Anda di halaman 1dari 4

Perbandingan bekerja sendiri dan berkerja kerajaan

Isu bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji ini selalu diperdebatkan. Ada yang menyokong dan
ada juga yang tidak setuju. Masing-masing ada pendapat mereka sendiri. Saya sendiri nak kupas sedikit
kelebihan dan cabaran bekerja sendiri.

Keistimewaan bekerja sendiri

Kelebihan Kerja Kerajaan

Elaun perumahan/ Cost of living allowance (COLA)/Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)

Kenaikan gaji setiap tahun

Kemudahan pinjaman perumahan, komputer dan kenderaan

Cuti tahunan mengikut kelayakan/ Cuti bersalin

Caruman KWSP atau pencen

Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa

Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Kestabilan ekonomi sendiri

Potensi dibuang kerja amat tipis

Kerja yang lebih tenang dan selesa

Kekurangan Kerja Kerajaan

Peperiksaan diperlukan bagi melengkapkan syarat2 pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat

Mutu kerja tidak terlalu dipandang untuk menjamin kenaikan pangkat

Persaingan yang yang tinggi untuk mendapatkan jawatan kerajaan tetapi persaingan mutu kerja rendah

Gaji pokok yang kecil

Sesetengah jabatan masih belum mengaplikasikan kecanggihan ICT dalam pengurusan kerja

Posting jauh dari tempat tinggal

Kelebihan Kerja Swasta

Mutu kerja diutamakan dalam setiap perkara


Elaun yang lebih tinggi diberi mengikut kelayakan/keuntungan syarikat

Gaji pokok yang tinggi

Berorientasikan keuntungan syarikat

Cuti tahunan, cuti bersalin, cuti perkahwinan

Rawatan perubatan di klinik dan hospital swasta yang lebih selesa mengikut kelayakan

Suasana kerja yang lebih efisyen dengan menggunakan kecanggihan ICT

Ruang kerja yang kondusif

Kekurangan Kerja Swasta

Potensi dibuang kerja tinggi

Diskriminasi dalam penggunaan tenaga kerja

Masa depan tidak terjamin

Boleh pilih kerja

Ini hasil maklumat yang kami perolehi dari Internet.

Sebenarnya walau apa pun ia terpulang kepada situasi anda pada masa tersebut. Jika anda masih bujang
dan ingin rasa gaji besar, anda boleh bekerja dengan syarikat swasta misalnya syarikat minyak dan gas.
Bekerjalah selama 3-5 tahun. Pengalaman dari bekerja ini anda boleh gunakan sebagai nilai tambah
dalam resume anda bila mana anda bercadang untuk bertukar kerja kelak.

Bagaimana pula dengan situasi anda yang baru atau sudah berkahwin? Apatah lagi dah ada anak.
Mungkin anda boleh pilih kerja kerajaan disebabkan oleh faktor-faktor lebih selamat dan selesa untuk
masa depan keluarga. Walau bagaimanapun, jika anda sang suami mempunyai isteri bekerja kerajaan,
anda mungkin boleh pertimbangkan untuk bekerja swasta kerana kelebihan be kerja kerajaan sudah
dimiliki oleh si isteri.

Masih buntu nak pilih yang mana satu?

Buatlah solat istikharah mohon petunjuk dari Nya. Dan juga mohon pendapat dari saudara-mara dan
rakan terdekat. Pasti mereka ada solusi yang bernas yang anda tak terfikir disebabkan anda hanya fikir
masalah anda seorang diri.
a. Potensi untuk lebih berjaya. Pendapatan lumayan yang diperolehi hasil usaha yang bersungguh-
sungguh membolehkan mereka melangkah lebih jauh dengan menguasai pelbagai bidang.

b. Kurang tekanan bekerja. Berbanding dengan kerja makan gaji, bekerja sendiri kurang terdedah
kepada tekanan kerana setiap kerja yang dilakukan adalah bergantung kepada arahan sendiri. Maka,
mereka dapat melakukan sesuatu kerja itu dengan lebih selesa dan tenang.

c. Mendapat kepuasan. Kejayaan membina empayar dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar ini
akan memberi kepuasan kepada pengusahanya. Ini kerana setiap usaha dan pengorbanan yang
dicurahkan mendatangkan hasil yang baik. Dengan kepuasan tersebut, ia dapat menyuntik semangat
dan keyakinan kepada mereka untuk berani mencuba dalam pelbagai bidang dan terus maju ke
hadapan.

d. Kerja lebih, dapat lebih. Mereka yang rajin bekerja tanpa mengira masa sudah semestinya
menjanjikan pulangan pendapatan yang lumayan. Oleh itu, semangat dan keyakinan yang tinggi
diperlukan dalam setiap tugas yang dilakukan. Jika mereka bekerja bersungguh-sungguh dan ikhlas,
jumlah pendapatan mereka akan bertambah.

e. Tiada had waktu kerja. Individu bebas untuk bekerja pada bila-bila masa mengikut kehendak sendiri
tanpa paksaan. Masa bekerja juga tidak sama seperti bekerja dengan majikan iaitu selama lapan jam.
Mereka boleh bekerja kurang atau lebih daripada masa tersebut mengikut kelapangan waktu mereka.
Ini salah satu sebab penting kenapa ada yang berpendapat bekerja sendiri lebih baik daripada makan
gaji.

Cabaran bekerja sendiri

a. Perlu mewujudkan prasarana sendiri. Mereka yang ingin bekerja sendiri memerlukan tahap fizikal dan
mental yang mantap. Modal permulaan dan kemudahan-kemudahan lain juga perlu difikirkan.

b. Pendapatan bergantung kepada kerajinan bekerja. Jika anda rajin bekerja, maka hasil pendapatan
yang diperolehi akan meningkat. Jika tidak, maka hasil pendapatan akan menjadi kurang.

c. Berisiko tinggi. Orang yang bekerja sendiri sedar akan perkara ini. Jika silap membuat keputusan akan
memberi kesan kepada perniagaan atau kepada segala usaha yang telah dibuat. Persaingan dan
permintaan pasaran adalah perkara penting dalam menentukan kejayaan dalam perniagaan. Kesan itu
akan ditanggung sendiri.

Bekerja sendiri lebih baik daripada makan gaji atau sebaliknya, itu bukan isu utama. Apa yang lagi
penting adalah anda gembira dengan apa yang anda lakukan. Itu lah yang terlebih baik. Ramai orang
amat gembira untuk bekerja makan gaji. Mereka suka dengan kerja yang mereka lakukan, mereka
gembira dengan semua rakan-rakan di tempat kerja dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu.
Dan sesetengah orang pula, sangat gembira menjalankan perniagaan sendiri, mereka bebas melakukan
apa yang mereka suka lakukan, mereka gembira dengan hasil pendapatan yang mereka peroleh dan
mereka hidup gembira dengan keadaan itu

Anda mungkin juga menyukai