Anda di halaman 1dari 60

SEJARAH AGAMA SIKH

PROF. MADYA DR. KHADIJAH MOHD KHAMBALI


@HAMBALI
B. SEJARAH AGAMA SIKH

Agama Sikh atau Sikhism adalah agama yang diasaskan oleh seorang
Hindu yang berasal dari suku kaum Bedi yang bernama Guru Nanak Dev Ji.34 Ia
banyak dianuti oleh orang India terutamanya di Punjab, India sejak abad ke-15
yang lalu. Kini mereka sudah bertaburan di seluruh dunia dan telah membentuk
masyarakat mereka di negara-negara seperti Eropah, Amerika dan Kanada.
Mereka juga terdapat di negara-negara selatan Asia seperti Malaysia, Singapura,
Thailand, Hong Kong, Burma, Indonesia, Pilipina, Iran, Afghanistan dan di
negara-negara timur tengah seperti di Dubai dan Oman. 35

Mengenai asal usul perkataan Sikhism, ada beberapa pendapat. Menurut


The Encyclopaedia of Sikhism, ia berasal dari bahasa Pali iaitu Sekha yang
bermaksud “pelajar”.36 Menurut The Encyclopaedia Britannica, ia juga diambil
dari bahasa Pali, tetapi dari perkataan Sikkha yang bermaksud “pengikut”.37
Walaubagaimanapun, menurut Dictionary of Islam, perkataan ini berasal dari
perkataan Punjabi iaitu Sikh atau Sikha dan ia juga berasal dari bahasa Sanskrit
iaitu Sishya yang bermaksud “penganut” atau ”pengikut”.38 Berasaskan maksud
istilah Sikh tersebut, dapat dirumuskan bahawa agama Sikh adalah agama para
pengikut atau penganut yang mempelajari dan sekaligus menjalani serta
mempraktikan segala bentuk ajaran Guru Nanak sebagai pengasas utama dan
Guru-guru agama Sikh yang sepuluh.39
34
Khuswant Singh, Hymns of Guru Nanak, India: Sangam Books, Orient Longman Ltd, 1969, hal 1.
35
Tanpa pengarang, Questionnaire on Sikh Religion, Perak: Khalsa Diwan Malaysia, 1999, hal 1.
36
Harbans Singh, The Encyclopaedia of Sikhism, Patiala: Punjabi University, Vol 2, 1995, hal 197.
37
Tanpa pengarang, The New Encyclopaedia Britannica, Chicago: University Chicago, Vol 27, 1993,
hal 284.
38
Thomas Partick Hughes, Dictionary of Islam, New Delhi, India: Cosmo Publications, 1982, hal 583.
39
Perkara ini dibahaskan selanjutnya dalam halaman 30 dan seterusnya.
Kalau dilihat kepada sejarah kelahirannya, kepercayaan dan ajaran agama
Sikh banyak dipengaruhi oleh ajaran yang dibawa oleh seorang reformis yang
bernama Kabir.40 Beliau adalah seorang yang bijak dan telah banyak
mempelajari ajaran Islam dan Hindu. Namun, perkara yang paling menarik minat
beliau ialah ajaran yang dicetuskan oleh seorang penyair yang bernama
Ramanand. Selepas beliau mengkaji ajaran ini, akhirnya Kabir mencipta satu
ajaran baru dan kemudiannya beliau menyusun sajak-sajak mengenai ajaran
tersebut. Selepas kematian Kabir, segala ajarannya disusun pula oleh para
pengikutnya di dalam sebuah buku yang diberi nama Bijak.41

Asas-asas pemikiran dan ajaran Kabir ini telah dijadikan panduan oleh
Guru Nanak dalam usaha mencipta agama Sikh. Beliau sering menghabiskan
masa lapangnya di dalam hutan untuk bertafakur dan berfikir tentang kehidupan
serta kebenaran ajaran yang disampaikan oleh Kabir. Dalam tempoh berkenaan,
42
Guru Nanak dikatakan telah menerima wahyu dari Tuhan. Selepas bertapa
selama tiga hari di dalam gua, akhirnya Guru Nanak keluar dan menyampaikan
ajarannya kepada orang ramai iaitu “Tidak ada Hindu dan tidak ada Muslim”.43
40
Nama penuh beliau adalah Kabir Das dan beliau hidup di abad yang ke-15 yang lalu. Perkataan Kabir
yang berasal dari bahasa Arab bermaksud ‘besar’ dan Dasa yang berasal dari bahasa Sanskrit pula
bermaksud ‘hamba’. Beliau dianggap seorang sufi dan suci di zaman pertengahan India dahulu dan
mempunyai karangan yang paling banyak di dalam Guru Granth Sahib, kitab suci agama Sikh. Lihat
The Encyclopaedia of Sikhism, Vol 2, hal 403.
41
H.O.K Rahmat H.S (Dr), Op.cit, hal 309 & 311. Ajaran yang dibawa oleh Kabir ini merupakan ajaran
yang diperkenalkan oleh Pergerakan Bhakti. Pergerakan ini merupakan pergerakan yang mementingkan
tema cinta antara manusia dan Tuhan dalam karya-karya mereka. Pergerakan ini dipopularkan oleh
Ramanuja, seorang Brahmin dari India Selatan dan beliau telah mengembara ke seluruh India pada abad
ke-11 untuk mengembangkan ajaran pergerakan tersebut. Pergerakan ini dipopularkan pula di Banares
oleh Ramanand iaitu anak murid kepada Ramanuja. Ramanand mempunyai anak murid termasuklah
Kabir yang dianggap sebagai seorang Hindu oleh orang Hindu dan sebagai seorang Muslim oleh orang
Islam. Ajaran Kabir ini telah mempengaruhi Guru Nanak sehingga ia dijadikan asas dalam pembinaan
agama Sikh. Lihat M. Rajantheran, S. Manimaran, Perayaan Orang India, Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti, 1994, hal 98.
42
Mahayudin b Hj. Yahaya, Ensiklopedia Sejarah Islam, Bangi: UKM, Jld V, 1989, hal 1420 & 1421.
43
Tanpa pengarang, Al-Mawsa’ah al-Mayassarah fi al-Adyan wa al-Madhahib al-Mu’asirah, Cet 2,
Riyad: Al-Nadwah al-Alamiyyah li al-Syabab al-Islamiy, 1979, hal 283.
Agama Sikh diasaskan kepada ajaran Guru Nanak dan sepuluh orang guru.
Ini memberi maksud bahawa agama Sikh adalah agama yang menyeru para
penganutnya supaya mempercayai kepada setiap ajaran yang dibawa oleh
44
sepuluh orang guru. Selepas kematian Guru Gobind Singh iaitu guru yang ke
sepuluh, tidak ada lagi guru yang dilantik. Oleh itu, kitab suci agama Sikh iaitu
Guru Granth Sahib dan golongan Khalsa telah dianggap sebagai pengganti
kepada sepuluh orang guru.45 Dari segi tujuannya pula, agama Sikh telah
diperkenalkan oleh Guru Nanak kerana memprotes dasar kuku besi agama
Brahman dan sistem kasta serta ajaran Hindu yang melampau. Agama Sikh
menekankan konsep keadilan sosial dan persaudaraan sejagat serta
menghapuskan semangat kepartian dan kefahaman karut yang terdapat dalam
masyarakat.46

Selepas kematian Guru nanak (1538), segala ajaran Sikh telah diambil alih
oleh sembilan orang guru iaitu Guru Angad (1539-1552), Guru Amar Das (1552-
1574), Guru Ram Das (1574-1581), Guru Arjan (1581-1606), Guru Har Gobind
(1606-1644), Guru Har Rai (1644-1661), Guru Har Krishnan (1661-1664), Guru
Tegh Bahadur (1664-1675) dan Guru Gobind Singh (1675-1708).47

44
Joesoef Sou’yb, Agama-Agama Besar Dunia, Jakarta: Pustaka al-Husna, 1983, hal 144.
45
Gobind Singh, The Quintessence of Sikhism, Amritsar: Shiromani Gurdwara Parbandhak
Committee, 1958, hal 1.
46
Mahayudin b Hj. Yahaya, Op.cit, hal 1420.
47
Thomas Patrick Hughes, Op.cit, hal 591.
Berdasarkan senarai jangka masa kehidupan guru-guru agama Sikh di atas,
jelas menunjukkan bahawa agama Sikh telah berada di bawah pimpinan sepuluh
orang guru selama 204 tahun iaitu bermula dari tahun 1504 sehingga 1708.
Zaman ini dianggap sebagai zaman kegemilangan agama Sikh kerana orang Sikh
dapat hidup dalam suasana persaudaraan dan saling hormat menghormati di
antara satu sama lain. 48

Sepanjang pimpinan sembilan orang guru selepas Guru Nanak, agama Sikh
banyak terdedah kepada perubahan dan perkembangan. Setiap guru yang
meminpin agama Sikh telah membuat perubahan yang tersendiri sehingga
terdapat ajaran-ajaran dalam agama Sikh yang tidak pernah disampaikan oleh
pengasasnya iaitu Guru Nanak.

Antaranya ialah Adi Granth yang merupakan kitab suci agama Sikh yang
ditulis oleh guru kelima iaitu Guru Arjan. Kemudian ia dikemaskini oleh Guru
Gobind Singh dan diberi nama baru iaitu Guru Granth Sahib, Sri Harimandar
Sahib49 yang menjadi tempat ibadat yang terbesar bagi orang Sikh dibina di
Amritsar50 oleh Guru Ram Das dan Khlasa yang dianggap sebagai golongan suci
dalam agama Sikh telah diperkenalkan oleh Guru Gobind Singh.51 Guru yang
kesepuluh iaitu Guru Gobind Singh, merupakan guru yang bertanggungjawab

48
Ibid.
49
Perkataan Harimandar terdiri dari dua perkataan iaitu ‘Hari’ yang bermaksud Visnu atau tuhan dan
‘Mandar’ yang bermaksud rumah. Dengan ini Harimandar bermaksud Rumah Tuhan.
50
Amritsar terdiri daripada perkataan ‘Amrit’ yang bermaksud madu dan ‘Sar’ yang bermaksud kolam.
51
Teja Singh, The Religion of the Sikh Gurus, Amritsar: The Shiromani Gurdwara Parbandhak
Committee, t.t, hal 1-3.
membuat pembaharuan yang begitu ketara dalam agama Sikh. Antara
pembaharuan yang dilakukan ialah penggunaan perkataan Singh yang bermaksud
singa bagi orang lelaki dan Kaur bermaksud puteri bagi yang perempuan
dihujung nama mereka masing-masing.52

Beliau juga telah membentuk sebuah kumpulan penganut setia agama Sikh
yang dipanggil Khalsa yang bererti benar.53 Untuk membuktikan kesetiaan dan
kebenaran mereka terhadap agam Sikh dan juga Khalsa, maka mereka perlu
menghormati ‘the five ‘K’s’ ataupun lima lambang54 iaitu Kes, Kangha, Kirpan,
Kachera dan Kara.

Amritsar dianggap sebagai kota suci bagi penganut agama Sikh dan di sana
terdapat Sri Harimandar Sahib iaitu tempat ibadat agama Sikh yang paling
terkenal. Di dalam Sri Harimandar Sahib ini dan semua gurdwara atau rumah
ibadat agama Sikh, tidak ada berhala dan kitab suci Guru Granth Sahib akan
dibaca dalam gurdwara55 ini dengan irama dan nada yang merdu dan menarik.56
52
Joesoef Sou’yb,Op.cit, hal 153. Perkataan Singh berasal dari bahasa Sanskrit iaitu Simha yang
bermaksud Singa. Selain dari orang Sikh, golongan tentera Hindu seperti Rajputs dan Gurkhas juga
meletakkan perkataan ini diakhir nama mereka sebagai nama keluarga. Namun, ia mempunyai
perbezaan dengan Singh yang digunakan oleh orang Sikh. Ini kerana, semua penganut agama Sikh
mempunyai perkataan Singh, tidak semestinya mereka itu adalah penganut Sikh. Begitu juga dengan
perkataan Kaur yang telah digunakan oleh wanita Sikh dan golongan wanita tentera Hindu diakhir
nama mereka. Mengikut kebanyakan ahli sejarah, kedua-dua perkataan ini diperkenalkan oleh Guru
Gobind Singh selepas upacara pahul dijalankan ke atas para penganut Sikh yang bertujuan untuk
menguji keberanian dan kesanggupan mereka mempertahankan diri dan agama dari serangan musuh.
Selepas upacara tersebut berjaya dijalankan dan terbukti keberanian mereka untuk mempertahankan
agama Sikh, maka Guru Gobind Singh menganugerahkan kepada mereka gelaran Singh yang
bermaksud Singa dan Kaur yang bermaksud puteri atau Singa betina sebagai lambang keberanian dan
penghargaan kepada mereka.
53
Major C.H Buck, I.A, Op.cit, hal 166.
54
Sikh Naujawan Sabha, Ugama Sikh, Negeri Sembilan: Chang Litho Press, 1969, hal 29.
55
Gurdwara adalah nama yang diberikan kepada rumah-rumah sembahyang bagi penganut agama Sikh.
Namun, secara lebih tepatnya ia merujuk kepada bilik yang dikhususkan untuk guru kerana perkataan
gurdwara itu sendiri bermaksud bilik guru. Gurdwara ini mempunyai dua fungsi iaitu tempat untuk
membaca kitab suci Guru Granth Sahib dan yang kedua ialah sebagai tempat sembahyang samada
secara individu ataupun kumpulan. Gurdwara ini dapat dikenali dengan adanya Nishan Sahib atau
bendera Khalsa yang berwarna kuning atau biru. Lihat The Encyclopaedia of Sikhism, Op.cit, Vol 2,
hal 146.

Di Amritsar ini juga, orang Sikh menjalankan upacara-upacara keagamaan


agama mereka. Antara perayaan yang utama ialah Hari Baisakhi Mela iaitu
perayaan yang disambut pada 13 April setiap tahun untuk mengingati jasa Guru
Gobind Singh yang telah menubuhkan golongan Khalsa pada tahun 1699,57
perayaan mengingati penderitaan Guru Arjan yang bertanggungjawab dalam
penyusunan kitab Guru Granth Sahib dan beberapa perayaan yang lain.58

C. RIWAYAT HIDUP GURU NANAK

Kisah-kisah mengenai kehidupan Guru Nanak banyak tercatat didalam


buku riwayat hidup yang dipanggil Janam Sakhis. Namun, ia tidak dianggap
sebagai buku biografi biasa, tetapi lebih kepada hagiografi iaitu buku mengenai
riwayat hidup seseorang yang dianggap suci. Kamunculan buku ini bukanlah atas
arahan dan kehendak Guru Nanak, kerana beliau sendiri tidak pernah meminta
pengikutnya atau sesiapa pun menulis mengenai riwayat hidup beliau. Bahkan
para pengikut Guru Nanak dan Guru Angad juga tidak pernah berbuat
demikian.59

56
H.O.K Rahmat H.S.(Dr), Op.cit, hal 315. Dalam gurdwara tidak ada berhala keranamenurut konsep
ketuhanan dalam agama Sikh, Tuhan adalah bersifat universal, tidak bertempat dan tidak mati.
Sekiranya berhala dianggap sebagai Tuhan, maka ia bertentangan dengan konsep asal ketuhanan yang
terdapat dalam agama tersebut. Ini kerana berhala itu bertempat, mati dan tidak layak dianggap sebagai
tuhan.
57
Archer, The Sikhs, New York: Russel and Russel, 1971, hal 22.
58
D. Byron Evans (Dr), Op.cit, hal.
59
Hari Ram Gupta, History of Sikh Gurus, New Delhi: Kapur Printing Press, 1973, hal 21.
a. Kelahiran Guru Nanak

Para ahli sejarah agama Sikh berselisih pendapat mengenai tarikh lahir
sebenar Guru Nanak. Ada yang mengatakan beliau dilahirkan pada 15 Kartik
(November) 1469 di Talwandi Rai Bhoi (kini dipanggil Nankara Sahib) di daerah
Punjab, Tenggara Lahore, Pakistan. Walaubagaimanapun, ada diantara mereka
yang berpendapat bahawa Guru Nanak dilahirkan pada 15 Baisakh (April) 1469
dan tarikh inilah yang disepakati oleh kebanyakan ahli sejarah.60 Ayah beliau
bernama Mehta Kalu dan merupakan seorang penganut agama Hindu dari suku
kaum Bedi dan berkasta Kshatriya.61

Semasa kecil, Guru Nanak merupakan kanak-kanak yang mempunyai


pemikiran yang cepat matang. Ketika berumur lima tahun, beliau telah mula
bertanya mengenai tujuan hidup manusia.62 Sejak dari kecil lagi, Guru Nanak
telah digambarkan oleh para pemujanya sebagai seorang yang mempunyai
personaliti dan pemikiran yang unik.63 Beliau telah menunjukkan beberapa ciri
keistimewaan yang menyerlahkan kehebatan dan keagungannya.64 Semenjak
kecil, beliau adalah seorang budak yang cantik, mudah tersenyum dan disayangi
oleh semua orang. Apabila disentuh dengan tiba-tiba, beliau akan terus memuji
Tuhan.65
60
Ibid, hal 31.
61
Ganda Singh (Prof), Guru Nanak, His Life and Teachings, Singapore: Singapore Sikh Missionary
Tract Society, 1940, hal 1.
62
Khushwant Singh, A History of the Sikh, New Delhi: Oxford University Press, Vol 1, 1963, hal 30.
63
Ganda Singh (Prof), Op.cit, hal 1.
64
Gobind Singh, Op.cit, hal 19.
65
Puran Singh (Prof), The Book of the Ten Masters, Amritsar: Chief Khalsa Diwan, t.t, hal 1.
b. Pendidikan

Dari segi pendidikan pula, Guru Nanak mula belajar metematik melalui
ayahnya di Lande Mahajani. Kemudian beliau belajar membaca dan menulis di
Devnagri dengan Brahmin, seterusnya mempelajari bahasa Parsi dan Arab
dengan Maulvi.66 Beliau menunjukkan minat terhadap pelajarannya dan
menghabiskan masanya untuk berbincang dengan orang-orang alim dan kadang-
kadang belajar secara bersendirian.67

Semasa Guru Nanak berusia tujuh tahun, beliau mendapat pendidikan di


sebuah kampung bernama Upadhyaya dalam bidang bahasa Sanskrit dan
matematik. Dengan pengetahuan ini, membolehkan beliau mendapat pekerjaan di
Vaishya Khatti. Walaubagaimanapun, pekerjaan ini tidak menarik minat beliau
kerana beliau lebih berminat untuk menjadi seorang reformasi atau nabi.68

Pada tahun 1487 iaitu ketika berumur dua belas tahun, beliau telah
berkahwin dengan Sulakhani dan memperolehi dua orang putera iaitu Sri Chand
pada tahun 1491 dan Lakhmidas pada tahun 1496.69 Walaubagaimanapun,
perkahwinan tersebut tidak mengubah pendiriannya mengenai soal-soal
kehidupan sehingga berlaku pergeseran antara Guru Nanak dengan ayahnya.70
66
Hari Ram Gupta, Op.cit, hal 37.
67
Khushwant Singh, Op.cit, hal 30
68
Ganda Singh (Prof), Op.cit, hal 1.
69
Hari Ram Gupta, Op.cit.
70
Ibid
Ayahnya telah cuba mendapatkan pekerjaan untuknya sebagai seorang
peniaga. Namun, pendirian beliau masih tidak berubah. Kemudian kakak beliau
telah membawa beliau tinggal bersamanya di Sultanpur. Suaminya yang bernama
Jairam, telah mendapatkan pekerjaan untuk Guru Nanak sebagai seorang
akauntan di Daulat Khan Lodis Modikhana. Walaupun beliau telah bekerja di
sana dengan jujur, namun hati beliau sentiasa tidak tenteram dan beliau
menghabiskan masa yang terluang dengan menyanyi dan memuji Tuhan.71

Pada masa yang sama di Talwandi, terdapat seorang pengubah lagu


Muslim bernama Mardana.72 Kerja beliau adalah menyanyi dan memainkan alat
muzik dari rumah ke rumah dan dari kampung ke kampung sambil meminta
gandum dan bijian dari orang ramai. Kemudian gandum dan bijian itu akan
dibahagi-bahagikan kepada orang ramai semasa beliau dalam perjalanan pulang.73

Mereka berdua telah pergi ke bandar-bandar dan menyanyi serta memuji-


muji Tuhan. Keadaan ini berterusan selama tujuh tahun. Namun begitu, kegiatan
dan aktiviti yang dilakukan bersama Mardana ini masih tidak dapat memberi
ketenangan kepada beliau. Akhirnya beliau bertapa di dalam sebuah gua dan pada
hari yang ketiga, beliau keluar sambil menyampaikan ajarannya iaitu “Na koi
Hindu, Na koi Musalman” yang bermaksud “Tidak ada Hindu dan tidak ada
Muslim”.74
71
Khushwant Singh, Op.cit, hal 31.
72
Mardana merupakan pengikut pertama dan juga rakan yang mempunyai minat yang sama dengan
Guru Nanak. Beliau dilahirkan di Talwandi Rai Bhoe Ki, bandar kelahiran Guru Nanak pada tahun
1459 iaitu sepuluh tahun sebelum kelahiran Guru Nanak. Beliau juga pernah pergi ke Mekah, Madinah
dan Baghdad bersama Guru Nanak.
73
Ibid.
74
Ibid, hal 39.
c. Pengembaraan Guru Nanak

Guru Nanak menganggap dirinya sebagai guru kepada seluruh manusia.


Bermula dari saat itulah, beliau diberi gelaran sebagai guru yang pertama dalam
agama Sikh. Beliau semakin kerap mengembara untuk menyebarkan ajaran dan
agama barunya kepada orang ramai.75 Pengembaraan beliau telah mengambil
masa selama dua belas tahun. Antara tempat yang dilawatinya ialah Barat Daya
Punjab, sebelah Timur dan Selatan India, Sri Lanka, kawasan Pergunungan
Himalaya dan Asia Barat.76 Guru Nanak juga telah pergi ke Baghdad dan di sini
beliau telah menghabiskan masanya bersama orang-orang miskin. Beliau juga
dikatakan pernah pergi mengerjakan haji di Mekah dan Madinah.77

Sepanjang misi pengembaraannya, Guru Nanak telah memberi penekanan


kepada lima perkara iaitu Gian (nyanyian untuk Tuhan), Dan (kebajikan untuk
semua), Ishnaan (Pembersihan tubuh badan dengan mandi pada waktu pagi),
Sewa (Pertolongan sesama manusia) dan Simran (Pengulangan nama Tuhan
secara berterusan da melakukan sembahyang kepada Tuhan).78 Guru Nanak
wafat di Kartarpur dalam wilayah Punjab pada 23 September 1539, ketika beliau
berumur 70 tahun.79

75
Sikh Naujawan Sabha, Op.cit, hal 1.
76
Hari Ram Gupta, Op.cit, hal 41.
77
Khushwant Singh, Op.cit, hal 34. Ulasan terhadap perkara ini telah diterangkan dalam bab 1. Sila
lihat hal 3 pada nota kaki no. 3.
78
Hari Ram Gupta, Op.cit, hal 41.
79
Joesoef Saou’yb, Op.cit, hal 148.
d. Ajaran Guru Nanak

Keseluruhan ajaran Guru Nanak menjadi kerangka kepada ajaran agama


Sikh. Namun ajaran-ajaran ini mula mengalami perubahan dan disusun secara
sistematik oleh sembilan orang guru selepas beliau. Ajaran ini akhirnya
disempurnakan oleh guru kesepuluh dan guru yang terakhir iaitu Guru Gobind
Singh.80

Para pengikut agama Sikh tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk


memahami ajaran Guru Nanak, kerana ajaran-ajaran beliau yang kebanyakannya
berbentuk bidalan dan ucapan telah dijelaskan oleh guru-guru selepasnya dan
dipraktikan oleh mereka. Lagipun semua ajaran ini terdapat dalam kitab suci
agama Sikh iaitu Guru Granth Sahib yang ditulis oleh Guru Arjan.81

Antara ajaran Guru Nanak yang menjadi panduan dan prinsip kepada para
pengikut Sikh ialah Tuhan yang satu, persaudaraan sesama manusia, penentangan
terhadap sistem kasta dan penyembahan kepada benda karut.82

80
Ganda Singh (Prof), Op.cit, hal 32.
81
Ibid.
82
Harbans Singh, The Heritage of the Golden Temple, Amritsar: The Shiromani Gurdwara Parbandhak
Committee, t.t, hal 9.
i. Tuhan yang Satu

Pokok ajaran yang paling utama dalam agama Sikh ialah konsep Tuhan
yang satu. Guru Nanak menerangkan bahawa Tuhan adalah satu dan berperanan
sebagai pencipta, ia tidak mati dan tidak mempunyai anak, ia juga berkuasa dan
pemurah terhadap makhluknya. Konsep ketuhanan yang dimaksudkan oleh Guru
Nanak ini sama ada ditujukan kepada Allah, Tuhan yang disembah oleh orang
Islam ataupun Vishnu atau Rama, tuhan yang disembah oleh orang Hindu.83
Walaubagaimanapun, tuhan yang satu ini bersifat universal, tidak bertempat dan
mempunyai kuasa yang tidak terbatas, berkuasa melakukan sesuatu tanpa
mengira tempat, masa dan keadaan.84
Agama Sikh mendakwa agama mereka sama dengan agama-agama lain
iaitu mempercayai kepada Tuhan yang satu. Mereka menamakan tuhan mereka
Wahiguru yang bermaksud “Tuhan Yang Menakjubkan”.85 Nama Tuhan yang
paling dimuliakan oleh mereka ialah Sat Nam yang bermaksud “Yang Maha
Benar”. Nama ini terdapat dalam kitab Guru Granth Sahib di setiap bahagian dan
pada ayat pertama kitab suci ini.86
83
Gurun Nanak merupakan seorang penganut Sikh yang berpegang teguh kepada konsep ketuhanan
yang satu dan beliau tidak menerima sebarang kompromi dalam soal ini. Beliau percaya bahawa
kekuasaan Tuhan tidak dapat dihurai dan dijelaskan, kerana Tuhan tidak mempunyai rupa dan bentuk.
Wujudnya pelbagai gambaran mengenai Tuhan adalah kerana manusia itu sendiri tidak mampu untuk
menyifat dan menceritakan perihal Tuhan. Oleh kerana kesukaran inilah, maka beliau menggunakan
pelbagai nama untuk Tuhan sama ada yang digunakan oleh orang Islam mahupun Hindu. Namun, sifat
yang sentiasa beliau kaitkan dengan Tuhan dalam agama Sikh ialah Sat Kartar atau Sat Nam.
Kenyataan Guru Nanak bahawa tidak ada Hindu dan tidak ada Islam adalah untuk menunjukkan
bahawa agama Sikh itu adalah agama yang berlainan dengan kedua-dua agama tadi. Tetapi dari segi
ketuhanan, beliau tidak dapat lari dari mengambil unsur-unsur dari kedua-dua agama tersebut
disebabkan masalah yang telah disebutkan diatas.
84
Harbans Singh, Op.cit, hal 34.
85
Geoffrey Parrinder, The World’s Living Religions, London: Pan Books Ltd, 1964, hal 58. Pada
peringkat awal, nama Tuhan dalam agama Sikh dipanggil Nam. Ia biasanya diterjemahkan sebagai
nama, tetapi pada hakikatnya ia mempunyai makna yang lebih luas iaitu pemujaan terhadap Tuhan.
Walaubagaimanapun, selepas agama Sikh mengalami proses evolusi, nama Tuhan Nam telah ditukar
kepada nama Wahiguru yang bermaksud seruan terhapad Tuhan dan ia mempunyai makna yang hampir
sama dengan perkataan Subhanallah yang terdapat dalam Islam.
86
Sikh Naujawan Sabha, Op.cit, hal 16.
Dalam agama Sikh, para penganutnya disuruh menyayangi Tuhan. Mereka
dapat menyayangi Tuhan apabila mereka membuang terlebih dahulu sifat ego dan
menyayangi sesama manusia. Mencintai Tuhan dalam agama Sikh bermakna
mencintai makhluk ciptaan Tuhan.87

ii. Persamaan sesama manusia

Menurut Guru Nanak, semua manusia adalah sama tanpa mengira pangkat,
darjat dan kekayaan. Dalam kehidupan bermasyarakat, tidak ada individu atau
golongan yang boleh menikmati kekayaan, kedudukan sosial dan mendapat
pelajaran serta hak yang istimewa. Beliau juga tidak mengiktiraf golongan paderi
atau orang-orang suci dalam agama Sikh.88
Bagi Guru Nank, perbezaan agama tidak boleh dijadikan alasan untuk
menafikan hak persamaan di antara manusia. Oleh sebab itulah, Guru Nanak
melayan dua orang rakan beliau iaitu Mardana, penganut Islam dan Bala yang
beragama Hindu dengan layanan yang sama untuk menunjukkan bahawa tidak
ada perbezaan di antara orang Islam dan orang Hindu.89

87
Gobind Singh, Op.cit, hal 5.
88
Ibid, hal 4.
89
Gobind Singh, Op.cit, hal 22.
iii. Penolakan terhadap kepercayaan karut

Menurut Guru Nanak, kehidupan yang sederhana tanpa kemewahan,


zuhud, pengasingan dari masyarakat dan penyiksaan bukanlah cara untuk
mendapatkan ilmu dan ia merupakan kepercayaan yang karut.90 Beliau juga
melarang penganutnya menyembah berhala kerana ia adalah perbuatan yang sia-
sia.91 Selain daripada itu, hukuman yang dibuat oleh seseorang ke atas dirinya
sendiri sebagai tanda penyesalan dianggap oleh Guru Nanak sebagai satu
perbuatan yang menyiksa tubuh badan. Tubuh badan manusia adalah digunakan
untuk beribadat kepada Tuhan.92 Oleh itu, segala kepercayaan dan perbuatan
yang karut dan sia-sia amat dilarang oleh beliau.

iv. Penolakan terhadap sistem kasta


Di zaman Guru Nanak, pembahagian masyarakat India diasaskan kepada
sistem kasta. Dalam sistam ini, seseorang itu dianggap mulia dan hina, tinggi dan
rendah berdasarkan kelahiran, bukannya bergantung kepada amalan. Agama Sikh
tidak mempercayai kepada kasta, kerana menurut Guru Nanak, kecintaan
seseorang kepada Tuhan merupakan kriteria utama untuk menilai sama ada
mulia, hina, baik atau buruk seseorang itu. Guru Nanak memberi penekanan
kepada penganut Sikh supaya mereka menjadikan rumah mereka sebagai tempat
untuk berbakti kepada orang lain.93

90
Khushwant Singh, Op.cit, hal 41.
91
Mohd Fauzi Hj. Awang, Ugama-Ugama Dunia, Kelantan: Pustaka Aman Press, 1971, hal 93.
92
Hari Ram Gupta, Op.cit, hal 66.
93
Ibid, hal 68.
D. PERKEMBANGAN AGAMA SIKH

Perkembangan agama Sikh cukup menarik untuk dikaji, kerana agama


Sikh berada di bawah pimpinan sepuluh orang guru selama 204 tahun. Dalam
jangka masa ini, sudah tentu terdapat pelbagai perubahan ini, kita dapat melihat
pembaharuan yang dilakukan oleh setiap guru agama Sikh dan perbezaanya
dengan zaman Guru Nanak.

Secara umumnya, perkambangan agama Sikh dapat dilihat dari dua tahap
yang berbeza iaitu tahap sebelum pimpinan Guru yang kelima, Guru Arjan Dev
(1581-1606) dan tahap selepasnya.

a. Sebelum Guru Arjan Dev

Guru-guru sebelum Arjan Dev iaitu Guru Angad (1539-1552), Guru Amar
Das (1552-1574) dan Guru Ram Das (1574-1581) lebih cenderung untuk
mengikuti ajaran-ajaran yang disampaikan oleh Guru Nanak dan mereka lebih
bertolak ansur terhadap musuh-musuh mereka.94
Guru Angad yang telah dilantik menjadi guru yang kedua telah melakukan
beberapa pembaharuan dalam agama Sikh. Pada masa pimpinan beliau, telah
berlaku perebutan kuasa di antara beliau dengan anak sulung Guru Nanak yang
bernama Sri Chand. Walaupun Sri Chand adalah seorang yang tidak mempunyai
cita-cita yang tinggi, namun dia menganggap dirinya lebih berhak dari Guru
Angad untuk menjadi guru yang kedua. Beliau telah menolak kepimpinan Guru
Angad dan menubuhkan satu puak lain bernama Udasis.95
94
Lewis M. Hopfe, Religions of the World, New York: Mac Millan Publishing Company, 1991. hal
189.
95
Khushwant Singh, Op.cit, hal 49.
Udasis berasal dari perkataan Udas yang bermaksud seseorang yang menolak dunia. Dengan tepatnya
ia menerangkan kecenderungan dan sifat semulajadi Sri Chand.
Untuk mengimbangi kekuatan puak Udasis, Guru Angad telah memberi
penekanan terhadap institusi keluarga yang dipanggil Grasth Tharam. Selain dari
itu, beliau juga telah membuat pembaharuan dengan mengadakan pertandingan
gusti, sukan dan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kecergasan para
pengikutnya.96 Beliau juga telah mencipta sejenis abjad yang dipanggil
Gurmukhi.97

Sepanjang pimpinan Guru Nanak dan Guru Angad, agama Sikh


memperolehi keseimbangan dari segi identiti melalui penubuhan Sangat98 dan
Pangat.99 Semasa pimpinan Guru Amar Das, beliau mengambil langkah
membina semula identiti yang telah hilang dengan menubuhkan Langgar100 dan
memperbaiki ajaran agama Sikh.101 Beliau juga telah memperkenalkan satu
sistem yang dipanggil sistem Manji.102 Sistem ini diperkenalkan untuk mengatasi
masalah kerenggangan di antara kumpulan Sangat dengan guru.103
96
Gobind Singh Mansukhani, Aspects of Sikhism, New Delhi: Army Educational Stores, 1982, hal 136.
97
Gurmukhi bermaksud sesuatu yang datang dari mulut para guru. Guru Angad adalah guru yang
bertanggungjawab mengumpul sajak-sajak Guru Nanak yang asalnya ditulis dalam bahasa penduduk
Lande Mahajani. Bahasa yang digunakan dalam sajak ini adalah bahasa yang kasar dan susah untuk
difahami. Guru Angad berpendapat bahawa sajak-sajak Guru Nanak yang ditulis dalam bahasa ini akan
memberi kesan yang tidak baik kepada orang ramai, kerana akan berlaku kesilapan ketika membaca dan
memahaminya. Untuk itu, beliau telah mengubah abjad bahasa Lande dan memberi bentuk yang baru
kepada Gurmukhi dalam bahasa Sanskrit.
98
Sangat merupakan sebuah pertubuhan pemikir agama Sikh yang telah ditubuhkan oleh Guru Nanak.
Pertubuhan ini berpegang kepada prinsip persaudaraan sejagat dan konsep pemujaan kepada Tuhan.
Semua manusia dari pelbagai kasta, jantina, kepercayaan dan taraf hidup digalakkan untuk menyertai
penubuhan ini. Lihat Gobind Singh Mansukhani, Aspects of Sikhism, Op.cit, hal 165.
99
Pangat bermaksud kumpulan manusia yang berada di atas garisan. Ia diperkenalkan oleh Guru Amas
Das dan mempunyai hubungan dengan Langgar dalam urusan memberi makanan kepada orang ramai.
Ibid, hal 167.
100
Langgar bermaksud dapur awam. Is adalah satu bentuk perkhidmatan yang juga diperkenalkan oleh
Guru Amar Das untuk menghapuskan perbezaan kasta yang wujud dalam agama Hindu. Melalui
Langgar ini, penganut Sikh dilatih untuk memberi dan menyediakan makanan percuma sesama mereka
berdasarkan persamaan tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Tugas Langgar ini ialah memasak
makanan dan mengurus dalam soal perkhidmatan. Lihat Sikh Rehat Maryada in Korean (A Guide to
the Sikh Way of Life), Sikh Rehat Maryada, Original Punjabi Book, Translator: Abraham, Wong,
Hoffman & Associates Ltd, 1991, t..t, hal.
101
Teja Singh, Op.cit, hal 1.
102
Manji bermaksud buaian. Para pendakwah Sikh menggunakan buaian ini untuk duduk sambil
menyampaikan syarahan kepada orang ramai. Dalam sistem Manji, penganut Sikh dikehendaki
memberi penerangan mengenai sajak puji-pujian terhadap guru. Mereka juga berperanan sebagai
perantaraan di antara guru dan kumpulan Sangat. Ia juga bertindak sebagai wakil guru dalam daerah
mereka masing-masing. Lihat Gobind Singh Mansukhani, Op.cit, hal 137.
Apabila Guru Ram Das mengambil alih pucuk pimpinan agama Sikh,
beliau telah membina sebuah gurdwara yang besar di Amritsar yang dipanggil
Sri Harimandar Sahib pada tahun 1577. Beliau juga telah menyusun semula
sistem Manji dan menukar namanya kepada nama baru iaitu Massand. Selain dari
itu, Guru Ram Das telah menjadikan jawatan guru sebagai jawatan warisan.
Langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Guru Ram Das ini telah dapat
menyatupadukan orang Sikh.104

b. Selepas Guru Arjan Dev

Zaman selepas Guru Arjan dianggap sebagai zaman perkembangan dan


kegemilangan agama Sikh. Selepas Guru Arjan mengambil alih pimpinan agama
Sikh daripada ayahnya Guru Ram Das pada tahun 1581, berlaku satu perubahan
terhadap taraf sosial dan kehidupan orang Sikh. Beliau merupakan orang yang
bertanggungjawab menyusun kitab suci agama Sikh iaitu Guru Granth Sahib
pada tahun 1604. Kitab yang mengandungi ajaran keempat-empat guru
sebelumnya ini juga merupakan lambang perubahan dalam kehidupan orang
Sikh.105
103
Ibid.
104
Gobind Singh Mansukhani, Op.cit, hal 144.
105
Puran Singh, Op.cit, hal viii.
Di bawah pimpinan beliau, agama Sikh memperolehi kekuatan dan
kekayaan hasil dari aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh orang Sikh.
Tambahan pula, beliau mula menjalinkan hubungan politik dengan negeri-negeri
lain sama ada di dalam atau luar India.106 Walaubagaimanapun, kemasyhuran dan
perubahan yang diperkenalkan oleh beliau ini telah menimbulkan perasaan irihati
dan dengki Empayar Moghul terhadap beliau. Bermula dari saat itu, agama Sikh
seolah-olah telah dibentuk ke arah agama ketenteraan. Banyak unsur kekerasan
dan penentangan telah dibawa masuk ke dalam agama Sikh. Penganut Sikh
digalakkan menggunakan kekerasan terhadap musuh-musuh mereka demi
memperjuangkan agama mereka.107

Walaupun unsur-unsur ketenteraan dan keganasan tidak disukai oleh Guru


Nanak, namun Guru Arjan Dev dan Guru-guru selepasnya seolah-olah tidak
menghiraukan perkaran tersebut. Guru Arjan telah menubuhkan satu angkatan
tentera bagi memerangi Kerajaan Islam Moghul yang diperintah oleh Sultan
Jahangir. Beliau cuba memerangi Punjab yang pada masa itu dikuasai oleh
Kerajaan Islam Moghul. Namun, usaha beliau gagal dan beliau telah ditewaskan
oleh Sultan Jahangir.108

106
Teja Singh, Op.cit, hal 2.
107
Ibid.
108
Joseoef Saou’yb, Op.cit, hal 151. Penentangan orang Sikh terhadap Kerajaan Islam Moghul bukan
kerana perbezaan agama, tetapi disebabkan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah Moghul
terhadap guru Sikh dan juga penganutnya. Sebagai contohnya ialah pembunuhan terhadap Guru Tegh
Bahadur, ayah kepada Guru Gobind Singh. Silap faham ini perlu diperbetulkan kerana agama Sikh
adalah agama yang berpegang kepada prinsip persamaan sesama manusia dan prinsip ini dapat dilihat
melalui kewujudan Langgar iaitu satu perkhidmatan yang memberi makanan percuma kepada semua
manusia berdasarkan persamaan tanpa mengira pangkat, kedudukan dan agama. Tambahan pula, agama
Sikh itu sendiri adalah agama yang wujud hasil gabungan di antara Islam dan juga Hindu. Dengan ini,
dakwaan bahawa agama Sikh bermusuhan dengan agama Islam adalah tidak tepat dan perlu kepada
pembetulan kerana penentangan dilakukan kepada pemerintah yang zalim, bukannya kepada agama
Islam.
Selepas kematian Guru Arjan, usaha penentangan diteruskan oleh guru-
guru selepasnya terutamanya Guru Hargobind, Guru Har Rai dan Guru Gobind
Singh. Guru Har Rai telah menanamkan kepercayaan kepada penganut Sikh
bahawa pedang adalah lambang kepimpinan yang suci dan beliau telah
menubuhkan satu angkatan tentera untuk menjatuhkan kerajaan Islam Moghul.109
Di akhir pemerintahannya, kediaman Guru Har Rai telah diawasi dan diberi
perhatian oleh Empayar Moghul kerana Aurangzeb iaitu pemerintah Moghul
ingin mencampuri urusan masyarakat Sikh. Akibatnya, Guru Har Rai membuat
penentangan terhadap Empayar Moghul.110

Semasa kepimpinan Guru Gobind Singh, banyak unsur-unsur ketenteraan


dan kekerasan telah diperkenalkan dalam agama Sikh. Beliau adalah orang yang
bertanggungjawab memulakan upacara pembaptisan di dalam agama Sikh.
Upacara ini adalah bertujuan untuk membangkitkan semangat kepahlawanan dan
keberanian di dalam dir penganut Sikh untuk menentang musuh mereka. Dari
upacara inilah lahirnya golongan Khalsa iaitu satu kumpulan penganut Sikh yang
setia dan sanggup berkorban demi mempertahankan agama mereka.111

109
Ibid, hal 152.
110
Fauja Singh, Sikhism, Edited by: L.M Joshi, Patiala: Publication Bureau Punjabi University, 1990,
hal 30 & 31.
111
Major C.H. Buck, LA, Op.cit, hal 166.
E. CIRI-CIRI AJARAN AGAMA SIKH

a. Kitab

Secara umumnya, kitab suci agama Sikh dapat dibahagikan kepada dua
jenis iaitu kitab yang dianggap sebagai sumber pertama dan sumber kedua. Kitab
yang tergolong dalam sumber pertama ialah Guru Granth Sahib dan Dasam
Granth. Manakala kitab yang termasuk dalam sumber kedua ialah Janam Sakhis.

i. Guru Granth Sahib

Nama asal kitab ini ialah Adi Granth dan ia telah ditulis oleh guru yang
kelima iaitu Guru Arjan. Kitab ini kemudiannya dipanggil Guru Granth Sahib
apabila Guru Gobind Singh menganugerahkan pangkat guru kepada kitab ini
pada tahun 1708.112 Ini adalah kerana menurut Guru Gobind Singh, beliau adalah
guru yang terakhir dan selepas beliau tidak ada lagi guru Sikh dari kalangan
pengikut agama tersebut. Oleh itu, Guru Granth Sahib akan dianggap sebagai
pengganti kepada beliau dan guru-guru sebelumnya.113

Sebelum Guru Granth Sahib dianggap sebagai sebuah kitab suci, kitab ini
asalnya adalah sebuah antologi yang dipanggil Mahaan Pothi. Ia ditulis oleh
Guru Amar Das dan di dalamnya terdapat karangan-karangan Guru Nanak dan
Guru Angad serta karangannya sendiri. Di samping itu, terdapat juga sajak-sajak
yang ditulis oleh penyajak seperti Kabir, Namdev, Trilochan, Ravidas, Sain dan
Jaidev. Mahaan Pothi ini akhirnya telah digunakan oleh Guru Arjan dalam proses
penyusunan kitab Adi Granth dan ditambah di dalamnya karangan Guru Tegh
Bahadur oleh anaknya iaitu Guru Gobind Singh.114
112
Gobind Singh Mansukhani, Op.cit, hal 91.
113
Sikh Naujawan Sabha, Op.cit, hal 10.
114
Gobind Singh Mansukhani, Op.cit, hal 92.
Kitab yang disusun oleh Guru Arjan telah ditokok tambah oleh Guru
Gobind Singh selepas kematiannya.115 Kitab yang ditulis tangan ini dibaca di Sri
Harimandar Sahib, iaitu gurdwara terbesar di Amritsar secara terus menerus
tanpa berhenti dan akan mengambil masa selama 48 jam untuk menghabiskan
bacaannya.116 Di dalam kitab ini terdapat lebuh kurang 6,000 nyanyian dan puji-
pujian terhadap Tuhan.117
Adi Granth yang asli ditulis oleh Guru Arjan dengan tulisan tangan dan
disempurnakan oleh Bhai Gurdas di Sri Harimandar Sahib, Amritsar pada tahun
1604. Salinan yang kedua pula ditulis oleh Bhai Banno dan mengandungi
beberapa tambahan puju-pujian. Salinan yang ketiga ditulis oleh Bhai Mani
Singh di Damdama pada tahun 1705 dengan mendapat tunjuk ajar dari Guru
Gobind Singh sendiri. Salinan ini mengandungi puji-pujian terhadap Tuhan dan
karangan-karangan yang dtulis oleh enam guru dan ia dikenali dengan nama
Damdame-vali-bir.118

115
Ahmad Abdullah al-Madoosi, Living Religions of the World, Karachi: Begum Aisha Bawany Wakf,
1962, hal 150.
116
D. Byron Evans (Dr), Op.cit, hal.
117
Tanpa pengarang, The New Encyclopedia Britannica, Op.cit, Volume 1, hal 98.
118
Gobind Singh Mansukhani, Op.cit, hal 99.
ii. Dasam Granth

Dasam Granth pula merupakan kitab suci yang kedua dalam agama Sikh.
Kitab ini lebih dikenali dengan nama Kitab Guru Kesepuluh dan ia mengandungi
ajaran-ajaran Guru Gobind Singh yang telah ditulis oleh Bhai Mani Singh selepas
kematian beliau. Walaubagaimanapun, kitab ini tidak setaraf dengan kitab Guru
Granth Sahib kerana nilai karanganya terlalu tinggi dan ia mengandungi
nyanyian-nyanyian yang dinyanyikan di gurdwara. Secara umumnya, karangan
yang terdapat dalam Dasam Granth terbahagi kepada dua kategori utama.
Pertamanya ialah sajak yang digunakan dalam upacara sembahyang dan yang
keduanya pula ialah sajak mengenai kegagahan dan keberanian.119

Dasam Granth penting kepada penganut agama Sikh kerana tiga perkara.
Pertama, ia merupakan sumber utama mengenai kehidupan dan ajaran Guru
Gobind Singh. Keduanya ialah kerana di dalamnya terdapat banyak sajak yang
berbentuk kegembiraan, kegagahan dan juga yang berbentuk cerita. Kepentingan
yang ketiga ialah kerana ia merupakan rujukan utama di Brij Bhasha, Punjabi dan
Parsi pada zaman pertengahan India. Ia menceritakan tentang sejarah lama India,
cerita rakyat dan kebudayaannya.120 Dasam Granth ini terdiri dari 17 buah buku
yang ditulis dalam empat bahasa iaitu Braj (Sanskrit), Hindi, Arab dan Punjabi.121

119
Ibid, hal 108.
120
Ibid, hal 113.
121
H.S. Singha, Mini Encyclopedia of Sikhism, New Delhi: Hemkunt Press, 1993, hal 28.
iii. Janam Sakhis

Selain dari Guru Granth Sahib dan Dasam Granth, terdapat juga kitab lain
yang dianggap sebagai sumber rujukan kedua dalam agama Sikh.122 Kitab yang
dimaksudkan ialah kitab Janam Sakhis123 yang berjumlah dua belas buah
semuanya.124

Kebanyakan penulis Janam Sakhis adalah terdiri dari mereka yang


mengkagumi dan memuja Guru Nanak. Ia ditulis pada akhir abad yang ke enam
belas atau sepanjang abad yang ke tujuh belas dan lapan belas. Kesemua Janam
Sakhis ditulis dalam bahasa Punjabi dengan menggunakan abjad yang dipanggil
Gurmukhi. Sebanyak dua belas Janam Sakhis telah ditulis, walaubagaimanapun
hanya enam buah sahaja yang terkenal iaitu Janam Sakhis of Bhai Bala, Puratan
Janam Sakhis, Sodhi Meharban’s Janam Sakhis, Bhai Mani Singh’s Janam
Sakhis, Mehman Prakash dan Bhai Gurdass Var I.125
122
Hari Ram Gupta, Op.cit, hal 29.
123
Perkataan ‘Sakhi’ berasal dari bahasa Sanskrit iaitu ‘Saksya’ yang bermaksud bukti atau keterangan
dan ‘Janam’ pula bermaksud kelahiran atau kehidupan.
124
Ibid, hal 21.
125
Ibid, hal 29.
b. Akidah dan ketuhanan

Dari sudut akidah dan ketuhanan, ajaran agama Sikh adalah berasaskan
kepada ajaran Guru Nanak yang berpegang kepada konsep Tuhan yang satu dan
perkara ini telah dijelaskan oleh penulis sebelum ini. Penganut Sikh yang sejati
ialah mereka yang bukan sahaja mempercayai bahawa tuhan itu satu dan
berkuasa, tetapi juga dapat memimpin dirinya ke jalan yang tidak membahaya
dan merosakkan diri sendiri seperti menipu, berzina dan sebagainya.126

Asas-asas yang diperkenalkan oleh Guru Nanak ini dijadikan panduan


dalam Japji Sahib (sembahyang pagi) dan Mool Mantar atau ayat-ayat suci di
permulaan sembahyang. Guru Nanak menggunakan pelbagai nama untuk Tuhan
iaitu Pita (ayah kepada makhluk), Pritam (penyayang), Khasam (ketua) dan Data
(Maha Pemberi). Walaupun Tuhan dalam agama Sikh berkongsi dengan nama-
nama yang digunakan oleh agama Hindu dan Islam seperti Ram, Govinda, Rab
dan Rahim, namun sifat tuhan yang tetap bagi Guru Nanak ialah Sat Kartar yang
bermaksud Pencipta Yang Sebenar dan Sat Nam atau Yang Maha Benar.127

c. Ibadah/Ritual

Ibadah merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari mana-
mana agama di dunia ini. Bagi agama Sikh, ibadah yang paling penting ialah
Naam Japna iaitu sembahyang. Puasa dan haji tidak dianggap sebagai ibadah
dalam agama Sikh. Walaubagaimanapun, penulis akan menjelaskan juga perkara
ini di bawah nanti kerana ia mempunyai kaitan dengan agama Sikh.
126
Khushwant Singh, Op.cit, hal 39.
127
Ibid, hal 40.
i. Naam Japna (Sembahyang)

Naam Japna atau sembahyang merupakan ibadah yang paling utama bagi
penganut Sikh. Mereka melakukannya sebelum membuat sesuatu pekerjaan
seperti mengembara, membuka perniagaan dan memulakan hidup baru.
Sekalipun mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan Naam Japna, mereka
akan melakukannya walaupun dengan ringkas. Ia boleh dipimpin oleh sesiapa
sahaja dan tidak terhad kepada sesiapapun. Ini bertujuan untuk mengelakkan
wujudnya golongan paderi atau orang suci dalam agama Sikh yang menganggap
hanya mereka sahaja yang layak mengepalai Naam Japna.128

Naam Japna yang dilakukan pada waktu pagi dipanggil Japji Sahib.
Manakala Naam Japna pada waktu petang dipanggil Rehras dan yang dilakukan
pada waktu malam dipanggil Kirtan Sohila. Di dalam Japji Sahib atau
sembahyang pada waktu pagi, ayat-ayat suci dibacakan adalah Mool Mantar, 38
rangkap sajak dan Salok iaitu sajak yang diucapkan di akhir Japji Sahib.129

Rehras yang bermaksud jalan yang betul merupakan Naam Japna yang
dilakukan pada waktu petang. Bacaan yang dibacakan dalam Rehras ini ialah
sepuluh karangan sajak iaitu lima karangan Guru Nanak, tiga karangan Guru
Ram Das dan dua karangan Guru Arjan. Di akhir Rehras ini, guru akan memberi
penekanan bahawa kehidupan ini merupakan satu peluang yang penting bagi
menghalang daripada berlakunya proses pengulangan kelahiran dan kematian. Ia
juga merupakan peluang untuk bersatu dengan sifat ketuhanan iaitu dengan
meminta bantuan melalui nama tuhan yang suci.130
128
Ibid, hal 184 &185
129
Ibid, hal 94
130
Ibid.
Manakala Kirtan Sohila yang bermaksud nyanyian pujian adalah Naam
Japna yang dibuat ketika hendak tidur. Ia mengandungi lima karangan iaitu tiga
karangan Guru Nanak, satu karangan Guru Ram Das dan satu karangan Guru
Arjan. Masa ketika tidur bagi orang Sikh merupakan simbolik kepada masa untuk
menghadapi kematian dan pada waktu itu mereka tidak boleh melupai Tuhan.131

Selain dari Naam Japna atau sembahyang, puasa dan melawat tempat-
tempat suci juga terdapat dalam agama Sikh, namun amalan ini tidak dianggap
sebagai satu ibadah yang wajib dilakukan. Pada masa Guru Nanak, puasa
dilakukan secara adat sahaja. Ia diamalkan oleh orang biasa sebagai satu amalan
kerohanian dan untuk tujuan perubatan.132 Walaubagaimanapun, Guru Nanak
tidak menggalakkan puasa kerana menurut beliau tubuh badan manusia adalah
untuk beribadah kepada tuhan. Oleh sebab itu, tiada sebab kita menyiksa tubuh
badan kita dengan berlapar ketika berpuasa.133 Walaubagaimanapun, selepas
Guru Gobind Singh menjadi guru yang terakhir, beliau tidak membenarkan lagi
para penganut Sikh melakukan ibadah puasa melainkan untuk perkara-perkara
yang memerlukan puasa seperti perubatan dan sebagainya.134
131
Ibid.
132
Gobind Singh, Op.cit, hal 155.
133
Amarjit Singh Sethi, Comparative Religion, New Delhi: Dhewan Printing Works, 1974, hal 114 &
115.
134
Ibid.
Guru Nanak juga tidak melarang penganut Sikh melawat ke tempat-tempat
suci. Namun begitu, bagi beliau ibadah haji tidak memberi apa-apa faedah
kepada kerohanian dan tidak dapat menghapuskan dosa-dosa yang lepas.135 Guru
Nanak pernah berkata bahawa haji tidak memberi faedah walaupun sebesar biji
sawi. Ini kerana orang yang pergi mengerjakan haji adalah bertujuan untuk
melawat dan kebanyakan mereka melakukan dosa ketika berada di tempat-tempat
suci. Walaupun kekotoran di tubuh badan dapat dihilangkan dengan mandi di
dalam kolam suci, tetapi ia tidak dapat membersih kekotoran yang terdapat dalam
pemikiran.136

Kalau dalam Islam kota Mekah dan Madinah dianggap sebagai kota suci,
maka dalam agama Sikh pula tempat yang suci bagi mereka ialah Amritsar dan
Jabarpur. Amritsar merupakan tempat yang paling suci kerana terdapat perayaan-
perayaan utama diadakan disini pada setiap tahun. Oleh itu, ia menjadi tumpuan
penganut Sikh dari seluruh dunia untuk menziarahi dan melawatnya.137

135
Hari Ram Gupta, Op.cit, hal 66.
136
Gobind Singh, Op.cit, hal 154
137
Alan Brown, Festivals in World Religions, Longman London and New York, 1986, hal 242.
LAMBANG-LAMBANG AGAMA SIKH

A. PENGENALAN

Ciri-ciri lain yang terdapat dalam agama Sikh ialah lima lambang iaitu
Kes, Kara, Kachera, Kirpan dan Kangha. Bagi agama Sikh, Panch Kekaar138
atau lambang-lambang agama merupakan simbol dan pengenalan utama bagi
para penganut agama tersebut di seluruh dunia dan ia membezakan orang Sikh
dengan orang India yang lain. Bagi mereka, lambang ini menjadi pegangan dan
simbol persaudaraan yang sejati sesama mereka dan persaudaraan ini
direalisasikan melalui penubuhan golongan Khalsa.

a. Jenis Lambang-Lambang Dalam Agam Sikh

Dalam agama Sikh, lambang-lambang yang menjadi identiti agama itu


dikenali sebagai Panch Kekaar. Lebib mudah lagi ia disebut the five k’s atau lima
K. Ia terdiri daripada lima lambang iaitu Kes (rambut), Kangha (sikat), Kirpan
(pedang), Kachera (seluar labuh) dan Kara (gelang besi).139
138
Perkataan ‘Panch’ bermaksud lima dan ‘Kekaar’ pula bermaksud simbol.
139
David G. Bradley, A Guide to the World’s Religions, englewood City, N.J: Ptentice Hall,
1965, hal 129. Ejaan perkataan Kes, Kangha, Kirpan, Keachera dan Kara berbeza diantara
seorang pengarang dengan pengarang yang lain. Sebagai contohnya ialah perkataan kes. Ada
pengarang yang mengejanya dengan ejaan Kesh dan Keshes. Kangha pula ada yang dieja
dengan Kanga. Sesetengah pengarang pula menulis Kirpan dengan Kripan dan Khanda.
Perkataan Kachera ada yang dieja dengan Kach, Kachh dan Kachha. Akhir sekali perkataan
Kara yang dieja dengan Kartha. Walaubagaimanapun, ejaan-ejaan yang tepat dan paling
banyak ditulis oleh para pengarang ialah Kes, Kara, Kirpan, Kachera dan Kangha. Sepanjang
kajian terhadap buku-buku agama Sikh, penulis mendapati perbezaan ejaan ini hanya
melibatkan aspek penulisan semata-mata, tanpa ada sangkut paut dengan makna atau simbolik
yang tersirat di sebalik perbezaan tersebut. Penulis telah menemubual Dr. Surinder Singh di
Sri Gurdwara Sahib Kota Bharu pada 28hb Januari, jam 12 tengahari. Menurut beliau,
perbezaan itu timbul kerana kelima-lima Panch Kekaar itu berasal dari bahasa Punjab. Oleh
sebab itu, cara sebutan, loghat dan tulisannya berbeza di antara seorang pengarang dengan
pengarang yang lain.

Kelima-lima lambang ini menjadi kayu pengukur terhadap ketaatan


penganut agama Sikh kepada agama mereka. Sehubungan dengan itu, mereka
perlu menghormati kelima-lima Panch Kekaar ini, kerana ia mempunyai
hubungan yang rapat dengan golongan Khalsa yang dianggap suci oleh penganut
agama Sikh.

Untuk tujuan tersebut, penulis akan menghuraikan satu persatu lambang-


lambang tersebut bagi mendapatkan gambaran yang jelas dan terperinci
mengenainya.

1. Kes

Kes bermaksud rambut dan bulu yang terdapat di seluruh tubuh badan
manusia. Ia merupakan salah satu lambang yang penting dalam agama Sikh dan
ia mempunyai maksud yang begitu mendalam dalam kehidupan penganutnya. Ia
bukan sahaja menggambarkan kepatuhan mereka kepada ajaran Guru Gobind
Singh, tetapi juga mengandungi kepercayaan bahawa Kes tersebut adalah
anugerah dari Tuhan yang menjadi lambang ketinggian beliau sebagai guru Sikh
yang terakhir.140 Oleh kerana itu, agama Sikh tidak membenarkan para
penganutnya sama ada lelaki atau perempuan memotong rambut dan buku yang
terdapat di seluruh tubuh badan mereka dan ia mestilah sentiasa dijaga
kebersihannya.141

140
Ganga Singh Gyani, Lives of Sikh Gurus and Basic Principles of Sikhism, Budhwar:
M.B. Joshi, Dnyanavilas Press, 1962, hal 2. Kes dianggap sebagai lambang kepatuhan
penganut Sikh terhadap Guru Gobind Singh kerana beliau adalah guru terakhir yang
menyempurnakan ajaran guru-guru sebelumnya. Oleh kerana beliau merupakan guru yang
bertanggungjawab memperkenalkan Kes secara rasmi dalam agama sikh, maka ia dianggap
sebagai lambang kepatuhan penganut Sikh kepada beliau.
141
Temubual dengan Prof. Madya dr. Harbindar Jeet Singh.

Ini bermakna penganut Sikh tidak dibenarkan memotong rambut yang


terdapat pada badan, kerana menurut dakwaan guru-guru Sikh, dengan rambut
dan janggut yang panjang akan memudahkan mereka untuk mentaati segala
perintah Tuhan. Berdasarkan kepercayaan inilah, menyebabkan kesemua sepuluh
orang guru agama Sikh mempunyai rambut dan janggut yang panjang.142

Orang Sikh juga percaya bahawa sebelum mereka menerima ajaran


daripada guru-guru mereka, terlebih dahulu mereka hendaklah mempunyai
persamaan dengan bentuk dan jasmani guru-guru mereka. Rambut dan janggut
yang panjang menjadi simbol bagi orang Sikh untuk membuktikan bahawa
mereka adalah penganut yang benar-benar taat kepada agama.143

Selain daripada itu, rambut dan janggut yang panjang juga merupakan
salah satu syarat bagi orang Sikh untuk menjadi penganut yang sejati.144 Oleh
sebab itu, mereka yang memotong dan tidak menghormati rambut dan janggut
dipanggil ‘Patit’ yang bermaksud ‘Pengkhianat’.145 Walaubagaimanapun, guru-
guru agama Sikh tidak pernah menuduh pengikut mereka yang memotong dan
mengerat rambut serta janggut sebagai orang yang tidak beriman.146
142
Sikh Naujawan Sabha, Op.cit, hal 27
143
Ibid.
144
Ibid, hal 10.
145
The New Encyclopedia Britannica, Op.cit, Volume 27, hal 287.
146
Sikh Naujawan Sabha, Op.cit.
2. Kangha

Lambang yang kedua dalam agama Sikh ialah Kangha yang


bermaksud sikat. Sikat yang dimaksudkan hendaklah diperbuat daripada
kayu dan ia hendaklah sentiasa diletakkan di dalam serban mereka. Sikat
perlu dihormati oleh orang Sikh kerana ia mempunyai hubungan yang
rapat dengan Kes.147 Kangha dan Kes adalah dua lambang yang saling
lengkap melengkapi di antara satu sama lain kerana Kes yang tidak
dibasuh, dijaga dan disikat akan menyebabkannya menjadi kusut dan
tersimpul.148

Justeru, dengan adanya sikat, penganut Sikh akan sentiasa


kelihatan kemas dan bersih sepanjang masa. Dengan sebab itulah, mereka
diharuskan menyisir rambut mereka sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Mereka mempercayai bahawa dengan berbuat demikian, mereka akan
dapat mengingati bahawa hati mereka juga mesti sentiasa disisir dan
disucikan supaya ia menjadi bersih setiap masa.149 Selain dari itu,
menjadi kewajipan kepada penganut Sikh untuk meletakkan Kangha di
atas kepala mereka sebagai simbol disiplin dan hidup berperaturan di
samping untuk mengelakkan rambut dari menjadi kusut.150
147
Agus Salim, Perbandingan Agama, C.V. Diponegoro, Bandung, 1985, hal 188.
148
H.S. Singha, (Dr) Satwant Kaur, Sikhism: A Complete Introduction, New Delhi: Hemkrunt Press,
1994, hal 108.
149
Op.cit.
150
H.S. Singha, (Dr) Satwant Kaur, Op.cit.
3. Kirpan

Kirpan151 atau pedang merupakan satu lagi lambang yang perlu dihormati
oleh penganut agama Sikh. Pedang yang dimaksudkan di sini adalah pedang yang
mempunyai dua mata dan ia dipakai oleh orang Sikh di tali pinggang mereka.152
Kirpan merupakan simbol kekuataan dan senjata yang amat berharga bagi
penganut agama Sikh. Mereka yang memegang dan mempunyai simbol ini
menunjukkan mereka adalah seorang penganut Sikh yang setia kepada agama dan
mempunyai keimanan yang teguh.153

Kirpan akan mempertingkatkan orang Sikh tentang tujuan mereka


dilahirkan di dunia ini iaitu untuk mengekalkan keadilan dan menolong orang
yang lemah dan tidak berdaya. Di samping itu juga, menunjukkan kesediaan
penganut Sikh untuk berkhidmat kepada Tuhan.154 Kirpan juga melambangkan
ilmu pengetahuan. Oleh sebab itu, penganut Sikh disuruh membawa sekurang-
kurangnya satu bilah Kirpan yang berukuran kecil di tubuh mereka sebagai
simbol penghormatan mereka kepada ilmu pengetahuan. Bagi Guru Gobind
Singh, beliau ingin menjadikan Kirpan itu sebagai simbolik kepada kekuasaan
Tuhan yang mencipta alam ini serta penyelamat kepada kebenaran.155

151
Kirpan adalah gabungan dari perktaan ‘Kirpa’ yang bermaksud pengakuan dan ‘an’ yang bermaksud
kemuliaan.
152
John Clark Archer, The Sikh, New York: Princeton University Press, 1971, hal 196.
Menurut Dr. Surinder Singh, orang Sikh sekarang tidak lagi memakai Kirpan di tali pinggang mereka
kerana ia tidak sesuai dengan zaman sekarang. Pemakaian cara tersebut dilakukan oleh orang Sikh
terdahulu memandangkan kepentingannya untuk mempertahankan diri mereka dari musuh.
Walaubagaimanapun, mereka masih memakai Kirpan yang kecil dan disangkut di tubuh mereka dan
ada yang meletakkannya di dalam serban yang mereka pakai.
153
Sikh Naujawan Sabha, Op.cit, hal 28.
154
Temubual dengan Prof. Madya Dr. Harbindar Jeet Singh.
155
Ganga Singh Gyani, Op.cit, hal 110.
Setiap orang Sikh yang membawa Kirpan akan menganggapnya sebagai
hadiah daripada Guru Gobind Singh. Ia bukan sahaja dianggap sebagai senjata
untuk mempertahankan diri, tetapi juga sebagai simbol luaran kepada roh dan
jiwa yang tidak pernah kalah dan kecewa.156 Dalam upacara pahul atau baptis
yang dilakukan oleh Guru Gobind Singh, beliau telah menggunakan Kirpan
untuk mengacau amrit yang bercampur dengan madu untuk diberi minum kepada
para pengikutnya.157

4. Kachera

Kachera bermaksud seluar pendek yang dipakai oleh orang sikh hingga ke
lutut.158 Seluar ini hampir serupa dengan seluar yang dipakai oleh askar dan ia
dipotong serta dijahit khas untuk orang Sikh. Ia merupakan lambang kemurniaan
dan kesucian dalam kehidupan berumahtangga atau dalam agama Sikh, ia
dipanggil Gristi Jiwan.159 Kachera yang menjadi lambang bagi agama Sikh
merupakan pakaian orang India sejak zaman lampau lagi. Walaubagaimanapun,
bentuk dan fesyen Kachera ini telah berubah akibat dipengaruhi oleh unsur-unsur
luaran. Selain dari memberi satu bentuk pakaian kepada para penganut Sikh,
Kachera juga melambangkan jiwa dan mental yang bebas dari pemikiran
tradisional.160
156
Ranbir Singh, Glimpses of the Divine Masters, New Delhi: Internasional Traders Corporation, 1965,
hal 265.
157
The New Encyclopedia Britannica, Op.cit, Volume 5, hal 318.
Tujuan amrit diberi kepada penganut Sikh adalah sebagai syarat untuk menjadi ahli golongan Khalsa.
Dengan ini, taraf mereka adalah sama dan hubungan persaudaraan dan kasih sayang sesama mereka
dapat diwujudkan sebagaimana yang dikehendaki melalui pembentukan golongan Khalsa itu sendiri.
158
Khushwant Singh, A History of the Sikhs, Volume 1, Op.cit, hal 84.
159
Ganga Singh Gyani, Op.cit, hal 109.
160
H.S. Singha (Dr) Satwant Kaur, Op.cit, hal 109.
Simbol di sebalik lambang ini ialah seseorang suami atau isteri akan
sentisa setia kepada pasangan mereka masing-masing. Ia juga melambangkan
keberanian dan kepahlawanan untuk mempertahankan diri dan agama mereka
dari musuh.161 Secara umumnya, Kachera bolehlah dianggap sebagai sejenis
seluar yang dipakai bertujuan untuk menjaga moral sama ada antara suami isteri
ataupun antara lelaki dan perempuan.162

5. Kara

Kara juga merupakan simbol yang penting bagi orang Sikh. Ia bermaksud
gelang besi dan ia wajib dipakai oleh setiap orang Sikh sama ada lelaki atau
perempuan. Dari segi kewujudannya, Kara bukanlah berasal dari agama Sikh,
tetapi ia merupakan satu proses adaptasi yang diambil dari agama Hindu. Sejah
dahulu lagi dalam masyarakat orang Hindu di India, sudah menjadi satu adat bagi
mereka untuk meminta nasihat dan pandangan dari Brahmin apabila mereka ingin
melakukan sesuatu kerja yang baik. Mereka akan menemui Brahmin untuk
mengetahui masa yang sesuai untuk bercucuk tanam atau untuk menentukan
masa yang baik untuk sesuatu perjalanan. Sekiranya masa perjalanan mereka
jatuh kepada hari yang tidak baik, mereka akan bertolak sehari lebih awal
ataupun sehari selepasnya untuk mengelakkan diri dari sebarang kecelakaan.
Adat ini dalam masyarakat Hindu dipanggil ‘Paintra Rakh Auran’.163

161
Sikh Naujawan Sabha, Op.cit, hal 28.
162
Temubual dengan Prof. Madya Dr. Harbindar Jeet Singh.
163
Sahib Singh (Prof), Guru Gobind Singh, Delhi: Raj Publisher (Regd), Adda Hoshiarpur Jullundur
City, 1967, hal 62-63.
Mengikut kepercayaan Hindu juga, hari-hari dalam setiap minggu akan
diketahui oleh seorang Dewa atau Tuhan yang berlainan dan setiap dewa tersebut
mempunyai tugas yang tertentu. Sebagai contohnya ialah Tuhan Saturn yang
merupakan tuhan yang bersifat pemarah. Untuk melembutkan kemarahannya,
orang-orang Hindu digalakkan memberi minyak, besi dan biji benih kepada
Brahmin pada setiap hari Sabtu. Sekiranya sesebuah keluarga, terutamanya
kanak-kanak membawa masuk mana-mana barang besi ke dalam rumah mereka
pada hari Sabtu, barang tersebut akan membawa bencana kepada mereka.164
Sewaktu Guru Gobind Singh menjadi guru yang kesepuluh, kepercayaan
ini masih kuat dipegang oleh masyarakat Hindu. Oleh itu, beliau telah
mempraktikkan adat ini di Anandpur dengan menyerahkan besi, minyak dan biji
benih kepada Brahmin pada hari Sabtu. Apabila Brahmin hendak membawa
barang ini pulang ke rumahnya, orang-orang Sikh telah mengekorinya dan
bertanya mengenai tujuan barang-barang itu. Brahmin tersebut menjelaskan
bahawa barang itu adalah untuk dipersembahkan kepada Tuhan Saturn dan Guru
Gobind Singh menyerahkan kepadanya untuk mengelakkan dirinya daripada
terkena bala bencana.165

Penganut Sikh yang sentiasa diajar oleh Guru Gobind Singh tentang Tuhan
yang satu, tidak dapat menerima penjelasan Brahmin lalu merampas barang
tersebut dan memdakwa bahawa barang itu juga berfaedah kepada mereka.
Kemudian mereka terus membuat ‘Parshad’166 dan memakannya. Dari situlah
penganut Sikh mula memakai gelang besi daripada besi yang dirampas dari
Brahmin dan ia dibuat khas oleh tukang besi dari Anandpur.167
164
Ibid.
165
Ibid, hal 64.
166
Parshad ialah sejenis manisan yang diberi kepada para penganut Sikh selepas upacara sembahyang
di gurdwara. Ia diperbuat daripada gandum, gula dan minyak sapi dalam kuantiti yang sama dan ia
digaul di dalam bekas besi.
167
Sahib Singh (Prof), Op.cit, hal 64.

Peristiwa ini merupakan satu lakonan yang sengaja dibuat oleh Guru
Gobind Singh untuk melihat sejauh manakah para pengikutnya berpegang teguh
dengan ajaran beliau mengenai kepercayaan terhadap perkara tahyul. Beliau
merasa bangga dengan para pengikutnya dan mengarahkan mereka memakai
gelang besi tersebut sebagai memperingati kemenangan mereka melawan
kepercayaan tahyul yang wujud dalam masyarakat Hindu.168

Dengan ini, Kara amat dititikberatkan oleh penganut Sikh yang ingin
membuktikan bahawa mereka adalah penganut Sikh yang benar-benar taat.
Gelang besi yang dipakai itu mestilah diperbuat daripada besi dan hendaklah
sentiasa dipakai pada lengan kanan atau kiri bergantung kepada individu itu
sendiri pada setiap masa dan ketika. Mereka yang memakai Kara ini akan
sentiasa mengawasi diri dari melakukan kejahatan, kerana jika ada yang hendak
melakukan kejahatan dengan tangan, mereka akan teringat kepada Kara yang
mereka pakai dan seterusnya kepada ajaran agama Sikh itu sendiri.169 Di samping
itu, ia akan memperingatkan para penganut Sikh supaya melakukan perkara yang
baik dengan tangan mereka seperti bekerja keras, membantu orang yang susah
dan orang yang memerlukan pertolongan.170 Mereka juga percaya bahawa
dengan memakai gelang ini, mereka akan sentiasa mengingati janji yang mereka
buat dengan Tuhan, ketika mereka mula-mula dirasmikan menjadi golongan
Khalsa.171

168
Ibid.
169
Temubual dengan Prof. Madya Dr. Harbindar Jeet Singh.
170
Temubual dengan En. Mehander Singh di Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian pada
19hb Julai 2000, jam 3.30 petang.
171
Temubual dengan Prof. Madya Dr Harbindar Jeet Singh.
Dari segi falsafahnya, Kara ini mempunyai dua maksud dalam kehidupan
orang Sikh. Pertamanya ialah lingkaran gelang besi tersebut menunjukkan
bulatan yang tidak mempunyai permulaan dan pengakhiran. Ini membawa
maksud kepercayaan mereka kepada sosial masyarakat yang bersifat sejagat.
Mereka yang memakai Kara dianggap sebagai individu yang mempunyai sikap
toleransi terhadap semua makhluk, di samping kepercayaan kepada konsep
persaudaraan sesama manusia. Maksud yang keduanya ialah besi itu sendiri
adalah satu benda yang berguna dalam kehidupan manusia. Sifatnya yang keras,
menunjukkan mereka adalah orang yang tidak akan tunduk kepada sebarang
ancaman dan ugutan.172 Sebab itu, Kara tidak dibuat daripada emas atau perak.173

Diantara kelima-lima lambang ini, Kes berada di tempat yang paling


tinggi.174 Kara dan Kirpan merupakan dua lambang yang hanya berperanan
sebagai simbolik sahaja, sedangkan tiga lambang lagi iaitu Kachera dan Kangha
pula mempunyai faedah dan kepentingan yang tersendiri dalam kehidupan
masyarakat Sikh.175

Daripada huraian terhadap kelima-lima Panch Kekaar di atas, penulis


dapat membuat kesimpulan bahawa kewujudan Panch Kekaar dalam agama Sikh
amat berkait rapat dengan kehidupan sosial masyarakat Sikh dan ia
mempengaruhi pemikiran, tindak tanduk dan pergerakan mereka.
172
Sahib Singh (Prof), Op.cit, hal 108 & 109.
173
H.S. Singha (Dr), Satwant Kaur, Op.cit, hal 108.
174
Ibid, Vol 2, hal 39.
175
Sahib Singh (Prof), Op.cit, hal 110.
Oleh sebab itu, menurut Dr. S.C Jain dalam bukunya A Panorama of Sikh
Religion & Philosophy, beliau menjelaskan bahawa setiap lambang agama Sikh
itu mempunyai maksud dan tujuannya yang tersendiri. Kes melambangkan
kerohanian, Kachera melambangkan pengawalan diri, Kara pula bertujuan untuk
menjauhkan diri daripada melakukan perzinaan, Kangha melambangkan fikiran
dan tubuh badan yang bersih, manakala kepentingan Kirpan pula adalah sebagai
alat pertahanan untuk menegakkan kebenaran terutamanya semasa menghadapi
sesuatu kecemasan.176

ii. Hubungan Lambang-Lambang (Panch Kekaar) Dengan Golongan Khalsa

Sebelum penulis menghuraikan tentang hubungan di antara Panch Kekaar


dengan golongan Khalsa, perlu diketahui bahawa Khalsa177 dan Guru Gobind
Singh merupakan dua istilah yang cukup sinonim dan mempunyai pertalian yang
cukup rapat dengan kehidupan penganut agama Sikh. Untuk itu, di sini terlebih
dahulu penulis akan menghuraikan secara ringkas mengenai riwayat hidup Guru
Gobind Singh dan peranan beliau dalam kemunculan golongan Khalsa.
176
S.C Jain (Dr), A Panorama of Sikh Religion & Philosophy, Delhi: Bahubali Publications, 1985, hal
91.
a. Riwayat hidup Guru Gobind Singh

Guru Gobind Singh dilahirkan pada 26 Disember 1666 di sebuah tempat


yang bernama Patna. Beliau mendapat pendidikan awal disini dan meneruskan
pengajian beliau di Anandpur. Ketika Guru Gobind Singh dilantik menjadi guru
kesepuluh menggantikan ayahnya Guru Tegh Bahadur yang telah dibunuh oleh
Aurangzeb,178 beliau baru berumur 9 tahun. Pada waktu itu, Empayar Moghul
merupakan ancaman utama kepada agama Sikh dan juga agama-agama lain.179
Oleh sebab itu, beliau telah menghabiskan masanya selama 20 tahun di Anandpur
bagi melatih para pengikutnya berperang dengan menggunakan senjata.180

Sepertimana datuknya Guru Har Gobind, Guru Gobind Singh juga


mempunyai minat yang sama iaitu memburu bersama-sama dengan satu
rombongan kecil yang membawa bendera Diraja di hadapan berserta dengan
Ranjit Nagara181 (dram) dan kumpulan berkuda yang dilengkapi dengan senjata.
Antara pembaharuan yang dilakukan oleh Guru Gobind Singh semasa beliau
menjadi guru yang kesepuluh ialah memberi gaji kepada askar-askarnya yang
terdiri dari orang Sikh, Hindu, Islam dan beberapa lagi bangsa lain.182 Beliau

178
Aurangzeb atau nama penuhnya Muhiuddin Muhammad ‘Alamgir Aurangzeb merupakan
pemerintah terakhir Empayar Moghul. Selepas berjaya menaiki takhta kerajaan pada 21 Julai 1658,
beliau telah menjalankan polisi yang menindas orang bukan Islam. Guru Sikh yang ketujuh ialah Guru
Har Rai telah menentang polisi ini dan usaha ini telah diteruskan oleh guru yang seterusnya iaitu Guru
Har Krishnan dan Guru Tegh Bahadur. Akhirnya Guru Tegh Bahadur telah ditangkap dan dipancung
oleh Aurangzeb pada 11 November 1675 di Delhi. Aurangzeb telah meninggal dunia pada 20 Febuari
1707. Lihat The Encyclopaedia of Sikhism, Op.cit, hal 221.
179
Ganga Singh Gyani, Op.cit, hal 22.
180
Gobind Singh Mansukhani (Prof), The Quintessence of Sikhism, Amritsar: Shiromani Gurdwara
Parbandhak Committee, 1965, hal 36.
181
Ranjit Nagara adalah sebuah dram yang besar yang diletakkan di gurdwara. Ia dipalu sebanyak dua
kali setiap hari iaitu pada waktu pagi dan petang. Pada waktu pagi, paluannya adalah untuk
mengejutkan pengikut Sikh supaya mengerjakan Japji Sahib atau sembahyang pagi. Pada waktu petang
pula, ia adalah bertujuan untuk memanggil orang ramai supaya mengerjakan Rehras atau sembahyang
petang. Namun sekarang, Ranjit Nagara tidak lagi digunakan di gurdwara kerana sudah terdapat alat
perhubungan yang lebih canggih seperti telefon.
182
Ganga Singh Gyani, Op.cit, hal 23.
juga banyak mempelajari sajak-sajak Parsi dan seramai 52 orang penyajak telah
diupah untuk membantu beliau menterjemahkan sajak-sajak tersebut ke dalam
sajak Hindu.183

Oleh kerana beliau adalah seorang peminpin yang mempunyai misi dan
keazaman yang tinggi untuk membentuk satu masyarakat penganut Sikh yang
kuat dari segi ketenteraan, maka Guru Gobind Singh telah membina sebuah
kilang membuat Kirpan untuk para pengikutnya. Setelah beliau merasakan agama
Sikh mempunyai tentera yang kuat, maka pada 29 Mac 1699, beliau telah
menubuhkan golongan Khalsa bagi menghadapi serangan yang dilancarkan oleh
Empayar Moghul. Ekoran daripada itu, telah meletus beberapa peperangan di
antara tentera beliau dengan tentera Moghul. Akhirnya pada tahun 1701, kota
Anandpur telah dikepung oleh tentera Moghul dan beliau sendiri terpaksa
melarikan diri bersama pengikut-pengikutnya. Selepas menjadi guru selama 33
tahun, akhirnya Guru Gobind Singh wafat di Nander pada bulan Oktober 1708.184

b. Sejarah Penubuhan Khalsa

Dari segi bahasa, perkataan Khalsa berasal dari perkataan Arab iaitu
Khalis yang bermaksud bersih, suci, asli dan tulin. Maksud ini memberi satu
penekanan terhadap konsep kejujuran, keikhlasan dan keselamatan dalam
beragama. Walaupun perkataan Khalsa itu adalah istilah Arab yang biasa
digunakan oleh orang Islam, namun bagi Guru Gobind Singh, beliau mendapati
ada sesuatu keajaiban dan keistimewaan yang terdapat dalam istilah ini yang
183
Gobind Singh Mansukhani (Prof), Op.cit, hal 38.
184
Ibid, hal 43.
tentunya berbeza dengan Islam dari segi tujuan dan matlamatnya.185
Kalau dilihat dari segi penubuhannya, terdapat dua punca utama yang
mendorong Guru Gobind Singh memperkenalkan Khalsa. Pertamanya ialah
kezaliman Empayar Moghul terhadap orang-orang Sikh yang telah menjatuhkan
hukuman bunuh ke atas dua orang Guru agam Sikh iaitu Guru Arjun (30 Mei
1606) dan Guru Tegh Bahadur (11 November 1675).186 Punca yang kedua ialah
kebencian beliau terhadap sistem kasta yang terdapat dalam agama Hindu yang
memberi kemuliaan kepada golongan Brahmin berbanding dengan golongan
lain.187 Guru Gobind Singh menganggap keuda-dua punca ini adalah krisis
kepada penganut agama Sikh yang sering merisaukan beliau.188

Dalam agama Sikh, sejarah penubuhan Khalsa dipanggil “Khande-di-


Pahul” yang bermaksud “Pembaptisan dengan pedang”.189 Peristiwa ini berlaku
pada 29 Mac 1699 di sebuah kubu pertahanan yang bernama Keshgarh.190

185
Archer, The Sikh, Russel and Russel, New York, 1971, hal 192.
Perkataan Khalsa yang berasal dari bahasa Arab telah dipilih sebagai nama bagi golongan suci dalam
agama Sikh kerana ia mempunyai dua keistimewaan. Pertama, hubungannya dengan angka lima dan
keduanya ia menggambarkan satu pemberian daripada Tuhan. Dalam penulisan bahasa Arab, perkataan
Khalsa terdiri daripada lima huruf iaitu Kha, Alif, Lam, Sad dan Alif. Setiap huruf ini pula mempunyai
makna yang tersendiri. Bagi agama Sikh, angka lima mempunyai makna yang istimewa kerana ia
merujuk kepada negeri Punjab yang bermaksud tanah lima sungai. Lagipun bahasa Arab adalah salah
satu daripada bahasa elite dan Guru Gobind Singh sendiri merupakan seorang sarjana dalam bahasa
tersebut dan juga penulisannya.
186
Tanpa pengarang, The New Encyclopedia Britannica, Op.cit, Volume 27, hal 286.
187
John Bailey, Gods and Men Myths and Legends from the World’s Religions, Oxford University
Press, 1992, hal 139.
188
Ibid.
189
Dorothy Field, The Religion of the Sikhs, Delhi: Ess Ess Publications, 1976, hal 25.
190
Anil Chandra Banerjee, The Sikh Gurus and the Sikh Religion, New Delhi: Munshiram Manoharlal
Publishers Pvt. Ltd., 1983, hal 309.
Beliau telah memanggil semua orang Sikh dari seluruh India untuk
menghadiri upacara tersebut. Setelah mereka semua berkumpul, Guru Gobind
Singh telah meminta lima nyawa daripada pengikutnya yang bersedia berkorban
sebagai bukti kesetiaan mereka kepada agama Sikh. Walaupun ramai yang
menawarkan diri, hanya lima orang sahaja yang dipilih. Namun, kelima-lima
mereka ini tidak dibunuh oleh Guru Gobind Singh kerana beliau ingin menguji
kesetiaan mereka terhadap agama Sikh. Kelima-lima mereka ialah Daya Ram,
Dharam Das, Himmat Rai, Mohkan Chand dan Sahib Chand.191

Dalam upacara ini, amrit iaitu air yang bercampur dengan madu telah
dikacau oleh Guru Gobind Singh dengan menggunakan pedang yang bermata dua
di dalam bekas air besi sambil menyebut Five Banis atau nama jenis sembahyang
yang terdapat dalam agama Sikh.192 Kemudian isteri beliau yang bernama Sahib
Devan telah mencampurkan air tersebut dengan manisan atau gula.193 manisan
yang dimasukkan ke dalam air itu melambangkan kasih sayang yang ingin
ditanamkan oleh Guru Gobind Singh ke dalam diri setiap pengikutnya.194

Menurut Indubhusan Banerjee dalam bukunya yang bertajuk Evolution


of the Khalsa, beliau telah menjelaskan bahawa amrit itu bermaksud madu dan
‘Amrit Shakna’ atau meminum madu adalah merupakan syarat bagi seseorang itu
untuk diterima masuk ke dalam golongan Khalsa melalui upacara pahul atau
baptis.195
191
John Bailey, Op.cit, hal 141. Kelima-lima mereka ini merupakan penganut Sikh yang terpilih untuk
menyerahkan nyawa mereka kepada Guru Gobind Singh sebagai bukti kesetiaan mereka kepada beliau
dan juga agama Sikh. Mereka ini bukan dianggap sebagai pahlawan, tetapi sebagai wakil Guru Gobind
Singh di setiap perjumpaan agama yang penting. Kini, dalam upacara Akhand Path iaitu upacara
pembacaan Guru Granth Sahib dari awal hingga akhir, lima orang akan mengetuai perarakan ini
sebagai mengenang kelima-lima mereka yang telah dipilih oleh Guru Gobind Singh.
192
Nama lima jenis sembahyang ialah Japji Sahib, Jaap Sahib, Sawiye, Chaupey dan Anand Sahib.
193
Gobind Singh Mansukhani (Prof), Op.cit, hal 53.
194
Dorothy Field, Op.cit, hal 26.
195
Indubhusan Banerjee, Evolution of the Khalsa, Vol 2, Calcutta: A. Mukharjee & C.O Private Ltd.,
1962, hal 114.
Guru Gobind Singh kemudiannya telah memberi minum air tersebut
kepada mereka berlima dengan memberi seorang demi seorang lima cedok air
dari bekas air yang diperbuat dari besi. Beliau telah menyuruh mereka menyebut
kata-kata “Wahguru ji ka Khalsa, Wahguru ji ki fateh” yang bermaksud “Khalsa
adalah milik Wahguru, kemenangan adalah milik Tuhan”.196 Akhir sekali, Guru
Gobind Singh menyuruh mereka memakai lima lambang yang dimulai dengan
huruf K iaitu Kes, Kangha, Kirpan, Kachera dan Kara197 yang kemudiannya
kelima-lima lambang ini menjadi lambang penting dalam agama Sikh. Oleh
kerena kerelaan dan kesanggupan kelima-lima mereka menyahut cabaran Guru
Gobind Singh tanpa bantahan, mereka ini telah diberi gelaran ‘Panji Piyare’ yang
bermaksud ‘lima orang yang dikasihi’.198

Selepas selesai upacara baptis terhadap Panji Piyare, Guru Gobind Singh
telah memberi penghormatan kepada mereka berlima tersebut pula untuk
membaptis beliau dengan cara yang sama. Kemudian ia diikuti pula oleh
beberapa orang lagi pengikut Sikh sehingga dalam masa beberapa hari sahaja,
seramai 80,000 orang pengikut Sikh telah dapat dibaptiskan oleh Guru Gobind
Singh. Jumlah penganut Sikh yang begini besar ini dapat dibaptiskan dalam masa
yang singkat, kerana kelima-lima Panji Piyare ini berasal dari bahagian yang
berlainan di India. Daya Ram berasal dari utara, Dharam Das dari bahagian
tengah, Mokhan Chand dari bahagian timur, Sahib Chand dari bahagian selatan
dan Himmat Rai pula dari bahagian barat. Dengan adanya wakil dari setiap
bahagian, maka upacara ini dapat dijalankan dengan cepat tanpa mengambil masa
yang lama.199
196
Kata-kata ini diucapkan oleh orang Sikh apabila mereka bertemu sesama mereka sepertimana ucapan
salam yang biasa diucapkan oleh orang Islam. Selain dari itu, ucapan Sat Sri Akal juga digunakan,
tetapi biasanya ia digunakan di dalam peperangan.
197
S.C Jain (Dr), Op.cit, hal 58.
198
Anil Chandra Banerjee, Op.cit, hal 309 & 310.
199
S.C Jain (Dr), Op.cit, hal 58. walaubagaimanapun, menurut John Bailey dalam buku Gods and Men
Myths and Legends from the World’s Religions dan juga beberapa orang penulis lagi, mereka
berpendapat bahawa semua 80,000 orang Sikh hadir ke Keshgarh untuk dibaptiskan oleh Guru Gobind
Singh sendiri.
Mereka yang turut serta dalam upacara baptis ini dari awal hingga akhir
telah diberi nama oleh Guru Gobind Singh dengan nama ‘Singh’ yang bermaksud
‘lion’ untuk lelaki dan ‘Kaur’ yang bermaksud ‘princess’ bagi perempuan di
akhir nama mereka. Manakala mereka yang turut serta, tetapi secara sepenuhnya
dipanggil ‘Sahijdharis’ yang bermaksud ‘orang yang hidup dalam keselesaan’.
Golongan awal orang Sikh yang terlibat dalam upacara ini kebanyakannya terdiri
daripada golongan askar dan kemudiannya diikuti oleh golongan petani dan
peniaga.
Kini, upacara pahul masih lagi diamalkan oleh masyarakat Sikh yang
secara umumnya terbahagi kepada dua kategori iaitu Sahij Dhari atau ‘orang
awam’ dan Kesh Dhari Singhs yang bermaksud ‘golongan pahlawan Sikh’.
Golongan pertama iaitu Sahij Dhari atau orang awam merupakan golongan yang
mengamalkan peraturan agama Sikh dan mereka tidak bersedia untuk menjadi
seorang askar. Walaubagaimanapun, mereka tidak memakai mana-mana lambang
yang menzahirkan kepercayaan mereka terhadap agama Sikh. Golongan yang
kedua pula iaitu Kesh Dhari Singhs atau golongan pahlawan Sikh adalah
golongan yang menerima upacara pahul atau baptis dan bersedia berkhidmat
untuk masyarakat. Mereka ini berpegang teguh dengan Khalsa dan mengamalkan
kelima-lima lambang dalam kehidupan mereka.201

200
Dorothy Field, Op.cit, hal 26.
201
Jogendra Singh, Sikh Ceremonies, Ludhiana: Lahore Book Shop, 1978, hal 5.
Dalam masyarakat Sahij Dharis atau orang awam, amrit dipraktikkan
semenjak bayi dilahirkan lagi. Seseorang itu boleh menjadi golongan Khalsa
sekiranya mereka percaya kepada Guru Granth Sahib, Tuhan yang satu dan
meninggalkan penyembahan berhala. Tetapi dalam masyarakat Kesh Dhari
Singhs atau golongan pahlawan Sikh, amrit dipraktikkan sebaik sahaja anak-anak
mereka mula membesar dan boleh membaca tulisan guru serta dapat memahami
ajaran-ajaran yang terkandung dalam agama Sikh.202

Sebagai seorang pemimpin agama Sikh, Guru Gobind Singh telah melatih
golongan Khalsa berorientasikan ketenteraan dan peperangan. Namun gerakan
militan ini tidak berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki. Akibatnya ramai
pengikutnya terbunuh, termasuk empat orang anak lelakinya sendiri203 iaitu Ajit
Singh, Jujhar Singh, Zorawar Singh dan Fateh Singh.204
Selepas kematian Guru Gobind Singh, Khalsa mula menjadi lemah.
Namun selepas serangan kerajaan Moghul ke atas pengikut Sikh, Khalsa kembali
aktif dan muncul semula dengan kekuatan dan wajah yang baru. Kumpulan ini
telah diletakkan di bawah pentadbiran baru yang dipanggil ‘misl’ yang
bermaksud “contoh”. Di bawah pentadbiran ini, orang Sikh telah mengadakan
kutipan derma dari kampung-kampung dan bandar-bandar bagi membiayai
serangan mereka ke atas Empayar Moghul.205 Dengan itu, Khalsa menurut
agama Sikh merupakan satu gerakan yang dapat membawa mereka ke arah
integrasi dan penyatuan umat tanpa mengira bangsa dan kasta.206

202
Ibid, hal 5-6.
203
Tanpa pengarang, The New Encyclopedia Britannica, Op.cit, Volume 27, hal 285.
204
Gobind Singh Mansukhani (Prof), Op.cit, hal 41.
205
Tanpa pengarang, The New Encyclopedia Britannica, Op.cit.
206
S.C Jain (Dr), Op.cit, hal 58.
c. Kewajipan Khalsa

Setiap penganut Sikh yang telah dibaptiskan untuk menjadi golongan


Khalsa, mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh
pengasasnya iaitu Guru Gobind Singh. Antara kewajipan tersebut ialah:

1. Berkewajipan untuk mengabdikan diri kepada Tuhan dan menyebut


Nitnem (pujian kepada Tuhan) serta melakukan ibadat harian kepada
Tuhan.
2. Wajib beramal dengan kelima-lima lambang atau Panch Kekaar dan
mengatur kehidupan mereka selari dengan ajaran guru-guru.
3. Selepas menjadi golongan Khalsa, semua mereka adalah bersaudara dan
sudah tidak ada lagi sistem kasta dalam masyarakat. Mereka juga tidak
dibenarkan mengikut mana-mana perayaan dan upacara keagamaan
yang terdapat dalam agama lain.
4. Berkewajipan mengikut semua upacara keagamaan Sikh sama ada yang
melibatkan upacara kelahiran, kematian dan perkahwinan dalam
keluarga.
5. Berkewajipan membelanjakan satu persepuluh dari pendapatan untuk
kepentingan agama.
6. Mesti melatih diri berperang dan bersedia mempertahankan orang-orang
yang lemah.
7. Mesti taat kepada ketua dan negara.
8. Mereka dilarang mempercayai perkara khurafat, memotong rambut,
berzina dan merokok.
9. Mereka juga dilarang dari mengikut sebarang aktiviti yang melanggar
undang-undang seperti meminum arak dan minuman yang
memabukkan, membina tugu atau patung di atas kubur dan berkawan
dengan orang yang murtad.207
d. Hubungannya dengan lambang-lambang

Konsep Khalsa adalah berdasarkan konsep bangsa dan pejuang pilihan


yang mengambil berat terhadap undang-undang dan tatacara yang bersifat
kesusahan. Mereka tidak dibenarkan meminum minuman keras, menghisap rokok
dan apa sahaja jenis bahan yang mengkhayal dan memabukkan. Mereka juga
harus taat mengerjakan sembahyang atau Naam Japna dan mesti berjuang untuk
menegakkan ‘Dharmayudha’ iaitu peperangan untuk menegakkan keadilan.208

Nombor lima yang dikaitkan dengan Khalsa, merupakan simbol yang


mempunyai makna yang istimewa dalam agama Sikh, kerana ia merujuk kepada
negeri mereka iaitu Punjab yang bermaksud ‘tanah lima sungai’. Keistimewaan
nombor lima ini dapat dilihat dari kata-kata Guru Gobind Singh sendiri dalam
kitabnya “Di mana terdapat lima, di situlah aku berada”. Dari nombor lima inilah,
Guru Gobind Singh memperkenalkan lima K yang menjadi lambang-lambang
bagi agama Sikh.209

Dari segi falsafahnya, upacara pahul dalam Khalsa itu sebenarnya adalah
simbol kelahiran semula. Ini bermaksud bahawa mereka telah memulakan hidup
baru dengan meninggalkan pekerjaan mereka sebelum ini iaitu sebagai askar,
membuang pegangan sebelumnya dan mengambil pegangan Khalsa sebagai
pengganti.210
207
Gobind Singh Mansukhani (Prof), Op.cit, hal 202.
208
Tanpa pengarang, The New Encyclopedia Britannica, Op.cit, Volume 27, hal 285.
209
Ibid, hal 286.
210
Khushwant Singh, Op.cit, hal 84.
Kelima-lima panch Kekaar yang menjadi pakaian rasmi kepada golongan
Khalsa mempunyai ikatan yang rapat dengan unsur-unsur psikologi. Guru
Gobind Singh sewaktu berumur sembilan tahun lagi telah mengalami tekanan
jiwa setelah mendengar ayahnya, Guru Tegh Bahadur dihukum pancung oleh
Kerajaan Moghul di Chandni Chauk, Delhi. Begitu juga dengan orang Sikh yang
telah disoal dan disiksa oleh Kerajaan Moghul mengalami tekanan yang sama.
Oleh kerana itu, penubuhan golongan Khalsa dengan lima lambangnya telah
mengubah status orang Sikh dari imej seekor ‘burung pipit’ (Sparrow) kepada
seekor ‘helang’ (Hawk). Dengan perkataan lain, kemunculan golongan Khalsa
adalah hasil dari perasaan tidak puas hati dan dendam Guru Gobind Singh
terhadap Kerajaan Moghul. Oleh itu, beliau telah mengarahkan pengikutnya
memakai kelima-lima lambang sebagai uniform kepada golongan Khalsa.211

iii. Kepentingan Lambang-Lambang Agama Sikh

Upacara pembaptisan penganut Sikh yang ingin menjadi ahli golongan


Khalsa telah dijalankan dalam suasana tegang. Keadaan ini tidak memberi ruang
kepada Guru Gobind Singh untuk menerangkan kepada pengikutnya tentang
kepentingan dan tujuan lambang-lambang ini diwajibkan ke atas mereka. Namun
begitu, ia tidak menyukarkan bagi mereka untuk memahaminya.212

211
Sardar Singh Rataul, The Khalsa, Amritsar: The Shiromani Gurdwara Parbandhak Committee, 1964,
hal 27.
212
Khushwant Singh, Op.cit, hal 86.
Upacara pahul dilakukan dalam suasana tegang kerana golongan Khalsa telah ditubuhkan dalam
suasana Guru Gobind Singh dan pengikutnya masih lagi menaruh perasaan dendam terhadap Empayar
Moghul di atas kematian ayahnya, Guru Tegh Bahadur. Walaubagaimanapun, proses perjalanan
upacara tersebut berjalan dengan lancar kerana tidak diganggu oleh mana-mana pihak termasuk
Empayar Moghul sendiri, sehingga semua 80,000 orang Sikh yang hadir di upacara tersebut dapat
dibaptiskan oleh Guru Gobind Singh.
Lambang merupakan satu cara untuk berdisiplin. Seseorang yang
menyertai Khalsa akan berasa gembira untuk melaksanakan segala prinsip yang
tersirat di sebalik lambang-lambang. Lambang-lambang merupakan kayu
pengukur terhadap keteguhan dan kekuatan pegangan penganut Sikh terhadap
agama mereka. Mereka akan merasa bangga menjadi penganut Sikh, walaupun
terpaksa menggadaikan nyawa mereka.213

Selain dari itu, lambang-lambang ini menjadi uniform dan satu pengenalan
yang mudah bagi orang ramai untuk mengenali orang Sikh, kerana dari jauh lagi
mereka dapat dibezakan dengan penganut agama lain. Ia juga merupakan simbol
persaudaraan dan penyatuan di antara orang Sikh dalam satu masyarakat.214

Kes iaitu rambut dan bulu yang terdapat pada tubuh manusia termasuk
janggut merupakan lambang yang memang tidak asing bagi orang Sikh, kerana ia
merupakan amalan yang biasa diamalkan oleh para pendeta di India sejak zaman
berzaman lagi. Inilah yang menyebabkan semua Guru Sikh dan pengikutnya
mempunyai rambut yang panjang dan ia bukanlah pembaharuan dalam agama
Sikh.215

Oleh kerana rambut merupakan lambang kependetaan dan kerohanian,


maka Guru Gobind Singh melarang pengikutnya memotong rambut supaya
golongan Khalsa yang ingin diwujudkan itu akan menjadi pejuang yang
menggunakan senjata hanya untuk kebenaran sahaja, sesuai dengan simbolik
yang terdapat pada rambut itu sendiri. Manakala lambang-lambang yang lain
merupakan pelengkap kepada lambang rambut ini.216
213
Gobind Singh Mansukhani (Prof), Op.cit, hal 204.
214
Khushwant Singh, Op.cit, hal 86.
215
Ibid, hal 86.
216
Ibid.
Lambang yang kedua pula ialah (sikat Kanga). Ia bertujuan untuk
menjadikan rambut kelihatan kemas dan bersih, agar golongan Khalsa yang
menyikat rambut akan kelihatan seperti Guru Gobind Singh. Manakala Kachera
(seluar labuh hingga ke lutut) adalah lambang kepantasan, ketangkasan, moral
dan simbol persediaan mereka untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kara
adalah lambang pertahanan diri dan pengabdian. Ini bermaksud bahawa setiap
orang Sikh adalah pengikut kepada guru dan dengan adanya gelang besi ini akan
menyebabkan mereka merasa segan untuk melakukan jenayah dan maksiat.217
Walaubagaimanapun, memang sukar untuk dijelaskan maksud dan tujuannya,
kerana gelang besi ini merupakan peniruan daripada budaya para pejuang agama
Hindu yang memakai tangkal dan azimat di pergelangan tangan sebelum mereka
pergi berperang. 218

Ia berbeza dalam agama Sikh, gelang besi yang dipakai di pergelangan


tangan kanan pada asalnya adalah bertujuan untuk mengelakkan tangan daripada
dilukai oleh senjata. Dalam sesuatu peperangan, biasanya tangan kanan yang
memegang senjata akan terdedah kepada tetakan. Ini bebeza dengan tangan kiri
kerana ia sudah memegang perisai bagi mempertahankan diri dari tetakan senjata.
Untuk tujuan tersebutlah, orang Sikh memakai Kara di tangan kanan mereka. 219

Walaubagaimanapun, pemakaian Kara di tangan kanan bergantung kepada


kesesuaian pemakainya.

217
Gobind Singh Mansukhani (Prof), Op.cit, hal 204.
218
Ibid, hal 86.
219
Ibid. hal 86.

Lambang yang terakhir sekalai ialah Kirpan yang bermaksud pedang. Ia


melambangkan kuasa dan keberanian, di samping kegunaannya sebagai senjata
untuk mempertahankan diri dalam peperangan. Ini kerana golongan Khalsa
bukan sahaja bersaudara dalam perkara kebenaran, tetapi juga bersaudara dalam
soal peperangan mempertahankan diri dan agama. 220

Kirpan menjadi lambang kebanggaan bagi penganut Sikh untuk


membuktikan bahawa mereka merupakan bangsa yang kuat dan berani. Menurut
sejarah agama Sikh, selepas Banda Bahadur berjaya mengalahkan Wazir Khan,
pemerintah Moghul pada 24 Mei 1710 dan menjadi pemerintah di Sirhind, beliau
telah mengukir pada duit syiling nama Guru Nanak dan Guru Gobind Singh. Di
samping itu, beliau juga mengukir dua benda yang menjadi kebanggaan orang
Sikh iaitu Degh yang bermaksud kawah atau cerek dan Tegh iaitu pedang yang
digunakan oleh golongan Khalsa. 221

Apabila penganut agama Sikh memakai lambang-lambang tersebut ketika


berhadapan dengan musuh, mereka kan membuat satu pilihan sahaja iaitu sama
ada membuang lambang tersebut dari tubuh mereka atau maju ke hadapan untuk
menghadapi musuh. Dengan ini, semangat keberanian akan memberi satu
dorongan kepada mereka untuk mengalahkan musuh. 222

Sepanjang kajian yang dilakukan, penulis dapat membuat kesimpulan


bahawa kelima-lima lambang tersebut mempunyai hubungan yang erat diantara
satu sama lain. Kes merupakan lambang yang mempunyai maksud dan makna
yang begitu mendalam dalam kehidupan penganut Sikh. Ini kerana ia
mempunyai kaitan dengan kepercayaan kepada Guru Gobind Singh dan akidah
220
Ibid, hal 86.
221
Ibid, hal 107.
222
Ibid, hal 120.

mereka kepada Tuhan. Kepercayaan mereka kepada Guru Gobind Singh


direalisasikan melalui larangan memotong rambut dan janggut yang terdapat
pada tubuh badan. Larangan ini dibuat supaya para penganut Sikh mempunyai
persamaan dengan jasmani guru-guru mereka. Manakala akidah kepada Tuhan
pula ialah Kes akan memudahkan mereka untuk mentaati segala perintah Tuhan.

Di samping itu, Kes juga dianggap sebagai lambang kependetaan dan juga
kerohanian yang mempunyai kaitan dengan tindak tanduk dan perbuatan
penganut Sikh. Ini bermaksud bahawa Kes akan memperingatkan mereka supaya
melakukan perkara kebaikan sahaja sesuai dengan simbolik yang terdapat di
sebalik Kes itu sendiri.

Kangha pula merupakan lambang atau simbol kebersihan dan kekemasan.


Ia harus dihormati oleh penganut Sikh kerana hubungannya dengan Kes yang
sememangnya dianggap anugerah Tuhan. Kangha merupakan pelengkap kepada
Kes kerana ia memberi kekemasan dan kecantikan kepada Kes. Oleh kerana itu,
penganut Sikh sama ada lelaki dan perempuan akan meletakkan Kangha di dalam
serban bagi lelaki dan bagi perempuan pula ia diletakkan di dalam sanggul
mereka. Ini menunjukkan bahawa dengan adanya Kangha, Kes akan kelihatan
kemas dan secara tidak langsung memperlihatkan kehebatan Kes itu sebagai
simbol kerohanian dan juga anugerah dari Tuhan.
Manakala Kirpan pula mempunyai perkaitan dengan konsep keadilan yang
amat dititikberatkan oleh agama Sikh. Keadilan yang ingin ditegakkan itu
merupakan satu suruhan dan ajaran dari Tuhan. Oleh sebab itu, mereka yang
memegang dan menghormati simbol ini dianggap sebagai penganut Sikh yang
setia dan mempunyai keimanan yang teguh. Apa yang ingin diketengahkan oleh
Guru Gobind Singh melalui simbol ini ialah penganut Sikh merupakan penganut
agama yang bersedia menegakkan keadilan sejagat tanpa mengira bangsa,
keturunan dan agama. Keadilan ini dizahirkan melalui perantaraan Kirpan yang
juga dianggap sebagai simbol kekuatan dan senjata untuk menentang musuh.

Seterusnya, Kachera dan Kara merupakan dua lambang yang berperanan


untuk menjaga dan mengawal diri para penganut Sikh dari melakukan perkara
yang dilarang oleh agama. Fungsi Kachera adalah untuk menjaga moral dan
akhlak terutama pasangan suami isteri daripada melakukan perkara yang boleh
merosakkan kerukunan rumahtangga. Sekiranya ada di antara pasangan yang
ingin melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap pasangannya, maka Kachera
berperanan untuk menjaga mereka daripada melakukannya. Manakala Kara pula
berfungsi untuk mengawal penganut Sikh dari melakukan kejahatan dengan
tangan mereka. Ini kerana, Kara yang berada di tangan akan mengingatkan
mereka kepada janji yang mereka buat dengan Tuhan iaitu untuk menegakkan
keadilan dan berkhidmat kepada Tuhan. Dengan terhalangnya mereka daripada
melakukan kejahatan dengan tangan, membuktikan bahawa mereka adalah
penganut yang taat kepada Tuhan dan juga penganut yang mempunyai sikap
toleransi sesama makhluk.
Kelima-lima lambang ini menjadi satu kewajipan kepada setiap penganut
agama Sikh sama ada lelaki dan perempuan, kecuali serban yang memang
dikhususkan kepada penganut lelaki sahaja. Manakala bagi penganut wanita,
mereka diwajibkan meletakkan kain tudung di atas kepala mereka ketika hendak
menghadiri upacara sembahyang dan memasuki gurdwara.

Walaupun kelima-lima lambang atau Panch Kekaar ini mempunyai


kedudukan dan kepentingan yang sama di antara satu sama lain, namun Kes
mempunyai satu kelebihan iaitu ia satu-satunya lambang yang dianggap sebagai
anugerah dari Tuhan dan ia memang sedia ada pada tubuh badan manusia.
Kelebihan ini tidak terdapat pada empat lambang yang lain, kerana empat
lambang tersebut semuanya diperkenalkan oleh Guru Gobind Singh semasa
beliau menjadi guru yang terakhir.

iv. Kaitan Lambang-Lambang Dengan Serban Dan Adat Resam

Lambang-lambang agama sebagaimana yang telah dijelaskan, merupakan


pengenalan dan simbol kepada orang Sikh serta mempunyai kaitan yang cukup
rapat dengan kehidupan mereka. Dalam huraian ini, penulis akan menjelaskan
hubungan dan kaitan Panch Kekaar dengan dua perkara iaitu serban dan juga
adat resam yang menjadi sebahagian dari kehidupan penganut agama Sikh.
a. Pemakaian Serban

Di samping Kes, Kangha, Kirpan, Kachera dan Kara yang dianggap


sebagai lima lambang penting dalam agama Sikh, penganut Sikh juga
mempunyai satu simbol lain yang lebih istimewa iaitu serban. Serban atau dalam
bahasa Punjab ia dipanggil Dastaar merupakan lambang yang mempunyai
hubungan yang rapat dengan lima lambang ini. Pertalian ini mempunyai asasnya,
kerana hanya penganut Sikh yang benar-benar taat dan berani sahaja yang
sanggup memakai lambang-lambang agama mereka dan ketaatan tersebut akan
dizahirkan melalui pemakaian serban.223

Dengan serban, mereka dapat mengenali antara satu sama lain dengan
lebih mudah walau di mana mereka berada. Ia juga dapat merapatkan hubungan
sesama golongan Khalsa, di samping dapat membangkitkan semangat dan
perasaan bangga kereka sebagai golongan yang dianggap mulia dalam agama
Sikh. 224 Pemakaian serban dalam agama Sikh dianggap sebagai satu ujian kepada
penganutnya bagi mengukur tahap ketaatan dan kepatuhan mereka kepada
agama. Ujian ini pening kerana bukan mudah untuk menjadi seorang penganut
yang benar-benar taat kepada agama. Dengan memakai serban dan mempunyai
rambut serta janggut yang panjang memudahkan pihak musuh mengenali mereka
dan ini membahayakan diri mereka. Dengan ini, hanya mereka yang benar-benar
taat dan berani sahaja yang mampu memakai serban. 225
223
Agus Salim, Op.cit, hal. 188
224
Sikh Naujawan Sabha, Op.cit. hal. 41
225
Agus Salim, Op.cit, hal. 188

b. Adat Resam

Dalam agama Sikh, Panch Kekaar tidak dapat dipisahkan dari kehidupan
para penganutnya. Ini dapat dilihat di dalam beberapa adat yang menggunakan
lambang-lambang yang tertentu sebagai satu kemestian ketika melakukannya.
Antara adat yang dimaksudkan ialah adat kelahiran, pertunangan dan adat
kematian. Adat-adat ini akan penulis huraikan di bawah.

1. Adat kelahiran dan menamakan anak (Nam Karan)

Dalam masyarakat Sikh, sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan, adat
yang pertama sekali dilakukan ialah ia dibawa ke gurdwara dan diberi minum
setitik madu atau amrit. Madu ini terlebih dahulu akan dikacau dengan hujung
Kirpan yang menjadi salah satu dari Panch Kekaar. Semasa menyediakan madu
ini, Japji Sahib dibacakan dan madu tersebut akan disentuhkan kepada lidah bayi
dengan menggunakan hujung Kirpan. 226 Adat ini dilakukan dengan harapan agar
amrit tersebut akan memberi keberanian, kebaikan dan ketaatan kepadanya
apabila ia besar nanti. 227

Dalam agama Sikh, nama seseorang bayi itu biasanya diambil dari huruf
pertama yang terdapat pada muka surat sebelah kiri bahagian atas kitab Guru
Granth Sahib yang dibuka secara rambang. 228
Sekiranya huruf pertama itu
bermula dengan H, maka nama bayi tersebut kemungkinan Harbindar, Harjit
Hera dan sebagainya. Kemudian gelaran Singh bagi kanak-kanak lelaki dan Kaur
untuk perempuan akan diletakkan di akhir nama mereka. 229
226
Gobin Singh Mansukhani, (Prof), Op.cit, hal. 230.
227
Sikh Naujawan Sabha, Op.cit. hal. 65
228
C.H.Loehlin, The Sikhs and Their Scriptures, India: The Lucknow Publishing House, 1964, hal.42
229
Temubual dengan Prof. Madya Dr. Harbindar Jeet Singh.
2. Adat Kematian (Shabad Kirtan)

Orang Sikh mempercayai kepada Hukum Karma atau Tanasukh al-Arwah


iaitu mereka yang mati akan menjelma semula dalam bentuk tubuh yang lain.
Dengan ini, mereka tidak menangis dan meratapi kematian seseorang, bahkan
agama Sikh sendiri melarang penganutnya berbuat demikian. Selepas mayat
selesai dimandikan, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang
lengkap dengan lima lambang utama iaitu Serban, Kurta dan Kachera bagi lelaki.
Manakala bagi mayat perempuan pula, pakaian mereka dilengkapi dengan Chuni,
Kurti, Kachera, Salwar, Kangha yang diletakkan dalam rambut mayat dan Kara
yang dipakaikan di pergelangan tangan mayat. 230

3. Adat Pertunangan (Anand Karaj)

Dalam agama Sikh, orang lelaki dan perempuan akan dikahwinkan apabila
mereka sudah cukup dewasa dan mempunyai pemikiran yang matang. Sebelum
berkahwin, biasanya dilakukan majlis pertunangan yang dibuat secara ringkas
sahaja kerana pertunangan bukanlah satu perkara yang penting. Dalam majlis
pertunangan ini, saudara mara dari pihak perempuan akan dijemput oleh ibubapa
lelaki untuk menghadiri majlis tersebut di gurdwara. Pada masa ini, Kirpan dan
sedikit manisan akan diberikan kepada mereka. 231

230
Malkiat Singh Lopo-Dhalliwal and Mukhtiar kaur Rattian-Soudhu, Some Sikh Cultural, Customs
and Traditions in Malaysia, Penang: Lopo-Ghar, 1971, hal. 125.

Di sini juga, bapa atau penjaga pengantin perempuan akan memberi sehelai
serban dan ‘Sagan’ atau saguhati kepada bakal pengantin lelaki. Selepas itu,
keluarga kedua belah pihak berunding untuk menetapkan hari yang sesuai untuk
mengadakan majlis perkahwinan. 232

Penulis tidak bermaksud untuk menghuraikan dengan panjang lebar


mengenai adat-adat dalam agama Sikh, kerana tujuan utama penulis adalah untuk
membuktikan bahawa Panch Kekaar memang tidak dapat dipisahkan dari
kehidupan bermasyarakat di kalangan orang-orang Sikh. Di antara ketiga-tiga
adat, adat kematian mempunyai kaitan yang lebih erat dengan Panch Kekaar,
kerana terdapat lima lambang yang telah diamalkan iaitu, serban, Kara, Kes,
Kachera dan Kangha. Manakala dalam adat menamakan anak dan adat
pertunangan, hanya Kirpan sahaja yang digunakan.

v. Hubungan Puak-puak Agama Sikh Dengan Lambang-lambang


Dan Pandangan Mereka Mengenainya

Dalam kebanyakan agama, kewujudan puak-puak atau kumpulan-


kumpulan tertentu merupakan satu perkara yang lumrah. Kebiasaannya, apabila
pengasas atau pembawa sesuatu agama itu meninggal dunia, akan wujud
keraguan di kalangan para penganutnya terhadap agama merea. Keadaan ini
akan membawa kepada kemunculan puak-puak tertentu yang berusaha untuk
menyesuaikan agama tersebut dengan zaman dan pemikiran mereka. 233

232
Sikh Naujawan Sabha, Op.cit. hal. 61.
233
Teja Singh, Sikhism Its Ideals and Institutions, Op.cit. hal. 62.

Dalam agama Sikh, hanya satu kumpulan atau puak sahaja yang dianggap
betul dan bertepatan dengan ajaran Sikh yang sebenar. Ini dapat dilihat dari segi
keseragaman dalam pemakaian Panch Kekaar dan juga penggunaan perkataan
Singh dan Kaur234 di akhir nama mereka. Selain dari itu, pengertian penganut
Sikh bermaksud seseorang yang mempercayai kepada satu Tuhan, menerima apa
yang disampailan oleh sepuluh orang guru dan menerima kitab suci Guru Granth
Sahib sebagai pengganti kepada sepuluh orang guru. Ini bermakna, orang Sikh
yang tidak mempercayai kepada salah satu atau ketiga-tiga perkara ini, mereka
tidak dianggap sebagai penganut agama Sikh yang sejati. 235

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kumpulan dan puak yang


menganggap diri mereka sebahagian dari penganut Sikh, walaupun mereka tidak
memenuhi ketiga-tiga kriteria di atas. Antara puak yang dimaksudkan ialah puak
Udasis, Namdhari, Nirankari dan Akalis. Setiap puak ini mempunyai pendirian
dan pandangan mereka yang tersendiri mengenai Panch Kekaar dan agama Sikh.
Mengenai perkara ini, penulis akan menerangkannya satu persatu dibawah.

234
Maksud perkataan ini telah dijelaskan sebelum ini dalam bab II. Sila rujuk hal. 33,
Nota kaki no. 14
235
Temubual dengan Prof. Madya Dr. Harbindar Jeet Singh.

a. Jenis-jenis Puak Dalam Agama Sikh dan Pandangan Mereka


Terhadap Panch Kekaar

1. Udasis
Udasis adalah puak yang diasaskan oleh anak sulung Guru Nanak yang
bernama Baba Sri Chand. 236 Ia muncul pada zaman Guru Amar Das menjadi
guru yang ketiga. 237
Puak ini dapat dikenali dengan pakaian mereka yang
berwarna kuning di samping mereka membawa bekas air yang dibuat dari buah
labu. Tujuan mereka berpakaian begini adalah untuk mengelakkan diri mereka
dari godaan wanita dan keduniaan. Mereka merupakan pendakwah Sikh yang
bersemangat. 238

Walaubagaimanapun, mereka tidak mengiktiraf Panch Kekaar yang


terdapat dalam agama Sikh yang diamalkan oleh golongan Khalsa. Justeru,
mereka tidam menyimpan rambut dan janggut sebagaimana yang dianjurkan oleh
sepuluh orang guru, sebaliknya mereka memendekkan rambut dan mencukur
janggut mereka. Mereka juga masih beramal dengan sistem kasta dalam kegiatan
sosial mereka. 239
Cara sembahyang mereka juga berbeza sedikit dengan
sembahyang yang biasa dilakukan loleh golongan Khalsa. Malahan amalan
keagamaan mereka banyak bercampur aduk dengan ajaran agama Hindu.240
Sehingga kini mereka masih mempunyai salsilah keturunan dengan Guru Nanak
dan mereka masih menganggap Guru Granth Sahib sebagai kitab suci mereka. 241

236
Mahayudin b. Hj. Yahaya. Op. cit, hal. 1421.
237
Gobind Singh Mansukhani, (Prof), Op. cit, hal. 16
238
C.H. Loehlin, Op. cit, hal. 69
239
Tanpa Pengarang, The New Encyclopedia Britannica, Op. cit, Volume 12, hal. 102
240
Temubual dengan Prof. Madya Dr. Harbindar Jeet Singh.
241
C.H. Loehlin, Op. cit, hal. 70

2. Namdhari
Namdhari merupakan satu kumpulan penganut Sikh yang diperkenalkan
oleh Baba Balak Singh (1799 – 1861) 242 dan digerakkan oleh Baba Ram Singh
(1815 – 1885). 243
Puak ini dapat dikenali dengan mudah, kerana mereka
memakai serban, jubah dan kalung yang dibuat dari bulu yang berwarna putih.
Mereka ini masih lagi berpegang kepada Panch Kekaar sebagaimana yang
diamalkan oleh golongan Khalsa. Pusat gerakan mereka ialah di sebuah
perkampungan yang bernama Bhaini, berdekatan dengan Ludhiana.
Walaubagaimanapun, perbezaan yang ketara di antara mereka dengan Khalsa
ialah mereka mempunyai guru-guru mereka yang tersendiri yang berubah-ubah
mengikut susunan warisan keluarga. 244

Mereka juga menolak sebarang amalan agama yang salah yang telah
meresap masuk ke dalam agama Sikh. Golongan ini cuba mengembalikan
keyakinan penganut Sikh terhadap para guru dan mereka menolak sistem kasta
yang terdapat dalam agama Hindu, pemujaan terhadap sesuatu benda dan
melarang penganutnya meminum arak. 245

242
H.S. Singha, Mini Encyclopedia of Sikhism, Op. cit, hal. 77.
243
Pritam Singh Gill. Herritage of Sikh Culture, Jullundur City, India:
New Academic Publishing Co. 1975, hal. 53.
244
C.H. Loehlin, Op. cit, hal. 70.
245
Pritam Singh Gill, Op. cit, hal. 53.

3. Nirankari
Nirankari yang diasaskan oleh Baba Dayal Das (1783 -1855) merupakam
puak yang mempunyai banyak persaingan dengan puak Namdharis iaitu dari segi
pemujaan kepada Tuhan satu yang tidak mempunyai bentuk, mempunyai guru-
guru yang sentiasa berubah-ubah dan juga penentangan mereka terhadap ajaran
agama Hindu. Gerakan ini banyak berpusat di Barat Laut daerah Rawalpindi dan
juga Kashmir. 246

Namun begitu, Nirankari ini lebih dianggap sebagai sebuah kumpulan


reformasi yang menentang sebarang percubaan untuk menggabungkan agama
Sikh dengan agama Hindu. 247 Puak ini tidak bersetuju dengan konsep Khalsa dan
Panch Kekaar sebagaimana puak Udasis. Mereka menganggap orang Sikh yang
terpengaruh dengan Khalsa adalah penganut Sikh yang ortodox dan jumud. 248
Mereka juga menganggap Tuhan yang disembah itu sebagai roh sahaja dan
mereka tidak menyukai upacara-upacara keagamaan. Mereka menyeru dan
mengajak para pengikutnya supaya berpegang dengan tradisi yang dibawa oleh
guru-guru mereka. 249 Selain dari itu, puak ini juga tidak menerima kitab suci
Guru Granth Sahib sebagai petunjuk dan guru kerana mereka mempunyai
seorang lagi guru mereka yang tersendiri. 250

246
Ibid.
247
Gobind Singh Mansukhani, (Prof), Op. cit, hal. 59
248
Tanpa Pengarang, The New Encyclopedia Britannica, Op. cit, Volume 8, hal. 722
249
Pritam Singh Gill, Op. cit
250
Temubual dengan Prof. Madya Dr. Harbindar Jeet Singh.

4. Akalis

Akalis pula merupakan puak yang muncul selepas Perang Dunia I yang
berperanan untuk membersih dan mengawal makam dan tempat suci dalam
agama Sikh daripada gangguan penjajah British yang menjajah India pada masa
itu. 251
Puak ini juga dikenali dengan nama Nihangs dan muncul sebagai
kumpulan militan semasa Guru Gobind Singh menjadi guru yang kesepuluh dan
ia dipimpin oleh Bhai Man Singh pada tahun 1704 – 1705. Anggota kumpulan
ini biasanya memakai jubah biru kehitaman yang labuh sehingga ke bawah buku
lali. Serban mereka berwarna biru tua dan kuning serta dilingkungi dengan
‘Chakna’ atau piring besi. Mereka juga membawa senjata seperti lembing,
pedang dan perisai. Walaubagaimanapun, puak ini dianggap sebagai teras
kepada golongan Khalsa, kerana warna biru kehitaman yang terdapat pada
pakaian mereka melambangkan ingatan mereka kepada Guru Gobind Singh
semasa beliau berjaya melepaskan diri dari tentera Moghul di Macchiwara. Pada
masa itu, beliau telah memakai pakaian yang berwarna biru yang biasa dipakai
oleh orang Islam yang miskin. 252

Dari keempat-empat puak di atas, hanya Namdhari dan Akalis yang lebih
mirip kepada golongan Khalsa dan masih beramal dengan Panch Kekaar.
Manakala puak Udasis dan Nirankari, bukan sahaja tidak mengamalkan Panch
Kekaar dalam kehidupan mereka, bahkan mereka menganggap orang Sikh yang
masih berpegang dengan perkara tersebut sebagai puak yang jumud dan ortodox.

251
C.H. Loehlin, Op. cit, hal. 71.
252
Ibid. hal. 68

F. Kesimpulan

Sepanjang kajian dalam bab ini, penulis dapat membuat kesimpulan


bahawa agama Sikh telah mengalami satu proses perkembangan yang cukup lama
untuk sampai kepada bentuk dan ajaran yang dianuti oleh para penganut Sikh
hari ini. Walajupun ajaran Guru Nanak menjadi asas dalam agama Sikh, namun
pembaharuan dan perubahan yang berlaku sepanjang pimpinan sembilan orang
guru, telah mengubah kedudukan agama Sikh daripada agama yang hanya
tertumpu di Punjab kepada agama yang berkembang ke seluruh dunia.

Di samping itu juga, dalam ajaran Guru Nanak kita dapati beliau banyak
terpengaruh dengan unsur Islam terutamanya dalam konsep akidah dan
ketuhanan yang satu serta konsep persamaan sesama manusia. Ini
menggambarkan bahawa agama Sikh adalah agama yang tidak mempunyai satu
asas yang kukuh dan tidak mempunyai pendirian yang tersendirii. Kalau dari
sudut akidah yang merupakan elemen yang terpenting dalam sesebuah agama
telah ditiru dan diciplak dari Islam, maka sudah tentu perkara yang sama turut
berlaku dalam aspek-aspek yang lain seperti ibadah, perayaan, pantang larang
dan sebagainya.

Dalam bab ini juga, penulis dapat membuat rumusan bahawa pengenalan
lambang-lambang agama Sikh atau Panch Kekaar sebagai simbol utama
penganut Sikh adalah seiring dengan penubuhan golongan Khalsa oleh Guru
Gobind Singh pada 26 Mac 1699. Ia bukan sahaja melambangkan identiti agama
Sikh tetapi lebih dari itu ia mempunyai hubungan dengan konsep ketuhanan
yang menjadi intipati kepada agama tersebut. Ini kerana ketaatan dalam
mengamalkan kelima-lima lambang itu secara tidak langsung memperlihatkan
ketaatan mereka kepada perintah Tuhan.

Panch Kekaar yang terdiri daripada Kes, Kangha, kara, Kachera dan
Kirpan merupakan pakaian rasmi golongan Khalsa dan ia menjadi kayu pengukur
kepada ketaatan mereka terhadap guru-guru, Tuhan dan ajaran agama Sikh itu
sendiri. Dengan ini, dapat difahami bahawa Panch Kekaar itu berkait rapat
dengan golongan Khalsa dan upacara pahul itu sendiri menjadi titik tolak kepada
hubungan di antara kedua-dua perkara ini. Oleh sebab itu, upacara pahul telah
dilakukan sejak anak-anak mereka masih kecil lagi agi memastikan hubungan ini
berterusan. Selain dari itu, penulis mendapati dalam kehidupan seharian dan adat
resam masyarakat Sikh sama ada yang berkaitan dengan adat kelahiran, adat
pertunangan dan adat kematian, jelas memperlihatkan betapa eratnya hubungan
di antara kedua-dua perkara ini.

Mengenai golongan Khalsa pula, penulis dapat membuat kesimpulan


bahawa golongan ini mempunyai tiga tujuan asas iaitu untuk membangunkan
semangat keberanian dan kepahlawanan, untuk membalas dendam di atas
kematian Guru Arjun dan Gurju Tegh Bahadur yang dihukum bunuh oleh
Empayar Moghul dan akhir sekali untuk mengeratkan tali persaudaraan di antara
mereka. Untuk tujuan tersebut, setiap ahli Khalsa perlu melalui satu upacara
baptis atau pahul dan mereka ini bertanggungjawab menunaikan kewajipan yang
telah dibebankan ke atas mereka. Di antara kewajipan tersebut ialah mereka
perlu mengamalkan Panch Kekaar dalam kehidupan mereka. Golongan Khalsa
ini telah dilatih oleh Guru Gobind Singh berorientasikan ketenteraan dan
peperangan. Walaupun golongan ini sering menghadapi penentangan dari
Kerajaan Moghul, namun ia berjaya menyatupadukan orang Sikh di bawah satu
penyatuan dan membentuk tali persaudaraan yang cukup erat di antara mereka.

Seperkara lagi yang perlu dirumuskan di sini ialah mengenai hubungan


puak-puak (sects) yang terdapat dalam agama Sikh. Walaupun satu puak sahaja
yang dianggap betul dan bertepatan dengan ajaran Sikh yang sebenar, namun
terdapat beberapa puak yang menganggap mereka juga adalah sebahagian
daripada penganut agama Sikh. Kriteria yang paling mudah untuk memastikan
sama ada mereka itu adalah puak yang sebenar atau sebaliknya ialah melalui
pemakaian Panch Kekaar dan juga penggunaan perkataan Singh dan Kaur di
akhir nama mereka. Puak-puak yang dimaksudkan itu ialah Udasis, Namdhari,
Narankari dan Akalis. Mereka ini pula mempunyai pandangan yang berbeza-
beza mengenai golongan Khalsa dan juga Panch Kekaar.

Rumusan yang terakhir sekali yang menarik perhatian penulis sepanjang kajian
dalam bab ini ialah mengenai kemampuan Guru Nanak dan guru-guru selepas
beliau mengadaptasikan ajaran Islam dan Hindu sehingga lahirnya agama Sikh
ini. Tidak semua manusia mempunyai kebolehan untuk menghasilkan satu ajaran
baru hasil gabungan dari dua agama dan agama baru ini pula mempunyai
pengikutnya yang bertaburan di seluruh dunia. Hanya orang yang tertentu sahaja
yang mampu berbuat demikian. Walaubagaimanapun, agama Sikh tetap
dianggap sebagai agama rekaan dan segala ajarannya tidak menepati kehendak
Allah Taala.