Anda di halaman 1dari 17

PENDAHULUAN

Kejohanan Bola Baling adalah disertai oleh murid sekolah renah yang berumur
bawah 12 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras
dengan matlamat Standard Kurikulum Sekolah Rendah untuk melahirkan murid yang
sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ).
Sesuatu kejohanan atau pertandingan tidak semestinya dikelolakan dengan cara
yang sama. Terdapat pelbagai sistem pertandingan untuk mengelolakan sesuatu
pertandingan. Terdapat dua cara pertandingan bagi menguji kemajuan individu:
i.

Pertandingan melawan pencapaian individu dengan skor yang terdahulu atau


melawan skor purata.

ii.

Pertandingan melawan individu lain.


Pertandingan adalah satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk

memilih pemenang di samping menghayati semangat kesukanan. Pihak yang


mengelolakan pertandingan perlulah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu
untuk memudahkan perancangan dan persediaan. Antara perkara yang perlu diberi
perhatian ialah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Jenis pertandingan
Masa yang diperlukan
Alatan dan kemudahan yang ada
Agihan perlawanan yang adil
Pegawai dan petugas-petugas yang diperlukan
Kewangan
Bilangan penyertaan undang-undang dan peraturan pertandingan
Penentuan pemenang dan pemain yang sah.
Terdapat banyak jenis dan bentuk pertandingan yang boleh digunakan dalam

sesuatu kejohanan mengikut kesesuaian sesuatu jenis sukan. Sistem pertandingan yang
lazim dipraktikkan di negara ini ialah:

Pertandingan berbentuk kejohanan


Pertandingan liga
Pertandingan Separa Liga
Pertandingan kalah mati
Pertandingan cabar mencabar

MATLAMAT
Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri
yang positif.
1

OBJEKTIF
Adalah diharapkan dengan adanya pertandingan separa liga akan dapat :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Membina kemahiran motivasi dan keyakinan diri menerusi pertandingan yang


disertai.
Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.
Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.
Meningkatkan disiplin dalam diri murid.
Meningkatkan kecergasan tubuh badan
Memantapkan kemahiran asas dalam permainan bola baling
Mengetahui taktikal yang digunakan semasa bertanding

KUMPULAN SASARAN
Bagi pelajar-pelajar sekolah rendah Johor Bahru yang berumur bawah 12 tahun.
PERASMIAN
Program kejohanan Bola Baling ini akan dirasmikan oleh Dato Subahan Kamal, Ketua
Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.
PENGANJUR
Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru.

PENGELOLA
SJK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru.

TARIKH KEJOHANAN
8 hingga 9 Ogos 2012. Sekiranya berlaku sebarang penangguhan perlawanan ke hari
yang berikutnya, maka tarikh 10 Ogos 2012 akan digunakan.

TEMPAT KEJOHANAN
Gelanggang Bola Baling SJK(C) Foon Yew

PENYERTAAN
2

i.

Bagi kedua-dua penyertaan (lelaki & perempuan), setiap pasukan hanya


dibenarkan mendaftar 3 orang pegawai pasukan ( pengurus pasukan, ketua
jurulatih, Penolong Jurulatih) dan 12 orang pemain sahaja.

ii.

Sumbangan penyertaan setiap kategori (L dan P) adalah RM 100.00 dalam


bentuk wang tunai atau cek atas nama PENGETUA SMK TAMAN
MUTIARA RINI 2.

iii.
11.0

Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah daerah Johor Bahru.
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL ITEM

KUANTITI

Score sheet

Hadiah (medal)

12 orang

HARGA SEUNIT

JUMLA
H
80.00

10.00 X 3 pasukan

360.00

5.00 X 144 X 2 hari

2160.00

(1 pasukan)
4

Makan minum pembantu (pelajar)

Alat Tulis

Mineral Air

144 orang

56.00
15 kotak

20.00 X 15

JUMLAH

300.00
2956.00

Anggaran pasukan menyertai : 30 pasukan X RM100.00 = RM3000.00

PERATURAN AM
Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Baling
Antarabangsa (IHF), Persekutuan Bola Baling Malaysia (MHF), Persatuan Bola Baling
Sarawak (SAHA) dan Peraturan-Peraturan AM MSSM.
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam
Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
Semua keputusan dan undian yang dibuat oleh Jawatankuasa Kejohanan Bola Baling
MSSD Johor Bahru 2012 adalah MUKTAMAD.

SISTEM PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan secara separa liga.
1. Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak dalam setiap kumpulan akan
dikira sebagai johan kumpulan. Pasukan yang mendapat jumlah mata kedua
terbanyak akan dikira sebagai naib johan kumpulan. Tempat ketiga dan keempat
dikira berdasarkan selepas pungutan mata naib johan dan seterusnya.
2. Sistem pemberian mata bagi pertandingan liga:
Menang : 3 mata
Seri

: 1 mata

Kalah

: 0 mata

3. Dalam pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah
mata yang sama , keputusan muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang
teratur di bawah :
4. Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
4.1 Jika masih seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.
4.2 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
4.3 Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
4.4 Jika masih seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.
5. Singkir ( Kad Merah) dan Batal
5.1 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman
singkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan
berikutnya.
5.2 Jika seorang pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir
kali kedua, dia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di
mana pasukannya bermain sehingga Lembaga Tatatertib membuat keputusan.

5.3 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak
dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain
sepanjang kejohanan tersebut.

6. Cara Menentukan Pemenang Akhir Jika Keputusan Seri


6.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa
langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:
6.2 Perlawanan masa tambahan 5 minit setiap separuh masa akan dijalankan
setelah rehat selama lima minit.
6.3 Jika masih seri balingan 7 meter akan di jalankan.

7. Masa Permainan
7.1 Setiap permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa
dan rehat 3 minit. (15.3.15)
* Diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan peringkat zon dan negeri
7.2 Masa rehat pasukan (1 minit )
Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi
setiap separuh masa.
7.3 Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan
dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan kad hijau berukuran 15
cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
7.4 Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1
minit:

Semasa pasukannya mengawal bola.

Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari
pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.

8. Penyertaan
Pertandingan Bola Baling bawah 12 tahun

9. Penerangan Sistem Undian


Sebelum sesebuah permainan dimulakan, undian akan dibuat. Jenis undian yang
digunakan adalah secara undian kertas. Setiap wakil akan mencabut undi untuk
menentukan giliran dan kumpulan yang akan ditempatkan. Tujuan undian dijalankan
adalah untuk memudahkan serta melancarkan permainan dan pada masa yang sama
menentukan keadilan sewaktu bermain.

KELAYAKAN PEMAIN
Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili dan bermain untuk satu pasukan sahaja.

YURAN & TARIKH TUTUP PENYERTAAN


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Ogos 2012 jam 3.00 pm.
14.2. Sumbangan penyertaan: RM 100.00 untuk setiap pasukan. Bayaran
dan Borang Penyertaan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran
dibuat. Sijil penyertaan akan diserahkan hanya selepas bayaran
selesai diterima.
14.3. Resit haruslah di simpan sebagai bukti pembayaran.
14.4. Bayaran tidak akan di kembalikan.
15.0

Jawatankuasa Pengelola
Guru penasihat: Tn Hj Mohd Mustafa Ahmad (Guru
Pengerusi: Mohamad Faizal bin Abdullah
Naib Pengerusi: Siti Faral binti Safinee
Setiausaha: Lim May
Peolong Setiausaha: Woo Jia Min
6

Bendahari: Mohamad Aril bin Saad


AJK Jamuan: Lau Mei Ling
Lim Mei Peng
AJK Peralatan: Choo Kuan Seng
Chin Wee Khang
AJK Teknikal: Nor Fatin binti Faral
Nur Anizal binti Safifi
AJK Hadiah dan Akademik: Mohamad Falin bin Abidin
Loo Kuan Heng
AJK Keselamatan: Chin Heng Tong
Lim Khar Tatt
AJK Kawalan /
Bidang Tugas
JAWATANKUASA
Setiausaha

TUGAS
Menguruskan permohonan pertandingan.
Menyiapkan surat panggilan.
Menyiapkan kertas kerja.
Menyenaraikan nama peserta dan
jawatankuasa.

Bendahari

Menyiapkan buku program.


Membuat laporan kewangan.
Menguruskan perbelajaan tunai
pertandingan.

AJK Peralatan

Menguruskan kutipan bayaran peserta.


Menyenaraikan peralatan.
Menyediakan peralatan.

AJK Jamuan

Memastikan keselamatan peralatan.


Menyediakan makanan dan minuman di

.
AJK Teknikal

jamuan.
Menguruskan kawasan padang.
Mengurus dan menyediakan bahan yang
diperlukan.
Menyediakan peralatan.
7

Memilih dan melatih pembantu padang.


Menyenaraikan nama pegawai teknik.
Menubuhkan satu panel Juri Rayuan.
Menentukan syarat syarat.
mengemukakan rayuan.
AJK Hadiah dan Cenderamata

Menyediakan boring teknikal.


Mencatat dan menyenaraikan nama
pemenang.
Menyediakan hadiah yang mencukupi.
Menyediakan senarai AJK pengurusan.
Menyediakan piala dan sijil untuk para
pemenang.
Menyelaras dengan urusetia atau pengadil
bagi setiap pertandingan.
Mengurus dan membuat persiapan untuk
ucapan penyampaian hadiah.
Menentukan tempat dan masa
penyampaian hadiah.
Memastikan semua hadiah dan
cenderamata diterima sebelum tarikh akhir
pertandingan.
Menempah hadiah berdasarkan peruntukan
yang diluluskan.
Menentukan kos hadiah hadiah dan

AJK Keselamatan

cenderamata.
Menjaga disiplin para peserta
pertandingan.
Memastikan keselamatan peserta.
Menyediakan peralatan perubatan.

AJK Masjid
AJK Pertandingan

Menyediakan tempat perubatan.


Menyediakan tempat- tempat.
Menentukan syarat-syarat pertandingan,
iaitu syarat-syarat yang tidak terkandung
dalam undang undang permainan.
Mengadakan cabutan undi
8

Menyediakan jadual pertandingan


Menentukan tarikh tarikh alternatif
sekiranya penangguhan permainan
terpaksa dilakukan.
Menetapkan tarikh terakhir untuk
AJK Kawalan/ Minuman dan Pertolongan
Cermas

menyerahkan senarai pendaftaran permain.


Bertanggungjawab atas semua aspek
keselamatan- trafik, kawalan penonton ,
tempat larangan, displin murid / penyokong,
kertas ambulans dan pertolongan cemas.
Memastikan pengadil dan permainanpermainan diberi minuman semasa rehat.
Menyedikan jadual tugas bagi ahli-ahli St.
John Ambulans sepanjang pertandingan.

16.0

HAL-HAL LAIN
16.1. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang kejadian yang
tidak diingini seperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan
lain- lain ke atas para peserta sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
16.2. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kos pengangkutan,
penginapan dan makan minum pasukan.
16.3. Pihak penganjur juga berhak untuk membuat keputusan untuk sebarang
kejadian yang tidak termaktub di dalam syarat-syarat dan Peraturan
Pertandingan.
16.4. Jawatankuasa Kejohanan ini berhak membuat sebarang perubahan dalam
perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat kejohanan ini. Semua
keputusan Jawatankuasa ini adalah Mutlak dan Muktamad.
16.5 Sebarang pertanyaan hendaklah diajukan kepada Siti Faral binti Safinee
di talian 019 - 773 6105.

17.0

PENUTUP
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan

pertandingan kejohanan bola baling pada 2012.pada masa yang akan datang diharapkan
usaha ini akan sentiasa berterusan supaya aktiviti-aktiviti yang diadakan dapat dijalankan
dengan lancar.

18.0

LAMPIRAN
18.1 Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan
18.2 Jadual Perlawanan secara Separuh Liga Bola Baling
18.3 Borang Penyertaan Pertandingan
18.4 Borang Senarai Nama Pasukan

Disediakan oleh,

.
Setiausaha,
Kejohanan Bola Baling,
Peringkat Sekolah Rendah,
Daerah Johor Bahru.

LAMPIRAN 1
10

JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN


NAMA

10

11

12

JUMLAH

PASUKA
N
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
JUMLAH

Disahkan oleh,

LAMPIRAN 3
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

NAMA SEKOLAH

:
11

NAMA PASUKAN:
NAMA GURU: ..
NAMA PEMBANTU :
WARNA BIP/JERSI :
BIL

NAMA PESERTA

Disediakan oleh,

NO. SURAT BERANAK

POSISI

Disahkan oleh,

..

LAMPIRAN 4
SENARAI NAMA PASUKAN
BIL

NAMA SEKOLAH

JURULATIH / PENGURUS
PASUKAN

12

SISTEM SEPARA LIGA


Sistem separa liga dilaksanakan dalam sesuatu pertandingan dan sukan serta melibatkan
pertandingan sistem liga yang melibatkan kumpulan lebih dari satu di peringkat awal dan
kemudian diikuti dengan sistem kalah mati.
Peringkat awal dilaksanakan secara liga kumpulan iaitu A, B, C dan D. Johan dan Naib
Johan setiap kumpulan akan bertemu di peringkat separuh akhir ataupun akhir.
Sistem separa liga ini digunakan dalam Kejohanan Piala Dunia FIFA. Biasanya sistem ini
dilaksanakan apabila masa yang diperuntukkan lama, kemudahan lengkap, kewangan
mencukupi, kepegawaian tersusun dan bilangan pasukan banyak.
Sistem ini memerlukan perlawanan yang banyak dan sangat sesuai di dalam mencari
pemenang yang berkualiti.

13

Liga 4 Kumpulan (12 pasukan atau lebih)


Pasukan yang mengumpul mata terbanyak dikira sebagai Johan.
Pusingan Pertama
Kedudukan pasukan yang mengetuai kumpulan akan ditentukan melalui pilihan. Johan,
Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C
Kumpulan D
1. Johan
1. Ketiga
1. Keempat
1. Naib Johan
2. Undi
2. Undi
2. Undi
2. Undi
3. Undi
3. Undi
3. Undi
3. Undi
4. Undi
4. Undi
4. Undi
4. Undi
Sekiranya pasukan yang diutamakan tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik
berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya. Kedudukannya bagi memenuhi
tempat yang kosong dalam kumpulan menggunakan sistem undian.
Pusingan Kedua (Suku Akhir)

Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan
pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. Perlawanan akan ditetapkan
sebagaimana berikut:
i.

Undian bagi 4 pasukan Johan kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di


kedudukan 1 (Johan Kumpulan A), 3 (Johan Kumpulan B), 5 (Johan Kumpulan C)

ii.

dan 7 (Johan Kumpulan D).


Pasukan Naib Johan kumpulan harus ditempatkan di kedudukan yang tidak akan
bertemu dengan pasukan Johan dalam kumpulan yang sama pada suku akhir dan
14

separuh akhir. Oleh itu, kedudukan 2 (Naib Johan Kumpulan D), 4 (Naib Johan
iii.

Kumpulan B), 6 (Naib Johan Kumpulan C) dan 8 (Naib Johan Kumpulan A).
Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
perlawanan akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukanpasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan Tempat Ketiga dan
Keempat.

Piala Dunia FIFA (Separa liga 8 kumpulan)


Sistem pertandingan dalam Piala Dunia FIFA adalah sistem separa liga 8 kumpulan.
Pada peringkat awal pasukan yang mengambil bahagian dibahagikan kepada 8
kumpulan. Johan dan Naib Johan bagi kumpulan menjadikan 16 pasukan akan memasuki
pusingan kalah mati.

Liga 3 Kumpulan (9 hingga 11 pasukan)


Pusingan Pertama
Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan
dalam kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C
1. Johan
1. Naib Johan
1. Ketiga
2. Undi
2. Undi
2. Undi
3. Undi
3. Undi
3. Undi
4. Undi
4. Undi
4. Undi
Sekiranya pasukan yang diutamakan tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik
berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Pusingan Kedua
i.

Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan
Y dengan mengadakan undian.
15

ii.
iii.

Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.


Dari tiga Johan kumpulan, satu akan ditempatkan dalam Kumpulan X dan dua

iv.

ditempatkan dalam Kumpulan Y.


Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan
kumpulannya.
Contohnya,
Kumpulan X
i. Johan B
ii. Naib Johan A
iii. Naib Johan C

Kumpulan Y
i. Johan A
ii. Johan C
iii. Naib Johan B

Pusingan Akhir
Johan dalam Kumpulan X lawan pemenang pertama Kumpulan Y untuk tentukan
kedudukan Johan dan Naib Johan. Naib Johan Kumpulan X lawan Naib Johan Kumpulan
Y untuk menentukan Tempat Ketiga dan Tempat Keempat.

Liga 2 Kumpulan (6 hingga 8 pasukan)


Pusingan Pertama
Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
Kumpulan A dan Naib Johan serta Tempat Ketiga ditempatkan dalam Kumpulan B.
Kumpulan A
Kumpulan B
1. Johan (Tahun lalu)
1. Naib Johan (Tahun lalu)
2. Tempat Keempat (Tahun lalu)
2. Tempat Ketiga (Tahun lalu)
3. Undi
3. Undi
4. Undi
4. Undi
Sekiranya pasukan yang diutamakan tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik
berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

16

Pasukan dalam Kumpulan X dan Y akan bermain secara kalah mati.

Pusingan Akhir
Pemenang Kumpulan X akan melawan pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan
dan Naib Johan. Kalah Kumpulan X akan melawan kalah kumpulan Y untuk menentukan
Tempat Ketiga dan Keempat.
GELANGGANG BOLA BALING

17

Anda mungkin juga menyukai