Anda di halaman 1dari 2

Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga bangsa

dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia. Peribumi Melayu mewakili pembina Tamadun
Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun
India dari Benua Kecil India. Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai
kesan dalam hidup bermasyarakat.

Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat kejadiannya sebagai al-
insan madaniyyun lil tab’iyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciri-ciri dan nilai-nilai sejagat sesuai
dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia.

kedudukan Malaysia di tengah-tengah laluan perdagangan dan kebudayaan Asia telah mendedahkan
negara ini kepada pelbagai pengaruh yang tercerna hasil interaksi dengan tamadun-tamadun
berhampiran. Justru itu, pengaruh Tamadun Islam, China, India dan juga tamadun pribumi jelas
ketara dan memberi kesan besar kepada nilai dan budaya masyarakat Malaysia, tanpa menafikan
hak ketuanan Melayu sebagai bangsa peribumi dan bangsa yang menunjang ke arah pembinaan dan
perkembanagn tamadun negara ini.

Menurut Idris Abdul Rauf al-Marbawi, tamadun membawa maksud kehalusan adat atau kemurnian
pencapaian manusia yang hidup di kota dan memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya
menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran serta penghasilan teknologi yang membantu
menyempurnakan kehidupan kota yang bahagia. [ CITATION Ahm13 \l 17417 ]

Syed Muhammad Naquib al-Attas(1996) mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan
bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi
seluruh masyarakatnya.

Sebagai kesimpulannya, tamadun dapat diertikan sebagai pencapaian gemilang manusia dalam
bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di bandar-bandar. Tamadun terhasil dalam bentuk
seni bina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, kepercayaan, undang-undang, pentadbiran dan
politik.

Ilmu ketamadunan dapat memperjelaskan landskap budaya dan negara bangsa Malaysia. Hal ini
penting kerana kesan pejajahan telah mewujudkan plurality budaya, etnik dan agama di Negara kita.

Masyarakat Malaysia menggunakan kebersamaan masyarakat sebagai titik mula dalam membentuk
keharmonian, persefahaman, dan keinsafan semasa mewujudkan rakyat Malaysia yang harmoni dan
bersatu padu.

Kefahaman mengenai tamadun oleh semua kaum di Malaysia, khususnya tamadun Islam dan Asia,
mampu menjadi faktor pembina kepada kekuatan bangsa dan seterusnya keselamatan negara.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang berlainan.
Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu.
Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap
yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setip insan yang tinggal di
dalam negara ini.

Berdasarkan kepada teras kepercayaan serta kepentingan sesuatu bangsa dan rakyat di sesebuah
Negara seperti Asia( Malaysia, Cina, India, Jepun) sebenarnya sangat bergantung kepada ilmu unsur
utama yang menjadi asas terhadap persamaan dan perbezaan antara tamadun.

Anda mungkin juga menyukai