Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA BALING L12 MSSD KULAI TAHUN

2012

TARIKH : 9 APRIL 2012

HARI : ISNIN

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG

TEMPAT : PADANG SK. LKTP BUKIT RAMUN

PERKARA

a. SK. Bandar Putra telah menghantar satu pasukan bola baling seramai 13
orang. Seramai tiga orang guru telah diamanahkan untuk menjaga dan
menguruskan pasukan sekolah iaitu En. Mohd. Norizuan bin A Rahman
selaku pengurus pasukan, En. Yusoff bin Othman sebagai ketua jurulatih,
Puan Mahani binti Hanipah selaku penolong jurulatih, Cik Nur Safinas binti
Muhammad Hussain selaku pencatat dan Cik Norlizawati binti Mohd Bakri
selaku pengadil.
b. Pertandingan telah dimulakan pada pukul 9.30 pagi, lewat daripada masa
yang ditetapkan. Walau bagaimanapun pertandingan dapat dilaksanakan
dengan lancar dibantu dengan faktor cuaca yang baik.
c. Pasukan SK. Bandar Putra telah ditempatkan dalam Kumpulan D yang
terdiri daripada Pasukan SK. Pulai Perdana dan SK Senai.
d. Para pemain telah menunjukkan kesungguhan begitu juga dengan pengurus
dan jurulatih yang tidak putus-putus memberi sokongan dan arahan dari tepi
padang.
e. Walaubagaimana pun, pasukan SK Bandar Putra hanya mendapat tempat
Naib Johan kumpulan D dan tidak layak ke pusingan seterusnya.
f. Berikut adalah perjalanan Pasukan SK.Bandar Putra menempuh perlawanan
dan keputusannya :-

PERLAWANAN Vs Keputusan

Kumpulan SKBP vs SK. SENAI KALAH 0 BLS 4


Kumpulan SKBP vs SK. PULAI PERDANA MENANG 1 BLS 0
Naib Johan Kumpulan D

f. Kekuatan
a. Kemahiran taktikal murid sangat baik dengan banyak percubaan yang
baik diperolehi oleh pasukan.
g. Kelemahan
a. Masih ada pemain leka dan gagal mendengar arahan semasa perlawanan
menyebabkan banyak peluang terbuang begitu sahaja.
b. Semasa perlawanan ada pasukan lawan yang melanggar peraturan tetapi
tidak dapat dikesan oleh pengadil yang sedikit-sebanyak mengganggu
kelancaran serangan pasukan SKBP.
c. Adakalanya pemain hilang fokus disebabkan tidak berpuas hati dengan
rakan sepasukan yang kerap melakukan kesilapan akibat kelekaan
semasa bermain.
d. Kurang ketajaman dalam penyudah menyebabkan banyak peluang gol
yang dilepaskan begitu sahaja.
e. Jumlah permainan yang sedikit (dua perlawanan sahaja) kurang
memuaskan kerana prestasi sebenar pasukan belum dapat dilihat.

h. Kesimpulan
Secara keseluruhan pencapaian pasukan Bola Baling L12 SK.Bandar Putra
adalah kurang memuaskan. Sesungguhnya komitmen guru-guru dan para pemain
pasukan sekolah amat menggalakkan namun rezeki tidak berpihak kepada pasukan
sekolah. Diharap penglibatan pada tahun hadapan akan membuahkan hasil yang lebih
baik.

Laporan disediakan oleh,

.....................................................
(EN. MOHD NORIZUAN BIN A. RAHMAN)
Pengurus Pasukan Bola Baling
SK.BANDAR PUTRA, KULAI.
LAPORAN PERTANDINGAN BOLA BALING
L12 MSSD KULAI
TAHUN 2010

9 APRIL 2012

DI SK. LKTP BUKIT RAMUN

DISEDIAKAN OLEH:

PASUKAN BOLA BALING


SK. BANDAR PUTRA

Anda mungkin juga menyukai