Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK

MPU 2172

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

FOLIO

PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

Nama : Ahmad Zharif bin Noorzaidee Affendee


No.Pengenalan : 050430-14-0595
No.Kad Matrik : WKV0223EA005
Tarikh : 21/3/2024
Pensyarah : Pn. Noraslizaini bt ramli

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Pengenalan 2
2 Pembentukan Peradaban Majmuk di Malaysia 3
3 Konsep Pembentukan Negara dan Bangsa di Malaysia 6
4 Refleksi 8
5 Sumber Rujukan 10

PENGENALAN
Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa asal usul
sejarah atau titik permulaan. lanya adalah hasil gabungan daripada beberapa peradaban
besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Selama ribuan tahun
peradaban ini didahului peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban
Asia yang terdiri daripada peradaban India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya
peradaban dari Barat. Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan pengaruh oleh
'peradaban globalisasi' yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa
sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.

Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan


Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan negara bangsa,
didahului oleh pembinaan negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu
kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem birokrasi
negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan pelbagai inisiatif oleh pihak kerajaan.
Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan bangsa. Oleh itu, pembinaan bangsa
menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam
konteks ini telah wujud beberapa "Bangsa Idaman" yang menguasai wacana politik di
Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu
dikupas dan didebatkan

PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA


PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU
Bangsa Melayu telah menjadi bangsa besar yang dicatatkan pencapaian tamadun mereka
dalam catatan China, India, Arab dan Greek, selain turut dikunjungi oleh pengembara
terkenal seperti Marco Polo (m. 1324M) dan Ibnu Batutah (m. 1377M). Alam Melayu telah
bertukar menjadi kawasan Islam sejak berdirinya Islam yang pertama di sebelah Nusantara
di Perlak pada 840M (225H).

Peradaban Melayu berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan Kepulauan
Melayu yang di dalamnya terdiri daripada Selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau
Sumatera, Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina, pulau-pulau timur Indonesia dan
bahagian-bahagian kecil daripada Kampuchea ke Vietnam.

Mereka bertutur dalam keluarga Bahasa Melayu Indonesia dan juga merupakan agama
Islam. Bahasa Melayu menjadi Bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia
Tenggara berkenaan.

Kesimpulannya, tamadun Melayu adalah tamadun yang dibina, dikembangkan dan dimiliki
oleh penduduk Asia Tenggara yang bertutur dalam keluarga Bahasa Melayu, berkomunikasi
antara sesama mereka dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua franca.

Kesannya, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khususnya terhadap
pengembangan Bahasa Melayu. Selain itu, fenomena yang disebut sebagai imperialisme
budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai Kawasan strategik antara
Timur & Barat, pusat perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan.

Walau bagaimanapun, interaksi yang berlaku ini adalah sesuatu yang positif. apabila hasil
daripada pertembungan ini, memperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa
dan kebudayaan. Maka berlakulah penyerapan kosa kata pinjaman daripada pelbagai Bahasa
dan budaya.

PERADABAN ASIA (INDIA, CINA, TIMUR TENGAH)


Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah) pusat peradaban India merupakan suatu wilayah
yang besar dan luas yang terletak di sebelah Selatan Benua Asia. India memiliki kekayaan
alam dan memiiliki nilai budaya yang tinggi, sehingga dikenal oleh berbagai bangsa sejak
beribu tahun yang lalu. Dalam perkembangan sejarah India terdapat pusat-pusat peradaban
yang tertua iaitu, Kebudayaan Lembah Sungai Indus tahun 4000-3000 SM dan Kebudayaan
Lembah Sungai Gangga tahun 1000 SM. Kedua kebudayaan tersebut berpusat di Lembah
sungai yang subur.

PERADABAN BARAT

Era penjajahan dan peradaban barat di tanah melayu bermula apabila mereka jatuh ke
tangan portugis pada tahun 1511. penjajahan barat hasil kolonil barat yang dilalui oleh
negara tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan setiap kolonil dalam
negara khususnya dalam rangka Sejarah kebudayaan dinusantara ini tidak lama, namun
pengaruh corak masyarakat kolonil itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun
mungkin tidak mendalam kedatangan orang eropah ke dalam alam melayu ni bermula
selepas tumbuhnya peradaban islam dirantau, tetapi masyarakat kolonil tidak tumbuh
serentak di alam melayu.

Semasa pemerintahan kolonil barat khususnya pemerintahan british,penyebaran agama


kristian ditanah melayu pada zaman tersebut tidak ketara. Beberapa kawasan penempatan
awal british dapat dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti dipulau pinang,
melaka dan singapura. Peradaban barat mulai memberi pengaruh kepada penduduk
tempatan selepas mencapai kedudukan yang mempunyai prestij di alam melayu.

Di tanah melayu khususnya pengaruh peradaban barat lebih daripada pengaruh bidang
material dan kesannya hanya pada peringkat luaran sahaja. La banyak mempengaruhi
kebudayaan dan institusi sosial sahaja. Namun begitu,ajaran islam tetap menjadi pegangan
masyarakat tempatan.

Antara pengaruh peradaban di tanah melayu dapat dilihat melalui system pendidikan,
kewujudan masyarakat majmuk, perubahan dari segi budaya, kemunculan bandar moden
dan keperluan asas infrastruktur bandar seperti jalanraya,keretapi, telefon, telegraf, bekalan
elektirk dan bekalan air bersih. Ini semua dinikmati oleh masyarakat bukan melayu yang
ditingal dibandar terutama pegawai british dan peniaga.

PERADABAN GLOBALISASI

Globalisasi menurut kamus dewan ialah fenomena yang menjadi dua kelihatan kecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat. Ia juga
merupakan era dunia tanpa sempadan yang berlaku hasil interaksi dan jaringan peradaban
yang merantasi benua dan sempadan negara.

Globalisasi berlaku melalui pemodenan dalam pelbagai bidang kehidupan, perkembangan


teknologi maklumat dan informasi seperti komputer dan telefon pintar yang ada talian
internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti facebook dan whatsapp.

Kebaikan Globalisasi :

1. peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan


dalam sebilangan negara.

2. Peningkatan mobiliti sosial.

3. Peluang yang luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan
komunikasi yang lebih mudah.

4. Peluang untuk menzahirkan simpati dan keperimanusianterhadap mangsa pelbagai jenis


bencana.

5. Penonjolan idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti tanggungjawab,peraturan


undang undang dan hak asasi manusia.
Keburukan Globalisasi :

1. kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat tertalu mementing factor keuntungan.

2. Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar
antara kawasan dan sektor ekonomi.

3. Pengabaian keperluan asas hidup dikalangan rakyat termiskin. Kebanjiran maklumat yang
tidak berguna.

4. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan sesuatu jenayah dibendung.

KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DI MALAYSIA

KONSEP NEGARA

Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami Kawasan tersebut dan adanya
kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan
mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara lain. Rakyat
merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyat yang mengatur urus tadbir negara.
Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.

Antara ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk,sempadan,


kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh
sekumpulan manusia serta dibentuk satu kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak.
KONSEP BANGSA

Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu sterusnya
membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan
untuk menjelaskan tentang sebuah etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah
masyarakat.

Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan darah
dan keturunan bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah. Selain faktor,elemen
perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sebuah negara.

KONSEP NEGARA DAN BANGSA

Negara bangsa adalah satu konsep negara yang memperoleh pengesahan politik, satu entiti
bagi satu satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat. Istilah negara bangsa menyepadukan
negara dan bangsa dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama,
serta mempunyai unsur subjektif bersama.

Ciri ciri negara bangsa:

1. kehidupan masyarakat dalam negara adalah bersatu padu tanpa berlaku pemisahan
ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.

2. Berpegang pada satu semangat negara yang utuh melalui simbol keutuhan seperti
Bendera malaysia, lagu kebangsaan, rukun negara dan sebagainya.

3. semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.

4. Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem


pemerintahan dan undang-undang negara.

Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan boleh
dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara,pentadbiran serta penduduknya.
REFELKSI

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia melibatkan perkembangan dari pelbagai


peradaban besar dunia yang telah berinteraksi dalam sejarah Alam Melayu. Peradaban
Pribumi Alam Melayu telah menjadi asas kepada kemunculan peradaban Asia, termasuk dari
India, Cina, dan Timur Tengah. Kemudiannya, pengaruh dari peradaban Barat turut memberi
impak dalam pembentukan peradaban di Malaysia. Seiring dengan itu, globalisasi
memainkan peranan penting dalam membentuk landskap sosial, ekonomi, dan budaya
negara.

Peradaban majmuk di Malaysia melibatkan interaksi antara peradaban Pribumi Alam Melayu
dengan peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah), peradaban Barat, dan pengaruh dari
fenomena globalisasi. Pada masa yang sama, konsep pembinaan negara dan bangsa di
Malaysia menjadi titik fokus dalam membangunkan identiti nasional dan kesepaduan di
kalangan pelbagai kaum dan budaya. Dengan pemahaman dan pengaplikasian konsep
negara bangsa, Malaysia berusaha untuk mencapai kesepaduan, kestabilan, dan kemajuan
yang holistik dalam pembinaan peradaban majmuk negara.

Cadangan penambahbaikan untuk pembinaan bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu padu:

1. Pendidikan Multikultural: Kurikulum menyeluruh tentang multikulturalisme dan nilai-


nilai kebangsaan.

2. Kepentingan Bersama: Program pembangunan komuniti untuk memupuk kerjasama


antara kumpulan etnik.

3. Kesedaran Politik: Pendidikan politik dan penglibatan aktif rakyat dalam proses
demokrasi.

4. Institusi Penyatuan: Peranan institusi seperti sekolah, agama, dan media massa
dalam mempromosikan kesepaduan.

5. Penangganan Isu Sensitif: Pendekatan yang bijaksana dalam menangani isu-isu


sensitif.
6. Peluang Ekonomi Sama Rata: Akses yang sama kepada peluang ekonomi bagi semua
kumpulan etnik.

7. Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hak Asasi: Penguatkuasaan undang-undang


yang adil dan menghormati hak asasi manusia.

8. Pembangunan Wilayah: Peluang pembangunan ekonomi dan sosial yang saksama di


seluruh wilayah negara.

Dengan langkah-langkah ini, diharapkan Malaysia dapat memperkukuhkan kesepaduan dan


keharmonian antara pelbagai lapisan masyarakat.
SUMBER RUJUKAN

 https://www.slideshare.net/SharifahNurAbu/topik-5-pembinaan-
masyarakat-majmuk
 https://anyflip.com/xxjsb/sxwt/basic
 https://www.slideshare.net/StacksApp/06-topik-5-pembinaan-
peradaban-majmuk-di-malaysia-pptx
 https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-
masyarakat-majmuk-di-malaysia/

Anda mungkin juga menyukai