Anda di halaman 1dari 76

PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009

Muhammad Sukri Bin Abdul Rahman Pengajar Subjek KPKP2113 KSKB, Sg. Buloh

Keadaan Premis Makanan yang Biasa Dijumpai

Keadaan Premis Makanan Yang Tidak Sempurna

OBJEKTIF P & P
Selepas menamatkan kuliah ini, pelajar sepatutnya berupaya: 1. Menerangkan tujuan peraturan ini diadakan 2. Menerangkan tafsiran yang terdapat di dalam peraturan 3. Menerangkan keperluan pendaftaran premis makanan 4. Menghuraikan penjalanan penyelenggaraan premis makanan 5. Menerangkan keperluan pengendalian makanan 6. Menerangkan peruntukan khas makanan khusus 7. Menghuraikan peruntukan mengenai pengangkutan makanan 8. Menerangkan peruntukan pelbagai

Pendahuluan
Kebersihan premis makanan penting untuk menjamin kesihatan pengguna. Untuk mengawal kebersihan premis makanan dengan menggunakan Akta Makanan adalah tidak mencukupi kerana terdapat perkara detail yang tidak dicatat dalam akta, oleh itu peraturan tentang kebersihan premis makanan adalah perlu. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah diwartakan di Warta Kerajaan oleh menteri pada 28 Februari 2009 dan akan dikuatkuasakan selepas tempoh 2 tahun.

Kebersihan makanan merupakan aspek asas lagi utama dalam memastikan makanan yang disediakan tidak mendatangkan bahaya kesihatan dan sesuai untuk dimakan oleh manusia (fit for human consumption). Kawalan kebersihan makanan adalah tindakan-tindakan dan keadaan yang diperlukan untuk mencapai objektif Peraturan ini menyediakan satu prasarana yang boleh mengawal kebersihan premis makanan dan keselamatan makanan di negara ini bagi melindungi kesihatan rakyat di negara ini.

Bagi mencapai peraturan

Memastikan premis makanan bersih dan memuaskan dari segi rekabentuk dan bangunan Memastikan pengendali makanan menjaga kebersihan diri dan mengelakkan amalan pengendalian makanan yang boleh mencemarkan makanan Memastikan perkakas dan peralatan yang digunakan sesuai, bersih dan mudah dicuci Membantu, mengukuh dan menyeragamkan aktiviti penguatkuasaan kebersihan makanan di premis makanan termasuk yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan Mewajibkan program jaminan keselamatan makanan seperti HACCP, GHP dan GMP di kilang makanan

Semua premis makanan dari kedai makan hingga ke kilang makanan perlu mematuhi Peraturan-Peraturan ini. Tafsiran dalam Akta Makanan 1983 Premis meliputi(a) bangunan atau khemah atau struktur lain, kekal atau sebaliknya, kenderaan, pengangkutan, vesel atau pesawat udara; dan (b) lebuh, tanah lapang, atau tempat peranginan awam atau basikal atau kenderaan yang digunakan untuk penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan Premis makanan - premis yang digunakan untuk penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan atau pelabelan semula, pemprosesan atau pembaikan semula makanan

Per.1 Nama 1) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009. Per.2 - Tafsiran.


air minuman ialah apa-apa air yang mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 [P.U. (A) 437/1985];
bahan cemar mikrobiologi termasuklah virus, bakteria, kulat dan toksinnya tetapi tidak termasuk mikroorganisma yang dibenarkan untuk ditambah ke dalam makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985;

bekas kedap termasuk semua bentuk bekas atau pembungkus yang kedap udara; bersih bermaksud suatu keadaan atau apa-apa hal keadaan yang tidak membawa kepada atau menyebabkan apa-apa pencemaran makanan dengan kotoran atau bahan lain yang tidak menyenangkan seperti sisa makanan, tanah, kotoran atau gris; daging bermaksud daging atau hasil daging sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985; ikan bermaksud ikan dan hasil ikan sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-Peraturan Makanan 1985;

makanan cepat rosak bermaksud apa-apa makanan yang mudah rosak atau busuk dengan cepat; makanan risiko tinggi bermaksud makanan tersedia atau makanan yang telah dimasak yang boleh membantu pertumbuhan mikroorganisma berjangkit atau toksigen dengan cepat dan progresif; mesin jual air bermaksud mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia

mesin jual makanan bermaksud mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens, unit makanan atau minuman sama ada dalam bentuk pukal atau dalam bentuk bungkusan;
pemunya bermaksud orang yang pada masa ini menerima sewa bagi mana-mana premis makanan, sama ada bagi dirinya sendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah atau sebagai penerima atau yang akan menerima sewa itu jika tanah atau rumah yang terdapat di dalam premis itu disewakan kepada seseorang penyewa;

pengendali makanan termasuk mana-mana orang yang (a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan; (b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan (c) mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus atau perkakas, dalam mana-mana premis makanan;
penghuni bermaksud orang yang menjaga dan bertanggungjawab menjalankan, mengawas dan menguruskan perniagaan hari ke hari di premis makanan;

perkakas pakai buang bermaksud perkakas, peralatan, radas atau apa-apa barang lain yang ditetapkan untuk digunakan sekali sahaja dalam penyediaan, penyimpanan, pameran, pengambilan atau penjualan apa-apa makanan; permukaan yang menyentuh makanan bermaksud permukaan kelengkapan yangkebiasaannya menyentuh makanan;

perosak bermaksud mana-mana haiwan yang berkebolehan mencemarkanmakanan secara langsung atau tidak langsung; premis makanan mempunyai maksud yang sama di bawah Akta;

program jaminan keselamatan makanan bermaksud suatu sistem amalan yang terancang dan didokumenkan yang memberi jaminan bahawa manamana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila ia dimakan;
rosak bermaksud berada dalam suatu keadaan yang menyebabkan tidak sesuai untuk digunakan dan termasuklah perkakasan yang rosak, pecah, sumbing, retak atau karat;

sanitasi bermaksud bebas daripada apa-apa keadaan atau hal keadaan yang menjejaskan kesihatan dan termasuklah apa-apa keadaan atau hal keadaan yang boleh membawa kepada atau menyebabkan pencemaran makanan dengan bahan cemar mikrobiologi atau bahan toksik yang boleh menyebabkan makanan itu berbahaya kepada kesihatan; susu bermaksud susu atau hasil susu sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985; tuan punya bermaksud mana-mana orang yang memiliki atau menjalankan perniagaan makanan atau jika orang itu tidak dapat dikenalpasti, seseorang yang menjaga perniagaan makanan itu.

Per. 3 7 Per.3 Premis Makanan yang hendak didaftarkan


1) Semua premis makanan di Jadual Pertama wajib didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). [Subperaturan 1] 2) Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. [Subperaturan 2]

Per.4 Permohonan untuk pendaftaran 1) Permohonan untuk pendaftaran premis makanan hendaklah dibuat kepada Pengarah KKM beserta dengan maklumat dan butir-butir yang dikehendaki Pengarah. [Subperaturan 1] 2) Selepas permohonan diterima, Pengarah boleh meminta pemohon secara lisan atau bertulis supaya memberikan dokumen, maklumat atau butir-butir tambahan yang diperlukan untuk maksud pendaftaran. [Subperaturan 2]

Per.5 -Perakuan pendaftaran


1) Selepas menimbangkan permohonan dan berpuashati dengan maklumat dan butir-butir dikemukakan, Pengarah boleh mengeluarkan perakuan pendaftaran premis makanan seperti ditetapkan dalam Jadual Kedua. [subperaturan 1] 2) Fi untuk perakuan pendaftaran ialah RM 30. [subperaturan 2]

Per.6 -Tempoh sah perakuan Tempoh sah laku sesuatu perakuan pendaftaran adalah 3 tahun. Per.7 -Permohonan untuk pembaharuan perakuan 1) Permohonan untuk pembaharuan semula hendaklah dibuat sebulan sebelum tarikh tamat pendaftaran. [subperaturan 1] 2) Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. [subperaturan 2]

PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN ONLINE

Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan semua pengusaha kilang makanan, katering, restoran, gerai atau penjaja bergerak supaya SEGERA mendaftarkan premis makanan masing-masing sebelum 1 JANUARI 2014 untuk mengelakkan tindakan perundangan.

Per.8 - Mempamerkan perakuan pendaftaran, notis dsb dalam premis makanan [subperaturan 1] - Perakuan pendaftaran premis makanan - Notis membasuh tangan dengan bersih di setiap tandas, bilik persalinan, kemudahan persalinan atau di sink cuci tangan di premis - larangan membawa masuk haiwan

[subperaturan 2] Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Per.9 -Program jaminan keselamatan makanan 1) Tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga hendaklah menyediakan dan mengadakan satu program jaminan keselamatan makanan di premis makanan itu. [subperaturan 1] Jadual Ketiga : Semua premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan.

2) Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Per.10 -Sistem kebolehkesanan makanan


1) Premis makanan perlu mempunyai sistem kebolehkesanan makanan (traceability system) bagi mengenalpasti satu langkah ke belakang dari mana makanan itu datang (sumber produk) dan satu langkah ke hadapan ke mana makanan itu pergi (ke mana produk akan diedar). [subperaturan 1] 2) Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. [subperaturan 2]

Per.11 - Kewajipan tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan 1) Tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan hendaklah a. Patuh semua kehendak Bab 2 dan 3 Bahagian ini; b. Pengendali makanan telah menjalani - latihan pengendali makanan - Pemeriksaan kesihatan/perubatan dan diberi vaksin seperti yang dikehendaki di bawah peraturan 30 dan 31; c. Ada rekod - latihan, - pemeriksaan kesihatan dan perakuan pemvaksinan setiap pengendali makanan - Aktiviti pembersihan, pembungkusan, pemprosesan, penyimpanan dan pengedaran makanan. Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

2)

Per.12 - Lokasi - jauh daripada punca pencemaran Per.13 - Reka bentuk am - memudahkan pembersihan dan penyahjangkitan Per.14 - Bekalan air 1) Ada air minuman yang cukup 2) Dilindungi daripada pencemaran

BEKALAN AIR & Sistem Pemasangan Paip Punca Selamat cth: Bekalan air AKSB
Dari

Dilarang menggunakan sambungan paip getah


Tiada kebocoran dan dijaga bersih

Per.15 - Kebersihan premis makanan 1) Keadaan baik, bersih dan kemas setiap masa. [subperaturan 1] 2) Tiada timbunan kotak, tin, botol kosong, sampah atau barang lain yang untuk mengelakkan kemasukan dan menjadi sarang perosak. [subperaturan 2] 3) Pembersihan premis makanan-sekurang-kurangnya sekali sehari termasuk membuang sisa makanan dan kotoran. [subperaturan 3] 4) Ada kemudahan untuk pembersihan, penyahjangkitan dan penyimpanan perkakasan, dibina daripada bahan tahan hakisan dan senang untuk dicuci [subperaturan 4]

Per.15 - Kebersihan premis makanan 5) Ada bekalan agen pencuci, penyahjangkitan dan alatan yang secukupnya setiap masa untuk pembersihan tetap dan betul premis makanan dan semua perkakasan [subperaturan 5] 6) Agen pencuci dan penyahjangkitan dilabel, tidak disimpan dalam kawasan di mana makanan disimpan atau dikendalikan. [subperaturan 6] 7) Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa boleh mengarah pemunya premis untuk melakukan pengubahan struktur, pembaikan, pengubahsuaian, pemasangan paip atau kerja pengaliran di mana-mana premis itu dalam tempoh masa yang diberikan oleh Pengarah atau manamana pegawai yang diberikan kuasa olehnya. [subperaturan 7]

Per.16 - Kawalan perosak di premis makanan 1) Bebas daripada perosak. [subperaturan 1] 2) Jika ada perosak, serta merta ambil langkah yang praktis untuk memusnahkan dan mengelakkan infestasi semula serangan perosak. [subperaturan 2] 3) Rawatan kawalan perosak yang sesuai tanpa menimbulkan ancaman kepada keselamatan makanan. [subperaturan 3]

KAWALAN PEROSAK

Pastikan bebas dari kemasukan burung, anjing, kucing dll Tiada urungan lipas, lalat dan tikus ( LILATI )

Per.17 - Pelupusan sampah 1) Sampah dialihkan dengan segera 2) Disimpan dalam bekas bertutup/ bekas jenis lain yang sesuai disimpan dalam keadaan baik, mudah dibersihkan 3) Disingkirkan dalam cara yang bersih dan mesra alam sekitar menurut undang-undang yang berkaitan yang terpakai baginya dan tidak menjadi punca pencemaran secara langsung atau tidak langsung [subperaturan 1]

PELUPUSAN SAMPAH
Tong sampah mencukupi, bertutup dan lengkap
dengan beg plastik

Sampah dibuang setiap hari


Dibersihkan setiap hari

Per.18 - Permukaan lantai 1) keadaan baik, mudah dibersihkan 2) bahan tidak telap air, bukan penyerap, boleh dibasuh dan tidak toksik 3) menyalirkan secukupnya

Per.19 - Permukaan dinding 1) keadaan baik, mudah dibersihkan 2) bahan tidak telap air, bukan penyerap, boleh dibasuh, tidak toksik, permukaan rata sehingga ketinggian yang sesuai 3) Semua sudut di antara dinding dengan lantai premis makanan hendaklah lengkung cengkung bagi memudahkan pembersihan.

LANTAI

Click to edit Master title style Bahan senang dicuci, tidak licin, kalis air
Click to edit Master text styles sambungan antara lantai dan dinding lengkung cengkung
Secondkering level Sentiasa
Third level bahan pencuci setiap hari Dibersih dengan Fourth level Fifth level
Tidak pecah dan retak

44

DINDING

Click to edit Master title style

Dinding dipasang Jubin setinggi 2 meter dari lantai Dicat dengan warna cerah

Click to edit Master text styles

Second level Tidak bersawang dan bersarang labah-labah


Third level Dibersihkan setiap hari Fourth level Fifth level

45

Per.20 Pencahayaan Semula jadi/tiruan tidak membawa kepada pencemaran makanan.


Per.21 - Pengalihudaraan 1) sesuai dan mencukupi 2) dibina bagi membolehkan penapis dan bahagian lain yang memerlukan pembersihan/penggantian dapat diakses dengan mudah. 3) aliran udara tidak mengalir daripada kawasan tercemar ke kawasan bersih.

PENCAHAYAAN / PENGUDARAAN MENCUKUPI

Disyorkan 215Lux

Untuk menghalang pengumpulan haba, bau, wap, kondensasi dan habuk Penting terutamanya di stor bahan kering

Per.22 - Siling Semua siling, permukaan dalam bumbung dan lekapan atas mesti menghalang pengumpulan kotoran/habuk, mengurangkan pemeluwapan dan pertumbuhan kulapuk. Per.23 - Pintu a) mudah dicuci, permukaan yang rata b) bukan penyerap c) boleh tutup sendiri.

Per.24 - Perabot, lengkapan dan permukaan yang menyentuh makanan 1) diselenggara dengan baik dan kekal bersih setiap masa. 2) daripada bahan yang tidak telap air dan mudah dicuci. Peraturan 25 - Penyimpanan makanan 1) bilik penyimpanan yang sesuai 2) bilik penyimpanan yang berlainan untuk simpan bahan mentah dan makanan yang telah diproses 3) keperluan bagi simpanan sejuk beku

Perabot , lengkapan dan permukaan Yang Bersentuh Dengan Makanan


Diperbuat dari bahan yang : licin tidak menyerap tidak toksik mudah dicuci tidak bertindakbalas terhadap makanan, bahan pencuci dan bahan pembasmi kuman dalam keadaan operasi biasa

PERALATAN DAN KENDERAAN PENGANGKUT Peralatan seperti pinggan tidak retak


atau sumbing
Kenderaan khas untuk mengangkut makanan ( Bersih, Bebas dari Kekotoran

Peralatan memasak
Mudah dicuci eg. plastik, stainless steel Bersih setiap hari

Per.26 - Bilik persalinan Disediakan bilik persalinan untuk pengendali makanan Per. 27 - Sink cuci tangan 1) Bilangan mencukupi 2) Disediakan a. air mengalir b. sabun atau bahan cuci cair yang sesuai di dalam dispenser; c. tuala kertas atau pengering tangan automatik; d. bersih dan diselenggarakan dalam keadaan baik; dan e. paip dioperasi tanpa tangan bagi kegunaan pengendali makanan. 3) Sink cuci tangan yang berasingan bagi mencuci tangan dan membasuh makanan di premis makanan.

KEMUDAHAN MEMBASUH TANGAN (SINK)


Berfungsi Diletak di bahagian luar tandas dan ruang makan

Per.28 -Bilik tandas 1) Mencukupi 2) Disediakan dengan air yang mengalir, 3) Ada kertas tandas, sabun atau cecair pencuci yang sesuai di dalam dispenser, kemudahan mengering tangan/tuala gulung/tuala kertas yang bersih 4) Bersih dan bebas daripada bau busuk 5) Tidak terbuka secara terus kepada bahagian yang ada makanan

KEMUDAHAN TANDAS

Mangkuk tandas tidak retak dan pecah


Jubin pada dinding setinggi 2 meter Paip air berfungsi Dibersih setiap hari

Per.29 - Kemudahan penyaliran 1) mencukupi 2) direka bentuk dan dibina bagi mengelakkan risiko pencemaran kepada makanan. 3) di dapur atau kawasan penyediaan makanan- diperbuat daripada bahan yang rata, dipasang dengan perangkap makanan dan disambung ke saluran keluar utama dari premis makanan.

KEMUDAHAN PENYALIRAN

BEKALAN AIR & Sistem Pemasangan Paiptersumbat dan pecah Tidak


Sediakan perangkap sisa makanan dan grease trap
Dari Punca Selamat Dibersihkan setiap hari Bekalan air AKSB

Dilarang paip getah

menggunakan

sambungan

Tiada kebocoran dan dijaga bersih

Bab 1 Latihan, pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan, pakaian dan kebersihan diri pengendali makanan

Per.30 - Latihan pengendali makanan 1) Wajib untuk semua pengendali makanan 2) Wajib mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang diiktiraf oleh KKM 3) Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Per.31 - Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan 1) Wajib untuk semua pengendali makanan 2) diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar. 3) pengendali makanan tidak boleh bekerja di premis makanan sekiranya menghidap/ pembawa penyakit bawaan makanan 4) Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Per.32 - Pakaian pengendali makanan 1) Pakaian - bersih, sesuai, berwarna cerah, penutup kepala dan kasut 2) Pakaian tersebut tidak boleh dipakai selain di dalam premis makanan dan disimpan di dalam almari atau loker yang sesuai apabila tidak digunakan. 3) Denda untuk kesalahan ini adalah tidak melebihi satu ribu ringgit.

Per.33 - Kebersihan diri pengendali makanan 1) Menjaga kebersihan diri termasuklah menyimpan kuku yang pendek dan bersih; 2) menanggalkan baju luar atau penutup kepala atau apron sebelum ke tandas; 3) basuh tangan sebelum memulakan kerja, selepas menggunakan tandas,mengendalikan bahan makanan mentah/bahan tercemar; 4) tidak melakukan perkara yang boleh menyebabkan pencemaran makanan; 5) tidak memakai perhiasan diri spt gelang, jam, pin atau aksesori yang lain. 6) Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Per.33 - Kewajipan untuk mengekalkan premis makanan bersih 1) Premis sentiasa bersih dan bebas daripada sampah, perosak, kotoran/jelaga, abu, sisa dan sarang labah-labah 2) Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Per.35 -Pengendalian makanan, perkakas dsb 1) Makanan tidak boleh bersentuhan dengan benda/bahan yang boleh mencemarkannya 2) Perkakas, bekas berkeadaan baik, bersih, mudah dicuci dan tidak mencemarkan kandungannya 3) Bekas, perkakas yang berlainan untuk makanan mentah dan makanan yang telah dimasak 4) Guna ais dan stim yang tidak mencemarkan makanan 5) Pembersihan premis tidak dilakukan semasa pengendalian makanan 6) Tidak membekukan semula makanan 7) Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Papan pemotong tidak rosak, boleh dialihkan secara terus dan mudah bagi pembersihan.

PAPAN PEMOTONG yang berlainan bagi makanan mentah dan yang telah dimasak

Per.36 - Penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan 1) Bebas daripada pencemaran 2) Pembungkusan makanan dapat melindungi makanan daripada pencemaran 3) Bahan pembungkus makanan bukan toksik dan cukup kuat untuk menahan koyak dan bocor 4) Tidak menggunakan tangan yang tidak berlapik untuk mengendalikan makanan yang tidak berbungkus 5) Suhu simpanan yang tidak menimbulkan risiko kesihatan 6) Perkakas berlainan untuk makanan daripada khinzir

Per.36 - Penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan


7) Tidak menggunakan nafas untuk membuka beg atau pembalut yang digunakan dalam penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan 8) Memastikan pemanas makanan mengekalkan suhu makanan pada suhu melebihi 60C, jika makanan itu hendak dihidangkan panas 9) Proses penyahsejuk beku makanan, i. Memimumkan risiko pertumbuhan mikroorganisma patogen/ pembentukan toksin dalam makanan itu; ii. Mendedahkan makanan kepada suhu yang tidak akan menyebabkan risiko kepada kesihatan dan iii. Menyalirkan secukupnya cecair hasil daripada proses penyahsejuk beku. 10) Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Per.37 - Penyimpanan, pendedahan atau pameran makanan untuk dijual 1) Dilindungi daripada pencemaran 2) Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Per.38 - Penyimpanan makanan Penyimpanan berasingan: - bahan mentah dengan bahan yang telah diproses - makanan dengan agen pencuci dan penyahjangkit - makanan berasal daripada babi dan bukan berasal daripada babi - makanan berisiko tinggi dengan makanan tidak berbungkus Makanan kekal bersih dan dilindungi daripada pencemaran

Per.38 - Penyimpanan makanan Makanan diletakkan pada jarak minimum 15 cm daripada dinding dan jarak minimum 20 cm dari atas lantai Suhu simpanan makanan yang sesuai Bahan mentah dan ramuan hendaklah dilabel Sistem First In- First Out (FIFO) di stor makanan Rantaian sejuk makanan dingin atau sejuk beku tidak diganggu Denda untuk kesalahan ini ialah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Tamat sesi 1 : PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009

RUMUSAN
Lakarkan point2 utama dalam bentuk peta minda Rujuk Buku Akta Makanan 1983 & PeraturanPeraturan untuk lebih jelas dan kukuhkan pemahaman

Anda mungkin juga menyukai