Anda di halaman 1dari 4

PERSIAPAN MEMBINA KELUARGA KE ARAH

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAPAN.


Keluarga bahagia dapat membentuk masyarakat yang mapan.
Antara persiapan membina keluarga ke arah pembentukan masyarakat mapan
adalah seperti berikut;
 Mendapat restu daripada ibu bapa/penjaga.
 Fizikal dan mental yang stabil.
 Memiliki ilmu keibubapaan.
 Kewangan yang stabil.
 Mematuhi peraturan perkahwinan mengikut undang-undang negara.

CIRI-CIRI IBU BAPA YANG CEMERLANG


 Menjadi teladan yang baik.
 Tegas dalam mendidik anak-anak.
 Menjaga keselamatan keluarga.
 Sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga.
 Meluangkan masa bersama anggota keluarga.
 Mendengar dan menerima pendapat anak-anak.

KEPENTINGAN KELUARGA BAHAGIA


 Membentuk masyarakat mapan.
 Menjamin kestabilan politik.
 Melahirkan generasi yang cemerlang.
 Membentuk masyarakat penyayang.
 Membentuk masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.
 Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.
 Mengelakkan berlakunya gejala negatif seperti penagihan dadah,
pergaulan bebas, penderaan dan sebagainya.

MASYARAKAT MAPAN

 Masyarakat yang stabil dan mantap dalam pelbagai aspek termasuk


pegangan agama, adab dan pengamalan nilai-nilai murni.
 Masyarakat majmuk yang hidup harmoni dalam pelbagai budaya
ASPEK PEMBINAAN KELUARGA BAHAGIA
RESTU IBU BAPA
1. Restu ibu bapa penting untuk keberkatan dan kebahagiaan hidup berumah
tangga. Oleh itu, pandangan ibu bapa perlu diambil kira sewaktu memilih
jodoh.
2. Pembinaan keluarga dengan restu ibu bapa akan membuahkan
kebahagiaan rumah tangga.

KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL


1. Kesihatan fizikal pasangan yang ingin berkahwin perlulah baik, sihat, dan
tidak berbahaya kepada pasangan.
2. Kesihatan mental juga amat penting. Kesihatan merangkumi kesediaan
untuk berumah tangga, berfikiran matang, dan berilmu pengetahuan.

ILMU KEIBUBAPAAN
1. Ilmu keibubapaan adalah kemahiran yang perlu ada pada ibu bapa untuk
melaksanakan tanggungjawab membimbing anak-anak dalam pendidikan,
keagamaan, dan akhlak dengan baik.
2. Ilmu keibubapaan dapat memahirkan pasangan yang berkahwin dalam
mendidik anak-anak serta melahirkan bakal pewaris negara yang
cemerlang.
KEWANGAN YANG STABIL MENJAMIN KEBAHAGIAAN KELUARGA

1. Merancang dan mengurus sistem kewangan keluarga dapat menjamin masa


depan dan kebahagiaan keluarga.
2. Kemahiran mengurus kewangan meliputi pembelian barang keperluan,
membuat pelaburan, menabung dan sebagainya.
3. Setiap pasangan atau ahli keluarga perlu berbincang mengenai cara
menguruskan kewangan dan harus mematuhi prinsip perbelanjaan secara
berhemah.
PERATURAN PERKAHWINAN.
Pasangan yang berkahwin perlu mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.Pasangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam
mempunyai prosedur perkahwinan yang berbeza.

MEMATUHI PERATURAN PERKAHWINAN


1. Mengikut undang-undang negara bakal pengantin perlu mempunyai
pengetahuan tentang peraturan perkahwinan di Malaysia sama ada yang
berkaitan dengan undang-undang syariah atau sivil.
2. Tujuannya adalah untuk memastikan perkahwinan dilangsungkan secara
sah dan pasangan dilindungi dari segi undang-undang.

Pasangan Islam Pasangan Bukan Islam


Calon isteri mesti mendapat Pendaftaran boleh dilakukan di Jabatan
persetujuan wali Pendaftaran Negara
Borang nikah perlu dilengkapkan

Borang nikah berserta dengan kad Kad pengenalan pasangan, gambar


pengenalan pasangan dan dua orang berwarna perlu disertakan
saksi, sijil kursus kahwin, perlu dihantar
ke Pejabat Agama Daerah
Surat kebenaran perlu dihantar kepada Pasangan di bawah 21 tahun perlu
pendaftar Nikah Kariah sertakan sijil kelahiran dan borang
persetujuan ibu bapa

Institusi yang berkaitan dengan perkahwinan dan kekeluargaan di negara


Malaysia adalah:
(a) Mahkamah Syariah
(b) Pejabat Kadi
(c) Jabatan Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri
(d) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
(e) Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG)
(f) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
(g) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Kursus perkahwinan seperti SMARTSTART dianjurkan untuk memberi
pendedahan mengenai tanggungjawab dan peranan pasangan dalam
menguruskan rumah tangga.

Anda mungkin juga menyukai