Anda di halaman 1dari 2

Ansur Maju Kemahiran Hantaran Bola Baling

1) Hantaran Atas Bahu


Bola dipegang dengan ketinggian melebihi paras bahu dan dibawa ke belakang
kepala. Siku bagi tangan yang memegang bola dibengkokkan dan lengan condong
sediki ke sisi. Badan berada dalam posisi tegak, kepala didongakkan sedikit dan
mata memandang ke sasaran. Untuk memindahkan berat badan, pemain melangkah
satu langkah ke hadapan dengan menggunakan kaki yang berlawanan dengan
tangan yang membaling. Siku bagi tangan yang membaling dibawa ke hadapan dan
hayunan lengan dibuat dengan kuat. Semasa melepaskan bola, pergelangan tangan
disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari. Tangan bebas dihalakan ke sasaran.
Lutut dibengkokkan bagi mengawal keseimbangan badan. Kaki belakang ikut lajak
ke hadapan.
2) Hantaran Tolak
Kaki dibuka seluas bahu dengan meletakkan kaki dominan di hadapan. Pergerakan
lengan dan siku dengan pantas ke hadapan. Pergelangan tangan disentapkan ke
bawah diikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Tangan bebas dihalakan ke
sasaran. Kaki ikut lajak ke arah sasaran.
3) Hantaran Sisi
Hantaran inl dilakukan secara menyisi ke sasaran. Pemain dalam posisi di mana
kaki dibuka seluas bahu dengan meletakkan kaki dominan di hadapan. Siku
diangkat bagi membaling bola ke arah sasaran. Pada masa yang sama, pemain
meluruskan lengan dan menghayunkannya ke arah sasaran. Pergelangan tangan
disentap dikuti dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Lengan ikut lajak ke arah
sasaran.
4) Hantaran Lompat
Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala. Siku bagi
tangan yang memegang bola dibengkokkan dan lengan condong sediki ke sisi.
Badan berada dalam posisi tegak, kepala didongakkan sedikit dan mata
memandang ke sasaran. Pemain melonjak ke hadapan menggunakan kaki yang
berlawanan dengan
tangan membaling untuk memindahkan berat badan dari kaki belakang ke kaki
hadapan. Siku bagi tangan yang membaling dibawa ke hadapan dan hayunan
lengan dibuat dengan kuat. Semasa melepaskan bola, pergelangan tangan
disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari. Jari menghala ke sasaran di akhir
perlakuan. Tangan bebas dihalakan ke sasaran. Lengan ikut lajak ke arah sasaran.
5) Hantaran Bawah Lengan
Pemain dalam posisi di mana kaki dibuka seluas bahu dengan meletakkan kaki
dominan di hadapan. Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang
badan. Kedudukan siku yang memegang bola perlu dibengkokkan dan lebih tinggi
daripada kedudukan bola yang dipegang. Badan berada dalam posisi tegak, kepala
didongakkan sedikit dan mata memandang ke sasaran. Bola ditolak ke sasaran
dengan menjatuhkan siku tangan membaling. Berat badan dipindahkan dari kaki
belakang ke kaki hadapan. Siku bagi tangan yang membaling dibawa ke hadapan
dan hayunan lengan dibuat dengan kuat. Pergelangan tangan dan jari-jari
disentapkan ke atas semasa melepaskan bola. Lutut dbengkokkan bagi mengawal
keseimbangan badan. Kaki ikut lajak selepas balingan.
6) Hantaran Lantun
Bola dipegang semasa pemain berada dalam posisi kaki dibuka seluas bahu dengan
meletakkan kaki dominan di hadapan. Kedudukan siku yang memegang bola
dibengkokkan dengan kedudukan lengan condong sedikit ke sisi. Badan condong
sedikit ke hadapan dan mata memandang sasaran. Pemain melantunkan bola
dengan melangkah kaki menggunakan kaki yang berlawanan dengan tangan
membaling. Pemindahan berat badan dan kaki belakang ke kaki hadapan. Lengan
ikut lajak ke arah sasaran. Kaki ikut lajak setelah membuat balingan.

Anda mungkin juga menyukai