Anda di halaman 1dari 9

BAB 5: UJIAN BEBAN CERUCUK

5.0

PENGENALAN

Tujuan mengadakan ujian beban cerucuk adalah untuk memastikan bahawa reka bentuk dan perlaksanaan jenis cerucuk yang dipilih adalah mencukupi. Sekurangkurangnya satu cerucuk ujian perlu dibuat bagi sesuatu projek. Cerucuk ujian tersebut mestilah bukan sebahagian daripada kerja yang sebenar. Walau bagaimanapun, satu cerucuk ujian mungkin tidak mencukupi bagi tapak bangunan yang luas.

Keupayaan yang diperolehi mestilah disahkan dengan membuat ujian cerucuk. Selalunya beberapa cerucuk akan dibuat ujian berdasarkan dokumen kontrak yang mesti dilalukan terhadap cerucuk tersebut, atau cerucuk ditanam dan yang terpilih untuk diuji adalah cerucuk yang memberi keputusan yang paling dikhuatiri sekali, contohnya dari segi penembusan sendengan dan lain-lain.

55

Ujian beban boleh dilakukan secara tunggal dan berkumpulan untuk cerucuk bakau atau cerucuk di kawasan batu kapur. Ujian beban berkumpulan adalah lebih digemari. Pemborong adalah dikehendaki memberi notis 48 jam sebelum menjalankan ujian dan oleh kerana jangkamasa ujian hampir kepada 2 hari, maka waktu bermulanya perlu diatur dengan baik.

Cerucuk ujian selalunya diberikan beban tambahan sekurang-kurangnya 50% daripada beban yang sebenar. Ujian dijalankan sehingga cerucuk tersebut hampir gagal atau gagal sepenuhnya. Sebarang beban yang tidak mencapai beban kegagalan sepenuhnya kedalaman yang dikehendaki atau dihentak (ini ditentukan dengan kadar kemasukan cerucuk ke dalam tanah bagi setiap penambahan beban). Selanjutnya, salah satu ujian berikut boleh dilakukan:

5.1

FUNGSI UJIAN CERUCUK 1. Untuk menentukan keupayaan tanggungan maksima yang akan diperolehi. 2. Untuk memastikan cerucuk yang ditanam boleh diterima dari sudut struktur. 3. Untuk menentukan kaitan antara pemendapan cerucuk dengan beban yang dibawa.

5.2 USIA CERUCUK SEBELUM DIUJI

Cerucuk yang sudah ditanam haruslah diberi masa yang cukup sebelum diuji. Ini adalah untuk membenarkan tekanan air liang pore water pressure yang terjadi itu hilang. Geseran dalam tanah liat lembut mendapat lebih kurang 75% dari kekuatan dalam masa 3 4 minggu selepas cerucuk ditanam. Cerucuk kayu di dalam tanah liat haruslah diuji selepas 3 minggu ditanam, manakala untuk cerucuk konkrit dan keluli di dalam tanah granular selang beberapa hari sahaja adalah mencukupi.

56

5.3

UJIAN BEBAN DIPERTAHANKAN (MAINTAINED LOAD TEST)

5.3.1

PENGENALAN

Ujian Bebanan (Load Test) adalah satu ujian yang perlu dilakukan pada cerucuk bagi menguji kekuatan cerucuk menampung beban tiang yang akan ditanggung bagi mengelakkan berlakunya lebihan beban dan kegagalan cerucuk yang dilantak. Ia juga bagi memastikan pelantakkan cerucuk telah mencapai kedalaman yang maksimum di mana ia telah menemui tahap berlakunya tindakbalas geseran (end bearing).

Ujian ini hendaklah dijalankan hanya di bawah arahan seorang penyelia yang berpengalaman dan cekap, serta menggunakan alat-alat ujian yang telah ditetapkan.

5.3.2

OBJEKTIF UJIAN

Objektif ujian ini adalah untuk memastikan cerucuk yang akan digunakan itu selamat untuk menanggung dan bertindakbalas dengan beban kerja serta dua kali ganda beban kerja.

5.3.3

PROSEDUR UJIAN

I.

Beban hendaklah dikenakan pada kadar pertambahan sebanyak 25% dari beban kerja sehingga mencapai beban kerja dan selepas itu kadar pertambahan ini bolehlah dikurangkan sehingga beban maksimum ujian dicapai iaitu dua kali ganda beban kerja. Setiap pertambahan beban, hendaklah

57

dijalankan dengan teratur dan dengan secepat mungkin. Bacaan mendapan dan masa bacaan diambil hendaklah direkodkan sebelum dan selepas setiap pertambahan beban dibuat.

II.

Graf masa mendapan hendaklah diplotkan untuk menunjukkan bila kadar mendapan sebanyak 0.05 mm dicapai dalam masa 15 minit. Partambahan

beban seterusnya hendaklah dikenakan apabila kadar ini dicapai atau sehingga tempoh minimum selama 2 jam telah berlalu, mengikut yang mana terkemudian. Proses ini hendaklah diulangi sehingga beban ujian maksimum tercapai.

III.

Beban ujian maksimum hendaklah dikekalkan selama 48 jam dan bacaan masa mendapan hendaklah diambil pada setiap satu jam. Beban ujian kemudiannya hendaklah dikurangkan dalam empat peringkat yang sama dan bacaan masa mendapan hendaklah direkodkan sepertimana yang dihuraikan sebelum daripada ini sehinggalah pergerakan berhenti. Tempoh masa antara setiap

pengurangan beban hendaklah sekurang-kurangnya 60 minit.

5.3.4

REKOD UJIAN DAN KEPUTUSAN

Segala bacaan perlu diisi di dalam borang rekodnya bagi setiap ujian. Ianya akan diperlukan untuk menyediakan 2 graf penting :

Graf beban-pemendapan (load-settlement graph) Graf masa-pemendapan (time-settlement graph)

58

5.3.5

KEGAGALAN UJIAN CERUCUK

Graf-graf yang tersebut akan digunakan di dalam penafsiran status ujian, ujian adalah dikira gagal sekiranya salah satu daripada syarat di bawah di dapati :

Pemendapan baki (residual settlement) selepas beban diangkat melebihi 0.25 (6.50 mm) Jumlah pemendapan (total settlement) di bawah beban sepenuhnya melebihi 0.50 (12.50 mm) Jumlah pemendapan (total settlement) di bawah 2 kali ganda beban kerja melebihi 1.5 (38 mm) atau pun melebihi 10% lebar cerucuk mana-mana yang paling rendah

5.3.6

PERALATAN UJIAN

a) Jack Hidraulik (Pressure Gauge)

Di dalam ujian, beban diagihkan kepada cerucuk dengan menggunakan jack hidraulik yang boleh mengawal beban di dalam pecahan-pecahan kecil.

Tekanan diukur dengan menggunakan tolok tekanan (pressure gauge) yang sesuai. Jack digunakan untuk mendapatkan reaksi daripada beban lawan kentledge yang lebih berat dari beban ujian yang diperlukan. Beban lawan akan diletakkan ke atas platform dan disokong oleh beberapa blok konkrit. Oleh itu, reaksi dari tension pile atau anchor dapat diperolehi.

59

Rajah 5.3.6.1 Jack Hidraulik

Rajah 5.3.6.2 Jack Hidraul

60

b) Tolok Dial (Dial Gauge)

Dua atau empat tolok dial diperlukan untuk mengambil bacaan di atas dua atau empat paksi. Ia mempunyai gerakan 1 diukur dalam pecahan 0.001. Dipasang diatas rasuk rujukan yang ditanam di tanah sejauh enam kaki dari pusat cerucuk. Ini adalah untuk menerangkan kesan pemendapan ke atas cerucuk tolok dial.

Rajah 5.3.6.3 4 biji Tolok Dial yang digunakan

61

Rajah 5.3.6.4 Tolok Dial

d) Secondry Girde dan Main Girder e) M.S Plate f) Glass Sheet G) 600 Diameter Spun Pile

Rajah 5.3.6.5 Keadaan Load Test

62

5.4

KOMEN DAN CADANGAN

Ujian beban adalah perlu dilakukan berdasarkan arahan didalam dokumen kontrak. Tujuan melakukan ujian ini adalah untuk memastikan bahawa reka bentuk dan perlaksanaan jenis cerucuk yang dipilih adalah mencukupi. Sekurang-kurangnya satu cerucuk ujian perlu dibuat bagi sesuatu projek.

Kerja-kerja penyediaan ujian beban dilakukan dengan teliti,batu-batu konkrit disusun dengan teratur, pemasangan dial gauges dengan sempurna. Bacaan tplok dial adalah dua tempat perpuluhan. Dengan itu, bacaan yang tepat tidak dapat dibaca. Selain itu, disebabkan keadaan tapak di tepi jalan raya menyebabkan banyak gegaran daripada kenderaan yang lalu di situ dan menyebabkan terdapat ralat pada bacaan.

Kawasan tapak pembinaan hendaklah di hadang supaya orang awam tidak dapat memasuki kawasan pembinaan dan menggangu ujian beban yang sedang dilalukan.

5.5

KESIMPULAN

Kerja ujian beban terhadap cerucuk adalah satu prosedur kerja yang wajib dalam menjalankan sesuatu projek pembinaan samada dalam pembinaan bangunan besar, atau jambatan. Ujian tersebut dijalankan adalah untuk menguji cerucuk sama ada lulus atau tidak. Ujian beban ini memerlukan masa yang lama iaitu dalam tiga tau empat hari untuk mendapatkan keputusannya.

63

Anda mungkin juga menyukai