Bismillahi Rahmani Rahim Syukur kepada Allah, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sekaian sahabatt beliau. Dengan izin Allah serta dengan limpah kurniaNya dapatlah saya meneruskan usaha menulis dan menterjemahkan ilmu silat untuk semua. Pendahuluan kata sebagai peringatan kepada diriku, sekelian ahli dan keluarga perguruan silat Seni Gayung Fatani Malaysia selaku pengamal silat Melayu agar dapat menggunakan ilmu, masa dan hayat membuat perkara yang mendatangkan manfaat dan kebajikan. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh yang nasihat-menasihatkan supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supata menepati kesabara (Al-Ashr. Surat 103). Inilah mestika di dalam pestaka perbendaharaan perguruan silat Seni Gayung Fatani yang ku ambil daripada guru-guruku untuk tatapan para guru, jurulatih, pesilat dan pencinta silat Melayu. Semoga silat Malaysia dapat melangkah ke tahun 2000 dengan jaya dengan persiapan yang baik bagi keperluan melaksanakan perkhidmatan pendidikan silat yang telus dan setara. Tidak semua ilmu, amalan dan kemahiran silat dapat diperturunkan secara bertulis, maka diharapkan belajarlah melalui guru-guru dari aliran silat Melayu dari yang serumpun dan yang sebenih dengannya. Perguruan Silat Seni Gayung Fatani merupakan aliran silat Melayu yakni silat asli tempatan versi Malaysia atau seni silat Melayu tradisi Semenanjung Tanah Melayu yang diamalkan dalam masyarakat Melayu di desa-desa di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang bersempadanan dengannya yang dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut. Perguruan silat Seni Gayung Fatani antara aliran silat gayung pulut. Perguruan silat Seni Gayung Fatani Malaysia antara aliran silat bertaraf anggota badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia). Maka menjadi tanggung jawab kepada perguruan ini berusaha membangunkan silat Melayu sebagai memartabatkan silat sebagai seni bela diri
rasmi Malaysia. Bagi tujuan tersebut dan dalam pada itu perguruan ini berupaya mengekalkan keaslian silat Melayu, yakni kandungan pelajaran silat yang bebas dari paduan, campuran atau gabungan daripada mana-mana aliran pencak silat, seni bela diri atau seni mempertahankan diri bukan silat. PSGFM telah berjaya mengembangkan silat ke seluruh Negara dan beberapa negara di peringkat antara bangsa. Bagi mengukuhkan ilmu, kefahaman dan amalan silat, maka diterjemahkan isi kandungan pelajaran silat Melayu keoada satu kurikulum silat yang telus dab setara yang dapat digunakan secara bersama.
Sikap Pendekar
Falsafah Pendidikan Silat atau Sikap Pendekar Pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur. Anuar Abdul Wahab AMN Silat merupakan ilmu mempertahankan diri bangsa Malaysia. Ilmu ini diwarisi secara turun-temurun selari dengan kewujudan manusia yang digelar sebagai orang-orang Melayu di dunia ini. Proses pembelajaran, pengamalan sama ada dari segi fizikal, mental dan kerohanian melalui gerak-gerak silat mahupun falsafah-falsafah silat mesti diteruskan oleh generasi hari ini bagi membuktikan bahawa masyarakat Malaysia mempunyai jatidiri yang tersendiri khususnya melalui persilatan. Oleh itu dalam usaha memelihara dan mengembangkan Silat, proses pembelajaran seharusnya bermula sejak kanak-kanak lagi agar masyarakat Malaysia mengetahui bahawa Silat adalah hak dan kepunyaan mereka.
Justeru itu, tidaklah menjadi suatu bebanan dan kesalahan jika Silat diajar di sekolah, universiti, kolej, dewan orang ramai, pusat latihan tidak kira sama ada di dalam ataupun di luar negara supaya Silat mampu bersaing sama hebatnya dengan seni mempertahankan diri yang ada di dunia ini. Namun begitu dalam kita mengejar dan mencapai matlamat bersama perlulah kita ingat terdapat beberapa perkara yang perlu kita semai dalam diri setiap pesilat supaya mereka tahu dan faham tanggungjawab mereka sebagai seorang pesilat dalam mempraktikkan ilmu seni mempertahankan diri Silat pada masa, waktu, ketika dan tempat yang betul. Di sini diperturunkan Sikap Pendekar supaya setiap pesilat sedar mengenai tanggungjawab masing-masing dalam menjadi seorang pesilat yang terbilang tidak kira walau di mana sahaja anda berada. Di atas terdapat 20 perkataan yang perlu dihayati untuk membentuk nilai murni Sikap Pendekar. Pendekar merupakan insan yang bijaksana atau dekar dapat memanfaatkan akal dengan budi bicara untuk melakukan tindakan. Pendekar sebagai pewaris atau tenaga utama pembangunan dan pengembangan Seni Silat. Mereka berkewajipan dan bertindak sebagai pendidik, pemimpin, pakar, pengurus, pentadbir, pelatih, perancang, penilai, pembimbing, penasihat dan sebagainya.
Sejak penulis terlibat secara langsung dalam arus perkembangan silat, baik dalam membangunkan program silat olahraga, silat seni, senam silat, muzik silat baku Malaysia dan kurikulum seni silat Malaysia, begitulah halnya berkesudahan dengan kegagalan. Sejajar dengan kaji selidik penerbit SB Azlan Ghani, bahawa Silat Melayu di negara ini diumpamakan berada di hujung tanduk, menunggu masa sahaja pupus tanpa berkubur. Demikian pandangan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan khususnya di bidang silat. Perkara di atas mengingatkan saya kepada Pak Long Aji Batu Kurau katanya, `hari ini budak kampung tak mahu belajar bersilat, dia kata saya reka. Beliau seorang guru tua yang pernah mengembangkan silat lebih dari setengah abad. Mungkin ada sebab yang munasabah hingga anak kampung mengambil tindakkan demikian. Mereka melihat sistem pelajaran dan pendekatan silat kepada generasi muda masih ketinggal berbanding dengan seni bela diri bukan silat. Sedia diketahui bahawa silat ialah pakaian dan amalan pahlawan Melayu yang pernah digunakan dalam peperangan mempertahankan kedaulatan kerajaan Melayu tradisi. Keampuhan silat telah teruji. Hal tersebut tidak pernah diragukan. Tetapi dalam menyajikan silat kepada generasi moden perlukan satu sistem perkhidmatan pendidikan yang telus dan setara. . Pengamal silat perlu bertindak pantas menyusun ilmu silat agar menjadikan silat sebagai satu produk yang berdaya siang. Amalan pemasaran silat bersaing sesama sendiri akan melemahkan dan tidak menguntungkan masa depan silat. Sistem perkhidmatan pendidikan silat masih tidak selaras dan rencam yang melemahkan silat untuk bersaing. Kelemahan dari aspek tersebut menjadi sebab mengapa geberasi muda hilang kepercayaan dan keyakinan kepada silat. Itulah menjadi pokok bicara kali ini iaitu mencadangkan agar silat menjadi satu produk yang berdaya saing untuk kepentingan bersama.
Langkah merealisasi tujuan tersebut memerlukan kerjasama bukan seperti `enau dalam belukar yang lepaskan pucuk masing-masing. Selagi tiada kesepakatan selagi itulah silat `melukut di tepi gantang di negaranya sendiri. Selama ini pun, kedudukan silat dalam sistem pendidikan negara tidak seperti nasib ilmu seni bela diri di negara lain. Institusi pendidikan masih tidak dapat menerima atau mengembangkan silat kerana belum menampilkan satu kurikulum silat yang seragam. Ada benarnya. Katalah kalau semua dari empat ratus perguruan silat diberi peluang mengajarkan silat di sekolah atau di pusat pengajian tinggi, apa yang akan berlaku kepada perkhidmatan pendidikan yang selama memakai kurikulum seragam. Malaysia harus berbangga kerana diwariskan silat yang merupakan antara ilmu seni bela diri dunia yang terbaik dan sempurna. Silat diakui sebagai warisan pahlawan yang pernah berjuang mempertahankan banga dan negara Boleh dikatakan dalam karya sastera Melayu tradisi kebanyakan ceritanya mengenai pahlawan. Pendek kata kalaulah tiada pahlawan, orang Melayu pun tiadalah cerita dan tiadalah sejarah Melayu yang hendak diceritakan. Walaupun ilmu pahlawan dan peranan silat dalam tamadun Melayu tidak pernah ditulis, tetapi pahlawan yang mahir bersilat tercatat dalam sejarah dan kesusasteraan Melayu antaranya seperti Hang Tuah lima saudara, Megat panji Alam, Tun Perak, Mat Kilau, Dato Bahaman, Mat Salleh, Tok Janggut, Dol Said dan lainlain disanjung sebagai pahlawan negara. Sebelum silat tenggelam di depan mata oleh arus ilmu seni bela diri dari luar di Malaysia, maka pengamal silat harus bersikap proaktif memperkasakan silat. Jauhkan sikap tunggu dan lihat. Ilmu seni bela diri dari luar negara sentiasa bersikap agresif bagi mengenepikan saingannya untuk mendapatkan tempat di mana sahaja mereka berada. Istemewanya mereka mendapat kerjasama dari orang Melayu untuk membangunkan ilmu seni bela diri mereka di Malaysia.
Ketika itu, saya tinggal di Kg. Sg. Keli, Hutan Melintang, Perak bersempadan dengan Sabak Bernam, Selangor yang dipisahkan oleh Sungai Bernam. Menurut cerita orang-orang tua nama Kg. Kota berasal dari kota pertahanan dalam peristiwa perang saudara di Selangor di mana Raja Hitam berkota di seberang Perak dan Tengku Kudin di tebing Sabak Bernam. Dulu saya dapat menyaksikan kesan kota dan beberapa laras meriam besi di tebing sungai Kg Kota. Kini telah tenggelam dalam lumpur. Tidak hairan di kampung itu ramai guru dan pendekar perang terus yang menetap di situ. Silat sudah sebati menjalar dalam darah daging keturunan mereka. Pada tahun 57an terdapat guru dan kumpulan silat yang bernama dan tidak bernama antaranya seperti En.Jamil (silat Harimau), En.Samsi (Kuntau Jawa), Wak Sarbini (Cemande), En.Abd.Rahman, En.Jidin, En. Jaafar, Tn.Hj. Sohor, En.Mat Lazim, EnJohan (Sendeng), Hj.Osman (Minangkabau), Tn.Hj.Juah (Lintau), En.Tapap (Cekak), En.Amran (Sewah/ kuntau Betawi)), En.Embung Abdullah (Fatani) dan seperti Hj.Nasir, En.Mat Yasin, En. Hj.Mat Akib, En. Rusa, Tok Aki Misai, En.Jamal, En.Hassan dan lain-lain. Mereka sepakat tidak cabar-mencabar dan mengaibkan sesamanya. Masa itu bukan tiada pergaduhan, tetapi bukanlah kerana silat. Kalau salah seorang membuka gelanggang, bertamat atau jemputan rasmi kenduri kendera misalnya mereka datang dan bermain silat pulut. Silat merupakan antara ilmu seni bela diri manusia yang tertua yang diciptakan dan diamalkan oleh nenek moyang bangsa Melayu seiring dengan bahasa, kesenian, rumah, perahu, senjata, pakaian, permainan, kepercayaan, pantang larang dan adat istiadat berteraskan sosio budaya Melayu. Kemudian silat berkembang berhamburan bersama penghijrahan rumpun bangsa Melayu ke seluruh pelosok alam Melayu. Sejak itulah orang Melayu celik silat, setiap suku kaum Melayu menggubah rupa dan bentuk silat sesuai dengan keperluan, budaya dan kepercayaan mereka. Walaupun hingga ke hari ini wujud ribuan kumpulan silat dengan pelbagai nama, namun masih mengekalkan ciri-ciri silat.
Selepas merdeka, langkah memperkasakan silat ialah menyusun kumpulan atau perguruan silat menjadi organisasi yang berdaftar. Pada tahun 70an, semua kumpulan silat dan seni bela diri wajib didaftarkan. Antara kumpulan silat Melayu tradisi yang berdaftar dan paling berjaya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM 14.9.1976). Selain diiktiraf sebagai ahli bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia, PSGFM berjaya mengekalkan keaslian silat Melayu dan mengembangkannya di Malaysia dan beberapa negeri di peringkat antarabangsa. Kejayaan PSGFM menjadi sinonim dengan silat Melayu. Peringkat kedua ialah mewujudkan badan induk yang menerajui silat peringkat kebangsaan. Usaha tersebut dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia dengan mengadakan beberapa pertemuan, kerjasama, seminar, bantuan dana dan teknikal. Kemuncaknya pada tahun 1079 ialah menubuhkan Majlis Silat Malaysia. . Antara hasrat Majlis Silat Malaysia yang dinyatakan ialah `dinilai kembali tradisi kita untuk menemukan unsur-unsur yang menonjolkan identi nasional dan perpaduan negara. Pemikiran ketika itu salah satu unsur teras sosio budaya Melayu yang kukuh ialah silat. Kemudiannya Majlis Silat Malaysia diketepikan atas beberapa sebab tertentu. Salah satu sebab ialah pengiktirafan Persekutuan Pencak Silat Antarbangsa (Persilat) kepada Malaysia sebagai anggota pendiri Persilat kerana di Malaysia terdapat banyak kumpulan dan perguruan pencak silat yang berasal usul dan berdaftar menjadi ahli Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI). Oleh sebab itu Malaysia layak menjadi cawangan negara pencak silat. Sehubungan dengan itu jawatankuasa baru telah menamakan organisasi baru iatu Persekutuan silat Kebangsaaan Malaysia (Pesaka Malaysia). Sejak itu tumpuan Pesaka ialah pembangunan dan perkembangan pencak silat.
Mungkin persoalan yang ditimbulkan di atas tidak penting kepada sesetengah orang. Seperti biasalah, tak kisah ataupun pihak KeKKWa memang telah mengenal pasti jenis silat yang dimaksudkan. Diingatkan agar usaha murni tersebut tidak terjadi `rumah siap pahat berbunyi. Seperti yang telah berlaku pada beberapa lagu dan tarian rumpun bangsa Melayu yang diamalkan di Malaysia mendatangkan fitnah. Di Malaysia semakin ramai pengkaji dan orang pandai. Tak semena-mena, ada yang berpendapat silat bukan seni bela diri bangsa Melayu. Ada pendapat mengatakan Hang Tuah bukan bangsa Melayu. Sehingga ini tiada yang menyangkal secara ilmiah pendapat tersebut. Sebabnya, tek kisah. Di Malaysia memang terdapat ratusan kumpulan silat atau seni bela diri rumpun Melayu sama ada jenis silat asli tempatan atau jenis seni bela diri dari negara jiran. Dalam kumpulan tersebut terdapat perguruan jenis pencak silat yang mempunyai badan induk yang berdaftar secara sah di bawah naungan Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) dan mempunyai organisasi peringkat antarabangsa iaitu Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT). Maka Malaysia perlu menentukan perbezaan antara silat dengan pencak silat. Diistiharkan bahwa manamana jenis seni bela diri berada atau berasal dari wilayah Indonesia disebut pencak silat dan diiktiraf sebagai seni bela diri asli bangsa Indonesia. Penentuan silat sebagai seni bela diri rasmi warisan negara perlu dilakukan seumpama `menarik `rambut dalam tepung kerana seni bela diri rumpun Melayu telah berkembang di alam Melayu sebelum wujud persempadanan negara seperti hari ini. Sebaiknya, elakkan perebutan dan pertindihan hak ke atas man-mana jenis silat, pencak silat atau seni bela diri bukan silat yang boleh merenggangkan persahabatan antara rumpun bangsa dan negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat sewajarnya mengistiharkan seni bela rasmi dan disenaraikan dalam Akta Warisan Negara Pengiktirafan tersebut sebagai langkah kukuh untuk membangunkan dan melindungi silat sebagai seni warisan negara Pada sejarahnya, silat merupakan institusi pendidikan kepahlawanan Melayu tradisi yang mendapat lindungan istana. Para pendekar dan hulubalang secara langsung menganggotai angkatan perang diraja. Dari sebab itu wajarlah silat diiktiraf sebagai seni bela diri rasmi dan dilindungi sebagai seni warisan bangsa Malaysia. Pengiktirafan ini tidak menghalang mana-mana aliran pencak silat dan bukan silat terus berkembang di Malaysia sepetti adanya.
Sepertimana beberapa negara maju sebelah timur telah mengkiktiraf, melindungi dan membangunkan jenis seni bela diri mereka di peringkat negara dan antarabangsa misalnya Korea dengan Taekwondo, Cina dengan Wushyu, Thailand dengan Tomoi dan Jepun dengan Karatedo, Aikedo, Sumo serta Judo. Menakala Indonesia telah mengambil langkah membangunkan pencak silat dengan mengiktiraf beberapa negara sebagai anggota pendiri PERSILAT kerana di negara tersebut telah terdapat kumpulan atau perguruan dari aliran pencak silat yang mempunyai badan induk di Indonesia. Langkah yang berkesan untuk membangunkan pencak silat ialah atas nama sukan iaitu pertandingan pencak silat. Sukan pencak silat secara beransur-ansur kembali kepada tujuan asalnya membangunkan pencak silat Indonesia dimulakan dengan,menggunakan istilah kategori yang dipertandingkan dalam pencak silat iaitu kategori Tunggal, Ganda, Regu dan Tanding serta pengisian pada gerak, kaedah, rupa dan bentuk berdasarkan pencak silat. . Persoalan pertama, `apakah Malaysia mempunyai silat asli tempatan atau silat versi Malaysia? Jawabnya, ada. Di Malaysia masih terdapat silat asli tempatan atau silat versi Malaysia iaitu silat Melayu tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan yang sebenih dengannya. Silat ini masih diamalkan oleh orang Melayu di desa-desa di Semenanjung Tanah Melayu dan lebih dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut. Silat Melayu tradisi berkembang kepada beberapa kumpulan, antara kumpulan yang yang paling berjaya ialah Pertubuhan Seni Gaung Fatani Malaysia (PSGFM) yang dipimpin oleh Guru Utama Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab. PSGFM masih mengamalkan dan mengekalkan keaslian silat Melayu.
Silat Melayu tradisi telah berkembang kepada beberapa kumpulan. Para guru silat Melayu tradisi masih memperturunkan kandungan pelajaran silat yang sama berdasarkan istilah Bunga Sembah dan Tapak Empat. Mengekalkan penggunaan muzik silat baku Malaysia pada setiap persembahan atau permainan bersilat. Bunga silat bermaksud asas gerak bagi mengembangkan kaedah, rupa dan bentuk silat Melayu. Asas gerak silat iaitu langkah, kuda-kuda dan limbai. Pesilat bergerak dengan langkah dan berhenti menjadi kuda-kuda. Luas, kecil, rendah dan tinggi langkah menentukkan kuda-kuda silat. Langkah yang laju ke sasaran menjadi serangan kaki seperti sepak, terajang, depak atau tendang. Gerak tangan ialah secara hayun atau lenggang dan berhendi disebut limbai. Gerakan hanyuan tangan boleh membentuk serangan tangan sepetti tumbuk anduh, sadak, rejang, rejuk. Retat, pelantik pacak, baji dan sebagainya. Limbai dilakukan ketika berkuda-kuda atau sikap pasang silat Melayu yang boleh membentuk sambut dan serang bela. Bermakna konsep Bunga membezakan asas gerak silat Melayu tradisi dengan lainlain jenis seni bela diri bukan silat yang kebanyakannya berdasarkan gerak haiwan, mergastua atau alam sekitar. Tapak Empat bermaksud kaedah bersilat atau peraturan permainan silat pulut. Selepas kedua pesilat melakukan Bunga Sembah masing-masing secara bersama atau bergilir, maka kedua pesilat akan bersalaman di tengah gelanggang dan undur beridiri di bucu Medan Laga secara bersetentangan. Kedua psilat akan bergerak ke empat bucu gelanggang dan melakukan gerakan tapak empat di setiap bucu tersebut. Pergerakan ialah mengikut arah lawan pusingan jam dan jumlah langkah pada setiap lorong atau tapan ialah antara 3 atau 5 langkah. Apabila sampai pada buca asal, kedua pesilat melakukan tapak empat ke arah tengah Medan Laga. Kaeah masuk bertemu lawan ialah dengan melakukan langkah Mellilit (melengkar) dan Galah Panjang. Langkah Melilit maju atau undur memudahkan pesilat merapati lawan dalam Medan Laga yang kecil. Galah Panjang secara sehala atau tidak sehala sebagai kaedah menjaga gerakan lanwan pada garis selari.
Buah pukulan silat Melayu berasaskan gerakan senjata tradisi sesuai dengan asal silat sebagai ilmu seni perang yang dijadikan permainan tradisi rakyat di waktu singgang. Tiga kaedah serang seni iaitu tikam, parang dan tetak sama ada dengan senjata atau tanpa senjata. Tujuh kaedah sambut seni berasaskan tangkap senjata iaitu sekat, sentak, kedu, tindih, sisip, sagang dan potong. Melalui serang dan sambut wujud buah pukul silat Melayu yang tidak pernah dapat diikira dan ditentukan banyaknya. Penulisan ini tidak berupaya menjelaskan kaedah rahsia menerbitkan buah pukul dalam tapak empat, melainkan berguru. Isyarat yang diamalkan dalam permainan atau bersilat yang penting ialah ialah simbo dan paras. Simbo ialah isyarat sebelah tangan kiri gaya tumbuk rejam dan tangan kanan gaya sangga hambat yang membawa maksud tukar serangan tikam atau tumbuk tangan kanan ke tangan kiri. Isyarat Paras bermaksud perenggan atau had untuk sedia memberhentikan permainan atau pertarungan bersilat. Kedua tangan kepal atau sebelah tangan kiri gaya sekat depan dada dan tangan kanan kepal parang di sisi. Apabila kedua tangan pesilat di temukan, maka mereka membuat Bunga Sembah penutup permainan atau pertarungan bersilat.
Menyahut sepatah kata dalam SB, `jangan tak cakap, asalkan jawapan pada isu itu perlu positif. Diberanikanlah hati untuk terus menulis. Didahului dengan tersusun jari sepuluh dipohonkan ampun dan maaf kalau tersalah bahasa dan terlancang tutur kata. Dharapkan bersama-sama berlapang dada untuk merenung tentang silat Melayu yakni silat asli tempatan yang boleh dikatakan silat versi Malaysia. Tak kisahlah, kalaupun ada yang berpendapat `buat apalah bersusah payah membangunkan silat Melayu tradisi yang sudah ketinggal zaman, tinggal tari dan buah pulut. Di kampung gelanggang bangsal telah sepi, anak muda tidak lagi berminat belajar silat.. Katanya,`tidak canggih, tak ada tenaga dalam, tak ada lompat guling pering dan kurang sepak terajang. Mereka nak silat yang macam dalam filem. Dulu persembahan silat berkonsepkan seni bela diri untuk pergaduhan. Disajikan dengan percikan api sabung parang, pecah batu atas dada, koyak kelapa dengan gigi, layor badan dengan api, jilat besi panas, baring atas kaca, tanam dalam tanah, buah pukul dengan kunci maut, keindahan tari silat Melayu yang diiringi gema tepukan gendang Pak Din Lambong. Kini gelanggang bangsal silat Melayu menjadi sepi kerana pencak silat yang merupakan seni bela dri asli bangsa Indonesia mencanangkan dirinya sebagai sukan. Maka keramatlah pencak silat Kalau sukan boleh menjadikan sesuatu menjadi keramat, maka apa makna dan kelebihan sukan? Kata orang, sukan berasal dari dua kalimat iaitu suka dan sakan. Dulu-dulu ketika bersantai anak dara suka bermain porok, seremban, congkak atau main pondok-pondok. Anak bujang suka bermain galah panjang, wau, sepak raga, gasing, bersilat dan bergayung Mereka bermain kerana suka-suka untuk bersukaria.. Sakan bermakna keterlaluan, teruk, hebat atau berat. Apabila sesuatu perkara atau kegemaran dilakukan secara keterlaluan disebut sakan. Gabungan perkataan suka dan sakan menjadilah sukan, wallahualam. Sukan lebih menjurus kepada permainan atau olahraga yang mempertandingkan atau mempertarungkan individu atau kumpulan dengan peraturan yang ditetapkan. Bagi memperolehi kemenangan, maka seseorang mestilah berlatih utuk tangkas, kuat, tahan, tepat dan kemahiran tinggi. Peraturan hanya memberi nilai pada sesuatu keupayaan yang boleh diukur. Maknanya sukan tidak memberi nilai secara menyeluruh yang menunjukkan kesempuraan sesuatu perkara atau kebolehan seseorang. Penilaian ditetapkan secara persetujuan sebagai pengukuran untuk menilai mana yang lebih baik untuk menang. Sukan merangsang naluri manusia untuk mengenali kelebihan dan kebolehan diri untuk menerima hadiah, dipuji atau pengiktirafan. Kelebihan sukan dapat membina masyarakat dengan semangat
kesukanan, mengamalkan aktiviti sihat, cergas dan cerdas pada fizikal mental sesuai dengan keupayaan. Zaman ini, sukan telah dijadikan nilai dan marwah kepada seseorang, pasukan atau negara. Ramai yang telah mengukir kejayaan, kemegahan dan kemasyhoran, melalui sukan. Kalau pencak silat Indonesia boleh berkembang melalui sukan pencak silat. Apa kurangnya dengan silat Malaysia. Sukan bukan perkara baru dalam silat Melayu. Mungkin melalui sukan, silat dapat berkembang secara lebih berkesan di peringkat negara dan antarabangsa. Soalanya, Apakah Malaysia perlukan negara lain untuk membangunkan silat?
Mengapa dinamakan silat olahraga? Perkataan silat olahraga diterima pakai (1987) kerana dalam kongres Persilat Singapura (1983) telah bersetuju perkataan silat, gayung, pencak dan kali adalah semakna. Jadi, nama sukan silat ini boleh diringkaskan kepada olahraga silat atau olahraga pencak. Mengikut kaedah Bahasa Melayu perkataan silat atau pencak menjadi kata nama seni bela diri yang mempunyai aktiviti sukan atau olahraga Perkataan Silat menjadi pokok dan disebut seperti silat pulut, silat tari, silat bunga, silat jatuh, silat tempur, Silat Melayu, Silat Jawa, Silat Minangkabau, pencak silat ompang dan lain-lain.. Dua pilihan iaitu Silat Olahraga atau Pencak Olaraga. Maka Silat Olahraga adalah lebih sesuai. Perkataan olahraga dari gabungan dua kalimat iaitu olah dan raga. Olah bermaksud cara membuat, membentuk atau menggubah menggunakan akal dan daya. Raga bermakna badan, lagak, memperlihatkan, menampilkan atau menunjukkan kaedah silat menggunakan tulang empat kerat. Silat olahraga boleh dimaknakan sebagai satu permainan atau sukan bercirikan silat yang mempertarungkan dua pesilat dari pasukan yang berlainan. Pesilat yang dapat mengatasi lawan mengikut nilai-nilai yang ditetapkan akan menang. Akhirnya, atas sebab barangkali untuk memperlihatkan sukan ini benar-benar asli bercirikan pencak silat yang diiktiraf sebagai seni bela diri bangsa Indonesia, maka Persilat telah mengukuhkan pertandingan ini dengan nama Pertandingan Pencak Silat dan menyusun istilah dalam bahagian pertandingan sesuai dengan bahasa induknya iaitu kategori tunggal, ganda. regu dan tanding. Silat olahraga itu yang dikenali sebagai tanding. Pada Bahasa Melayu perkataan tanding bermaksud banding, tara atau untuk memilih mana yang lebih baik dan sesuai. Bertanding bermaksud berlawan, beradu kuat atau pandai dan lain-lain. Kekeliruan makna itulah yang mungkin menjadikan pesilat Malaysia tidak dapat menguasai kaedah bertanding dalam kategori tanding. Boleh dikatakan kebanyakan jenis seni bela diri dunia telah dikembangkan melalui sukan. Dari aspek sukannya seni bela diri tersebut mempunyai disipilin atau tahap kemahiran tertentu yang membolehkan pengamalnya terjun ke gelanggang pertandingan. Setidak-tidaknya terlebih dahulu menjadi ahli yang sah, memiliki ilmu dan kemahiran yang melayakkannya mengikut pertandingan yang berprestasi. Demikian juga atlit silat mestilah menjadi ahli serta mempunyai kemahiran pada peringkat yang tertentu dari perguruan silat yang berdaftar. Ahli yang sah adalah bertujuan mengelakkan timbul masalah kebelakangan seperti insuran kemalangan, pengesahan pertandingan, pengesahan penyertaan, keselamatan, pengesahan kemenangan seperti yang tercatat di dalam syarat-syarat peraturan pelaksanaan pertandingan pencak silat. Pengesahan ilmu silat dan tahap kemahiran menentukan mutu pertandingan kerana silat olahraga ialah sukan silat yang mempnuyai ciri-ciri
khusus yang membezakan antara bersilat, bertaekwando, berkarate, bertomoi, berkalaripayat atau berwushyu.
Sirih sejenis daun dari tumbuhan menjalar yang dijadikan makanan kudap waktu singgang yang mendatangkan cita rasa yang enak dan berkhasiat. Cara makan sirih secara ringkas iaitu pilih sehelai sirih yang segar, kapur sirih dan sekacip inang. Mulakan dengan mengunyah sekacip pinang sambil jari manis tangan kanan mencalitkan kapur sirih nipis secukup rasa mengikut tulang atau urat sirih dari pangkal ke hujung.yang terbentang di tapak tangan kiri. Sambil mencalit dibacakan doa atau mantera (jika perlu). Gulung sirih dan masukkan ke dalam mulut serta kunyah dengan cermat sambil merasakan keenakkan sirih apabila `kelat jatuh ke rengkung dan seri naik ke peroman menjadikan `sirih sekapur penyeri muka. Orang zaman dahulu sentiasa membawa sirih yang baik iaitu sirih bertemu urat dalam uncang sirih untuk kudapan sendiri atau bersama rakan.
Silat Satu Nama Dan Satu Ilmu Sebagai Ilmu Seni Bela Diri Yang Sempurna
Malaysia telahpun mengiktiraf Silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi dan tersenarai dalam Akta Warisan Negara (Konvensyen Silat Kebangsaan 2006). Silat telah menjadi satu nama kepada seni bela diri Malaysia dan seterusnya orang silat berusaha menyusun satu ilmu silat yang sempurna. Sudah memang sepatutnya begitu dan ke arah itulah yang patut dilakukan iaitu membentuk silat menjadi satu nama dan satu ilmu bagi seni bela diri bangsa Malaysia. Inilah satu cabaran yang memerlukan pengorbanan kepada perguruan silat di Malaysia. Seperti yang pernah diungkapkan oleh guru-guru tua, `dari yang banyak menjadi satu, iaitu satu nama dan satu ilmu ilmu bela diri Malaysia yang sempurna. Di antara langkah yang perlu dilakukan antaranya ialah menterjemahkan ilmu silat pada zahir dan batin menjadi satu ilmu yang seragam yang dapat digunakan secara bersama. Penggunaan satu nama dan satu ilmu atau kurikulum standard telah diamalkan oleh beberapa seni bela diri yang berjaya di dunia seperti Karate dari Jepun, Wushu dari Cina dan Taekwondo dari Korea yang di dalamnya terdapat berbagai aliran. Pencak silat merupakan satu nama bagi ribuan ilmu seni bela diri di Indonesia belum mempunyai kurikulum standard, tetapi disatukan melalui pertandingan pencak silat. Eloklah silat membentuk satu ilmu bagi mengelakkan kerencaman makna antara silat dengan pencak silat dan setanding dengan lain-lain seni bela diri.. Melalui pengalaman penulis selama lebih kurang 40 tahun (1984-2004) bersama beberapa orang guru silat seperti Tn.Hj.Zakaria Kassim, Tn. Hj. Awang Daud, Tn.Hj.
Mohkar Yahya dan lain-lain secara langsung membangunkan silat di gelanggang seperti memberi kursus jurulatih silat, wasit juri silat olahraga, silat seni, muzik silat baku Malaysia, senam silat serta kurikulum seni silat Malaysia kepada guru dari pelbagai perguruan di Malaysia, merasakan silat perlu menyusun satu ilmu bagi memertabatkan Malaysia sebagai negara silat. Pada hari ini ilmu silat, khususnya ilmu Silat Melayu yakni silat tempatan versi Malaysia semakin menirus akibat perpecahan dan kepentingan peribadi yang mengancam masa depan silat. Kertas Konsep Pembangunan Silat KKKPM (KeKKWa) 1986 terdapat cadangan untuk mewujudkan Kurikulum Silat bagi membantu pembangunan dan perkembangan silat. Beberapa usaha dilakukan ke arah cadangan tersebut, tetapi semuanya seperti `tanduk diberkas, ada sahaja aral yang berakhir dengan kegagalan. Zaman dulu lain, mereka belajar silat dari beberapa orang guru atau pelbagai perguruan adalah untuk melengkapkan ilmu, kemahiran dan amalan, tetapi mereka setia pada perguruan asal atau perguruan pilihan. Maknanya ketika itu tidak banyak perguruan, tetapi ramai yang pandai bersilat. Zaman sekarang lain, mereka belajar dari pelbagai aliran perguruan silat, pencak silat atau seni bela diri lebih berminat membuka perguruan silat yang baru. Kini tiada lagi kesetiaan atau kekal pada sesuatu perguruan. Misalnya Majalah Beladiri melaporkan terdapat perguruan silat yang mengandungi atau mengajar sehingga dua puluh jenis silat, sebaliknya terdapat perguruan silat yang hanya tinggal dua puluh buah pukul sahaja. Ada pendapat mengatakan silat merupakan ilmu ada penamat, tetapi tiada penghujungnya; sebaliknya ada perguruan silat yang mengajarkan keputusan segala ilmu silat dalam masa lima minit. Terdapat jenis silat rahsia yang tidak boleh dipertontonkan dan gurunya tidak pernah nampak bersilat. Semua pendapat dan pendirian tersebut ada kebenarannya, yang belum ada ialah kerjasama dan kesanggupan menyatukan silat sebagai satu ilmu dan nama silat seperti asalnya untuk dijadikan pusaka pada generasi akan datang.
mempertahankan diri yang dikenali sebagai Silat. Permainan ini berkonsepkan sifar kecederaan di samping menjaga adat tatasusila agar persembahan menjadi harmoni. Bunga Sembah atau Lela Sembah dilakukan sebagai hormat tamu yang diraikan. Permainan secara berpasangan, kedua pesilat akan berhadapan dan melakukan Pecah Langkah atau Belebat Silat mengatur strategi serang bela yang dimulakan dengan Sikap Jual dan Sikap Beli. Kedua pesilat menggunakan kaedah yang tidak mencederakan, malah dapat menampilkan kaedah yang sulit dalam bentuk yang menghiburkan. Permainan tersebut sesuai dengan perkataan Silat. Si sebagai gantinama pelaku, elat bermaksud usaha mengelirukan, tipu daya, muslihat dan ilatbermaksud kecelakaan, kemalangan atau kerugian. Silat kerap dipersembahkan di majlis-majlis rasmi, nikah kahwin atau kenduri-kendara makan pulut di mana setiap pesilat yang bermain dihadiahkan sekepal pulut berhias bunga telur, maka dinamakan Silat Pulut atau Gayung Pulut. Pada tahun 70an, diarahkan semua kumpulan silat didaftarkan agar dapat bergerak secara sah, maka wujudlah pelbagai nama perguruan silat dari aliran Silat Melayu, diantaranya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Pada tahun 1983 perguruan ini telah diiktiraf sebagai ahli bertaraf badan pendiri PESAKA Malaysia. Dengan itu silat asli tempatan atau seni silat Melayu tradisi Semananjung yang dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut mendapat tempat serta bersaing dengan perguruan silat baru yang diciptakan oleh beberapa orang tokoh silat dan aliian perguruan pencak silat. PSGFM telah membangunkan kaedah pendidikan silat tradisi Gelanggang Bangsal yang asaskan oleh Syeikh Abd.Rahman Tohir (1816-1839), Pendang; Kedah. kandungan pelajaran silat meliputi aspek seni, beladiri, sukan, muzik silat baku Malaysia dan kerohanian yang berdasarkan seni budaya Melayu bersendikan syarak Pada 1976 Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab telah diangkat sebagai Guru Utama, beliau telah meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi Gelanggang bangsal kepada Kurikulum Silat yang tekus dan setara. Berdasarkan Kurikulum Silat tradisi (sebelum 1976-1986) menjadi dasar kepada Kurikulum Baru PSGFM (1986-2004) dan Kurikulum Silat PSGFM moden piawai 2002. Kurikulum Silat tradisi Gelanggang Bangsal menggunakan dua tajuk iaitu Bunga Sembah dan Tapak Empat (Tempur Silat). Kurikulum Baru PSGFM (1986-2002) mengandungi empat tajuk iaitu Bunga, Jurus dan Buah Pukul dan Tempur Silat. Kurikulum Silat moden Piawai 2002 (2000 ke hadapan) telah mewujudkan Sukatan Pendidikan Silat tujuh tajuk pada tujuh peringkat. Tujuh tajuk ialah Bunga, Jurus, Belebat, Tapak, Buah Pukul, Tempur Seni dan Tempur Beladiri. Misalannya Bunga
merupakan asas kepada gerak dan kaedah silat iaitu tujuh langkah, tujuh kuda-kuda dan tujuh limbai. Gerak dan kaedah silat berdasarkan gerak manusia, secara fitrah manusia dapat mempertahankan diri dengan akal dan tulang empat kerat. Kurikulum Silat PSGFM moden piawai 2002 dahulunya dikenali sebagai Kurikulum Seni Silat Malaysia yang pernah diperturunkan kepada kepada lebih daripada 200 orang Guru Silat dan Jurulatih Kanan Silat dari pelbagai aliran perguruan silat di Malaysia. Kurikulum Seni Silat Malaysia telah dipinggirkan dari program PESAKA Malaysia bagi memberi laluian kepada pembangunan program pencak silat di Malaysia. Kurikulum Silat tersebut telah dikembalikan kepada Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab selaku pengasas dan penyusunnya. Beliau selaku Guru Utama PSGFM telah memperturunkan Kurikulum tersebut kepada perguruannya sendiri dan dinamakan Kurikulum Silat PSGFM moden piawai 2002.
Ramai rakyat Malaysia, tidak terkecuali dari keturunan pewaris Silat sendiri berkiblat kepada seni mempertahankan diri bukan Silat. Di sini bermulanya percanggahan pendapat tentang nilai Silat. Memandangkan Silat mempunyai masa depan baik di Malaysia mahu pun di peringkat antarabangsa, tidak hairanlah adanya usaha untuk menghancurkan kekuatan Silat. Apa yang nak kata kalau masyarakat Silat sendiri yang sanggup mengadai maruah Silat. Semua bermula kerana tamakkan ringgit yang tak sampai ke mana dan jumlahnya tak dapat membeli setitik peluh peluh guru mengajarkan mereka bersilat. Kalau sekadar hendak menunjukkan orang Melayu pandai bersilat ke negeri China atau ke Eropah tak perlu buat filem Silat terbang, hambur dari pokok ke pokok, jauh dari adat budaya Melayu kalau pun barangkali zaman tersebut Melayu belum Islam. Kalau pelakon professional barangkali berfikir dua kali untuk menerima watak tersebut. Sekiranya ada kesedaran dari dari semua pihak tidak ada kesilapan yang tidak boleh dibaiki, sesuai dengan slogan Silat Untuk Semua. Untuk pengetahuan pembaca, di Eropah pun sudah ada pandai Silat yang memiliki ijazah sarjana kedoktoran Falsafah (PhD) dalam kajian Silat. Mereka bukan sahaja mempelajari malah mengamal ilmu persilatan. Pendek kata mereka lebih arif tentang Silat dari setengah-setengah masyarakat pewaris Silat. Sesuatu yang dilakukan untuk penampilan Silat haruslah bermutu. Demikian juga dengan sebab dan akibatnya. Setiap sesuatu yang berlaku ada sebab dan musabab. Begitulah juga dengan nasib yang menimpa Silat. Buruk baik maruah Silat saling bergantungan antara faktor ilmu, manusia dan kemudahan. Semua ini, buat masa sekarang adalah berpunca dari duit. Ketiadaan duit juga menyebabkan PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan) atau anggota Silat sendiri tidak berupaya menerbitkan filem Silat. Begitu halnya kalau miskin kerana kefakiran menghampirkan diri kepada kekafiran. Kemiskinan menyebabkan seseorang hilang keupayaan mengurus diri dan akhirnya ketentuan matlamat hidupnya ditentukan orang lain. Demikianlah malangnya nasib Silat terheret bersama nasib pengamalnya. Barangkali tidak keterlaluan kalau diandaikan bahawa di antara pertubuhan berdaftar dan menganggotai pertubuhan bertaraf antarabangsa paling miskin ialah Silat. Segala aktivitinya mengharapkan ihsan orang lain.
Adalah menjadi harapan agar setiap pihak, khususnya PESAKA memikirkan pembangunan ekonomi untuk Silat difikirkan secara mendalam dan benar-benar bererti kepada anggotanya. Kalau kemiskinan berterusan dan Silat menjadi beban kepada guru Silat tidak hairanlah kalau pada suatu hari ketika nanti Silat akan tinggal kenangan.
ilmu persilatan dari rumpun bangsa Melayu. Kejujuran merupakan perkara penting dalam memperturunkan ilmu. Setiap pesilat bermula dari tidak pandai kepada Pandai Bersilat. Pengetahuan dan pengalaman akan mengajar manusia mengenal mana yang tulen dan saduran. Perguruan ini masih memiliki Guru-guru Tua, Pandai Silat yang terdiri dari murid-murid Tua yang bersilat sejak tahun 1935, masih segar dan setia aliran perguruan ini. Pertama, pesilat yang mempelajari Silat ini lebih selesa. Kerana mereka dapat menyaksikan dan galakan dari golongan pendekar tua. MaIah masyarakat Malaysia memang arif tentang yang mana sebenarnya Silat. Kedua, Silat ini mudah. Pesilat yang mempelajari Silat ini mudah menguasai seni dan beladirinya dengan baik kerana bentuknya tetap. Semua teknik dan taktiknya tetap ali seperti asalnya. Pelajaran diperturunkan secara menyeluruh dengan kesatuan satu rahsia ilmu persilatan. Jauh dari kaedah saduran dan tidak menyentuh dan memperturunkan cara atau rahsia keputusan dari aliran perguruan lain. Seperti kita dengar ada perguruan memperturunkan cara dan ilmu perguruan-perguruan lain di dalam Silatnya atau Silat yang menggabungkan beberapa perguruan lain, khususnya yang paling popular ialah memperturunkan Rahsia Gayung Fatani. Kalau sudah mengambil petua, pakailah. Kini sesiapa sahaja dapat membezakan mana yang Seni Gayung Fatani atau tidaknya Ketiga, sejarah perkembangan aliran Silat berhubung rapat dengan bangsa Melayu. Baik semasa senang maupun semasa susah. Walaupun zaman ini serba canggih, namun Silat tetap memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara Lihat sahaja negara Jepun dan Korea dapat menanamkan budaya seni bangsanya melalui seni mempertahankan dirinya. Sekiranya pewaris Silat tidak peka terhadap perkembangan tersebut, akibatnya Silat yang merupakan seni mempertahankan diri Melayu akan lenyap. Adalah menjadi tugas kita untuk mengembangkan budaya bangsa kita sendiri. Kita juga harus berbangga kerana Silat telah diterima oleh masyarakat antarabangsa, mereka sanggup mengembangkan Silat lebih dari kita. Mereka yakin Silat adalah seni mempertahankan diri yang terbaik yang pernah mereka pelajari. Mereka sanggup mengeluarkan belanja yang besar ke Malaysia semata-mata mahu mempelajari Silat.
Kekuatan Seni Gayung Fatani ialah pada falsafah di sebalik nama perguruannya iaitu Fatani bermakna Bijaksana. Setiap ahli mesti menghayati sifat bijaksana. Malaysia memerlukan masyarakat bijaksana untuk memenuhi wawasan bangsa. Bijaksana membawa seseorang menggunakan akal fikiran, pengalaman dan pengetahuan dalam menghadapi sebarang masalah untuk kesejahteraan dan keamanan. Kerana kelebihan manusia ialah pada akalnya. Oleh itu setiap ahli perguruan wajib menjaga akal dan belajar untuk menambahkan kematangan akal. Laksananakanlah sebarang pekerjaan akal selagi tidak bersalahan pada adat dan syarak. Kebijaksaan adalah senjata yang tajam dan berkesan untuk menyelamatkan diri di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan pesilat dan peminat siri ini dapat memahami apa yang tersirat di sebalik nama fatani. Ruang sekecil ini tidak berupaya untuk menghuraikan maknanya secara mendalam. Tetapi dari kilat ikan di air, tentulah kita sudah memaklumi jantan betinanya. Kita sama-sama berbangga terhadap kehebatan pendekar kita yang mewariskan ilmunya dengan baik untuk mengharumkan nama bangsa dan negara sepanjang zaman.
Kehadiran perguruan ini di tengah-tengah arus perkembangan baru seni silat Melayu, mencerminkan pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Inilah di antara sebab perguruan ini mempunyai ramai penuntut di Malaysia dan beberapa buah negara lain di seluruh dunia. Setakat ini sumbangan perguruan ini untuk membangunkan dan mengembangkan seni Melayu yang sudah diyakini.
Sejak kewujudan aktiviti berupa pertandingan oleh PESAKA, perguruan ini telah merangkul kejayaan dan menhasilkan juara-juara emas sama ada di kejuaraan silat peringkat kebangsaan, Sukan SEA atau di kejuaraan peringkat antarabangsa. Di peringkat kebangsaan umpamanya, perguruan ini berjaya mempertahankan Piala Juara Silat Seni Keseluruhan. Maknanya Seni Gayung Fatani (SGF) merupakan perguruan yang mempunyai mutu dan pengalaman yang luas dalam bidang seni, beladiri dan olahraga. Sebagai satu contoh, pesilat Eropah dari perguruan ini juga berjaya merangkul juara Sedunia di Austria (1992). Perguruan ini juga melahirkan Wasit Juri, Pengadil Silat Seni, Jurulatih Silat Olahraga, Pegawai Teknik Kejuaraan dan Pakar Silat. Semua kejayaan tersebut ada hubungannya dengan pengamalan ilmu persilatan perguruan ini. Iaitu ilmu persilatan dari perguruan yang mempunyai akar tunjang yang kukuh sebagai satu ilmu. Namun begitu, peserta mereka mempunyai pendirian yang boleh dibanggakan dan dihormati iaitu menerima kemenangan dengan rendah diri dan menerima kekalahan dengan jiwa yang besar, demi mengeratkan tali persaudaraan dan semangat kesatriaan.
Sebagai sebuah aliran perguruan yang berjaya dan mempunyai pengalaman yang luas dalam ilmu persilatan Melayu, eloklah kejayaan ini sama-sama dapat dirasai atau diamalkan khususnya pada masyarakat pewaris seni silat Melayu, sikit sama dicubit, banyak sama dilapah. Kehadiran perguruan SGFM membuka gelanggang penurunan ilmu persilatan ini dalam program Bersama Seni Gayung Fatani sematamata berhasrat untuk mengkayakan ilmu budaya persilatan. Oleh itu, sekiranya terdapat mana-mana kesilapan keterlaluan terlebih dahulu dihulurkan jari sepuluh. Tiadalah sebarang niat untuk kepentingan memperbandingkan atau seumpamanya, segala huraian tersebut nanti adalah bertujuan kefahaman dan penjelasan ilmu.
Selama satu abad di Semenanjung Tanah Melayu, aliran perguruan seni silat yang kini terkenal dengan nama pendaftarannya iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia telah memberi sembangan yang tidak ternilai dalam membentuk masyarakat berilmu dan kemahiran bersilat. Aliran perguruan ini diasaskan oleh Syeikh Abdul Rahman Tahir, beliau melahirkan ramai pendekar yang sentiasa bergiat mengembangkan Seni Silat. Tuan Haji Anuar Hj Abdul Wahab merupakan tokoh yang berjaya mengasaskan aliran perguruan ini menjadi satu pertubuhan yang disegani. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam perkembangan ilmu persilatan tanah
air, beliau berjaya menyatupadukan golongan pendekar lama dan baru. Dengan kekuatan dan sokongan setiap pihak beliau berjaya meningkatkan taraf perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia menjadi Anggota Badan Pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA). Kehadiran perguruan ini di tengah-tengah arus perkembangan baru seni silat Melayu, mencerminkan pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Inilah di antara sebab perguruan ini mempunyai ramai penuntut di Malaysia dan beberapa buah negara lain di seluruh dunia. Setakat ini sumbangan perguruan ini untuk membangunkan dan mengembangkan seni Melayu yang sudah diyakini. Sejak kewujudan aktiviti berupa pertandingan oleh PESAKA, perguruan ini telah merangkul kejayaan dan menhasilkan juara-juara emas sama ada di kejuaraan silat peringkat kebangsaan, Sukan SEA atau di kejuaraan peringkat antarabangsa. Di peringkat kebangsaan umpamanya, perguruan ini berjaya mempertahankan Piala Juara Silat Seni Keseluruhan. Maknanya Seni Gayung Fatani (SGF) merupakan perguruan yang mempunyai mutu dan pengalaman yang luas dalam bidang seni, beladiri dan olahraga. Sebagai satu contoh, pesilat Eropah dari perguruan ini juga berjaya merangkul juara Sedunia di Austria (1992). Perguruan ini juga melahirkan Wasit Juri, Pengadil Silat Seni, Jurulatih Silat Olahraga, Pegawai Teknik Kejuaraan dan Pakar Silat. Semua kejayaan tersebut ada hubungannya dengan pengamalan ilmu persilatan perguruan ini. Iaitu ilmu persilatan dari perguruan yang mempunyai akar tunjang yang kukuh sebagai satu ilmu. Namun begitu, peserta mereka mempunyai pendirian yang boleh dibanggakan dan dihormati iaitu menerima kemenangan dengan rendah diri dan menerima kekalahan dengan jiwa yang besar, demi mengeratkan tali persaudaraan dan semangat kesatriaan. Sebagai sebuah aliran perguruan yang berjaya dan mempunyai pengalaman yang luas dalam ilmu persilatan Melayu, eloklah kejayaan ini sama-sama dapat dirasai atau diamalkan khususnya pada masyarakat pewaris seni silat Melayu, sikit sama dicubit, banyak sama dilapah. Kehadiran perguruan SGFM membuka gelanggang penurunan ilmu persilatan ini dalam program Bersama Seni Gayung Fatani sematamata berhasrat untuk mengkayakan ilmu budaya persilatan. Oleh itu, sekiranya terdapat mana-mana kesilapan keterlaluan terlebih dahulu dihulurkan jari sepuluh. Tiadalah sebarang niat untuk kepentingan memperbandingkan atau seumpamanya, segala huraian tersebut nanti adalah bertujuan kefahaman dan penjelasan ilmu.