Anda di halaman 1dari 9

8.

5 KERJA TANAH
Pengenalan Kerja tanah dilakukan untuk mendapatkan aras pembentukan sebagaimana dikehendaki di dalam lukisan/pelanggan dan juga untuk kerja-kerja pengorekan. Bagi kawasan yang melibatkan pihak berkuasa ia perlu dimaklumkan dahulu sebelum kerja dilaksanakan. Kecuaian akan melibatkan kerugian masa, kos, dan mungkin nyawa. Penggunaan jentera digalakkan kerana mampu mengurangkan kos dan mempercepatkan kerja. Berpandukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, kerja tanah adalah kerja-kerja berkaitan pemotongan dan tambakan tanah dari aras bumi sedia ada kepada platform/cadangan (proposed level) untuk bangunan pada sesuatu projek. Elemen utama yang perlu dipertimbangkan: 1. Aras cadangan yang akan menentukan isipadu potongan atau tambakan 2. Kecerunan potongan atau tambakan dari aspek kestabilan tanah 3. Sistem saliran sementara/kekal untuk menyalirkan air larian permukaan kepada saliran sedia ada atau sungai-sunga atau existing sump dan sebagainya. Selain aspek kejuruteraan, kita perlu peka terhadap keperluan/kehendak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). PBT mensyaratkan kepada pihak tuan punya/perunding agar memperolehi kelulusan pelan kerja tanah dan pelan infrastruktur secara berasingan sebelum mendapatkan kelulusan daripada PBT.

Syarat-syarat Am Kerja Tanah 1. Keadaan asal muka bumi harus dikekalkan ke tahap yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. 2. Pemotongan/penambakan cerun diselenggara dengan baik dan pemulihan cerun yang terhakis perlu dilaksanakan dengan segera. 3. Bentuk muka bumi (topografi) bercerun lebih dari atau yang berisiko tinggi dikekalkan. 4. Permukaan cerun dipelihara dengan tanaman tutup bumi (turfing). 5. Pembukaan tanah perlu mengikut fasa atau selepas fasa yang terdahulu siap dibina dengan kawalan kerja tanah yang ditetapkan. 6. Kolam perangkap mendak dan system saliran untuk air larian permukaan perlu disiapkan sebelum kerja tanah dijalankan dan diselenggara. 7. Sebarang pelepasan dari kolam perangkap mendak atau saluran keluar mengandungi tidak melebihi 50mg/l pepejal terampai. 8. Halaju kenderaan berat pengangkutan tanah dihadkan kepada 20km/h. 9. Roda dan jentera perlu dibersihkan sebelum bergerak di atas jalan raya awam. 10.Muatan lori pelu ditutup sepenuhnya. 11.Pihak Majlis berhak mengenakan syarat-syarat tambahan dan kegagalan mematuhi syarat-syarat akan dikenakan tindakan tanpa sebarang notis.

KAWASAN SENSATIF i. ii. iii. Cerun melebihi 30 dan kawasan rendah kurang daripada 3.5 . Kawasan yang berasa didalam zon pemeliharaan dataran tinggi dan Mangrove conservation area. Penyediaan pelan topo, cadang potong dan tambak dikemukakan sebelum kerja dilaksanakan.

KESAN KERJA TANAH YANG TIDAK SEMPURNA i. ii. iii. iv. v. Tanah runtuh, hakisan tanah, dan banjir Pemendapan dikawasan rendah sekitar lot Longkang tertimbus mengganggu system saliran System lalulintas tergendala Kerosakan harta benda dan tanaman

SEBELUM KERJA TANAH DILAKSANAKAN i. ii. iii. iv. v. Patuh dan faham syarat yang dikenakan. Pastikan had dan kedudukan sempadan. Memasang papan tanda bagi memaklumkan kepada orang ramai. Memastikan pemborong, permit, dan pemaju adalah berkelayakan. Pengawas memahami kerja yang akan dilaksanakan.

POTONG DAN TAMBAK i. ii. Penyediaan aras pembentukan (formation level) : aras yang dibentuk sama ada dengan menambun atau menambak Kerja tanah dijalankan segera jika terdapat perbezaan aras sedia ada dengan aras pembentukan.

AKTIVITI-AKTIVITI KERJA TANAH 1. Kerja tanah


Kerja tanah bermaksud penyediaan aras pembentukan seperti yang dikendaki dalam lukisan tender. Pembentukan melinatkan pemotongan dan penimbusan tanah. Tanah berbukit dipotong dan dibawa ke kawasan berlurah untuk ditimbus. Aktiviti lain ialah pembersihan, pengorekan, pemunggahan, pengangkutan, penuangan, pemadatan, dan pencerunan.

2. Pembersihan Semak samun, pokok dan tinggalan bangunan dibersihkan menggunakan tenaga
manusia dan jentera.

Lapisan atas tanah (top soil) sedalam (150-300)mm dibuang (strip) dan
dilonggokkan untuk digunakan semula semasa turfing.

Tinggalan bangunan lama dirobohkan dan di sub kontrakkan pada kontraktor


pakar jika dalam kuantiti yang banyak.

3. Pengorekan
Dilakukan untuk mendapatkan aras pembentukan yang dikehendaki. Berbagai loji digunakan bergantung kepada jenis tanah di tapak bina. Tanah yang dikorek perlu dipindahkan. Keberkesanan pemunggahan bergantung kepada loji pengankutan yang sesuai. Kawasan yang ditimbus perlu dipadatkan untuk meningkatkan keupayaan galas, mengurangkan kebolehmampatan, kebolehtelapan, hakisan dan lain-lain. Pemadatan dilakukan secara berperingkat dengan setiap lapisan setebal 150250mm. Tanah diratakan dan disiram dengan air untuk kelembapan yang sesuai dan dipadatkan dengan jentera pemadat. Aras tanah yang dibentuk perlu mengikut bentuk dan kecerunan yang dikehendaki. Pencerun bertindak mencerun, melicin, mengikis, memotong, merebak, dan membina permukaan tebing. Aras cerun yang siap ditanam dengan rumput untuk menghalang hakisan.

4. Pemunggahan, pengangkutan, dan penuangan

5. Pemadatan

6. Pencerunan

REKABENTUK KERJA TANAH

menentukan/mencadangkan Aras Cadangan

Tukar aras cadangan jika tidak sesuai

Sediakan keratan memanjang dan keratan melintang Mengira isipadu korekan dan tambakan semak kestabilan cerun

Sediakan tembok penahan tanah jika diperlukan Semak rekabentuk keperluannya

Cadangkan perparitan sementara/perangkap mendak ketika kerja tanah diperlukan

8.6 TEMBOK PENAHAN

PENGENALAN
Merupakan satu binaan yan berfungsi untuk menahan tanah yang mempunya kecerunan yang menyebabkannya berada dalam keadaan tidak stabil. Sudut yang selamat bagi cerun dalam lingkungan 30 . Tanah yang padat mempunya sudut yang lebih besar berbanding tanah lembut/liat. Tembok penahan diperlukan jika sudut selamat melebihi 30 . Air bumi juga menambahkan berat tanah dan menjadi bahan pelincir kepada butiran tanah menyebabkan ia ia tidak stabil. Beban tambahan yang dikenakan juga memberikan kesan kepada kestabilan tanah.

PRINSIP REKABENTUK
Dibina dengan kukuh supaya tidak terbalik. Kupayaan tembok > keupayaan tanah yang disokong. Kos pembinaan tinggi diperlukan untuk tembok yang besar dan berat. Tembok memerlukan kekuatan tambahan untuk terus berada dalam keadaan stabil. Tekanan tanah dibelakang tembok dinamakan tekanan aktif. Kekuatan tambahan diperoleh daripada tekanan pasif tanah yang mengimbangi tekanan aktif. Tembok perlu tebal dan berat atau memperkukuh tembok yang lebih nipis (R.C) untuk mengelakkan daripada retak dan pecah. Rekabentuk tumit tembok yang lebih dalam mengelakkan berlakunya gelinciran. Cerucuk keping ditanam melebihi aras gelinciran di bawah tembok jika berlaku gerakan selanjutnya.

JENIS STRUKTUR TEMBOK PENAHAN


1. Tembok Penahan Graviti Bergantung pada beratnya sendiri untuk menyokong tanah supaya berada dalam keadaan stabil. Berat tembok melebihi berat tanah, air dan beban tambahan. Langkah diambil untuk mengurangkan suhu yang dihasilkan oleh penghidratan dengan cara rekabentuk bancuhan konkrit, cara-cara pembinaan dan teknik pengawetan. Permukaan luas diantara tapak dan tanah memberikan kesan geseran yang menahan tembok dari tergelincir. Bahan yang digunakan ialah konkrit, bata, dan batu. Ketinggian melebihi 1.8m adalah tidak ekonomi. Tetulang nominal digunakan untuk mengehadkan keretakan disebabkan pengembangan dan pengecutan konkrit oleh perubahan suhu. 2. Tembok Penahan Julur / Dinding T Prinsip pembinaan menggunakan prinsip tuil. Tidak mengharapkan berat sendiri untuk menyokong tanah. Direkabentuk dengan asas yang mempunyai tumit yang dalam supaya tanah dapat ditambah kepada berat tembok itu sendiri atau toe yang lebih besar perlu digunakan. Ketinggian ekonomi ialah 1.2 6.0m. Prategasan disyorkan bagi ketinggian melebihi 6m. 3. Tembok Penegang / Selangka ( Anchored Wall ) Digunakan bila tembok yang direkabentuk terlalu tinggi untuk dibina secara ekonomi dalam bentuk jisim konkrit atak bentuk julur. Ketinggian melebihi 6m. Tekanan tanah yang bertindak ke atas dinding nipis yang merentangi penegang yang teguh secara mengufuk. Penegang besar mewujudkan beban tetap yang diperlukan untuk memaastikan kestabilan di atas tembok yang dibesarkan. Penegang direkabentuk dan keperluan tetulang ditentukan supaya penegang bertindak sebagai julur untuk menahan momen lentur yang besar yang tertumpu dititik penegang yang dibina. Kelebihan bentuk ini dapat mengurangkan isipadu jisim konkrit yang digunakan dan mengelakkan penuangan yang besar dan mengurangkan pengorekkan.

JENIS-JENIS LAIN TEMBOK PENAHAN


i. Tembok penahan krib Digunakan untuk menahan cerun di tepi bukit dan pembinaan jalanraya. Terdiri dari susunan dan cantuman unit kayu, besi atau konkrit pra tuang dan bahagian dalam diisi dengan tanah peroi atau batu kelikir untuk pengaliran air. Mencapai ketinggian 6m. Merupakan jenis tembok penahan kambus balik. Komponen biasa ialah konkrit bertetulang Permukaan terbuka dihasilkan Kaedah pembinaan yang mudah dan pantas.

Kebaikan tembok krib :1. 2. 3. 4. 5. 6. ii. iii. iv. Beban dari tekanan hidrostatik Mudah dan cepat dibina Permukaan terbuka dan seragam Flexibility Ketinggian kurang dari 15m Kos pembinaan yang murah Tembok gabion Tembok krib Embedded walls a) Reinforced and anchored earth b) Reinforced earth walls c) Soil nailing d) Ground anchors

PEMERIKSAAN RUTIN BAGI PENYELENGGARAAN CERUN


PEMERIKSAAN CERUN Pemeriksaan 2 kali setahun sebaik-baiknya rekod diambil selepas musim tengkujuh. Rekod yang perlu diambil ialah lokasi cerun, ketinggian, sudut, system perparitan, keadaan hakisan, persekitaran cerun, ciri-ciri geologi. Untuk memastikan cerun dalam keadaan baik dan selamat

PENYELENGGARAAN Membersihkan sampah-sarap pada saluran perparitan dan permukaan cerun Memperbaiki saluran perparitan atau turapan yang rosak/retak Membaiki dan menggantikan tutupan permukaan cerum yang rosak atau retak Membersih lubang leleh dan saluran keluar paip Membuang tumbuhan yang mengakibatkan keretakkan pada penutup permukaan cerun dan saluran perparitan. Tanam semula tumbuhan pada permukaan gondol. Membuang longgokan bahan batuan longgar dan tumbuhan yang tidak diperlukan daripada cerun berbatu atau disekeliling batu tongkol. Membaiki tembok batu yang mengalami kerosakan. Memeriksa dan membaiki paip air yang ditanam supaya tidak bocor.

Tanda kegagalan berlaku pada pelantar cerun: 1. 2. 3. 4. Rekahan yang membesar Tambakan mendap Pembenjolan Herotan

Faktor yang perlu diambil kira semasa merekabentuk: 1. 2. 3. 4. Pekali geseran tanah. Keupayaan tekanan yang dibenarkan. Tekanan pasif tanah. Keadaan tanah yang luarbiasa.

Anda mungkin juga menyukai