Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

1 Punca Kuasa

2 Moto, Visi dan Misi Sekolah

3 Disiplin

A. Definisi Disiplin
B. Matlamat Disiplin
C. Prinsip-prinsip Asas Disiplin

4 Penguatkuasa Peraturan, Kuasa Menghukum

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

5 Pakaian

6 Rambut

7 Perhimpunan, Kebersihan, Kawasan sekolah,

8 Sakit, Kawasan yang dilarang, Kebersihan.

9 Keselamatan

10 Pelawat, Tidak hadir ke sekolah dan kelas

11 Ketua Pengawas dan pengawas

12 Waktu Sembahyang, Waktu Rehat,

13 Bayaran Yuran Tambahan, Kerosakan Harta Benda Sekolah

14 Kategori Kesalahan

- ringan

- sederhana

- berat

15 Barang larangan

16 Pengakuan setia pelajar


PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975
Disiplin di Sekolah
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid
Para 4.
Peraturan-peraturan Sekolah, (School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid:
Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah- Lampiran C
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing
secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-
tiap murid mestilah mengatuhinya. Satu Salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di
tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan
Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan
sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/Ketua-ketua murid (School
Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan
pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga
hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang
berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.

4.1 :”……Guru-guru dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan


membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai
satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah
disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain
yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing.

Para 6.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka
untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik
dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah
individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.
MOTO SEKOLAH

KESEPAKATAN PEMACU KECEMERLANGAN

VISI SEKOLAH

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN

TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.

MISI SEKOLAH

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI

UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI

ASPIRASI NEGARA.
RUKUN NEGARA

Maka Kami, rakyat Malaysia

Berikrar akan menumpukan

Seluruh tenaga dan usaha kami

Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesertiaan kepada Raja dan Negara

Keluruhan Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan


DISIPLIN

A. DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979


mentakrifkan disiplin sebagai :

“……Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada


disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna
kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, Kesanggupan
menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat-menghormati di antara satu
dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan
yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

B. MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan menjadikan seseorang pelajar itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri
sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak
dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu,
demokratik, adil, liberal dan proogresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu
yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak kea rah
kemajuan.

C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN

Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut:

keadilan dan layanan sama rata


pertimbangan minat dan keperluan pelajar
kebebasan – tertakluk kepada undang-undang
amalan menghormati seseorang individu
perhubungan sihat sesame manusia untuk kehidupan harmonis
perpaduan masyarakat dan Negara
PENGUATKUASA PERATURAN
Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.

KUASA MENGHUKUM
Pengetua, Guru Penolong Kanan, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi kuasa oleh
pengetua.
PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH


UNTUK MURID-MURID
Surat Pekeliling Ikhtiar Bil 9/1975
1.PAKAIAN
Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di sekolah.
Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI


1.1.1 Baju
(a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja
(b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju hendaklah sesuai
dengan bentuk badan,
(c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah.
(d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.

1.1.2 Seluar
(a)Semua pergelangan lelaki berseluar Panjang berwarna hijau tua (dark olive)
(b) Pergelangan kaki seluar Panjang mestilah 20cm-23cm ukuran lintang.
(c)Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau sebarang
potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.
(d) Poket seluar jenis tampala tau ala jeans seperti berbutang besi tidak dibenarkan.

1.1.3 Kasut dan Stoking


(a) Semua pelajar berkasut kanvas hitam / kasut yang bertali hendaklah sentiasa diikat.
(b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.
(c) Kasut plastic atau kasut hitam berwarna putih tidak dibenarkan.

1.1.4 Lencana dan Tanda Nama


(a) Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolahbdan tandan ama sepanjang
masa.
(b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar poket atau di dada sebelah kiri
baju.
(c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.

1.1.5 Tali Pinggang


(a) Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang berukuran 3cm berwarna gelap atau hijau
yang diperbuat daripada kain kanvas dan dibeli di koperasi.

1.1.6 Tali leher


(a) Tali leher dipakai oleh pelajar pada setiap hari persekolahan. Hanya tali leher Khas
SMK Beris Panchor 2 sahaja dibenarkan.

1.1.7 Barang Kemas / Perhiasan


(a) Pelajar-pelajar DILARANG memakai apa jua barang perhiasan sepanjang berada di
sekolah.

1.1.8 Pakaian Sukan


(a) Pelajar-pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan apabila ada matapelajaran
Pendidikan Jasmani mengikut jadual.
(b) Hanya baju sukan rasmi sekolah / Baju T sekolah sahaja dibenarkan
(c) Pelajar dikehendaki memakai seluar trak atau ‘track bottom’ berwarna hitam
(d) Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar
(e) Kasut adalah seperti 1.1.3

1.2 PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM

1.2.1 Baju kurung


(a) Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk belanga yang
labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru muda.
(b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan. Pelajar
perempuan juga diwajibkan memakai anak baju.
(c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tetapi tidak
mencecah lantai dan wajib memakai kain dalam.
1.2.2 Tudung
(a) Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai tudung berwarna putih tanpa Brenda,
bersulam atau berfesyen.
(b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau bulat di bahagian bawah tudung.
(c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada, dibahagian kiri dan kanan pula hendaklah
melepasi siku. Kain janganlah terlalu nipis.
(d) Anak tudung yang berwarna hitam dan putih sahaja mestilah dipakai.

1.2.3 Kasut dan stoking


(a) Sama seperti 1.1.3

1.2.4 Lencana dan tanda nama


(a) Sama seperti 1.1.4

1.2.5 Barang kemas / perhiasan


(a) Pelajar-pelajar perempuan DILARANG memakai barang kemas, alat-alat solek dan
lain-lain perhiasan.

1.3 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM


(a) Baju lengan pendek dan pinafore biru muda yang labuhnya di bawah lutut dibenarkan.
(b) Lain-lain pemakaian sama seperti pada 1.2.3 dan 1.2.4 dan 1.2.5

1.4 PAKAIAN PENGAWAS


1.4.1 Baju lengan panjang berwarna kuning muda dan seluar berwarna hitam bagi lelaki.
1.4.2 Baju kurung berwarna kuning muda dan kain sarung bersusun berwarna hitam dan
tudung berwarna kuning tua bagi pengawas perempuan beragama Islam.
1.4.3 Baju kurung berwarna kuning muda dan kain sarung bersusun berwarna kuning tua
bagi pengawas perempuan bukan beragama Islam.
1.4.4 Kasut kain / PVC / kulit berwarna hitam dan berstokin hitam
1.4.5 Lencana pengawas dan tali leher serta tandan ama hendaklah sentiasa dipakai setiap
waktu di sekolah atau pada bila-bila masa pegawai itu berada di sekolah.

Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada persetujuan pihak pentadbiran
sekolah dan ianya difikirkan sesuai.

1.5 PAKAIAN PADA WAKTU BIASA


Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah
berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang
aktiviti di luar waktu belajar.

1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan


(a) Pakaiab sekolah atau baju t sekolah dan seluar track atau trek.

1.5.2 Pendidikan Jasmani


(a) Lelaki - Baju T rasmi berlambang sekolah dan seluar trek hitam atau biru tua
(b) Perempuan - Baju T lengan panjang mengikut warna rumah sukan dan seluar trek atau
biru tua serta tudung hitam.
1.5.3 Latihan Sukan / Permainan
a) Lelaki - Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek hitam atau biru tua.
b) Perempuan - Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar trek hitam atau
biru tua serta tudung hitam.
2.0 RAMBUT
2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI

2.1.1 Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek


2.1.2 Panjang rambut tidak boleh melebihi 6mm (saiz no2)
2.1.3 Rambut berfesyen adalah tidak dibenarkan
2.1.4 Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai

2.2 RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN

2.2.1 Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.

2.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas.

2.2.3 Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut, menyapu gel,
menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen mengikut tafsiran sekolah.
2.2.5 Pelajar perempuan muslim diharamkan mendedahkan rambut di sekolah.

3.0 PERHIMPUNAN

3.1 Perhimpunan rasmi siding pagi akan diadakan pada hari Ahad setiap

minggu mulai jam 7.50 pagi.

3.2 Perhimpuan harian pula diadakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis

mulai jam 7.15 pagi.

3.3 Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.

3..4 Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpuan.

4.0 KEBERSIHAN DIRI

4.1 Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri.

4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.

4.3 Pelajar tidak dibenarkan bersolek.


5.0 KAWASAN SEKOLAH

5.1 MENINGGALKAN KAWSAN SEKOLAH

5.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali
waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru.

5.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan


kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru.

5.1.3 Tidak seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-
tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar tidak dibenarkan
mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman
atau tugas-tugas lain yang tidak penting.

5.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya
ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua tingkatan.

5.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah
mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.

5.1.6 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, pelajar
hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari pengetua atau penolong kanan dengan
mengisi boring khas, satu Salinan hendaklah diserahkan kepada guru tingkatann dan satu
Salinan hendaklah disimpan oleh pelajar.

6.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT

6.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas,


Pengawas atau Ketua Tingkatan.
6.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga
sembuh.
6.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat
rawatan di klinik setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.
6.4 Guru bertugas akan menghubungi ibubapa sekiranya pelajar sakit di hospital atau pulang
ke rumah.

7.0 KAWASAN YANG DILARANG


7.1 Tempat letak kenderaan guru
7.2 Bilik guru
7.3 Bilik Peperiksaan
7.4 Kawsan yang diwartakan sebagai kawasan larangan oleh pengetua.
8.0 KEBERSIHAN
Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-
tong kitar semula yang betul

Anda mungkin juga menyukai