendiri, dan nyatakan pada skala berapa nilai kualiti hidup anda pada hari ini.

FAKTOR PENYUMBANG KE ARAH KEPENTINGAN PJ DAN PK


Ancaman terhadap penyakit kardiovaskular menyumbang terhadap keperluan melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan otot jantung. Tabiat pemakanan yang tidak sihat. Kesedaran untuk hidup lama dengan cara yang sihat.

Faktor perkembangan teknologi secara tidak langsung telah mengurangkan tahap pergerakan fizikal manusia, dan sekaligus meningkatkan kadar masa rehat dan senggang. Peningkatan tahap stres kehidupan akibat tuntutan kerjaya dan perkembangan semasa.

JENIS-JENIS AKTIVITI FIZIKAL


Latihan aerobik Latihan anaerobik Latihan akut Latihan kronik Latihan resistence Aktiviti sederhana Aktiviti Lasak Aktiviti melibatkan perkerjaan

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Kepentingan Fizikal Kepentingan Kognitif Kepentingan Afektif

Komponen penting dalam pendidikan jasmani dan kesihatan ialah aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, kecergasan berlandaskan kesihatan, kecergasan berlandaskan kemahiran, kesihatan dan kesejahteraan hidup. Untuk membentuk sikap, tabiat dan persepsi positif, maka tujuan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan haruslah berfokus ke arah mengoptimumkan kualiti hidup masyarakat melalui komitmen yang berpanjangan untuk melakukan aktiviti fizikal dan pengalaman sukan.

Gaya Hidup Aktif


Gaya hidup yang menyumbang ke arah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan senaman secara kerap sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.

Aktiviti Fizikal
Merangkumi semua pergerakan fizikal yang boleh menyumbang ke arah peningkatan tahap kesihatan.

Kecergasan Fizikal
Dibentuk melalui latihan daya tahan dan bebanan yang mencukupi kadar kekerapan, kekuatan, dan jangka masa untuk meningkatkan keupayaan jantung dan fungsi tubuh badan.

Kecergasan berlandaskan kesihatan


Tahap kecergasan yang diukur berdasarkan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan, dan komposisi lemak badan.

Kesihatan
Kesejahteraan tubuh badan dan minda yang diukur berdasarkan ketiadaan kesakitan dan penyakit.

Kesejahteraan hidup
Faktor kognitif, emosi, rohani dan fizikal yang mempengaruhi tingkah laku yang sihat.

BINCANG DAN BENTANGKAN DALAM KELAS TUTORIAL


Pernahkah anda menilai tahap kesihatan diri anda? Cuba anda lakukan penilaian kendiri ini dan kenal pasti tahap kesihatan anda sendiri. Rujuk modul Unit 2 bagi mendapatkan soalan penilaian kendiri ini. Bincangkan perkara ini bersama rakan dan tutor anda semasa kelas tutorial

FORUM UNIT 2
Bezakan antara gaya hidup sedentari, gaya hidup aktif dan gaya hidup sangat aktif, dan berikan contoh. Masukkan jawapan anda dalam ruangan forum unit 2.

Anda mungkin juga menyukai