Anda di halaman 1dari 3

ASSALAMUALAIKUM WBT,

SAYA BERNAMA..................................................,
DARIPADA UNIT BERUNIFORM SILAT DAN
PERGENDANGAN SMK TAJAR,

AKAN MEMBICARAKAN BEBERAPA ASPEK BERKAITAN


SILAT

Silat adalah suatu seni bela diri yang tersebar luas


di Nusantaraseperti Indonesia, Brunei,Darussalam, 
Singapura, Malaysia, sesuai dengan penyebaran
pelbagai suku bangsa.

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni


mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau
Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang
lampau.

Istilah silat sebenarnya suatu kata nama am yang


digunakan untuk merujuk pada seni
mempertahankan diri di Asia Tenggara.

Ia dikenali di Malaysia sebagai seni silat, pencak


silat. Di Malaysia sahaja terdapat hampir
500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.
Pergerakan silat terbahagi kepada bunga seni atau
tari. Seni tari yang halus ini memungkinkannya
digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu
majlis keramaian, Tari sembah ini dipersembahkan
untuk memperkenalkan aliran yang telah dipelajari.

Dalam situasi pergaduhan, permulaan langkah


daripada tari sembah atau sejurus daripada bunga
yang diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali
rakan sealiran dan memungkinkan keadaan berakhir
dengan perdamaian dan bermaaf-maafan.

Secara amnya, sesebuah aliran silat Kebiasaannya


akan mengajar seseorang penuntut kemahiran
tempur tangan kosong sebelum diajar bermain
senjata.

Bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain


kelihatan mengelirukan, Silat juga terkenal sebagai
sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan
kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota
tubuh.
MANFAAT BELAJAR SILAT
 
Penting bagi para remaja yang sedang mengalami perubahan
jasmani dan rohani yang pesat, belajar silat mendatangkan
manfaat yang besar IAITU

Silat baik untuk mempertahankan diri, Maruah agama, bangsa


dan tanah air serta memelihara kesihatan dan kesegaran
jasmani.

Silat melatih seseorang menjadi lebih peka pendengaran dan


lebih awas penglihatan dan menguatkan organ dalaman tubuh
kita,

Silat sebagai alat bela diri merupakan pengetahuan yang sangat


penting Dalam situasi kecemasan

Silat juga melatih kita untuk belajar menguasai diri.

Silat dapat membentuk rasa percaya diri yang tebal dan


kepribadian kuat, sehingga segala tekanan dari luar dapat
dihadapinya dengan tabah, rendah hati dan damai.

Sekian sahaja daripada saya

semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat


kepada semua yang ada diluar sana.

Bye….

Anda mungkin juga menyukai