Anda di halaman 1dari 2

Pengalaman proses pembelajaran

Semasa proses temubual dijalankan, pelajar menyatakan bahawa beliau dapat mengikuti
pengajaran yang dilakukan oleh gurunya. Hal ini menunjukkan 1 penanda aras yang positif di
mana program yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak sekolah kepada murid
berkeperluan khas ini berjaya. Hal ini kerana pengetahuan tentang ciri-ciri murid bekeperluan
khas merupakan salah satu aspek penting dalam memupuk kesediaan bakal guru mengajar
dalam kelas inklusif. Pembangunan profesional perlu menyediakan guru-guru dengan
kemahiran mengenal pasti dan menentukan masalah keperluan khas, mengenali pelajar mereka
dan memahami pentingnya mengenal budaya pelajar, dan pengetahuan tentang keperluan
kelainan upaya (Florian, 2012; Jenkins & Yoshimura, 2010; Nichols & Sheffield, 2014;
Philpot, Furey & Penney, 2010). Bagi meningkatkan sikap guru terhadap inklusif, mereka perlu
diberi peluang bersama dengan murid berkeperluan khas (Chambers & Lavery, 2012) supaya
mereka dapat memahami dan mengetahui ciri-ciri murid dengan mendalam supaya dapat
membantu murid berkeperluan khas dalam pelajaran.

-Cara pelajar mengatasi kelemahan, alat bantu mengajar

Menerusi temubual yang yang dijalankan, cara pelajar mengatasi kelemahan beliau di dalam
pembelajaran adalah dengan bertanyakan kepada guru mengenai topik yang beliau tidak faham
atau tidak dapat mengikuti pengajaran gurunya. Ini adalah salah satu usaha yang baik di mana
beliau tidak segan silu untuk berkomunikasi dengan gurunya untuk menanyakan mengenai
topik yang beliau tidak faham. Semasa sesi temubual juga, pelajar tersebut menyatakan bahawa
alat bantu mengajar tidak perlu digunakan di dalam kelasnya bagi sesetengah topik. Bagi topik-
topik yang sukar dan mencabar, guru memerlukan alat bantu mengajar bagi memudahkan
pelajar untuk mengingat, memahami dengan cepat berkaitan topik tersebut.

-Teknik pdpc khas oleh guru

Teknik pdpc khas yang dilakukan oleh guru kepada pelajar semasa menemubual ialah
menggunakan pengajaran abad ke 21 di mana lebih menarik dan lebih interaktif. Guru yang
ditemubual menyatakan pada zaman kini, murid-murid lebih tertarik lepada pengajaran abad
ke 21 kerana lebih interaktif dan canggih kerana melibatkan penggunaan IT dalam pengajaran
di dalam kelas. Walaupun mereka murid berkeperluan khas, IQ dan kefahaman mereka agak
standing dengan murid-murid normal yang lain. Sebagai contoh yang dinyatakan oleh guru
tersebut, beliau mengajar kelas multimedia di mana kelas tersebut melibatkan teknologi dan
alatan yang canggih yang mampu menarik minat pelajar berkeperluan khas untuk mengikuti
pengajaran yang dilakukan olehnya, sekiranya alatan dan teknologi tidak cukup, murid-murid
akan sukar untuk memahami apa yang diajarkan olehnya di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai