Anda di halaman 1dari 6

(Mohamad Asrol Arpidi bin Mamat, 2018)

Rujukan
Mohamad Asrol Arpidi bin Mamat, I. S. (2018). The Impact of New Economic Policy on
Economic Improvement Tragedy to Bumiputera after 13 of May 1969. Impak Dasar
Ekonomi Baru ke atas Peningkatan Ekonomi Bumiputera Selepas Tragedi 13 Mei
1969 , 139-144.

Dasar Ekonomi Baru atau DEB dilancarkan pada tahun 1970 serentak dengan permahsyuran Rukun
Negara dan berasaskan kepada hasrat mengurangkan kadar kemiskinan dan mengagihkan peluang
dalam bidang ekonomi kepada semua kaum dengan seimbang19. Usaha kearah mengurangkan
kemiskinan perlu mendapat perhatian dan pertimbangan khusus dalam usaha mencapai perpaduan
dan juga pembangunan Negara. Melalui DEB, perlaksanaan pembasmian kemiskinan mutlak20
dengan mencari, mengenal pasti dan meyelesaikan masalah ini dengan strategi yang dirangka.

DEB mempunyai dua matlamat utama, yang pertama: menghapuskan kemiskinan dan yang kedua
menyusun kembali masyarakat Melayu. Untuk mengatasi masalah kemiskinan, kerajaan berusaha
menambah peluang pekerjaan untuk rakyat terutamanya dengan memajukan bidang perindustrian.
Disamping itu, pembangunan kawasan desa diperhebatkan. Untuk menjayakan belbagai projek,
diadakan rancangan pendidikan dan latihan yang lebih berkesan. Penyusunan kembali masyarakat
pada dasarnya bererti melipatgandakan penglibatan orang Melayu dalam sektor industri dan
perdagangan supaya lama kelamaan pekerjaan bagi semua kaum dapat mencerminkan
perseimbangan antara kaum-kaum di Malaysia21.

Namun apa yang menjadi hasrat kerajaan pada ketika itu adalah DEB dapat menjadi alat bagi tujuan
mencapai perpaduan Negara. Ketidak seimbangan ekonomi terutamanya dikalangan bumiputera
akibat dasar pecah dan perintah yang ditinggalkan oleh British kepada Tanah Melayu telah
mencetuskan konflik. Kemiskinan telah menimbulkan ketegangan diantara kaum terutamanya bagi
kaum Melayu yang kebanyakkan bekerja sebagai petani miskin dan golongan Cina sebagai usahawan
kaya. DEB bertujuan untuk menangani masalah pengagihan kekayaan dikalangan penduduk Tanah
Melayu, berusaha mengurangkan jurang perbezaaan kaum dalam ekonomi.

Kerajaan telah mengunakan pendekatan baru dalam rancangan lima tahun menerusi DEB.
Rancangan tersebut dijalankan menerusi dasar serampang dua mata22. Program ini dijalankan
dengan mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan melalui strategi berikut:

1) Menyediakan peluang pekerjaan pada ruang yang mencukupi bagi mengurangkan kadar
pengangguran dan akhirnya mencapai tingkat guna tenaga yang penuh. 2) Menambahkan
kemudahan bagi meninggikan pendapat dan produktiviti semua golongan miskin samaada di luar
bandar dan kawasan bandar melalui peluangpeluang kemahiran, tanah, modal dan lain-lain lagi. 3)
Meluaskan peluang-peluang golongan miskin bergiat dalam bidang perindustrian dengan lebih
produktif. 4) Memodenkan penghidupan luar bandar melalui perluasan liputan infrastruktur asas
seperti bekalan air dan elektrik, perumahan, jalan, pelajaran dan kegiatan masyarakat23.

Melalui DEB diwujudkan beberapa polisi seperi New Economic policy (NEP) bagi tujuan menghalang
pembinaan jurang yang lebih besar dalam status ekonomi masyarakat seperti Melayu dan Cina.
Membentuk FELDA (The Federal Land Development Authority). MARA, MARDI dan FAMA, Lembaga
Padi Negara (LPN), BERNAS, UDA, maju ternak dan lain-lain lagi.24
Strategi dan usaha-usaha membasmi kemiskinan dilakukan oleh kerajaan adalah meliputi kawasan
bandar dan luar bandar. Kerajaan telah mengambil langkah serius untuk membasmi kemiskinan, ini
bertujuan mengelak daripada masalah yang sama berulang iaitu rusuhan kaum akibat daripada
ketidak seimbangan status sosio-ekonomi penduduk. Maka usaha mengenal pasti penduduk luar
Bandar yang berhadapan dengan masalah kemiskinan yang serius.

Langkah penyelesaian bagi membantu mengatasi kemiskinan ini dilakukan melalui beberapa badan
berkanun seperti FELDA, RISDA, MADA dan KADA. Antara program-program yang dijalankan adalah
seperti pembukaan dan penerokaan tanahtanah baru, bantuan alatan petanian canggih, subsidi baja
dan benih, khidmat nasihat, bantuan pinjaman dan modal dan beberapa bantuan lain. Bagi
memastikan kelancaran program ini, kerajaan turut memyediakan kemudahan infrastruktur seperti
jalan raya, kemudahan elektrik dan air dan beberapa kemudahan lain. Kemudahan dan bantuan yang
diberikan adalah bagi tujuan meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar.

Langkah membasmi kemiskinan turut dilakukan dikawasan bandar. Langkah sama dijalankan dengan
mengenal pasti dan merangka strategi kearah penyelesian permasalah kemiskinan ini. Didapati
kemiskinan dikawasan bandar ini banyak dipengaruhi oleh proses urbanisasi. Kebanyakan penduduk
ini adalah dikalangan mereka yang berhijrah ke bandar dari desa bagi tujuan mencari pekerjaan yang
lebih baik, mereka tinggal di kawasan perumahan setinggan. Strategi yang dijalankan bagi
mengurangkan kemiskinan dikawasan ini adalah dengan menyediakan peluang pekerjaan bagi
meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Penyusunan semula masyarakat penting bagi mengujudkan interaksi dikalangan masyarakat


berbilang kaum di Malaysia. Mengurangkan jurang sosial dan ekonomi dikalangan penduduk dan
menghapuskan pengenalan kaum mengikut ekonomi di Malaysia. Beberapa strategi dirangka bagi
menyusun masyarakat melalui meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin
diluar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar. Membentuk masyarakat
perdagangan dan perindustrian di kalangan bumiputera dalam pelbagai lapangan dan kegiatan
ekonomi bagi memboleh masyarakat bumiputera bersaing dengan kaum lain dalam kegiatan
ekonomi moden.

Menambahkan hak milik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara termasuklah saham dalam
syarikat. Selain itu, kerajaan juga menyusun semula corak

guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat. Bagi menjayakan dan
memastikan program ini berjaya kerajaan memberikan galakan kepada bumiputera bagi bersaing
dan memberikan kemudahan seperti latihan bagi tujuan itu. Beberapa agensi turut ditubuhkan bagi
membantu kearah keberkesanan dasar ini seperti MARA, Bank Pembangunan, Amanah Saham Mara
dan bebrapa agensi lain yang berperanan dalam menjayakan hasrat kerajaan dalam menyusun
semula masyarakat.

Dalam membina sebuah Negara Bangsa yang seimbang kerajaan turut menekankan kepada
pembangunan wilayah. Beberapa strategi telah dilakukan bagi mengatasi jurang perbezaan antara
negeri-negeri yang mundur dengan maju, menerusi peruntukan pembangunan kepada negeri-negeri
yang mundur. Kedua, pembangunan wilayah dilakukan menerusi pembukaan kawasan dan
penempatan semula penduduk dikawasan yang berpotensi. Pembangunan ini dibantu oleh agensi
seperti DARA, KEJORA dan KESEDAR.

Perlu wujud ikhtiar kearah memperbaiki gerak langkah dan strategi khususnya dalam rancangan
untuk mencapai hasrat perpaduan. Persoalan masyarakat dan persoalan mengurangkan kemiskinan
perlu mendapatkan perhatian dan pertimbangan khususnya bagi mencapai perpaduan dan
pembangunan Negara25. Inilah yang menjadi hasrat kerajan bagi membina semula Negara Malaysia
selepas 13 Mei. Namun persoalan yang timbul adakah DEB telah memberikan persaingan yang sihat
dikalangan anggota masyarakat di Malaysia.

Sejauhmankah perlaksanaan DEB telah membuka ruang kearah keseimbangan ekonomi dikalangan
masyarakat. Melalui DEB, diperlihatkan bagaimana wujud ‘pergantungan’ dikalangan bumiputera
kepada kerajaan. Bantuan yang diberikan oleh kerajaan telah menimbulkan sikap tidak puas hati
dikalangan kaum lain. Walaupun dapat dilihat terdapat bahagian di dalam DEB yang menyentuh
kepentingan kaum lain seperti India. Namun sejauhmana keberkesanannya kepada kaum lain yang
mampu membina kesepaduan dikalangan masyarakat di Malaysia26, ini akan terus menjadi
persoalan kepada perpaduan kaum di Malaysia.

Namun sejauhman perlaksanaan ini bertujuan membina kestabilan dikalangan seluruh warganegara
Malaysia. Perlaksanaan DEB dilihat oleh orang Cina sebagai satu dasar yang berusaha menghimpit
dan menghalang kegiatan ekonomi orang Cina di Malaysia. DEB menjadi punca utama kebimbangan
dan masalah ekonomi komuniti Cina Malaysia27. DEB menjadi penghalang kemajuan yang ingin
dicapai oleh orang Cina, banyak kuota selama ini milik mereka terpaksa dikongsi dengan orang
Melayu.

Situasi membimbangkan kepada orang Cina terlihat dengan perlaksaan Akta Koordinasi Industri
(AKI) dalam tahun 1975 yang dilihat oleh orang Cina sebagai usaha kepada membantutkan
perkembangan ekonomi mereka. Di bawah akta ini, syarikat yang bermodalkan melebihi RM100,000
atau mempunyai bilangan pekerja tetap yang melebih 25 orang mesti memperuntukan 30 peratus
saham syarikat kepada bumiputera. Disamping itu, corak guna tenaga perlu mencerminkan
komposisi rakyat di Negara ini28.

Perlaksanaan DEB dengan menubuhkan institusi-institusi yang pro-Melayu sebagai ancaman kepada
usahawan dan perniaga Cina. Usaha kerajaan meningkatkan pemilikan saham orang Melayu bagi
tujuan mengumpul kekayaan korporat untuk golongan bumiputera demi kepentingan ekonomi
Melayu telah menghakis kepentingan ekonomi orang Cina. Badan-badan berkanun seperti PNB,
MARA, PERNAS dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dilihat sebagai satu usaha menyekat
ekonomi Cina.

Maka menjadi persoalan kini, adakah usaha dan perlaksanaan DEB sebagai satu usaha keras kearah
pembinaan perpaduan dalam masyarakat. Adakah kerajaan mengambil ikhtibar daripada rusuhan
kaum 13 Mei sebagai satu usaha mengujudkan perpaduan nasional dikalangan masyarakat majmuk
di Malaysia. Daripada satu aspek kita dapat lihat usaha kerajaan ini telah mampu mengujudkan
jurang perkauman di Malaysia dengan mengurangkan jurang pengenalan kaum mengikut ekonomi
terutamanya bagi kaum Melayu.

Namun usaha ini adakah berjaya mengatasi masalah kemiskinan kaum yang di Malaysia terutamanya
kaum Melayu dan India. Kesan perlaksanaan DEB adakah mampu dinikmati oleh setiap kaum di
Malaysia29, maka persoalan demi persoalan tidak mampu diterjemahkan dengan mudah.
Permasalahan kaum tidak mampu ditangani dengan baik dan berkesan dalam DEB. Sehingga kini,
masih ada suara-suara yang mengatakan bahawa DEB harus diganti dengan dasar yang lebih sesuai
dengan abad ke 21 ini, dengan mengujudkan persaingan yang lebih luas.

Ini bukan sahaja bagi melahirkan masyarakat Melayu yang mampu cemerlang, bahkan membina
sebuah Negara Bangsa yang adil dan saksama. Membina kemajuan Negara dengan mengunakan
sepenuhnya kemampuan yang ada, mengujudkan persaingan sihat dikalangan rakyat, maka inilah
kehendak rakyat yang mahukan keamanan dan keadilan sosial. Setiap kaum mampu bersaing dengan
usaha sendiri, maka itulah yang akan merialisasikan usaha kearah pembinaan Negara Bangsa
Malaysia. Selagi masyarakat masih dibelenggu oleh dasar-dasar yang menguntungkan ‘sebelah
pihak’ cita-cita kearah pembinaan Negara Bangsa tidak mampu kita laksanakan dengan jayanya.

2.4 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

13 Mei 1969 telah mencetuskan satu pendekatan baru dalam masyarakat dengan berlakunya
revolusi baru dalam bidang pendidikan. Sistem pendidikan kebangsaan mula melakukan penegasan
dalam perlaksanaannya selepas 1970. Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan di Malaysia
berasaskan kepada Ordinal Pelajaran 1957 adalah untuk memenuhi tugas mengujudkan sebuah
negara Malaysia yang bersatu. Ordinal pelajaran tersebut digubal untuk membentuk satu sistem
pelajaran kebangsaan yang akan memenuhi keperluan negara dan mengerakkan pertumbuhan
sosial, ekonomi dan politik45.

13 Mei telah menyedarkan kerajaan bagi menegaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan Bahasa
Kebangsaan telah ditetapkan sebagai bahasa pengantar utama sehingga ke universiti dalam tempoh
tertentu46. Dasar ini mempunyai satu falsafah yang mana matlamat akhirnya bagi memupuk
perpaduan, keperibadian dan mengembalikan nilai kemanusian dan nilai kerohanian yang sihat.
Peranan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penyatuan adalah fundamental dalam Dasar Pelajaran
Kebangsaan yang juga merupakan strategi jangka panjang untuk mewujudkan Bangsa Malaysia yang
bersatu padu47.

Dasar Pendidikan Kebangsaan digubal pada tahun 1961, dasar ini digubal berdasarkan kepada
Laporan Razak 1956 dan laporan Rahman Talib 1960. Matlamat utama dasar ini ialah untuk
mewujudkan persefahaman dan perpaduan dikalangan rakyat. Strategi yang digunakan untuk
mencapai perpaduan negara dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kurikulum (sukatan pelajaran) yang sama kandungannya, 2. Mewajibkan


bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah dan institusi
pengajian tinggi, 3. Mengunakan buku-buku teks yang berlatar belakangkan Malaysia, 4.
Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik 5. Menyediakan pendidikan rendah
mengikut kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M (membaca, menulis
dan mengira, dan 6. Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan perpaduan antara unsure-unsur intelektual,
rohani, emosi dan jasmani.

Strategi dan dasar yang dilaksanakan adalah bertujuan melahirkan sebuah masyarakat yang
bersatu dan mempunyai jati diri yang sepadu berteraskan prinsip kearah negara maju dan
kearah pembinaan sebuah negara Bangsa Malaysia. 13 Mei telah menjadikan usaha dan
komitmen yang dibina daripada dasar Pendidikan Kebangsaan menjadi suatu yang lebih nyata
dan berjaya. Penegasan dalam perlaksanaannya hanya benar-benar dilaksanakan selepas 13
Mei, yang mana memperlihatkan kesatuan yang longgar dalam masyarakat. Dasar pendidikan
vernakular mengikut kaum yang diamal oleh British telah membina satu jambatan dan
sempadan kepada perpaduan kaum melalui pendidikan.
Maka perlu satu usaha yang berterusan dan penegasan yang lebih bagi membina kesatuan
dalam pendidikan. Ini kerana, asas bagi pembinaan sebuah masyarakat adalah melalui
pendidikan yang lebih mempunyai kesatuan. Selain itu, sesuailah dengan pepatah yang
mengatakan ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Ini kerana daripada pendidikan asas
yang diterima sejak kecil akan dapat membina sebuah masyarakat yang lebih kukuh dan bersatu
padu menjelangnya cita-cita negara kearah wawasan 2020. Pendidikan merupakan komponen
penting dalam pembinaan negara Bangsa Malaysia, ini dijelaskan dalam rajah di bawah;

Bertepatanlah dengan tujuan utama dasar pendidikan ialah untuk menyediakan sistem pelajaran
kebangsaan yang lebih teratur supaya dapat melahirkan warganegara yang berpengetahuan,
bertanggungjawab, dan berkebolehan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik serta
memenuhi kehendak negara yang sedang membangun. Di samping itu, dasar ini cuba
mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai kesetiaan, disiplin dan bersepadu selaras
dengan prinsip rukun negara. Maka dasar pendidikan bolehlah dirumuskan seperti berikut:

1. Menyatukan sistem pelajaran untuk memupuk kesedaran dan perpaduan kebangsaan, 2.


Memperluaskan serta mengubahsuai rancangan-rancangan pelajaran dan latihan bagi
memenuhi keperluan tenaga kerja, 3. Memperbaiki mutu pelajaran bagi membina suatu
masyarakat yang progresif berlandaskan sains dan teknologi moden, 4. Memperbaiki
kemudahan-kemudahan penyelidikan, perancangan dan perlaksanaan untuk mencapai objektif
diatas50.

Oleh yang demikian, perlaksanaan dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada satu prinsip
yang utama dalam pendidikan iaitu melalui Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada
hasrat serta aspirasi negara memberikan penekanan kepada usaha melahirkan insan yang
berilmu, berakhlak mulia, seimbang dan harmoni. Ini berlandaskan harapan bagi melahirkan
masyarakat yang berilmu, berdaya saing dan juga mengamalkan nilai-nilai murni untuk
kesejahteraan dan keharmonian negara melalui perpaduan yang erat dikalangan rakyat yang
berbilang kaum.

Dasar Pendidikan Negara adalah membawa agenda berterusan kearah pembinaan sebuah
negara Bangsa melalui semangat kenegaraan yang diwujudkan dengan memberikan kefahaman
tentang kewujudan negara Malaysia dalam konteks sejarah, geografi dan Tamadun Nusantara.
Dasar pendidikan melalui pembentukan identiti Malaysia dengan menekankan pembelajaran
bahasa dan sastera Melayu di semua sekolah dan memberikan pendedahan kepada
pembelajaran kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia.

Melalui semangat kebangsaan yang ingin diterapkan dalam pemikiran rakyat Malaysia melalui
pendidikan dengan memupuk taat setia sepenuhnya kepada raja, negara dan Bangsa melalui
konsep integrasi nasional yang merentas kaum, agama dan wilayah. Pendidikan jangka panjang
dengan memberikan kesan kepada pembinaan negara dan tamadun maju melalui sistem
peradaban dan moral berpaksikan agama dan pembinaan budaya ilmu dan perlaksanaan
pendidikan seumur hidup51.

Selain itu, sistem pendidikan yang mengalami tranformasi yang jelas apabila wujud dasar
pembangunan negara dan masyarakat seperti DEB dan Rukun negara yang membawa peranan
besar bagi membina sebuha negara Bangsa Malaysia yang mampu hidup secara harmonis.
Sistem pendidikan selepas 1970, telah menperlihatkan dan mempamirkan pendirian negara
kearah yang lebih jelas terhadap dasar pendidikan negara. Pengunaan Bahasa Kebangsaan
menjadi teras dalam pendidikan negara. Tujuannya adalah bagi memastikan sistem pendidikan
dapat memenuhi matlamat negara kearah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin
dan terlatih52.

Sistem pendidikan yang di bawa kepada masyarakat hari ini adalah bertujuan mengalihkan
pengaruh kesukuan kepada kebudayaan kebangsaaan. Membina satu jaringan yang lebih kukuh
antara masyarakat dengan membina persefahaman dalam pendidikan. Membina satu sistem
pemikiran dan sistem nilai ‘Malaysia’ yang membawa erti pembinaan negara daripada satu nilai
yang sama. Pembangunan dan pembudayaannya dalam satu konsep yang jelas dengan tujuan
membina kesepaduan antara masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia bagi membina
sebuah negara Bangsa Malaysia53.

Namun wujud pandangan daripada oarng Cina yang melihat dasar pendidikan yang dilaksanakan
dalam negara memperlihatkan kemajmukan budaya dan asimilasi daripada kepelbagaan budaya
sebenarnya terlau bersikap pro-Melayu. Ini memperlihatkan Dasar Pendidikan Kebangsaan
sebenarnya adalah kearah asimilasi kemelayuan. Ini ditambah lagi dengan melihat kepada
Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1957 yang juga dikenali sebagai Laporan Razak telah
memperakui matlamat akhir sistem Pendidikan Kebangsaan kearah melahirkan Dasar Pelajaran
Kebangsaan melalui pengunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal di semua
sekolah.

Dasar ini akan mengugat kebudayaan kecinaan yang ingin dikenalkan oleh orang Cina dalam
sistem pendidikan Vernakular Cina di Malaysia. Pendidikan kepada sistem sekolah Integrasi yang
mana menekankan konsep integrasi yang akan meningkatkan kerjasama, persefahaman dan
perpaduan di kalangan murid pelbagai kaum. Rancangan ini melibatkan pengabungan daripada
sekolah pelbagai aliran dengan berkongsi kokurikulum, kemudahan sekolah seperti kantin,
makmal dan lain-lain kemudahan untuk dikongsi bersama. Keadaan ini menimbulkan
kekhuatiran dikalangan orang Cina, melihat integrasi yang dilakukan akan menghilangkan tradisi
dan kebudayaan cina yang ingin dikekalkan oleh mereka54.

13 Mei telah memperlihatkan bagaimana semua pihak cuba mengembalikan kepercayaan rakyat
bagi membina integrasi diantara rakyat bagi membina perpaduan dalam masyarakat. Tujuan
utama kepada semua dasar perpaduan adalah bagi membina pembentukan sebuah Negara
Bangsa. Maka dalam menjayakan modul ini pelbagai usaha kearah penyatuan rakyat seperti
menyatukan rakyat dalam aspek pendidikan, penyatuan pendidikan dengan membina kesatuan
dikalangan penduduk di Malaysia melalui usaha pendedahan kaum dengan perpaduan sejak akar
umbi di sekolah Penyatuan juga melalui Dasar Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia.
Pengunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah, pusat-pusat pentadbiran
negara dan lain-lain lagi.

Penyatuan kearah perpaduan dilakukan oleh kerajaan adalah bertujuan memberikan kestabilan
kepada keharmonian negara. Malaysia tidak mampu membina sebuah negara maju tanpa wujud
kerjasama daripada setiap penduduk. Perpecahan kaum hanya akan membantutkan usaha
negara kearah pembangunan. Maka perpaduan daripada akar umbi perlu bagi membina negara
Bangsa yang maju tanpa digugat oleh pemasalahan perkauman. Selain itu, ia penting bagi
membina perpaduan nasional yang mana satu keadaan di mana rakyat daripada pelbagai
kumpulan etnik, agama dan wilayah, dapat hidup dengan aman sebagai satu Bangsa yang
bersatu dengan memberikan komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan
kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara55.

Anda mungkin juga menyukai