Anda di halaman 1dari 1

Kontrak Turnkey

Dasar kontrak Turnkey ialah seluruh tanggungjawab terletak kepada pihak


kontraktor bermula dari peringkat perancangan , mereka bentuk pembinaan
dan pengawasan sehingga kepada penyudahan projek dengan masa yang
telah ditetapkan dan harga yang dipersetujui. Terdapat 2 faktor kenapa
kontrak Turnkey diperkenalkan :
i. keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu
ii. pemilik kekurangan kumpulan pakar.

Kebaikan :
i. Mengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa dapat
dibuat kerana kontraktor sepenuhnya terlibat di dalam proses
pembinaan bermula dari awal hingga akhir.
i. Penglibatan kontraktor di peringkat awal dapat menjayakan projek
itu lebih berkesan. Kontraktor dapat memberikan pandangan serta
pendapatnya secara sepenuhnya berkaitan projek pembinaan.
i. Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenai hal-
hal yang berkaitan dengan masalah teknikal, kos, masa dan lain-lain.

Keburukan:
i. Harga bagi sesuatu projek adalah tinggi jika dibandingkan dengan
ystem tradisional.
ii. Boleh menjejaskan penglibatan perunding-perunding tempatan di
mana kebiasaannya kontraktor Turnkey akan melantik perunding-
perundingnya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai