Anda di halaman 1dari 12

TAJUK : MESIN KETAM PELURUS ( JOINTER PLANER )

TUJUAN:.

Jentera ini biasanya digunakan untuk mengetam muka kasar serta tepinya untuk dipotong.
Biasanya mengetam pada dua permukaan sahaja iaitu muka lebar dan muka tepi ( S2S –
surfaced on two side ). Juga digunakan untuk mengetam bahagian yang kiat,
menggeleding dan melengkong serta juga untuk membuat tingkat ( rebate )

MESIN KETAM PELURUS ( JOINTER PLANER )

TUJUAN:

Pembungkusan adalah satu kerja-kerja akhir dalam sesuatu proses pengeluaran. Setiap
barangan yang akan dipasarkan hendaklah dibungkus terlebih dahulu agar barangan dapat
dilindungi dari sebarang kerosakan pada permukaan perabot.

PENERANGAN :

Kerjanya seperti ketam tangan, cuma caranya berbeza. Jentera ini mengandongi badan dan
cutter head. Cutter head dipasang dengan dua atau tiga mata pisau. Kelicinan hasil ketam
bergantong kepada;

a. saiz mata
b. kelajuan pusingan mata.
c. banyak makan matanya.

Bahagian dan saiz

Bahagian besarnya terdiri daripada;

1. Tapak utama
2. Meja belakang dan depan
3. Pengadang keselamatan
4. Mata pemotong ( cutter head )
1. Tapak utama
Dibuat daripada besi pejal dan tahan karat. Didalamnya mengandungi belting (tali sawat)
atau rantai. Gunanya untuk mengerakkan cutter head dan jiga bertujuan melindungi
komponen dalam mesin.

2. Meja belakang dan hadapan


Kedua-dua meja ini kebanyakanya boleh dilaraskan samada turun atau naik dengan
menggunakan roda pelaras atau tuas pelaras. Ada juga sesetengan mesin meja belakangnya
tidak boleh dilaras

3. Pengadang keselamatan
Seperti terdapat pada mesin circular saw dimana ianya sebagai penanda bendakerja.
Disamping itu ianya berfungsi sebagai pelindung bagi mata pisau.

4. Mata pemotong
Mata pisau dipasang pada cutter head samada dua, tiga atau empat. Cutter head berpusing
selaju 3500 – 4500 p.s.m. saiz mesin ini mengikut panjang mata pisau atau lebar kayu yang
boleh diketam. Saiz yang biasa digunakan ialah 6” hingga 8”. Manakala saiz yang
dugunakan dikilang ialah antara 10” hingga 12”.

Melaras Meja Belakang Atau Cutter Head

Untuk mengetam dengan baik meja belakang hendaklah betul-betul sama tinggi dengan
mata pisau. Jika meja belakang tinggi ia akan mengetam serong manakala jika rendah,
ketamanya akan berbentuk snipe.

Mengubah Kedudukan Meja Atau Kepala Pemotong

Untuk mendapatkan kelurusan rata yang sama (accurate cutting) meja belakang mestilah
sama tinggi dengan mata pisau. Jika meja itu tinggi maka hasilnya keratan akan menjadi
serong (taper), tetapi jika meja itu rendah, hasilnya tidak rata dan hujunya akan menjadi
(snipe)
Jointer hendaklah diubahsuai dimana meja belakang sama tinggi dengan kedudukan ‘cutter
head knife’ atau pisau pemotong pada puncak yang tinggi sekali. Jika tidak hasilnya akan
menjadi serong taper atau hujung yang tidak rata shape apabila mengetam.

Cara Mendapatkan Hasil Yang Rata

Sebelom membuat pelarasan, longarkan pengunci terlebih dahulu. Rendahkan meja belakang
keperingkat yang sama tinggi dengan mata pisau. Untuk mempastikan ianya sama, gunakan
kayu lurus atau kayu pembaris sebagai alat penguji. Letakan kayu lurus tadi diatas meja
belakang (rear table). Jika didapati tingginya tidak sama, maka hendaklah diubah
sahingga ianya sama dengan mata pisau. Sesudah ianya betul-betul sama tingginya barulah
dikunci penguncinya

Mengubah Had Dalam Potongan


Biasanyan pengubahan ini disediakan ‘scale’ yang dibuat dalam pecahan inci 1/32” hingga
1/3”unit. ketingian atau kerendahan dikehendaki berpandukan kepada banyaknya potongan
dibuat. Potongan selalunya dibuat 1/3” maksima.

Mengubah Pengandang

Pastikan ‘fence’ ini bersudut 90 atau bersudut tepat diantara meja dan pengadang ‘fence’.
Pengadang ini boleh diubahsuaikan mengikut sudut diberi (tilt). Selalunya dari 1 hingga
45. Ianya dibuat bagi keginaan membuat potongan condong, serong dan jenis kumai-
kumai yang lain.

Kedudukan Bendakerja Semasa Operasi Mengetam


(Method of holding stock for feeding)
Berdiri disebelah meja depan (infeed table) dengan kaki kiri dihadapan dan kaki kanan
dibelakangmenyerong menghadap mesin sedikit. Diketahui ia mempunyai dua bahagian
meja, hadapan dan belakang (in feed and out feed) tentukan tangan tidak melintasi had
bahaya iaitu kawasan mata pisau. Cara operasi kayu hendaklah dipegang dengan betul,
letak kayu itu, serta tekanan diatas meja menghimpit ke pengadang (fence). Tolak kayu itu
kehadapan. Tangan tidak boleh melintasi mata mesin. Selepas kayu itu lepas kemeja
belakang, tentukan pengubahan tangan di buat bersama seperti mana gambarajah.

Untuk mendapatkan
permukaan yang
bersudut tepat pada Tiap-
tiap potongan. Pastikan
potongan pertama itu
betul-betul lurus dan
sama rata. Sudah menjadi
kebiasaan, tiap-tiap kayu
yang diproses tidak semestinya lurus dan sama rata. Kadang-kadang ianya melengkung
mengikut urat (bur), melengkung tengah melintang urat (cup), kiat (twist) dan melengkung
tengah di satu bahagian sahaja (crock). Jadi kayu-kayu ini perlulah diketam untuk
mendapatkanpotongan yang sama rata dan lurus
Untuk mengetam bagi permukaan kayu dan papan jenis diatas, eloklah pilih bahagian
melemgkongnya ke bawah .
Kerja-Kerja Yang Boleh Dilakukan Dengan Jentera Pelurus

1. Tingkat (rebate) - turunkan meja hadapan kepada saiz yang dikehendaki dan laraskan
ke jarak lebar tingkat yang dikehendaki. Rajah 1 , 2 dan 3 di mukasurat 9.

2. Serong atau rencong (taper) - turunkan meja hadapan sehingga kedalaman yang sesuai.

3. Kumai buang segi, - laraskan pagar (fence) untuk membuat kumai buang segi.

Penjagaan

1. Pastikan mata mesin tanam.

2. Canai mata apabila berlaku kerosakan.

3. Pengadang keselamatan hendaklah sentiasa digunakan.

4. Meja hadapan dan belakang hendaklah sentiasa sama atau diselaraskan dengan betul.

5. Makan ketaman hendaklah tidak melebihi 1/8” atau 2 mm.


Keselamatan

1. Pastikan kayu yang hendak diketam bebas dari paku, pasir, minyak, simen, mata
kayu dan buku kayu yang longar.

2. Jangan mengetam kayu yang kurang dari 12” panjang. Gunakan push stick jika perlu.

3. Gunakan pengadang keselamatan.

4. Pastikan sekeru pengikat mata kuat.

5. Pegang bendakerja dengan kuat, kemas dan selamat.

6. Berdiri dengan tegak disebelah kiri meja depan. Pakaian hendaklah kemas.

7. Ketam hendaklah mengikut urat kayu dan dalam matanya tidak melebihi dari 2 mm.

Anda mungkin juga menyukai