Anda di halaman 1dari 2

TUNAS PRIMA HOLDINGS

Laporan Operasi Kerja Bulan Mac 2018 di Bangunan BLMT


Kampus Sultan Azlan Shah UPSI Tg Malim

Tarikh Kerja-kerja

01/03/2018 Taklimat minggu pertama Bulan Mac bersama pekerja. Antara yang
dibincangkan adalah mengenai kerja-kerja yang akan dijalankan sepanjang
bulan Mac termasuk kerja-kerja pencucian rumah di blok Diploma. Turut
dibincangkan adalah berkaitan dengan ISO.
04/03/2018 Taklimat antara penyelia dan pembantu berkenaan dengan persediaan kerja-
kerja semasa hari Terbuka Kolej KHAR nanti yang akan berlangsung pada 7
hb Mac 2018 sehingga 11 hb Mac 2018
07/03/2018 Hari Terbuka Kolej KHAR bermula. Tugas-tugas memungut sampah di tapak
karnival berjalan lancar seperti yang dirancangkan sepanjang berlangsungnya
karnival
12/03/2018 Kerja-kerja membersih tapak karnival Hari Terbuka Kolej KHAR. Semua
berjalan lancar sepanjang karnival berlangsung tanpa ada-ada masalah yang
berbangkit dari pihak kolej mahupun pihak Gemilang.
13/03/2018 Kerja pencucian rumah di blok Diploma untuk penyewaan peserta silat
antarabangsa UPSI yang bermula pada 19 Mac 2018. Pekerja juga bersedia
membuat kerja lebih masa bagi memastikan rumah-rumah peserta silat dapat
disiapkan tepat pada masa dan kerja dapat dijalankan dengan lancar.
17/03/2018 Kerja-kerja pembaikkan longkang dan pembesaran longkang di sepanjang
sempadan kawasan BLMT bermula dari blok bangle pengetua KUO hingga ke
kolam tadahan KHAR. Kerja-kerja berjalan lancar dan siap pada masa yang
ditetapkan tanpa sebarang masalah. Kontraktor yang dilantik pihak Tunas
Prima juga telah menjalankan tugas dengan baik dan memuaskan pihak
Gemilang dan Penyelia.
18/03/2018 Pendaftaran peserta silat antarabangsa UPSI. Seramai 1200 peserta telah
mendaftar masuk untuk menyertai pertandingan silat antarabangsa UPSI tiada
masalah berbangkit sepanjang peserta tinggal di rumah-rumah di Blok
Diploma
20/03/2018 Mesyuarat bersama pihak pengurusan KUO yang akan berlangsung pada 19
April -22 April 2018. Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah En Shamsul dari
SV , Unit Keselamatan UPSI, Pusat Kesihatan UPSI dan JPPHB Upsi serta
MMK Pelajar KUO.
21/03/2018 Kerja-kerja pencucian rumah untuk pelajar diploma semester khas. Pekerja
juga bekerja lebih masa untuk memastikan kerja-kerja pencucian berjalan
lancar dan siap sebelum pendaftaran pelajar.
22/03/2018 Kerja-kerja pencucian rumah diteruskan. Peserta check in /check out pekerja
sentiasa bersedia untuk pencucian rumah yang sudah dikosongkan.
28/03/2018 Lawatan Kementerian Kesihatan Daerah Mualim ke UPSI. Pekerja telah
memastikan kawasan dan bangunan berada dalam keadaan baik dan bersih.
Kesimpulan : -

Secara keseluruhan , kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan baik dan lancar dan semua pihak berpuas
hati dengan tahap kerja yang diberikan. Tiada sebarang masalah yang berbangkit dan semua kerja-kerja
menepati masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Disediakan Oleh,

………………………..
Shaharuddin B Abdullah
Penyelia Tunas Prima Holdings

Anda mungkin juga menyukai