Anda di halaman 1dari 10

1.

JENTOLAK (BULLDOZER)
Jentolak merupakan jentera yang paling lasak digunakan untuk meolak dan
meratakan tanah permukaan. Jentera ini mempunyai kuasa kuda yang
PENERANGAN

tinggi, bertayar getah atau beroda. Di sebelah hadapan dilengkapkan


dengan peparang berhidraulik untuk kerja menolak, menorah, memotong
dan meratakan tanah. Terdapat jenis peparang seperti peparang lurus,
peparang S dan peparang U
Jentolak ini boleh digunakan untuk membersihkan tanah, menumbangkan

KEGUNAAN

pokok dan menghapuskan halangan, mengikis tanah atas, memotong dan


menorah sisi bukit untuk menubuhkan laluan baru.

GAMBAR

2. JENGKAUT (EXCAVATOR)

Jengkaut didapati dalam pelbagai jenis yang popular seperti jenis jengkaut
bajak belakang (back hoe), jengkaut seret (dragline) dan jengkaut
serbaguna. Back hoe diperlengkapkan dengan timba bergigi berukuran
0.13m3 hingga 1.6m3 benjoran hidraulik sesuai digunakan di ruang yang
PENERANGAN

sempit, tanah lembut dan mendaki bukit. Jengkaut beroda rantai perlu
diangkut dengan trailer semasa dipindahkan dari satu tapak ke tapak binaan
yang lain. Jengkaut serbaguna beroda getah lebih kecil daripada jengkaut
bajak belakang dan sangat popular untuk kerja-kerja binaan yang kecil dan

KEGUNAAN

sederhana.
Jentera jenis ini digunakan untuk kerja menggali lubang, longkang dan
peparit

GAMBAR

3. KREN BERGERAK
KEGUNAAN

Kren jenis ini beroda tayar digunakan di tapak binaan yang sederhana,

senang dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain melalui
jalanraya biasa. Struktur kerangka tiang yang dinamakan jib dipasangkan di
atas sebuah mesin yang berputar. Kerangka jib yang tinggi menguasai
kawasan yang luas tetapi memerlukan kedudukan yang rata dan stabil. Kren
benjolan teleskopik dikendalikan secara system hidraulik yang boleh
dipanjangkan atau dipendekkan dan amat berkesan digunakan untuk
mengangkat dan menempatkan konkrit.

KREN BERGERAK ( JENIS KERANGKA JIP)

KREN BERGERAK (JENIS JORAN TELESKOPIK)

4. KREN STATIK
PENERANGAN

Kren jenis ini dipasang secara tetap di tapak bina dan hanya dibuka selepas
selesai kerja pembinaan. Ianya sesuai untuk kawasan yang besar dan
bertingkat terutamanya pembinaan pasang siap dan kerangka keluli besi.

Kren ini terdiri dari jenis derik, menara dan kren panjat.

Kren Derik
Berupaya berputar dengan jejari mengangkat bebanan seberat 2 tan,
kerangka tiang 6m dan jib deriknya sepanjang 40m.

GAMBAR DAN
PENERANGAN

GAMBAR DAN
PENERANGAN

Kren Menara Dan Panjat


Terdiri daripada kerangka joran untuk mengangkat beban dan
diseimbangkan dengan memanjangkan kerangka jib pengimbang
dan boleh berpusing bebas sehingga 3600. Kren menara didirikan
bebas daripada struktur bangunan dan boleh ditambat kepada
bangunan sebagai penyokong.

Kren Panjat
Didirikan melalui ruang khas di dalam bangunan yang sedang dibina
dan boleh ditinggikan mengikut kesesuaian tingkat bangunan
dengan menggunakan sistem jek hidraulik. Bebanan maksima yang
boleh diangkat oleh kren panjat di antara 4 12 tan dengan ukuran
jejari 18 21m.

GAMBAR
DAN
PENERANGAN

5. LIF PENGANGKAT
KEGUNAAN

Lif pengangkat merupakan jentera yang berfungsi untuk mengangkat


pekerja dan bahan binaan dari bawah ke atas bangunan dalam pembinaan.
Penggunaan lif pengangkat dapat menjimatkan waktu berbanding jika
menggunakan titian tangga. Pengangkat peranca adalah jenis yg mudah

digunakan dengan sistem kabel yang dikendalikan oleh motor diesel. Dibina
atau dipasang pada tapak yang stabil dan digerakkan oleh system kabel
yang dikawal. Lif pekerja hendaklah di gerakkan oleh motor elektrik dengan
tiang layarnya diikat kepada bangunan. Bahan binaan tidak boleh digunakan
untuk mengangkat pekerja dan sebaliknya.

GAMBAR

PENGANGKAT BAHAN

LIF PENGANGKAT PERANCA

JENTERA PENGANGKUT
1. LORI DAN TRAK

PENERANGAN

Merupakan jentera pengangkut yang paling banyak digunakan dalam


industri binaan dengan keupayaan muatan yang berbeza

KEGUNAAN

untuk mengangkut bahan binaan seperti simen, bata, pasir dan lain-lain
kerja yang dikendalikan.

GAMBAR

2. PEMBUANG (DUMPER TIPPER)


Jentera pengangkut dan pembuang dengan keupayaan mengikut ukuran
PENERANGAN

timba (bucket), dikuasai oleh enjin diesel dan bergerak dalam berbagai
keadaan tanah serta memerlukan seorang pemandu.

GAMBAR

JENTERA PEMBANCUH KONKRIT


Penggunaan konkrit bancuh siap menunjukkan perkembangan dalam teknologi binaan yang
sangat digalakkan. Kelebihan menggunakan konkrit bancuh siap boleh dipandang dari segi
ekonomi serta kawalan mutu konkrit yang dikehendaki. Konkrit bancuh siap memerlukan
bancuhan secara mekanikal di mana kuantiti yang dibancuh adalah besar dan kualiti antara
bancuhan tidak berbeza.

1. TRAK PENGGAUL KONKRIT

Merupakan jentera yang direka khas dilengkapi dengan dram penggaul


yang berputar satu atau dua pusingan setiap minit untuk mengelakkan
konkrit daripada mengeras dalam perjalanan ke tapak binaan. Sebelum
PENERANGAN

mengeluarkan konkrit, dram penggaul dikehendaki berpusing lebih cepat


dari 10 15 pusingan seminit dan konkrit dituang melalui pengelunsur yang
disediakan. Dengan muatan dram antara 4minit. Selepas konkrit dikeluarkan
industry binaanan 4 6m3. Masa tuangan ialah 30 dram penggaul
dibersihkan dengan air.

GAMBAR

2. PAM KONKRIT BERGERAK

Terdiri daripada pam yang terletak di atas trak beroda tayar. Hos yang
digunakan boleh meluntur dengan diameter 100mm dan dipasang pada
joran teleskopik, dikendalikan secara hidraulik dan boleh bergerak dalam
PENERANGAN

pelbagai kedudukan. Pengendalian jentera ini memerlukan pekerja yang


mahir, berkeupayaan menuangkan sehinggga 100m konkrit dalam masa
satu jam. Disamping itu, ia boleh mengawal berlakunya pemisahan konkrit
serta memerlukan pekerja minima.

GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai