Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan Pertandingan Netball Super Junior ini merupakan julung kali diadakan di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 16 sempena

Minggu Kesihatan yang bertemakan Badan Cergas Minda Cerdas. Matlamat 1. Meningkatkan tahap kecergasan badan para pelajar. 2. Melahirkan pelajar yang mempinyai minda yang cerdas. 3. Memberi pendedahan asas kelolaan dan menganjur permainan bola jarring kepada murid-murid Tahun 6. 4. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang permainan bola jarring. 5. Memilih pemain bagi membentuk pasukan untuk mewakili sekolah ke MSSD pada tahun hadapan. Objektif 1. Sebagai salah satu aktiviti anjuran Persatuan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 16. 2. Melahirkan semangat untuk bersaing dalam kalangan pemain dalam pasukan. 3. Mencungkil bakat-bakat baru yang dapat menguasai permainan dengan baik. 4. Menggalakkan para pelajar mengambil bahagian bagi menjayakan Minggu Kesihatan. Nama Pertandingan Pertandingan Netball Super Junior. Pelaksanaan Aktiviti Tarikh Hari : 18 Oktober 2008 : Sabtu

Tempat : Padang Utama Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 16. Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kategori Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu: Kategori A : Murid-murid Tahun 6 Kategori B : Murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5

(Setiap kumpulan yang mendaftar perlu mempunyai sepuluh pemain iaitu 7 orang pemain tetap dan 3 orang pemain simpanan.) Penutup 1. Pertandingan ini diharap dapat merapatkan lagi hubungan antara para pelajar dan guru, guru dengan guru serta pelajar dengan pelajar. 2. Segala penerangan yang lebih terperinci tentang pertandingan ini seperti syaratsyarat pertandingan, dan tentatif program dapat dirujuk seperti yang dilampirkan pada Lampiran 1 hingga Lampiran 6. 3. Diharap segala matlamat dan objektif pertandingan ini diadakan dapat dicapai dengan jayanya. 4. Semoga segala perancangan tentang pertandingan ini dijalankan dengan lancer.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

________________________ (ZAHIDAH BINTI MD YUSSOF) Guru Penasihat, Persatuan Bola Jaring, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 16.

Disemak oleh,

Diluluskan oleh,

_______________________ ( )

______________________ ( Guru Besar, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 16 )

Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 16.

LAMPIRAN 1

Syarat-syarat dan Peraturan Pertandingan Netball Super Junior

1. Undang-undang Permainan Dijalankan mengikut Undang-undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-peraturan Am MSSD 2. Kelayakan Pemain 2.1. 2.2. Kategori A : Murid-murid Tahun 6 Kategori B : Murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5

3. Pendaftaran Pemain 3.1. 3.2. Sesuatu pasukan hendaklah menghantar 10 orang pemain. Borang Pendaftaran hendaklah diisi dan dihantar pada atau sebelum 15 Oktober 2008. (Borang Pendaftaran boleh didapati daripada AJK Persatuan Bola Jaring atau diperoleh terus daripada Puan Khatijah pada 13 Oktober 2008) 3.3. Ketua pasukan hendaklah mendaftar di Kaunter Urusetia pada hari pertandingan untuk pengesahan penyertaan dan juga undian untuk perlawanan. 4. Pakaian 4.1. Semua pemain hendaklah memakai Track bottom dan berkasut sukan yang bersesuaian. 4.2. 4.3. Setiap pasukan hendaklah memakai baju yang sama warna. Pemakaian barang kemas dan juga jam tangan adalah dilarang sama sekali kerana bimbang boleh mencederakan. 4.4. Para pemain juga dikehendaki berkuku pendek semasa bermain.

5. Sistem Pertandingan 5.1. Pusingan awal liga kumpulan. Johan kumpulan layak ke peringkat separuh akhir. 5.2. Pertandingan adalah berdasarkan kalah mati

6. Cara Membuat Keputusan 6.1. Pusingan awal : Menang 2 mata, seri 1 mata, kalah 0 mata. Jika terdapat pasukan yang mempunyai mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut : a. Secara purata gol, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. b. Perbezaan gol. c. Pasukan yang menjaringkan gol dengan lebih banyak. 6.2. Separuh akhir dan akhir : Jika seri; a. Masa tambahan akan diberi selama 7 minit + 7 minit b. Pasukan bertukar kawasan gol separuh masa tanpa rehat dan perlawanan bermula semula oleh pasukan yang berhak mendapat hantaran tengah c. Jika masih seri, kedua-dua pasukan hendaklah membuat penalti untuk menjaringkan gol. Penjaring terbanyak dikira sebagai pemenang. 7. Masa Permainan Semua peringkat permainan dijalankan dengan masa bermain 10 minit + 10 minit dengan masa rehat diberi selama 5 minit. 8. Kelewatan 10 minit akan diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu, sekiranya pasukan itu tidak dapat hadir, maka pasukannya akan dikira kalah.

9. Perkara yang Tidak Dinyatakan Semua keputusan terletak di tangan para pengadil yang terdiri daripada para guru yang professional. Segala bantahan terhadap keputusan yang dibuat tidak akan dilayan.

LAMPIRAN 2

Ahli Jawatankuasa Pertandingan Netball Super Junior

Penaung Encik Muhammad bin Hj Abas

Guru Penasihat Cik Zahidah binti Md Yussof

Pengerusi Zaiton Amina binti Zainal Abidin

AJK Pendaftaran Maria Hartini binti Sheikh Akmal Asiah binti Korni

AJK Alatan Mastura binti Omar Siti Nor binti Jamal

AJK Makanan Rina Amira binti Yusri Hanisah binti Mohsin

AJK Persediaan Gelanggang Mohd Kamarulzaman bin Hanafi Raju A/L Gopal

AJK Publisiti Wan Kamariah binti Wan Osman Rania A/P Kalesvaren

AJK Jemputan Liu Ah Lin Kristin Maria Joseph

AJK Kebajikan Fatimah binti Abu Bakar Carmeen Yiu Ah Lam

AJK Pengurusan Jamilah binti Ahmad Muhamad Kadir bin Latiff

AJK Multimedia Tan Boon Heong Ikman bin Amran

AJK Hadiah Koo Kean Keat Sy Anita binti Syed Naseer

LAMPIRAN 3

Penglolaan Pertandingan Netball Super Junior

1. Gelanggang 1.1. 1.2. 1.3. 1.4. Tinggi tiang gol ialah 8 kaki iaitu 2.44 Meter Diameter gegelang logam bahagian dalam ialah 380 mm. Lebar garisan gelanggang ialah 2 inci. Terdapat 4 gelanggang yang dibuat untuk pertandingan ini. Gelanggang A dan B digunakan untuk perlawanan Kategori A manakala Gelanggang C dan D untuk Kategori B. 1.5. Berikut adalah ukuran bagi gelanggang bola jaring:

2. Pegawai Pertandingan 2.1. 2.2. 2.3. 2.4. 2.5. Dua orang pengadil dalam kalangan guru, seorang pengadil simpanan. Seorang pegawai pencatat dalam kalangan murid. Seorang pegawai penjaga masa dalam kalangan murid. Dua orang pembantu teknikal pencatat skor dalam kalangan murid. Empat orang penjaga garisan dalam kalangan murid.

Peralatan yang Diperlukan Bagi Satu Gelanggang. 1. Bangku panjang 2. Kerusi - sebuah (pemain simpanan) - 9 buah (2 pencatat skor, 4 penjaga garisan, pengadil, pegawai pencatat dan penjaga masa masing-masing 1) 3. Meja 4. Payung 5. Jam randik 6. Papan skor 7. Bola - 2 buah (penjaga masa dan pegawai pencatat) - 2 buah ( meja pencatat dan papan skor) - 2 buah - 1 unit - 2 biji

( Para penyokong dibenarkan berada lebih kurang 8 kaki dari gelanggang.)

LAMPIRAN 4

Tentatif Pertandingan Netball Super Junior Jam 8.00 pagi 8.15 pagi perlawanan 8.30 pagi 10.30 pagi 10.30 pagi 12.30 tgh hari 2.00 ptg Aktiviti - pendaftaran para peserta - undian untuk kumpulan dan jadual

- pertandingan dijalankan - minum pagi - pertandingan disambung - makan tengah hari dan solat zohor - acara penyampaian hadiah dan Majlis Penutupan Minggu Kesihatan

4.00 ptg

- bersurai

LAMPIRAN 5

Jadual Perlawanan Pertandingan Netball Super Junior

Untuk Kedua-dua Kategori

JOHAN KUMPULAN A JOHAN JOHAN KUMPULAN B PERTANDINGAN PERTANDINGAN PUSINGAN AWAL DIJALANKAN JOHAN KUMPULAN C JOHAN JOHAN KUMPULAN D NETBALL SUPER JUNIOR JOHAN

LAMPIRAN 6

Anggaran Perbelanjaan Pertandingan Netball Super Junior

Barang Hamper johan Hamper naib johan Hamper ketiga Minyak hitam Cenderahati pengadil Cenderahati tetamu kehormat Sijil penyertaan dan lain-lain

Harga Seunit (RM) 50 35 20 30 10 20 Jumlah

Kuantiti 2 2 2 1 40 3 -

Jumlah (RM) 100 70 40 30 400 60 300 1000

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) JENGKA 16, 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA JARING NETBALL SUPER JUNIOR

TARIKH HARI MASA TEMPAT ANJUR

: 18 OKTOBER 2008 : SABTU : 8.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG : PADANG UTAMA SK (LKTP) JENGKA 16 : PERSATUAN BOLA JARING SK (LKTP) JENGKA 16

Anda mungkin juga menyukai