Topik 2 Stilistik
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mendefinisikan ilmu stilistik;
2. Menyatakan ciri-ciri ilmu stilistik;
3. Menjelaskan stilistik di dalam bahasa;
4. Menjelaskan bahasa bandingan; dan
5. Menjelaskan keberkesanan stilistik di dalam bahasa.
PENGENALAN
Perbincangan mengenai stilistik adalah berkenaan
dengan gaya (style). Dalam bahasa Melayu, kata
stylistics menjadi stilistik. Sebagai pendahuluan, kita
akan membicarakan persoalan istilah terlebih dahulu.
Persoalan ini pula berkaitan dengan berbagai-bagai
persoalan lain, misalnya istilah dan pengertian yang
berhubungan dengan style dan stilistik atau persoalan
yang berhubungan dengan kemunculan ilmu itu sendiri,
yang juga berhubungan dengan hakikatnya sebagai
ilmu.
Stilistik ialah ilmu yang masih baru dan kedudukannya masih goyah. Kesedaran
tentangnya masih goyah, terutamanya tentang gaya yang sudah lama wujud
bagi mengkaji gaya yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera. Terdapat
dua faktor yang menyebabkan perkembangannya lambat. Ini dinyatakan seperti
berikut:
(i) Perhatian terhadap gaya mungkin pernah muncul pada orang yang hidup
di dalam dunia sastera dan mereka sedar, pemakaian bahasa mereka
ÊberbezaÊ daripada bahasa seharian mereka.
(ii) Di dalam hubungan dengan perkembangan lainnya, ada keinginan untuk
merumuskan gaya yang terdapat pada Êbahasa yang indahÊ itu dengan
menghubungkan gaya dengan ÊkeindahanÊ.
Bagi Leech, stilistik adalah pembelajaran gaya ilmu linguistik atau „simply
defined as the (linguistic) study of style‰. Wawasan demikian adalah seiring
dengan pernyataan Cummings dan Simmons; bahawa pembelajaran bahasa di
38 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 38
Manakala, Chvatik pula mengemukakan stilistik sebagai kajian teks sastera dan
kod estetik dengan kajian stilistik yang mengkaji bahasa dalam teks sastera,
sebagaimana bahasa menjadi objek kajian linguistik (Aminuddin, 1995: 22).
Sedangkan menurut Rene Wellek dan Austin Warren, stilistika perhatian
utamanya adalah kontras sistem bahasa pada zamannya (Wellek dan Warren,
1990: 221).
Mengikut Kamus Linguistik Edisi Ketiga, stilistik boleh didefinisikan sebagai ilmu
yang menyelidiki bahasa yang dipergunakan di dalam karya sastera atau ilmu
yang bersifat interdisiplin antara linguistik dan kesusasteraan ataupun
penerapan linguistik pada penelitian gaya bahasa.
Mengikut Kamus ZaÊba, stilistik ialah suatu kajian mengenai teknik penggunaan
gaya bahasa yang mantap serta secara berkesan di dalam sesuatu penulisan.
Kamus Dewan Edisi Ketiga pula mengatakan stilistik ialah kajian tentang teknik
penggunaan gaya bahasa secara berkesan di dalam penulisan. Ianya berkaitan
dengan stail atau gaya, terutamanya gaya bahasa.
Tahukah anda stilistik ialah satu kajian stail yang melibatkan bentuk atau bahasa
dan isi kesusasteraan? Ia meliputi kajian mengenai teknik pemakaian bahasa di
dalam penulisan dan teknik yang mengkaji segala kemungkinan yang berkaitan
dengan gaya bahasa penulisan kesusasteraan yang semata-mata untuk
mendapatkan kefahaman sebenar tentang teks kesusasteraan (Nik Hassan Basri:
378).
39 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 39
Stilistik juga merupakan satu lagi disiplin yang mengkaji ciri-ciri linguistik yang
berbeza yang berlaku di dalam kalangan kelompok sosial. Kelompok sosial itu
pula dibezakan oleh bidang pekerjaan atau perbezaan kelas di dalam sesuatu
masyarakat. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya, stilistik merujuk kepada
kajian mengenai bahasa literari sesuatu komuniti dengan menggunakan kaedah
linguistik.
Kaedah ini telah banyak dipakai. Antaranya ialah untuk menghuraikan tingkah
laku bentuk-bentuk bahasa tulisan yang digunakan atau dicipta oleh pengarang
di dalam karya deskriptif mahupun karya kesusasteraan. Di dalam karya
kesusasteraan, bentuk bahasa tulisan atau gaya bahasa banyak dipakai. Oleh itu,
berdasarkan jenis bahasa inilah, maka stilistik berusaha mencari jalan keluar bagi
menghuraikan perhubungan antara bentuk pengucapan dengan makna yang
dibawa olehnya (Nik Hassan Basri: 378).
Menurut Keris Mas, stilistik ialah kajian stail yang mengkaji segala kemungkinan
gaya kesusasteraan untuk menilai dan mendapat kefahaman sebenar mengenai
sesebuah teks kesusasteraan. Segala hubungan yang menimbulkan kelainan gaya
bahasa, baik gaya individu mahupun implikasi lain, yang melibatkan lahirnya
hasil sastera yang diperhatikan dan diberi saluran kajian khusus. Selain itu,
kesusasteraan yang mempunyai sifat dan hakikat perkembangan dan perubahan
yang sejajar dengan perkembangan fikiran dan realiti hidup manusia dan
masyarakat, ikut dipertimbangkan, dikaji dan dihubungkan dengan kajian gaya
(Keris Mas: 8).
Kajian terhadap teks sastera secara tradisional hanya terbatas pada kelainan
bahasa dalam hubungan dengan kehendak tatabahasa, di samping kelainan yang
bersifat figuratif; iaitu penggunaan peribahasa, bahasa kiasan, sindiran,
ungkapan dan sebagainya. Kajian stilistik telah berubah kepada kajian yang
dianggap lebih objektif dan saintifik. Ia meliputi kajian terhadap teks sastera, yang
tidak lagi dari sudut kebahasaan saja tetapi juga dari sudut isi yang disampaikan
dengan penggunaan bahasa itu.
Perubahan kajian ini disebut kajian bentuk dan kajian isi, yang diandaikan sebagai
apa yang diperkatakan (isi) dan apa cara mengatakan (bentuk atau bahasa).
Dengan stilistik, pendekatan terhadap kajian teks sastera meninggalkan cara
pendekatan yang subjektif dan impresionis dan memasuki cara baru yang lebih
objektif dan lebih saintifik (Keris Mas: 8).
Beberapa pendapat lain yang sempat dikutip telah diutarakan oleh Freeman
(1970: 4). Baginya, stilistik melihat penggunaan bahasa yang menyimpang atau
deviasi daripada norma tatabahasa, penggunaan pengulangan dan meminjam
usaha pengarang (di dalam konteks ini penyair) untuk mendapatkan kepadatan
tulisannya.
Murry pula berpendapat bahawa stilistik ialah gaya dan sesuatu yang istimewa,
teknik eksposisi, pencapaian estetika dan pernyataan sikap penulis. Pemilihan
kata dan penyusunan struktur ayat itu memperlihatkan ciri-ciri keperibadian
penulis.
Bahasa sastera, khasnya bahasa puisi adalah bahasa yang paling menonjol
deviasi atau penyimpangan bahasa. Di dalam kajian puisi, stilistik melihat kaitan
bahasa puisi dengan unsur linguistik seperti fonologi, morfologi dan sintaksis.
Stilistik juga melihat diri puisi sebagai bahasa kreatif yang membenarkan terjadi
deviasi/penyimpangan di dalam aspek linguistik secara eksplisit mahupun
implisit (Esasterawan.com).
Sebagaimana yang kita sudah ketahui, stilistik adalah ilmu tentang gaya bahasa.
Gaya bahasa sendiri adalah pemanfaatan kekayaan bahasa oleh seseorang di
dalam bertutur dan menulis, pemakaian ragam tertentu untuk memperoleh
kesan tertentu serta keseluruhan ciri bahasa sekelompok penulis sastera
(Kridalaksana, 1982: 49-50).
Enkvist (Junus, 1989: 4), mengatakan bahawa gaya bahasa ada enam pengertian,
seperti berikut:
(i) Bungkus yang membungkus inti pemikiran yang telah ada sebelumnya
(ii) Pilihan antara berbagai pernyataan yang mungkin
(iii) Sekumpulan ciri peribadi
(iv) Penyimpangan norma atau kaedah
(v) Sekumpulan ciri kolektif
(vi) Hubungan antara satuan bahasa yang dinyatakan di dalam teks yang lebih
luas daripada kalimat
Untuk mengkaji karya sastera dari sudut stilistik, ada dua kemungkinan di
dalam mendekatinya, iaitu:
(i) Pertama, pengajaran stilistik dilakukan dengan cara menganalisis sistem
linguistik karya sastera dan dilanjutkan dengan menginterpretasi ciri-
cirinya. Ia dilihat daripada tujuan estetik karya sastera sebagai makna yang
penuh.
(ii) Kedua, penelitian stilistik ini dilakukan dengan menghayati variasi
terhadap pemakaian bahasa yang normal dan menemukan tujuan estetiknya
(Wellek dan Warren, 1990: 226).
Stilistik ialah kajian kuantitatif yang berkaitan dengan usaha mendapatkan atau
membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal berkenaan sesuatu karya
sastera. Ciri-ciri keindahan bahasa yang universal itu; misalnya berupa
rangkaian (perulangan) sesuatu bentuk linguistik seperti ayat jenis tertentu atau
42 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 42
bunyi tertentu. Sesuatu karya sastera boleh berupa novel, cerpen, drama, puisi
moden atau sajak (Lutfi Abas, 1988 : 210). Stilistik wujud sebagai cabang disiplin
linguistik yang berdiri sendiri pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Di dalam bahasa Inggeris, stilistik mula digunakan pada tahun 1846. Mengikut
Awang Sariyan (1985), daripada dua aliran pemikiran yang dikembangkan oleh
Charles Bally dan Leo Spitzer itu, ahli-ahli stilistik menyimpulkan dua jenis
kajian stilistik, iaitu:
(i) Kajian tentang unsur-unsur ekspresif bahasa yang dapat menampilkan
pemikiran dan perasaan seefektif mungkin
(ii) Kajian tentang gaya bahasa pengarang secara individu.
Lutfi Abas, dalam tulisannya cuba menunjukkan perbezaan antara stilistik dengan
linguistik. Dengan cara membuat perbandingan ini, maka beliau dapat
mengemukakan takrif stilistik dengan lebih jelas. Ini akan diterangkan
seterusnya.
2.2 CIRI-CIRI LINGUISTIK
Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama,
kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya bahasa
pengulangan, penyirnaan, perbandingan, pertautan dan pertentangan. Kelainan
bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang keduanya
ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik
seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.
Stilistik di dalam kajian bahasa secara umumnya boleh dibahagikan kepada lima
bahagian. Ianya boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian yang utama tadi.
(a) Ciri-ciri yang terdapat di dalam gaya bahasa perbandingan adalah seperti
imejan, metafora, personifikasi, pleonasme dan simile.
(b) Gaya bahasa pertentangan pula adalah seperti hiperbola, inversi dan
paradoks.
(c) Sementara, gaya pertentangan merangkumi aliterasi, anafora, asonansi,
epifora, rima dan sinkof.
(d) Gaya yang terakhir ialah penyirnaan yang hanya terdapat satu ciri sahaja
iaitu sinkof. Kesemua gaya ini mempunyai takrifan dan ciri-ciri yang
membezakan di antaranya. Di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, gaya
bahasa ini diajar mengikut tahap-tahap tertentu. Misalnya, gaya bahasa
perbandingan simile diajar kepada pelajar-pelajar tingkatan satu.
43 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 43
Kilatan atau bayangan merupakan nama lain bagi alusi. Alusi merupakan
pemerian yang membayangkan atau merujuk sesuatu secara tidak langsung
kepada sesuatu cerita. Contohnya, gambar yang ditunjukkan itu mengembalikan
kenangan kita kepada peristiwa Mei 1969. Seterusnya, antonomasia melibatkan
penggunaan jabatan, kementerian dan gelaran tertentu seperti Dekan dan Guru
Besar. Ciri yang seterusnya ialah epitet yang menjadi keterangan atau frasa yang
menggelarkan atau merupakan suatu huraian yang menjelaskan atau
menggantikan nama sesuatu benda atau gaya bahasa. Ia merangkumi pengganti
simbol atau lambang yang menyatakan sesuatu sifat atau ciri yang khas daripada
seseorang atau sesuatu hal. Contoh perkataan yang sering digunakan bagi
menggambarkan ciri ini ialah „Loceng pagi yang bersahut-sahut pada pagi itu di
rumah saya‰. Loceng pagi itu sebenarnya menggambarkan ayam jantan yang
berkokok.
Eponim pula ialah sejenis gaya yang menggunakan nama seseorang yang
memiliki sifat tertentu dipakai di dalam ayat bagi menghubungkan sifat yang
dimilki oleh orang lain. Contoh ayat, „Perangai kamu ini seperti Pak Pandir‰.
Manakala, eufemisme merupakan kata atau ungkapan yang lebih halus sebagai
pengganti kata-kata atau ungkapan yang dianggap kasar atau keras. Contohnya,
perkataan „mati‰ dan „beranak‰. Terdapat perkataan yang sinonim dengan
perkataan ini seperti „meninggal dunia‰. Perkataan ini lebih lembut berbanding
mati. Tetapi bagi menggambarkan ciri eufemisme, perkataan kasar digunakan.
Metonimia pula digunakan bagi menjelaskan ciri atau nama seperti jenama dan
sebagainya. Ciri yang terakhir di dalam gaya pertautan adalah sinekdok. Sinekdok
membawa maksud perkataan yang disebut itu membawa maksud sepenuhnya,
walaupun perkataan separuh sahaja digunakan. Contohnya,
„Setelah mereka pergi dari rumah, batang hidung pun tidak nampak‰. Batang
hidung itu mewakili keseluruhan tubuhnya (Nik Hassan Basri, 2005).
Gaya bahasa penyirnaan atau pelesapan ialah bentuk bahasa yang mengalami
unsur pengguguran bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian ayatnya. Antara
unsur-unsurnya ialah sinkof, afesis, akronim, apokop, elipsis dan aferisis.
Aferisis atau aferesis ialah salah satu gaya bahasa penyirnaan, iaitu pengguguran
bunyi atau kata pada awal ujaran atau huruf awal atau suku kata awal bagi
sesuatu perkataan. Pengguguran ini adalah bagi memudahkan penutur
44 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 44
Sementara itu, kata yang mengalami proses penyingkatan pula disebut sebagai
akronim. Penyingkatan ini adalah disebabkan oleh pengguguran huruf atau
suku kata di dalam struktur kata tertentu, sama ada hasil daripada cantuman
dua atau lebih perkataan sehingga akhirnya membentuk satu perkataan yang
terdiri daripada satu atau lebih suku kata. Contohnya, ABIM yang bermaksud
Angkatan Belia Islam Malaysia. Apokop pula ialah sejenis gaya bahasa penyirnaan
yang mengalami proses pengguguran huruf akhir, praakhir atau suku kata
akhir bagi sesuatu perkataan, contohnya „anakanda‰ menjadi „anak‰ sahaja.
Seterusnya, elipsis merupakan sejenis gaya bahasa penyirnaan yang di dalam
struktur ayatnya dihilangkan kata, frasa atau rangkai kata, atau pengguguran
tertentu seperti pengguguran frasa nama sebagai subjek, objek. Ia juga termasuk
pengguguran seluruh frasa predikat atau pengguguran bahagian frasa predikat
atau gaya bahasa, yang di dalam ayatnya didapati adanya unsur penghilangan
atau pengguguran kata atau kata-kata atau ayat yang menjadi unsur penting di
dalam pembinaan sintaksis yang lengkap. Di dalam contoh ayat, „Dia dirotan‰,
frasa yang digugurkan ialah „oleh gurunya‰.
Ciri stilistik keempat yang terdapat di dalam gaya bahasa pengulangan atau
repetisi bermaksud gaya bahasa yang mengandungi unsur pengulangan bunyi,
suku kata, kata, frasa atau bahagian ayat yang dianggap penting untuk
menghasilkan kesan dan memberi tekanan di dalam sebuah konteks yang sesuai.
Terdapat lima ciri yang sering digunakan di dalam sukatan pelajaran iaitu
aliterasi, anafora, asonansi dan epifora. Sementara itu, terdapat sembilan ciri
yang kurang digunakan iaitu anadiplosis, antanaklasis, asindeton, epanalepsi,
epanortesis, epizeukis, erotesis, gradasi dan kiasmus.
Pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berurutan,
sama ada di dalam puisi tradisional, moden, prosa tradisional, moden kreatif
atau bukan kreatif. Gaya bahasa ini terbentuk hasil daripada pengulangan
45 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 45
konsonan yang sama. Oleh yang demikian, Taringan (1985a: 181, 1985a: 197)
mendefinisikan aliterasi sebagai pemakaian kata yang permulaannya sama
bunyinya. Contohnya, pengulangan konsonan ÂdÊ „dara damba daku‰. Anafora
pula ialah pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap
ayat, yang biasanya secara berurutan supaya memperoleh kesan tertentu.
Menurut Rahman Shaari (2004: 5), anafora ialah pengulangan kata pada awal baris
untuk ayat-ayat yang berturut-turutan. Pengulangan ini biasanya dapat dilihat di
dalam beberapa rangkap sajak atau syair.
Seterusnya asonansi, pengulangan vokal pada setiap baris atau ayat yang
biasanya berurutan seperti anafora. Di dalam bahasa Melayu, terdapat enam
jenis vokal tetapi bunyi-bunyi itu hanya diwakili oleh lambang 'a', 'e', 'i', 'o' dan
'u', iaitu sebanyak lima bentuk huruf sahaja. Contoh gaya bahasa asonansi yang
dipetik daripada puisi, iaitu sajak "Negeri Cinta" oleh Nahmar Jamil, iaitu
pengulangan vokal 'a'. Puisinya adalah seperti berikut „Alam adalah sebahagian
daripada kami, alam adalah syurga bumi, cinta kepadanya adalah cinta jutaan
bunga-bungaan, cinta kepadanya cinta jutaan manusiawi.‰ Setiap huruf ÂaÊ
menggambarkan asonansi.
Epifora atau epistrofa ialah sejenis gaya bahasa pengulangan; iaitu pengulangan
kata, frasa, beberapa kata pada akhir baris atau beberapa kala pada akhir ayat
yang juga berurutan. Gaya bahasa pengulangan ini biasanya terdapat di dalam
puisi dan prosa. Contoh gaya bahasa epifora yang ditinjau di dalam prosa
kumpulan Surat yang merupakan buku karya S. Othman Kelantan iaitu: „Aku
tidak mahu. Benar-benar tidak mahu‰ (halaman 29).
Rima akhir ialah bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir di dalam
sesuatu rangkap, iaitu yang terdapat dalam puisi seperti syair, gurindam, pantun
atau rima ialah susunan bunyi atau keselarasan huruf pada akhir kata atau suku
kata terakhir di dalam sesuatu baris atau serangkap puisi, misalnya aaaa, abab,
abcabc, aabb, abba dan selainnya. Contoh rangkap yang memaparkan rima akhir
'abab' yang dipetik daripada "Pantun Budi", iaitu: „Tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung; hati terkenang mulut menyebut, budi sedikit
rasa nak junjung‰ (Nik Hassan Basri, 2005).
Gaya bahasa pengulangan yang menggunakan tanda baca yang sama berulang-
ulang untuk menghubungkan kata, frasa, klausa, ayat antara satu dengan yang
lainnya menjadikan satu ayat yang panjang, iaitu hanya dengan tanda koma atau
beberapa tanda koma. Gaya bahasa ini terlalu banyak menggunakan tanda koma
di dalam satu ayat. Penggunaan gaya bahasa ini boleh digunakan juga di dalam
penulisan kreatif. Ianya dikenali sebagai asindeton. Sementara, epanalepsi
membawa maksud pengulangan kata pertama menjadi kata terakhir di dalam
klausa atau ayat. Epanalepsi juga merupakan pengulangan awal kata di dalam
struktur kata di dalam ayat menjadi kata yang terakhir di dalam baris yang sama
di dalam ayat. Contohnya, „Mereka tidak lupa pesanan ibu mereka‰.
Gaya bahasa yang mengandungi kata yang berunsur pengulangan, yang sekali
gus pula merupakan inversi hubungan antara dua kata di dalam satu ayat pula
dikenal sebagai kiasmus. Sementara, mesodilopsis atau nama lainnya responsif
ialah gaya bahasa pengulangan; iaitu pengulangan kata atau frasa yang berada
di tengah-tengah baris atau pengulangan kata atau beberapa kata di bahagian
tengah ayat atau di bahagian tengah baris sesuatu ayat yang berturut-turutan.
Paralelisme ialah gaya bahasa pengulangan, iaitu sejenis gaya yang berusaha
untuk mencapai keselarian di dalam penggunaan kata-kata atau beberapa frasa
yang menduduki fungsi yang sama di dalam bentuk kenahuan yang sama.
Contohnya, „Rasuah bukan sahaja patut dikutuk tetapi patut diperangi habis-
habisan‰. Polisindeton ialah sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu yang
47 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 47
Menurut Seymour Chatman (1971), stilistik lebih membatasi dirinya kepada unsur
bahasa. Oleh sebab itu, kebanyakan pembicaraan mengenai stilistik selalu dilihat
di dalam hubungan dengan bahasa dan linguistik. Sebelum timbul ilmu stilistik,
iaitu ilmu kajian gaya yang digunakan untuk menganalisis hasil penulisan, bahasa
memang sudah mempunyai apa yang dinamakan gaya, kerana semua pengucapan
yang tidak lurus seperti yang terbiasa dipakai oleh masyarakat adalah gaya.
Kelainan daripada bahasa yang lurus dan biasa itu dipakai oleh pelbagai orang,
baik untuk bercakap atau menulis. Maka, timbullah berbagai-bagai kelainan.
Setiap kelainan ini menjadi gaya tertentu yang berbeza antara satu dengan yang
lain (Keris Mas, 1988: 3).
Walaupun stilistik, sebagai satu disiplin ilmiah masih agak baru, namun
pemikiran tentang gaya atau stail sudah lama timbul. Sejarah munculnya stilistik
berkait rapat dengan retorik sebagai disiplin pertama di dalam tradisi Barat yang
memberikan ‰penyataan bahasa‰. Stilistik sering dikaitkan dengan gaya. Gaya di
dalam bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai. Pemakaian bahasa
mempunyai pelbagai jenis kegunaan tertentu; seperti untuk menghuraikan ilmu
pengetahuan, digunakan dalam bidang penulisan serta pemakaiannya dalam
konteks tidak rasmi (Keris Mas, 1988: 13).
Kedua-dua ayat tersebut sama maknanya tetapi lain dari segi pengucapannya.
Kelainan seperti itu sering berlaku di dalam bidang penulisan, selain kata-kata
yang diucapkan oleh manusia seharian. Kelainan pemilihan kata untuk
menyatakan satu makna yang sama akhirnya menjadi salah satu unsur lahirnya
gaya, yang pada dasarnya bermula dengan percubaan mengucapkan sesuatu
berlainan caranya daripada pengucapan biasa. Maka, berlakulah bermacam-
macam kelainan daripada pengucapan biasa. Selain daripada kelainan pemilihan
49 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 49
kata, terdapat juga kelainan daripada penyusunan ayat. Struktur sintaksis yang
lurus mengandungi subjek, predikat (misalnya) dilainkan dengan menterbalikkan
susunan seperti ayat berikut:
(a) Makan dia bersama saya
(b) Dia makan bersama saya
(i) Individu (Bahasa yang ditutur oleh individu itu sendiri atau bahasa
sehari-hari)
Fungsi : Digunakan di dalam pergaulan santai yang
alamiah.
Teks : Bahasa sehari-hari
Unsur Stilistik : Kesantaian, mudah, ketegangan emosi yang terlihat
pada kelancaran dan hambatan di dalam
pembicaraan dan cenderung kepada ayat pendek
yang tidak mementingkan ketetapan dan
kenahuannya.
50 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 50
(iv) Wacana
Media (dituturkan, ditulis, direkod melalui tayangan wayang gambar
dan sebagainya).
Fungsi : Informasi, menjelaskan sehingga orang tahu
dengan jelas tentang peristiwa yang dilaporkan.
Teks : Artikel surat khabar dan sebagainya.
Unsur Stilistik : Lukisan tentang apa yang terjadi (nama tempat,
pelaku dan sebagainya), penggunaan slogan,
perifrasa dan kata pemula (yang menarik).
Jika dilihat dari aspek „status‰, sudah pasti individu yang berstatus tinggi
mempunyai nilai lain mengenai „sarapan‰ berbanding dengan orang bawahan.
Contohnya orang kenaman berstatus tinggi, makannya beradat, apabila
mengunyah menutup mulut, menjamah sedikit-sedikit sahaja, tidak banyak dan
52 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 52
menyediakan tisu untuk mengesat mulut dan selepas itu mengumur dan
membasuh mulut.
Seperti yang dinyatakan, stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh pemakai
bahasa untuk menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks
masing-masing. Konteks memainkan peranan penting di dalam semua aspek
perbualan antara penutur dan pendengar. Cara atau gaya seseorang itu
mengeluarkan buah fikiran, berkomunikasi atau berhubung boleh menentukan
anggapan seseorang atau pendengar terhadap seseorang penutur. Aspek
komunikasi sosial yang mempunyai pelbagai stail atau gaya penyampaian
bahasa memainkan peranan penting di dalam hal ini. Selain itu, penggunaan
bahasa ketika berkomunikasi dapat menentukan siapa penutur, apa statusnya dan
latar belakang sosial seseorang. Di samping itu, kadangkala tinggi rendah nada
atau intonasi suara seseorang itu boleh mencerminkan kedudukan kastanya,
darjatnya, mewakili sesebuah kumpulan seperti dialek, slanga, jargona dan
sebagainya, berstatus tinggi atau berpelajaran tinggi (Alias dan Abdullah Yusof,
2007: 25).
Selain itu, stilistik juga melihat bukan sahaja isi tetapi gaya pengucapan
seseorang apabila berhujah ataupun mengeluarkan sesuatu idea. Daripada itu,
maka penghasilan idea yang diberikan akan dapat menentukan asal-usul atau
kedudukan geografi penutur, hubungan sosial antara penutur dan pendengar,
kedudukan status mereka ataupun pendengar dapat mengetahui bahasa yang
digunakan itu adalah loghat, slanga, jargona, dialek, bahasa baku atau nada juga
intonasi ketika mesej itu disampaikan. Maka, pengkajian stilistik, terutamanya
dalam bidang bahasa akan dapat menggariskan gaya tertentu seseorang apabila
berkomunikasi dengan orang lain, tidak kira secara formal mahupun tidak formal.
2.4 BAHASA PERBANDINGAN
Bahasa perbandingan merupakan satu bentuk atau pun gaya bahasa yang sering
digunakan di dalam penulisan mahu pun pertuturan kita seharian. Bahasa
perbandingan boleh dipecahkan kepada dua, iaitu bahasa perbandingan yang
53 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 53
(a) Simile
Perbandingan secara eksplisit dan dijelaskan. Penggunaan kata „seperti‰,
„ibarat‰, „bak‰, „bagaikan‰, „umpama‰, „laksana‰,‰penaka‰ dan „serupa‰.
Contohnya:
(a) Seperti seekor rerama terbang
(b) Ibarat api yang hidup segan mati tak mahu
(c) Bagaikan mahu terkeluar biji matanya
(d) Keruh seperti air deru
(e) Macam melukut di tepi gantang
(b) Personifikasi
Personifikasi ialah perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada
benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak. Perkataan personifikasi
(personification) sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani,
prosopopoeia. Sebagai perbincangan, berikut diturunkan petikan sajak
ÂSungai 3Ê karya T. Alias Taib daripada kumpulan puisi Piramid (1990: 14)
55 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 55
Pemberian sifat manusia kepada benda bukan hidup atau abstrak di dalam
sajak ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu satu sifat manusia
seperti 'ternganga rumputan', 'tergamam batuan', dan 'terpegun tebing'.
Sifat ternganga, tergamam dan terpegun itu ialah aksi manusia, namun di
sini aksi manusia itu telah dipadankan dengan objek-objek yang bukan
manusia, iaitu rumputan, batuan dan tebing. Kesannya kita merasai
elemen-elemen alam tersebut hidup seperti manusia. Contoh kedua pula
ialah memberi anggota badan manusia seperti tulang yang dipadankan
dengan sungai, seperti 'tulang sungai tua'. Tulang ialah elemen yang ada
pada manusia tetapi di dalam sajaknya, penyair telah menggambarkan
bahawa sungai mempunyai tulang dan ini secara tidak langsung telah
memberikan sifat manusia kepada sungai.
(c) Metafora
Gaya bahasa metafora adalah perbandingan secara langsung, iaitu ia
memberi sifat sesuatu objek itu secara perbandingan terus. Terdapat dua
jenis metafora, iatiu seperti berikut:
Berikut adalah contoh ulasan gaya bahasa metafora yang terdapat di dalam
sajak.
57 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 57
Lukisan, dinding, air, tanah, pohon dan awan adalah metafora yang
membantu menguatkan sajak ini.
(d) Eufemisme
Eufemisme adalah bahasa yang digunakan untuk tujuan memperhaluskan
kata atau ucapan. Ia juga disebut sebagai ucapan atau ungkapan lembut.
58 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 58
(e) Alegori
Alegori adalah cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan
untuk pendidikan. Kebanyakan gaya bahasa ini digunakan di dalam
penceritaan yang mewakilkan watak binatang sebagai objek. Sebagai
contohnya, di dalam cerita kanak-kanak, watak singa selalu digunakan
sebagai seorang raja. Begitu juga seperti sang kancil yang selalu digunakan
untuk melambangkan seseorang yang bijaksana. Sebagai kesimpulannya,
elemen alegori ini menggunakan watak binatang sebagai pelakon utama di
dalam sesebuah cerita. Antara lain watak yang digunakan ialah seperti
monyet, kura-kura, ular, kucing dan anjing.
(f) Antilesis
Gaya bahasa ini adalah bahasa yang membandingkan dua perkara yang
berlainan di dalam masa yang sama. Setiap ayat yang dibina mesti terdiri
daripada dua frasa ayat yang mempunyai makna yang bertentangan. Gaya
bahasa ini banyak digunakan di dalam sesebuah penulisan karya sastera
mahu pun di dalam perbualan seharian. Antara contohnya ialah:
(i) Segala kebaikan yang dilakukan oleh ibunya telah dibalas dengan
kejahatan yang menyakitkan.
(ii) Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
(iii) Walaupun Ahmad menyayangi isterinya dengan sepenuh hati,
namun isterinya tetap akan membencinya.
Gaya bahasa ialah ragam bahasa yang digunakan di dalam penulisan atau lisan
ataupun cara pemakaian bahasa di dalam sesebuah karya atau susunan kata,
frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema
dan persoalan dan sebagainya di dalam karya yang dihasilkan. Gaya dapat
dikelompokkan kepada lima jenis, iaitu gaya bahasa pengulangan, gaya bahasa
penyirnaan, gaya bahasa perbandingan, gaya bahasa pertautan dan gaya bahasa
pertentangan (Nik Hassan Basri, 2007: 145).
Menerusi karya sastera, aspek gaya bahasa adalah amat penting bagi menjadikan
sesuatu karya lebih menarik dengan penggunaan gaya yang pelbagai. Contoh
gaya bahasa pengulangan adalah seperti aliterasi, anafora, asonansi, epifora dan
banyak lagi. Gaya bahasa pengulangan ialah gaya bahasa yang mengandungi
unsur-unsur pengulangan bunyi, suku kata, kata, frasa atau bahagian ayat yang
dianggap penting.
Gaya bahasa penyirnaan pula ialah bentuk bahasa yang mengalami unsur
pengguguran bunyi, suku kata, frasa atau bahagian ayat. Contoh gaya bahasa
penyirnaan termasuklah aferesis, afesis, akronim, apokop, elipsis, kata singkatan
dan sinkof. Seterusnya, gaya bahasa perbandingan yang bermaksud bentuk
bahasa perbandingan yang indah untuk menambah kesan tertentu dengan cara
membandingkan. Contohnya imejan, metafora, personifikasi, pleonasme dan
simile. Gaya bahasa pertautan pula ialah gaya bahasa yang mengaitkan sesuatu
perkara dengan perkara yang lain. Antaranya termasuklah alusi, antonomasia dan
lain-lain. Seterusnya ialah gaya bahasa bertentangan, yang terdiri daripada tiga
jenis iaitu hiperbola, inversi dan paradoks (Nik Hassan Basri, 2007: 80-82).
60 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 60
Gaya dari segi variasi bahasa juga banyak digunakan di dalam sesebuah karya;
khususnya novel, cerpen dan prosa Melayu klasik. Antara variasi bahasa
termasuklah seperti bahasa lisan, bahasa pasar, bahasa surat dan lain-lain. Di
samping itu, gaya di dalam bahasa juga dapat dilihat menerusi simpulan bahasa
dan ungkapan, peribahasa, bidalan dan perumpamaan, bahasa kiasan, ragaman
bahasa dan karangan berangkap. Gaya tersebut jelas menggambarkan
kepelbagaian penggunaan bahasa di dalam sesebuah karya. Salah satu contoh
adalah seperti peribahasa berangkap dua baris seperti berikut yang
menunjukkan kreatifnya sesuatu bahasa itu digunakan untuk menegur
masyarakat:
Menurut Farid M. Onn (1982: 84), Proust pernah menyatakan bahawa gaya
adalah hak penulis. Gaya bukan sekadar teknik penulisan atau sekadar satu cara
untuk memperkatakan sesuatu, tetapi lebih kepada satu pilihan epsitemik yang
memperlihatkan mod pengalaman dan visi. Pousin (1647), menegaskan bahawa
gaya digunakan oleh seniman di dalam mengungkapkan impresinya sesuai
dengan tema, sikap dan suasana yang ingin disampaikan (Aminuddin, 1995:31).
yang bersifat ÂinstrumentalÊ atau peralatan dan tanggapan yang bersifat segera
atau dalaman.
Nik Hassan Basri (2007: 372), menganggap nilai keindahan unsur karya dikenali
sebagai unsur estetik. Pengarang yang bijak memanipulasi bahasa melalui aspek
teknik dan gaya itulah yang akan menentukan nilai estetik sesebuah karya.
Sesetengah pihak juga beranggapan bahawa nilai estetik sesebuah karya juga
ditentukan oleh arah penggunaan bahasa di dalam sesebuah karya atau yang
dikenali sebagai autonomi estetik, iaitu kuasa sendiri dan linguistik tidak boleh
masuk campur, khususnya di dalam pengucapan karya dan kesenian.
Konsep estetik menurut A. Wahab Ali (2000: 69), merujuk kepada sesuatu objek
alam dan seni yang bernilai dan berguna pada penglihatan dan penikmatan kita.
Nilai estetik sesuatu karya dapat dilihat menerusi rima, susunan ayat dan unsur
gaya bahasa lain yang digunakan. Unsur keindahan ini dapat memberi
penghayatan terhadap pembaca. Contohnya menerusi novel dan cerpen,
penghayatan dapat membangkitkan pelbagai emosi di dalam diri pembaca
mengikut jalan cerita yang disampaikan. Begitu juga dengan sajak dan karya
sastera yang lain. Contohnya, menerusi sajak Usman Awang ÂLahirnya EngkauÊ,
yang menggambarkan perasaan pengarang semasa isterinya sedang melahirkan
anaknya.
Selain itu, melalui stilistik kita dapat membezakan penggunaan ayat antara
penggunaan tatabahasa dengan betul dengan penggunaan gaya bahasa.
Tatabahasa atau nahu, merupakan peraturan bagi menggunakan golongan atau
komponen kata bahasa Melayu dengan betul, yang meliputi kata nama, kata
62 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 62
kerja, kata sifat, adverba (kata keterangan), kata ganti nama, kata hadapan, kata
hubung, kata seru, kata bantu, kata nafi, kata darjat (perbandingan) dan
praktikel (Sulaiman Masri, et al, 2007: 19).
Gaya bahasa pula, lebih kepada kevariasian gaya. Kevarasian gaya ialah hal-hal
yang ada hubungan dengan kelainan pemilihan kata (diksi), kelainan
penyusunan ayat iaitu susunan biasa ÂsubjekÊ ÂpredikatÊ kepada susunan inversi
ÂpredikatÊ ÂsubjekÊ, dan adanya unsur estetik atau unsur keindahan. Oleh itu,
menurut Nik Hassan Basri (2007: 373), segala yang halal oleh tatabahasa juga
adalah halal di sisi stilistik. Tetapi semua yang halal di sisi stilistik, belum tentu
diterima sebagai gramatis oleh tatabahasa. Contohnya, ayat berikut jelas
menunjukkan adanya manipulasi bahasa.
(i) Pelajar itu kena tangkap oleh pensyarah . (Gaya lurus/biasa)
(ii) Kena tangkap oleh pensyarah pelajar itu. (Gaya inversi)
Menurut Awang Sarian (1982: 67), tatabahasa lebih dikenali sebagai hukum
bahasa daripada sebagai sistem bahasa. Ia tidak boleh dianggap sebagai aspek
terpencil di dalam penciptaan karya sastera. Sebaliknya, tatabahasa hendaklah
dianggap sebagai suatu asas untuk menzahirkan gaya bahasa yang indah.
Berdasarkan pandangan beliau, tatabahasa dan gaya bahasa adalah dua unsur
yang saling melengkapi. Gaya bahasa tidak boleh disalah tafsirkan, iaitu semakin
banyak kesalahan bahasa, semakin indah bahasa sesebuah karya itu. Gaya
bahasa juga tidak harus dijadikan suatu escapism untuk menolak kenyataan
bahawa bahasa yang salah bukanlah suatu gaya yang baik (1982: 66). Kesalahan
imbuhan, struktur ayat, kata sendi, bentuk jamak, struktur DM dan beberapa
kesalahan lagi tidak seharusnya dianggap sebagai gaya, kerana menurut Umar
Junus, kesalahan tersebut adalah unsur yang tidak fungsional yang
mengurangkan keutuhan sesuatu karya sastera. Menurut Slametmuljana (1969),
penyimpangan stilistik ada hubungan dengan konsep Êgaya tersendiriÊ, iaitu
penulis menimbulkan gaya yang lain daripada gaya yang biasa digunakan
orang.
Awang Sariyan (1985: 11) menegaskan bahawa tatabahasa dan gaya mempunyai
hakikat yang berbeza. Tatabahasa didasarkan pada penggunaan bahasa yang
telah ada, sedangkan gaya didasarkan pada penggunaan bahasa secara kreatif.
Pada hakikatnya, gaya ialah manipulasi penggunaan bahasa yang dapat
dilakukan oleh mereka yang menguasai bahasa. Anggapan tentang Âbahasa salahÊ
pada karya sastera adalah disebabkan oleh terikatnya kita pada penggunaan
bahasa yang telah ada, dan bukan disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza.
Tambahan pula, penulis kreatif mementingkan penggunaan bahasa secara
kreatif sehingga menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada
63 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 63
yang sebelumnya. Namun, menurut beliau, memang ada penulis kreatif yang
dianggap menggunakan bahasa yang menyimpang. Contohnya Kemala pernah
memasukan perkataan Êkemanusiaan periÊ dan bukannya Êperi kemanusiaanÊ.
Ilias Haji Zaidi (1986: 174), menyatakan bahawa seseorang haruslah berbeza gaya
penulisannya dengan gaya penulis lain. Contohnya, gaya Kris Mas dikatakan
berbeza daripada unsur romantis Usman Awang kerana Kris Mas lebih mendekati
tatabahasa yang baku. Gaya Syed Sheikh al-Hadi pula mirip gaya nominal dan
ada persamaan dengan gaya A. Samad Said di dalam novel ÂSalinaÊ. Gaya Shahnon
Ahmad, walaupun pada mulanya menggunakan gaya nominal, namun
kemudiannya condong kepada gaya verbal yang banyak dicontohi oleh penulis
muda, terutamanya Azizi Haji Abdullah dan Fatimah Busu. Oleh kerana masing-
masing mencari gaya tersendiri, maka kita lebih cenderung mengatakan gaya
mereka menyalahi bahasa ataupun tidak menurut peraturan bahasa.
Menerusi stilistik juga kita dapat menggunakan gaya bahasa atau ayat dengan
baik serta dapat menguasainya. Melalui cara ini, sesuatu karya akan lebih indah
dan kreatif. Menurut Umar Junus (1986:129), unsur gaya merupakan unsur yang
mempunyai hubungan erat dengan kekreatifan, cara pengucapan dan ideologi.
Ketiga-tiga perkara tersebut dapat disalurkan melalui gaya dan gaya dipelajari
melalui bidang stilistik. Dhanil Adnani (1982:75), mengatakan penilaian karya
bahasa adalah bergantung kepada kandungan (konsep) dan juga bentuk fizikal
yang membawa konsep berkenaan. Aspek kandungan dikatakan aspek penting
kerana daripada kandungan tersebut, nilai estetik dapat diukur. Dhanil Adnani
ada menyentuh berkenaan dengan contoh-contoh karya sastera yang dianggap
mengganggu. Contohnya seperti ayat berikut yang menunjukkan penggunaan
bentuk yang tidak mewakili dengan tepat makna yang hendak disampaikan.
Menerusi ayat tersebut, bentuk yang digunakan „nama anak‰ sedangkan makna
yang dimaksudkan adalah „anak‰ (Stilistik Simposium Keindahan Bahasa, 1982: 76).
Kesimpulannya, stilistik merupakan gaya atau stail yang memang tidak dapat
dipisahkan dengan sesuatu karya yang mempunyai hubungan rapat dengan
konteks teks dan konteks situasi (Simanjuntak, 1982: 41).
64 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 64
Roland Barthes di dalam Writing Degree Zero (1967), ada menyatakan bahawa
suatu stail bukanlah sesuatu yang tidak mengandungi makna dan stail penuh
dengan maknanya yang tersendiri (Awang Sariyan, 1985: 256). Kenyataan beliau
sama dengan kenyataan Umar Junus yang menyatakan gaya bukanlah sesuatu
tanpa makna. Malah, gaya adalah tanda yang menurut pengertian semiotik yang
mempunyai makna, terikat dengan Signifer dan Signifield (1986: 134).
Ilmu stilistik meliputi definisi ilmu tentang stilistik, ciri-ciri ilmu stilistik,
stilistik di dalam bahasa, bahasa perbandingan dan keberkesanan stilistik di
dalam bahasa.
Stilistik berasal daripada bahasa Inggeris iaitu „style‰ yang bererti gaya dan
daripada bahasa serapan „linguistic‰ bererti tatabahasa.
Aminuddin mengertikan stilistik sebagai pengajian tentang cara
pengarangan di dalam menggunakan sistem tanda sejajar dengan gagasan
yang ingin disampaikan secara kompleks dan kekayaan unsur pembentuk itu
yang dijadikan sasaran kajian hanya pada wujud penggunaan sistem
tandanya.
65 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 65
Stilistik juga merupakan satu lagi disiplin yang merujuk kajian mengenai
ciri-ciri linguistik yang berbeza yang berlaku di dalam kalangan kelompok
sosial.
Di dalam kajian stilistik, karya sastera dianalisis dengan menggunakan
pendekatan linguistik.
Ciri-ciri yang terdapat di dalam gaya bahasa perbandingan adalah seperti
imejan, metafora, personifikasi, pleonasme dan simile. Gaya bahasa
pertentangan pula seperti hiperbola, inversi dan paradoks. Sementara gaya
pertentangan merangkumi aliterasi, anafora, asonansi, epifora, rima dan
sinkof. Gaya yang terakhir ialah penyirnaan yang hanya terdapat satu ciri
sahaja iaitu sinkof.
Kebanyakan pembicaraan mengenai stilistik selalu dilihat di dalam
hubungan dengan bahasa dan linguistik.
Stilistik merupakan gaya yang digunakan oleh pemakai bahasa untuk
menyatakan fikiran dan perasaan mereka mengikut konteks masing-masing.
Tujuan bahasa perbandingan digunakan untuk menerangkan sesuatu secara
berkias.
Antara bahasa perbandingan yang penting ialah gaya bahasa personifikasi,
metafora, simile, eufamisme, alegori dan antilesis.
Keberkesanan stilistik di dalam bahasa ialah stilistik dapat memberi
pendedahan kepada kepelbagaian gaya bahasa.
Gaya bahasa ialah ragam bahasa yang digunakan di dalam penulisan atau
lisan ataupun cara pemakaian bahasa di dalam sesebuah karya atau susunan
kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha
melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya di dalam karya yang
dihasilkan.
66 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 66
Alegori Aliterasi
Anafora Antilesis
Asonansi Eufemisme
Epifora Hiperbola
Imejan Inversi
Metafora Paradoks
Personifikasi Pleonasme
Rima Simile
Sinkof Stilistik
Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati puisi Melayu tradisional. Bangi, Selangor:
Penerbitan Profesional Baharu.
Awang Sariyan. (1985). Dari kata ke ideologi persoalan stilistik Melayu. Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Farid M. Onn. (1982). Stilistik simposium keindahan bahasa. Kuala Lumpur: DBP.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2005). Stilistik Komsas. Tanjung Malim:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2007). Komsas pegangan teras keterampilan.
Kuala Lumpur: Icon Religiom Sdn.Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. (2007). Komsas dan tatabahasa Melayu teras
pegangan guru. Kuala Lumpur: Icon Religiom Sdn.Bhd.
Nik Safiah Haji Karim. (1986). Bahasa Melayu Tinggi teori dan penerapan. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
67 TOPIK 2 STILISTIK TOPIK 2 STILISTIK 67
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, & Mohd RaÊin Shaari. (2007). Bahasa Melayu
dimensi pengajaran dan pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Umar Junus. (1989). Stilistik satu pengantar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Lufti Abas. (1971). Linguistik deskriptif dan nahu Bahasa Melayu. Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Azmi Rahman. (2008). Deviasi sebagai gaya dalam sajak: Penelitian awal. Diakses
Julai 24, 2008 daripada http://www.esasterawan.net/esasterawan
/1_karya.asp?uid=170&ID=3292