Anda di halaman 1dari 16

Muka : drp.

TITTLE: JIGS DAN FIXTURE

KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN

1. Jenis-jenis jig dan fixture


2. Cara membuat jig
3. Keselamatan semasa menjalankan jig
4. Faedah dilakukan jig
NO. DAN TAJUK LE 1 – JIGS DAN FIXTURE
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

NO. DAN TAJUK JIGS DAN FIXTURE


TUGASAN

Muka : drp.

TITTLE: JIGS DAN FIXTURE

TUJUAN:

Jig and fixture merupakan suatu alat yang direka dan dibuat untuk mempermudahkan atau
mempercepatkan sesuatu operasi serta memastikan kedudukan bendakerja yang tepat,
kemas serta selamat semasa operasi dijalankan.

PENERANGAN:

Dalam merencana pembuatan jig dan fixture terdapat beberapa langkah yang perlu diberi
perhatian dan kefahaman yang jitu. Dengan itu jig yang akan dihasilkan tiada terdapat
sebarang kecacatan atau kekurangan sekali gus dapat meningkatkan keberkesanan dalam
penggunaan jig dan fixture.

Jig boleh digunakan dalam semua keadaan samada dengan menggunakan peralatan
tangan atau mesin. Dalam pengeluaran jig direka untuk memastikan ianya menepati
spesifikasi yang dikehendaki bagi tujuan mengelakan daripada pembaziran.

Apakah dia jig

Jig adalah suatu binaan khas dengan menggunakan alat-alat tertentu yang dilengkapi
dengan peralatan pengeluaran yang bertujuan mengurangkan kos buruh dan
meningkatkan kualiti.

Jenis-jenis jig

1. Sebagai pengadang
2. Sebagai pengukur panjang
3. Sebagai pengukur sudut
4. Sebagai pemegang atau sokongan
5. Sebagai pemandu dan pengawal
6. Sebagai acuan
7. Sebagai alat pemasangan
Muka : drp.

Jenis-jenis jig

1. Sebagai pengadang

Potongan kayu dan bahan-bahan lain diletakan diatas pelapik mesin bagi menahan kayu
dari tercampak semasa kerja-kerja pemprosesan dijalakan.

2. Sebagai pengukur panjang

Bahan seperti kayu atau besi diletakan diatas atau dilekatkan dibahagian hujung kayu
yang akan dipotong. Jarak diantara jig dan hujung kayu / besi adalah merupakan jarak
pemotongan yang telah ditentukan.

3. Sebagai pengukur sudut

Kayu adalah bahan lain yang digunakan sebagai jig dipasang mengikut sudut yang
dikehendaki diatas laras atau pelapik mesin. Kayu atau bahan lain akan dapat dipotong
dengan mengikut sudut yang dikehendaki dengan menggunakan jig yang berkenaan.

4. Sebagai pemegang atau sokongan

Bagi sesetengah proses yang sukar dilakukan, alat sokongan boleh dignakan seperti kayu
pelapik atau bekas bagi sending.

5. Sebagai pemandu dan pengawal

Jig ini biasanya digunakan bagi kerja-kerja menebuk.

6. Sebagai acuan

Jig ini digunakan bagi mendapatkan bentk profil sesuatu bahan yang dikehendaki.

7. Sebagai alat pemasangan

Jig ini digunakan bagi memasang komponen-komponen perabot, pintu dan lain-lain.
Muka : drp.

Pemilihan ciri-ciri bahan untuk dibuat jig

 Tahan dan keras


 Stabil terhadap kandungan lembapan
 Senang diuruskan
 Senang digunakan
Muka : drp.
Muka : drp.

Keratan rentas Jig yang digunakan bersama vertical Spindle Moulder.

CROSE-SECTION DRAWING OF TYPICAL SHAPING JIG


(ACCOMONDATING TWO WORKPIECES)
FOR USE OF VERTICAL SPINDLE MOULDER.

Alat-alat yang diperlukan untuk dibuat jig

 ‘L’ square
 Tape pengukur
 Driil bit
 Jangka sudut
 Adjustable spanner
 Screw driver
 Gergaji
 Mesin yang bersesuaian
 Kertas karbon
 Dll.

Faktur-faktur dalam mereka bentuk jig dan fixture

Faktur-faktur dalam mereka bentuk jig adalah:-

1. Sistem penetap

2. Sistem apitan

3. Binaan jig
Muka : drp.

1. Sistem penetap

Antaranya ialah:-

 Sistem penetap mestilah mudah untuk masuk dan keluar ( loaded and unloaded)
 Ruang untuk habuk kayu mesti diambil kira
 Ketinggian penetap mestilah membolehkan bendakerja berada dalam keadaan
stabil semasa operasi.
 Penetap mesti cukup kuat untuk menerima tekanan semasa operasi

Sistem Apitan

 Sistem apitan mestilah mudah untuk digunakan dan dikendalikan


 Sistem apitan mestilah tidak menghalang kedudukan bendakerja
 Sistem apitan mestilah boleh memegang bendakerja dengan kemas
 Jenis apit yang digunakan mestilah mempunyai kekuatan pegangan yang sempurna
 Sistem apitan mestilah dalam jarak yang sesuai kepada titik pemotongan untuk
mengelakkan gegaran.
 Sistem apitan mestilah diletakkan pada kedudukan yang sesuai untuk menerima
tekanan semasa operasi.
 Kedudukan bendakerja mestilah ditunjukan pada sistem apitan.

Binaan Jig

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam binaan jig adalah:-

● Sudut potongan yang rendah untuk mengelakan kerosakan


● Kurangkan komponen, berat dan saiz untuk mengelakkan ketidak seimbangan
semasa operasi.
● Kurangkan geseran diantara pemandu dan permukaan meja dengan jig. Graphite
boleh digunakan sebagai pelancar.
● Binaan jig mestilah kukuh dan stabil untuk kegunaan berulang kali.
● Mesti mudah untuk dikendalikan
● Sistem pemandu mesti tahan geseran
● Elakkan guna bahan yang mudah pecah.

Langkah-langkah merekabentuk Jig dan Fixture

● Penyediaan peralatan alat tulis


● Memahami pelan atau lukisan kerja
● Membuat pelan jig dan fixture
● Menentukan jenis apitan / pengandang
● Menentukan tempat pemegang pada jig
● Menentukan cara penyimpanan
● Penggunaan profil yang sama untuk saiz yang berbeza.
Muka : drp.

1. Penyediaan peralatan alat tulis

Alat tulis seperti pensil, pemadarn, pengukur, kertas lukisan ( biasanya untuk saiz
penuh atau nisbah 1:1) dan kertas sureb. Adalah lebih mudah jika jig yang akan dibuat
atau direka dilukis terus dalam ukuran sebenar.

ii. Memahami pelan atau lukisan kerja

Kebanyakan pelan perabot adalah di lukis dalam ukuran berskala. Seseorang itu perlu
melakarkan bentuk perabot atau komponen perabot yang dibuat terlebih dahulu
sebelum boleh memulakan langkab-langkah seterusnya untuk merekabentuk jig,

Lakarkan komponen perabot tesebut dalam 3 dimensi. Lakaran hendaklah dibuat 2


atau 3 kali untuk memastikan bentuk yang dibuat adalah sama dengan kehendak plan.
Bila lakaran yang dibuat telah menepati kehendak plan, barulah bahagian atau
komponen perabot tersebut itu dilukis pada saiz sebenar,

a. Membaca model

Selain dari menggunakan plan , jig juga boleh dibuat berdasarkan model perabot yang
diberi. Jig yang akan dibuat akan menjadi lebih mudah kerana bentuk yang dikehendaki
telah jelas.

b. Membuat model

Membuat model bahagian- bahagian perabot merupakan langkah seterusnya yang mana
berdasarkan jig yang akan dibina . Model yang dihasilkan ini adalah sangat berguna
sebagai bahan rujukan kerana jika model yang dihasilkan itu telah menepati spesifikasi.
Jika model yang dihasilkan itu masih ada kekurangan atau kelemahan jua sebagai bahan
rujukan yang berikutnya.

Mana-mana kekurangan atau kelemahan dapat diperbaiki atau diperbetulkan. Pastikan


model yang dbuat mempunyai saiz dan bentuk profil sama dengan jig yang akan
disediakan.

iii. Membuat pelan jig dan fixture

Model dan lakaran yang telah dibuat sebelum ini akan membantu dalam tugas ini.
Semasa membuat luksan jig dan fixture ini, keputusan mestilah telah dibuat berkenaan
dengan :-
● jenis operassi yang akan dijalankan,
● mesin yang akan diguna pakai
● jenis alat pemotong
● saiz mata pemotong,
● saiz alat pemandu
● lain-lain alat yang digunakan.
Muka : drp.

Untuk memudahkan kerja, sediakan satu senarai semak ( check list) butiran berikut:-

i. Operasi yang digunapakai atau dijalankan


ii. Mesin yang akan digunakan
iii. Alat pemotong saperti drill bit, router bit, gergaji dan saiz serta profil alat pemotong.
iv. Alat pemandu yang akan digunakan berserta saiz
v. Alat eksessori yang akan dipasang pada jig dan fixture
vi. Alat eksessori tambahan yang akan dipasang semassa operasi.

Proses melukis pelan jig boleh dibuat dan dimasukkan butiran senarai semak
mengenai alat eksessori dalam lukisan tersebut. Semasa melukis pelan jig, masukkan
sekali kedudukan bearing penanda dan alat pemotong pada mesin, serta beri perhatian
kepada tebal dan saiz panel jig.

a. Ukuran.

Ukuran pada jig mestilah sama dengan ukuran pada model. Ini akan memberikan
bahagian perabot yang tepat dan berkualiti tinggi. Biasanya kita memberi sedikit basi pada
jig tersebut untuk mengambil kira geseran semasa operasi. Basi ini mestilah tidak
mengubah struktur profil perabot. Selalunya basi sebanyak diantara 0.5 mm.

b. Profil

Profil pada jig perlu sama dengan model yang telah dibuat.

Pengadang

Pengadang digunakan untuk mengadang bendakerja pada jig, mestilah kukuh


dipasang terutama semasa operasi. Eloknya pengadang ini dibuat pada semua sempadan
bendakerja supaya ia tidak mengganggu perjalanan alat pemotong atau eksessori lain.
Pemasang pengapit mestilah boleh menampung kekuatan terjahan semasa operassi.

Pemegang jig

Pemegang jig perlu dibuat untuk memudahkan memegang jig semasa operasi atau
pengendaliannya. Ia perlu diletakkan supaya mudah dibawa dan ini boleh mengelakkan
kerosakkan kepada profil jig semasa penyelenggaraan. Elok jika kedudukan pemegang jig
ini terletak dibahagian tepid an tidak mengganggu alat pemotong dan ekssesori jig.

Muka : drp.
Penyangkut untuk simpanan

Ia perlu dibuat jika penggunaan jig adalah untuk jangkamasa yang lama dan waktu
penggunaan adalah tidak berterusan. Menebuk lubang pada jig adalah salah satu cara
mudah untuk membuat tempat penyangkut atau alat penegang yang dipasang juga boleh
disesuaikan dengan dijadikan tempat penyangkut.

Profil sama untuk saiz yang berbeza


Sering didapati profil yang sama tetapi untuk pengeluaran atau produk yang berbeza
saiz. Percaturan ini boleh dibuat dengan menukar saiz bearing penanda pada mesin atau
menukar saiz mata alat pemotong atau boleh menggunakan alat pelapik saperti veneer
atau plastic edging pada tepi jig yang bersentuhan dengan bearing penanda bagi
memberikan saiz yang berbeza.

Kelebihan dan kebaikan menggunakan Jig dan Fixture

Terdapat beberapa kebaikan atau kelebihan ketika menggunakan jig dan fixture
diantaranya ialah:

1. Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti

Jig dan Fixture dapat meningkatkan pengeluaran dan produktiviti secara


mempercepatkan sesuatu proses kerja. Kerja yang biasa selalunya dibuat dalam beberapa
minit kini boleh dilakukan dalam beberapa saat sahaja. Contohnya kerja-kerja mengukur
dan menanda biasanya memerlukan pembaris, kini dengan menggunakan sebatang kayu
penanda, ia dijalankan dengan cepat dan tepat. Lain-lain kerja yang boleh dipercepatkan
ialah memandu alat pemotong, menetapkan mata alat pemotong, memasang komponen
perabot dan lain-lain.

2. Meningkatkan mutu pengeluaran

Jig dan fixture dapat meninggikan mutu secara menyamakan kualiti semua barangan
yang dihasilkan, tanpa mengira tahap kemahiran pekerja tersebut. Sekalipun , suatu
proses yang terpaksa dilalui itu rumit dan selalunya hanya pekerja mahir sahaja yang
mampu melaksanakannya, dengan bantuan jig pekerja am juga berkemampuan
menghasilkan kualiti yang tinggi.

3. Mendapatkan bentuk dan saiz yang sama

Jig dan fixture adalah sama dengan acuan. Oleh itu dengan acuan yang sama akan
dapat menghasilkan produk yang sama dari saiz dan bentuk yang sama.

4. Bahagian yang saling tukar

Apabila barangan yang dihasilkan itu mempunyai saiz dan bentuk yang sama, ia
mempunyai konsep saling tukar. Contohnya, bila sebatang dari 4 batang kaki meja patah
ia boleh digantikan dengan segera tanpa perlu membuang keseluruhan meja tersebut.
Muka : drp.

1. Menjimatkan masa

Jig dan fixture dapat menjimatkan masa dalam dua cara:-

a. Mempercepatkan kerja kerana kerja yang mudah atau sulit boleh dilakukan
dengan cepat tanpa keraguan.

b. Jika jig diperbuat dari bahan yang tahan lama, dijaga dan disimpan dengan
baik ia masih boleh digunakan untuk satu tempoh yang sangat lama. Oleh itu
ia boleh digunakan bila-bila masa ia diperlukan, dan jig yang sama tidak
perlu dibuat semula.

2. Mengurangkan kos pengeluaran

Kos pengeluaran dapat dikurangkan secara:-

a. Keperluan kepada tenaga kerja mahir dan separuh mahir berkurangan.


Penjimatan adalah dari kos pembayaran gaji mereka.

b. Mengurangkan kos tenaga elektrik. Bila sesuatu kerja dapat dijalankan


dengan cepat dan licin, kos operasi saperti elektrik dapat dijimatkan.

c. Menambahkan keberkesanan kerja secara para pekerja tidak lagi


membuang masa dengan melakukan kerja yang kurang menguntungkan
saperti mengukur, menanda dan lain-lain. Oleh itu masa kerja lebih tertumpu
kepada pengeluaran.

d. Membentuk etika kerja yang baik. Penggunaan jig melatih pekerja untuk
bekerja dengan lebih pantas, menghargai masa, mengurangkan bahan
buangan, menjimatkan kos dan lain-lain lagi. Ia boleh menjadikan suatu
budaya kerja yang sihat.

3. Mengurangkan tenaga kerja

Kerja yang selalunya memerlukan dua atau lebih orang pekerja kini boleh
dilaksanakan dengan hanya seorang pekerja. Contoh operasi ini ialah memasang
komponen-komponen perabot.

Contoh-contoh jig yang digunakan bersama dengan mesin gergaji piring. Jig
digunakan untuk menentukan saiz bendakerja, pembentukan dengan menggunakan
mesin Router.

Muka : drp.
Muka : drp.
Muka : drp.
4. Mengurangkan risiko kemalangan

Keburukan Jig.

a. Kemahiran pekerja terbatas


b. Tempat penyimpanan jig
c. Untuk perubahan yang sedikit tetapi kena buat jig yang baru / lain.

Tindakan selepas buat jig

a. Kenal pasti projek yang akan dibuat


b. Kebolehan dan daya kreativiti
c. Reka bentuk
d. Penggunaan bahan
e. Kebersihan
f. Penyimpanan
g. Sistem kod

Proses-proses membuat jig

 Lukisan produk
 Memecahkan produk kepada sub produk
 Lukisan detail komponen
 Lukisan berdasarkan saiz sebenar komponen
 Menekap / melakarkan lukisan sebenar diatas bahan jig
 Proses seterusnya ( praktikal )

Muka : drp.
Muka : drp.
QUESTION:

SOALAN-SOALAN

1. Senaraikan 3 keburukan dan 3 kebaikan jig dan fixture.

2. Jig dapat meninggikan proses pengeluaran, huraikan;

3. Apakah yang dikatakan jig dan apakah yang dikatan fixture.

4. Senaraikan 10 alat dan mesin yang berkaitan dengan kerja jig.

Anda mungkin juga menyukai