Anda di halaman 1dari 7

SOALAN 5 Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu

atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratusratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar. Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'rasmi' bagi aliran itu. Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun terdapat aliran yang hanya

mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan. Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan. Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan 'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini. Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim dengan silat. Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat sambutan daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan alasan terdapat unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat. Dengan kesedaran pembangkitan Islam hari ini, guru-guru aliran telah menentang dan membuang amalan-amalan yang dilihat bertentangan dengan ajaran agama seperti jampi serapah, pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya.

Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha pemodenan dalam dunia silat hari ini. Apa yang pasti Silat akan terus menjadi warisan dan lambang jati diri Melayu sedunia. Silat merupakan seni bela diri trdisi Nusantara yang menjadi kebanggaan rumpun Melayu . Pencak silat merupakan dua perkataan yang berbeza dari sudut lokaliti penggunaannya. Istilah pencak lebih sinonim dengan dunia persilatan di pulau Jawa manakala istilah silat digunakan oleh masyarakat dari kawasan Malaysia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, Filipina dan

Indonesia tidak termasuk Jawa. Dalam bahasa Jawa. Istilah pencak berasal daripada kata akar pen yang bermaksud tepat dan kata cak yang membawa erti penerapan. Dengan itu, pencak bermaksud kemampuan mempertahankan diri yang diterapkan secara tepat. Perkataan tepat merujuk kepada teknik, daya gerak, kecepatan tempo, dan tujuan

penggunaannya. Silat pula merupakan istilah yang digunakan untuk upaya mempertahankan diri dengan menggunakan pergerakan atau teknik yang tepat, bersumberkan rohani yang suci dan keluhuran budi, menyelamatkan diri serta kelompok dari ancaman, serangan atau bencana. Istilah pencak dan silat kemudiannya digabungkan menjadi satu dan mendukung maksud seperti yang dirumuskan tadi. Dalam era globalisasi hari ini silat masih lagi relevan malah mendapat strata istimewa dalam dunia seni bela diri antarabangsa. Globalisasi bukanlah satu penghalang kepada pembinaan legasiunggul seni persilatan Melayu kerana silat itu sendiri adalah ibu kepada budaya orang melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi telah membawa impak negatif terhadap pembangunan sahsiah dan kebudayaan manusia. Namun demikian,

proses globalisasi mampu dimbangi dengan mendalami dan mengamalkan seni silat. Silat bukan semata-mata seni bela diri yang bersifat fizikal tetapi juga menjadi seni bela rohani yang mampu menghindar dan menyedarkan manusia daripada terpengaruh dengan budaya-budaya yang boleh merosakkan jati diri. Dalam era globalisasi hari ini, manusia memerlukan suatu wadah untuk membentuk disiplin diri yang mantap dan utuh. Oleh yang demikian, silat dilihat sebagai antara wadah yang terbaik untuk menjana mutu disiplin yang tidak mudah goyah. Seni silat mempunyai falsafah tersendiri yang berupa saranan-saranan tentang moral, tatasusila, tatacara dan ajaran agama.

Antara falsafah perguruan yang signifikan dengan pembentukan kualiti disiplin yang utuh ialah berilmu, beriman dan beramal yang merupakan falsafah dan moto seni silat Serimau Hitam yang sinonim dengan negeri Perak. Seni silat mampu membawa impak sosial yang cukup besar terhadap rakyat negara ini terutamanya golongan belia. Dalam era globalisasi ini, remaja atau belia cenderungmencari ikon untuk dijadikan rujukan atau ikutan yang boleh membina keyakinan mereka dalam menghadapi realiti dunia yang semakin mencabar. Akan tetapi, masalah akan timbul apabila golongan remaja atau belia ini tersalah pilih ikon yang wajar dicontohi. Seperti yang diketaui umum, seni silat amat mementingkan komitmen dan disiplin diri yang tinggi . Keterbukaan dalam mengambil pelatih-pelatih baru meletakkan seni persilatan pada satu kedudukan yang penuh tanggungjawab untuk membina kekuatan fizikal,mental dan rohani pelatih-pelatih baru. Dengan itu, pembudayaan disiplin yang luhur mampu

direalisasikankan manakala latihan serta komunikasi positif diantara tenaga pengajar dengan pelatih mampu menyuburkan nilai-nilai disiplin yang amat sukar untuk dilakukan di peringkat sekolah . Dalam seni persilatan wujud satu kontrak sosial atau dipanggil sumpah yang akan dilafazkan sebelum mana-mana pelatih baru menyertai sesebuah perguruan. Sumpah yang dilafazkan adalah pengakuan bahawa si pelatih akan patuh kepada guru, ibu bapa dan melaksanakan tuntutan agama. Silat amat sinonim dengan agama Islam yang menajadi anutan rasmi kebanyakan pengamal-pengamal silat .Permasalahan sosial seperti hedonisme, dadah, seks bebas, dan alkohol mampu diatasi atau dihindari sekiranya pendidikan rohani dan mental

diberikan perhatian yang sewajarnya. Seni persilatan merupakan tradisi Timur yang diwarisi secara pakej daripada generasi terdahulu. Hal ini demikian kerana silat merupakan satu bentuk seni mempertahankan diri yang terdiri daripada eleman fizikal, kerohanian, mental dan sahsiah. Kewujudan pelbagai pengaruh negatif yang merosak dalam suasana dunia hari ini membawa kepada kesedaran tentang pentingnya pertahanan dalaman individu bagi memastikan akhlak ataupun moral tidak terpesong daripada landasan yang sebenar. Data dan statistik banyak menunjukkan perihal mengenai keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini yang semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman, antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37 602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang

diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda. Walaupun silat mengandungi ilmu tempur dalam silibus pengajarannya, tidak bermakna seni bela diri ini gemarkan kekerasan dan keganasan.Dengan berbekalkan ilmu zahir dan rohani daripada mempelajari seni persilatan seseorang individu itu secara automatiknya mempunyai kekuatan dalaman untuk membendung diri daripada terjebak dengan masalah-masalah sahsiah dan sosial yang semakin berleluasa pada hari ini. Seperti yang telah diperkatakan awal tadi silat adalah seni bela diri yang datang secara pekej. Hal ini menjelaskan kerelevanan silat yang sememangnya menyentuh segala hal yang menjadi keperluan manusia termasuk hal kesihatan. Dalam era modenisasi hari ini, orang sibuk mencari ubat-ubatan atau alternatif perubatan bagi merawat penyakit mereka tetapi tidak beusaha untuk membina gaya hidup sihat. Dalam dunia perubatan, prinsip mencegah adalah lebih baik daripada mengubati menjadikan manusia sedar bahawa walaupun wujud kemudahan yang canggih untuk menyelesaikan masalah kesihatan namun kemudahan tersebut bukanlah satu jaminan seseorang individu akan terselamat daripada ancamanpenyakit kerana tidak semua masalah kesihatan mampu ditangani dengan berkesan oleh rawatan moden . ilmu persilatan yang dipraktikkan secara tekun bukan sahaja mampu membentuk kualiti fizikal yang hebat malah mampu menjana kesihatan dalaman yang baik yang sememangnya menjadi impian setiap orang. Sebagai contoh, pengasas Silat Gayong, Allahyarham Dato Meor Abd Rahman memiliki kualiti kesihatan yang amat baik dan tiada tolok bandingnya. Amalan fizikal dan rohani yang dipraktikkan secara tekun dalam silat mampu memberi natijah yang positif terhadap mutu kesihatan seseorang individu. Silat diperkenalkan sebagai satu wadah penjana budaya unggul dan tidak akan pupus di telan zaman . Satu hal yang cukup menarik mengenai globalisasi dan silat adalah mngenai pengembangan silat ke serata dunia. Dengan adanya proses globalisasi, seni silat dapat dikembangkan lagi ke peringkat global. Pada hari ini silat dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu silat seni, silat tempur dan silat olahraga. Silat olahraga yang semakin popular kebelakangan ini mendapat perhatian antarabangsa sehingga di beri peluang untuk dimainkan dalam kejohanan sukan antarabangsa . Negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Vietnam merupakan antara kuasa besar yang , menguasai sukan silat olahraga ini di peringkat global. Namun demikian satu perkara

yang cukup mengagumkan adalah mengenai penyebaran seni warisan Melayu ini di negaranegara barat seperti Amerika, Perancis, Sepanyol dan Belanda. Terdapat banyak aliran silat yang mendapat tempat di negar-negara barat dan semakin berkembang antaranya ialah Perguruan Panca Indera Suci yang berkembang di England, perguruan Harimau Minangkabau yang berkembang di sepanyol dan perguruan Bangau putih yang berkembang di Amerika Syariakat. Selain itu terdapat juga satu perkara yang amat menarik untuk diketahui iaitu perihal orang barat sendiri yang berusaha gigih untuk mengembangkan seni silat warisan Melayu di negara mereka. Antara tokoh-tokoh silat yang terbabit dalam membina legasi silat di Barat ialah Juan Ignacia Barranexchea (sepanyol), Max Gerald (Belgium) dan Randy Van Ziechem (Surinam). Fenomena sukan global hari ini juga memberi ruang dan peluang kepada seni silat untuk mengangkat nama seni tersebut ke satu tahap tertinggi dalam acara sukan antarabangsa. Kejohanan Sukan seperti Sukan Asia, Sukan SEA, dan kejohanan Silat Antarabangsa membuka peluang kepada seni warisan Melayu ini untuk dikenali dan difahami oleh komuniti antarabangsa. Kejohanan pencak silat antarabangsa pertama di adakan di Jakarta pada tahun 1982 dan disertai oleh tujuh negara. Pada tahun 1984, kejohanan kali kedua juga belangsung di Jakarta yang melibatkan 11 negara. Pada tahun 1986 barulah kejohanan ini keluar dari bumi Nusantara dan menjejakkan kaki ke bumi Eropah iaitu di Vienna dan 15 buah negara mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Pada hari ini, kejohanan silat antarabangsa telah menjelajah ke merata dunia dan hal ini merupakan promosi yang cukup baik untuk mengembangkan seni silat .Seni silat pada hari ini bersifat lebih terbuka dan tdak wujud kekangan gender untuk mempelajari seni bela diri ini. Dalam situasi dunia yang semakin mencabar pada hari ini adalah menjadi satu perkara penting kepada setiap individu untuk mempersiapkan diri dengan pertahanan luaran juga dianggap sebagai satu usaha untuk

terutamanya golongan Hawa. Mempelajari silat

membina benteng maruah daripada dicerobohi oleh syaitan yang bertopengkan manusia. Keskes rogol yang semakin serius kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan golongan Hawa yang semakin hari semakin aktif melibatkan diri dalam hal ehwal sosioekonomi. Kerajaan hari ini juga menggalakkan setiap individu agar mempersiapkan diri dengan ilmu bela diri seperti silat bagi menghadapi dan menangani situasi bahaya seperti perogol, peragut dan samseng . Bukan hanya wanita yang berhadapan dengan ancaman bahaya

malah lelaki juga menghadapi risiko yang sama. Sebagai contoh, dalam skop sekolah, masalah buli adalah masalah yang semakin kritikal sehinggakan beberapa kes yang dilaporkan memaparkan ada nyawa yang terkorban . Hal ini boleh dihindari sekiranya setiap individu prihatin untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bela diri terutamanya silat.Kisah Allahyarham Pak Bharum (pengasas seni silat Serimau Hitam) dan abangnya iaitu Daud yang telah

menyelamatkan bapanya daripada pusat tahanan Bintang Tiga berbekalkan ilmu persilatan yang dipelajari daripada datuk beliau boleh dijadikan iktibar oleh golongan belia hari ini untuk mempersiapkan diri dengan ilmu persilatan bagi menghadapi pelbagai situasi yang tidak di duga. Dalam menempuhi cabaran globalisasi adalah tidak adil sekiranya warisan tradisi bangsa di tolak ketepi. Silat merupakan pusaka tinggalan generasi dahulu kepada waris bangsanya. Silat merupakan cermin budaya Melayu yang masih relevan dengan perkembangan dunia kontemporari. Seni silat ini membantu anak bangsanya untuk membina semangat memangkin kebolehan terpendam agar diekspresikan denganbetul . Dalam dan

menghadapi

pelbagai bentuk cabaran budaya luar yang semakin bermaharajalela, adalah penting untuk memiliki suatu pegangan dan prinsip yang utuh agar jati diri tidak mudah diperkotak-katikkan oleh bangsa asing yang cuba menjajah budaya tradisi. Dengan berbekalkan pengisian rohani yang diperolehi daripada mempelajari silat, seseorang itu tidak akan mudah melatah apabila berhadapan dengan pengaruh-pengaruh sosial Barat yang menyimpang daripada norma-norma ketimuran yang luhur. Unsur-unsur Islam yang diterapkan ke dalam ilmu seni persilatan atau pencak silat merupakan mekanisma yang amat baik untuk mencegah seseorang individu daripada terjebak ke dalam lembah kehinaan . Ilmu persilatan yang yang diwarisi adalah kesenian yang amat tinggi nilai estetikanya . Nilai estetika kesenian ini dapat diperhatikan daripada seni bunga, gerak langkah dan seni bermain senjata. Globalisasi tidak sesekali menbunuh kerelevanan seni silat di atas muka bumi ini.

Anda mungkin juga menyukai