Anda di halaman 1dari 4

ATURCARA KONTRAK C2006

KONTRAK TURNKEY
Definisi

Dalam kontrak turnkey, pihak klien menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab


penyiapan projek kepada pihak kontraktor. Biasanya projek-projek besar seperti pembinaan
hospital, jambatan, empangan dan lebuhraya diserahkan kepada suatu organisasi atau
perunding luar negeri untuk mengurus, merekabentuk serta mengendalikan projek tersebut
sehingga siap mengikut masa, harga dan arahan serta kemahuan pihak kerajaan yang
bertindak sebagai klien.

Kebaikan

 Berpotensi untuk digunakan secara meluas di dalam industri pembinaan yang


mencabar ini.
 Mengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa dapat dibuat kerana
kontraktor sepenuhnya terlibat di dalam proses pembinaan bermula dari awal
hingga akhir.
 Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenai hal-hal yang
berkaitan dengan masalah teknikal, kos, masa dan lain-lain.
 terdapat hanya satu kontrak sahaja diperlukan oleh pemilik yang meliputi kesemua
perihal rekabentuk dan pembinaan serta proses pengendalian projek dilaksanakan
oleh satu organisasi.
 hanya kordinasi oleh pemilik yang minimum juga diperlukan dalam projek dan ini
menyenangkan kerja bagi pemilik yang kurang berpengetahuan tentang hal-hal
pembinaan.
 tempoh projek dapat dikurangkan dengan pembinaan berfasa yang dirancang oleh
sesebuah organisasi yang mengendalikan projek tersebut.

Keburukan

 Boleh menjejaskan penglibatan perundingan-perundingan tempatan di mana


kebiasaannya kontraktor Turnkey akan melantik perunding-perundingnya sendiri.
 Kontraktor Bumiputra dan tempatan tidak mampu bersaing untuk mengambil
bahagian kerana ia digunakan bagi projek yang harga dan pengurusan yang tinggi.
 Harga bagi sesuatu projek adalah sangat tinggi.
 Penganggaran kos sukar dikenalpasti kecuali setelah pembinaan telah lama berjalan.
 terdapat sedikit sahaja pemeriksaan baki (check and balances) dibuat yang
menjadikan pemilik tidak diberi maklumat atau tidak sedar akan masalah rekabentuk
atau pembinaan yang mengganggu perkembangan jadual kerja.

13DKA09F1078 (ZA’IM) Page 1


ATURCARA KONTRAK C2006

KONTRAK HARGA TAMBAH (“ COST REINBURSMENT”)


Definisi

 Ia dikenali juga sebagai Kontrak Cost Plus


 Ia bermaksud pembayaran semula segala kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan
oleh pihak kontraktor.
 kontrak jenis ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu (Saidin, 1998):

(i) Wang Kos Prime + Yuran Tetap


(ii) Wang Kos Prima + Peratus Yuran
(iii) Wang Kos Prima + Yuran Sasaran

Kebaikan

 sesuai untuk projek-projek yang sulit, kompleks dan perlu disiapkan cepat.
 para pakar perunding dan kontraktor yang mahir dan jujur diperlukan supaya projek
tersebut dapat disiapkan mengikut jadual masa tanpa menjejaskan mutu kerja
dengan kos pembinaan yang paling minimum.
 Cara ini dapat mendorong kontraktor melipatgandakan usaha serta berlumba untuk
menyiapkan projek berkenaan.

Keburukan

 Angka atau jumlah harga anggaran.


 Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih tinggi
daripada harga anggaran.
 Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak klien dan kontraktor yang
mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran.

13DKA09F1078 (ZA’IM) Page 2


ATURCARA KONTRAK C2006

KONTRAK PEROLEHAN (PROCUREMENT)


Definisi

Kontrak perolehan adalah perlu kerana memandangkan saiz dan kerumitan pengendalian
bangunan-bangunan moden masa kini melibatkan pakar-pakar dan kontraktor kecil.

Berbagai-bagai jenis kontrak digunakan dalam industri pembinaan diantaranya ialah:-

a) Kontrak Jumlah Gumpal berdasarkan senarai kuantiti.


b) Kontrak harga Gumpal berdasakan lukisan, spesifikasi, dan jadual kadar harga.

a) Kontrak Jumlah Gumpal berdasarkan senarai kuantiti.

Kebaikan

 Kedua-dua pihak dengan mudah dapat memahami bidang kerja masing-masing


apabila menggunakan kontrak berdasarkan senarai kuantiti.
 Kadar harga yang terkandung didalam dokumen kontrak akan menjadikan asas untuk
menilai bayaran kemajuan kerja yang telah disiapkan oleh kontrak dan menilai
perubahan kerja.
 Kontraktor dapat menggunakan senarai kuantiti untuk mengira kuantiti bagi
membeli bahan binaan.
 Kontraktor juga dapat menentukan sebut harga dari subkontraktor.
 Kontraktor boleh memastikan kerja yang dilakukan meliputi bidang kontrak.

Keburukan

 Jurukur bahan dan arkitek mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan pelan
dan senarai kuantiti.
 Kontrak ini hanya boleh digunakan jika mempunyai masa yang cukup untuk
menyediakan dan menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

13DKA09F1078 (ZA’IM) Page 3


ATURCARA KONTRAK C2006

KESIMPULAN
Dalam industri pembinaan, terdapat banyak jenis tender yang membolehkan klien
mendapat kontraktor yang layak untuk melaksanakan projek. Setiap tender juga
mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri. Klien boleh memilih iaitu
untuk mengemukakan pelawaan tender terhadap semua kontraktor melalui tender terbuka
atau hanya mengemukakan pelawaan terhadap kontraktor yang dipilih melalui tender
terpilih. Tender perundingan pula lebih menguntungkan klien di mana terdapat
perundingan secara terperinci antara klien dengan kontraktor sebelum bermulanya
peringkat rekabentuk dan segala keperluan dibincang bersama. Tender prakelayakan pula
biasanya diamalkan untuk mendapatkan kontraktor yang mempunyai kemahiran tertentu
sahaja. Walaupun begitu, keputusan untuk memilih jenis tender yang ditawarkan
bergantung juga kepada jenis, kos serta keperluan projek tersebut. Lebih besar serta
kompleks projek tersebut, lebih tinggi risiko yang perlu ditanggung oleh klien.

Secara umumnya, prosedur dalam proses tender adalah boleh dikatakan tiada
bezanya di antara praktis JKR dan penguasa tempatan kerana kedua-dua Jabatan masih
mempraktikkan landasan yang digariskan di dalam Arahan Perbendaharaan dan pemilihan
tender yang berjaya perlu dirujuk kepada Lembaga Perolehan seperti yang ditekankan di
dalam Arahan Perbendaharaan.

13DKA09F1078 (ZA’IM) Page 4

Anda mungkin juga menyukai