Anda di halaman 1dari 11

BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri secara tradisional. Seni silat ini
dianggapkan sudah diamalkan beratusan tahun dan diturunkan dari generasi ke generasi.
Walaupun begitu, seni silat ini tidak mendapat sambutan pada abad-20. Hal ini kerana, seni
mempertahankan diri seperti taekwondo, karate dan lain-lain sedang berkembang pesat dan
didedahkan seiring dengan silat. Menjadi seorang pendekar silat ini memerlukan keutuhan
akhlak, kesabaran dan berhemah tinggi dalam mencapai tahap penguasaan ilmu silat tersebut.
Bentuk silat ini dilihat melalui aspek spiritual iaitu berkenaan keperibadian seorang pesilat.
Silat dikatakan dapat membangunkan dan mengembangkan keperibadian dan karakter mulia
seorang pesilat.
Seni silat ini dikatakan sampai kemuncaknya apabila penggunaan senjata dalam
pertempuran dibenarkan. Antara alat senjata lama yang sering digunakan oleh pesilat ialah
keris, badik, kerambit, parang, pedang, parang lading, tumbuk lada, tekpi, tongkat, tembong,
sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan sebarang senjata, pengajaran, akan ditumpukan
kepada pertempuran secara tangan kosong. Pesilat juga diingatkan bahawa ilmu silat yang
diterapkan ini hanya digunakan untuk mempertahankan diri daripada musuh bukan
sebaliknya. Dalam hal ini, kepercayaan dan keikhlasan diri sangat penting dalam menimba
ilmu seni mempertahankan diri ini.
Idea saya dalam menghasilkan karya ini, saya ingin memaparkan beberapa pergerakan
dalam silat. Hal ini kerana, saya ingin menekankan lagi tentang seni silat yang semakin
tenggelam di sebalik era moden. Tambahan pula, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf silat Melayu
disenaraikan di bawah kategori Representive List of the Intangible Cultural Heritage of
Humanity pada 12 Disember tahun 2019 lalu, semua pihak mesti membantu mengekalkan
budaya bangsa ini terus mendapat tempat di persada dunia. Selain itu, terdapat beberapa jenis
silat seperti silat gayong, silat cekak, silat tongkat, pencak gayong melayu dan sebagainya.
Setiap jenis silat yang dinyatakan mempunyai ciri tersendiri dan gaya oleh setiap perguruan.
Saya menggunakan beberapa pergerakan yang dilakukan dalam acara silat cekak yang
berasal dari Kedah iaitu teknik kilas depan. Saya akan menggambarkan posisi kedua-dua
pesilat tersebut sedang bergelut untuk mengalahkan pihak lawan di mana pesilat tersebut
menggunakan langkah seperti mengunci pihak lawan di bahagian tangan dan kepala. Ini
supaya pihak lawan tidak dapat melakukan serangan terhadap pesilat yang mengunci tangan
pihak lawan atas tekanan sakit yang dirasai oleh pihak lawan. Untuk bahagian latar belakang
pula, saya akan menggambarkan suasana rumah kampung tetapi dalam keadaan samar-samar
dan terdapat sedikit penambahan percikan api supaya dapat menyampaikan mesej yang lebih
mendalam kepada penonton. Pakaian tradisional juga memainkan peranan dalam gelanggang
silat kerana ia dapat melambangkan identiti pesilat. Setiap pakaian juga mempunyai pelbagai
jenis warna tali pinggang seperti hijau, merah, hitam, kuning dan sebagainya. Ini dapat
menunjukkan tahap ilmu yang diperoleh dari seorang pesilat.
Saya memilih tema Silat kerana seni silat adalah satu lambang yang mencerminkan
falsafah, pemikiran, perlakuan, emosi dan gaya hidup orang Melayu. Seni silat mempunyai
lima aspek yang menjadi asas kepada ilmu silat iaitu aspek fizikal, mental, emosi, spiritual
dan sosial yang perlu diselami dan dikupas secara ilmiah agar ilmu Silat dapat dihargai dan
menjadi relevan sepanjang zaman. Menurut keratan akhbar Utusan Malaysia pada tahun
2020, Yang Dipertua Negeri Melaka, telah menyatakan bahawa semua pihak sama ada warga
persilatan harus kekal meneruskan memelihara seni mempertahankan diri iaitu silat Melayu
sebagai budaya bangsa dengan lebih baik. Hal ini kerana, kejayaan seni silat Melayu
merupakan pemangkin kepada perjuangan, pengorbanan, dan kejayaan pada masa hadapan
justeru pelbagai aktiviti persilatan yang harus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan
datang.
Saya ingin menyampaikan mesej bahawa mempelajari seni mempertahankan diri, silat
ini bergantung kepada pesilat tersebut ikhlas dalam mengamalkan ilmunya kemudian sentiasa
fokus, mempunyai kekuatan fizikal dan mental serta ketangkasan dalam melawan pihak
musuh. Walaupun tidak pernah bertempur dengan mana-mana pihak, pesilat harus jadikan
ilmu silat ini sebagai semangat jati diri, agar kita menjadi orang yang elok akhlaknya dan
sopan selain dari mempertahankan diri dari ancaman bahaya serta dapat mendekati diri kita
kepada Allah yang Esa dan belajar lebih mendalam mengenai kehidupan sebenar Islam. Silat
juga dapat menyihatkan tubuh badan secara tidak langsung seperti yang dikatakan “kekuatan
fizikal dan mental” serta dapat membentuk keyakinan diri kita.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN


Dalam penghasilan karya saya, saya menekankan seni silat yang merupakan lambang yang
mencerminkan falsafah, pemikiran, pelakuan, emosi, dan gaya hidup orang melayu. Seni silat
mempunyai lima aspek yang menjadi asas kepada ilmu silat iaitu aspek fizikal, mental,
emosi, spiritual dan sosial yang perlu diselami dan dikupas secara ilmiah agar ilmu Silat
dapat dihargai dan menjadi relevan sepanjang zaman. Hal ini kerana, ramai berpendapat
bahawa kain putih yang digunakan dalam silat cekak dianggap sebagai tangkal dan
berlanggar dengan sudut akidah dan syariat di dalam seni silat cekak. Di dalam silat cekak,
kain putih yang digunakan oleh penuntut bukanlah suatu tangkal malah ia sekadar satu
simbolik bagi mengingatkan para penuntutnya agar mempunyai niat bersih dalam
mempelajari seni bela diri. Mempelajari silat cekak atau mana-mana silat bukan untuk
bergaduh atau menjadi kuat.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN / FUNGSI KAJIAN


Saya ingin menekankan tentang seni silat yang semakin tenggelam di sebalik era moden kini
serta seni mempertahankan diri ini, bergantung kepada pesilat tersebut ikhlas dalam
mengamalkan ilmunya kemudian sentiasa fokus, mempunyai kekuatan fizikal, dan mental
serta ketangkasan dalam melawan pihak musuh. Kejayaan seni silat Melayu merupakan
pemangkin kepada perjuangan, pengorbanan, dan kejayaan pada masa hadapan justeru
pelbagai aktiviti persilatan yang harus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.
1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN
1. Menunjukkan pergerakan ketangkasan seorang pesilat dalam melawan pihak musuh dalam
karya lukisan.
2. Memaparkan seni silat sebagai salah satu seni mempertahankan diri dan budaya orang
Melayu dalam mempelajari ilmu silat ini.

1.3.2 PERSOALAN KAJIAN


1. Bagaimana untuk menunjukkan perlawanan seni silat budaya orang melayu dalam karya?
2. Kenapa memilih pergerakan dalam acara silat cekak untuk menggambarkan seni silat
dalam penghasilan karya?

1.3.3 TERMA & MAKSUD


Silat cekak berasal dari Kedah dan pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan
Kedah Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II. Silat cekak mempunyai buah-buah pukulan
yang cukup kemas serta kunci-kunci tangkapan yang lengkap, menjadikan ia tidak perlu
ditambahkan dengan teknik buah-buah silat dari negeri lain. Pengamal silat cekak menunggu
serangan dengan berdiri lurus, tidak mengambil langkah kiri atau kanan malah pesilat terus
mara ke hadapan dan menyerang atau menepis musuh menggunakan buah-buah silat yang
ada dalam silat cekak. Pada peringkat awal, silat cekak tidak menggunakan senjata dan hanya
menyerang musuh menggunakan tangan kosong. Ini kerana penyerangan terhadap musuh
tidak dilakukan kerana Seni Silat Cekak percaya bahawa penyerangan itu lebih
merbahayakan dirinya.
Kesimpulannya, silat cekak mempunyai kaedah yang teratur, boleh menengkis
pukulan silat. Bakat seni silat ialah keras lembut yang bermaksud tetap pendirian bukan degil.
Lemah lembut pada zahirnya bermaksud tidak bongkak (ego) dan menerima kebenaran.
Tetapi akan berkeras untuk menegakkan yang hak. Bakat asli ini jika diasuh dan di didik akan
mencapai keistimewaan, tetap ada kemahuan dan hanya mencapai sekadar “dapat” sahaja.
Perkataan “Cekak” ini bertalian erat dengan tatabahasa Melayu “makan cekak” yang
bermakna kesanggupan serta bertanggungjawab dalam menjalankan sesuatu tugas. Jadi silat
cekak bererti silat yang boleh dibawa bertarung untuk mempertahankan diri.

1.3.4 CABARAN KAJIAN


Sepanjang pandemik covid-19, saya telah mengikuti pembelajaran secara atas talian dan
cabaran yang saya hadapi ialah penggunaan komputer yang terhad kerana saya perlu bergilir-
gilir berkongsi komputer dengan adik beradik saya. Selain itu, penggunaan internet sangat
lambat dan menyukarkan saya untuk membuat carian maklumat tambahan dan bahan rujukan
untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang disediakan oleh guru secara atas talian.
Seterusnya, cabaran yang saya hadapi ketika sekolah dibuka untuk sesi pembelajaran
secara bersemuka ialah saya mengalami masalah keluarga sehingga saya lambat untuk
kembali ke sekolah. Saya tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru dalam
tempoh yang terdekat. Saya banyak ketinggalan apa yang guru telah mengajar ketika sesi
persekolahan secara bersemuka bermula.
Bab 2
Kajian Literasi
2.1 Latar Belakang Kajian
Beberapa artis rujukan yang saya telah pilih sebagai rujukan untuk karya saya. Saya
telah mengambil inspirasi dari aspek warna, gaya lukisan, teknik dan lain-lain daripada karya
artis rujukan tersebut.

2.2 Artis Rujukan Antarabangsa

2.2.1 Cathy Lomax

Karya ini bertajuk “Soaring” dan dihasilkan oleh Cathy Lomax pada tahun 2020
menggunakan media cat minyak atas kanvas berukuran 30.5 × 41cm. Karya yang bertajuk
“Soaring” ini membawa mesej kepada karakter wanita tersebut sedang berasa gembira, teruja
dan sebagainya. Karya ini lebih kepada gaya Impresionisme kerana penggunaan cahaya
dalam karya lebih jelas serta imej dalam karya tersebut dilukis tidak terperinci.
Saya memilih karya dan artis ini sebagai rujukan saya kerana saya tertarik kepada
gaya dan teknik yang digunakan oleh beliau iaitu gaya pergerakan mendepakan tangan oleh
karakter wanita dalam karya beliau. Hal ini kerana, karya yang saya ingin hasilkan (silat),
saya lebih memfokuskan pada pergerakan tangan ketika melakukan silat. Jadi karya
“Soaring” oleh Cathy Lomax ini sedikit sebanyak dapat membantu saya membuat rujukan
dalam menghasilkan karya saya.
2.2 Artis Rujukan Antarabangsa

2.2.2 Nyoman Gunersa

Karya ini bertajuk “Welcome Dance Yellow” dan dihasilkan pada tahun 2001
menggunakan media cat minyak atas kanvas berukuran 95cm x 95cm. Karya yang bertajuk
“Welcome Dance Yellow” ini menggambarkan tarian budaya di Indonesia untuk menyambut
tetamu dari luar negara. Penggunaan warna yang cerah dapat menaikkan lagi seri karya
tersebut. Pakaian yang dipakai oleh penari berwarna merah, hijau, kuning dan gestur tangan
yang dilukis oleh pengkarya sangat menarik. Beliau juga tidak menumpukan kepada imej
malah lebih berfokuskan kea rah penggunaan cahaya dan dapat menyampaikan hasil karya
yang sangat berkualiti. Karya beliau bertemakan konsepkan tradisional seperti pertunjukan
wayang kulit, gamelan muzik yang ada di Indonesia.
Saya memilih karya dan artis ini sebagai rujukan bagi menghasilkan karya saya
kerana konsep tradisional yang di inspirasikan oleh Nyoman Gunersa seiring dengan tema
silat yang merupakan konsep tradisional juga. Beliau juga dapat menyampaikan karakter
seorang penari tersebut melalui gestur tangan ketika menari serta pakaian pada karakter yang
bersesuaian diikuti dengan penggunaan warna. Warna hitam tidak digunakan dalam
menghasilkan karya ini sebaliknya pengkarya hanya bermain dengan warna merah, kuning,
hijau, biru dan coklat.
2.3 Artis Rujukan Tempatan

2.3.1 Fadilah Karim

Karya ini dihasilkan oleh Fadilah Karim, berjudul “Light Inside These Dreams” pada
tahun 2012. Bagi menghasilkan karya ini Fadilah menggunakan media cat minyak atas
kanvas yang berukuran 198cm x 229cm. Karya beliau menggambarkan situasi kebiasaan
pelajar yang baring di atas lantai sambil membaca bahan rujukan untuk persediaan
peperiksaan dan kemudiannya salah seorang dari mereka akan tidur dan disitulah terhasilnya
judul “Light Inside These Dreams”. Fadilah Karim menghasilkan karya seperti imej berganda
itu bagi menampakkan kedudukan yang beralih dari suatu posisi ke posisi lain untuk
menyesuaikan diri ketika membaca buku. Beliau juga menambahkan objek seperti bantal,
pakaian kamisol yang selesa supaya dapat mempamerkan imej karya beliau dengan jelas.
Saya memilih artis dan karya beliau sebagai artis rujukan kerana teknik dan gaya yang
digunakan oleh Fadilah dalam menghasilkan karya beliau sangat menarik. Beliau
memaparkan gaya Impresionisme melalui imej berganda tersebut. Gestur badan karakter
gadis tersebut jelas dilukis oleh pengkarya. Penggunaan warna yang lebih terang serta cahaya
pada karya tersebut sangat jelas. Pengkarya menggunakan warna gelap pada bahagian latar
belakang supaya memfokuskan kepada karakter gadis dan mesej karya tersebut.
2.3 Artis Rujukan Tempatan

2.3.2 Alex Leong

Karya ini dihasilkan oleh Alex Leong yang berjudul “Traditional Trade” pada tahun
2008. Alex Leong menggunakan media warna air atas kertas yang berukuran 24cm x 24cm.
Beliau menggambarkan karya beliau aktiviti beberapa orang tempatan yang menunjukkan
keunikan tradisional serta nilai budaya yang tinggi antara semua kaum. Penjual akan
menunjukkan kebolehan istimewa mereka untuk menarik pelanggan datang membeli
barangan jualan mereka. Terdapat pengukir skulptur, pengilat kasut, penilik nasib, mekanik
basikal, dan berbagai lagi aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Kesemua penjual mejalankan
tugas dengan kemas dan professional.
Saya memilih karya dan artis ini sebagai rujukan kerana saya tertarik dengan
penggunaan warna oleh Alex Leong. Biarpun warna yang digunakan adalah warna air Alex
dapat menghasilkan karya beliau dengan sempurna. Penggunaan cahaya dengan sempurna
serta pengkarya juga teliti dalam menghasilkan karya beliau supaya dapat menyampaikan
mesej karya beliau iaitu “Traditional Trade” dengan berkualiti. Unsur garisan selari
digunakan pada bahagian lantai serta warna yang menarik denga nada warna bayang pada
sudut tertentu. Tema yang seiring dengan tema karya yang saya akan hasilkan iaitu
tradisional. Gestur badan bagi setiap pergerakan juga dapat dilihat dengan jelas.
2.3 Artis Rujukan Tempatan

2.3.3 Amron Omar

Karya ini dihasilkan oleh Amron Omar yang bertajuk “Pertarungan” pada tahun 2001.
Beliau menggunakan media oil pastel atas board yang berukuran 90cm x 74cm. pergerakan
silat dengan pelbagai pose, media, dan pelbagai gerak isyarat dan beberapa kesan pergerakan
secara berpusing dipamerkan dalam karya sangat jelas. Di bahagian latar belakang pula
dengan keadaan sementara yang berada di belakang melihat tangannya dikunci dengan sikap
agresif manakala tangan kanannya mengejar sasaran.
Saya memilih artis dan karya ini sebagai rujukan kerana posisi dan gestur pergerakan
tangan, badan dan kaki dilukis dengan jelas oleh pengkarya serta media yang digunakan oleh
beliau ialah oil pastel yang merupakan media kering. Penggunaan warna yang sangat menarik
pada otot-otot badan karakter diwarnakan dengan cerah dan warna gelap di beberapa sudut
tertentu supaya dijadikan bayang dalam karya tersebut. Amron Omar telah menyampaikan
mesej karya dengan jelas.
2.3 Artis Rujukan Tempatan

2.3.4 Khalil Ibrahim

Karya ini dihasilkan oleh Khalil Ibrahim yang bertajuk “Fisherman” pada tahun 1983.
Beliau menghasilkan karya ini dengan menggunakan warna air atas kertas yang berukuran
37cm x 55cm. Karya ini menceritakan tentang sekumpulan lelaki yang hanya memakai kain
sarong diikat di atas paras lutut, ada di antara mereka melitup kepala dengan baju untuk
mengelak dari cuaca panas dan ada yang mengelap peluh menggunakan baju tersebut. mereka
bekerja secara berkumpulan untuk menangkap ikan dengan jumlah yang banyak
menggunakan jala ikan. Pada bahagian pasir, beliau mewarnakan sedikit sahaja warna hijau,
perang, kuning untuk menampakkan warna pasir keemasan dan warna kelabu, biru dijadikan
sebagai bayang-bayang sekumpulan lelaki tersebut.
Saya memilih artis dan karya ini sebagai rujukan kerana saya tertarik kepada
penggunaan warna oleh beliau yang sangat teliti serta penggunaan cahaya dan bayang-bayang
yang sangat jelas. Di dalam karya beliau juga terdapat figura manusia yang memaparkan
banyak pergerakan gestur tangan, kaki, dan badan. Karya Khalil Ibrahim juga lebih kepada
nelayan-nelayan di laut dan sebagainya. Satu titik garisan yang berwarna biru yang
menggambarkan laut dan langit ditekankan kerana di situ merupakan titik mati kepada pasir
di pantai tersebut.
Bab 3
Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan

Anda mungkin juga menyukai