Anda di halaman 1dari 20

BOSS-PUSAT TINGKATAN 6

KERTAS KERJA

SAINS SUKAN 1(966/1)

PENGURUSAN SUKAN

PERTANDINGAN SUKAN PERMAINAN

BOLA JARING

NAMA PENSYARAH: AG.MUSLIM BIN HJ.MOHD TALIB


NAMA AHLI:
1. NURUL IZZA NAZIERA BINTI ROSMAN
2. HANI NURHIDAYAH BINTI OSMAN
3. UMAYRA NASHIHIN BINTI MOHD.AZRI
4. SITI AYRISH SHAFIQAH BINTI SIMARUP
5. NUR FATIHAH DARWISYAH BINTI AZIZIE
6. DAYANG SYAFIKA BINTI SI-JUAL
ISI KANDUNGAN:

1.0 PENDAHULUAN
2.0 PENGANJUR PERTANDINGAN
3.0 MATLAMAT
4.0 OBJEKTIF
5.0 TARIKH PERTANDINGAN
6.0 NAMA PERTANDINGAN
7.0 TEMPAT PERTANDINGAN
8.0 PENYERTAAN / KUMPULAN SASARAN
9.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
10.0 SKOP PERTANDINGAN
11.0 PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN
12.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
13.0 BELANJAWAN / PERBELANJAAN
14.0 PENUTUP
1.0 PENDAHULUAN

Kejohanan Bola Jaring merupakan aktiviti sukan yang diminati oleh pelajar-pelajar perempuan.
Melalui program ini, bakat-bakat yang terpendam dapat dicungkil dan diketengahkan dalam
kejohanan-kejohanan di peringkat seperti MSSD, MSSP dan MSSM. Dalam menjayakan ini,
komitmen dan kerjasama dalam kalangan ahli jawatankuasa dan pelajar SMK BONGAWAN atau
lebih dikenali sebagai BOSS adalah amat diperlukan.
2.0 PENGANJUR PERTANDINGAN

PUSAT TINGKATAN ENAM SMK BONGAWAN


3.0 MATLAMAT

3.1 Mewujudkan gaya hidup yang lebih bermanfaat dan harmoni di samping mengekalkan
kesihatan tubuh badan dengan bersukan seterusnya menjana minda yang cerdas dalam pelajaran .
3.2 Melahirkan pelajar yang boleh bekerjasama dan mempunyai semangat juang yang lebih
tinggi dalam usaha mencapai kejayaan yang cemerlang ,gemilang dan terbilang .
4.0 OBJEKTIF

● Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bola jaring


● Memberi pendedahan kepada pelajar tentang permainan bola jaring
● Melahirkan semangat kesukanan dan meningkatkan kecergasan fizikal pelajar
● Mengeratkan ikatan silaturahim antara pelajar
● Mencungkil bakat dan kebolehan sedia ada dalam diri pelajar
5.0 TARIKH PERTANDINGAN

● 5.1 Tarikh : 28 Oktober 2022


● 5.2 Hari : JUMAAT
● 5.3 Masa : 1:00pm
6.0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Jaring peringkat sekolah


7.0 TEMPAT PERTANDINGAN

● 7.1 Tempat : DEWAN SERI BONGAWAN


8.0 PENYERTAAN / KUMPULAN SASARAN

8.1 Semua pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 6


8.2 Kutipan yuran sebanyak RM 15.00 bagi setiap pasukan yang menyertai
8.3 Kumpulan sasaran sebanyak 8 kumpulan
BORANG PENYERTAAN BOLA JARING

NAMA SEKOLAH : SMK BONGAWAN


NAMA SUKAN :
KETUA PASUKAN :

BIL NAMA PEMAIN KELAS POSISI

10

TANDATANGAN KETUA PASUKAN,

……………………………
9.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

9.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK

● Penaung (Pengetua) : Tuan Hj. Ahamad Bin Hj Jais


● Penasihat 1 (PK 1) : Encik Ahmad Saat Bin Tahir
● Penasihat 2 (PK Kokum) : Encik Bahari Bin Ali
● Penyelaras : Encik Ag. Muslim Bin Hj.Mohd Talib
● Pengerusi : Nurul Izza Naziera Binti Rosman
● Timb. Pengerusi : Siti Ayrish Shafiqah Binti Simarup
● Setiausaha : Hani Nurhidayah Binti Osman
● Bendahari : Umayra Nashihin Binti Mohd Azri

9.2 AHLI JAWATANKUASA KERJA

● AJK TEKNIK DAN PERALATAN :


Nurul Izza Naziera Binti Rosman
● AJK PENDAFTARAN DAN PERTANDINGAN :
Umayra Nashihin Binti Mohd Azri dan Nur Fatihah Darwisyah Binti Azizie
● AJK KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS :
Hani Nurhidayah Binti Osman
● AJK HADIAH(CENDERAMATA) DAN AJK BUKU PROGRAM :
Dayang Syafika Binti Si-Jual dan Siti Ayrish Shafiqah Binti Simarup
10.0 SKOP PERTANDINGAN

10.1 BOLA JARING

● Perlawanan dijalankan secara liga dan kalah mati


● Setiap pasukan mesti disertai dengan 7 orang pemain utama dan 3 orang pemain
simpanan
● Bagi pertandingan yang dijalankan secara kalahmati, jika keputusannya berakhir dengan
seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut;
1. Apabila tamat masa pertandingan , pasukan akan bertukar kawasan bermain
serta merta dan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama lima minit
tanpa rehat.
2. Undang-undang yang meliputi Hantaran Tengah dan Penggantian, sepertimana
terdapat dalam Buku Undang-undang permainan akan dilaksanakan.
3. Setelah masa tambahan lima minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi
bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama lima minit lagi
tanpa rehat.
4. Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua minit kedua tamat maka
permainan akan diteruskan sehingga gol dijaringkan.
11.0 PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

11.1 PASUKAN / PENUKARAN PEMAIN

11.1.1 Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya lima orang pemain sebelum
satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang pasukan tersebut dikira kalah.

11.1.2 Bila seorang pemain mengalami kecederaan dan tidak menyambung permainan,
permainan boleh dihentikan dua minit untuk menentukan samada pemain itu boleh meneruskan
permainannya. Keputusan akan dibuat oleh pegawai pasukan itu. Hanya dua pegawai
dibenarkanke gelanggang pada masa itu.

11.1.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu
rehat separuh masa.

11.1.4 Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang pemain yang
telah mengambil kedudukan lewat.

11.1.5 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan dihentikan


kerana kecederaan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu
rehat separuh masa.

11.1.6 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang


sepuluh minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana pasukan yang gagal berada
di gelanggang selepas lima minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan, maka
kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan mata 15 – 0.

11.2 PAKAIAN

11.2.1 Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan bertanding hendaklah seragam iaitu
mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali
bermain sepanjang pertandingan ini.

11.2.2 Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track/tight panjang.

11.2.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua set ‘bibs’ yang berlainan warna. Sekiranya
kedua-dua pasukan mempunyai ‘bibs’ yang sama maka pasukan yang disebutkan lebih awal
hendaklah menukar ‘bibs’ mereka.
12.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

SAIZ GELANGGANG

SAIZ TIANG GOL


Tinggi tiang adalah 3.05m (10 kaki) bagi orang dewasa. Gelanggang logam yang berukuran
bahagian dalamnya 380mm (15 inci)dan diameter tiang gol berukuran dalam 65-100 mm (2.5-4
inci).

PEMAIN
● Kasut pemain hendaklah diperbuat daripada bahan ringan, spike tidak dibenarkan.
● Barang kemas tidak dibenarkan untuk dipakai semasa bermain.
● Sebelum permainan bola jaring bermula setiap pemain perlu memastikan kuku pendek
dan rata.

TEMPOH PERMAINAN
● Masa permainan terbahagi kepada 4 suku masa.
● Setiap suku masa mempunyai 15 minit permainan. Tetapi, setiap suku masa tersebut
mempunyai masa rehat yang berbeza.
● Setiap pasukan mesti menukar posisi gelanggang setiap kali masuk suku baru.
PEGAWAI
- Pegawai Pertandingan
PENGADIL
PENCATAT
PENJAGA MASA

- Pegawai Pasukan
JURULATIH
PENOLONG JURULATIH
KAPTEN

TUGAS PENGADIL
Pengadil hendaklah bergerak di sepanjang Garisan Tepi dan di Belakang Garisan Gol untuk
mengawasi permainan serta membuat keputusan. Pengadil juga tidak akan mengkritik
mana-mana pihak lawan. Selain itu, memastikan semua pemain berada di dalam gelanggang
semasa pemberhentian bagi sebarang kecederaan atau sakit.

WISEL PENGADIL
- Kegunaannya adalah untuk memulai dan memberhentikan permainan.
- Menandakan Tamat tiap-tiap suku masa atau separuh masa atau separuh masa permainan.
- Memulakan semula permainan selepas separuh masa.
- Menandakan kesalahan telah berlaku.
- Menandakan gol telah dijaringkan.
- Memberikan isyarat kepada penjaga masa supaya menangguh masa pemberhentian.

TUGAS KAPTEN
Sebelum perlawanan bermula, kapten akan mengundi untuk memilih Gol atau Hantaran Tengah
Pertama dan Kapten akan memberitahu kedua-dua pengadil dan pencatat masa akan
keputusannya serta dia berhak berjumpa dengan pengadil semasa rehat atau selepas tamat
permainan untuk mendapatkan penjelasan sebarang undang-undang.
DILUAR GELANGGANG
Pengadil hendaklah memeriksa;
- Pakaian seragam pemain
- Barang kemas ( tidak boleh dipakai semasa bermain )
- Kuku pendek dan rata
SEBELUM PERMAINAN
Pengadil hendaklah memeriksa;
- Gelanggang
- Kawasan persekitaran
- Tiang gol
- Bola
SEMASA MEMAINKAN BOLA
Pemain boleh,
1. Menerima bola dengan sebelah tangan atau dua belah tangan.
2. Memperolehi semula bola yang melantun dari tiang gol. Selain itu, boleh menampar
atau melantunkan bola kepada pemain lain.
3. Menampar sekali, kemudian menerima atau mengarahkan kepada pemain lain.
4. Jatuh ketika memegang bola tetapi mesti berdiri dan menghantar dalam masa 3 saat.
5. Bola bergolek ke arah diri sendiri.
6. Melompat dari dalam gelanggang dan memainkan bola.

PEMAIN TIDAK BOLEH


- Menumbuk bola.
- Merebahkan badan dengan sengaja
- Cuba mendapatkan bola semasa baring, duduk atau melutut.
- Menendang bola dengan sengaja.
- Menggunakan tiang gol sebagai sokongan, untuk mengimbangi badan ataupun dengan
cara yang lain.
PEMAIN YANG TELAH MENERIMA BOLA TIDAK BOLEH
- Menggolekkan bola kepada pemain lain
- Melambung dan memainkannya semula.
- Menjatuhkan bola dan memainkannya semula.
PEMBERIAN PENALTI
Terdapat 5 jenis penalti;
1. Hantaran percuma
Maksud: untuk semua kesalahan dalam gelanggang melainkan sentuhan, halangan atau
ugutan dan diambil di tempat kesalahan berlaku.
2. Hantaran penalti
Maksud: untuk semua kesalahan sentuhan atau halangan dalam gelanggang kecuali Bulatan
Gol.
3. Hantaran atau jaringan penalti
Maksud: untuk kesalahan atau halangan di dalam bulatan Gol.
4. Hantaran ke dalam
Maksud: bila bola keluar dari gelanggang atau disentuh oleh pemain atau bola di luar
gelanggang.
5. Lambungan
Maksud: bila kesalahan berlaku secara serentak dan pengadil tidak dapat memastikan siapa
yang melakukan kesalahan.

DISIPLIN
- UNDANG – UNDANG 19
1. PELANGGARAN UNDANG-UNDANG.
2. SENGAJA MELAMBATKAN PERMAINAN.
3. MEMBANTAH KEPUTUSAN PENGADIL.

- UNDANG – UNDANG 20
1. AMARAN.
2. PENGGANTUNGAN.
3. DI ARAH KELUAR.

- UNDANG – UNDANG 21
1. KEGAGALAN MEMASUKI GELANGGANG.
13.0 BELANJAWAN / PERBELANJAAN

PERBELANJAAN ANGGARAN KASAR (RM)

HAMPER 100

PETI KESELAMATAN 10

PERBELANJAAN LUAR JANGKA 30

PENGADIL 30

JUMLAH 170

Kutipan sebanyak RM 15.00 bagi setiap pasukan yang menyertai pertandingan Bola Jaring
14.0 PENUTUP

Diharapkan pertandingan ini akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan dan
akan dijalankan dengan lancar dan jayanya. Semoga pertandingan ini akan dapat melahirkan
lebih banyak pemain Bola Jaring remaja yang berbakat besar yang bakal mewakili sekolah dan
Daerah ke peringkat Negeri dan Antarabangsa.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………… ………………………
(NURUL IZZA NAZIERA (AG. MUSLIM BIN HJ.MOHD TALIB)
BINTI ROSMAN ) Guru Penasihat
Pengerusi

Disemak oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………
(BAHARI BIN ALI) (AHMAD SAAT BIN TAHIR)
Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Tingkatan 6
Tingkatan 6

Disahkan oleh,

…………………………
(HJ. AHMAD BIN HJ. JAIS)
Pengetua SMK BONGAWAN

Anda mungkin juga menyukai