Anda di halaman 1dari 14

TAJUK : PERALATAN, KELENGKAPAN DAN BAHAN DALAM PERSEDIAAN

TAPAK

Persediaan tapak dilakukan dengan membersihkan kawasan pembinaan daripada tumbuh-


tumbuhan dengan menggunakan jentolak atau jentera-jentera lain yang sesuai. Tujuannya
adalah untuk mengeluarkan lapisan tanah atas yang kebiasaannya lembut dan tidak
diperlukan di dalam pembinaan. Ia juga melibatkan proses menebang pokok dan menugal
tunggul kayu. Sekiranya suatu tapak pembinaan tidak melakukan pembersihan tapak ia
amat menyukarkan ketika kerja pembinaan.

1.0 Method Statement (Pernyataan Kaedah Kerja)


1.1 Definisi
Merupakan pernyataan tatacara atau kaedah kerja pembinaan yang dicadangkan untuk
dilaksanakan oleh pihak kontraktor bagi sesuatu aktiviti pembinaan atau pemasangan
produk yang berkaitan. (Sumber JKR)

1.2 Tujuan
Method statement amat penting untuk sesuatu projek pembinaan bangunan komersial yang
menghuraikan penjelasan kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor sesuatu projek
pembinaan. Method statement menjadi panduan kepada pihak yang terlibat dalam projek
pembinaan kerana ringkasan maklumat projek pembinaan ada di situ.

1.3 Ciri-ciri Method Statement


 Merupakan gambarajah turutan kerja
 Menerangkan jentera yang diperlukan
 Bilangan pekerja yang diperlukan dan tahap produktiviti mereka dalam bidang
berkenaan.
 Bahan binaan yang diperlukan serta kuantitinya yang boleh didapati dari ‘taking
off list’
 Dengan adanya Method Statement, satu perancangan kerja yang baik dapat
dihasilkan.
 Idea dapat didokumenkan sebagai panduan menjalankan kerja.
 Keperluan beserta cara terbaik melaksanakan kerja dapat dikenalpasti
 Kuantiti bahan binaan yang diperlukan berdasarkan pengiraan yang telah
dilakukan. Disinilah pengiraan secara terperinci untuk setiap elemen bahan
NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 2 drp : 14

binaan dibuat untuk mendapatkan kuantitinya secara tepat untuk digunakan


dalam perancangan kelak.

1.4 Maklumat untuk penyediaan Penyata Kaedah Kerja


 Peringkat operasi atau kerja
 Kuantiti kerja
 Kaedah pembinaan
 Turutan operasi
 Ringkasan jentera dan buruh
 Hasil / produktiviti
 Tempoh

Rajah 1.1 : Contoh maklumat yang diperlukan untuk penyediaan Method


Statement.

2.0 Jenis Dan Fungsi Peralatan


2.1 Penerangan
NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 3 drp : 14

Terdapat dua kaedah persediaan tapak yang selalu digunakan iaitu samada menggunakan
alatan tangan atau jentera. Alatan tangan selalunya digunakan untuk melakukan kerja-kerja
pembersihan di tapak manakala jentera pula digunakan untuk kerja-kerja menggali tanah.

Rajah 1.2: Peralatan persediaan tapak

2.2 Alatan Tangan

a) Penyodok (Shovel)

Fungsi : penyodok adalah satu alat untuk menggali seperti tanah, pasir dan batu-batu
kecil. Penyodok digunakan secara meluas dalam bidang pembinaan.

Rajah 1.3 : Penyodok

b) Cangkul (Hoe)

Fungsi : Cangkul digunakan untuk menggali, membersihkan tanah dari rumput


ataupun untuk meratakan tanah.
NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 4 drp : 14

Rajah 1.4 : Cangkul

c) Penukul (hammer)

Fungsi : digunakan untuk menukul dan mencabut paku bagi pembinaan papan
adang, papan tanda dan sebagainya.

Rajah 1.5 : Penukul

d) Gergaji tangan

Fungsi : digunakan untuk memotong kayu secara kerat dan belah. Saiz gergaji
ditentukan oleh panjang bilah dan bilangan gigi setiap 25mm.Kebiasaannya panjang
bilah adalah antara 55 hingga 70mm.

Rajah 1.6 : Gergaji Tangan

e) Kereta sorong (wheel barrow)

Fungsi : digunakan untuk mengangkat bahan dalan kuantiti yang banyak. Contohnya
mengangkut pasir yang digali.
NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 5 drp : 14

Rajah 1.7 : Kereta Sorong

2.3 Mesin Mudah Alih

a) Gerudi tangan (hand drill)


Fungsi : digunakan untuk memasang atau menanggalkan skru. Memudahkan kerja –
kerja membuat lubang pada kayu, besi dan sebagainya.

Rajah 1.8: Gerudi tangan

b) Mesin gergaji jig (jig saw)


Fungsi : digunakan untuk memotong lengkung, bulat dan lurus pada papan lapis, mdf
dan papan. Memotong bahan seperti kayu, logam lembut dan perspek.

Rajah 1.9 : Mesin Gergaji Jig

c) Mesin gergaji berantai


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 6 drp : 14

Fungsi : digunakan dalam pelbagai jenis aktiviti terutamanya bagi tujuan


pembalakan, pencantasan pokok serta pembersihan hutan. Merupakan gergaji
mekanikal mudah alih yang digerakkan dengan menggunakan tenaga elektrik, udara
mampat, hidraulik atau yang paling lazim enjin 2 lejang.

Rajah 2.0 : Mesin Gergaji Berantai

3.0 Jenis Dan Fungsi Jentera

Penggunaan jentera dan peralatan mekanikal dalam pembinaan adalah satu perkembangan
dalam kemajuan teknologi binaan dewasa ini. Penggunaan ini boleh dibahagikan kepada
peralatan berjentera dan peralatan tidak berjentera. Pembelian peralatan jentera
memerlukan modal permulaan yang agak besar di samping perancangan penggunaan yang
berkesan. Pelaburan tersebut sekiranya diperhitungkan dengan terperinci boleh
menyumbang dalam mempercepatkan proses binaan dan menjimatkan masa serta
mengurangkan kos buruh. Oleh sebab itu pembelian peralatan jentera adalah lebih
berkesan sekiranya kerja binaan tersebut besar, banyak dan penggunaan jentera yang
berterusan. Sekiranya pembelian peralatan jentera membebankan kedudukan kewangan
pihak kontraktor, penyewaan atau pembelian peralatan terpakai boleh diusahakan melalui
syarikat yang memberi sewa peralatan jentera binaan secara kontrak, penyewaan harian
atau satu jangkamasa yang dipersetujui. Untuk merancang keberkesanan penggunaan
jentera beberapa faktor hendaklah diambilkira seperti berikut:-

a) Jenis Jentera Kerja dan Tapak Binaan


Kos modal, jangka hayat dan keupayaan peralatan perlu dipertimbangkan dalam
pemilihan peralatan jentera yang sesuai dengan keadaan tapak. Keadaan tapak
yang sempit di dalam kawasan bandaraya yang sesak memungkinkan penggunaan
konkrit siap bancuh dihantar ke tapak binaan dengan lori penggaul konkrit. Tapak
yang berair dan berlumpur memerlukan jentera beroda rantai 2 daripada
penggunaan jentera beroda tayar getah. Keadaan bangunan seperti kedudukan dan
saiz akan mempengaruhi pemilihan jenis kren untuk memunggah dan menempatkan
NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 7 drp : 14

bahan – bahan binaan. Peralatan jentera juga perlu di tempatkan pada kedudukan
yang sesuai supaya tidak menghalang laluan kerja dalam proses binaan.

b) Jenis Jentera Kerja dan Pengendalian Jentera


Pengetahuan mengenai kaedah operasi dan pengendalian peralatan jentera juga
menyumbang kepada keupayaan pengeluaran (output) yang optima serta
meningkatkan produktiviti hasil daripada gabungan pekerja dan peralatan tersebut.
Keseimbangan di antara bilangan pekerja dan kesesuaian peralatan jentera perlu
diperhatikan bagi menghasilkan mutu kerja yang baik. Langkah – langkah
keselamatan dan tatacara pemeriksaan kepada semua peralatan jentera perlu
dijalankan pada jangka masa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

3.1 Jentera Penggali (Excavator)

Jentera yang digunakan untuk kerja – kerja penggalian meliputi kerja penolakan tanah
(dozer) dan penggalian tanah dengan jengkaut (excavator):

a) Jentolak (Bulldozer)
Jentera jenis ini merupakan jentera paling lasak digunakan untuk menolak dan
meratakan tanah permukaan. Jentera ini mempunyai kuasa kuda yang tinggi,
bertayar getah atau beroda. Disebelah hadapan dilengkapkan dengan peparang
berhidraulik untuk kerja menolak, meno Terdapat pelbagai jenis peparang seperti
peparang lurus, peparang S dan peparang U. Jentolak ini boleh digunakan untuk
membersihkan tanah, menumbangkan pokok dan menghapuskan halangan,
mengikis tanah atas, memotong dan menorah sisi bukit untuk menubuhkan laluan
baru.

Rajah 2.1 : Jentolak


NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 8 drp : 14

b) Jengkaut (Excavator)
Jentera jenis ini digunakan untuk kerja menggali lubang, longkang dan peparit.
Jengkaut didapati dalam pelbagai jenis yang popular seperti jenis jengkaut bajak
belakang (back hoe) jengkaut seret (dragline) dan jengkaut serbaguna. Back hoe
diperlengkapkan dengan timba bergigi berukuran 0.13mᵌ hingga 1.6 mᵌ, berjoran
hidraulik sesuai digunakan di ruang yang sempit, tanah lembut dan mendaki bukit.
Jengkaut beroda rantai perlu diangkut dengan trailer semasa dipindahkan dari satu
tapak ke tapak binaan yang lain. Jengkaut serbaguna beroda getah lebih kecil
daripada jengkaut bajak belakang dan sangat popular untuk kerja – kerja binaan
yang kecil dan sederhana.

Rajah 2.2 : Jengkaut

3.2 JENTERA PENGANGKUT


Bahan – bahan seperti tanah, konkrit, simen, bata, kayu papan dan sebagainya
diangkut dan dipindahkan dari dalam dan luar tapak binaan menggunakan jentera
seperti lori, trak, pembuang penghantar (conveyor)

a) Lori dan Trak


Merupakan jentera pengangkut yang paling banyak digunakan dalam industri binaan
dengan keupayaan muatan yang berbeza kerja yang dikendalikan.

b) Dumper Tipper
Jentera pengangkut dan pembuang dengan keupayaan mengikut ukuran timba
(bucket), dikuasai oleh enjin diesel dan bergerak dalam berbagai keadaan tanah
serta memerlukan seorang pemandu.

c) Conveyor
Meliputi sistem pengangkutan berantai roda yang berterusan, dikuasai oleh motor
elektrik, berkeupayaan mengangkut bahan seperti tanah, batu dengan kuantiti yang
banyak dan banyak beroperasi secara berterusan.
NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 9 drp : 14

3.3 Jentera Pemadat

Compactor atau biasa disebut dengan pemadat Alat Compactor digunakan untuk
memadatkan tanah atau material sedemikian hingga tercapai tingkat kepadatan yang
diinginkan. Jenis rodanya biasanya terbuat dari besi seluruhnya atau ditambahkan
pemberat berupa air atau pasir, boleh dibuat dari karet (berupa roda ban) dengan
bentuk kaki kambing (sheep foot). Ada juga yang ditarik dengan alat penarik seperti
bulldozer, atau boleh menggunakan mesin penarik sendiri, yang berukuran kecil
boleh menggunakan tangan dengan mengendalikannya ke arah yang akan
dipadatkan.

Untuk pemadatan pengaspalan biasanya menggunakan road roller, tire roller atau
drum roller, akan tetapi untuk pemadatan tanah biasanya menggunakan sheep foot
roller atau drum roller. Pada dasarnya tipe dan jenis compactor adalah sebagai
berikut :

1. Smooth steel rollers (penggilas besi dengan permukaan halus) yang terdiri dari three
wheel rollers (penggilas roda tiga) dan tandem rollers (penggilas tandem)
2. Pneumatic tired rollers (penggilas roda ban angin)
3. Sheep foot type rollers (penggilas kaki kambing)
4. Vibratory rollers (penggilas getar).
5. Vibratory plate compactor (alat pemadat getaran)
6. Mesh grid rollers (penggilas dengan roda anyaman)

Jenis-jenis compactor diatas mempunyai spesifikasi tersendiri untuk dipakai dalam


usaha pemadatan bagi berbagai jenis tanah, atau dengan memperhatikan berbagai
faktor misalnya :
Untuk tanah plastis dan cohosive, maka alat pemadat sheep foot roller adalah paling
sesuai, sebab alat ini memadatkan dari lapisan bahagian bawah akibat “kaki kambing”
yang terdapat padanya. Demikian juga penggunaan pneumatic roller yang cukup berat
sangat efektif untuk digunakan, pasir dan / atau kerikil berpasir. Vibrating roller dan
pneumatic tired roller dering digunakan untuk tanah jenis ini. Pasir bercampur lempung
atau tanah liat, compactor yang sesuai untuk jenis tanah ini antara lain segmented
rollers.
NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 10 drp : 14

Rajah 2.3 : Mesin pemadat

4.0 Jenis Dan Fungsi Bahan

4.1 Pagar Adangan (Hoarding)

4.1.1 Definisi
Papan sendeng atau Hoarding boleh dijelaskan sebagai pagar sementara yang
memagari sempadan tapak binaan. Ia berupa pagar panel yang didirikan dengan
sokongan sendiri atau disandarkan pada struktur sokongan atau peranca.

4.1.2 TUJUAN PAPAN SENDENG


i. Memagar keseluruhan sempadan tapak bina
ii. Menghalang orang awam atau pihak-pihak tidak berkenaan dari memasuki
kawasan kerja binaan
iii. Menghalang individu atau kumpulan yang tidak terlatih dalam amalan
keselamatan dan tidak memakai peralatan keselamatan dari memasuki kawasan
berkenaan.
iv. Sebagai satu kaedah keselamatan kepada struktur dan bahan-bahan
binaan(kecurian)
v. Mewujudkan halangan bagi membatasi risiko semasa kerja –kerja
perobohan,penggalian tapak dan kerja-kerja pembinaan sedang berjalan.
vi. Mewujudkan signal secara visual , mengingati pekerja atau pihak lain yang kerja
pembinaan sedang berjlalan.

4.1.3 Jenis Papan Sendeng


Terdapat dua jenis papan sendeng

i. Papan Sendeng Pugak


 Siri papan panel yang dirapatkan dan dikat kemas untuk menahan beban
angin dan impak beban yang tidak dijangka
 Dibina secara berdiri bebas atau disokong oleh tembok luar bangunan sedia
ada.
NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 11 drp : 14

ii. Papan Sendeng Kipas/Fan Hoarding


 Melindungi pekerja dan orang awam dari objek jatuh
 Dibina pada aras melepasi ketinggian normal lalulintas
 Rekabentuknya yang condong ke dalam kawasan tapak memastikan objek
yang jatuh dihala ke belakang

Rajah 2.4 : Lukisan Keratan Pembinaan Papan Sendeng

4.1.4 Jenis-Jenis Bahan-Bahan Papan Sendeng

i. Kayu Padu /Papan Gantian


Bahan Kayu terdiri samada dari kayu padu atau papan panel gantian yang terdiri
daripada plywood atau papan serpih . Ia dibina mengunakan kerangka kayu dengan
dirembat. Papan atau panel plywood dipaku pada rel bersaiz 75 x 38 dengan
disokong oleh 100mm x 100 tiang kayu. Ia mampu menahan tekanan menjadikannya
pilihan yang popular apabila keselamatan menjadi keutamaan.
Kelebihan papan sendeng kayu
 mampu bertahan lama dan boleh diguna untuk projek jangka panjang seperti
projek perumahan.
 Menghasilkan pagar yang kedap udara

Kayu

Kasut Konkrit
NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 12 drp : 14

Rajah 2.5 : Papan Kayu

ii. Keluli
Keluli mewakili papan sendeng paling teguh dan menjadi pilihan bagi diguna ditapak
binaan. Panel bermodul ini boleh diguna dalam pelbagai situasi berbeza. Panel keluli
bergalvani biasanya mengenakan kos yang lebih berbanding papan sendeng kayu.
Ia menyediakan tapak bina dengan pilihan pagar yang ringan yang boleh dipasang
dengan mudah oleh kumpulan pekerja yang kecil

Rajah 2.6 : Panel Keluli Bergalvani

iii. Plastik
Bahan yang teguh dan tahan lasak. Boleh dibina sebagai dinding sementara dan
tidak banyak penyenggaraan diperlukan. Ringan dan mudah diangkut dan
ditempatkan di lokasi tertentu.Terdiri daripada jenis-jenis bahan plastik seperti plastik
ecosheet, dan kepingan plastik bergelugur (correx sheet)

Gambarajah menunjukkan Papan


Correx sheet
Sendeng yang dibina daripada
ecosheet iaitu bahan plastic yang
dikitar semula
NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 13 drp : 14

5.0 Outsourcing And Inhouse

Pengenalan
Outsourcing dan inhouse adalah langkah strategik yang digunakan untuk mendapatkan
perkhidmatan daripada organisasi bebas atau syarikat lain dari luar dengan membeli barang
atau servis untuk melaksanakan kerja tersebut.

Syarikat pembinaan sentiasa mengupah kontraktor khas untuk kerja-kerja tertentu bagi
menurangkan bebanan kerja mereka. Syarikat-syarikat pembinaan akan mensubkontrak
kerja – kerja khas kepada syarikat lain untuk mendapatkan akses sumber yang melebihi
jangkauan mereka sama ada dari segi kemahiran, buruh, teknologi, produk atau bahan.

Subkontraktor luar ini boleh menjadi:


 Pembekal; Menyediakan produk dan bahan seperti simen, pasir, bata dan lain-lain.
 Subkon buruh; Menyediakan perkhidmatan buruh seperti melepa,melukis,
memasang jubin dan sebagainya.
 Subkon buruh dan bahan : menyediakan perkhidmatan lengkap ( buruh dan bahan)
seperti pemasangan paip, elektrik dan sebagainya

5.1 Outsourcing (sumber luar)


 Kerja mengikat bata: iaitu kerja-kerja memasang, mengekalkan dan
membaiki kerja masonri seperti bata, blok konkrit, batu batu kapur, jubin
kuari, jubin seramik, terazo dan batu granit.
 Kerja konkrit : iaitu kerja menuang konkrit, membaiki seperti kerja
menuang, kemasan, dan pembaikan kerja konkrit di dalam atau luar
kawasan.
 Tukang kayu : melakukan semua kerja pertukangan seperti
pamasangan pintu, dinding panel, lantai kayu, dan siling. Kerja-kerja ini
selalu dilakukan di pejabat, bilik darjah dan makmal termasuk kerja-kerja
pemasangan perabot.
 Buruh binaan : membekalkan servis sokongan untuk kerja kemahiran
seperti tukang paip, juruelektrik, tukang kayu, kemasan simen dan kerja
bata.
NO. KOD WTP 1012/K 02/NK (02/04) Muka : 14 drp : 14

 Juruelektrik ; servis pembinaan seperti melakukan kerja pemasangan


dan membaiki semula peralatan dan kelengkapan elektrik.
 Tukang besi : membekalkan dan membaiki kerja logam dan struktur. Ia
juga melibatkan kerja yang berat dan kerja-kerja kimpalan.
 Operator jentera : melakukan kerja pengendalian jentera berat seperi
kren, jentolak, jengkaut dan sebagainya.
 Tukang cat : tukang cat melakukan servis mengecat seperti dinding luar
dan dalam, pintu dan tingkap.
 Tukang paip : melakukan kerja pemasangan dan membaiki sistem
perpaipan seperti paip air , stim dan gas.

5.2 Inhouse (sumber dalaman)


 Bahan : seperti bata,batu, kayu, besi, pasir, simen, kapur dan
sebagainya. Bahan-bahan ini perlu disimpan dan disusun di tempat yang
sesuai.
 Peralatan : mesin penggaul konkrit, mesin pembengkok besi, mesin
pemadat konkrit dan sebagainya.
 Pekerja : organisasi di tapak bina yang melakukan dan memantau kerja
di tapak.

RUJUKAN:

http://apps.polikk.edu.my/~awam/files/jentera.pdf

Anda mungkin juga menyukai