Anda di halaman 1dari 17

1

1.0 Pengenalan
Negara kita didiami dan dimiliki oleh sebuah masyarakat majmuk. Di dalamnya terdapat
berbilang etnik. Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini, perpaduan dan integrasi
merupakan satu keperluan untuk menjamin rakyatnya hidup dalam aman dan damai. Konsep
masyarakat majmuk itu sendiri diertikan oleh J.S. Furnival sebagai masyarakat di mana di
dalamnya terdapat berbagai etnik (kaum) yang hidup di dalam sesebuah negara, tetapi
dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya. Ciri masyarakat majmuk
seperti ini nampaknya lebih sesuai menggambarkan masyarakat di zaman penjajah, namun
demikian ianya masih diterima pakai di negara kita walaupun sudah ada perubahan-
perubahan tertentu. Sementara itu dari segi proses hubungan kaum, dari segi teorinya
terdapat lima proses iaitu segregasi dan diikuti dengan akomodasi, akulturasi, asimilasi dan
amalgasi. Persoalannya pada tahap manakah masyarakat kita sekarang? Negara kita
nampaknya masih berada di dalam proses akomodasi dan tahap kompromi. Bermula sejak
peristiwa 13 Mei 1969 lagi banyak isu perkauman yang timbul dan sehingga sekarang masih
tidak dapat diselesaikan.
Isu utama selepas merdeka ialah berkaitan dengan perpaduan kaum, kemiskinan di
kalangan orang Melayu dan ketidakseimbangan pembangunan ekonomi di antara Bandar
dengan luar Bandar. Kerajaan telah sedar bahawa langkah menilai semula dan
memperbaharui stretegi-strategi tertentu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah
ketidakseimbangan yang wujud pada ketika itu. Sehubungan dengan itu, kerajaan berusaha
menilai semula kedudukan perimbangan ekonomi antara kaum, wilayah, luar bandar dan
bandar memandangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum adalah terlalu besar. Ini
membuktikan bahawa penekanan yang diberi terhadap pertumbuhan ekonomi dari segi
peningkatan hasil keluaran negara dan pembangunan fizikal semata-mata adalah tidak
memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah sosioekonomi yang tidak seimbang di
antara kaum. Ia juga menunjukkan bahawa sesuatu usaha pembangunan yang tidak
mengambil kira dengan secukupnya keperluan golongan miskin serta keadaan yang tidak
seimbang antara kaum akan mengakibatkan sebuah negara yang terbahagi kepada mereka
yang menikmati dan mereka yang tidak menikmati faedah pertumbuhan. Pembangunan
negara seharusnya mempunyai matlamat yang luas, mencakupi bidang keselamatan,
perpaduan dan mewujudkan ssatu masyarakat yang adil. Selepas tahun 1970, program
pembangunan negara adalah berdasarkan kepada Rukun Negara yang diisyiharkan pada 31
Ogos 1970. Justeru itu, semua rancangan pembangunan negara dilaksanakan ke arah
usaha perpaduan kaum.

2

2.0 Statistik Data Ekonomi Negara Mengikut Etnik
Dalam bidang ekonomi, jurang yang jelas menunjukkan bahawa orang-orang Melayu dan
penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur, iaitu kerja yang banyak memerlukan
tenaga manusia dan berteknologi rendah, dan pulangan dan gajinya yang paling rendah.
Jadual 1 menunjukkan sebilangan besar pekerja Melayu terdapat di sector primer seperti
yang dijelaskan di atas, sementara kelompok Cina menguasai sektor yang lebih maju,
menggunakan teknologi moden dan membawa pulangan yang lebih tinggi dan lumayan.
Jadual 1
Pekerjaan Mengikut Sektor dan Kelompok Etnik, 1970
Sektor Melayu Cina India Jumlah
000 % 000 % 000 % 000 %
Primer 951 68 301 21 142 10 1,394 50
Sekunder 173 31 335 60 52 9 560 20
Tertiari 312 38 398 48 104 12 814 30
Jumlah 1, 436 51 1,034 37 298 11 1,768 99
Penduduk 4, 822 53 3,274 36 978 11 9,074 100
Pekerja 1, 563 52 1,112 37 334 11 3,009 100

Sumber: Rancangan Malaysia Ketiga, 1976-1980, m.s. 78-79.
Catatan: Primer: - Pertanian
Sekunder - Perlombongan, pembuatan, pembinaan, utiliti dan pengangkutan.
Tertiari - Penjualan dan pemborongan, pembankan, pentadbiran awam,
pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
Justeru, ketidak seimbangan pendapatan berleluasa antara kelompok Melayu dan bukan
Melayu di Semenanjung Malaysia. Mengikut Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),
ketidakseimbangan pendapatan ini mewujudkan tiga jurang perbezaan iaitu pendapatan
tinggi, pendapatan sederhana dan pendapatan rendah. Pendapatan tinggi terdapat pada
sektor moden Bandar yang merangkumi industry pembuatan, pembinaan, perdagangan,
pengangkutan, komunikasi dan perkhidmatan moden. Pendapatan sederhana merangkumi
pekerjaan di sektor kerajaan dan sektor moden luar bandar seperti penanaman koko, getah
dan kelapa sawit secara estet, dan di rancangan-rancangan FELDA. Pendapatan rendah
3

merangkumi pekerjaan di sektor tradisional bandar seperti penjaja, peniaga kecil dan runcit,
dan di sektor tradisional luar bandar seperti pengusaha kecil, petani sara diri dan nelayan.
Gambaran yang sama juga menggariskan pemilikan harta yang memihak kepada
penduduk bukan asli negara. Pada tahun 1969, pemilikan syer dalam syarikat
kebanyakannya dimiliki oleh rakyat asing, iaitu sebanyak 62.1%, orang Cina sebanyak
22,8%, Melayu 1.5% dan India 0.9 (lihat jadual 2).
Jadual 2
Pemilikan Saham Mengikut Etnisiti, tahun 1969
Pemilikan Saham Semua Industri (RM 000) Peratusan
Melayu 49,294 1.0
Kepentingan Melayu 21,339 0.5
Cina 1,064,795 22.8
India 40,983 0.9
Kerajaan
Persekutuan/Negeri
21,430 0.5
Syarikat nominee+ 98,885 2.1
Lain-lain+ 470,969 10.1
Asing* 282,311 6.0
Bukan penduduk tetap 1,235,927 26.4
Pelabur asing** 1,391,607 29.7
Jumlah 4,677,540 100.0

Sumber : Rancangan Malaysia kedua, 1971-1975, Jadual 3.1, ms.40
Catatan : + Tiada maklumat lanjut. *Syarikat dikuasai asing di Malaysia
** Pelaburan melalui cawangan Malaysia, syarikat ditubuhkan di luar negara.
Perkara yang sama juga turut berlaku di Sarawak seperti yang ditunjukkan oleh
Jadual 3. Jurang ekonomi di Sarawak bukan sahaja wujud antara penduduk asli dan bukan
asli, tetapi juga wujud antara pelbagai kelompok asli itu sendiri seperti yang jelas dapat
dilihat daripada Jadual 3. Dalam sektor mundur seperti pertanian dan aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan pertanian, terdapat setinggi 98% tenaga kerja Dayak Iban di sektor ini
berbanding sebanyak 95% bagi Bidayuh, 90% bagi Orang Ulu, 73% bagi Melayu, 87% bagi
Melanau dan 52% bagi Cina. Di sektor moden dan lumayan, taburan ini adalah sebaliknya.
4

Jadual 3
Pekerjaan Mengikut Etnisiti dan Industri, 1960
Sektor Iban Bidayuh Orang
Ulu
Melayu Melanau Cina Jumlah
Primer
%
120
(50)
22
(9)
17
(7)
30
(13)
15
(6)
34
(14)
238
(99)
Sekunder
%
0.7
(3)
0.3
(1)
0.9
(4)
6.1
(28)
1.5
(7)
12.1
(56)
21.6
(99)
Tertiari
%
2.0
(7)
0.8
(3)
1.0
(1)
5.2
(18)
0.8
(3)
19.7
(67)
29.5
(99)
Jumlah
%
122.7
(42)
23.1
(8)
18.9
(7)
41.3
(14)
17.3
(6)
65.8
(23)
289.1
(100)
Penduduk
%
238
(32)
58
(8)
38
(5)
129
(18)
45
(6)
229
(31)
737
(100)

Sumber: Annual Statistical Bulletin Sarawak 1970, 41 dalam Jayum A. Jawan, (1993).

3.0 Faktor-faktor kegagalan DEB
Baru-baru ini banyak polemik yang berlaku di negara kita ekoran banyak pihak terutamanya
ahli politik dan cendikiawan mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan sejak
tahun 1970 hingga 1990 yang kononnya banyak mencapai pertumbuhan ekonomi serta
merapatkan jurang ekonomi bandar dengan luar bandar tanpa mengira kaum. Walaupun
dasar ini telah tamat pada tahun 1990, yakni hampir 22 tahun. Namun objektif DEB untuk
membolehkan ekuti Bumiputera sebanyak 30% gagal, ia hanya mencapai 18% sahaja ketika
dasar ini tamat.
Pertama kali saya ingin jelaskan dari aspek politik kerana saya juga turut merasai
bahangnya hasil daripada dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Kerajaan
lebih banyak melakukan dasar ekonomi yang terpilih mengikut negeri. Sebagai rakyat
Kelantan, kerajaan Malaysia lebih banyak menganak tirikan negeri Kelantan dan
mengehadkan negeri Kelantan daripada terlibat dalam pelan jangka masa panjang kerajaan
Malaysia sejak tahun 1991 lagi. Kelantan diketepikan kerana kononnya rakyat Kelantan
memilih parti pembangkang iaitu PAS untuk menerajui negeri mereka Sejak 1991 terdapat
118 projek pusat disekat, antaranya ialah Lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Kerai yang
diluluskan sejak Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Pihak kerajaan Kelantan telah
5

mengambil iniasitif sendiri untuk membina lebuhraya dengan anggaran kos RM1.5-RM1.8
bilion. Kelantan yang serba kekurangan mampu mengurangkan tahap kemiskinan nombor
dua pada tahun 1990 kepada nombor enam . Rahsia kejayaan ini ialah pemimpin yang
amanah dan mampu menguruskan ekonomi dengan cara yang baik.
Selain itu, masalah kapitalisme juga punca kepada kegagalan DEB dalam mencapai
targetnya. Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin
berkata Malaysia masih gagal mencapai keseimbangan ekonomi dan jurang antara kaya dan
miskin semakin membesar. Kegagalan ini hakikatnya merupakan hasil dari sistem
kapitalisme yang penuh dengan kepincangan. Sistem kapitalisme ciptaan barat sejak dahulu
lagi tidak boleh lari pengawalan sistem ekonomi dunia. Saya berpendapat bahawa kerajaan
Malaysia juga harus menggunakan sistem ekonomi syariah agar pendekatan dasar ekonomi
ini berjalan dengan lancar dan adil untuk semua kaum.
Kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mencapai ekuiti untuk 30 peratus pemilikan
ekonomi kaum Melayu berpunca dari sikap pemimpin-pemimpin Melayu yang
mengutamakan kepentingan peribadi. Menurut Institut Pengemblengan dan Pembangunan
Kominiti (Impak) dan Teras Pengupayaan Melayu (Teras), wujudnya amalan kronisme atas
nama bangsa Melayu dan penyaluran bantuan kepada beberapa kerat Melayu yang terpilih
adalah antara sebab dasar berkenaan gagal. "Pemilihan itu menyebabkan berlaku
penompokan kekayaan kepada segelintir orang Melayu sahaja. Golongan Melayu terbanyak
terpinggir malah tidak mendapat bantuan secara adil dan saksama," tegas Presiden Impak
dan Teras,Haji Mahfuz Omar dan Azmi Abdul Hamid. Akibat faktor itulah sikap dan minda
orang-orang Melayu telah terkondisi akibat sindrom naungan dan hidup selesa tanpa melihat
bangsa lain yang berusaha untuk maju kehadapan.
Selain itu, kurangnya penyelidikan yang dibuat untuk meneguhkan dasar dan
program yang dilaksanakan. Pemimpin-pemimpin sebelum DEB dilaksanakan dikatakan leka
dengan kerja mentadbir negara dan tidak pernah menyuara perhatian terhadap masalah
kepincangan aspek sosio-ekonomi masyarakat secara mendalam. Selain itu, simptom
penyakit masyarakat yang mencetuskan pemikiran tentang DEB pada masa itu ialah
kegelisahan kaum Cina yang tidak suka kepada cara MCA berpolitik dan tidak puas hati
dengan proses politik tanah air. Ini dapat dibuktikan melalui keputusan pilihanraya tahun
1969 yang menunjukkan pada parti perikatan kalah teruk.
Masalah DEB juga wujud apabila kerajaan pada masa sebelum 13 Mei sudah selesa
menggunakan kaedah peninggalan pentadbiran penjajah untuk meneruskan program
pembangunan luar bandar bagi memajukan kaum Melayu tanpa penilitian yang kritis
terhadap sifat sosial dan kesediaan orang Melayu untuk menghadapi perubahan. Ditambah
6

pula dengan program pembangunan yang dilaksanakan tidak dinilai secara kritikal
berdasarkan suara rakyat sebenar yang tidak ditapis dan dari segi kesan kemajuan dan
kedudukan orang Melayu berhadapan dengan perubahan berbanding kaum lain.
Sikap berpuas hati dengan memberi banyak mengelabui pemikiran pemimpin politik
dan pemimpin pentadbiran disemua peringkat tentang matlamat dan kesan pembangunan.
Rasa memadai dengan berbelanja bagi memberi bantuan dan kemudahan tidak mendorong
pemimpin dan pentadbir menilai kesan program dari segi kemajuan dan pembangunan yang
berimbang dalam konteks masyarakat dan kesejahteraan dalam negara berbilang kaum.
Kelalaian dan rasa puas hati dengan sokongan rakyat telah mengakibatkan rakyat Melayu
tertinggal semasa rakyat bukan Melayu jauh ke hadapan.

4.0 Implikasi Kemiskinan Terhadap Kehidupan Sosial Individu, Keluarga dan
Masyarakat Pluralistik
Kemiskinan merupakan suatu masalah yang tidak dapat dielakkan oleh semua masyarakat
dunia khususnya di era globalisasi ini. Dalam aspek kehidupan sosial individu, kemiskinan
akan menyebabkan seseorang cenderung untuk melakukan jenayah. Ini kerana desakan
hidup untuk menyara kehidupan dan keluarga mereka sendiri. Namun, persepsi masyarakat
yang mendakwa mereka ini sebagai sampah masyarakat kerana peluang pekerjaan di
negara kita masih terbentang luas bahkan mereka ini di pandang rendah oleh golongan yang
berada. Tidak dinafikan lagi statistik menunjukkan bahawa faktor kemiskinan adalah salah
satu faktor utama penyebab kepada jenayah di negara kita. Bagi orang yang miskin, emosi
mereka sering terganggu iaitu mudah tertekan dan tidak tenteram. Individu miskin seringkali
berasa terpinggir apabila bergaul dengan golongan kaya. Keinginan mereka untuk mencapai
status setaraf dengan orang kaya mendorong mereka mengambil jalan mudah untuk
mendapatkan wang. Oleh itu,individu mudah terpengaruh tanpa memikir panjang dan
mengambil langkah mudah untuk mendapatkan wang dengan melakukan gejala sosial
seperti melacurkan diri dan bekerja di kelab-kelab malam. Akhir sekali, kemiskinan akan
menghalang individu untuk melanjutkan pelajaran akibat kekangan wang. Sebagai contoh
individu yang tidak dapat menyambung pelajaran disebabkan ibu bapa mereka yang tidak
mempunyai sumber pendapatan yang tetap. Oleh itu, pelajar atau individu tersebut terpaksa
berhenti belajar dan beruasaha mencari pekerjaan untuk membantu ibu bapa bagi
mendapatkan sumber rezeki.
7

Dari aspek kekeluargaan, kemiskinan merupakan faktor utama yang menghalang
pendapatan dan tanggungan ketua keluarga itu sendiri. Malah, mereka terpaksa bergantung
hasil daripada keluarga yang berkemampuan untuk meneruskan hidup. Walaupun terdapat
nilai kemanusiaan di mana orang lain sudi membantu mereka namun bantuan itu bukanlah
sesuatu yang selalunya ada. Tekanan hidup yang dialami mereka kadang kala wujudnya
keganasan dalam rumah tangga. Sudah semestinya ia berkaitan dengan kedudukan
kewangan yang tidak kukuh menyebabkan pergaduhan atau konflik yang berkisar mengenai
isu-isu kewangan,suami isteri yang tidak saling memahami dan sebagainya. Kesempitan
wang dan tekanan hidup memaksa keluarga mencari jalan singkat untuk keluar daripada
masalah kewangan,lalu meminjam wang dengan ceti haram atau syarikat peminjam yang
tidak berlesen. Hal ini menyebabkan penghutang yang tidak mampu membayar balik
pinjaman, ahli keluarga penghutang menjadi mangsa akibat tuntutan tersebut. Implikasi
disebalik semua masalah kemiskinan yang wujud dalam institusi kekeluarga ini wujudnya
hubungan yang tidak baik antara kaum. Malah kaum lain melihat kepincangan ini merupakan
suatu perkara buruk dan mereka akan memberi persepsi yang negatif terhadap kaum
tersebut seterusnya akan memecah belahkan masyarakat pluralistik.
Konflik yang berlaku dalam kalangan masyarakat yang perlbagai kaum juga akibat
daripada kemiskinan. Faktor utama ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan kadar
jenayah di negara kita. Dalam perangkaan mengikut kaum di Malaysia, kaum Melayu
menjadi juara kepada kadar jenayah di negara kita diikuti dengan kaum Cina, India dan
pendatang asing yang menetap di Malaysia. Masyarakat yang ramai dikalangan mereka
terdiri dari golongan miskin tidak akan dihormati. Isu ini akan menyebabkan negara dalam
keadaan yang tidak aman dan sentiasa huru-hara. Dari aspek ekonomi, kesan negatif krisis
ke atas output menyebabkan masalah gunatenaga turut berubah. Krisis ekonomi
menyebabkan kerajaan telah mengurangkan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan sebanyak
2%, menangguhkan pelaksanaan projek besar dan mengkaji semula pembelian barangan
luar negara oleh agensi awam. Tindakan ini menyebabkan ramai orang menganggur dan ini
termasuk projek besar Bakun di Sarawak yang dihentikan pelaksanaannya. Peluang
pekerjaan semakin berkurangan. Banyak kilang-kilang kecil terpaksa ditutup kerana tidak
berupaya meneruskan urusniaga. Malah, sejumlah besar pekerja-pekerja bank turut
diberhentikan perkhidmatan mereka kerana bank tidak berupaya menampung kos upah yang
dianggap sebagai beban semasa krisis melanda.



8

5.0 Peranan Pelbagai Pihak Dalam Usaha Untuk Menyeimbangkan Faktor
Sosial-Ekonomi Negara Bagi Menjaga Kesejahteraan Hubungan
Antara Etnik
Banyak pihak yang bertanggungjawab dalam memainkan peranan untuk membangunkan
dan menyeimbangkan sosial-ekonomi rakyat berbilang kaum. Kita perlu nilai dari aspek
individu kerana aspek ini adalah pemangkin dan penggerak kepada semua usaha yang
dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan sosial-ekonomi negara. Jika seseorang itu
ada kesedaran dalam tanggungjawab dan belas ehsan untuk membantu keluarga dan
masyarakat sekeliling tanpa mengira agama dan kaum, maka segala kecacatan yang
berlaku dapat diatasi. Jika kita orang Melayu yang sedang berjalan di pinggir bandar lalu
bertemu dengan orang bukan Melayu yang sedang mengemis, kita perlu membantu mereka
selagi mereka tidak memudaratkan kita dan negara kita sendiri. Itulah yang digambarkan
dengan konsep tanggungjawab dan belas ehsan. Malah islam itu sudah jelas tentang konsep
muamalat yang perlu ada dalam diri seseorang itu jika patuh kepada ajaran islam yang
sebenar. Sikap mementingkan diri sendiri akan merosakkan dan merencatkan pembangunan
ekonomi negara kita. Digambarkan begitu hebatnya Islam tersebar luas di seluruh dunia
disebabkan konsep tolong-menolong antara islam dengan bukan islam. Ini dapat dibuktikan
melalui kisah hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah untuk menubuhkan negara islam.
Orang Yahudi pada ketika itu menjadi penunjuk arah kepada Nabi untuk ke Madinah bagi
mengelakkan pihak musuh membunuhnya dan akhirnya Islam berkembang pesat di seluruh
dunia. Disamping itu, orang miskin sekarang mereka perlu berfikir diluar kotak dengan
berusaha tidak meletakkan diri mereka dalam kemiskinan. Ini kerana banyak inisiatif untuk
meningkatkan sosiol-ekonomi diri mereka sendiri. Dalam agama islam sendiri menegaskan
tentang betapa buruk umatnya yang sengaja meletakkan diri mereka dalam kemiskinan.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w "Hampir orang yang fakir miskin itu membawa kepada
kekufuran." - (Riwayat Abu Namin daripada Anas).
Disamping itu, institusi kebajikan seluruh negara memainkan fungsi yang proaktif
dalam meningkatkan jaringan sosial-ekonomi di negara kita tanpa mengira perbezaan kaum.
Contohnya pusat pungutan zakat di seluruh negara. Zakat merupakan satu kewajipan
kepada semua orang yang menganut agama islam dalam usaha untuk membantu golongan
fakir miskin. Ini dapat digambarkan melalui usaha yang dilakukan oleh JAKIM untuk
membantu golongan muallaf yang terbeban dengan masalah ekonomi. Selain itu, usaha
Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengadakan Ops Jejak Kemiskinan yang memfokuskan
kemiskinan bandar wajar diteruskan dan diteladani. Kebiasaanya golongan muallaf di
9

Malaysia terdiri daripada golongan bukan melayu, kesempatan ini harus digunakan oleh
pusat agihan zakat seluruh Malaysia untuk menjaga kebajikan mereka. Secara tidak
langsung akan mengeratkan hubungan sosial antara kaum seterusnya akan menjaga nilai-
nilai yang terkandung dalam islam.
Selain itu, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga banyak
memberi sumbangan dalam menjaga hubungan sosial-ekonomi antara etnik di Malaysia.
Rancangan Bersama Mu yang di bawakan oleh TV3 merupakan inisiatif yang baik untuk
menyedarkan masyarakat Malaysia tentang betapa peri pentingnya memberi bantuan
kepada golongan yang tidak berkemampuan. Selain itu, syarikat swasta seperti Yayasan
Dunia Herbs juga telah memberi sumbangan kepada mereka yang mengalami masalah
kewangan, kemalangan dan sebagainya. Dengan matlamatnya ialah untuk menjadi sebuah
yayasan yang dapat memberi khidmat sosial dan ekonomi kepada masyarakat dan
antarabangsa adalah bertepatan dengan usaha untuk meningkatkan sosial-ekonomi dalam
masyarakat pelbagai kaum.
Akhir sekali, pihak kerajaan juga melaksanakan pelbagai dasar dengan
bermatlamatkan peningkatan ekonomi yang sama rata antara semua kaum. Contohnya
Dasar Ekonomi Baru banyak memberi kesedaran kepada pemimpin negara itu betapa peri
pentingnya penelitian dalam membuat dasar ke atas kepelbagaian kaum di Malaysia sejurus
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun dari segi pelaksanaanya yang kurang berkesan
namun kesinambungan daripada DEB selepas 1990 masih dapat dirasai sehingga sekarang
kerana wujudnya perpaduan antara kaum. Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan
Model Ekonomi Baru terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang
bermatlamat untuk menjadikan Malaysia Negara maju berpendapatan tinggi dengan ciri
keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang tahun 2020. Matlamat tersebut dapat
memacu ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah negara membangun sepenuhnya di
samping dapat mengagihkan kekayaan ekonomi yang sama rata kepada rakyat. Model ini
merupakan satu pelan yang hendak dicapai menerusi Program Transformasi Ekonomi (PTE)
yang mengandungi lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) antaranya menyuburkan
kembali sektor swasta, membangun tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan
pergantungan kepada pekerja asing serta mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya
saing. Ekonomi di bawah agenda 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysia iaitu Dato Seri Najib Tun Razak telah mendapat sambutan yang luar biasa
daripada masyarakat pelbagai kaum kerajaan Malaysia mendahului rakyat dalam semua
aspek.

10

6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, konflik sosial- ekonomi antara etnisiti di Malaysia ini sering menjadi
isu yang dibincangkan sejak dahulu lagi sehingga kini. Sebelum negara Malaysia berada
pada tahap yang membanggakan sebagaimana sekarang, pelbagai isu telah wujud salah
satu daripadanya adalah dalam aspek ekonomi. Punca utamanya adalah disebabkan oleh
dasar Pecah dan Perintah yang memberi kesan yang sangat mendalam kepada tanah air
pada ketika itu. Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang, diikuti pula dengan peristiwa-
peristiwa rusuhan kaum telah memberi pengajaran kepada pihak kerajaan agar lebih berhati-
hati dan seterusnya melaksanakan usaha-usaha yang bertujuan untuk memastikan
kesamarataan ekonomi antara kaum terlaksana di negara ini.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan semua rakyat
menikmati hasil kekayaan ekonomi secara sama rata. Antara usaha yang dilaksanakan
adalah seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar
Wawasan Negara (DWN), Koridor Ekonomi Malaysia dan Model Ekonomi Baru. Selain itu,
usaha-usaha yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan pembangunan ekonomi negara, di
samping memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Walaubagaimanapun, saya sendiri masih mempersoalkn kejayaan
disebalik DEB yang diuar-uarkan kerajaan Malaysia kerana masih banyak ketirisan, masalah
kronisme dan pelaksaan yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan masih berlaku
disebalik pelaksanaanya.
Namun, usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaaan ini telah banyak
meninggalkan kesan positif terhadap pembangunan ekonomi negara khususnya. Buktinya,
pencapaian bagi usaha-usaha yang telah dinyatakan seperti di atas menampakkan hasil
yang sangat jelas kepada negara. Malaysia tidak lagi dibelenggu dengan permasalahan
ketidaksamarataan ekonomi yang mana telah menggugat keamanan negara sehingga
tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Secara keseluruhannya, signifikasi dalam tugasan ini merangkumi perbincangan
tentang keberkesanan dasar pelaksanaan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan terhadap
perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Isu agihan kekayaan ekonomi yang adil melalui
strategi pembangunan ekonomi negara yang mantap, mampu untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara yang membangun secara seimbang dalam semua aspek ekonomi dan
perpaduan etnik.

11

7.0 Rujukan

1Rakyat. (2010). Kesal Kegagalan Rancang Pembangunan. Kuala Lumpur: Berita Harian.
Arah Kita. (28 Jun 2008). Siapa sabotaj Dasar Ekonomi Baru. Diambil pada 27 Mac 2014,
dari pautan kerabubersuara.blogspot.com:
http://kerabubersuara.blogspot.com/2008/06/siapa-sabotaj-dasar-ekonomi-baru.html
Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (2004). Kenegaraan Malaysia. Ampang:
Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
Chang Mei Wei. (14 Ogos 2010). Kemiskinan. Diambil pada 27 Mac 2014, dari pautan sblm-
1053.blogspot.com: http://sblm-1053.blogspot.com/2010/08/kemiskinan.html
Dewan Bahasa Pustaka. (2002). Malaysia Kita. Petaling Jaya: Golden Books Centre.
Habibah Omar. (2004). Kaedah basmi kemiskinan. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia.
Hamidah Ab Rahman et. all. (2009). Pembangunan Ekonomi Dalam Hubungan Etnik.
Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik, 1-16.
Idris Ahmad. (24 Februari 2012 ). Deb Gagal, Politik Dendam Dan Diskriminasi. Diambil
pada 27 Mac 2014, dari pautan idrisahmad.wordpress.com:
http://idrisahmad.wordpress.com/2012/02/24/deb-gagal-politik-dendam-dan-
diskriminasi/
K. Ratnam. (2006). Sejarah Kertas 940/2. Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia
Timur. Kuala Lumpur: Pustaka Sarjana.
Naeem Raffi. (2013). MB: PM Perlu jelas kegagalan DEB. Shah Alam: Selangor Kini.
Nazarudin Hj. Mohd Jali et. all. (2001). Pengajian Malaysia. Petaling Jaya: Pearson
Education.
Rahim Zain. (2005). Memahami Kelemahan Dasar Ekonomi Baru. Kuala Lumpur: Gateway
Publishing House.
Sysalq. (1 September 2010). Dasar Ekonomi Baru Dan Gagasan 1malaysia: Dua Ubat
Menangani Perpecahan Yang Amat Mujarab. Daimbil pada 27 Mac 2014, dari pautan
sayangmalaysia-sysalq.blogspot.com: http://sayangmalaysia-
sysalq.blogspot.com/2010/09/dasar-ekonomi-baru-dan-gagasan.html
12

Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin. (2002). Seorang Pendukung Penting Dasar Ekonomi Baru
Negara. Kuala Lumpur: Berita Harian.
Wikipedia. (24 Oktober 2008). Dasar Ekonomi Baru. Daimbil Pada 27 Mac 2014, dari pautan
Wikipedia: Ensiklopedia Bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
Zuhairi AR. (9 Mei 2013). Rasuah, GLC main peranan punca kegagalan DEB, kata DPMM.
Diambil pada 27 Mac 2014, dari pautan themalaysianinsider.com:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rasuah-glc-main-peranan-punca-
kegagalan-deb-kata-dpmm/


















13

8.0 Refleksi

NAMA : MOHAMAD KHAIRUL AMIR BIN ZAINUDIN NO.
KP : 920414-03-5919
NO. MATRIK : 125134

Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada saya
untuk menjayakan tugasan kerja kursus WAJ 3106 Hubungan Etnik ini. Setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Puan Rosmani Binti Ali. Ini
disebabkan saya amat mengaguminya kerana dari awal lagi beliau membuat perancangan
yang teliti bagi untuk menyediakan tugasan projek ini kepada kami. Antara aspek-aspek
dalam refleksi yang ingin saya persembahkan ialah SWOT iaitu strength (kekuatan),
weakness (kelemahan), opportunity (peluang) dan threat (halangan).
Dari segi kekuatan yang saya perolehi ialah saya dapat mengenalpasti, mengkaji
serta mengelaskan data ekonomi mengikut etnik di Malaysia sejak peristiwa 13 Mei 1969
berlaku. Secara tidak langsung saya menyedari hakikat sebenar kemunduran kaum saya
sendiri iaitu Melayu kesinambungan daripada dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan
oleh British dan Jepun sewaktu sebelum merdeka. Saya juga mengamati segala
kepincangan yang berlaku disebalik kegagalan kerajaan Malaysia dalam mencapai target
30% ekuiti Melayu dalam ekonomi Malaysia melalui Dasar Ekonomim Baru yang berakhir
tahun 1990. Kecenderungan saya amatlah berbeza sekali kerana cenderung menggunakan
perspektif politik dalam menafsir kegagalan DEB. Ini disebabkan saya juga antara mangsa
disebalik perancangan ekonomi yang tidak sistematik tersebut, iaitu rakyat Kelantan yang
dianaktirikan daripada mendapat kewangan dan pengecualian sebahagian besar daripada
perancangan kerajaan Malaysia. Saya juga lebih suka menggunakan pendekatan yang
islamik berbanding pendekatan ciptaan manusia yang lain. Contohnya, saya berpendapat
bahawa pengurusan sistem kewangan negara seharusnya menerapkan sistem pengurusan
syariah supaya ia dapat diagihkan sama rata mengikut kaum yang terdapat di Malaysia. Ini
kerana saya amat mengagumi cara pemerintahan zaman Harun ar-Rasyid pada zaman
pemerintahan Abbasiyah yang dianggap zaman keemasan islam. Pengurusan kewangan
islamnya yang dipanggil Baitul Mal yang cekap dan amanah menyebabkan agihan
kekayaan negara pada zaman tersebut adalah sama rata tanpa mengikut kaum dan agama.
14

Selain itu, terdapat beberapa kelemahan yang patut saya atasi sepanjang tugasan
projek ini. Kelemahan paling banyak yang saya dapat kesan ialah kurangnya kefahaman
yang mendalam tentang prosedur prosedur untuk melakukan tugasan mengikut spesifikasi
projek. Kekeliruan ini saya dapati dengan merujuk pensyarah pembimbing dan pihak pusat
dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Pantai Timur yang terletak di
Kota Bharu bagi melicinkan tugasan saya. Kecenderungan saya merujuk sumber internet
untuk menyelesaikan tugasan ini menyebabkan saya kurang merujuk sumber makalah atau
buku ilmiah. Ini disebabkan rujukan ilmiah tentang Hubungan Etnik terhad dan hanya
terdapat di Perpustakaan Awam Negara sahaja. Walau bagaimanapun, saya tetap membuat
perbandingan dan saling menghubungkaitkn hujah-hujah atau fakta-fakta yang terdapat di
internet dan buku ilmiah supaya ia lebih berkualiti dari segi pengolaan fakta berdasarkan
tajuk tugasan yang diberikan. Disamping itu, hasil carian saya juga banyak membicarakan
kepincangan pelaksanaan DEB dari segi perspektif politik. Ini disebabkan banyak artikel-
artikel atau entry yang berkaitan lebih banyak mengkritik untuk mengaibkan usaha yang
dilakukan kerajaan dan bukan post mortem ke arah kebaikan contohnya dakwaan
pembangkang terhadap DEB akibat kronisme dan ketirisan kewangan.
Banyak input atau peluang yang saya perolehi sepanjang tugasan projek ini. Paling
utama ialah dapat berkolaborasi secara ilmiah dengan pensyarah pembimbing kursus
Hubungan Etnik sendiri iaitu Puan Rosmani binti Ali. Beliau telah menetapkan beberapa
kreatiria dan garis panduan yang berguna untuk kami melakukan penulisan ilmiah dalam
tugasan projek seterusnya tidak terpesong daripada tajuk tugasan yang diberikan. Saya juga
dapat berpeluang menghidupkan kembali kefahaman tentang cerita disebalik peristiwa 13
Mei 1969 berlaku. Apa yang pasti masyarakat cina pada waktu itu tidak suka akan
pemerintah Malaysia yang melaksanakan dasar ekonomi yang masih terpengaruh dengan
cara pemerintah lama yang diamalkan oleh British sebelum merdeka. Mereka juga tidak ada
kesefahaman dan bercanggah pendapat tentang apa yang di suarakan oleh Periktan UMNO
MCA pada waktu.
Halangan sepanjang tugasan projek ini tidak dapat dielakkan. Antaranya kekurangan
pelbgai sumber rujukan tentang kelemahan di sebalik Dasar Ekonomi Baru. Bahkan Pusat
Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Timur, tempat yang saya selalu
membuat rujukan terhad hanya membekalkan sumber mengenai kejayaan DEB sahaja.
Namun, karya yang diterbitkan oleh Rahim Zain yang bertajuk Memahami Kelemahan
dasar Ekonomi Baru banyak membantu saya untuk membuat penulisan ilmiah Hubungan
Etnik ini. Pelbagai modus operandi yang dilakukan oleh saya untuk memperolehi pelbagai
sumber yang berkaitan dengan tajuk tugsan. Malah, saya sendiri telah memerujuk sistem
Web Opac Dokumentasi DBP seluruh negara untuk mengesan sumber rujukan Hubungan
15

Etnik di Malaysia. Rata-rata sumber rujukan ini hanya terdapat di Pusat Dokumentasi DBP
dan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur. Disebabkan jaraknya yang terlalu jauh, saya
mengambil inisiatif dengan merujuk sumber yang berkaitan di pejabat DBP yang berdekatan
walaupun sedikit. Skop tugasan sejarah kali ini fokus kepada tugasan individu. Oleh itu,
setiap orang memegang amanah dan tanggungjawab masing-masing untuk menyiapkannya
dalam masa yang ditetapkan. Nilai yang perlu diterapkan disini ialah sikap tolong menolong
antara satu sama lain supaya dapat menghasilkan projek yang berkualiti.


















16

9.0 Lampiran

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
TAJUK KERJA KURSUS :____________________________________________________
NAMA :____________________________________________________
NO. KP :____________________________________________________
NO. MATRIK :____________________________________________________

BIL TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN TANDATANGAN







17

Anda mungkin juga menyukai