Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

Kertas Cadangan PERTANDINGAN BOLA BALING TERTUTUP IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

Tarikh 08 hingga 10 Oktober 2012 Tempat Kompleks Puteri Gunung Ledang, IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Anjuran PISMP Pendidikan Seni Visual Ambilan Jan 2012 DPLI Pra Sekolah Ambilan Jan 2012 Ko- Kurikulum: Sukan dan Permainan Bola Baling

1.0 PENDAHULUAN.

Dalam usaha meraikan sambutan hari kokurikulum, maka ketua unit dan penyelaras persatuan kokurikulum mengambil daya usaha untuk mengadakan pertandingan Bola Baling Tertutup bersempena dengan Karnival Minggu Gerko 2012. Ia dilaksanakan bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk

mengembangkan potensi individu dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

2.0 MATLAMAT

Melahirkan guru pelatih yang proaktif dan mengamalkan serta menghargai gaya hidup sihat di samping dapat membentuk keterampilan diri yang baik dan positif. . 3.0 OBJEKTIF:

i.

Mendedahkan pelajar dengan situasi sebenar dalam permainan bola baling

ii.

Mencari dan mengesan

bakat pelajar untuk diketengahkan dalam

pertandingan seperti sukan dan permainan (KAGUM), nasyid, koir, dan seumpamanya. iii. Memantapkan keyakinan dan percaya diri dalam kalangan pelajar apabila menyertai sebarang pertandingan terutamanya melibatkan sukan dan permainan. iv. Mengeratkan hubungan akrab dan kerjasama dalam kalangan pelajar melalui program pertandingan bola baling.

4.0 KUMPULAN SASARAN

i. ii.

Guru pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Guru pelatih daripada PISMP Semester 2 iaitu Pendidikan Seni Visual dan 9 unit dari Semester 9 serta DPLI Pra, yang kesemuanya terdiri daripada 11 Unit.

5.0 TENTATIF PERTANDINGAN:

Tarikh Masa Tempat

: Rabu, 10 Oktober 2012 (Pertandingan Akhir) : 5.00 petang : Kompleks Puteri Gunung Ledang, IPG Kampus Perempuan Melayu

Dijalankan selama 3 hari untuk kesemua permainan. Pusingan pertama dan kedua : Isnin dan Selasa 2012); jam 4.00- 6.30 petang.

6.0 SYARAT PENYERTAAN:

i. ii.

Hanya peserta yang didaftarkan sahaja yang layak untuk menyertai pertandingan Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan

iii. iv. v.

Setiap kelas hanya dibenarkan untuk mendaftarkan 12 orang peserta sahaja Penyertaan yang melanggar syarat pertandingan akan dibatalkan. Pakaian hendaklah sopan dan sesuai dengan aktiviti permainan.

7.0 TEMPOH PERLAWANAN

Jangka masa perlawanan adalah seperti berikut: Bahagian masa pertama Rehat Bahagian masa kedua 15 minit 1 minit 15 minit

8.0 SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Pertandingan ini dijalankan secara KALAH MATI 8.2 Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG. 8.3 Sistem pemberian mata bagi pertandingan KALAH MATI : 11.3.1Menang 11.3.2 Seri 11.3.3 Kalah : 2 mata : 1 mata : 0 mata

8.4 SINGKIR ( Kad Merah ) dan BATAL

8.4. 1 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya. 8.5. 2 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan. 8.5. 3 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain sepanjang kejohanan tersebut.

9.0 SISTEM BALINGAN 7 METER

9.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5 orang pemain. 9.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain secara berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi. 9.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan. 9.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu. 9.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan

mengambil balingan 7 meter. 9.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada di luar garisan balingan percuma. 9.7 Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang. 9.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan

10.0PERTUKARAN PEMAIN 10.1 Penggantian dan pertukaran posisi Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan diganti oleh pemain yang lain. i. Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu- satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira. ii. Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemain di gelanggang bertukar posisi. iii. Kedua- dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:

Masa rehat Apabila permainan diberhentikan untuk kecederaan atau sakit yang menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian atau pertukaran posisi.

iv.

Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak melebihi 12 pemain yang telah didaftarkan.

10.2 Kecederaan dan kesakitan Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh diberhentikan selama 2 minit untuk merawat.

Seterusnya, penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya 2 orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.

11.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha

: Encik Hisyamuddin bin Basiron : Nur Anis Nabila binti Salim : Nur Umairaa binti Omar : Noor Sharina binti Muhamed Zuhair

Ahli Jawatan kuasa:

URUS SETIA (Pertandingan & Perangkaan) 1) Khairunnisa binti Waimin 2) Nik Mardhiah binti Nik Abdul Ghafar 3) Noraini binti Bachok 4) Siti Aimy binti Khidzir 5) Arnida binti Ab Samad 6) Azila binti Adonia 7) Azwani binti Mohamed 8) Fauziah binti Rahman 9) Noor Hafizah binti Masbol 10) Nur Hidayah binti Mohamud Tugasan : a) Membuat Pendaftaran Pasukan. Memungut Borang Asal Pendaftaran dan difailkan. b) Fail perlawanan hendaklah disediakan untuk setiap kali perlawanan. Fail tersebut perlu mengandungi Salinan Pendaftaran Pemain untuk kedua dua pasukan yang berlawan bagi tujuan semakkan dan lain-lain maklumat berkaitan seperti Jadual Perlawanan,Peraturan Perlawanan, Borang pertukaran Pemain dan Borang

Pendaftaran Perlawanan.fail ini hendaklah diserahkan/diambil oleh Pegawai Padang untuk setiap kali perlawanan. c) Menyediakan borang-borang Pendaftaran Pemain, Borang Perlawanan,Peraturan Pertandingan dan Borang Pertukaran Pemain. d) Menyediakan Jadual Perlawanan. e) Mendapatkan keputusan Perlawanan.

KEPENGADILAN : 1) Nur Afiqah binti Osman 2) Nur Hanisah binti Radi 3) Samsidar binti Samaruddin 4) Siti Hawa Saadah binti Hamid 5) Noor Uda binti Othman 6) Nor Faridah binti Khamis 7) Noraini binti Mohd Nasir 8) Noraneszah binti Abas 9) Norashikin binti Mohd Hanapiah 10) Norazah binti Ahmad Dzali 11) Zaiti Zuhara binti Zainul Abidin 12) Zakiah binti Ramlan Tugasan : a) Menyediakan Jadual Pengadil untuk setiap perlawanan. b) Mamastikan pengadil sedia ada untuk perlawanan. c) Membuat taklimat Kepengadilan.

AJK. PEGAWAI PADANG (Veneu Koordinator) : 1) Humaira binti Ismail 2) Nor Herlena binti Atan 3) Nur Annissa Anis binti Sabiran 4) Nur Ezzatul Ameera binti Md Amurad 5) Norizan binti Mohamad

6) Nur Rahmaniah binti Mohd Saman 7) Nurizan binti Hassan 8) Nurul Ain binti Ramli 9) Nurul Fitriana binti Tumerin 10) Rahaayu binti Hanifah Tugasan : a) Berada Jam di padang sebelum Perlawanan. b) Dapatkan fail perlawanan daripada urusetia. c) Mendapatkan Borang Perlawanan daripada setiap pengurus pasukan. d) Membuat semakan pemain. e) Mendapatkan bola pertandingan daripada kedua-dua pasukan. f) Menyediakan board keluar masuk pemain. g) Memastikan pengadil sedia untuk perlawanan. h) Melapor keputusan rasmi kepada urusetia dalam masa jam selepas perlawanan serta menghantar kembali fail perlawanan kepada urus setia

AJK TEKNIK PERALATAN/AM & PERSIAPAN PADANG : 1) Najwa binti Abdul Halim 2) Nina Shakina binti Supardi 3) Nor Adilah binti Ali 4) Nur Atiqah Adila binti Medon 5) Rosliza binti Ismail 6) Shazila binti Roslan 7) Siti Aisyah binti Ab Karim 8) Siti Hajar binti Anuar 9) Siti Nur Afizah binti Abdul Rashid 10) Wan Norazlin binti Wan Ibrahim Tugasan : 1) Menyiapkan Padang untuk pertandingan (Garisan,Jaring,Bendera Sudut) 2) Menyediakan tempat Jurulatih dan pemain.(Kerusi, Payung)

3) Menyediakan Tempat Pegawai Padang.(Meja,Kerusi, Payung) 4) Menyediakan pelajar (Ball Picker)

12.0 LAMPIRAN

1. Jadual Perlawanan secara Liga Bola Baling 2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan 3. Borang Penyertaan Pertandingan

Disediakan oleh, . (NOOR SHARINA BINTI MOHAMMED ZUHAIR) Setiausaha, Pertandingan Bola Baling Sempena Karnival Minggu Gerko 2012, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Disahkan oleh, (ENCIK HISHAMUDDIN BIN BASIRON) Pensyarah Penasihat, Unit Jabatan Gerko, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai