Anda di halaman 1dari 1

1.

0 LATAR BELAKANG
Pembentukan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha
melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan yang tinggi dan berkemahiran dalam
pelbagai bidang. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru
Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi,
penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi selaras dengan
hasrat negara.
Lawatan ke muzium negara merupakan salah satu aktiviti yang perlu dijalankan oleh
para guru pelatih di institut perguruan. Lawatan ini adalah satu sebagai wahana untuk
melahirkan bakal-bakal guru yang mempunyai keperibadian yang tinggi untuk memelihara
dan mengekalkan warisan sejarah negara. Muzium yang akan dilawati oleh para guru
pelatih ialah Muzium Negara yang bertempat di. Seramai 25 orang guru pelatih yang akan
terlibat secara lansung dalam lawatan ini.
Melalui lawatan dan aktiviti yang dirancang di Muzium Negara, para guru pelatih
dapat meningkatkan pengetahuan tentang sejarah tanah air. Selain itu, lawatan ini dapat
menyedarkan guru-guru pelatih tentang pentingnya mempelajari subjek sejarah. Di
samping itu, lawatan ini dapat mendedahkan guru-guru pelatih terhadap bahan dan artifak
yang mempunyai kepentingan kepada sejarah negara pelajar dapat mengenal diri dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Lawatan ini diharap dapat
melahirkan guru-guru yang memiliki semangat jati diri dan cinta akan bangsa, negara dan
agama dalam sanubari mereka. Secara tidak langsung ia akan memberi impak positif
terhadap pembentukan citra guru yang pengetahuan tinggi dan mampu menghadapi
pelbagai rintangan pada masa akan datang apabila mereka menjadi guru kelak.
9.0 KESIMPULAN
Lawatan yang dirancang adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
melahirkan guru yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam pelbagai bidang, Diharap agar
permohonan ini diluluskan dengan segera supaya lawatan yang dirancangkan dapat dijalankan
dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai