Anda di halaman 1dari 15

School of

Professional
and
Continuing
Education
(SPACE )

SEMESTER I – SESI 2021 / 2022


PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN HARTA TANAH
DDWF 1433 PRINSIP PENILAIAN/ PRINCIPLES OF VALUATION

(TAJUK TUGASAN)

TUGASAN 1 TAJUK 1

NAMA : RABIATUL ADAWIYAH BINTI WAHID


NO.MATRIKS:
A21DW1451
SEKSYEN: 35

(NAMA PENSYARAH)
PUAN SR AZLINA BINTI MUSTAFAR

(TARIKH HANTAR)
3/9/2021

1
ISI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN HALAMAN

1. PENGHARGAAN 3

2. PENGENALAN KEPADA HARTA TANAH 4

3. a.BIDANG KERJA PENILAI 6

4. b.BIDANG KERJA EJEN HARTA TANAH 8

5. c.BIDANG KERJA PENGURUS HARTA TANAH 10

6. d.PENDAPAT TERHADAP PROFESION YANG TIDAK 12


BERDAFTAR DENGAN BOVEAP

7. KESIMPULAN 14

8. RUJUKAN DAN LAMPIRAN 15

2
PENGHARGAAN

Syukur, Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi kerana dengan
izin kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan Tugasan 1 bagi kod subjek Principles Of Valuation
(DDWF1433) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang diberikan ini, saya amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Puan Sr Azlina Binti Mustafah, selaku pensyarah bagi subjek Principles Of Valuation ini
kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Saya turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus
berusaha dalam membantu saya menyempurnakan tugasan ini dengan baik terutamanya kepada
pensyarah saya Puan Sr Azlina Binti Mustafah, atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang tempoh tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat
dilaksanakan dengan baik dan dihantar pada waktu yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

3
PENGENALAN

Berdasarkan ‘Malaysia Valuation Standard (MVS)’, takrifan “harta” bermaksud konsep


undang-undang yang merangkumi semua kepentingan, hak dan faedah yang berkaitan dengan sesuatu
pemilikan. Harta terdiri daripada hak pemilikan yang memberi hak kepada pemiliknya untuk
kepentingannya sendiri atau kepentingan yang tertentu ke atas apa yang dimilikinya. Manakala “harta
tanah" pula bermaksud tanah dan segala perkara yang merupakan sebahagian daripada unsur
semulajadi tanah seperti pokok-pokok, bahan mineral dan segala benda yang telah dilekatkan ditanah
seperti penambahbaikan bangunan dan tapak serta semua bangunan kekal yang tidak boleh dialihkan
seperti loji mekanikal dan elektrikal yang menyediakan perkhidmatan kepada bangunan yang berada
samada dibawah mahupun diatas tanah itu sendiri.

Ciri-ciri harta tanah terbahagi kepada tiga iaitu berdasarkan ciri fizikal, ciri perundangan dan
juga ciri sosial.Berdasarkan ciri fizikal, harta tanah bersifat kelainan iaitu ‘heterogenous’. Ia adalah
ciri harta tanah yang tidak sama diantara satu harta tanah ke suatu harta tanah yang lain dan berbeza
dari segi lokasi, kedudukan serta sifat-sifat fizikalnya. Setiap harta tanah adalah unik dan terhad. Harta
tanah juga bersifat tahan lama atau ‘durable’ yang mempunyai jangka hayat yang Panjang dan tidak
mudah untuk musnah meskipun tertakluk kepada keusangan sesuatu harta tanah tersebut. Penawaran
bagi tanah adalah terhad, hal ini adalah kerana tanah tidak boleh dipindah daripada satu lokasi ke
lokasi yang lain ataupun juga dikenali sebagai ‘immobile’.

Seterusnya berdasarkan ciri perundangan, harta tanah boleh menimbulkan pelbagai kepentingan
seperti kepentingan kekal, pajakan, pajakankecil, sewaan dan sebagainya tertakluk kepada syarat yang
telah ditetapkan. Berdasarkan ciri perundangan, harta tanah boleh dimiliki dan dipindah milik diantara
satu sama lain serta boleh diwarisi oleh keturunan pemilik. Namun begitu, kegunaannya tertakluk
kepada perancangan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan semua pembangunan tertakluk
kepada kebenaran merancang di Akta Perancangan Bandar & Desa 1976. Segala harta tanah boleh
diambil semula oleh Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan ciri perundangan untuk kegunaan awam
sahaja seperti tujuan pembangunan lebuhraya dengan pampasan munasabah diberikan kepada pemilik
harta tanah sebagai ganti.

Berdasarkan sosial pula, harta tanah merupakan suatu keperluan hidup dimana setiap individu
ingin memiliki harta tanah samada dalam bentuk pembelian ataupun sewaan yang boleh digunakan
sebagai tempat tinggal mahupun untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti membangunkan
perniagaan ,bengkel-bengkel dan sebagainya. Harta tanah juga melambangkan prestij atau status
seseorang pemilik terhadap harta tanah yang dimilikinya. Sebagai contoh, seseorang individu yang
memiliki rumah kediaman di kawasan Country Garden di Danga Bay Johor Bahru akan mencerminkan
taraf kedudukan dan kekayaan seseorang pemilik tersebut kerana mampu memiliki harta tanah yang

4
mempunyai nilai yang tinggi di pasaran. Selain itu, harta tanah yang dimiliki juga boleh dijadikan
sebagai suatu pelaburan yang mampu mendatangkan keuntungan yang lumayan sekiranya pemilik
tidak menggunakan harta tanah yang dimilikinya untuk kegunaan sendiri tetapi dijadikan sebagai suatu
alternatif pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang baik dimasa akan dating kerana harga sesuatu
harta tanah di pasaran akan meningkat dari masa ke masa. Tambahanya lagi, pelaburan dalam harta
tanah ini juga berupaya untuk mendatangkan pulangan yang tetap kerana ianya tidak mudah
dipengaruhi oleh inflasi iaitu suatu kenaikan harga barangan atau perkhidmatan dalam ekonomi
negara.

5
a.BIDANG KERJA PENILAI

Penilai adalah merupakan seorang individu yang berperanan untuk memberikan nasihat dan
pendapat tentang nilai sesebuah harta tanah didalam pasaran. Selain itu, Penilai juga berperanan
sebagai Perunding Harta, Pelelong Harta dan juga sebagai Pengurus Bangunan. Dalam konteks ini,
Penilai boleh memberi nasihat tentang pelaburan dan pembiayaan pembangunan harta tanah kepada
ahli Lembaga syarikat yang terlibat atau kepada individu perseorangan yang memerlukan nasihat
tentang perkara yang melibatkan tanah dan bangunan dalam aspek sewaan, jual beli, pinjaman
perumahan dan lain-lain lagi. Antara peranan penilai adalah untuk memberi perkhidmatan yang
profesional dalam menilai kepentingan sesuatu harta tanah, loji, jentera dan peralatan pada suatu
tempoh tertentu. Penilai boleh berkhidmat didalam sektor awam dan juga sektor swasta dimana spek
perkerjaan bagi seorang Penilai dalam dua sektor ini dalah berbeza.

Didalam sektor awam, Penilai bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada kerajaan dalam
kerja-kerja pengurusan dan penilaian sesuatu harta tanah. Penilai juga bertanggungjawab terhadap
pengurusan bagi bangunan-bangunan kerajaan dengan melaksanakan bidang tugas seperti
mendapatkan penyewa bagi bangunan-bangunan kerajaan yang memerlukan penyewa, menguruskan
kerja pengutipan wang sewaan bagi bangunan-bangunan yang telah disewa pada setiap bulan dan juga
sebagai wakil bagi pihak kerajaan untuk membincangkan mengenai nilai sewaan di pasaran pada masa
tersebut.

Manakala didalam sektor swasta, seorang Penilai bertugas untuk orang ramai, ahli sektor
koporat, sektor kewangan dan juga syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat seorang Penilai untuk
memberi nasihat berkaitan nilai harta tanah didalam pasaran. Penilai dibawah sektor swasta juga
bertanggungjawab sebagai seorang wakil bagi pemilik-pemilik tanah, syarikat koporat, pemaju harta
tanah mahupun orang awam untuk memberi perkhidmatan secara profesional mengenai pelupusan dan
pengambilan balik tanah. Penilai juga menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perjanjian,
lelongan, penyewaan dan juga jual beli sesuatu harta tanah apabila diberi kepercayaan oleh pihak
tertentu untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan harta tanah bagi pihak mereka. Disamping
itu juga, Penilai di sektor swasta berperanan untuk menentukan nilaiai bagi tujuan pinjaman
perumahan, pengurusan harta dan pindah milik, memberi khidmat nasihat tentang runding cara harta,
membuat penilaian terhadap harta tanah serta melakukan perejenan harta tanah. Di sektor swasta juga,
Penilai berpeluang untuk bertugas dibank-bank sebagai Pegawai Kredit & Pinjaman.

Penilai didalam sektor awam boleh bertugas dibawah Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta
(JPPH), Majlis-Majlis Perbandarandan Majlis-Majlis Daerah mahupun dibawah Pihak Berkuasa

6
Tempatan seperti Dewan-Dewan Bandaraya iaitu DBKL, DBI, DBJB dan sebagainya, Manakala
Penilai didalam sektor swasta boleh berkhidmat di syarikat-syarikat pemaju, Firma-Firma Penilaian,
Agensi Hartanah dan juga Firma Pengurusan Hartanah yang terdapat di Malaysia.

Secara keseluruhannya, peranan seorang Penilai adalah menghadiri perbicaraan yang dijalankan
dimahkamah sebagai saksi pakar untuk mempertahankan nilaiainnya terhadap sesuatu harta tanah
didalam kes pengambilan balik tanah dimana tuan tanah membuat bantahan keatas bayaran pampasan
yang diberikan oleh pihak kerajaan. Misalnya, pemilik harta tanah membantah nilai pampasan yang
diberikan oleh pihak kerjaan dalam pengambilan balik tanah dalam projek Keretapi Berkelajuan
Tinggi Kuala Lumpur-Singapura yang diusulkan oleh kerajaan. Penilai juga berperanan untuk
membuat Penilaian Kadaran untuk semua harta tanah yang terletak dibawah pentadbiran yang
dilakukan setahun sekali atau 2 kali setahun berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Membuat
penilaian bagi maksud penentuan caj pembangunan keatas harta tanah persendirian yang telah
diluluskan dan perintah pembangunan untuk meningkatkan ketumpatan penduduk atau urusan
pertukaran kegunaan tanah dikawasan pentadbirannya serta menguruskan permohonan tanah-tanah
kerajaan bagi maksud pemberian hakmilik, lesen menduduki sementara atau penrezaban kepada
pentadbir tanah juga merupakan salah satu daripada peranan seorang Penilai Harta Tanah.

7
b.BIDANG KERJA EJEN HARTA TANAH

Ejen harta tanah merupakan individu yang memegang lesen yang diberi kuasa untuk
menjalankan urusan perniagaan melalui penubuhan syarikat atau agensi juga secara individual
berkaitan dalam pengurusan proses jual beli, sewaan mahupun pajakan berkaitan yang dengan harta
tanah.
Lesen yang dimiliki oleh ejen harta tanah ini dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta
Tanah Dan Pengurus Harta iaitu LPPEH yang juga dikenali sebagai BOVEAP yang merupakan satu
badan yang mengawal selia semua amalan kerja profesion,etika kerja profesion dan mempunyai 3
standard iaitu ‘Malaysia Valuation Standard’ (MVS), ‘Malaysian Estate Agency Standard’ (MEAS)
dan ‘Property Management Standard’ (PMS). Ejen harta tanah ini tergolong daripada graduan
universiti yang memiliki ijazah, diploma mahupun sijil yang berkaitan dengan harta tanah yang
diiktiraf.

Ejen harta tanah yang bekerja dibawah sektor awam bertanggungjawab untuk memberikan
khidmat nasihat runding cara berkaitan harta tanah dan juga bertanggungjawab untuk mendapatkan
penyewa bagi harta tanah yang telah ditugaskan oleh kliennya. Manakala bagi ejen harta tanah yang
bertugas dibaawah sektor swasta bertanggungjawab untuk menjadi wakil pembeli, penjual mahupun
penyewa terhadap sesuatu harta tanah. Seterusnya, ejen harta tanah dibawah sektor swasta juga
berperanan untuk menjadi wakil bagi pemilik-pemilik tanah, syarikat koporat dan juga pemaju harta
tanah untuk memberi perkhidmatan secara profesional mengenai perjanjian , lelongan, penyewaan
serta dalam urusan jual beli harta tanah.

Bagi ejen harta tanah dibawah sektor awam, penempatan bagi pekerjaan mereka adalah seperti
dibawah Pihak Berkuasa Tempatan atau Dewan-Dewan Bandaraya seperti DBKL, DBI dan DBJB
serta Majlis-Majlis Perbandaran dan Majlis-MajlisDaerah bagi memberi khidmat nasihat rundingan
kepada orang awam mahupun pihak kerajaan. Bagi ejen harta tanah dibawah sektor swasta pula,
penempatan bagi profesion ini adalah seperti di Syarikat-syarikat Pemaju, Agensi Harta Tanah serta
Firma-firma seperti Rahim & Co, Pro Harta Consultancy, IM Global Property Consultant dan Shah
Real Property Consultant yang merupakan syarikat-syarikat persendirian dan bukan dibawah kuasa
kerjaan.

Namun, terdapat juga ejen harta tanah yang tidak beradaftar dengan LPPEH yang dikenali
sebagai broker tanah. Broker tanah juga mempunyai skop pekerjaan yang sama seperti ejen harta tanah
yang bedaftar. Namun begitu, masih terdapat perbezaan diantara ejen hata tanah yang berdaftar dengan
broker tanah. Antaranya ialah dari segi perwakilan didalam skop pekerjaan mereka. Bagi ejen harta
tanah berdaftar, mereka hanya mewakili satu pihak sahaja samada mewakili pihak penjual sahaja atau

8
mewakili pihak pembeli sahaja. Berlawanan dengan ejen harta tanah berdaftar, broker tanah mewakili
kedua-dua pihak atau menjadi orang tengah dalam proses jual beli atau sewaan. Seterusnya, dari segi
pembayaran. Ejen harta tanah berdaftar hanya mengenakan bayaran ke atas satu pihak sahaja iaitu
pihak yang diwakilinya manakala broker tanah mengenakan bayaran ke atas kedua-dua belah pihak.
Dari segi perundangan, ejen harta tanah berdaftar dikawal dan berada dibawah seliaan LPPEH serta
terikat dengan peruntukan undang-undang manakala broker tanah tidak terikat dengan mana-mana
undang-undang. Dan akhir sekali, ejen harta tanah berdaftar dengan Lembaga penilai, pentaksir, ejen
harta tanah dan pengurus harta (LPPEH) manakala broker tanah tidak berdaftar dengan LPPEH.

Secara keseluruhannya, ejen harta tanah berdaftar berperanan untuk membantu dan memastikan
matlamat atau objektif pihak yang melantik beliau dapat dicapai dengan jayanya serta memastikan
penjualan atau penyewaan harta tanah melalui kaedah yang lebih cepat dan tidak memakan masa yang
lama. Dalam pada masa yang sama, ejen harta tanah bertanggungjawab memberi khidmat nasihat
terutamanya dalam membuat pilihan mengenai jenis harta tanah dan lokasi yang paling sesuai untuk
tujuan pelaburan yang berjaya dan berperanan untuk mendapatkan penyewa bagi memaksimumkan
pendapatan serta mengurangkan masalah pengurusan di masa depan berkaitan harta tanah yang
diuruskannya. Disamping itu juga, ejen harta tanah berperanan memberikan khidmat nasihat berkaitan
harga dan nilai jual atau sewa bagi sesuatu harta tanah yang sesuai dengan pasaran masa kini. Ejen
harta tanah juga memberikan nasihat berkaitan syarat-syarat dan prosedur dalam perjanjian jual beli
dan perjanjian penyewaan serta meletakkan strategi dan juga teknik pemasaran harta tanah yang
berkesan bagi menjamin pulangan yang lumayan.

9
c.BIDANG KERJA PENGURUS HARTA TANAH

Pengurus harta merupakan seorang individu yang dilantik atau dipilih oleh pemilik bangunan
untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan harta milikan mereka. Pengurus Harta juga berperanan
untuk menjaga dan mentadbir pelaburan pada tahap yang terbaik dan munasabah. Selain itu, Pengurus
Harta juga berperanan didalam meguruskan segala pembiayaan dan belanjawan yang diperlukan
dibawah bangunan yang diuruskannya. Pengurusan penyenggaraan dan dokumentasi kontrak juga
diuruskan oleh pengurus harta bagi memudahkan pemilik harta tanah tersebut.Akhir sekali, pengurus
harta juga bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran bangunan yang dipertanggungjawabkan
agar tiada sebarang masalah yang berlaku yang boleh menjejaskan proses pentadbiran bangunan
tersebut.

Seperti Penilai harta tanah dan ejen harta tanah berdaftar, pengurus harta juga terbahagi kepada
dua sektor iaitu sektor swasta dan sektor awam. Kedua-dua sektor ini mempunyai perbezaan dari segi
peranan dalam skop pekerjaan yang dilakukan oleh pengurus harta bagi setiap sektor. Penilai harta
dibawah sektor awam berperanan menguruskan bangunan-bangunan yang berada di bawah
pentadbiran kerajaan pusat seperti Wisma Persekutuan, hospital-hospital awam milik kerajaan serta
kompleks-kompleks pengangkutan awam yang tersedia seperti terminal bus dan stesen keretapi.
Pengurusan yang dilakukan oleh pengurus harta adalah terhadap fasilitas yang tersedia didalam
bangunan dengan memastikan segala fasilitas yang tersedia berada dalam keadaan yang baik dan boleh
berfungsi dengan sempurna misalnya pengurus harta memastikan tandas awam yang terdapat didalam
bangunan yang diuruskannya sentiasa terjaga dan selesa untuk digunakan dan memastikan
penyenggaraan bangunan berfungsi dengan baik serta melakukan pembaikan terhadap mana-mana
fasilitas yang mengalami sebarang kerosakan. Pengurus harta juga menguruskan urusan pungutan
sewa bangunan yang diuruskan sebagai wakil kepada pemilik harta tanah tersebut.

Pengurus harta dibawah sektor swasta pula membantu untuk melindungi atau mengekalkan nilai
dan harga sesuatu harta tanah dan kepentingan pemilik. Pengurus harta juga menguruskan urusan
korporat dan penyewaan melalui pengurusan harta tanah yang betul seperti melakukan
penyelenggaraan fizikal dari semasa ke semasa untuk memastikan bangunan dapat beroperasi dengan
baik tanpa sebarang kerosakan berlaku. Perkhidmatan kutipan sewa juga diuruskan oleh pengurus
harta dengan menjamin sewa bangunan yang diuruskan dikutip pada tempoh masa yang telah pun
ditetapkan. Perakaunan dan ramalan belanjawan dikawal selia oleh pengurus harta agar tiada sebarang
kerugian yang besar berlaku. Memastikan pembaharuan pajakan dilakukan apabila cukup tempoh

10
masa yang ditetapkan supaya proses operasi bangunan yang diuruskan tidak terganggu dan agar
pemilikan tidak ditarik semula. Bahagian promosi bangunan juga diuruskan oleh pengurus bangunan
yang boleh meningkatkan keuntungan yang diperolehi melalui promosi yang dilakukan untuk
memasarkan bangunan yang diuruskan didalam pasaran harta tanah.

Secara keseluruhannya, peranan Pengurus Harta adalah untuk menguruskan bangunan dan
peralatan yang terdapat didalam bangunan tersebut melalui program penyelenggaraan yang berkesan
dan cekap dari semasa ke semasa untuk mengelakkan sebarang kerosakan berlaku yang boleh
menjejaskan operasi bangunan dan nilai bangunan tersebut dalam pasaran.Pengurus harta juga
berperanan untuk memastikan tahap penghunian yang tertinggi dan sewa yang maksimum untuk
memastikan keuntungan optimum dan memberi pulangan semula modal yang dikeluarkan. Selain itu
juga mengawal caj dan perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada nilai perkhidmatan yang
terbaik pada masa yang sama mengekalkan standard dan kualiti pengurusan .Pengurus harta juga
bertanggungjawab untuk menyemak dan mengkaji kos operasi agar tiada sebarang berpelanjaan yang
tidak perlu dilakukan yang boleh membawa kepada kerugian serta menguruskan akaun dan pendapatan
sewa bangunan agar segala transaksi yang berlaku dapat dikenalpasti dan peratusan kerugian dapat
dikurangkan.

11
d. PANDANGAN TERHADAP PROFESION YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN
BOVEAP ATAU LPPEH

Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH)atau Board Of
Valuers, Appraisers, Estate Agents And Property Managers (BOVAEP) adalah Lembaga yang
mengawal semua amalan kerja profesion, etika kerja profesion dan mempunyai 3standard iaitu
‘Malaysia Valuation Standard’ (MVS), ‘Malaysian Estate Agency Standard’ (MEAS) dan juga
‘Property Management Standart’ (PMS). LPPEH ditubuhkan pada tahun 1981 yang tertakluk di
bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia, di mana operasinya ditadbir berdasarkan Akta
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981. Antara fungsi-fungsi LPPEH adalah termasuk dengan
melakukan pemantauan Pendaftaran Penilai, Pentaksir, Ejen & Pengurus Harta Tanah, Penilai serta
Ejen Harta Tanah Percubaan atau Probationary Estate Agent (PEA), dan juga Firma-firma Penilai,
Pentaksir dan Ejen Harta Tanah.

Pada pandangan saya, sekiranya sesuatu profesion tidak mendaftar dengan LPPEH, imej sesuatu
profesion itu berisiko untuk menghadapi masalah berkaitan kepercayaan pihak luar untuk bekerjasama
dengan sesuatu profesion itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana, individu yang tidaka berdaftar
dengan LPPEH tidak mempunyai sebarang undang-undang dan etika pekerjaan yang perlu mereka
patuhi. Maka, sekiranya seseorang individu tersebut melanggar etika pekerjaan semasa melakukan
tugas yang sepatutnya, kepercayaan pihak luar akan semakin pudar terhadap individu lain yang
mempunyai profesion yang sama oleh kerana tindakan mereka yang tidak sepatutnya itu.

Misalnya kepada profesion Penilai Harta, sekiranya profesion tersebut tidak berdaftar dengan
LPPEH, kajian terhadap skala fi untuk amalan penilai iaitu yang boleh dicajkan oleh Penilai Harta
Bedaftar tidak dapat dilakukan. Selain itu, isu pengalaman kerja yang diperlukan untuk perlantikan
Penilai Harta Berdaftar sebagai Pengapit Hakim dalam kes rujukan mahkamah di Mahkamah Tinggi
juga tidak dapat dibangkitkan. Dalam pada masa yang sama, perbincangan mengenai Standard
Amalan Penilai Antarabangsa turut tidak dapat dilakukan. Hal ini akan membangkitkan masalah
sekiranya profesion ini tidak berdaftar dengan LPPEH kerana ujian kelayakan bagi seseorang penilai
untuk membuktikan kelayakan individu tersebut untuk menjalankan tugas sebagai Penilai Harta tidak
dapat dikenal pasti. Kesannya, banyak isu berkaitan etika pekerjaan yang tidak dipatuhi oleh seseorang
Penilai Harta yang akhirnya akan menjejaskan imej profesion tersebut.

Seterusnya adalah kepada profesion Pengurus Harta. Sekiranya profesion ini tidak berdaftar
dengan LPPEH, usaha bagi meningkatkan keberkesanan kemahiran pengurusan dan penyenggaraan
bangunan berstrata selari dengan peruntukan Akta Pengurusan Strata 2013 serta Akta Penilai,

12
Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 dikalangan Pengurus Harta Berdaftar tidak dapat dilakukan.
Bukan itu sahaja, dasar dan hala tuju seorang Pengurus Harta serta penggalakan amalan terbaik untuk
digunakan oleh setiap Pengurus Harta tidak dapat LPPEH laksanakan. Tanpa sebarang badan untuk
memantau kualiti pekerjaan dalam profesion ini, Pengurus Harta akan bertindak sewenangnya kerana
tiada sebarang badan berkuasa untuk menarik lesen perkhidmatan mereka. Jelas sekali, imej profesion
ini akan tercemar sekiranya sikap ini berterusan tanpa kawalan daripada LPPEH.

Akhir sekali adalah kepada profesion Ejen Harta Tanah. Ejen Harta Tanah merupakan individu
yang bertanggungjawab untuk penguruskan proses jual beli dan sewaan yang diberikan tugas oleh
kliennya. Tanpa berdaftar dengan LPPEH, Ejen Harta Tanah yang tidak berdaftar atau dikenali sebagai
Broker Tanah akan mendatangkan keraguan kepada pihak luar kerana setiap tindakan broker tanah
tidak dipantau sama sekali. Hal ini akan meningkatkan risiko penipuan atau scammer terutamanya
dalam proses pembelian sesuatu harta tanah. Kesannya, imej Ejen Harta Tanah akar tercalar
disebabkan oleh perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh Ejen Harta Tanah yang tidak berdaftar
ini.

13
KESIMPULAN

Harta tanah merupakan sebuah aset yang boleh mendatangkan pelbagai manfaat terutamanya
dalam menambah pendapatan melalui pelaburan harta tanah. Hal ini dikatakan demikian kerana harta
tanah mempunyai nilai yang tinggi didalam pasaran dan nilainya semakin bertambah dari semasa ke
semasa. Profesion seperti Ejen Harta Tanah, Penilai dan juga Pengurus Harta memudahkan proses-
proses pengurusan yang berkaitan dengan harta tanah terutamanya kepada individu yang tidak
mempunyai masa untuk menguruskan harta tanah mereka sendiri. Setiap profesion juga mempunyai
skop kerja dan peranan yang spesifik barkaitan dengan profesion itu sendiri. Hal ini amat memudahkan
kerana tiada isu percampuran urusan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap profesion akan
terjadi kerana skop pekerjaannya yang spesifik dan bertumpu. Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta
Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH) atau juga dikenali sebagai Board Of Valuers, Appraisers, Estate
Agents And Property Managers (BOVAEP) telah banyak membantu terutamanya dalam memastikan
setiap profesion menjaga etika kerja dan mematuhi disiplin yang telah ditetapkan. Melalui LPPEH,
orang ramai lebih yakin untuk mendapatkan khidmat berkaitan harta tanah daripada mana-mana
profesion tanpa perlu merisaukan isu penipuan. Hal ini kerana, LPPEH akan menarik lesen pengesahan
mana-mana individu dibawah profesion yang terlibat sekiranya didapati bersalah.

14
RUJUKAN DAN LAMPIRAN

1. LPPEH - Parlimen Malaysia


Link:- https://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2017-11-29/ST.153.2017%20-%20LPPEH.pdf
Tajuk;-Laporan Jawatankuasa Kerja

2.PropertyGuru

Link;- https://www.propertyguru.com.my/property-guides/what-is-bovaea-malaysia-board-of-valuers-
appraisers-and-estate-agents-malaysia-lppeh-lembaga-penilai-pentaksir-dan-ejen-harta-tanah-9577

Tajuk;- What is BOVAEA (Malaysia Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents
Malaysia)/LPPEH (Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah)?

3. Pengambilan Tanah FAQ.pdf

Link;- http://www.myhsr.com.my/clients/MyHSR_C9A9D510-C802-4FEA-8DC3-05EA13351D53/
contentms/img/FAQ_and_Fact_Sheets/BM/Pengambilan_Tanah_FAQ.pdf

Tajuk;- Pengambilan Tanah untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpu - Singapura

15

Anda mungkin juga menyukai