Anda di halaman 1dari 2

1.

Gramatis

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, gramatis bermaksud bagaimana sesuatu perkataan dibentuk
dan digabungkan mengikut struktur ayat yang betul. Gramatis bermaksud ayat yang dibina
adalah betul dari segi struktur ayat dan betul dari segi semantik. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat pula, gramatis merupakan satu konsep yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip
nahu atau tatabahasa. Sehubungan dengan itu, makna gramatis adalah makna struktural yang
muncul sebagai akibat hubungan antara unsur-unsur tatabahasa dalam penyatuan tatabahasa
yang lebih besar. Oleh itu, gramatis ini merupakan kesinambungan hubungan morfem dengan
morfem dalam kata, kata dan kata lain dalam frasa atau klausa serta klausa dengan klausa lain
dalam ayat.

2. Leksikon

Menurut Chaer, leksikon adalah kosa kata dan pebendaharaan kata. Leksikon boleh dikatakan
sebagai kekayaan kata yang dimiliki suatu bahasa dari segi komponen bahasa yang memuat
semua informasi tentang makna dan pemakaian kata dalam bahasa. Bagi kamus dewan edisi
keempat pula leksikon adalah perbendaharaan kata bagi sesuatu bahasa atau sesuatu bidang.
Hal ini bermaksud bahawa leksikon adalah satu kompenan yang dikatakan sebagai perkataan
yang digunakan. Oleh itu, leksikon ini adalah perkataan yang terdapat dalam bahasa yang
digunakan dalam seharian.

3.Ayat dasar

Menurut pendapat Nik Safiah Karim et al (2013), ayat dasar merupakan ayat yang tidak
mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa predikat. Ayat dasar mempunyai
polanya yang tersendiri. Ayat dasar terdiri daripada empat jenis pola yang berdasarkan jenis
unsur yang hadir dalam konstituen ayat-ayat, iaitu jenis-jenis subjek dan predikatnya.

Pola 1 (FN+FN)

Pola 2 (FN+FK)

Pola 3 (FN+FA)

Pola 4 (FN+FSN)
Saya bersetuju dengan pernyataan saudari. Izinkan saya untuk membuat sedikit penambahan
di sini. Ayat dasar mempunyai empat pola yang ditentukan berdasarkan jenis-jenis unsur yang
hadir dalam konstituen subjek dan predikat. Antara jenis pola ayat dasar adalah;

a) Pola 1 = FN + FN

b) Pola 2 = FN + FK

c) Pola 3 = FN + FA

d) Pola 4 = FN + FSN

Anda mungkin juga menyukai