Anda di halaman 1dari 1

DEKAMER DOA

َ‫العا َل ِم ْين‬ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬


َ ‫هلل َر ِّب‬
‫ص َحابِ ِه َأ ْج َم ِع ْي َن‬
ْ ‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأ‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫العاقِ َبة لِ ْل ُم َّتقِ ْينَ َوال‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ َ ‫َو‬
Ya Allah Ya tuhan kami

Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran
atas segala rahmat dan berkatMu. Bersempena dengan MAJLIS SAMBUTAN KEMERDEKAAN
ini kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian
.kepada kami serta kesihatan jasmani dan rohani kami

Bukakanlah hati-hati kami YA ALLAH, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi
ilmu dan pengetahuan yang berguna dan memanafatkan ilmu pengetahuan yang diterima
.untuk agama bangsa dan negara

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kami kekuatan dan ketabahan
dalam membentuk peribadi ummah yang mulia yang merdeka dari segi pemikiran yang
menghayati kemerdekaan negara ini dengan makna yang lebih sempurna lebih syumul iaitu
kemerdekaan yang hakiki, tidak tunduk kepada nafsu tetapi tunduk kepadaMu ya Allah
.berpandukan ilmu yang telah Kau kurniakan kepada kami

,Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, GENERASI
yang akan terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan
.masyarakat, untuk agama dan bangsa

Ya Allah ya tuhan kami

.Jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat
.Kekalkanlah kemerdekaan negara, keamanan dan kemakmuran NEGARA sepanjang zaman

ِ ‫س َبقُ ْو َنا ِباِإل ْي َم‬


‫ان‬ َ َ‫اغف ِْر َل َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوِإل ْخ َوا ِن َنا ا َّل ِذ ْين‬
ْ ‫ال َّل ُه َّم‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ٌ ‫َوالَ َت ْج َعلْ ف ِْي قـُلُ ْو ِب َنا غِ الًّ لِ َّل ِذ ْينَ َءا َم ُن ْوا َر َّب َناإ َّن َك َر ُء ْو‬
ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعا َل ِم ْين‬، ‫س َّل َم‬َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫ص َّلى هللاُ َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai