Anda di halaman 1dari 4

Bahan Binaan Jalanraya

Bahan Turapan Lentur


i. Tanah
ii. Batu baur
iii. Bahan pengikat

Bahan Turapan Tegar


i. Konkrit
ii. Tetulang
iii. Penutup sambungan

i. Bitumen gred penetrasi


• Hasil penyulingan petroleum
• Berkeadaan separa-pepejal dan perlu dipanaskan
• Nama diambil dari ujian tusukan
• Nilai tusukan menentukan kekerasan bitumen
• Kegunaan untuk premix bitumen macadam dan premix konkrit
asfal

ii. Bitumen Cut Back


• Bitumen gred penetrasi + pelarut
• Pelarut menggantikan pemanasan
• Contoh pelarut digunakan ialah kerosin,gasoline dan naftalin
• Pelarut hilang secara penyejatan dan meninggalkan bitumen
untuk mengikat batu baur
• Kelikatan dari ujian dan digunakan untuk kerja permukaan
tunggal.
Bahan Binaan Jalanraya

iii.Bitumen Emulsi
• Bitumen gred penetrasi /cut back + air + agen emulsi
• Agen emulsi mengelakkan bitumen berketul-ketul
• Tidak perlukan pemanasan, berkeadaan cair
• Air menyejat dan meninggalkan bitumen untuk mengikat batu
baur
• Digunakan untuk penampalan lopak, penyiraman lapisan lapik
dan haus. Dikenali sebagai tack-coat

iv. Tar
• Dihasilkan dari proses pembakaran hidrokarbon
• Kurang digunakan kerana banyak kelemahan penggunaannya
berbanding bitumen. Contohnya mudah berubah bentuk.

kebaikan dan keburukan yang terdapat pada turapan tegar


berbanding dengan turapan lentur

kebaikan :

i. Hayat rekabentuk turapan tegar lebih lama, iaitu 40 tahun


sementara hayat rekabentuk turapan boleh lentur hanyalah 20
tahun sahaja.
ii. Tidak banyak kerja penyenggaraan perlu dilakukan ke atas turapan
tegar dan permukaannya tidak mudah dicemar oleh tumpahan
minyak.
iii. Bahan mentah utama untuk binaan turapan konkrit (simen,
aggregat, air dan tetulang ) mudah didapati di Malaysia.
iv. Turapan tegar tidak telus air, kecuali pada sambungan. Sekiranya
sambungan disenggarakan dengan rapi, air tidak akan menembusi
subgred dan ini dapat menjamin kestabilan turapan.
Bahan Binaan Jalanraya
v. Turapan tegar mampu menanggung beban gandar yang sangat
berat dan faktor kekuatan ini mendorong penggunaannya untuk
papak landasan kapal terbang.
vi. Secara relatif, permukaan turapan tegar licin tetapi mempunyai
rintangan kegelinciran yang mencukupi. Oleh itu, cerun lintang yang
lebih landai boleh digunakan.

keburukan :
i. Kos permulaan pembinaan turapan tegar adalah tinggi
ii. Teknik pembinaan secara berperingkat-peringkat yang kerap
diamalkan di negara membangun tidak boleh dipraktikkan pada
turapan tegar.
iii. Turapan tegar amat sukar dikorek atau ditebuk setelah terbina. Oleh
itu, peletakan utiliti seperti kabel telefon, saluran elektrik, paip air
dan lain-lain mestilah dirancang dengan rapi terlebih dahulu.
iv. Konkrit memerlukan masa lebih kurang 28 hari sebelum benar-benar
mampu menyokong beban. Oleh itu, sesebuah seksyen lebuhraya
terpaksa ditutup selama 28 hari (melainkan jika simen cepat
mengeras digunakan) sekiranya kerja penyenggaraan yang
melibatkan pembinaan semula turapan sedia ada terpaksa
dilaksanakan.
v. Proses dan kaedah pembinaan turapan tegar melibatkan tenaga
kerja mahir, pengelolaan bahan dengan baik dan jentera pembinaan
berteknologi tinggi.
vi. Sifat ketegaran papak konkrit mengorbankan sedikit keselesaan
memandu.
vii. Penyenggaraan sambungan yang sangat rapi perlu demi kekuatan
dan kelanjutan usia turapan tegar.

Objektif rekabentuk campuran konkrit asfalt turapan jalan adalah untuk


mendapatkan suatu adunan yang ekonomi serta untuk menentukan
Bahan Binaan Jalanraya
pengredan aggregat dan kandungan asfalt yang akan menghasilkan
campuran yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki.

Ciri-ciri yang diperlukan dalam rekabentuk campuran konkrit


asfalt :

i. Asfalt yang mencukupi agar turapan yang dihasilkan tahan lasak


terhadap kemerosotan atau penyepaian akibat tindakan cuaca
dan lalulintas.
ii. Kestabilan bancuhan (campuran) yang yang mencukupi supaya
permintaan lalulintas dapat dipenuhi tanpa berlaku herotan
atau anjakan kekal atau ubahbentuk semasa menanggung
beban lalulintas
iii. Lompang yang mencukupi di dalam campuran terpadat
membolehkan berlakunya sedikit pemadatan tambahan di
bawah tindakan beban lalulintas tanpa berlakunya penjujuhan,
pancuran atau penurunan kestabilan.
iv. Keboleholahan yang mencukupi untuk membolehkan perebakan
dibuat secara berkesan tanpa berlaku sebarang pemisahan
antara juzuk-juzuk di dalam campuran asfalt yang berkenaan.
v. Permukaan turapan jalan yang dapat memberikan rintangan
kegelinciran yang mencukupi sebagai langkah keselamatan
bagi mengelakkan kemalangan.
vi. Turapan yang dihasilkan hendaklah mempunyai ciri
kebolehlenturan yang baik. Ini ditakrifkan sebagai ketahanan
turapan terhadap kelesuan, iaitu lenturan yang berulang-ulang
tanpa pecah atau keupayaannya untuk menerima perubahan
aras setempat di dalam subgred dan tapak jalan raya.
vii.Rekabentuk bancuhan hendaklah bermutu dan dapat disediakan
secara ekonomi.