Anda di halaman 1dari 19

PERKEMBANGAN OLAHRAGA

MALAYSIA

Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906. Pada
tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh
pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang
pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh.

Pada tahun 1932, Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang
menjadikannya stadium yang pertama di negara kita.

Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium
tersebut.

Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat
antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empires Games di Cardiff,
Great Britain pada tahun 1948.


Empires Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games atau
Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain
mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957.

Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali
pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia. Kita juga mengambil bahagian
dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun
1962.

Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di
peringkatantarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan
SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang Asia pada
tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa
kita menjadi tuan rumah SukanKomanwel 1998 yang melibatkan ramai
jaguh antarabangsa bertanding.

Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu
pada tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan.

SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA

Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga
Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh
Athletic Sports. Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.

Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia
Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk
mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.
Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of
British Malaya.

Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya.Nama
kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.Pada 1940 hingga 1948,
aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.


Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya
Amateur Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis
Olimpik Malaya.

Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-
peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah
diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta
dari luar negara.

Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada
Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU). Presiden MAAU yang pertama
ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di
bawah MAAU diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

PENGENALAN LONTAR PELURU

Acara ini memerlukan kekuatan dan kemahiran untuk melontar peluru dari
bulatan kecil.

Lontaran ini hanya boleh dilakukan dengan sebelah tangan sahaja.

Balingan dari belakang bahu merupakan teknik yang salah.

Oleh itu sebagai satu acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi
pelajar sekolah menengah.

Walau bagaimanapun, asas melontar peluru,seperti acara-acara yang lain boleh
juga diperkenalkan kepada pelajar sekolah rendah.

SEJARAH LONTAR PELURU

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam
besi berat sejauh yang boleh.

Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan
bermula pada abad ke-19.

Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang
mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu
yang mereka lakukan ketika itu.

PERALATAN DAN KELENGKAPAN
Peluru
Ia diperbuat daripada besi pejal
berbentuk bulat dan licin.

Berat peluru untuk peserta lelaki adalah
7.257 kg dan bagi wanita adalah 4 kg
manakala ukuran diameter adalah antara
110-130 mm dan 95-110 mm.

Bagi peserta remaja bergantung kepada
umur iaitu peringkat umur bawah17
tahun lelaki dan wanita adalah 5 kg dan 4
kg manakala bawah 15 tahun lelaki dan
wanita adalah 4 kg dan 3.25 kg.
Gelanggang

Bulatan
melontar
dikelilingi oleh
satu garisan
bulat meliputi
kawasan yang
berdiameter
2.135 meter.
Di bahagian hadapan
kawasan melontar dipasang
papan penahan untuk
menentukan sama ada
lontaran sah atau batal.
Kawasan pendaratan peluru hendaklah bebas
daripada halangan dan gangguan. Ia bersudut
400 dari titik tengah bulatan melontar.
Garisan
pembahagi
Pita Pengukur

Pita ini digunakan untuk
mengukur jarak lompatan yang
dibuat oleh seseorang peserta.


Ukuran dibuat dari titik tengah
bulatan tetapi bacaanhanya
diambil dari papan penanda
hingga kesan tempat peluru
mendarat.


KAEDAH PEGANGAN PELURU

Cara mudah dan selamat untuk
memegang peluru adalah dengan
meletakkan peluru pada dasar
tiga jari tengah manakala ibu jari
dan jari kelengkeng bertindak
sebagai penyokong atau
mengimbangi kedudukan peluru.

Peserta tidak boleh memegang
peluru di tapak tangan. Ini
merupakan satu kesalahan biasa
yang dibuat oleh kebanyakkan
peserta yang baru belajar
melontar peluru.

KEMAHIRAN ASAS LONTAR PELURU

1) Pegangan

Pegang peluru
menggunakan tiga jari
ditengah-tengah.

2) Persedian

Rapatkan peluru pada
leher dan bahagian bawah
dagu.

TEKNIK BERDIRI
1. Berdiri dengan luas kaki lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di bawah
dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Siku tangan yang memegang peluru
hendaklah keluar dan mendatar.
2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.
3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki di luruskan
dan peluru di tolak keluar.
4. Tangan di luruskan mengikut arah lontaran peluru manakala tangan kiri membantu
mengimbangkan tangan
Gerakan dalam teknik berdiri

1. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisantengan
bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesadan kaki kanan di
angkat.
2. Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan pusingkan sedikit bahu kehadapan.
3. Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk membuat lontaran.
4. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit serta tolak pelurukeluar.

TEKNIK LONTARAN SISI
Gerakan dalam teknik lontaran sisi
0
TEKNIK MEMBELAKANGI
KAWASAN LONTARAN
1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran.
2. Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri dibelakang.
3. Kaki kiri diangkat sedikit.
4. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalamkawasan lontaran.
5. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
6. Tolak peluru keluar dengan kuat
0
Gerakan dalam teknik membelakangi kawasan lontaran
TEKNIK PEMINDAHAN ( OBRIEN)
1. Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan
garisan belakang.
2. Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki kanan.
3. Mulakan langkah dengan kaki kiri.
4. Bengkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri keluar
5. Pusingkan bahu dan pinggang dan tolak serta lepaskan pelurudengan kuat.
6. Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan kehadapan dan
imbangkan dengan tangan kiri
Gerakan dalam teknik OBrien
TEKNIK PEMINDAHAN ( VIDEO )
1. Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan
belakang.
2. Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki kanan.
3. Mulakan langkah dengan kaki kiri.
4. Bengkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri keluar
5. Pusingkan bahu dan pinggang dan tolak serta lepaskan pelurudengan kuat.
6. Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan kehadapan dan imbangkan
dengan tangan kiri.
CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN
1. Jarak lontaran diukur dari kesan peluru dikawasan mendarat sehingga ke bahagian
dalam papan penahan atau garis bulatan.

2. Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai ditandaan di tengah-tengah bulatan
melontar Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penanda
akan menunjukkan jarak lontaran itu
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

1. Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta
menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher.

2. Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu.

3. Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya jumlah pesertatidak
melebihi lapan orang.

4. Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang.

5. Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru
mesti mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan
mendarat dikira batal.

6. Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran.Sekiranya
peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan.


Peserta tidak dibenarkan memijak atau
menyentuh papan penanda semasa membuat lontaran.

Anda mungkin juga menyukai