Anda di halaman 1dari 6

DEPARTMENT OF CIVIL ENGINEERING

DCC 40132 PROJECT MANAGEMENT

TUGASAN 1 : JENIS-JENIS KONTRK YANG BIASA DIGUNAKAN


DALAM PROJEK PEMBINAAN

NAMA KELAS NO. PENDAFTARAN

MUHAMMAD HAKIMI BIN NOR 03DKA19F2026


AZMI

TARIKH DAFTAR :

NAMA PENSYARAH : ENCIK AHMAD SOBRI BIN LEBAI ISA

MARKAH :
JENIS-JENIS KONTRK YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM PROJEK PEMBINAAN

 KAEDAH TRADISIONAL (TRADISIONAL KONTRAK)


Pengendalian kaedah ini melibatkan pemilik dan juga para tenaga
professional. Pemilik akan mengupah arkitek atau jurutera untuk menyediakan semua
reka bentuk termasuk pakej lukisan pembinaan, spesifikasi dan kontrak.
Secara umum hanya terdapat dua kontrak awalan dengan klien iaitu yang pertama
ialah dengan pihak arkitek dan jurutera dan satu lagi ialah kontraktor utama yang akan
membina projek itu.
Projek pembinaan yang lebih komplek dan rumit, pihak kontraktor utama akan
memohon dari pihak klien untuk membuat tawaran kepada pihak subkontraktor yang
lebih mahir untuk melakukan kerja yang lebih rumit. Dalam hal ini subkontraktor
akan menjalinkan hubungan kontrak dengan kontraktor utama sahaja dan pihak
kontraktor utama masih bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penyiapan projek
keseluruhan (rujuk rajah1 ).

Rajah 1 : Hubungan kontrak pembinaan untuk Kaedah Tradisional (Sumber: Fisk, 2000)

Kelebihan Kaedah Tradisional.


Kaedah Tradisional adalah satu kaedah yang mudah untuk dilaksanakan
kerana kesemua pihak yang telibat akan mudah memahami tanggungjawab masing-
masing. Dengan itu segala ketidakpastian akan dapat diminimumkan seterusnya risiko
akan dapat dikurangkan.
Selain itu juga, dari segi kos pembinaan pihak klien dilindungi dari lebihan
kos yang timbul akibat kelewatan. Kerana segala risiko kewangan dalam pembinaan
terletak sepenuhnya di tangan kontraktor apabila berlakunya masalah-masalah dalam
proses pembinaan.
Setiap kontraktor akan menawarkan harga yang paling rendah supaya projek
pembinaan tersebut dapat dilaksanakan oleh mereka. Dengan ini membolehkan pihak
klien mendapat harga yang paling rendah dalam proses tender.

Kerja-kerja untuk pengurusan, rekabentuk dan pembinaan akan dilakukan oleh


pihak lain seperti jurutera dan kontraktor, dan penglibatan klien terhadap projek
pembinaan ini dapat dikurangkan. Pihak klien hanya akan mendapat laporan dari
semasa ke semasa.

 REKA DAN BINA (DESING AND BUILD)


Perolehan secara Reka dan Bina adalah salah satu strategi dalam perlaksanaan
projek projek Kerajaan. Projek Reka dan Bina ditakrifkan sebagai rekabentuk dan
binaan termasuk penga wasan kerja di bawah tanggungjawab kontraktor. Obligasi
Kontraktor dibawah kontrak Reka dan Bina (R & B) ini ialah kontraktor
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas rekabentuk selain tanggungjawab biasa
terhadap pembinaan. Kontraktor dikehendaki menjamin bahawa rekabentuk , bahan,
mutu dan hasil kerjanya adalah menepati kehendak Kerajaan. Kontraktor juga adalah
bertanggungjawab ke atas perunding yang dilantik dan dikehendaki memastikan
perundingnya berkelayakan dan kompeten untuk memenuhi kehendak Kerajaan (Nik
Zainal Alam ,2005) .
Perlaksanaan projek secara Reka dan Bina pada konsepnya menawarkan
beberapa kelebihan dari segi kawalan terhadap tempoh perlaksanaan, integrasi
diantara pereka dan Pembina, peningkatan perhubungan, keputusan dibuat lebih cepat
dan pasukan projek R & B mempunyai insentif untuk mengawal kos keseluruhan.
Kehendak Kerajaan dinyatakan di dalam dokumen Penyataan Kehendak atau
kebiasaan dipanggil `Need Statement’. Ia merupakan kehendak dan skop yang
ditetapkan bagi maksud asas dalam perlaksanaan projek. Satu pra-syarat yang amat
penting dalam perolehan Reka dan Bina ialah Pernyataan kehendak Kerajaan
hendaklah dinyatakan dengan jelas dan boleh dinilai tahap kualitinya dalam 2 bentuk
petunjuk prestasi yang boleh diukur. Penyediaan Pernyataan kehendak merangkumi
Kehendak kontraktual dan Am, kehendak Pelanggan dan Kehendak Teknikal.
Perkara-perkara yang perlu dinyatakan adalah bergantung kepada jenis dan skop
setiap projek . (Garis panduan Pengurusan pembinaan projek Reka & Bina, 2007) .
Didalam sistem ini klien akan menjalinkan hubungan kontrak dengan badan
Reka dan Bina, di mana badan ini merupakan badan satu gabungan daripada pasukan
pereka bentuk dan kontraktor utama. Di dalam pelaksanaan kaedah ini, kontraktor
akan mengambil peranan dan bertanggungjawab sebagai ketua kerana di dalam proses
pembinaan dijalankan pihak yang paling berisiko adalah pihak kontraktor. Rajah 2
merupakan hubungan kontrak di bawah pengendalian Kaedah Reka dan Bina.

Rajah2 : Hubungan kontrak di bawah kontrak jenis Reka dan Bina (Sumber:
Fisk 2000)

 KAEDAH TURNKEY (TURNKEY METHOD)


Seperti yang diketahui makna kontrak ialah perjanjian di antara dua pihak
yang bersetuju di mana satu pihak menawarkan kerja (majikan) dan satu pihak lagi
bersediakan menjalankan kerja-kerja yang ditawarkan (kontraktor). Turnkey pula
bermakna menyerahkan kunci apabila projek siap kelak. Kontrak turnkey yang
ditakrifkan di dalam bahan rujukan membawa maksud satu perjanjian di antara
majikan yang mencadangkan projek dengan kontraktor di mana kontraktor
bertanggungjawab merekabentuk, menyiapkan dan membiayai kos-kos pembinaan
sehingga projek yang dicadangkan siap (Hand Over). Majikan hanya membuat
pembayaran setelah projek siap (apabila kontraktor menyerahkan kunci).
Dalam kontrak turnkey , pihak klien menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab
penyiapan projek kepada pihak kontraktor. Biasanya projek-projek besar seperti
pembinaan hospital, jambatan, empangan dan lebuhraya diserahkan kepada suatu
organisasi atau perunding luar negeri untuk mengurus, merekabentuk serta
mengendalikan projek tersebut sehingga siap mengikut masa, harga dan arahan serta
kemahuan pihak kerajaan yang bertindak sebagai klien.
o Kepentingan dan Kebaikan Kontrak Turnkey
Kontrak turnkey selalunya digunakan untuk projek-projek mega yang
memerlukan kepakaran yang tinggi dan rumit. Ini kerana projek-projek ini
memerlukan pengawasan yang tinggi dan modal yang besar. Oleh itu projek
ini akan memakan masa yang lama. Terdapat beberapa faktor di mana konsep
turnkey perlu diketengahkan iaitu :

a) Desakan daripada pihak-pihak ke atas projek di dalam perancangan.


b) Kekurangan kepakaran dari segi teknikal.
c) Majikan hendak mengurangkan beban dan tanggungjawab terhadap projek.
d) Kesuntukan masa.

Kebaikan

Berpotensi untuk digunakan secara meluas di dalam industri pembinaan yangmencabar ini.

Mengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa dapat dibuat keranakontraktor


sepenuhnya terlibat di dalam proses pembinaan bermula dari awalhingga akhir.

Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenai hal-hal yangberkaitan


dengan masalah teknikal, kos, masa dan lain-lain.

Terdapat hanya satu kontrak sahaja diperlukan oleh pemilik yang meliputi kesemuaperihal
rekabentuk dan pembinaan serta proses pengendalian projek dilaksanakanoleh satu
organisasi.
 KONTRAK PENGURUSAN (MANAGEMENT CONTRACTING)
Kontrak pengurusan ialah pengaturan di mana kawalan operasi sesebuah perusahaan
diletakkan hak oleh kontrak dalam perusahaan berasingan yang melaksanakan fungsi
pengurusan yang diperlukan sebagai balasan dengan bayaran. Kontrak pengurusan
melibatkan bukan sahaja menjual kaedah melakukan sesuatu
(seperti francais atau pelesenan) tetapi melibatkan sebenarnya melakukannya.
Kontrak pengurusan boleh melibatkan pelbagai fungsi, seperti operasi teknikal dan
kemudahan pengeluaran, pengurusan kakitangan, perakaunan, perkhidmatan
pemasaran dan latihan.

TUJUAN KONTRAK PENGURUSAN


a) Menyelesaikan pekerjaan secara efektif
b) Memastikan kesepakatan
c) Memastikan kepatuhan para pihak
d) Melakukan kerja secara adil dan transparan
e) Mengantisipasi risiko

Anda mungkin juga menyukai